• Tidak ada hasil yang ditemukan

2. PERATURAN BOLA SEPAK SENIOR

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "2. PERATURAN BOLA SEPAK SENIOR"

Copied!
5
0
0

Teks penuh

(1)

2. PERATURAN BOLA SEPAK SENIOR

1. UNDANG-UNDANG

Pertandingan ini dijalankan mengikut undang-undang yang sedang berkuat kuasa sebagaimana yang diperuntukkan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan telah diterima oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) serta ‘Peraturan Am Pesta MSKPPM 2016’.

2. PEMBENTUKAN PASUKAN

2.1 Setiap pasukan perlu mendaftarkan maksimum:

i. 1 orang pengurus pasukan ii. 1 orang jurulatih

iii. 1 orang penolong jurulatih iv. 18 orang pemain

2.2 Pegawai boleh terdiri daripada salah seorang daripada 18 orang pemain berdaftar.

3. PENDAFTARAN

3.1 Setiap pasukan dikehendaki mengemukakan ‘Borang Pendaftaran Rasmi’ yang telah ditandatangani oleh pengurus pasukan dan diserahkan semasa Mesyuarat Pengurus Pasukan.

3.2 Setiap pendaftaran hendaklah disokong dengan dokumen-dokumen berikut:

i. Salinan kad pengenalan yang telah disahkan.

ii. Satu salinan slip gaji SAMA ADA September, Oktober atau November 2016 yang telah disahkan.

3.3 Jawatankuasa Pengelola berhak untuk menolak borang pendaftaran pasukan yang tidak lengkap.

4. KELAYAKAN DAN STATUS PEMAIN

4.1 Terbuka – pemain yang sudah mencapai status veteran (berumur 40 tahun dan ke atas) boleh didaftarkan dan bermain untuk peringkat senior.

4.2 Sila rujuk Peraturan 8 di dalam ‘Peraturan Am Pesta MSKPPM 2016’.

1

(2)

5. FORMAT PERTANDINGAN

5.1 Dijalankan secara liga satu pusingan dalam kumpulan.

5.2 Johan dan naib johan (2 pasukan terbaik) setiap kumpulan (bagi sistem liga 4 kumpulan) akan bermain secara kalah-keluar di peringkat suku akhir, separuh akhir dan akhir.

5.2 Semua pasukan yang berdaftar wajib melengkapkan semua perlawanan pada pusingan awal dan tidak dibenarkan menarik diri. Kegagalan melengkapkan perlawanan dalam pusingan awal boleh menyebabkan pasukan dan PSKPP Negeri berkenaan dikenakan tindakan tata tertib.

5.3 Sila rujuk Peraturan 9 di dalam ‘Peraturan Am Pesta MSKPPM 2016’.

6. MASA PERMAINAN

40 minit bagi setiap separuh masa dengan masa rehat 10 minit sahaja (40 – 10 – 40).

7. KELEWATAN

7.1 Setiap pasukan yang akan bertanding hendaklah berada di padang permainan 15 minit sebelum perlawanan dimulakan.

7.2 Masa 10 minit akan diberikan kepada pasukan yang lewat (panggilan pertama). Sekiranya pasukan berkenaan masih belum tiba atau bersedia selepas tempoh masa 10 minit yang diberikan (panggilan kedua), pihak lawannya akan diberikan kemenangan percuma dengan jaringan 3-0 berserta 3 mata.

7.3 Sesebuah pasukan yang akan bertandingan perlu bersedia dengan sekurang-kurangnya 9 orang pemain di padang perlawanan sebelum sepak mula. Sekiranya jumlah sesebuah pasukan kurang daripada 9 orang pemain, pasukan tersebut dikira sebagai ‘menarik diri’ dengan pihak lawannya akan diberikan kemenangan percuma dengan jaringan 3-0 berserta 3 mata.

8. PAKAIAN

8.1 Setiap pemain diwajibkan memakai jersi yang bernombor mengikut nombor yang telah didaftarkan melalui borang pendaftaran pasukan.

8.2 Kasut bola yang dipakai mestilah mengikut spesifikasi yang dibenarkan.

8.3 Semua pemain juga diwajibkan mengenakan alas betis / ‘shin guards’. 8.4 Pemain dibenarkan memakai ‘tight’ atau ‘thermal tight’.

8.5 Pemain tidak dibenarkan untuk memakai seluar trek (track bottom).

8.6 Ketua pasukan mestilah memakai lilitan lengan (armband) dan sekiranya diganti, lilitan lengan itu hendaklah diberikan kepada pemain yang mengambil alih tugasnya.

2

(3)

9. KIRAAN MATA DAN MEMUTUSKAN KEPUTUSAN

9.1 Pada peringkat kumpulan / pusingan awal, pemberian mata akan diberikan berdasarkan kepada pencapaian berikut:

i. Menang – 3 mata ii. Seri – 1 mata iii. Kalah – 0 mata

9.2 Sekiranya keputusan perlawanan dalam kumpulan menyebabkan 2 buah pasukan atau lebih mendapat mata yang sama, maka kemenangan dan kedudukan akan ditentukan mengikut kaedah seperti berikut:

9.2.1 Pasukan yang mendapat perbezaan gol yang terbanyak akan dikira sebagai pemenang.

9.2.2 Jika perbezaan gol masih sama, pasukan yang mendapat bilangan gol yang terbanyak akan dikira sebagai pemenang.

9.2.3 Jika masih sama, pasukan yang pernah mengalahkan lawannya akan dikira sebagai pemenang.

9.2.4 Jika keputusan masih tidak memihak kepada mana-mana pasukan, proses cabutan undi akan dijalankan.

9.3 Pada peringkat kalah-keluar pula, sekiranya keputusan berakhir dengan seri selepas masa penuh permainan tamat, sistem berikut akan diambil kira:

9.3.1 Masa rehat 5 minit diberikan selepas tamat masa perlawanan sebenar dan sebelum masa tambahan dijalankan, semua pemain kedua-dua pasukan tidak dibenarkan keluar dari kawasan padang permainan kecuali dengan kebenaran pengadil.

9.3.2 Permainan masa tambahan:

Perlawanan disambung semula selama 20 minit, iaitu 10 minit bagi setiap separuh masa dengan tiada masa rehat di antara kedua-dua separuh masa (10 – 0 – 10).

9.3.3 Jika keputusan permainan selepas masa tambahan juga berakhir dengan seri, pemenang akan ditentukan melalui penentuan sepakan penalti.

9.4 Penentuan sepakan penalti akan dijalankan mengikut ketetapan berikut:

9.4.1 Pengadil akan menentukan kawasan gol yang akan digunakan.

9.4.2 Tiap-tiap pasukan akan mengambil 5 sepakan penalti secara berselang-seli.

9.4.3 Kedua-dua ketua pasukan akan membuat undian bagi menentukan pasukan mana yang akan memulakan sepakan.

9.4.4 Pasukan yang berjaya menjaringkan lebih banyak gol akan dikira sebagai pemenang.

9.4.5 Hanya 11 orang pemain yang berada di dalam padang ketika tamatnya perlawanan yang dijalankan dalam masa tambahan sahaja yang dibenarkan untuk mengambil sepakan penalti.

9.4.6 Sekiranya kedudukan masih seri selepas 5 sepakan telah dibuat, maka sepakan penalti hendaklah diteruskan menggunakan format ‘sudden death’ oleh pemain yang berlainan secara berselang-seli sehinggalah pemenang dapat diputuskan.

3

(4)

9.4.7 Tiap-tiap sepakan penalti hendaklah diambil oleh pemain yang berlainan, termasuklah penjaga gol.

9.4.8 Penjaga gol boleh diganti oleh mana-mana pemain sedia ada di dalam padang sahaja pada bila-bila masa semasa penentuan sepakan penalti sedang berlangsung.

9.4.9 Semua pemain kecuali penjaga gol kedua-dua pasukan serta pemain yang akan melakukan sepakan penalti mestilah berada di tengah-tengah bulatan semasa sepakan diambil. Penjaga gol dan rakan kepada pemain yang mengambil sepakan penalti pula hendaklah berada sekurang-kurangnya 10 ela di luar kawasan penalti.

9.4.10 Jawatankuasa Pengelola akan menggunakan budi bicara dengan sebaik mungkin untuk memutuskan keputusan bagi sesuatu perlawanan sekiranya masa perlawanan berlarutan hingga ke waktu malam setelah mendapat persetujuan bersama kedua-dua pengurus pasukan terlibat.

10. SISTEM PERTANDINGAN

Sila rujuk Peraturan 9 di dalam ‘Peraturan Am Pesta MSKPPM 2016’.

11. PENGGANTIAN PEMAIN

Setiap pasukan dibenarkan untuk menggunakan kesemua 7 orang pemain gantian termasuk penjaga gol pada bila-bila masa bagi satu-satu perlawanan.

12. PENGGANTUNGAN PEMAIN

Mana-mana pemain / pegawai yang digantung akan dirujuk mengikut undang-undang serta peraturan am pertandingan FIFA dan MSKPPM yang sedang berkuat kuasa.

13. BOLA PERTANDINGAN

13.1 Setiap pasukan dikehendaki menyediakan dan membawa sekurang-kurangnya sebiji (1) bola pertandingan setiap kali perlawanan berlangsung.

13.2 Jenama dan jenis bola yang akan digunakan yang akan dimaklumkan oleh Jawatankuasa Pengelola kepada semua MSKPP negeri melalui surat rasmi.

14. PENGADIL DAN PENJAGA GARISAN

14.1 Setiap pasukan PSKPP Negeri perlu menyediakan seorang (1) pengadil bertauliah.

14.2 Pelantikan serta bidang tugas pengadil dan penjaga garisan bagi sesuatu perlawanan adalah di bawah bidang kuasa Jawatankuasa Pengelola.

15. BANTAHAN

Sila rujuk Peraturan 15 di dalam ‘Peraturan Am Pesta MSKPPM 2016’.

4

(5)

16. LEMBAGA JURI RAYUAN

Sila rujuk Peraturan 16 di dalam ‘Peraturan Am Pesta MSKPPM 2016’.

17. PERKARA-PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN

Semua perkara yang tidak dinyatakan di dalam undang-undang dan peraturan ini serta ‘Peraturan Am Pesta MSKPPM 2016’ akan dirujuk dan diselesaikan oleh Jawatankuasa Pengelola mengikut undang- undang dan peraturan-peraturan yang meliputi tiap-tiap satu permainan yang sedang berkuat kuasa dan berhak meminda atau menambah mana-mana yang bersesuaian.

5

Referensi

Dokumen terkait

Penelitian menggunakan 60 ekor ayam pedaging, dua puluh ekor ayam di awal penelitian diambil darahnya untuk pengamatan titer antibodi asal induk terhadap infeksi virus

Mobile device sendiri pada umumnya diartikan sebagai perangkat yang memiliki ukuran fisik kecil, dapat dioperasikan dimana saja, perangkat bergerak dapat memberikan

Pengolahan minyak dengan cara penggorengan, proses ekstraksi minyak dilakukan dari hasil penggilingan atau parutan daging kelapa dengan langkah sebagai berikut:.. Gambar

2 Wakil Dekan Bidang I SALINAN TERKENDALI 02 3 Wakil Dekan Bidang II SALINAN TERKENDALI 03 4 Manajer Pendidikan SALINAN TERKENDALI 04 5 Manajer Riset dan Pengabdian

Pada uji Dissolved Oxygen (DO) dan uji Biological Oxygen Demand (BOD) perlakuan awal yang dilakukan ialah memasukkan sampel ke dalam botol winkler yang bertutup dengan cara

Implikasi dari penelitian ini adalah bahwa terdapat pengaruh self-efficacy terhadap prestasi belajar matematika pada siswa kelas VIII akan memberikan wawasan dan

Pengawasan kualitas merupakan alat bagi manajemen untuk memperbaiki kualitas produk bila dipergunakan, mempertahankan kualitas produk yang sudah tinggi dan

Puji syukur penulis panjatkan kehadiran Allah SWT atas segala berkat dan karunia-Nya lah penulis dapat menyelesaikan penelitian untuk laporan Tugas Akhir ini dengan judul