• Tidak ada hasil yang ditemukan

45365406 KERTAS KERJA BOLA SEPAK JKKKP

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "45365406 KERTAS KERJA BOLA SEPAK JKKKP"

Copied!
16
0
0

Teks penuh

(1)

KERTAS KERJA

____________________________________________________

KEJOHANAN BOLA SEPAK 7 SEBELAH TERUKA

PERINGKAT DUN SIMUNJAN

______________________________________________________________

TARIKH :

26 April 2014 – 3 Mei 2014

TEMPAT :

PADANG BOLA SEPAK SK SAGENG

ANJURAN :

(2)

PENDAHULUAN

Pertandingan ini adalah satu aktiviti yang dianjurkan oleh Biro Belia dan Sukan JKKK Kg Sageng Hulu .

Biro Belia dan Sukan JKKK Kg Sageng Hulu akan menganjurkan Kejohanan Bola Sepak 7 Sebelah Terbuka Peringkat Dun Simunjan . Program ini di harap dapat mengeratkan lagi siratulrahim antara penduduk -penduduk kampong dalam N.21 DUN Simunjan. Harapan kami juga agar kejohanan ini dapat memberi peluang kepada penduduk – penduduk N.21 DUN Simunjan agar lebih mengenali antara satu dengan yang lain,secara tidak langsung ianya dapat memberikan keharmonian dan kesejahteraan penduduk di kawasan N.21 DUN Simunjan .

2.0 MATLAMAT

Matlamat utama program adalah untuk menarik golongan muda agar lebih cenderung ke arah kehidupan yang positif dengan beriadah dan melakukan kerja- kerja kebajikan demi bangsa dan negara. Di samping itu ianya dapat mencungkil bakat – bakat baru khususnya dalam acara bola sepak agar boleh di ketengahkan bakatnya.Tidak mustahil , mungkin suatu hari nanti remaja – remaja di kawasan N.21 DUN Simunjan akan mewakili negara jika latihan yang sistemik dan konsisten dapat di sempurnakan.

Sehubungan dengan itu, Biro Belia dan Sukan JKKK Kg Sageng tidak mahu membuang masa dan terus mengambil langkah – langkah perlu bagi membimbing dan membena muda mudi kita agar sentiasa cergas dan

(3)

3.0 OBJEKTIF

3.1 Memberi peluang kepada peserta merasai pengalaman dalam menyertai sesebuah pertandingan.

3.2 Membentuk peserta yang mampu bekerjasama dan mampu menyesuaikan diri dalam sesebuah kumpulan.

3.3 Melatih para peserta untuk memupuk sikap toleransi, bertanggungjawab dalam sesebuah pasukan.

3.4 Meningkatkan keberanian dan keyakinan diri semasa menyertai aktiviti ini.

3.5

Melahirkan para belia yang berupaya untuk mengeluarkan strategi-strategi

yang bernas semasa mereka menyertai aktiviti dalam kumpulan.

3.6 Memupuk semangat bekerjasama antara kumpulan serta mengikis sikap mementingkan diri sendiri.

3.7 Melahirkan individu yang seimbang dari segi intelek, sukan. emosi dan sosial.

4.0 TARIKH DAN TEMPOH PERLAKSANAAN

4.1 Tarikh yang dirancang ialah 26 April 2014 – 3 Mei 2014 iaitu pada hari Sabtu sehingga hari Ahad.

4.2 Masa pelaksanaan melibatkan waktu pagi dan petang. 4.3 Tentatif program adalah seperti dalam Lampiran 1

5.0 TEMPAT (RASIONAL MEMILIH TEMPAT)

Rasional pemilihan tempat ini adalah kerana Padang bola Kg Sageng ; 5.1 Peminjaman padang ini lebih murah dan mudah dikendalikan .

5.2 Bebas dari sebarang gangguan luar dan memberikan tumpuan sepenuhnya pada peserta dalam aktiviti mereka.

5.3 Membantu menambah Dana PIBG sk. Sageng.

(4)

Program Kejohanan Bola Sepak 7 Sebelah ini akan dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Datuk Hj. Naroden Bin Hj. Majais ADUN N.21 Simunjan . Ia akan berlangsung di Padang Bola Sk Sageng. Upacara ini akan dilangsungkan selama sekitar 30 minit kerana YABl akan memberi ucapan ringkas sekaligus merasmikan program ini.

7.0 KUMPULAN SASARAN / PENYERTAAN

7.1 Jumlah pasukan : 32 pasukan 7.2 Jumlah AJK pertandingan : 15 orang

8.0 JAWATANKUASA PENGURUSAN

Penaung : YB Dato’ Subahan Kamal Penasihat : Tn Hj Yunus bin Md Akhir

JAWATANKUASA PELAKSANA

Pengerusi Program : Abdul Rahman Yaakub Naib Pengerusi : Mohd Ridzuan Bin Wahid Setiausaha : Khairul Dashima Binti Ibrahim Bendahari : Mohd Ridzuan Bin Wahid Pengerusi Majlis : Ibrahim bin Suari

AHLI JAWATANKUASA

AJK Minuman : Muhammad bin Paroy

AJK Piala & Medal : Muhammad Hafizan Bin Muhammad AJK Pertandingan : Zainuddin bin Idris

AJK Keselamatan & Disiplin : Puasa bin Mamat AJK Kebajikan : Ibrahim bin Suari

AJK Pengurusan Padang : Abdul Rahman bin Yaakob AJK Promosi : Azman bin Othman

(5)

10.0 FORMAT PERTANDINGAN Lampiran B

11.0 RINGKASAN EKSEKUTIF

Berikut adalah ringkasan eksekutif bagi Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah Tertutup

Peringkat Dun Taman Templer .

(6)

TAJUK PROGRAM Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah Tertutup Peringkat Dun Taman Templer

JENIS PROJEK KESUKANAN ( BOLA SEPAK )

MATLAMAT ATAU PENCAPAIAN PROGRAM

 Memberi peluang kepada peserta merasai pengalaman dalam menyertai sesebuah pertandingan.

 Membentuk peserta yang mampu bekerjasama dan mampu menyesuaikan diri dalam sesebuah kumpulan.

 Melatih para peserta untuk memupuk sikap toleransi, bertanggungjawab dalam sesebuah pasukan.

 Meningkatkan keberanian dan keyakinan diri semasa menyertai aktiviti ini.

 Melahirkan para pelajar yang berupaya untuk mengeluarkan strategi-strategi yang bernas semasa mereka menyertai aktiviti dalam kumpulan.

 Memupuk semangat bekerjasama antara kumpulan serta mengikis sikap mementingkan diri sendiri.

 Melahirkan individu yang seimbang dari segi intelek, sukan. emosi dan sosial.

ANJURAN Biro Belia dan Sukan JKKKP Kg Selayang Indah Dengan Kerjasama Pejabat Dun Taman Templer

TARIKH 18 – 19 Disember 2010

TEMPAT Padang bola sepak Kg Selayang Indah

BIL. PASUKAN 32 pasukan ANGGARAN KOS RM 8975.00

12.0 ULASAN PENAUNG / PENASIHAT PERSATUAN

(7)

TANDATANGAN & COP : _________________________

TARIKH : ______________________

13.0 SURAT SOKONGAN DARI AGENSI KORPORAT (JIKA ADA)

14.0 PENUTUP

(8)

LAMPIRAN A

ANGGARAN BELANJAWAN

ANGGARAN BELANJAWAN:

i) Permohonan Peruntukan RM 8975.00 Jumlah Permohonan RM 8975.00

ANGGARAN PERBELANJAAN:

PERKARA BILANGAN Harga per unit JUMLAH

Kanopi

25 helai RM 15.00 RM 375.00

Pengurusan padang

PERKARA BILANGAN Harga per unit JUMLAH

Pengadil 2 orang RM 200.00 / sehari

RM 800.00

(9)

First Aids 1 kotak RM 100.00 RM 100.00

Kos Luar Jangka RM 300.00

(10)

Disediakan oleh :

... Setiausaha Program

(KHAIRUL DASHIMA BINTI IBRAHIM )

Disokong oleh :

... Pengerusi Program

(HAIROL ANUAR BIN HJ MAK DIN)

Disemak oleh :

... Penasihat

(TN HJ YUNUS BIN MD AKHIR)

Permohonan diluluskan oleh :

... ADUN

Taman Templer

(YB DATO’ SUBAHAN BIN KAMAL)

ساوکنتواج

ناوجامک

ناد

نتملسک

ڠوڤماک

(11)

JAWATANKUASA KEMAJUAN DAN KESELAMATAN KAMPUNG PERSEKUTUAN

( JKKKP) Kg Selayang Indah, 68100 Batu Caves Selangor

BORANG PENYERTAAN

KEJOHANAN BOLA SEPAK 9 SEBELAH TERTUTUP PERINGKAT DUN TAMAN TEMPLER

NAMA PASUKAN

SENARAI NAMA PEMAIN

BIL NAMA PEMAIN NO KP

NAMA PENGURUS PASUKAN

……… Tandatangan Pengurus Pasukan

Nama : Tarikh :

*Sila kemukakan borang penyertaan ini selewat-lewatnya / tarikh tutup 7 Disember 2010 di Pejabat Khidmat

Masyarakat JKKKP Kg. Selayang Indah .

*Tarikh pengundian akan diadakan pada 11 Disember 2010 di Dewan Umno Lembah Indah .

………Keratan disini...

KEGUNAAN PEJABAT

………... ………. Tandatangan/Cop Urusetia Tandatangan

Tarikh : Nama pasukan :

(12)

LAMPIRAN B

PERATURAN PERTANDINGAN BOLA SEPAK

1. AM

Pertandingan ini dinamakan Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah Tertutup Peringkat Dun Taman Templer .

2. PENGANJUR / PENGELOLA

Pertandingan ini dianjur oleh Biro Belia dan Sukan JKKKP Kg Selayang Indah dengan kerjasama Pejabat Dun Taman Templer

3. SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

3.1 Pertandingan ini terbuka kepada lelaki berumur 16 tahun ke atas.

3.2 Setiap pasukan dibenarkan mendaftar seramai sebelas (11) orang pemain. Pendaftaran hendaklah menggunakan Borang yang telah disediakan.

3.3 Pemain yang tidak didaftarkan tidak dibenarkan mengambil bahagian. Sekiranya berlaku sedemikian, penyertaan pasukan tersebut dalam pertandingan ini akan dibatalkan secara automatik. Semua perlawanan sebelumnya yang disertai oleh pasukan tersebut dianggap tidak sah. Jika menang, kemenangan percuma akan diberikan kepada pasukan lawan.

3.4 Setiap pemain dilarang sama sekali bermain untuk 2 pasukan dalam pertandingan ini.

3.5 Yuran penyertaan bagi setiap pasukan adalah PERCUMA sahaja

3.6 Sila kemukakan borang penyertaan ini selewat-lewatnya / tarikh tutup 7

Disember 2010 di Pejabat Khidmat Masyarakat JKKKP Kg. Selayang Indah .

3.7 Tarikh pengundian akan diadakan pada 11 Disember 2010 di Dewan Umno Lembah Indah .

(13)

4.1 Semua perlawanan akan dijalankan di Padang Bola Sepak Kampung Selayang Indah .

4.2 Perlawanan akan bermula pada 18 Disember 2010 dan akan berakhir pada 19 Disember 2010.

Setiap perlawanan hendaklah mengikut jadual yang telah disediakan oleh Jawatankuasa Penganjur.

4.3 Masa bagi semua perlawanan adalah 7 + 1 + 7 = 15 minit keseluruhan

4.4 Pasukan yang akan bermain hendaklah berada di padang sepuluh (10) minit sebelum perlawanan dimulakan. Kemenangan percuma akan diberikan kepada mana-mana pasukan jika pasukan lawan gagal berada di padang selepas lima (5) minit dari masa sesuatu perlawanan sepatutnya dimulakan.

5. FORMAT PERTANDINGAN

1.

Perlawanan akan dijalankan secara sembilan (9) sebelah.

2.

Pasukan-pasukan yang bertanding dibahagi kepada 8 kumpulan. Kedudukan pasukan dalam sesuatu kumpulan akan ditentukan dengan cara undian.

3.

Perlawanan pusingan awal dalam sesuatu kumpulan, akan dijalankan secara liga. Johan dan Naib Johan Kumpulan A akan bertemu secara menyilang dengan Naib Johan dan Johan Kumpulan B dalam perlawanan separuh akhir bagi menentukan pasukan mana layak ke peringkat akhir.

4. Perlawanan separuh akhir akan dijalankan secara kalah mati.

5.

Dalam peringkat separuh akhir dan akhir, sekiranya dua pasukan yang bermain masih dalam kedudukan seri setelah masa sebenar tamat, maka permainan secara 'Sudden Death' akan dijalankan dalam masa tambahan 10 minit iaitu 5 minit setiap separuh masa dengan tiada masa rehat. ' Sudden Death' bermaksud mana-mana pasukan yang menjaringkan gol terlebih dahulu akan diisytiharkan sebagai pemenang dan permainan akan ditamatkan serta merta.

6. Pemberian mata ialah tiga (3) jika menang, satu (1) mata jika seri dan kosong (0) mata jika kalah.

7.

Jika terdapat dua (2) atau lebih pasukan mempunyai jumlah mata teratas yang sama, kaedah berikut hendaklah dipatuhi bagi menentukan pasukan yang layak ke perlawanan akhir:

(14)

7.2 Jika masih seri pasukan yang mempunyai jumlah jaringan gol terbanyak

7.3 Jika masih seri juga, tendangan penalti sebanyak tiga (3) kali akan diberikan. Pasukan yang banyak menyempurnakan tendangan penalti akan diumumkan sebagai pemenang. Dan,

8. Jika masih seri sistem "Sudden Death" akan digunakan bagi tendangan penalti bagi

menentukan pemenang.

6. PERTUKARAN PEMAIN.

Sebanyak dua (2) pertukaran pemain termasuk penjaga gol dibenarkan pada setiap perlawanan.

Pertukaran pemain hendaklah dibuat melalui pembantu pengadil pertama semasa bola tidak di dalam permainan.

7. KEMENANGAN PERCUMA

7.1 Kemenangan percuma akan diberikan kepada mana-mana pasukan, jika pasukan lawannya didapati melakukan kesalahan seperti berikut

:-7.1.1 Menyenaraikan pemain yang tidak didaftarkan dalam mana-mana perlawanan seperti dinyatakan dalam perkara 3.2

7.1.2 Gagal berada di padang selepas lima (5) minit dari masa perlawanan sepatutnya

dimulakan seperti dinyatakan dalam perkara 4.4.

7.1.3 Gagal menyediakan sekurang-kurangnya sembilan (9) orang pemain dalam sesuatu perlawanan.

7.1.4 Jika permainan dihentikan oleh kerana salah satu pasukan hanya mempunyai tujuh

(7) orang pemain sahaja disebabkan kesalahan tatatertib, maka pasukan lawan yang mempunyai pemain yang mencukupi akan diberikan kemenangan 2-0.

7.1.5 Tidak mahu meneruskan perlawanan.

7.2 Pasukan yang diberi kemenangan percuma akan mendapat tiga (3) mata dan kiraan jaringan 2-0.

(15)

secara automatik terkeluar dari kejohanan ini dan perlawanan sebelumnya dibatalkan.

8. PERATURAN AM

8.1 Jika seseorang pemain telah menerima dua (2) kad kuning dalam perlawanan sebelumnya pemain tersebut secara automatik tidak dibenarkan bermain satu (1) perlawanan berikutnya.

8.2 Jika seseorang pemain menerima dua (2) kad kuning dan seterusnya diberikan satu (1) kad merah dalam suatu perlawanan dan diperintahkan keluar padang, maka pemain tersebut tidak boleh bermain dua (2) perlawanan berikutnya.

8.3 Jika seseorang pemain ditunjukkan kad merah dan diperintahkan keluar padang dalam suatu perlawanan, pemain tersebut tidak dibenarkan bermain dalam perlawanan seterusnya untuk pertandingan ini.

8.4 Pasukan yang bertanding wajib menyediakan dua (2) set jersi yang mempunyai warna yang berlainan dan bernombor iaitu untuk jersi utama dan simpanan. Sekiranya dua (2) pasukan yang akan bertanding didapati memakai jersi yang sama warnanya, pasukan yang disebut terdahulu dalam jadual pertandingan hendaklah menukar jersi yang dipakai dengan warna lain.

8.5 Pihak penganjur tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini terhadap mana-mana pihak sebelum, semasa dan selepas pertandingan ini dijalankan.

8.6 Sekiranya Pengurus dan Pegawai-pegawai Pasukan terlibat dalam insiden pergaduhan dengan Pegawai-pegawai perlawanan atau pasukan lawan atau Urusetia Pertandingan, pasukannya akan didenda dengan dikeluarkan terus daripada pertandingan.

8.7 Pihak penganjur berhak untuk membuat sebarang pindaan atau perubahan pada jadual, padang perlawanan dan lain-lain yang berkaitan untuk melicinkan perjalanan pertandingan.

8.8 Jika tidak disebut dalam syarat-syarat pertandingan ini maka syarat-syarat Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hendaklah digunakan.

(16)

9. PENGADILAN

Pengadil yang mengadili perlawanan adalah pengadil yang bertauliah.

10. BANTAHAN

Segala bantahan boleh dibuat dengan merujuk kepada Jawatankuasa Bantahan dan Rayuan yang dilantik oleh pihak penganjur kejohanan ini.

11. TARIKH TUTUP PENYERTAAN

Sila kemukakan borang penyertaan ini selewat-lewatnya / tarikh tutup 7 Disember 2010 di Pejabat Khidmat Masyarakat JKKKP Kg. Selayang Indah .

Referensi

Dokumen terkait

Postur tubuh para pemain sepakbola yang kurang tinggi hendaknya dapat diimbangi dengan kemampuan kecepatan lari saat bermain sepakbola karena dengan berlari cepat

Papan pergantian pemain ini mempunyai dua sisi tampilan dimana setiap sisi tampilan mempunyai dua digit angka berwarna merah untuk menunjukkan pemain yang akan digantikan dan dua

Orang Prancis yang mengenal bola dari tentara Romawi pada 50 sebelum Masehi, juga bermain tanpa aturan dan tanpa batasan jumlah pemain.. Akibat larangan itu, sepak bola yang

Dalam suatu pertandingan sepak bola, dimana usaha pemain penyerang untuk mencetak gol tanpa terhalang oleh pemain bertahan (termasuk penjaga gawang) dan bola tersebut

8.0 JAWATANKUASA PENGURUSAN Penasihat : En Azaha Bin Awang PTPS Bola Sepak Pekan En Mohd Heikal Hafiz Bin Mohd Annuar Pegawai Pembangunan Bakat Murid PPD Pekan JAWATANKUASA PELAKSANA

inti.permainn ini mengutamakan kerjasama antar pemain seregu untuk memperoleh hasil yang maksimal atau memenangkan pertandingan.Selain kerjasama strategi dan taktik bermain

Pemasalahan yang akan dikaji adalah (1) Berapakah persentase pemain asing yang layak bermain dalam liga sepak bola di Indonesia menurut nilai standar BLI, yaitu ambilan

Bahan: karet atau karet sintetis buatan 2.5 Teknik Dasar Permainan Sepak bola Untuk bermain bola dengan baik pemain dibekali dengan teknik dasar yang baik.. Pemain yang memiliki