KAJIAN KULIT KAYU TEKALONG DIAPLIKASIKAN DALAM
/
REKAAN COUTURE
Emily Evelyn Roipin
SaIjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian TS 1540 (Telmologi Senireka)
E53 2007 2007
P.KHIDMAT MAKLUMAT AKADEMIK UNIMAS
1111111111111111111111111111
1000166596
KAJIAN KULIT KAYU TEKALONG DIAPLIKASIKAN DALAM REKAAN COUTURE
EMILY EVELYN ROIPIN
Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk Ijazah Sarjana Seni Gunaan dengan Kepujian
(Teknologi Seni Reka Fesyen Dan Tekstil)
Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif UNIVERSITI MALAYSIA SARA W AK
2006/2007
UNIVERSITI MALAYSIA SARA W AK
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS/LAPORAN
JUDUL: KAJlAN KULIT KAYU TEKALONG DIAPLIKASIKAN DALAM REKAAN COUTURE
SESI PENGAJlAN: 2004/2005 Saya, EMILY EVELYN ROIPIN
mengaku membenarkan tesis/Laporan
*
ini disimpan di Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:1. Tesis/Laporan adalah hakmilik Universiti Malaysia Sarawak
2. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja
3. Pusat Khldmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat pendigitan untuk membangunkan Pangkalan Data Kandungan Tempatan 4. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan
membuat salinan tesis/laporan ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi
5.
**
Sila tandakaneV)
di kotak yang berkenaan.(mengandungi maklumat yang berdaIjah SULIT
keselamatan atau kepentingan seperti tennaktub di dalam AKT A RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat Terhad yang telah ditentukan oleh Organisasilbadan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD
Tandatangan Penulis Tandatangan Penyelia
Tarikh: 10· 05· 200"t Tarikh: 1\ \
0., t 61
Alamat Tetap: If/I.
S.K. Bongol, Peti Surat 15, 89257 Tamparuli, Sabah.
Catalan: ·TesisiLaporan dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah, Sarjana dan Sarjana Muda
·Jika Tesis/Laporan ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa
Organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis/laporan iill perlu dikelaskan Sebagai SULIT atau TERHAD
Projek bertajuk "Kajian Kulit Kayu Tekalong Diaplikasikan Dalam Rekaan CollllUe" telah disediakan oleh Emily Evelyn Roipin (11872) dan telah diserahkan kepada Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif sebagai memenuhi syarat untuk Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian (Teknologi Seni Reka Tekstil dan Fesyen)
Diterima untuk diperiksa oleh:
Tarikh:
11
PERAKUAN PELAJAR
Dengan ini saya mengakui bahawa Karya yang bertajuk "Kajian Kulit Kayu Tekalong Diaplikasikan Dalam Rekaan Couture" ini merupakan hasil usaha pengkaji sendiri, kecuali bahagian-bahagian petikan, pernyataan, petikan dan ringkasan yang dinyatakan sumbernya dalam karya ini. Penyerahan hak cipta karya ini adalah kepada pihak Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif (FSGK), Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) untuk sebarang percetakan atau penerbitan semula pada masa hadapan.
Emily Evelyn Roipin Tarikh Serahan
111
,...
/
Penghargaan
Terlebih dahulu saya berterima kasih dan bersyukur ke hadrat ilahi kerana limpah
dan kurnia-Nya saya dapat menyiapkan projek tahun akhir ini.
Saya mengucapkan setinggi penghargaan dan ribuan terima kasih kepada
pensyarah selaku penasihat saya iaitu Dr. Nazlina binti Shaari dan Cik Norhayati Suleiman serta tutor, Cik Dayang Marinawati AbgMohd Reduan yang telah memberi tunjuk ajar dan bimbingan dalam menyiapkan projek tahun akhir ini.
Di samping itu, saya ingin memberi sejuta penghargaan kepada para pensyarah Teknologi Senireka dan semua kakitangan Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif (FSGK) kerana telah memberikan petunjuk dan keIjasama yang baik dalam menghasilkan karya mI.
Terima kasih buat kedua- dua ibubapa, Roipin Gomok dan Martha Tinggi serta abang dan kakak- kakak serta adik- adik atas dorongan dan restu yang tidak terhingga.
Tidak lupa juga kepada rakan- rakan sepeIjuangan dan pelajar tahun 2 dan tahun 1 2007 Senireka Tekstil dan Fesyen yang selalu membantu dan mengemukakan cadangan.
Bantuan anda semua amat saya hargai.
Akhimya, saya ingin mengucapakan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menyiapkan projek tahun akhir saya.
Sekian Terima Kasih.
III
,....
lSI KANDUNGAN
PENGESAHAN PENGAKUAN PENGHARGAAN lSI KANDUNGAN ABSTRAK
ABSTRACT
BAB 1: LA TAR BELAKANG KAJIAN 1.0 Pengenalan
1.1 Pemasalahan kajian '-1.2 Objektif kajian
BAB 2: METODOLOGI PENYELIDlKAN 2.0: Pengenalan
2.1: Primer
2.1.1: Temubual 2.1.2: Pemerhatian 2.1.3: Eksperimen 2.2: Sekunder
2.2.1: Buku rujukan
~usat K~-lidmat Mal\.IUmat Al<aaenul\
UNIVERSITI MALAYSIA SARAWA¥
Q4~on KOla Samaral1an
MUKA SURAT
11
111
IV-V
VI
vii
1
2 2
3 3 3 4 4 4 4
2.2.2: Laman web 2.2.3: Kajian Lepas
BAB 3 EKSPERIMEN Pendahuluan
3.1 Eksperimen 1 3.2 Eksperimen 2 3.3 Eksperimen 3 Kesimpulan
BAB4CADANGANPRODUK Pengenaian
Pengaplikasian motif Produk akhir 1
Rasionai rekaan produk akhir pertama Produk akhir 2
Rasional rekaan produk akhir kedua
BAB 5 KESIMPULAN Kesimpulan
Rujukan Lampiran
5 5
6 7-10 11-16 17-21
22
23 24
25 26-27
28 29
30 31 32-37
v
...
ABSTRAK
Kulit kayu Tekalong (Artocarpus atilis) merupakan material yang digunakan oleh kaum etnik di Sabah dan Sarawak dalam penghasilan barangan kraf. Kajian ini memfokuskan kepada eksperimentasi untuk mengubah sifat kulit kayu Tekalong.
Eksperimentasi tersebut berkaitan dengan tekstura, ketahanan dan pengaplikasian teknik- teknik tekstil. Sifat baru kulit kayu ini akan diaplikasikan dalam rekaan 'Couture Design' dengan berkonsepkan Elegant Ethnic. Hasil daripada kajian ini
menunjukkan kulit kayu Tekalong berpotensi sebagai bahan altematif dalam rekaan fesyen.
VI
....
ABSTRACT
Tekalong's skin (Artocarpus atilis ) is a material which are popular among Sabah and Sarawak ethnic groups in producing craft. This study were focuses on experimentation of Tekalong 's skin to enhance its characteristic. It is also covers the textures, durability and application to create a surface design using textile techniques.
These new enhance Tekalong's skin were then applied to create a Couture Design with Elegant Ethnic concept. The result of this research shows that Tekalong's skin have a potential as an alternative material for fashion design.
Vll
,...
BAB 1 LAT AR BELAKANG KAJIAN
1.1 Pengenalan
Dalam penyelidikan projek tahun akhir ini, saya akan menjalankan kajian tentang kulit kayu Tekalong untuk diaplikasikan dalam rekaan Couture. Pokok Tekalong atau nama saintifiknya ialah artocarpus atilis merupakan tumbuhan liar yang mempunyai banyak kegunaan terutama pada bahagian kulitnya.
Masyarakat tradisional seperti kaum iban di Sarawak mencari kayu ini di
hutan dan mereka memproses dengan cara tradisional untuk kegunaan harian seperti tikar, dinding, beg, pakaian tradisional dan sebagainya. Kulit kayu Tekalong sebenamya mempunyai potensi untuk diperbuat pelbagai produk contohnya dalam fesyen pakaian yang bernilai tinggi.
Namun, kulit kayu ini mempunyai sifat yang keras, kasar dan gatal apabila terkena pada kulit. Oleh itu, penyelidikan perlu dibuat untuk mengatasi masalah ini.
1
l
1.2 Pemasalahan kajian
Kulit kayu tekalong yang digunakan pada masa ini mempunyai beberapa masalah menyebabkan ketidakselesaan apabila di pakai dan kurang diaplikasikan dalarn pembuatan pakaian. Antara masalah kulit kayu tekalong ialah :
• Mudah terkoyak apabila dipotong dan dijahit sebagai pakaian.
• Tekstura yang kasar dan menyebabkan ketidakselesaan pada kulit iaitu rasa gatal apabila terkena pada kulit si pemakai.
• Struktur kulit kayu yang keras menyebabkan sukar dibentuk dan tidak mempunyai kejatuhan atau drape seperti yang ada pada fabrik.
Objektif kajian
Objektif dalam kajian ini ialah mengkaji dan menghasilkan proses yang dapat
merawat dan mengubah sifat kulit kayu Tekalong supaya berpotensi untuk dijadikan fabrik dalarn rekaan fesyen iaitu:
• Mengkaji proses penghasilan kulit kayu yang lebih lembut supaya lebih selesa pada kulit.
• Mengukuhkan struktur serat dengan eksperimentasi pelbagai jenis jahitan diaplikasikan pada permukaan kulit kayu.
• Eksperimentasi pengaplikasian teknik-teknik tekstil untuk menghasilkan surface design.
• Menghasilkan rekaan pakaian yang berkonsepkan rekaan Couture sebagai produk akhir.
2
BAB 2 METODOLOGI PENYELIDlKAN 2.0 Pengenaian
Data penyelidikan adalah terdiri daripada data- data berkaitan dengan teknik
teknik proses eksperimentasi gentian- gentian, teknik- teknik tekstil, cara- cara jahitan Couture dan sebagainya.
2.1: Data primer
Data primer adalah merangkumi temubual kepada pihak- pihak yang berkenaan, pemerhatian terhadap hasil- hasil kajian atau karya artis dan eksperimentasi terhadap kulit kayu Tekalong. Melalui kaedah ini, data- data yang diperlukan adalah mudah diperolehi. Kaedah- kaedah primer adalah seperti berikut:
2.1.1 (c): Temubual
Temubual telah dijalankan kepada pereka tekstil dan fesyen dan tukang jahit.
Antara soalan- soalan yang telah diajukan adalah seperti potensi kulit kayu dalam bidang tekstil dan fesyen, kesesuaian jenis fabrik yang dijahitsama dengan kulit kayu Tekalong dan cara- carajahitan pakaian rekaan Couture.
Di samping itu, pengkaji telah melawat dan menemuramah pihak yang
berkaitan di pusat kraftangan Sarawak untuk mendapatkan maklumat tentang spesis, pemprosesan kulit kayu tekalong dan beberapa maklumat yang boleh membantu dalam kajian ini
3
/
2.1.1 (a): Pemerbatian
Kaedah pemerhatian digunakan untuk memerhati penggunaan kulit kayu.
Pengkaji telah memerhati karya seorang artis tempatan iaitu Edric Ong semasa Weft Fashion Show. Hasil daripada pemerhatian tersebut, kulit kayu digunakan sebagai bahan tambahan dan dijahit secarajahit tampal (patchwork).
Selain itu, pemerhatian juga dijalankan melalui lawatan pusat- pusat kraftangan dan kedai kraftangan untuk mendapatkan maklumat tentang produk hasil daripada kulit kayu.
2.1.1 (b): Eksperimen
Dalam kajian 1m, terdapat tiga jenis eksperimen iaitu eksperimen melembutkan kulit kayu, eksperimen jahitan dan lipatan, dan eksperimen pengaplikasian teknik- teknik tekstil ke atas kulit kayu telah dijalankan. Pengkaji memperolehi hasil daripada eksperimentasi yang telah dijalankan.
2.2 Data sekunder
Data sekunder berperanan untuk melengkapkan lagi data pnmer bagi menghasilkan kajian yang menyeluruh. Data ini digunakan untuk tujuan perbandingan samada kajian ini menyokong keputusan kajian yang telah dijalankan.
Kaedah sekunder adalah seperti berikut:
2.2.1: Buku rujukan
Pengkaji telah membuat rujukan dari buku- buku tentang latar belakang kulit kayu Tekalong, teknik jahitan rekaan Couture, jenis manik- manik di asia serta pakaian dan motif etnik di Sabah.
4
2.2.2: Laman web
Seterusnya, pengkaji juga telah menjalankan pencarian maklumat meIaIui Iaman web tentang rekaan Couture, pakaian etnik Sabah dan bahan- bahan kimia seperti sabun, bahan pelembut dan peluntur.
2.2.3: Kajian lepas
Dan akhir sekaIi, kajian oleh penyelidik Iepas yang berkaitan dengan kulit kayu Tekalong turut dirujuk untuk mendapatkan maklumat.
Kajian Iepas yang dirujuk oleh penyelidik adalah kajian yang dijalankan oleh saudari Cik Christina Hendry Yan yang telah menjalankan kajian mengenai pembuatan benang menggunakan kulit kayu Tekalong.
Dalam kajian tersebut, beliau Iebih memfokuskan dalam penghasilan benang daripada serat kayu Tekalong. Daripada dapatan kajian tersebut, beliau telah mengaplikasikan benang daripada kulit kayu Tekalong pada produk hiasan dalaman.
Namun, kajian ini masih mempunyai kelemahan iaitu benang yang dihasilkan masih bertekstura kasar dan keras.
5
BAB 3 EKSPERIMEN
Pendahuluan
Dalarn kajian ini, terdapat 3 kategori eksperimen yang telah dijalankan iaitu eksperimen melembutkan dan pelunturan warna asli kulit kayu, eksperimen jahitan dan lipatan, dan eksperimen pengaplikasian teknik tekstil ke atas kulit kayu. kulit kayu yang digunakan dalam ketiga- tiga eksperimen ini dipotong dengan saiz yang sarna (Rujuk Rajah 1). Permukaan kulit kayu tekalong adalah kasar, keras dan berwama perang (Rujuk Rajah 2)
Rajah 1: Kulit kayu di potong mengikut saiz yang sarna.
Rajah 2: Pennukaan kulit kayu Tekalong.
6
Secara keseluruhannya, di antara 20 keping sampel tersebut hanya sekeping sahaja yang dikenalpasti telah menjadi lembut. Berdasarkan sampel yang telah menjadi lembut, proses melembutkan kulit kayu telah dijalankan dengan jumlah kulit kayu yang banyak untuk eksperimen seterusnya. Berikut adalah langkah
langkah dan bahan- bahan untuk melembutkan kulit kayu Tekalong. ( Rujuk rajah jadual 1 Langkah- langkah proses melembutkan kulit kayu Tekalong ).
Langkab 1
- Kulit kayu yang lebar dipotong ukuran panjang 30cm x lebar 21cm.
Langkab 2
- Air 15 liter dipanaskan selama 20 minit, kemudian masukkan serbuk Soda Ash sebanyak 200gram.
- Dibiarkan selama 5 minit kemudian kulit kayu di masukkan.
- Dan dibiarkan selama 1 jam.
Langkah 3
Kulit kayu di cuci dengan air tanpa menggunakan sabun pencuci.
7
Langkab4
-Selepas dicuci, kulit kayu ini direndam dengan bahan peluntur (cocorex bleach): 3.5 liter dan air: 1.75 liter.
Langkab 5
- Oi rendam dalam keadaan bertutup selama 72 jam.
Langkab 6
- Selepas 72jam, kulit kayu dibasuh dengan air bersih tanpa
menggunakan bahan pencuci ..
Langkab 7
-Kemudian, Kulit kayu direndam dengan air: 2.25 liter dan cuka : 2. 25 liter.
8
Langkab 8
-Kulit kayu di rendam selama 24jam
Langkab 9
Selepas direndam dengan cuka, kulit kayu ini di cuci dengan air bersih.
Langkab 10
- Kemudian di rendam dengan:
Sabun pencuci (Dynamo): 40 ml dan air: 1680 ml
-Direndam selama 10 minit kemudian dibilas dengan air.
Langkab 11
- Kulit kayu direndam dengan:
bahan pelembut fabrik ( Softlan ):
,.,. ;
- , . ,... ,.:-a . . .. " , - , , ~ "
-"It ... " ' " i
. ~ ~ '
..
1.5 liter dan air : 4.5 liter.
~"~£,
, ~.
- Dan direndam se1ama 15 jam.
9
---
Langkab 12
- Selepas 15 jam, kulit kayu diperah kemudian dikeringk:an.
Jaduall: Proses melembutkan kulit kayu Tekalong
10
3.2 Eksperimen 2
Dalam eksperimen kedua iill sampel yang digunakan adalah berdasarkan sampel hasil eksperimen yang pertama iaitu sampel yang telah menjadi lembut.
Pengaplikasian jenis jahitan dan lipatan. Eksperimen ini bertujuan untuk mengkaji kekuatan struktur serat kulit kayu dan seterusnya mengatasi masalah kulit kayu yang mudah terkoyak.
Eksperimen 2.1
Rajah 3: Jahitan lOa pada permukaan kulit kayu yang telah mengalami proses melembut.
Eksperimentasi iill telah dijalankan dengan mengaplikasikan jahitan kia sebagai asas mengukuhkan serat. Daripada dapatan jahitan ini adalah kurang
berjaya Wltuk menahan serat daripada mudah terkoyak tetapi ia memberi tekstura dan drape yang estetik dalam penghasilan pakaian kerana masih ada sifat lembut. (Rujuk rajah 3 contoh jahitan kia).
11
Eksperimen 2.2
Rajah 4: Teknik jahitan Zig- zag mengarah melintang
Rajah 4 merupakan teknik jahitan Zig- zag yang mengarah melintang dan saiz antara garisan jahitan adalah 1 inci. Eksperimentasi ini juga masih kurang betjaya kerana jahitan sularnan zig- zag ini menyebabkan kulit kayu yang telah dilembutkan menjadi berat dan keras.
12
Eksperlmen 2.3
/
Rajah 5: teknik jahitan zig- zag arah menegak
Rajah 5 merupakan teknik jahitan zig- zag arah menegak dan saiz antara garisan jahitan adalah 2cm. Jenis jahitan ini adalah lebih kukuh kerana jahitan zig- zag adalah dijahit me1awan serat kulit kayu terse but.
13
Eksperimen 2.4
Rajah 6: Teknikjahitan lipatan / Pleats
Rajah 6 adalah teknik jritan lipatan / Pleats kemudian antara silang lipatan adalah diikat. Saiz lipatan adalah berukuran 2cm. Perubahan sifat kulit kayu ini telah memberi kejayaan dalam pengaplikasian lipatan.
14