• Tidak ada hasil yang ditemukan

PERANAN PENGURUSAN RISIKO KREDIT UNTUK M (1)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "PERANAN PENGURUSAN RISIKO KREDIT UNTUK M (1)"

Copied!
15
0
0

Teks penuh

(1)

PERANAN PENGURUSAN RISIKO KREDIT UNTUK MENGURANGKAN KERUGIAN DI PERBANKAN SYARIAH

Ahmad Muqorobin, M.A

Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Negara Brunei Darussalam E-mel: obin82@gmail.com

No. Phone: +673 8684738

Abstrak

Pelbagai isu dan cabaran menunjukkan kelemahan pengurusan risiko kredit pada syarikat perbankan. Salah satu contohnya adalah dengan munculnya kegagalan pelancaran produk baru, dan kerugian bertambah menunjukkan hal tersebut. Maka, diperlukan pengurusan risiko kredit yang dapat mengurangkan kerugian, kerana ianya merupakan acuan untuk perusahaan dalam mencapai tujuanya. Tujuan kertas kerja ini adalah menjelaskan tentang peranan pengurusan risiko kredit pada perbankan syariah yang digunakan untuk mengurangkan kerugian. Jenis kajian ini adalah kajian pustaka dengan pendekatan normative yang kemudian dipaparkan dengan kaedah analisis deskriptif dan kaedah analisis balas. Dengan kajian ini harapannya bank syariah harus lebih berhati-hati dalam memberikan kredit tersebut, bukan dengan mengelakkan kredit tersebut. Akan tetapi, harus mengoptimumkan pengurusan resiko kredit sehingga kerugian yang akan terjadi dapat dikurangkan.

Kata Kunci: Pengurusan Risiko, Kredit, Bank Syariah PENDAHULUAN

Untuk memenuhi keperluan masyarakat, bank syariah bertindak sebagai tempat menyimpan wang dan juga mendapatkan kemudahan pembiayaan darinya, Kasmir (2010). Didalam sistem perbankan Islam juga turut mengadakan perkhidmatan simpanan yang hampir sama dengan simpanan yang ada didalam sistem perbankan perdagangan seperti akaun simpanan (tabungan), akaun semasa, dan akaun simpanan tetap. Sebagai tempat mengadakan pembiayaan, sistem perbankan Islam juga menyediakan kemudahan kepada para pelanggan samada individu, perniagaan, kerajaan dan juga kumpulan lain yang memerlukan bantuan kewangan, Kasmir (2010). Begitu juga dengan aktiviti lain seperti kiriman wang, tukaran wang dan khidmat nasihat turut ditawar di bank- bank Islam. Namun begitu semua aktiviti yang dilakukan ini tidak melibatkan unsur-unsur riba, Sudin Haron, (2005). Perbankan syariah adalah syarikat perkhidmatan yang pendapatannya diperoleh daripada interaksi dengan pelanggan, maka risiko padanya tidak mungkin dapat dielakan. Ditambah dengan situasi yang tidak menentu, maka pengurusan risiko sangat diperlukan pada perbankan syariah. Selain itu, bank syariah juga menghadapi risiko yang mempunyai keunikan yang tersendiri, harus mengikut pada prinsip-prinsip syariah. Dengan penerapan pengurusan risiko pada perbankan syariah ini, maka risiko-risiko yang kemungkinan akan terjadi dapat diatasi dan diputuskan dengan dasar yang sesuai dalam menghadapi risiko tersebut.

(2)

Oleh kerana itu, sebagaimana lembaga perbankan pada amnya untuk menciptakan tata kelola bank yang sehat (good corporate governance), bank syariah juga memerlukan serangkaian prosedur dan metodologi yang dapat digunakan untuk mengenalpasti, mengukur, memantau, dan mengendalikan risiko yang timbul dari kegiatan usaha, atau yang boleh disebut sebagai pengurusan risiko, Karim (2004).

Kertas kerja ini akan memberikan tumpuan kepada pelaburan kredit di perbankan syariah kerana ianya merupakan bagian penting bagi pengembangan dunia perniagaan. Dalam sistem pelaburan kredit kepada pelaku usaha dipandang sebagai investasi terhadap usaha, sehingga risiko kegagalan usaha menjadi tanggung jawab kedua belah pihak. Justeru, kertas kerja ini memfokuskan perbincangan mengenai peranan pengurusan risiko kredit yang dijalankan oleh perbankan syariah, sehingga ianya dapat mendatangkan manfaat untuk mengurangkan kerugian. Kepesatan dalam aktiviti di institusi- institusi kewangan ini turut memerlukan pengurusan dalam risiko kredit dijalankan dan diurus dengan lebih cekap dan berstrategi untuk dapat mengurangkan kerugian. Berdasarkan kepentingan kajian ini, maka timbul beberapa persoalan: pertama, apakah risiko kredit yang dihadapi oleh bank syariah?; kedua, bagaimana pengurusan risiko kredit oleh perbankan syariah?; dan ketiga, bagaimana peranan pengurusan risiko kredit oleh perbankan syariah?

Bagi menjawab ketiga-tiga persoalan ini, penelitian dalam kerja ini dilakukan bertujuan untuk pertama, membincangkan mengenai risiko kredit oleh bank syariah; kedua, membincangkan mengenai pengurusan risiko kredit oleh perbankan syariah; dan ketiga, membincangkan peranan pengurusan risiko kredit oleh perbankan syariah dengan lebih berkesan agar dapat meningkatkan kecekapan bank dan mengurangkan kerugian. Untuk mencapai tujuan kertas kerja ini, penulis mengumpulkan data-data dari sumber primer dan sekunder dengan mengunakan kaedah pemerhatian dan dokumentasi, kemudian data yang ada dianalisis dengan cara berfikir induktif iaitu berfikir yang mengarah ke khusus, dan deduktif untuk menarik kesimpulan yang kemudian dipaparkan dengan kaedah analisis deskriptif dan kaedah analisis balas.

TINJAUAN LITERATUR

Masa ini pengembangan institusi kewangan syariah, bank mahupun non bank menunjukkan pengembangan yang baik. Terbukti banyak berdiri institusi kewangan syariah hampir di seluruh bandaran daerah. Namun, masih banyak orang muslim yang tidak ingin melakukan perniagaan di institusi kewangan syariah. Maka, bank syariah sebagai salah satu institusi kewangan, diharapkan dapat menarik minat masyarakat agar berinterkasi melalui bank syariah untuk menyimpan dana, mahupun pelaburan. Dalam apa-apa aktiviti perniagaan, di dalamnya pasti terdapat risiko. Begitupun transaksi yang dilakukan oleh bank syariah terutamanya dalam pelaburan kredit, Muhammad (2005).

(3)

sasaran dasar pengurusan risiko adalah mengenal pasti, memantau dan mengawal jalannya kegiatan usaha bank dengan tahap risiko yang munasabah secara terarah, bersepadu dan berterusan. Dengan demikian, pengurusan risiko berfungsi sebagai penapis atau pemberi amaran awal (early warning system) terhadap kegiatan usaha bank.

Tariqullah Khan dan Habib Ahmed (2001) menyatakan risiko kredit sebagai risiko yang wujud apabila kegagalan rakan niaga untuk memenuhi kewajiban tepat pada masanya dan sepenuhnya dengan selaras menurut terma-terma yang telah dipersetujui. Menurut mereka risiko ini dikaitkan dengan kualiti aset dan kebarangkalian kegagalan membayar. Disebabkan risiko ini, terdapat ketidaktentuan pendapatan bersih dan ekuiti nilai pasaran muncul daripada kelambatan dan kegagalan dalam pembayaran pokok dan faedah bukan pembayaran. Dalam menangani masalah ini, Tariqullah Khan dan Habib Ahmed (2001) berpendapat pengurus kanan bank perlu bertanggungjawab untuk melaksanakan strategi risiko kredit yang diluluskan oleh lembaga pengarah. Di samping itu, bank harus mempunyai sistem pentadbiran bagi menaggung pelbagai portfolio risiko kredit yang berterusan dan bank mesti beroperasi dalam kondisi risiko yang seminimum yang boleh dilakukan.

Z. Dunil (2004:82) mengartikan pengurusan risiko sebagai serangkaian prosedur dan metodologi yang digunakan untuk mengenal pasti, mengukur, memantau, dan mengawal risiko yang timbul dari kegiatan usaha bank. Karim (2007) juga menambah pada sasaran dasar pengurusan risiko adalah dengan tahapan risiko yang munasabah secara terarah, bersepadu, dan berkesinambungan. Dengan demikian, pengurusan risiko berfungsi sebagai penapis atau amaran awal terhadap kegiatan usaha bank.

Risiko di Bank Syariah

Bank syariah adalah institusi perniagaan yang akan dihadapkan pada pengurusan risiko bank itu sendiri. Hal ini disebabkan kerana amalan bank syariah mempunyai hubungan erat dengan produk-produk yang dalam produk itu terdapat banyak risiko, yang dikeranakan oleh kecurangan pelanggan dalam melakukan perniagaan. Oleh kerana itu, para ahli niaga bank harus dapat mengurangkan risiko pada bank itu sendiri untuk memperoleh keuntungan sesuai apa yang diharapkan Muhammad, (2005:357). Bentuk jenis-jenis resiko di bank syariah adalah sebagai berikut:

1- Risiko Kredit (Credit Risk)

Risiko Kredit adalah risiko yang timbul sebagai akibat kegagalan rekan niaga memenuhi kewajibannya. Dengan demikian, bank tidak memperoleh kembali ansuran pokok yang diberikan atau pelaburan yang sedang dilakukan. Menurut Z. Dunil (2004:125-126).

2- Risiko Pasaran (Market Risk)

Risiko pasar adalah risiko yang timbul daripada adanya pergerakan variabel pasaran portfolio milik bank yang boleh merugikan bank (adverse movement). Yang dimaksud dengan variable pasaran adalah kadar faedah dan kadar pertukaran, termasuk terbitan dari kedua-dua jenis risiko pasaran tersebut iaitu perubahan pilihan harga Z. Dunil, (2004:127).

3- Risiko Kecairan (Liquidity Risk)

(4)

kecairan pasaran yang tidak mencukupi atau terjadi gangguan dalam pasaran (market disruption); kedua, risiko kicairan pendanaan yaitu risiko yang timbul kerana bank tidak mampu mencairkan asetnya atau memperoleh dana dari sumber dana lain Z. Dunil, (2004:126).

4- Risiko Operasi (Operational Risk)

Risiko operasi adalah risiko yang disebabkan oleh apa-apa jenis kegagalan operasi seperti, pemantauan tidak mencukupi, kegagalan sistem, kegagalan pengurusan, risiko error. Operational manusia termasuk risiko Model, orang risiko, risiko perundangan dan pematuhan. Menurut Michel Crouhy, Galai, dan Robert Mark (2002:327-328) risiko operasi adalah risiko yang berkaitan dengan operasi perniagaan. Menurut mereka ada dua komponen dalam risiko, 1) risiko kegagalan operasi (operational failure risk) atau risiko dalaman terdiri dari risiko yang berasal dari sumber-sumber manusia, proses, dan teknologi; 2) risiko strategi operasional (operational strategic risk) atau risiko luaran yang berasal daripada faktor-faktor antara lain politik, cukai, masyarakat, dan persaingan.

5- Risiko Undang-undang (Legal Risk)

Menurut Z. Dunil (2004:125), risiko undang-undang adalah risiko yang disebabkan oleh kekurangan dalam perundangan, antara lain kerana tuntutan mahkamah, ketiadaan peraturan perundang-undangan yang menyokong, seperti tidak mematuhi syarat syarat sah kontrak, dan mengikat cagaran yang tidak sempurna.

6- Risiko Reputasi (Reputation Risk)

Risiko reputasi adalah risiko yang disebabkan adanya penerbitan negatif yang berkaitan dengan perniagaan bank atau persepsi negatif terhadap bank Z. Dunil, (2004:127).

7- Risiko Strategik (Strategic Risk)

Risiko strategik adalah risiko yang timbul disebabkan oleh penentuan dan pelaksanaan strategi bank itu tidak sesuai, membuat keputusan perniagaan yang tidak wajar atau kurang responsif bank terhadap perubahan luaran. Z. Dunil, (2004:127).

8- Risiko Patuh Syariah (Compliance Risk)

Risiko patuh syariah adalah risiko yang disebabkan bank tidak mematuhi atau tidak melaksanakan undang-undang dan peraturan. Pada amalan risiko pematuahan berpaut pada risiko bank yang berkaitan dengan peraturan perundang-undangan dan ketentuan lainnya, Z. Dunil, (2004:125).

(5)

PERBINCANGAN

Bagian perbincangan dalam kertas kertas kerja ini dibahagikan kepada empat perkara. Pertama, pentingnya pengurusan risiko; kedua, manfaat dan proses sistem pengurusan risiko di bank syariah; ketiga, risiko kredit di bank syariah; dan keempat, pengurusan risiko kredit oleh bank syariah.

Pentinganya Pengurusan Risiko

Secara etimologi (bahasa) pengurusan adalah penertiban, pengaturan, dan perancangan Muhammad, (2004), sedangkan secara istilah pengurusan adalah suatu aktiviti berkaitan kepemimpinan, pengarahan, pembangunan personal, perancangan, dan penyeliaan kerja-kerja yang berkaitan dengan unsur-unsur konstituen dalam suatu projek.

Adapun risiko adalah kemungkinan penyimpangan dari hasil yang diharapkan Mamduh M. Hanafi, (2005). Selain itu, ada pula yang mengartikan risiko sebagai ketidaktentuan dimasa yang akan datang tentang sesuatu yang memberi kesan kepada kesejahteraan seseorang disebabkan kerugian Sri Redjeki Hartono, (1995). Risiko sangat berkaitan erat dengan return atau tahap keuntungan, iaitu perbezaan antar harga jual dan harga beli, ditambah kas lain seperti dividen. Dalam perniagaan bisnis, akan berlaku undang-undang hubungan positif antara return dan risiko. Semakin tinggi risiko, maka akan semakin tinggi tahap keuntungan yang diharapkan, begitu pula sebaliknya.

Dengan demikian, dapat disimpulkan bahwa pengurusan risiko dalam perbankan syariah adalah suatu usaha yang dilakukan oleh bank syariah untuk mengatur, menyelia kesan dan mengawasi risiko dengan tujuan untuk mengurangkan risiko agar hasil yang disasarkan dapat dicapai dengan cara efektif dan berkesan. Tujuan daripada mengkaji risiko adalah untuk mendapatkan beberapa kawalan keatas risiko tersebut dan menguruskannya dengan cara yang dapat mengurangkan kesan buruk dalam membuat keputusan yang perlu diambil.

Strategi pengurusan risiko adalah dengan memindahkan risiko kepada pihak lain, mengelak risiko, mengurangkan kesan dan kebarangkalian negatif terhadap risiko dan juga menerima segala kesan terhadap sesetengah risiko yang besar Hanafi (2005). Langkah-langkah dalam mengendalikan risiko pula menurut Lembaga Perkhidmatan Kewangan Islam (International Islamic Financial Services Board, IFSB) pada tahun 2005 adalah mengenalpasti risiko, mengukur risiko, mengawasi risiko, melaporkan dan mengawal kategori-kategori risiko dengan relevan. Langkah-langkah ini diambil bagi mematuhi undang-undang dan prinsip syariah, juga memberi jaminan laporan kepada pihak yang berwajib (bahagian kewangan dan risiko) adalah mencukupi supaya risiko berlandaskan syariah boleh dipantau setiap masa.

Manfaat Pengurusan Risiko

Pengurusan risiko mempunyai tujuan tunggal iaitu mengurangkan risiko, dengan mengurangnya risiko maka kerugian dapat dikurangkan Paul Sutaryo, (2003). Dalam pengurusan risiko ada beberapa manfaat yaitu:

(6)

2- Keupayaan untuk menyampaikan isu-isu penting tentang penggubalan dasar-dasar pengurusan risiko dan ulasan.

3- Keupayaan untuk mengira dan mengukur jumlah pendedahan risiko.

4- Dapat menentukan peruntukan sumber kewangan pada masa yang sama dengan had risiko yang lebih sesuai.

5- Mampu mengelakkan kepekatan portfolio yang berlebihan.

6- Mampu membuat cadangan yang mencukupi untuk menjangka risiko yang sudah diukur dan dikira.

7- Dapat mengelakkan potensi kerugian yang relatif besar Robert Tampubolon, (2004).

Sistem Pengurusan Risiko dan Prosesnya:

Sistem dan proses pengurusan risiko dapat dijelaskan dalam Jadual 1 di bawah:

Jadual 1: Sistem dan Proses Pengurusan Risiko

Badan/ Unit Fungsi Peranan

Membangunkan piawaian, had dan peraturan, garis panduan dan prosedur yang berkaitan dengan risiko Memgeluarkan laporan risiko mengikut

tempoh-Membandingkan piawaian, had dan peraturan, garis panduan dan prosedur yang berkaitan dengan risiko. Audit Dalaman Mengawasi proses

pengurusan risiko.

Memastikan garis panduan pengurusan risiko dipatuhi dan diamalkan di setiap peringkat (operasi). Sumber: Islamic Financial System: Prinsiples and Operations (2011)

Risiko Kredit di Bank Syariah

Risiko kredit adalah risiko yang timbul daripada gagalnya rekan niaga untuk memenuhi tugas dan tanggungjawab membayar pinjaman tepat pada masa dan sepenuhnya selaras dengan terma-terma yang dipersetujui. Risiko ini boleh berlaku dalam perbankan konvensional dan Islam. Akan tetapi pendekatan yang diguna bagi mengawalnya sahaja berbeza. Allah SAW berfirman dalam Surah al-Baqarah ayat 125, terjemahannya:

“Dan belanjakanlah (apa yang ada pada kamu) kerana (menegakkan) agama Allah, dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil); dan baikilah (dengan sebaik-baiknya segala usaha dan) perbuatan kamu; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya”. (al-Baqarah, 2:125)

(7)

dalam konteks risiko, ia lebih membawa kepada kebinasaan jika tidak diuruskan dengan betul. Terdapat juga dalil hadis yang berkisar dengan pengurusan risiko iaitu peristiwa dimana Nabi Muhammad SAW bertanya kepada seorang Arab Badwi mengapa beliau meninggalkan untanya tanpa ditambat.

“Jawab Arab Badwi itu: ‘Aku bertawakal kepada Allah’. Maka jawab Nabi Muhammad SAW dan bersabda: ‘Tambat unta kamu dahulu, kemudian bertawakallah kepada Allah SWT’.” (Hadis riwayat: al-Tirmizi)

Hadis ini berkisar mengenai seorang Arab Badwi yang bertanyakan pada Rasulullah SAW tentang mana yang lebih baik; meninggalkan untanya tanpa diikat dan memohon agar Allah SWT melindungi untanya ataupun mengikat untanya. RasulullahSAW menyuruhnya mengikat untanya dan kemudian barulah bertawakkal kepada Allah SWT Ini jelas menunjukkan bahawa walaupun segala perkara ditentukan oleh Allah SWT, kita haruslah sentiasa menggunakan minda kita untuk menentukan.

Bagi bank konvensional yang aktiviti perniagaannya tergantung pada pelaburan kredit, maka keupayaan untuk mengurangkan resiko kredit telah menjadi tumpuan utama kerana ia secara langsung berkaitan dengan keupayaan untuk mendapatkan keuntungan. Dan bagi bank syariah, dimana aktiviti perniagaannya pada pelaburan kredit digantikan dengan aktiviti jual beli, sewa, pelaburan dan kerjasama, pengurusan resiko kredit akan memiliki karakteristik yang unik. Yang menjadi perbezaan antara pelaburan kredit yang diberikan oleh bank konvensional dan bank syariah adalah terletak pada keuntungan yang diharapkan. Bagi bank konvensional keuntungan yang diperoleh melalui faedah manakala bagi bank syariah berupa ganjaran atau bagi hasil.

Dalam perbankan syariah, terdapat dua jenis pelaburan kredit yaitu pelaburan kredit berasaskan Natural Certainty Contracts (NCC) dan pelaburan kredit Natural Uncertainty Contracts (NUC) Adiwarman Karim, (2004). Kedua-dua jenis pelaburan kredit ini selalu dihadapkan dengan adanya risiko yang mungkin terjadi dalam pengendaliannya, yang pada saat tahap risiko yang terjadi di bank syariah tersebut akan berbeza-beza, disebabkan oleh jenis pelaburan kredit yang berbeza pula tertakluk pada saiz kredit dan kontrak pada pelanggan. Dalam rangka mengurangkan kerugian, bank syariah harus selalu bersifat selektif terkait dalam pelaburan kredit untuk suatu produknya.

a) Risiko Kredit Berasaskan Natural Certainty Contracts

Kredit berasaskan Natural Certainty Contracts adalah kredit bank Islam yang boleh memberikan kejayaan (hasil) tetap. kredit ini berkenaan pada produk-produk murabahah, ijarah, ijarah mutahia bit tamlik, salam dan istisna’:

1- Bagi transaksi Murabahah, kontrak jual beli antara bank dengan pelanggan. Jumlah liabiliti yang harus dibayar pelanggan adalah nilai harga barang ditambah dengan keuntungan yang sudah diberitahu sebelumnya oleh bank. Bank syariah menghadapi risiko pada kontrak Murabahah iaitu pelanggan tidak memenuhi pembayaran telah bersetuju dengan cara tepat pada masanya manakala bank telah membuat penghantaran barangan.

(8)

sedangkan pada kontra Ba’i al Istisna bayaran dibuat sesudah barang diterima oleh pelanggan. Pada kontrak ini bank menghadapi risiko kegagalan untuk menyediakan barang dengan kuliti dan spesifikasi mengikut pesananan atau gagal menyediakan barang-barang pada masa yang dipersetujui.

3- Untuk Ijarah, iaitu kontrak pemindahan hak guan atau manfaat atas barang atau jasa melalui upah sewa. Disebukan Ijarah bila diakhir masa kontrak tidak terjadi pemindahan hak kepemilikan atas barang itu sendiri. Bila terjadi pemindahan hak kepemilikan barang maka disebut sebagai Ijarah Muntahiyya Bit Tamlik. Pada kontrak ini bank menghadapi risiko kerosakan pada barang yang disewakan atau kes-kes tenaga kerja yang disewa bank kemudian disewakan kepada pelanggan, risiko yang timbul tidak melaksanakan penyedia perkhidmatan Adiwarman Karim, (2004:244).

b) Risiko Kredit Berasaskan Natural Uncertainty Contracts

Pada pelaburan kredit yang berasaskan Natural Uncertainty Contracts adalah kredit bank Islam yang boleh memberikan kejayaan (hasil) tidak tetap. kredit ini merupakan pelaburan kredit yang mengandungi risiko paling besar kerana prinsip perkongsian keuntungan, oleh itu para pelaku perniagaan khususnya pada perbankan syariah perlu melakukan upaya-upaya pencegahan dan memilih dalam melakukan pelaburan kredit. Pada bank syariah amnya berkenaan dalam dua produk iaitu musyarakah dan mudharabah yang keduanya juga membolehkan adanya risiko.

Menurut Hassan (2009), pembiayaan Mudarabah dan Musyarakah mampu menjadikan sistem kewangan Islam sebagai satu model kewangan yang kukuh dan bebas daripada model perbankan konvensional. Kedua-dua pembiayaan tersebut mampu memelihara kestabilan sistem kewangan dengan menjadikan sektor perbankan Islam lebih berdaya tahan terutama ketika berlaku krisis kewangan. Selain itu, perbankan Islam menggunakan kontrak perkongsian untung rugi yang melibatkan pemilikan sesuatu ekuiti dan pihak bank merupakan perantara bagi pendeposit dan pelabur dengan mengubah deposit kepada perolehan asset.

Ciri khas produk musyarakah dan mudharabah adalah menuntut adanya saling mempercayai yang tinggi antara pelanggan dengan bank, hakikat ini menjadikan pelaburan kredit musyarakah dan mudharabah yang berisiko tinggi, kerana bank syariah akan selalu menghadapi permasalahan pemberian maklumat yang tidak benar dan biasanya berbentuk bahaya moral dan pemilihan pelanggan yang tidak tepat Muhammad, (2005:367).

(9)

Pengurusan Risiko Kredit oleh Bank Syariah

Bagi menjalankan pengurusan risiko adalah disiplin teras setiap institusi kewangan dan merangkumi semua aktiviti yang menjejaskan profile risiko. Ia juga turut melibatkan pengenalpastian, mengukur, memantau dan mengawal risiko. Penerimaan dan pengurusan risiko kewangan yang wujud untuk perniagaan perbankan dan peranan bank sebagai pengantara kewangan. Pengurusan risiko biasanya tidak hanya bermakna untuk meminimumkan risiko dan kerugian, akan tetapi ia juga menitikberatkan usaha mengoptimumkan pulangan disamping meminimumkan risiko dan kerugian dalam transaksi perdagangan.

Prinsip utama pengurusan risiko kredit yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Basel dalam Penyeliaan Perbankan (Basel Committee on Banking Supervision/ BCBS) pada 2001 meliputi beberapa kriteria-kriteria penting. Pertama, bank sepatutnya terdedah kepada persekitaran risiko kredit yang sesuai. Strategi yang digunakan oleh pengurus bahagian risiko ini mestilah lebih berkesan kerana ia akan secara langsung akan terlibat dalam aktiviti penerimaan risiko (risk-taking). Kedua, bank haruslah mempunyai prosedur pinjaman yang mantap. Ianya amat diperlukan kerana bank sering kali menghadapi masalah dalam memilih projek-projek dan pelaburan samada yang membawa risiko yang kecil atau besar. Pemberian pinjaman kredit juga haruslah ada hadnya supaya bank tidak berlebihan dalam memberi sesuatu pinjaman. Ketiga, Bank seharusnya mengekalkan pentadbiran, pengukuran dan pengawasan kredit yang baik. Sistem maklumat yang tidak tepat boleh membawa kepada pengambilan keputusan yang tidak tepat oleh pengurus risiko itu sendiri.

Menurut Jawatankuasa Perkhidmatan Kewangan Islam (International Financial Services Board, IFSB), mereka memberi satu panduan dan prinsip dalam pengurusan risiko dalam perbankan Islam. Setiap jenis mempunyai panduannya dalam menguruskan risiko tersebut. Ini termasuklah risiko kredit, risiko pelaburan ekuiti, risiko pasaran, risiko kecairan, risiko kadar pulangan dan risiko operasi. Dalam pengurusan risiko ini perlu ada pihak yang berautoriti (berkuasa penuh) dalam menyelia proses pengurusan risiko dan menerima laporan risiko yang mencukupi.

Dalam pandangan ajaran Islam, segala sesuatu harus dilakukan secara rapi, benar, tertib dan teratur. Dalam mengambil resiko dan bagi menggalakkan perkongsian risiko dalam perniagaan selaras dengan niat untuk berkongsi keuntungan dan kerugian di samping saling bantu membantu dan nilai semangat kerjasama antara satu sama lain. Allah dan Rasul-Nya selalu memberikan petunjuknya di dalam Al-Qur’an dan Hadits. Anjuran untuk berusaha dan giat bekerja sebagai bentuk realisasi dari kekhalifahan manusia tercermin dalam Surah al-Ra‘d ayat 11 yang terjemahannya:

“Sesungguhnya Allah tidak akan merubah suatu kaum kecuali kaum itu mau merubah dirinya sendiri.” (al-Ra‘d, 13:11)

Menurut al-Baghdadi sebagaimana dikutip oleh Yusanto dan Kusuma (2002) bahawa ayat ini bersifat am, iaitu sesiapa sahaja yang mencapai kemajuan dan kejayaan jika mereka telah merubah sebab-sebab kemunduran yang bermula dengan merumuskan konsep kebangkitan.

(10)

perkongsian untung rugi antara pemodal (Robbul Mal) dan rekan niaga (Mudarib). Walaupun pemodal hanya menyediakan modal dan menyerahkan semua urusan perniagaan kepada pengusaha, tetapi jika berlaku sesuatu risiko atau perniagaan tersebut tidak berjaya akibat kecuaian tidak sengaja si pengusaha, maka si pengusaha tidak perlu membayar ganti rugi kepada pemodal.

Bagi setiap usahawan atau ahli perniagaan tidak perlu kawatir tentang keuntung dan kerugian yang akan didapat, kerana Allah sendiri bersedia menunjukkan jalan agar setiap usaha yang kita lakukan senantiasa dilimpahi keuntungan dan keberkahan. Akan tetapi ini membuktikan bahawa pengurusan risiko sangat penting dan diharuskan dalam Islam supaya bersedia menghadapi kerugian jika berlaku malapetaka dan perkara-perkara tidak diingini. Maka tersedianya ilmu yang dapat digunakan usahawan untuk mengelola risiko sehingga dapat dikendalikan sesuai harapan. Ilmu yang dimaksud adalah pengurusan risiko. Pengurusan risiko adalah aktiviti yang menggunakan proses, metode dan alat-alat untuk mengelola risiko bisnis atau usaha.

Ada tiga garis panduan asas dalam Islam, pertama ialah manusia bukanlah pemilik sebenar harta dan sumber. Hal ini adalah kerana Allah SWT merupakan pemilik mutlak dunia ini dan seisinya. Kedua, terdapat petunjuk dan panduan dalam melakukan apa sahaja amalan, dan tidak terkecuali dalam mengambil-alih dan membangunkan sumber-sumber. Ketiga, walaupun matlamat utama Islam untuk mencapai kesejahteraan dalam masyarakat, tetapi individu juga digalakkan mencari rezeki dengan usaha sendiri (Ahmad, 1986). Kesimpulan daripada penyataan ini adalah Islam mewajibkan apa sahaja yang dilakukan dalam dunia hendaklah berteraskan Islam dan pengurusan risiko juga tidak terkecuali dalam pelaksanaan mengikut syariah Islam. Dalam hadits Rasulullah saw. Bersabda yang terjemahannya:

“Jika engkau ingin mengerjakan suatu pekerjaan maka pikirkanlah akibatnya, maka jika perbuatan tersebut baik, ambillah dan jika perbuatan itu jelek, maka tinggalkanlah.” (Hadis riwayat Ibn al-Mubarak)

a) Pendekatan Menganalisis Risiko Kredit

Tinjauan pelanggan adalah peringkat yang sangat penting untuk menentukan keputusan pelanggan akan mendapat persetujuan atau penolakan atas pemohonan peminjaman yang telah diajukan kepada pihak bank. Bahagian ini akan meninjau analisis risiko kredit yang mana setiap satu daripada alat ini masih digunakan dalam satu bentuk atau di bahagikan di bawah empat kategori berikut iaitu:

1- Sistem Pakar (Expert Systems) ditakrifkan sebagai sistem yang berasaskan pekerja yang bergantung kepada pertimbangan manusia. Teknik utama yang digunakan ialah Lima C (Five Cs) analisis:

a) Watak (Character)

(11)

b) Kapasiti (Capacity)

Kapasiti (Capacity) ialah soalan yang berkaitan adakah peminjam mempunyai kapasiti yang sah untuk meminjam? Prosiding mahkamah di seluruh dunia telah menetapkan dan menilai kedudukan individu atau pihak yang ingin menandatangani dokumentasi pinjaman (melainkan jika bankrap, seharusnya berada di dalam kedudukan untuk meminjam). Kemampuan diukur dengan rekod prestasi penerima pembiayaan di masa lalu yang disokong dengan pemerhatian di lapangan atas kemudahan perniagaan seperti kedai, pekerja, alat-alat, kilang serta kaedah kegiatan.

c) Tunai (Cash)

Terdapat banyak analisis berkaitan dengan kewangan yang diamlakan untuk memastikan peminjam boleh menjana aliran tunai yang mencukupi untuk membayar pinjaman. Analisa ini diukur dengan kedudukan syarikat secara keseluruhan yang ditujukan oleh nisbah kewangan dan penekanan pada komposisi modalnya.

d) Cagaran (Colleteral)

Cagaran (collaterel) dianggap sebagai sumber sekunder kepada jaminan pembayaran samada untuk dana projek perniagaan atau keperluan individu yang memerlukan untuk pinjaman perumahan, manakala sumber utama harus datang dari pendapatan atau keuntungan dari projek peminjam. Contoh yang paling biasa untuk cagaran ialah rumah dari pinjaman rumah. Penilaian ini bertujuan untuk lebih meyakinkan bahwa jika berlaku suatu resiko kegagalan pembayaran, maka jaminan boleh dipakai sebagai pengganti dari kewajiban.

e) Syarat (Conditions)

Keadaan ekonomi di mana peminjam itu beroperasi. Bagi peminjam dari entiti perniagaan, keadaannya adalah termasuk perspektif syarikat, industri dan ekonomi secara am manakala bagi individu pula, syarat keadaan mereka termasuklah kestabilan pekerjaan dan prospektif pendapatan. Akan tetapi tidak semua institusi pinjaman mematuhi rangka kerja ini. Sesetengah institusi kewangan boleh memilih untuk menambah isu-isu lain, seperti persekitaran pengawalseliaan yang lebih kerap, bagaimanapun, pemberi pinjaman akan mengurangkan bilangan kategori peminjam. Dan yang terakhir, pemberi pinjaman akan dijangka menggunakan watak, kapasiti dan cagaran.

2- Analisis Risiko Premium ialah aktiviti membuat kesimpulan tentang risiko kredit daripada premium berasaskan pasaran kewangan. Aktiviti ini dilakukan dengan memeriksa premium risiko dengan meggunakan satu kaedah yang mudah dan asas. Ia digunakan untuk menilai hutang korporat. Dalam bentuk yang mudah, pendekatan ini berfungsi untuk syarikat-syarikat yang dinilai oleh agensi penarafan kredit.

3- Ekonometrik adalah satu sistem yang menggunakan analisis statistik yang lebih luas dan kompleks khususnya, bagi mengkaji risiko premium berasaskan model multidiscriminant.

(12)

b) Proses Pengurusan Risiko Kredit

Dalam perbankan syariah terdapat tahapan proses pengurusan risiko kredit, iaitu seperti yang tertera dalam Jadual 2:

Jadual 2: Proses Pengurusan Risiko Kredit Perbankan Syariah

Pengenalpastian Penilaian risiko ke atas impak faktor dalaman dan luaran yang mungkin berlaku ke atas urus niaga dan kedudukan.

Penilaian/ Ukuran - Sistem penarafan kredit dalaman untuk menilai kelayakan kredit pelanggan.

- Ukuran risiko – metodologi termasuk mengenalpasti “kerugian dijangka” dengan menggunakan “kekerapan kecatatan dijangka” di bawah model penarafan dalaman dan mengira “kerugian tidak dijangka”.

Pengawalan/ Pengurangan

- Dasar pengurusan risiko kredit dan garis panduan tentang penarafan kredit, cagaran, pemuliharaan, dsb.

- Had pendedahan berdasarkan tahap kelayakan kredit (bagi kumpulan korporat) dan ambang berhemat (bagi sektor ekonomi).

- Pemantauan pulangan tanda aras untuk menimbangkan risiko yang diambil, perbelanjaan operasi dan kos modal.

Pemantauan/ Semakan

- Analisis/semak pendedahan pinjaman, penilaian kualiti aset dan pergerakan NPL, hubungan risiko-pulangan, dsb.

- Pelaporan dan pendedahan tentang had kredit.

c) Prosedur Pelaburan Kredit

Bank syariah telah mengeluarkan belbagai jenis produk kredit yang sesuai dengan syaria Islam. Terma dan syarat setiap produk perlu mencerminkan dengan jelas aspek-aspek utama kontrak, supaya pelanggan dimaklumkan sepenuhnya akan hak dan obligasi mereka. Keperluan amalan pasaran termasuk penzahiran juga berbeza berdasarkan jenis produk yang ditawarkan bagi memastikan tahap ketelusan yang tinggi dan setara dengan risiko yang ditanggung oleh pelanggan. Produk hendaklah distruktur agar dana yang dilabur oleh pelanggan disalurkan dengan betul mengikut terma dan syarat yang dipersetujui. Dasar dan infrastruktur ini adalah penting untuk memastikan kepentingan pelanggan dan pihak berkepentingan yang lain dilindungi, bagi menjamin keyakinan dan kepercayaan kepada bank syariah. Secara amnya prosedur peleburan kredit ada 7 tahapan:

1- Permohonan Kredit

Permohonan diajukan calon pelanggan kepada bank dengan menyampaikan dokumen berisi surat permohonan rasmi, akta pendirian syarikat, penjelasan rencana perniagaan, laporan kajian kemungkinan projek, laporan kewangan syarikat dan makluman lainya seperti keterangan domisili syarikat, surat-surat izin yang sudah diperoleh, akaun syarikat pada beberapa bank.

2- Analisis Kredit

Amnya analisi kredit yang dilakukan berdasarkan metode:

(a) Penilaian enam C, iaitu caracter, capital, capacity, condition of economy, collateral dan constraints.

(13)

3- Persetujuan Kredit

4- Hasil analisis kredit yang dibuat account officer diperiksa atasannya (kepala bahagian kredit), kemudian disampaikan kepada pengarah bank. Sistem prosedur yang dimiliki bank tentang laporan analisis kredit dapat berupa:

(a) Laporan analisis kredit

(b) Laporan analisis permohonan kredit (c) Laporan rekomendasi kredit

(d) Appraisal study

(e) Laporan kajian kelayakan projek

5- Perjanjian kredit

Isi perjanjian kredit secara umum berisi pihak pemberi kredit, tujuan pemberi kredit, besar kos projek, besarnya kredit yang diberikan bank, kos-kos lain, tempoh masa pengambilan, jadual pembayaran, jaminan kredit, syarat yang harus dipenuhi sebelum dicairkan, kewajiban pelanggan selama kredit belum dilunasi, serta hak-hak yang dimiliki bank selama kredit belum lunas.

6- Pencairan kredit

Persyaratan untuk mencairkan kredit, biasanya meliputi perjanjian kredit yang sudah ditandatangani, penarikan kredit yang sudah sesuai dengan keperluan projek, perbelanjaan kredit selaras dengan jadual pembangunan, permohonan pencairan kredit disokong dokumen yang diperlukan, besarnya kredit mengikut perjanjian kredit yang telah disepakati.

7- Pengawasan kredit

Kunci utama kejayaan penyaluran kredit adalah pengawasan kredit, kegiatan pengawasan kredit dapat dilakukan dalam lima bentuk, iaitu pertama, pengguna pentadbiran yang berkesan; kedua, kewajipan pelanggan menyampaikan laporan secara berkala, melibatkan pengeluaran, penjulan, utang, piutang, laporan neraca laba dan rugi dan laporan tenaga kerja; ketiga, ahli-ahli kredit melawat kepada projek yang dibiayai; keempat, perundingan daraipada pengurusan yang terancang antara pelanggan dan bank; dan kelima, sistem peringantan (warning system) pada pentadbirab bank yang berurusan dengan pelanggan bank. Terdapat pula empat jenis pengawasan kredit iaitu:

(a) Perlunasan kredit

Pelanggan yang mampu memenuhi kewajiban sesuai kesepakatan yang dimuat perjanjian kredit, mengikut jadual yang dibuat, maka kredit dinyatakan lunas.

(b) Tambahan kredit

Pelanggan yang berjaya dalam suatu projek dapat menerima kredit pelaburan tambahan untuk membeli mesin dan peralatan atau modal kredit kerja tambahan untuk membeli bahan baku.

(c) Kredit bermasalah

Suatu kredit dikatakan bermasalah jika pelanggan gagal dalam memenuhi kewajiban untuk membayar angsuran kredit. Dilihat dari kemampuan membayar, kolektibilitas kredit menurut ketentuan Bank Indonesia (SK Direksi BI 12 November 1998) dikelompokkan menjadi 5 iaitu:

1. Lancar, adalah pembayaran tepat waktu, perkembangan akaun baik dan tidak ada tunggakan serta sesuai dengan persyaratan kredit.

(14)

3. Kurang lancar, adalah tunggakan pembayaran pokok dan atau faedah yang telah melebihi 90 hari sampai dengan 180 hari. Terdapat overdraf berulangkali khususnya untuk menutupi kerugian operasi dan kekurangan arus kas.

4. Dibimbangi, adalah terdapat tunggakan pembayaran dan atau faedah yang telah melebihi 180 hari sampai 270 hari.

5. Macet, adalah terdapat tunggakan pokok dan atau faedah yang telah melebihi 270 hari.

(d) Penyelamatan kredit

1. Rescheduling, penyelamatan pertama bank dengan cara menjadual kembali sebahagian atau seluruh kewajibannya.

2. Reconditioning, mengubah sebahagian atau seluruh persyaratan semula disepakati bersama.

3. Restructuring, mengubah komposisi pembiayaan projek.

4. Kombinasi antara rescheduling, reconditioning, dan restructuring pada nasabah yang mengalami kesulitan dalam melakukan kewajiban pada bank.

5. Eksekusi, merupakan tindakan akhir setelah cara semua cara dimuka tidak mendapatkan hasil.

Dalam melakukan pelaburan kredit perbankan syariah diperlukan seorang anlis kredit yang handal dalam penglolaan dan pengurusan risiko kredit. Dengan dilakukannya pengolaan kredit secara professional diharpakan dapat meningkatkan kualiti aset, kecairan, dan profitabiliti bank serta mengurangkan kerugian semaksimal mungkin. Maka, peranan pengurusan risiko yang merupakan pengelolaan kredit yang baik bermula daripada jumlah kredit, penentuan suku bunga, prosedur pemberian kredit, analisis pemberian kredit sampai kepada pengendalian dan pengawasan kredit bermasalah, Kasmir, (2002:71-72). Peleburan kredit yang kurang cakap dan tepat akan berimpak pada risiko kredit yang akan timbulnya kerugian, maka dengan menggunakan pengurusan risiko kredit kredit pada perbankan syariah dapat mengurangkan kerugian yang akan dihadapi bukan untuk menghilangkan risiko. Apa-apa bentuk aktiviti dalam kehidupan ini, selalu berisiko terlebihnya pada dunia perniagaan. Tak satu pun perniagaan yang terhindar daripada risiko kerugian dalam perjalanannya. Setiap perniagaan pasti memiliki risiko, yang berbeza adalah tingkat tinggi rendahnya risiko tertakluk pada bidang yang dipilih. Usaha, bisnis, perniagaan atau apa-apa namanya tidak akan lepas dari untung dan rugi. Kerana kita tidak pernah tahu apa yang akan kita peroleh dari hasil usaha kita. Firman Allah dalam Surah Luqman ayat 34 terjemahannya:

“… dan tidak seorangpun yang dapat mengetahui dengan pasti apa-apa yang diusahakannya besok…” (Luqman, 31: 34).

Dengan demikian, untung atau rugi akan senantiasa menjadi sesuatu yang harus diambil kira oleh setiap usahawan atau ahli perniagaan. Maka disini peranan pengurusan risiko kredit pada bank syariah sangat penting untuk mengurangkan kerugian. Ayat tersebut juga merupakan salah satu ayat yang menjelaskan pentingnya pengurusan risiko dalam pandangan Ekonomi Islam.

KESIMPULAN

(15)

berada pada tahap keupayaan dan kemampuan kewangan Bank untuk melawan kerugian yang mungkin timbul pada masa hadapan. Aktiviti pemberian pinjaman dipandu oleh dasar kredit dalaman dan garis panduan yang diluluskan oleh lembaga atau jawatankuasa risiko. Prosedur khusus bagi menguruskan risiko kredit ditentukan di peringkat perniagaan dalam dasar dan prosedur yang khusus berdasarkan persekitaran risiko dan matlamat perniagaan. Tujuan umum dalam penerapan pengurusan risiko pada perbankan syariah adalah pemenuhan jasa pelayanan terhadap keperluan masyarakat dalam rangka mendorong dan melancarkan perdagangan, produksi, jasa-jasa bahkan kesemuanya yang ditujukkan untuk meningkatkan taraf hidup masyarkat. Sedangkan tujuan khusus daripada penerapan pengurusan risiko kredit adalah untuk menilai kelayakan usaha calon peminjam untuk menekan resiko akibat tidak terbayarnya kredit dan untuk menghitung keperluan dalam pelaburan kredit yang layak dan mengurangkan kerugain.

RUJUKAN

Basuseno, Arry, “Manajemen Risiko Menjamin Pertumbuhan Ekonomi yang Sehat”, dalam Kompas, Rabu 19 November 2004.

Basel Committee of Banking and Supervision (BCBS). (2001). The Standardise Approach to Credit Risk. BCBS, Basel, Switzerland.

Crouhy, Michel dkk. (2002) The Essentials of Risk Management. McGraw Hill: New York Chicoga San Fransisco Lisbon London.

Dunil, Z., (2004). Kamus Istilah Perbankan Indonesia, Jakarta: PT Gramedia Pustaka Utama. Habib Ahmed & Tariqullah Khan. Risk Management: Analysis of Issues in Islamic Financial

Industry. 2001. Islamic Research and Training Institute. Jeddah. Hanafi, M M., (2005). Manajemen Keuangan, Jakarta: Salemba Empat.

International Shariah Research Academic for Islamic Finance (ISRA). (2011). Islamic Financial System: Principles & Operations. Isra: Kuala Lumpur.

Karim, Adiwarman A., (2004). Bank Islam: Analisis Fiqh dan Keuangan, Edisi II, Jakarta: PT RajaGrafindo Persada.

Kasmir, S.E, M.M, (2010). Bank dan Lembaga Keuangan Lainnya. Raja Graffindo Pers. Jakarta.

M. Ismail Yusanto dan M. Karebet Wijayakusuma. (2002). Menggagas Bisnis Islami. Jakarta: Gema Insani Press.

Muhammad, (2003). Konstruksi Mudharabah dalam Bisnis Syari’ah: Mudharabah dalam Wacana Fiqh dan Praktik Ekonomi Modern, Yogyakarta: Pusat Studi Ekonomi Islam (PSEI).

____________, (2004). Manajemen Dana Bank Syari’ah, Cet. I, Yogyakarta: Ekonisia. ____________, (2005). Manajemen Bank Syar’iah, Yogyakarta: Unit Penerbit dan

Percetakan (UUP).

Robert Tampubolon, Menakar Kesaktian Manajemen Risiko, dalam Kompas, Sabtu 1 Mei, 2005.

Saeed, Abdullah. (1996). Islamic Banking and Interest: A Study of the Prohibition of Riba in Islam and its Contemporary Interpretation. Leiden: E. J. Brill.

Sudin Haron. (2007). Sistem Kewangan dan Perbankan Islam. Kuala Lumpur Business School: Kuala Lumpur.

Sutaryono, Paul, Manajemen Risiko Operasional dan Upaya Mengatasi Pembobolan Bank, dalam Kompas, Jum’at, 23 Mei 2004.

Sri Redjeki Hartono, 1995, Hukum Asuransi dan Perusahaan Asuransi, Sinar Grafika, Jakarta.

Referensi

Dokumen terkait

Setelah proses pemotongan kain, kain yang sudah berbentuk pola pakaian diambil oleh para mandor dan diberikan lagi kepada tukang jahit untuk dijahit sesuai dengan model pakaian

Pada makalah akan dibahas mengenai secure protocol yang digunakan pada authenticated key agreement yang berbasis pada Diffie-Hellman key agreement, secure protocol yang

Upaya dalam pemeliharaan kesehatan telinga yang berhubungan dengan serumen obsturan dan fungsi pendengaran, dan juga pencegahan terhadap timbulnya serumen obsturan dapat

Selain hal-hal di atas kemampuan melompat anak kelompok A di TK Pancamurni I Kertosono Kabupaten Nganjuk yang kurang juga disebabkan pembelajaran yang kurang

– Norma Positif + kohesivitas tinggi ⇒ kinerja yang tinggi dan komitmen yang kuat pada norma positif. tinggi dan komitmen yang kuat pada

Gambar 1.11 merupakan tampilan pada saat pemain telah menemukan buah yang pemain cari, dan pemain harus mendekati objek buah untuk mendapatkan buah, sebelum pemain

Sesuai dengan tujuan dari pelaksanaan bimbingan karier di sekolah, yaitu secara umum bertujuan untuk membantu para peserta didik untuk memperoleh pemahaman diri

persampahan serta kondisi perilaku hidup bersih dan sehat (PHBS) di dalam masyarakat Kota Pagar Alam yang meliputi kesediaan masyarakat mem bayar retribusi, penerimaan