• Tidak ada hasil yang ditemukan

BM 011 THN 5 BHGN A

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2017

Membagikan "BM 011 THN 5 BHGN A"

Copied!
8
0
0

Teks penuh

(1)

SULIT 011 BAHAGIAN A

[ 20 markah ] Soalan 1 hingga 16

Isikan tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1. Segala pesanan __________ akan patik sampaikan kepada rakyat jelata. A kau

B kamu C tuanku D hamba

Soalan 2 berdasarkan gambar di bawah

2. Razman sedang mencari maklumat ___________ penyakit malaria di perpustakaan.

(2)

3. Apabila namanya dipanggil oleh guru disiplin , badan Nabilah__________kerana ketakutan A menggeliat

B menggigil C menggelupur D menggelepar

4. Buah jambu batu yang masih muda boleh dimakan tetapi rasanya agak ____________. A payau

B tawar C kelat D pahit

5. Kakak memasukkan tiga __________ telur ayam ke dalam adunan kek. A ekor

B biji C ketul D buah

6. Baju Kamarul ___________ kerana terkena lopak ketika menyertai aktiviti sukan.

(3)

7. Dahi Amirul luka kerana terhantuk pada ______________ meja semasa bermain di dalam kelas.pangkal

A penjuru B bucu C sudut D pangkal

8. Setelah disapu minyak dan disikat, rambut Kumar menjadi ______________ . A kasar

B gebu C licin D kesat

Soalan 9 berdasarkan gambar di bawah.

9. Rumah yang terletak di _____________ sawah itu milik Pak Talib.

A tepi B antara

(4)

10. Omar menerima e-mail ________ kawannya yang berada di luar negara.

A di B ke C kepada D daripada

11. Pihak polis telah mengadakan sekatan jalan raya _______ menangkap banduan yang berjaya melepaskan diri dari Penjara Kajang semalam.

A supaya B atau C akan D untuk

12. Abang Amirun menyimpan wang kerana dia berhasrat hendak ________ beberapa buah negara di luar negara.

A menyerabut B menggeletar C menjelajah D menggelabah

(5)

Soalan 13 berdasarkan gambar di bawah.

13. Budak itu _____________ pakaian yang baru dibasuhnya.

A penyidai B bersidaian C tersidai D menyidai

Soalan 14 dan soalan 15

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberi

14. Penyelam itu dapat melihat dengan jelas keadaan ikan lumba-lumba di dasar laut.

A Ikan lumba-lumba dapat dilihat dengan jelas oleh penyelam itu ketika berada di dasar laut.

B Penyelam itu dan ikan lumba-lumba dapat melihat keadaan di dasar laut dengan jelas. C Keadaan di dasar laut jelas kelihatan penyelam itu dengan ikan lumba-lumba.

(6)

15. Guru kelas memaklumkan program motivasi itu diadakan untuk memantapkan keyakinan diri murid-murid.

A “Murid-murid perlu tahu bahawa program motivasi diadakan untuk meyakinkan diri sendiri,” jelas guru kelas kepada murid-murid.

B “Program motivasi ini diadakan untuk mengukuhkan keyakinan diri kamu,” kata guru kelas kepada murid-murid.

C “Program motivasi ini diadakan untuk menimbulkan kesedaran diri kamu,” jelas guru kelas kepada murid-murid.

D “Keupayaan kamu dapat ditingkatkan melalui program motivasi ini,” kata guru kelas kepada murid-murid.

Soalan 16 Pilih ayat yang betul

16. A Sampai bila pun saya tidak akan melupakan peristiwa ini. B Fauzi telah berjanji untuk jumpa Basri petang nanti. C Pasu ini dibuat daripada tanah liat.

(7)

Soalan 17 hingga 20

Baca petikan di bawah,kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Hang Li Po merupakan salah seorang isteri kepada Sultan Mansor Syah yang memerintah Melaka dari tahun 1456 hingga tahun 1477. Beliau merupakan puteri kepada Maharaja Yongle, iaitu Maharaja Wangsa Ming di China.

Menurut Sejarah Melayu karya Tun Sri Lanang, Sultan Mansor Syah hendak menjalinkan hubungan dengan negara China. Oleh yang demikian, baginda menghantar Tun Perpatih Putih sebagai utusannya dengan membawa sepucuk surat untuk Maharaja Yongle. Tun Perpatih Putih berjaya menarik hati Maharaja China dengan kemasyhuran Kesultanan Melaka. Maharaja China menghadiahkan puterinya, Li Po untuk dijadikan isteri kepada Sultan Mansor Syah.

Kemudian, Puteri Li Po datang ke Melaka bersama-sama 500 orang pengiring perempuan. Selepas memeluk Islam, Puteri Li Po berkahwin dengan Sultan Mansor Syah. Sultan Mansor Syah telah membina sebuah istana untuk Puteri Li Po manakala pengiring-pengiringnya diberikan tempat tinggal yang tetap di Bukit Cina.

Pengiring-pengiring Puteri Li Po pula ada yang berkahwin dengan pegawai-pegawai Sultan Mansor Syah. Puteri Li Po kemudiannya dikenali sebagai Puteri Hang Li Po selepas dianugerahi gelaran ‘Hang’ oleh Sultan Mansor Syah. Puteri Hang Li Po dan Sultan Mansor Syah dikurniai seorang anak lelaki bernama Paduka Tun Mamat.

Bukit Cina akhirnya menjadi kawasan perkuburan orang cina tempatan. Kini, perkuburan Bukit Cina dan Perigi Hang Li Po menjadi tinggalan sejarah di Melaka.

Dipetik dan diubah suai daripada Wikipedia

17. Siapakah yang bersama-sama Puteri Li Po ke Melaka?

(8)

[Lihat halaman sebelah 18. Tun Perpatih Putih berjaya …

A memasyhurkan Kesultanan Melaka. B menarik hati Maharaja China.

C menghadiahkan Puteri Li Po kepada Sultan. D membina sebuah istana untuk Puteri Li Po.

19. Bagaimanakah Sultan Mansor Syah menjalinkan hubungan dengan China?

A Dengan mengahwini Puteri Li Po

B Melalui pengiring-pengiring Puteri Li Po C Dengan kemasyhuran Kesultanan Melaka D Melalui sepucuk surat kepada Maharaja Yongle

20. Pilih pernyataan yang benar tentang petikan.

A Sultan Mansor Syah menjadi pemerintah Melaka dari tahun 1456 hingga 1477. B Pengiring-pengiring Puteri Hang Li Po meninggalkan Bukit Cina.

C Kawasan Perkuburan Bukit Cina tidak wujud lagi.

D Tun Perpatih Putih menulis surat kepada Maharaja Yongle untuk menjalinkan hubungan.

Referensi

Dokumen terkait

Pada desain label CD ini tidak terlalu meberikan banyak informasi perusahaan, karena hanya digunakan dalam lingkup internal, yang diperlukan adalah logo dan

Peneliti berasumsi bahwa rentang usia perokok dari usia 46 sampai dengan > 55 tahun memiliki resiko lebih tinggi terkena penyakit jantung koroner dikarenakan

(6) Kompensasi dalam bentuk pengiriman tenaga kesehatan dan penyediaan Fasilitas Kesehatan tertentu sebagaimana dimaksud pada ayat (3) huruf b dan huruf c dapat bekerja sama

Minat Baca-SDN Jatimuyo 3 Page 6 karya rekam secara professional dan sistem yang baku guna memenuhi kebutuhan pendidikan, penelitian, pelestarian, informasi, dan rekreasi

Mengingat begitu besarnya dampak banjir terhadap pelaksanaan pembangunan di Kota Gorontalo maka diperlukan survei dan pemetaan untuk menentukan zona tingkat

Sehingga pekerjaan untuk mekanisme survival yang dilakukan oleh perempuan miskin di Desa Kembang Belor Pacet Mojokerto adalah menjadi petugas kebersihan, berjualan

Selain menyediakan modal (kredit) koperasi ini juga menyediakan peralatan untuk anggota nelayan yang memerlukannya (Tabel 1). Peralatan yang dimaksud disini adalah mesin perahu