1 Ong Puay Liu dan Badariah Saibeh. 2016. Saexit – Sabah dan Sarawak Keluar Malaysia: Tinjauan Atas Talian Pandangan Orang Sabah dan Sarawak. KERTAS KERJA dibentangkan di Perbincangan Meja Bulat Federalisme dan Isu Hak Negeri. Anjuran Institut Kajian Etnik pada 14 April 2016 di Hotel Bangi Putrajaya – Bangi.
Saexit – Sabah dan Sarawak Keluar Malaysia
Tinjauan Atas Talian Pandangan Orang Sabah dan Sarawak
Ong Puay Liu dan Badariah Saibeh
Institut Kajian Etnik (KITA), Universiti Kebangsaan Malaysia
Abstrak
Beberapa tahun kebelakangan ini, dunia menyaksikan desas desus ‘Grexit’ (Greece exit European Union, 2012), ‘Scexit’ (Scotland exit Britain, 2014), dan ‘Brexit’ (Britain exit European Union, 2016). Grexit tidak berlaku (Krause-Jackson 2015), Scexit juga tidak berlaku (Scottish Independence Referendum 2014). Apakah Brexit akan berjaya? Dunia menunggu keputusan pungutan suara Brexit yang dijadualkan berlangsung pada 23 Jun 2016 (The Economist 2016). Negara Malaysia juga sedang menyaksikan gejala ‘exit’ atau mahu keluar ini. Saexit - Sabah dan Sarawak keluar Malaysia, atau singkatan popular, SSKM, semakin memperolehi momentum. Kini, ‘Sabah dan Sarawak Keluar Malaysia’ telah menjadi sebahagian daripada wacana sosio-politik di Malaysia, khususnya dalam kalangan orang Sabah dan Sarawak. Namun, bukan sahaja SSKM yang semakin hari mengisi ruang media, khususnya media sosial, tetapi juga desas desus mengenai negeri-negeri lain seperti Kelantan keluar Malaysia, Johor keluar Malaysia. Apakah fenomena ini melambangkan peningkatan kesedaran terhadap kedudukan sebenar negeri-negeri yang terangkum dalam Persekutuan Malaysia? Apakah ada ruang perundangan untuk negeri-negeri tertentu keluar Malaysia? Di sebaliknya, adakah tuntutan keluar Malaysia berbentuk hasutan? Makalah ini merupakan usaha awal untuk meninjau pandangan orang Sabah dan Sarawak terhadap tuntutan SSKM oleh golongan tertentu. Kaedah penelitian melibatkan pengendalian survei atas talian melalui penggunaan borang google (google forms). Sasaran adalah orang Sabah dan Sarawak, termasuk penduduk tetap Sabah atau Sarawak. Para responden diperolehi melalui persampelan mudah dan teknik snowball. Skop penelitian meliputi pengetahuan responden tentang kewujudan golongan aktivis SSKM, khususnya Page Facebook SSKM dan pandangan responden tentang rasional tuntutan SSKM.
Kata kunci: Facebook SSKM, Persekutuan Malaysia, Perlembagaan Persekutuan, Sabah Sarawak Keluar Malaysia, Malaysia Forever, Saexit
Pengenalan
2 Abdul Rahman, Perdana Menteri yang pertama untuk negara baru Malaysia, menyifatkan lagu ini sebagai ‘lagu patriotik tidak rasmi yang pertama’ bagi negara baru yang bakal dinamakan Malaysia (Wikipedia 2016a; Wikipedia 2016b). Selama dua dan tiga tahun selepas pembentukan Malaysia, lagu ini kerap dinyanyikan di sekolah, dimainkan oleh stesen radio dan didendangkan semasa menyambut Hari Malaysia pada 16 September 1963. Lirik lagu ‘Malaysia Forever’ mengangkat pembentukan negara baru ini. Ia menggambarkan keriangan dan kegembiraan menjadi bebas. Satu lagu harapan mengenai penyatuan dan kesediaan berkongsi, serta peluang bekerjasama sebagai jiran tetangga yang baik.
Namun begitu, sebahagian besar rakyat Malaysia mungkin tidak tahu tentang kewujudan lagu ini, atau belum pernah mendengar lagu ini. Keadaan tidak tahu ini memang tidak menghairankan, kerana selepas Singapura keluar dari Malaysia pada tahun 1965, lagu ini tidak lagi dinyanyikan di sekolah atau dimainkan di stesen radio dan tempat-tempat lain. Hayat lagu ‘Malaysia Forever’ begitu singkat; hanya sempat hidup selama tiga tahun.
Apakah pembentukan Malaysia merupakan ‘suatu penyatuan yang ditakdirkan gagal dari awal’ [a marriage that was doomed from the start] (Tan 2007)?
Tahun 2016 – Malaysia berumur 53 tahun. Kalau mengikut kitaran hayat manusia, Malaysia dikatakan ‘middle-aged’ atau pertengahan umur, satu lingkungan umur yang membolehkan Malaysia menikmati hasil usaha dan titik peluh selama 53 tahun ini. Namun, dewasa ini, kedengaran keluhan ketidakpuasan dalam kalangan penduduk negeri-negeri tertentu terhadap kedudukan negeri masing-masing dalam Persekutuan Malaysia dan layanan daripada Kerajaan Pusat. Ketidakpuasan ini disalurkan dalam bentuk seruan, desakan ataupun tuntutan keluar dari Malaysia.
‘Sabah dan Sarawak Keluar Malaysia’, ‘Kelantan Keluar Malaysia’, ‘Johor Keluar Malaysia’ – kata-kata ini kini semakin hari mengisi ruang media, khususnya media sosial, dan menjadi sebahagian daripada wacana sosio-politik di Malaysia.
Sumber:
http://babab.net/out/johor-ugut-keluar-dari-malaysia.html
http://www.sabahsarawakmerdeka.com/2014/09/kelantan-keluar-malaysia.html http://www.sabahsarawakmerdeka.com/p/about-us.html
Apakah Malaysia Forever semakin hari semakin tergugat?
3 gagasan Malaysia? Adakah terdapat ruang perundangan untuk negeri-negeri tertentu keluar Malaysia? Di sebaliknya, adakah tuntutan keluar Malaysia berbentuk hasutan? Soalan-soalan ini menarik untuk dijadikan bahan kajian. Namun begitu, makalah ini, yang merupakan satu usaha awal untuk membuat penelitian terhadap isu keluar Malaysia, menumpu perhatian kepada kes Sabah dan Sarawak sahaja, dan khususnya kepada pandangan orang Sabah dan Sarawak, termasuk penduduk tetap, terhadap tuntutan kumpulan SSKM.
Kaedah penelitian melibatkan pengendalian survei atas talian melalui penggunaan borang google (google forms). Para responden diperolehi melalui persampelan mudah dan teknik snowball. Skop penelitian meliputi pengetahuan responden tentang kewujudan kumpulan aktivis SSKM, khususnya Page Facebook SSKM dan pandangan responden tentang rasional tuntutan SSKM.
Saexit - Sabah dan Sarawak Keluar Malaysia (SSKM)
‘Dapatkan kesamarataan hak untuk Sabah dan Sarawak sama seperti Semenanjung Malaysia atau keluar dari Persekutuan Malaysia’ – ini adalah antara tuntutan sekumpulan individu yang menggelar diri mereka ‘Union of Sarawak dan Sabah Nationalists’. Tuntutan ini dikemukakan kepada Adenan Satem pada bulan Februari 2014, yang bakal menggantikan Abdul Taib Mahmud sebagai Ketua Menteri (Malaysiakini 2014).
Selepas lebih 50 tahun pembentukan dan penyatuan, Persekutuan Malaysia masih menghadapi masalah kewujudan (existential problem) (Harding & Chin 2014: 10). Pernyataan ini boleh dijelaskan kalau kita merujuk kepada Perkara 160 (Taksiran), Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Istilah-istilah seperti Hari Merdeka, Maksud Negeri, Maksud Persekutuan, Orang Asli, Orang Melayu, Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948, Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957 disebut dalam Perkara 160.
Di sebaliknya, ‘Hari Malaysia’, ‘16 September 1963’, atau ‘Perjanjian Malaysia 1963’ tidak disebut langsung atau diberi taksiran dalam Perkara 160. Misalnya, dalam Perkara 160,
“Hari Merdeka” ertinya tiga puluh satu hari bulan Ogos, tahun seribu sembilan ratus lima puluh tujuh;
“Persekutuan” ertinya Persekutuan yang ditubuhkan di bawah Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957;
“Sebutan dalam Perlembagaan ini mengenai Persekutuan dan Negeri-Negeri Persekutuan dan mengenai wilayah-wilayah Persekutuan atau wilayah-wilayah mana-mana Negeri Persekutuan, dan mengenai mana-mana pegawai yang memegang jawatan di bawah Persekutuan atau mana-mana pihak berkuasa atau badan di dalam atau bagi Persekutuan hendaklah ditafsirkan -
(a) berhubung dengan bila-bila masa selepas Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948
mula berkuat kuasa, dan sebelum Hari Merdeka …”
Bagaimana kedudukan Malaysia yang dibentuk pada 16 September 1963 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia?
Pemikiran teoretis tentang hak menarik diri (right to secede)
4 Menurut Buchanan (2014), pemikiran teoretis tentang hak menarik diri daripada persekutuan atau sesebuah badan politik biasanya mengasaskan rangka pemahaman hak ini dalam konteks hak pemulihan sahaja (remedial right), atau sebagai hak utama untuk menarik diri (primary right to secede). Teori hak pemulihan untuk menarik diri (remedial right only theories) menegaskan bahawa sesuatu kumpulan manusia mempunyai hak umum untuk menarik diri kalau dan hanya kalau kumpulan ini mengalami ketidakadilan atau tindakan-tindakan tidak adil yang tertentu. Hak menarik diri, dalam keadaan ini, dilihat sebagai hak pemulihan terakhir yang sesuai. Teori Hak Utama (primary right theories), sebaliknya, menegaskan bahawa kumpulan tertentu mempunyai hak umum untuk menarik diri meskipun tidak wujud sebarang bentuk ketidakadilan.
Dalam situasi Sabah dan Sarawak, adakah tuntutan Saexit – Sabah dan Sarawak keluar Malaysia – terangkum dalam hak pemulihan (remedial right to secede) atas asas berlakunya ketidakadilan, atau hak utama untuk keluar (primary right to secede)?
Secession from Malaysia? Don't think about it - it can even lead to war, say experts (Malaysia Chronicle 2015)
TMJ Beri Ingat, Semua Negeri Ada Hak Untuk Keluar Dari Malaysia (Papa Diva 2015)
Seek equality or secede, group tells Adenan (Malaysiakini 2014)
Petikan pertama di atas memberi maksud seolah-olah remedial right to secede mahupun primary right to secede tidak ada ruang perundangan untuk mana-mana ahli dalam Persekutuan Malaysia menarik diri. Petikan kedua memberi maksud setiap negeri dalam Malaysia ada hak untuk keluar dari Malaysia, sama ada remedial atau primary right to secede. Petikan ketiga pula memberi maksud bahawa negeri-negeri dalam Malaysia ada remedial right to secede.
Sebagaimana dikatakan bahawa Persekutuan Malaysia mempunyai masalah kewujudan – apa itu Malaysia? – begitu juga setiap ahli/negeri dalam Malaysia mempunyai masalah kewujudan. Apakah sesebuah negeri boleh meninggalkan Malaysia?
Tinjauan penulisan dalam media massa menunjukkan bahawa soalan ‘Can Sabah and Sarawak secede?’ semakin hari semakin mengisi ruang media, khususnya media atas talian. Analisis hujah dan wacana yang berlangsung merupakan sumber penting untuk kita mengetahui pemikiran dan pendirian rakyat Malaysia yang mewakili latar belakang yang berlainan mengenai isu sama ada Sabah dan Sarawak boleh keluar dari Malaysia. Walau bagaimanapun, skop kertas kerja ini tidak meliputi aspek tersebut.
Kertas kerja ini melibatkan orang Sabah dan Sarawak yang memberi maklum balas melalui borang google mengenai pandangan mereka tentang tuntutan SSKM, khususnya pengetahuan mereka tentang kewujudan media sosial Page Facebook, sumber saluran suara golongan aktivis SSKM.
Huraian Penelitian Pandangan Melalui Borang Google
5 1. Pandangan tentang Saexit / SSKM
2. Pandangan tentang Page Facebook SSKM (Sabah dan Sarawak Keluar Malaysia) 3. Latar belakang responden
6 Sewaktu borang google ini ditutup, bilangan responden yang mengisi soal selidik adalah seramai 132 orang.
Analisis Data
Perbincangan seterusnya akan berpandukan sub-tajuk dalam borang google. Perbincangan bermula dengan latar belakang responden, seterusnya pandangan responden tentang Saexit / SSKM, diikuti dengan pandangan responden tentang Page Facebook SSKM.
Latar Belakang Responden
Daripada 132 responden, sebanyak 71 responden (54 peratus) adalah perempuan dan 61 responden (46 peratus) adalah lelaki. Dari segi umur, 108 responden (82 peratus) berumur antara 20-29 tahun; 16 responden (12 peratus) berumur 30-39 tahun; 5 responden (4 peratus) berumur 40-49 tahun; dan 3 responden (2 peratus) dalam lingkungan umur 50-59 tahun.
7
Tempat tinggal asal responden juga mencerminkan kepelbagaian, seperti ditunjukkan dalam Carta 3 (Sabah) dan Carta 4 (Sarawak).
Carta 1 Keanggotaan etnik responden Sabah (N=89)
8
Dari segi pekerjaan, sebanyak 51 peratus responden masih belajar, diikuti oleh responden yang bekerja di sektor swasta sebanyak 22 peratus. Responden yang bekerja di sektor kerajaan sebanyak 15 peratus dan bekerja sendiri sebanyak 12 peratus.
Sebahagian besar responden mempunyai pendidikan tinggi, iaitu sebanyak 92 peratus responden mempunya pendidikan kolej atau universiti, sementara 7 peratus berpendidikan peringkat sekolah menengah dan satu peratus peringkat sekolah rendah.
Pernah dengar atau baca tentang Saexit / SSKM?
Daripada 132 responden, seramai 125 responden (95 peratus) menjawab mereka pernah dengar dan membaca mengenai tuntutan Sabah dan Sarawak keluar Malaysia. Tujuh
Carta 3 Tempat tinggal asal responden Sabah
9 responden (5 peratus) yang lain menyatakan mereka tidak tahu mengenai isu tuntutan tersebut. Bagi mereka yang tahu atau pernah membaca tentang SSKM, soalan susulan adalah apakah sumber pengetahuan utama mereka. Responden boleh menandakan lebih daripada satu sumber.
Sumber pengetahuan?
Daripada maklum balas mereka, didapati rakan-rakan merupakan sumber pengetahuan yang utama (112 responden), diikuti dengan media online (49 orang), ahli keluarga (42 orang), surat khabar (35 orang), dan Page Facebook SSKM (24 orang). Carta 5 di bawah memberi ilustrasi maklum balas responden.
Soalan seterusnya untuk responden yang pernah baca, dengar dan tahu tentang SSKM (jumlah 125 responden) adalah berkenaan pandangan mereka mengenai SSKM, iaitu apakah mereka setuju atau tidak setuju dengan tuntutan SSKM. Maklum balas responden yang pernah baca, dengar dan tahu tentang SSKM menunjukkan seramai 50 responden (40 peratus) setuju dan 33 responden (26 peratus) sangat setuju dengan tuntutan SSKM. Ini menunjukkan seramai 83 responden (66 peratus) berpandangan positif terhadap SSKM. Di sebaliknya, seramai 31 responden (25 peratus) tidak bersetuju dan 11 responden (9 peratus) sangat tidak setuju dengan SSKM, menjadikan jumlah keseluruhan 42 responden (34 peratus) yang tidak setuju dengan SSKM.
Daripada peratusan yang diperolehi, nampaknya, sokongan kepada SSKM daripada kalangan responden Sabah dan Sarawak belum mencapai tahap majoriti. Hal ini kerana hanya 66 peratus sahaja yang setuju (termasuk sangat setuju) dengan tuntutan SSKM. Satu pertiga lagi (34 peratus) tidak setuju dengan tuntutan SSKM. Dalam kata lain, kumpulan ini mahu Sabah dan Sarawak terus kekal dalam Malaysia.
Soalan seterusnya yang dikemukakan kepada responden adalah pandangan mereka tentang hak Sabah dan Sarawak menjadi sebuah negara yang berdaulat (bebas; ada kuasa memerintah sendiri). Sebahagian besar responden, 93 peratus, berpandangan Sabah dan Sarawak berhak menjadi sebuah negara yang berdaulat. Sementara 7 peratus sahaja berpandangan sebaliknya.
10 Rumusan untuk bahagian ini:
95 peratus daripada keseluruhan responden pernah dengar/baca tentang SSKM; Sumber maklumat bagi 95 peratus responden ini (ikut peratus tertinggi) -
rakan-rakan media online ahli keluarga surat khabar Page Facebook
Daripada 95 peratus yang pernah dengar/baca tentang SSKM, 66 peratus sangat setuju dan setuju dengan gagasan SSKM;
Daripada 95 peratus yang pernah dengar/baca tentang SSKM, 93 peratus mengatakan Sabah dan Sarawak ada hak untuk menjadi negara berdaulat.
Maklum balas responden menunjukkan isu SSKM tersebar luas dalam kalangan orang Sabah dan Sarawak, dan sumber penyebaran utama adalah rakan-rakan dan media online. Dari segi latar belakang responden, seramai 82 peratus responden berumur dalam lingkungan 20-29 tahun. Menurut statistik yang diberikan oleh Pew Research Center, kohort 18-29 tahun merupakan pengguna tertinggi laman rangkaian sosial [social networking sites] (Pew Research Center 2016).
Berkaitan dengan pandangan sama ada setuju atau tidak setuju dengan SSKM dan pandangan tentang hak Sabah dan Sarawak menjadi negara berdaulat, terdapat perbezaan dari segi peratusan. Hanya 66 peratus bersetuju (gabungan sangat setuju dan setuju) dengan SSKM, manakala 93 peratus setuju Sabah dan Sarawak ada hak menjadi negara berdaulat. Apakah menjadi negara berdaulat tidak bererti keluar dari Malaysia?
Laman Web SSKM
Sebelum diteruskan perbincangan, bahagian ini akan menceritakan tentang laman web dan Page Facebook SSKM.
Ringkasan maklumat daripada laman web SSKM (sumber: Sabah Sarawak Keluar Malaysia – Sabah Sarawak Union [SSKM-SSU(UK)] 2016a):
11 Sumber: Sabah Sarawak Keluar Malaysia – Sabah Sarawak Union (UK) (2016b)
Misi, Visi dan Objektif SSKM seperti berikut (sumber: Sabah Sarawak Keluar Malaysia – Sabah Sarawak Union (SSKM-SSU(UK) 2016b):
Misi: Untuk menerima Deklarasi Rasmi daripada The United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland (UK) & the United Nations (UN) bahawa Sabah dan Sarawak tidak lagi berminat untuk meneruskan dan menjadi sebahagian daripada Persekutuan Malaysia, justeru menjadi Negara yang Merdeka dan Berdaulat secara hakiki di Asia Tenggara, dan akan dikenali dengan nama “The Republic of North Borneo” and “Republic of Sarawak’.
Visi: Untuk memulihkan kembali status Kemerdekaan untuk Sabah dan Sarawak, yang telah diberikan oleh British sebelum pembentukan Malaysia pada tahun 1963. Dengan ini, kedua-dua negara ini boleh berkembang maju menjadi antara negara-negara yang kukuh di Asia Tenggara
Objektif
1. Untuk mendidik orang Sabah dan Sarawak mengenai hakikat sebenar di sebalik sejarah PEMBENTUKAN MALAYSIA 1963, dan HAK ORANG SABAH DAN SARAWAKIAN MENGIKUT MEMORANDUM PERKARA 18/20
2. Untuk meningkat kesedaran dan perasaan cintakan negara (patriotisme) dalam kalangan orang Sabah dan Sarawak terhadapa negara masing-masing (Sabah dan Sarawak). Dengan ini, semangat kebangsaan terhadap negara masing-masing yang selama ini tertindas dan dimanipulasi oleh Kerajaan Malaya dan pemimpin-pemimpin tempatan yang korup.
3. Untuk mengutip 300,000 tandatangan orang Sabah dan Sarawakian yang akan disampaikan kepada United Kingdom of Great Britain and Northen Ireland (UK) & United Nations (UN) berkenaan dengan Sabah dan Sarawak tidak lagi berminat untuk meneruskan keahliannya dalam Persekutuan Malaysia bersama dengan Malaya
12 Visi, misi dan objektif SSKM jelas menunjukkan pendirian kumpulan SSKM terhadap kedudukan Sabah dan Sarawak dalam Persekutuan Malaysia. Kedua-dua wilayah ini tidak dianggap sebagai ‘negeri’ tetapi sebagai ‘negara’, dan seharusnya mempunyai kewibawaan yang tidak tertakluk kepada Kerajaan Malaya. Kerajaan Pusat dilihat sebagai Kerajaan Malaya di mana Sabah dan Sarawak tidak diberi layanan yang adil dan sewajarnya. Justeru, agenda SSKM adalah untuk meningkat kesedaran orang Sabah dan Sarawak khususnya tentang pembentukan Malaysia, dan memorandum Perkara 18/20. Kedua-dua wilayah ini dilihat sebagai mempunyai hak untuk membawa kes ketidakadilan ini dan hasrat Sabah dan Sarawak untuk keluar dari Malaysia kepada United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland (UK) & United Nations (UN).
Menggabungkan motto Syarikat Berpiagam Borneo Utara ‘Pergo et Perago (bahasa Latin), yang bermaksud ‘I undertake and I achieve’, dan motto Kerajaan Sarawak semasa pentadbiran Brooke, ‘Dum spiro spero’ yang bermaksud ‘While I breathe, I hope’, kumpulan SSKM menegaskan hasrat mereka adalah untuk menyediakan ruang kepada sesiapa yang ingin berkongsi dan memberi maklumat yang relevan kenapa Sabah dan Sarawak harus ada kemerdekaan sendiri.
Pandangan tentang Page Facebook SSKM
Maklumat di atas boleh diperolehi daripada laman web dan page facebook SSKM. Justeru, beberapa soalan digubal untuk meninjau kesedaran responden tentang laman web atau facebook SSKM, dan penglibatan responden dalam diskusi yang berlangsung dalam media tersebut.
Soalan pertama berkenaan dengan pengetahuan responden tentang page facebook SSKM. Daripada 132 responden yang menjawab soalan sama ada mereka tahu tentang kewujudan page facebook SSKM, seramai 63 responden (48 peratus) menjawab mereka tahu sementara 69 responden (52 peratus) menjawab tidak tahu mengenai kewujudan page facebook tersebut. Peratusan tahu lebih rendah daripada peratusan yang tidak tahu tidak menghairankan kalau kita rujuk kembali kepada maklum balas responden tentang sumber pengetahuan. Page facebook adalah sumber pengetahuan yang mencatat bilangan responden paling rendah. Dalam bahagian awal kertas kerja ini, dinyatakan hanya 24 peratus responden mengatakan sumber pengetahuan tentang SSKM adalah page facebook SSKM.
Seterusnya, soalan yang dikemukakan kepada responden yang mengetahui tentang kewujudan page facebook SSKM ada mengikuti (Like dan Follow) page facebook tersebut. Sebanyak 43 peratus menjawab Ya, dan selebihnya 57 peratus menyatakan tidak mengikuti page facebook tersebut.
Pola penggunaan ikut page facebook seperti berikut: a. Satu kali sehari - 34 peratus
b. Tiga kali seminggu - 3 peratus c. Satu kali seminggu - 19 peratus d. Satu kali sebulan - 32 peratus e. Sekali setahun - 12 peratus
Pola kekerapan responden memberi maklum balas (like atau komen) terhadap status page facebook SSKM:
13
d. sangat tidak setuju - 14 peratus.
Rumusannya, pola kekerapan responden, sama ada ikut page facebook SSKM atau memberi maklum balas dalam page facebook SSKM adalah sekitar 50-65 peratus. Dari segi persetujuan, 67 peratus setuju dan/atau sangat setuju dengan misi page facebook SSKM. Peratus ini adalah konsisten dengan jumlah peratus responden yang setuju dengan gagasan SSKM, iaitu 66 peratus, seperti yang dilaporkan di bahagian awal kertas kerja ini.
Perbandingan antara responden Sabah dan Sarawak:
64 peratus responden Sabah setuju (dan sangat setuju) dengan tuntutan SSKM, sementara 76 peratus responden Sarawak setuju (dan sangat setuju) dengan tuntutan SSKM.
61 peratus responden Sabah setuju (dan sangat setuju) dengan misi SSKM, sementara 84 peratus responden Sarawak setuju (dan sangat setuju) dengan misi SSKM. Hal ini menarik kalau kita ambil kira pengasas SSKM adalah orang Sabah. Responden Sarawak dapat melihat isu SSKM sebagai isu yang melibatkan orang Sarawak dan Sabah, yang menduduki pulau yang sama, iaitu Borneo.
Pandangan responden tentang isu utama yang diutarakan oleh SSKM
Responden juga ditanya mengenai isu utama SSKM. Jadual 1 menunjukkan maklum balas responden.
Jadual 1 Maklum Balas Responden tentang Isu Utama SSKM mengikut Tema
Tema Isu Huraian
Perjanjian Rasmi Perjanjian Malaysia 1963; Perkara 18/20
Perjanjian tidak ditepati oleh Kerajaan Persekutuan/ Malaya Hak sebagai Negara Status Sabah dan Sarawak sebagai
‘Negara’ Sabah Sarawak mampu menjadi negara berdaulat
Masalah kepemimpinan
Ketidakadilan politik; Korupsi Sabah dan Sarawak hanya sebagai lubuk undi Barisan Nasional Hak Hasil Negeri Hasil Sabah diekspolitasi dan
Sabah dan Sarawak antara negeri
Pembangunan tidak sama rata Kadar kemiskinan antara yang tertinggi di Sabah dan Sarawak Ketidakadilan sosial Orang Borneo dipandang rendah Isu PTI, autonomi
Kebebasan
14 Lapan tema yang dinyatakan dalam Jadual 1 dihasilkan melalui maklum balas responden untuk soalan terbuka dalam borang google – ‘apakah isu utama yang diutarakan oleh SSKM’? Intipatinya, pandangan responden berkisar di sekitar Perjanjian Malaysia 1963 dan Perkara 18/20 yang tidak ditepati oleh Kerajaan Persekutuan. Ketidakpatuhan kepada dokumen-dokumen rasmi tersebut, pada pandangan responden, melambangkan Kerajaan Persekutuan, yang dilihat dominasi Kerajaan Malaya, tidak mengakui kedudukan istimewa Sabah dan Sarawak. Apakah kedudukan istimewa ini? Sabah dan Sarawak, semasa pembentukan Malaysia, adalah ‘negara bebas’ dan penyertaan mereka dalam pembentukan Malaysia 1963 mempunyai syarat-syarat dan perlindungan tertentu.
Disebabkan ketidakadilan dan ketidaksamarataan dari segi pengiktirafan dan layanan, maka responden yang setuju dengan tuntutan dan misi SSKM berpendapat Sabah dan Sarawak ada hak untuk keluar dari Malaysia dan menjadi negara berdaulat, membentuk negara sendiri. Asas pendirian mereka adalah Perjanjian Malaysia 1963 dan Perkara 18 (Sarawak) dan Perkara 20 (Sabah). Asas-asas ini juga digunakan oleh kumpulan SSKM, seperti dinyatakan dalam laman web dan page facebook. Perkara 7 dalam Perkara 18/20 menyentuh tentang ‘Hak Menarik Diri (Right to Secession), yang menyatakan ‘hak untuk memisah atau menarik diri daripada Persekutuan seharusnya tidak wujud (There should be no right to secede from the Federation). Penggunaan perkataan ‘seharusnya tidak wujud’ memberi ruang interpretasi bahawa Sabah dan Sarawak (dan Singapura ketika pembentukan Malaysia) dinasihati agar tidak menarik diri dari Persekutuan Malaysia, dan bukan sekatan atau larangan secara langsung. Bagi pejuang SSKM, tidak ada sekatan mahupun larangan untuk menarik diri dimeterai dalam Perjanjian Malaysia atau Perlembagaan Persekutuan Malaysia (Sabah dan Sarawak Keluar Malaysia. Sabah Sarawak Union 2011), malah juga Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (Zainnal Ajamain 2014).
Namun, terdapat pejuang atau pengkaji yang tidak bersependapat dengan kumpulan SSKM mengenai penggunaan Perkara 18/20 sebagai asas tuntutan. Merujuk kepada kes Sabah, Zainnal Ajamain, misalnya, dalam buku bertajuk ‘The Queen’s Obligation and the Inter-Governmental Report’, menegaskan Perkara 20 bukan sahaja tidak mempunyai asas perundangan tetapi adalah ‘harmful to Sabah’ (Zainnal Ajamain 2015: 101).
Kesimpulan
Makalah ini telah membentangkan pandangan responden Sabah dan Sarawak tentang SSKM atau Saexit, isu utama yang diperjuangkan oleh kumpulan SSKM, pendirian responden tentang tuntutan SSKM, serta pandangan mereka tentang Page Facebook SSKM. Maklum balas responden menunjukkan lebih daripada 60 peratus responden Sabah dan Sarawak (peratusan Sarawak lebih tinggi) setuju dengan tuntutan SSKM dan menyokong misi SSKM. Tuntutan utama SSKM adalah untuk Sabah dan Sarawak keluar Malaysia. Sebab utama adalah kerana Kerajaan Persekutuan, yang dilihat sebagai dominasi Kerajaan Malaya, tidak menghormati Perjanjian Malaysia 1963 dan Perkara 18/20. Ketidakadilan, ketidaksamarataan layanan dan agihan, ketidakpengiktirafan status Sabah dan Sarawak sebagai negara, serta eksploitasi sumber-sumber asli, adalah antara penjelasan kenapa Sabah dan Sarawak berhak keluar dari Malaysia dan membentuk negara berdaulat dan bebas.
15 kewarganegaraan (sense of Malaysianness) dan mengasas orientasi hala tuju (sense of purpose) dalam negara yang dianggap ‘negara saya, negara kita’.
‘Let’s get together ... We’re all in the same boat ... Let’s pull together ... There is no other way ...’ Begitulah lirik lagu ‘Malaysia Forever’. Saexit atau Malaysia Forever? Tiada jalan lain kecuali permuafakatan dan persefahaman kalau kita, rakyat Malaysia, mahu Malaysia kekal sebagai Persekutuan Malaysia. Sarawak secede? March 3, 2014. Atas talian: http://www.thenutgraph.com/uncommon-sense-with-wong-chin-huat-can-sabah-and-sarawak-secede/
Krause-Jackson, Flavia. 2015. Economist Who Coined ‘Grexit’ Now Says Greece Will Stay in Euro. Jun 29, 2015. Atas talian: http://www.bloomberg.com/news/articles/2015-06-28/economist-who-coined-grexit-now-says-greece-will-stay-in-euro
Malaysiakini. 2014. Seek equality or secede, group tells Adenan. Februari 21, 2014. Atas talian: https://www.malaysiakini.com/news/255046
Malaysia Chronicle. 2015. Secession from Malaysia? Don't think about it - it can even lead to war, say experts. November 11, 2015. Atas talian: http://www.malaysia- chronicle.com/index.php?option=com_k2&view=item&id=606451:secession-from-
malaysia?-dont-think-about-it-it-can-even-lead-to-war-say-experts&Itemid=2#axzz457HTN2tk
Oxford Dictionaries. 2016. Secession. Atas talian: http://www.oxforddictionaries.com/definition/english/secession
Papa Diva. 2015. TMJ Beri Ingat, Semua Negeri Ada Hak Untuk Keluar Dari Malaysia. October 17, 2015. Atas talian: http://www.pru14.tv/2015/10/17/tmj-beri-ingat-semua-negeri-ada-hak-untuk-keluar-dari-malaysia/
Pew Research Center. 2016. Social Networking fact Sheet: Highlights of the Pew Internet
Project’s research related to social networking. Atas talian:
http://www.pewinternet.org/fact-sheets/social-networking-fact-sheet/
Sabah Sarawak Keluar Malaysia – Sabah Sarawak Union (SSKM-SSU(UK). 2016a. Introduction. Atas talian: http://www.sabahsarawakmerdeka.com/p/about-us.html Sabah Sarawak Keluar Malaysia – Sabah Sarawak Union (UK). 2016b. Mission, Vision &
Objectives. Atas talian: http://www.sabahsarawakmerdeka.com/p/mission-vision-objectives.html
16 Scotlandreferenduminfo. 2014. Should Scotland be an independent country. September 24,
2014. Atas talian: http://scotlandreferendum.info/
Tan, Y.L., Kevin. 2007. OPINION: A marriage that was doomed from the start. Originally published in News Straits Times, August 4, 2007. Atas talian: http://www.malaysianbar.org.my/index2.php?option=com_content&do_pdf=1&id=102 42
The Economist. 2016. In graphics: Britain’s referendum on EU membership. A background guide to “Brexit” from the European Union. February 24, 2016. Atas talian: http://www.economist.com/blogs/graphicdetail/2016/02/graphics-britain-s-referendum-eu-membership.
Wikipedia. 2016a. Malaysia Forever. Atas talian. https://en.wikipedia.org/wiki/Malaysia_Forever.
Wikipedia. 2016b. Bobby Gimby. Atas talian: https://en.wikipedia.org/wiki/Bobby_Gimby. Zainnal Ajamain. 2015. The Queen’s Obligation and the Inter-Governmental Committee
Report. Kota Kinabalu, Sabah: BruConn Sdn Bhd.
17 Lampiran 1
Lagu Hari Malaysia
‘Malaysia Forever’ oleh Bobby Gimby, 1962
Let's get together, Sing a happy song, Malaysia forever, Ten million strong.
Land of the free, Marching as one. Ready to share in every way, So let's get it done -- get it done, get it done.
We're all in the same boat, Steady as you go.
Let's pull together, Everybody row -- row, row, row. It's right, It's the answer ,There's no other way, To be good neighbours, Everyday
Malaysia Forever. Evermore more, United for liberty, Home of the happy people, Just you wait and see – wait and see, wait and see, wait and see.
Let's get together, Sing a happy song, Malaysia forever, Ten million strong.
We're ready for merger, Let's open the door, To Malaysia forever, Ever more