• Tidak ada hasil yang ditemukan

Soalan yang Sering Ditanya mengenai Pembayaran Semula/Bayaran di bawah PEMULIH (ETRA) untuk Individu dan PKS yang Layak (Bermula pada 7 Julai 2021)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "Soalan yang Sering Ditanya mengenai Pembayaran Semula/Bayaran di bawah PEMULIH (ETRA) untuk Individu dan PKS yang Layak (Bermula pada 7 Julai 2021)"

Copied!
5
0
0

Teks penuh

(1)

Soalan yang Sering Ditanya mengenai Pembayaran Semula/Bayaran di bawah PEMULIH (ETRA) untuk Individu dan PKS yang Layak (Bermula pada 7 Julai 2021)

1

Bil. Soalan Jawapan

1.

Adakah terdapat kos tambahan bagi peminjaman/pembiayaan bagi pilihan PILIH MASUK PEMULIH ETRA?

Pilihan Pilih Masuk bagi PEMULIH ETRA akan menyebabkan kos peminjaman/pembiayaan yang lebih tinggi disebabkan oleh pengaturan pembayaran balik yang tertangguh seperti ilustrasi di bawah:

Ilustrasi Kos Pembiayaan PEMULIH ETRA untuk pinjaman/ pembiayaan gadai janji (Kadar Boleh Ubah) untuk amaun pinjaman/pembiayaan sebanyak RM100K:

Baki Belum Jelas: RM100K pada masa PEMULIH ETRA Faedah/Keuntungan: 3.07% setahun

Baki Tempoh Pinjaman/Pembiayaan: 10 tahun (120 bulan)

PEMULIH ETRA

Berdasarkan Jadual Pembayaran Balik/Bayaran masa

kini (10 tahun / 120 bulan)

Pilihan 1 * Moratorium Pembayaran Balik

selama 6 Bulan (10 tahun + 6 bulan =

126 bulan)

Pilihan 2 * Pengurangan 50%

Ansuran selama 6 bulan (10 tahun + 3 bulan =

123 bulan) Ansuran Bulanan:

- 6 Bulan pertama RM970 RM0 RM485

- Bulan ke-7 berikutnya RM970 RM970 RM970

Layanan bagi

Faedah/Keuntungan

Pengkompaunan Faedah/Keuntungan Mudah (bukan pengkompaunan) dalam tempoh ETRA

selama 6 bulan Lanjutan

Pinjaman/Pembiayaan

- 6 Bulan 3 Bulan

Jumlah Faedah/Keuntungan RM16,257 RM18,345 RM17,288

Kos Pembiayaan Tambahan - RM2,088 RM1,031

Pembayaran Akhir termasuk Kos Pembiayaan Tambahan

- RM2,915 RM1,859

Sekiranya anda tidak dapat menyelesaikan bayaran akhir pada akhir tempoh pinjaman/

pembiayaan, sila hubungi Cawangan Pemegang Akaun anda untuk berbincang mengenai pilihan pembayaran yang lain.

“Ini hanyalah contoh dan kos tambahan bergantung pada baki tempoh, amaun belum jelas, kadar faedah/keuntungan pinjaman/pembiayaan”.

* Sekiranya pelan di atas tidak bersesuaian, peminjam boleh menghubungi Cawangan Pemegang Akaun atau Pusat Kawalan Kredit Wilayah untuk menimbangkan untuk menambah amaun ansuran mulai bulan ke-7 dan seterusnya bagi mengurangkan jumlah kos pembiayaan.

Andaian:

Tiada perubahan pada Kadar Asas (BR) pada 2.27% setahun / Kadar Pinjaman Asas (BLR) pada 5.47%

setahun/Kadar Pembiayaan Asas (BFR) pada 5.47% setahun sepanjang baki tempoh pinjaman/ pembiayaan.

(2)

Soalan yang Sering Ditanya mengenai Pembayaran Semula/Bayaran di bawah PEMULIH (ETRA) untuk Individu dan PKS yang Layak (Bermula pada 7 Julai 2021)

2

Bil. Soalan Jawapan

2.

Apakah yang boleh saya buat sekiranya kewangan saya bertambah baik pada masa hadapan?

Pelanggan boleh menghubungi Cawangan Pemegang Akaun atau Pusat Kawalan Kredit Wilayah sekiranya keadaan kewangan mereka bertambah baik bagi mengurangkan kos pembiayaan keseluruhan apabila tiba masanya.

3.

Apakah Pilihan yang ada dan kriteria kelayakan?

Nota:

Bantuan Pembayaran Balik PEMULIH ETRA selama 6 bulan akan bermula pada bulan berikutnya

Misalnya

:

Bulan yang dipilih untuk Pilih masuk PEMULIH ETRA

Penangguhan Ansuran selama 6 Bulan / Pengurangan 50% Ansuran selama 6 Bulan

Julai 2021 Ogos 2021 hingga Januari 2022 September 2021 Oktober 2021 hingga Mac 2022 Disember 2021 Januari 2022 hingga Jun 2022

Pilihan Kelayakan

Pilihan (1)

Penangguhan pembayaran balik/

pembayaran ansuran/ faedah/

keuntungan/ sewa selama 6 bulan ATAU

i. Semua individu ii. PKS

dengan

pinjaman/pembiayaan tidak berbayar yang tidak tertunggak ≥ 90 hari dan diluluskan sebelum 1 Julai 2021 (didenominasi dalam Ringgit Malaysia (RM) atau mata wang asing) Pilihan (2)

Pengurangan 50% ansuran bulanan pinjaman/pembiayaan sedia ada selama 6 bulan

4.

Siapakah yang layak?

Adakah saya masih layak sekiranya saya mempunyai dua (2) akaun pinjaman / pembiayaan dengan PBB / PIBB dan salah satu daripadanya tertunggak ≥ 90 hari?

i. Pinjaman/Pembiayaan berbayar dengan lampau tempoh kurang daripada 90 hari, diluluskan sebelum 1 Julai 2021.

ii. Tidak bankrap dan syarikat yang tidak menghadapi penggulungan.

Pelanggan layak untuk pilihan pilih masuk untuk akaun yang tidak tertunggak ≥ 90 hari.

(3)

Soalan yang Sering Ditanya mengenai Pembayaran Semula/Bayaran di bawah PEMULIH (ETRA) untuk Individu dan PKS yang Layak (Bermula pada 7 Julai 2021)

3

Bil. Soalan Jawapan

5. Apakah dokumen yang diperlukan bagi pilihan pilih masuk PEMULIH

ETRA

ini?

Tiada dokumen diperlukan. Ini berdasarkan perakuan sendiri oleh pelanggan yang layak.

6. Apakah kadar

faedah/keuntungan/sewa yang dicaj semasa

Bantuan Pembayaran Balik/Bayaran

ini?

Adakah

faedah/keuntungan/sewa berdasarkan

pengkompaunan?

Kadar faedah/keuntungan/sewa pinjaman/pembiayaan semasa anda kekal tidak berubah sepanjang tempoh PEMULIH ETRA selama 6 bulan pada dasar tiada pengkompaunan.

7. Apakah yang akan berlaku sekiranya akaun saya tertunggak (lampau tempoh

< 90 hari) pada waktu permohonan PEMULIH ETRA?

Sehingga 3 tunggakan ansuran bulanan akan dipermodalkan dalam Pokok/disifarkan yang akan menjadi sebahagian daripada amaun lampau tempoh pinjaman/pembiayaan dengan lanjutan seterusnya tempoh pinjaman/pembiayaan.

8. Sekiranya saya memohon untuk apa-apa bantuan pembayaran balik/bayaran sebelum ini, adakah saya masih layak?

Ya.

Nota

a) Untuk pelanggan yang kini di bawah pakej bantuan pembayaran balik/bayaran (TRA) PBB/PIBB iaitu perlu membayar 25% daripada ansuran bulanan selama 6 bulan tidak layak untuk pilih masuk pilihan bagi “Pilihan 2” PEMULIH

ETRA

.

b) TRA PBB di bawah Pilihan 1 (iaitu 25% daripada ansuran bulanan selama 6 bulan) adalah lebih fleksibel dengan ansuran bulanan lebih rendah berbanding dengan ETRA PEMULIH di bawah Pilihan 2 (pengurangan 50% ansuran selama 6 bulan).

9. Bagaimanakah cara untuk saya pilih masuk bagi PEMULIH ETRA?

Secara digital atau bukan digital bermula pada 7 Julai 2021

seterusnya melalui platform digital di laman web PBe atau secara

bukan digital (dalam bentuk manual atau e-mel) ke cawangan

pemegang akaun / Pusat Kawalan Kredit.

(4)

Soalan yang Sering Ditanya mengenai Pembayaran Semula/Bayaran di bawah PEMULIH (ETRA) untuk Individu dan PKS yang Layak (Bermula pada 7 Julai 2021)

4

Bil. Soalan Jawapan

10. Apabila pengesahan pilih masuk selesai dibuat, berapa lamakah masa untuk mengetahui keputusannya?

Pilih masuk Digital:

Surat Pemakluman pilih masuk yang telah diluluskan secara digital akan dikeluarkan secara elektronik (dalam tempoh 24 jam) dan dihantar ke alamat e-mel pelanggan apabila pengesahan Pilih masuk anda secara digital dikemukakan tanpa kesulitan.

Pilih Masuk secara Manual/Bukan Digital:

Selepas pengesahan pilih masuk secara manual selesai, cawangan pemegang akaun akan menghantar balik kelulusan dalam tempoh 5 hari kalendar untuk Individu dan 14 hari kalendar untuk PKS.

11. Adakah pengaturan ini akan menjejaskan penarafan kredit saya dalam sistem CCRIS Bank Negara Malaysia?

Tidak, pilihan pilih masuk bagi bantuan pembayaran balik/bayaran di bawah PEMULIH (ETRA) ini tidak akan menjejaskan rekod CCRIS anda.

12. Bolehkah saya

membatalkan PEMULIH ETRA ini selepas diluluskan?

Ya. Anda boleh menulis atau menghantar e-mel kepada cawangan pemegang akaun atau Pusat Kawalan Kredit untuk membatalkan pengaturan PEMULIH ETRA ini.

13. Apakah pilihan lain yang ada selain PEMULIH ETRA?

PBB/PIBB juga menawarkan pakej Bantuan Pembayaran

Balik/Bayaran yang benar-benar memenuhi keperluan kewangan anda, ketahui lebih lanjut melalui laman web PBe @

https://www.pbebank.com/Personal-

Banking/Banking/Loan/Retail-Loans-Financing-COVID-19- Repayment-Assistan/Retail-Loans-Financing-COVID-19- Repayment-Assistan.aspx untuk maklumat lanjut.

14. Sekiranya akaun pinjaman/pembiayaan saya kini di bawah Arahan Tetap, perlukan saya memberi arahan untuk menghentikan Arahan Tetap (SI) itu selepas Pilih Masuk bagi Pilihan 1 di bawah ETRA PEMULIH ini?

Diterima pakai bagi Pilihan 1 ETRA sahaja (penangguhan pembayaran balik/bayaran selama 6 bulan)

1) Untuk SI (manual)

Tiada tindakan yang perlu dibuat oleh pelanggan untuk meghentikan SI.

2) Untuk SI secara elektronik (e-SI)

Pelanggan perlu menghentikan e-SI selama 6 bulan semasa

penangguhan pembayaran balik/bayaran PEMULIH ETRA selama

6 bulan melalui perbankan dalam talian PBe dan mengaktifkan

semula e-SI apabila tempoh penangguhan selama 6 bulan itu

selesai.

(5)

Soalan yang Sering Ditanya mengenai Pembayaran Semula/Bayaran di bawah PEMULIH (ETRA) untuk Individu dan PKS yang Layak (Bermula pada 7 Julai 2021)

5

Bil. Soalan Jawapan

15.

Sekiranya saya tidak layak untuk Bantuan di bawah PEMULIH ETRA ini, apakah pilihan lain yang boleh membantu saya?

1) Pelanggan perlu berbincang dengan cawangan pemegang akaun/ Pusat Kawalan Kredit yang berkenaan bagi pilihan pembayaran balik/bayaran yang lain.

2)Bank Negara Malaysia (BNM) telah mewujudkan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) untuk memberi perkhidmatan percuma mengenai pengurusan wang, kaunseling kredit, pendidikan kewangan dan penstrukturan hutang.

Untuk pertanyaan, sila hubungi AKPK melalui 03-26167766 atau layari portal pelanggan AKPK melalui www.akpk.org.my

16.

Adakah polisi insurans sedia ada, iaituMortgage Decreasing Term Assurance

(MDTA)/Mortgage Reducing Personal Accident (MRPA)/

Mortgage Reducing Term Takaful Financing (MRTT) / Business Financing Term Takaful Reducing (BFTTR)(jika ada) memberi perlindungan bagi lanjutan pinjaman/pembiayaan berikutan daripada bantuan pembayaran balik/bayaran bersasar itu?

Bagaimana sekiranya saya ingin melanjutkan

perlindungan insurans/

takaful saya?

Tidak. Sila aturkan dengan syarikat insuran/takaful anda dengan segera untuk perlindungan tempoh pembayaran semula lanjutan sekiranya anda mahu berbuat demikian untuk memelihara kepentingan anda.

17.

Adakah lanjutan perlindungan insurans itu wajib bagi pinjaman/

pembiayaan sedia ada dengan perlindungan insurans?

Apakah tarikh akhir untuk pelanggan mengemukakan lanjutan perlindungan

insurans/takaful?

Tidak wajib.

Tiada tarikh akhir. Pelanggan perlu berurusan dengan syarikat insurans/takaful secepat yang mungkin bagi lanjutan perlindungan insurans/takaful dan atas budi bicara dan keperluan pelanggan.

18.

Adakah PEMULIH ETRA diterima pakai untuk pinjaman/pembiayaan yang dikeluarkan secara progresif?

Hanya Pilihan 1 PEMULIH ETRA diterima pakai untuk pinjaman/pembiayaan yang dikeluarkan secara progresif yang memerlukan pembayaran faedah/keuntungan/sewa bulanan dibuat:

Nota:

Pelanggan dikehendaki menjelaskan faedah/keuntungan/sewa tertangguh selama 6 bulan dan kos peminjaman/pembiayaan tambahan sebelum pinjaman/pembiayaan akhir dikeluarkan atau memohon untuk membayar melalui 60 ansuran bulanan yang sama (sebagai tambahan kepada jumlah ansuran bulanan yang dijadualkan).

Gambar

Ilustrasi Kos Pembiayaan PEMULIH ETRA untuk pinjaman/ pembiayaan gadai janji (Kadar Boleh Ubah)  untuk amaun pinjaman/pembiayaan sebanyak RM100K:

Referensi

Dokumen terkait

Berdasarkan penelitian yang telah peneliti lakukan di TK Flora Kecamatan Singkawang Barat mengenai penerapan pembelajaran menggunakan metode demonstrasi, untuk meningkatkan

Dasar pelaksanaan PPL adalah Surat Keputusan Rektor Universitas Negeri Semarang nomor Nomor 14 tahun 2012 tentang ”Pedoman Praktik Pengalaman bagi mahasiswa

Adalah memungkinkan untuk mengakses (atau mengkanulasi) pembuluh darah yang lebih besar ini bahkan ketika vena perifer sudah kolaps, dan vena ini memungkinkan pemberian larutan

Pada proses dalam pembuatan promosi konten Instagram diharuskan melewati beberapa tahapan yang dimulai dari pembuatan sketsa, mancari materi, serta proses pembuatan konten

Sistem distribusi klasik adalah melalui transaksi langsung antara produsen dengan konsumen, atau melalui transaksi yang dilakukan di pasar.. Pada tingkatan

Menangkap ide besar dan cita-cita pemimpin bangsa ini, Badan Eksekutif Mahasiswa Fakultas Keguruan dan Ilmu Pendidikan Universitas Islam Malang (BEM FKIP UNISMA)

Dalam jangka pendek didapati hubungan signifikan antara laju inflasi di Indonesia dengan inflasi impor, sedangkan nilai tukar rupiah terhadap dollar, pendapatan negara, penawaran

Untuk optimalisasi pendukung kegiatan, PPID Utama Pemerintah Kota Depok melaksanakan sosialisasi terhadap para PPID Pembantu tiap-tiap Perangkat Daerah dalam lingkup