• Tidak ada hasil yang ditemukan

Unsur Mitos Dalam Sulalatus Salatin Sejarah Melayu

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Unsur Mitos Dalam Sulalatus Salatin Sejarah Melayu"

Copied!
18
0
0

Teks penuh

(1)

SEJARAH MELAYU ATAU SALALATUS SALATIN LEBIH BERUNSURKAN MITOS DARIPADA SEJARAH

PENGENALAN

Sejarah Melayu merupakan Kesusasteraan Melayu Lama yang mempunyai sifat–sifat tempatan dari segi isinya iaitu yang bercorak sejarah. Karya yang bersifat sejarah ini cukup bernilai kerana ianya adalah bukti dan sumber sejarah yang berlaku pada masa dahulu. Secara amnya, karya Sejarah Melayu banyak menceritakan kisah kegemilangan Negara–Negara Melayu Lama.

Sejarah Melayu terbahagi kepada dua bahagian. Bahagian pertama merupakan bahagian yang bersifat mitos dan dongeng. Bahagian yang bersifat mitos dan dongeng ini menceritakan tentang keadaan pada masa itu, asal usul raja – raja bagi sesebuah Negara, asal usul negeri, dan sebagainya. Bahagian kedua merupakan bahagian yang lebih bersifat historis. Bahagian ini pengarang cuba menerangkan sesuatu peristiwa sejarah atau tentang tokoh–tokoh yang pernah hidup dalam sejarah.

Karya Sejarah Melayu lebih bertumpu pada istana yang memceritakan tentang raja sesebuah Negara. Ini kerana, hasil yang selalunya dijeniskan sebagai sastera sejarah ini dicipta di istana-istana raja – raja Melayu sejajar dengan peranan istana pada masa dahulu sebagai tempat berkumpulnya cendekiawan melayu. Sebahagian besar karya – karya sastera sejarah diberi judul ‘ hikayat’ seperti Hikayat Raja-Raja Pasai, Hikayat Merong Mahawangsa, Hikayat Seri Kelantan Hikayat Aceh dan sebagainya.

Tetapi sejauh manakah karya Sejarah Melayu itu dikatakan sebagai Sejarah atau sekadar mitos yang menjadi penglipurlara pada zaman dahulu. Kebanyakan isi kandungan dalam karya Sejarah Melayu mempunyai unsur-unsur yang di luar pemikiran logika manusia walaupun terdapat fakta-fakta yang dianggap sebagai sumber sejarah. Persoalan seperti ini sebenarnya banyak di utarakan oleh sarjana-sarjana barat yang

(2)

mempertikaikan karya Sejarah Melayu. Contohnya pandangan 1Prof. Hoesein Djajadiningrat, Branders Rasser dan Pigeaud umpamanya mengangap Sejarah Melayu sebagai buku dongeng kerana tidak mempunyai penanggalan atau tarikh.

SEJARAH MELAYU / SULALATUS SALATIN

Pada umumnya Karya Sejarah Melayu lebih dikenali sebagai Sulaltus Salatin, yang membawa maksud sebagai salasila, Jurai atau riwayat dan keturunan raja-raja.

Masyarakat Melayu mempunyai sejumlah besar karya yang dipercayai dihasilkan sejak abad ke-14 lagi. Karya kesusasteraan lama iaitu Sulalatus Salatin yang lebih dikenali sekarang dengan nama Sejarah Melayu merupakan karya agung orang melayu.

Sejarah Melayu merupakan sebuah karya sastera sejarah yang sangat terkenal sehingga terdapat banyak salinan dan versinya sehingga kini yang disimpan di perpustakaan di alam Melayu dan Eropah. Malah, beberapa buah naskhah daripada buku ini telah pun diterbitkan dan diterjemahkan dalam berbagai-bagai bahasa seperti bahasa Inggeris, Perancis, Belanda, Cina dan sebagainya.

Sejarah Melayu telah memberi gambaran tentang sejarah negeri Melaka pada abad ke-15. Melaka digambarkan sebagai sebuah negara kota pelabuhan yang terbesar di Alam Melayu pada ketika itu. Oleh sebab pelabuhan tersebut besar, peraturan dan undang-undang Melaka telah digubal demi menjaga ketenteraman dan keamanan negeri itu. Sejarah Melayu menyatakan undang-undang tersebut telah disusun semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Shah (1446-1456 T.M).

Sejarah Melayu juga menggambarkan tentang asal usul raja-raja Melayu dan pembukaan negeri-negeri Melayu seperti Pasai, Samudra, dan Melaka. Karangannya turut menyatakan tentang keagungan dan kebesaran pemerintahan Kesultanan Melaka dengan cara yang dipengaruhi oleh kemasukan agama Islam. Dalam bidang politik pula, Sejarah Melayu mengisahkan bahawa bagaimana perhubungan Melaka 1 Sanusi Samid, “Sejarah Melayu Sebagai Satu Sumber Sejarah”, Dewan

(3)

dengan negeri China. Melalui perhubungan inilah menyebabkan Siam tidak berani menganggu negeri Melaka. Di samping itu, Melaka juga menjalinkan hubungan baik dengan Majapahit.

Selain itu, buku ini juga menitipkan corak kebudayaan Melayu tradisi dalam konteks sejarah kemasyarakatan bangsa Melayu, iaitu tentang keagungan golongan pemerintah dengan segala peraturan dan adat istiadat yang menarik seperti peraturan kedudukan para pembesar kerajaan yang diaturkan mengikut gelaran dan pangkat seseorang itu dalam Kerajaan Melaka.

Menurut Sanusi bin Samid, sejarah Melayu memberi gambaran tentang politik, sosial dan ekonomi kerajaan Melayu Melaka. Sejarah Melayu menunjukkan struktur politik Melaka dimana sultan mentadbir dan memerintah ddengan kuasa mutlak ke atas rakyatnya. Baginda mempunyai beberapa orang pegawai diberi kuasa untuk mentadbir negeri seperti, Bendahara, Temenggong, Laksamana, Bendahari, dan Syahbandar (Zahrah Ibrahim 1986:70).

Oleh kerana pengarang ini seorang cendekiawan yang menjawat jawatan sebagai Bendahara di negeri Johor, sememangnya banyak unsur-unsur pengajaran telah dimasukkan dalam buku ini iaitu dengan tujuan memberi nasihat dan tunjuk ajar kepada raja-raja Melayu. Penyampaian nasihat ini dilakukan dalam berbagai-bagai cara seperti menggambarkan bagaimana Sultan Mansur Shah, Sultan Alauddin Riaayat Shah dan Sultan Mahmud memberi nasihat dan amanat kepada putera-putera mereka yang bakal menjadi menjadi raja, supaya mereka menjalakan pemerintahan dengan adil. Pengarang juga menyelitkan beberapa cerita yang bercorak teladan. Walaupun berbentuk dongeng, namun maksud halusnya untuk memberi tunjuk ajar kepada raja-raja Melayu.

TUN SERI LANANG

Adakah kita megenali siapa disebalik karya agung ini? Pada umumnya, persoalan tentang pengarang buku Sejarah Melayu ini telah menimbulkan banyak kontroversi dalam kalangan para sarjana seperti Winstedt dan W.G. Shellabear. Awal kajian Winstedt yang menyelenggarakan naskhah

(4)

Raffles berpendapat bahawa pada permulaannya, karya itu ditulis oleh Tun Bambang anak kepada Seri Akar Petani, akan tetapi dia membuat pembetulan mengenai pendapatnya itu, dengan mengatakan pula bahawa Raja Bongsu yang sebenar-benarnya menjadi pengarang Sejarah Melayu. Kenyataan itu diterima W.C. Shellabear, Walau bagaimanapun, sarjana ini berpendapat pula Raja Bongsu yang disebutkan itu ialah gelaran bagi Sultan Abdullah Maayar Shah, dan bagindalah yang telah menitahkan kepada bendaharanya Tun Sri Lanang untuk menulis Sejarah Melayu. (Dr. Ismail Hamid,1988:196)

Tun Seri Lanang atau nama sebenarnya ialah Tun Muhammad adalah penulis asal karya agung ini. Beliau adalah pembesar istana berketurunan bendahara-bendahara kerajaan Melayu Melaka dan Johor Lama yang ke-14. Ketika menjawat jawatan Bendahara, beliau memakai gelaran Paduka Raja III. Tun Seri Lanang adalah anak kepada Paduka Raja Tun Ahmad, Temenggung Johor dan ibunya bernama Tun Ganggang. Beliau juga merupakan cucu kepada Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir iaitu bendahara kerajaan Melayu Melaka semasa pemerintahan Sultan Mahmud Syah dan cicit kepada Tun Kudu, iaitu bekas permaisuri Sultan Muzaffar syah.

Sumbangan Tun Seri Lanang dalam dunia kesusasteraan melayu cukup bernilai dengan mengarang dan meyusun buku Sejarah Melayu pada tahun 1612 dengan berdasarkan naskhah yang ditulis di negeri Melaka. Beliau menulis semula Sejarah Melayu setelah mendapat perintah daripada Sultan Abdullah Maayah Syah. Baginda pernah menitahkan Tun Seri Lanang demikian :

2“Bahawa beta minta diperbuatkan hikayat pada Bendahara peri

persetua dan peri petuturan raja-raja melayu dengan istiadat sekali; supaya diketahui oleh segala anak cucu kita yang kemudian daripada kita, diingatkannya oleh mereka itu; syahadan beroleh faedahlah ia daripadanya.”

UNSUR MITOS DALAM SULALATUS SALATIN SEJARAH MELAYU 2 A.Samad Ahmad, “Sulalatus Salatin”.Kuala Lumpur, DBP. hlm 3.

(5)

Mitos, sebagaimana yang diketahui umum, adalah suatu unsur dongeng atau kejadian luar biasa yang tidak dapat diterima logik akal tetapi diketengahkan sebagai suatu p eristiwa yang benar-benar terjadi. Peristiwa yang berlaku itu sama ada yang berlegar di sekitar kehidupan manusia, haiwan, ataupun alam semesta - kelihatan pelik, janggal, dan melampaui lumrah alam. Walau bagaimanapun, penilaian terhadap ketakwajaran unsur mitos itu adalah mengikut acuan zaman moden sedangkan pemilik unsur tersebut, yakni masyarakat silam, meyakini bahawa mitos tersebut memang benar-benar berlaku.

Dalam konteks Sulalatus Salatin Sejarah Melayu, unsur mitos merupakan sebahagian daripada ciri yang signifikan, terutama pada bahagian awal teks tersebut. Kewujudan unsur mitos dalam teks tersebut berkait rapat dengan realiti kehidupan masyarakat Melayu pada zaman itu yang masih berada dalam lingkungan pengaruh Hindu dan animisme yang kuat.

CIRI-CIRI MITOS

Mitos dianggap sebagai kejadian atau peristiwa yang benar-benar berlaku pada zaman silam. Keyakinan tersebut, sesetengahnya, telah membentuk sistem nilai mereka dan seterusnya diwarisi dari satu generasi ke satu generasi. Mitos berbeza daripada unsurunsur dongeng.

Mitos dianggap suci, kesucian ini terbit kerana mitos kaya dengan unsur-unsur kedewaan yang diyakini oleh masyarakat Melayu pada zaman silam. Kepercayaan tersebut terbentuk sebagai hasil daripada pengaruh animisme dan ajaran agama Hindu.

Mitos kaya dengan unsur-unsur alam ghaib

-keyakinan masyarakat Melayu zaman silam terhadap kewujudan alam ghaib sangat tebal. Mereka percaya bahawa sesuatu yang ghaib itu, seperti kewujudan kuasa makhluk-makhluk halus (jin, syaitan, penunggu, puaka) dan alam kayangan atau alam dewa dewi dapat mempengaruhi kehidupan mereka. Malah, dalam konteks alam

(6)

kayangan, masyarakat Melayu pada zaman itu yakin bahawa mereka dapat Baling berhubungan (bersahabat atau berseteru) antara satu sama lain.

Mitos kaya dengan peristiwa atau kejadian yang luar biasa, ganjil, dan aneh. Masyarakat Melayu zaman silam mempercayai bahawa setiap kejadian luar biasa, ganjil, atau aneh mempunyai tujuan-tujuan atau alamat-alamat yangtertentu. Hal ini berlaku sebagai hasil daripada keakraban hubungan masyarakat Melayu dengan flora dan fauna di sekeliling mereka. JENIS-JENIS MITOS DALAM SULALATUS SALATIN

Mitos dalam Sulalatus Salatin Sejarah Melayu dapat dibahagikan kepada empat jenis, iaitu:

A. Mitos asal usul raja; B. Mitos pembukaan negeri; C. Mitos kedatangan Islam;

D. Pantang larang, adat istiadat dan perundangan negara E. Mitos-mitos lain.

A.MITOS ASAL USUL RAJA

Sulalatus Salatin Sejarah Melayu, dalam upaya

hendak meningkatkan martabat dan kedudukan raja-raja Melayu, khususnya raja Melaka, telah mengaitkan bahawa raja-raja tersebut berasal usul daripada keturunan Raja Iskandar Zul-Karnain, Nabi Sulaiman, dan Nusyirwan Adil. Pertalian ini bermula apabila Raja Suran (cucu Raja Sulan) telah masuk ke dasar laut dan berkahwin dengan Puteri Mahtabu'l-Bahri dari Negeri Dika. Perkahwinan tersebut telah menghasilkan tiga orang putera iaitu Nila Pahlawan, Krisyna Pandita, dan Nila Utama. Ketiga-tiga putera ini telah naik ke bumi dan mendarat di Bukit Si Guntang, Palembang. Keistimewaan dan keluarbiasaan yang dimiliki mereka telah membolehkan mereka menjadi raja - Nila Pahlawan menjadi raja di Minangkabau; Krisyna Pandita menjadi raja di Tanjung Pura; Nila Utama pula menjadi raja di Palembang dan

(7)

seterusnya di Temasek dengan gelaran Seri Teri Buana. Seri Teri Buana lah yang kemudiannya mengembangkan keturunan raja-raja Melaka.

Kelebihan yang terdapat melalui jurai keturunan Raja Iskandar Zulkarnain memperlihatkan bahawa keturunan raja-raja Melaka berasal dari raja yang besar, gagah serta terkenal. Dalam naskah Sulalatus Salatin pernyataan yang menunjukkan penaklukan Iskandar Zulkarnain terhadap negeri Kida Hindi. Pernyataan tersebut adalah seperti yang berikut:

“A’alam ketahui olehmu ,pada zaman dahulukala, dan pada masa yang telah lalu, kata yang empunya ceritera, bahawa Raja

Iskandar, anak Raja Darab, Rom bangsanya, Makaduniah nama

negerinya., Zulkarnain gelarannya, sekali persetua baginda berjalan hendak melihat matahari terbit, maka baginda sampai pada suau bi’at, negeri Hindi. Maka ada seorang raja di tanda Hindi, terlalu besar kerajaannya, setengah negeri Hindi itu dalam tangannya, namanya Raja Kida Hindi. Setelah ia mendengar Raja Iskandar datang, maka Raja Kida Hindi pun menyuruhkan Perdana Menteri menghimpunkan segala rakyat dan raja-raja yang takluk kepadanya. Setelah sudah kampung semuanya maka dikeluarinyalah oleh Raja Kindi akan Raja Iskandar maka setelah bertemulah segala rakyat antara kedua belah pihak itu, lalu berperanglah, terlalu ramai seperti yang ada dalam Hikayat Iskandar itu. Maka alahlah Raja Kida Hindi Raja Kida Hindi itu oleh Raja Iskandar, ditangkap hidupnya oleh Raja Kida itu, maka disuruhlah oleh Raja Iskandar membawa iman, maka Raja Kida Hindi pun membaaa imn, maka Raja Kida Hindi pun membawa iman, maka Raja Kida Hindi pun membawa imanlah dan jadi Islam , dalam agama Nabi Ibrahim Khalilu ‘illah alahai salam. .. (Sulaltus Salatin, : 9)

B. MITOS PEMBUKAAN NEGERI

Sulalatus Salatin Sejarah Melayu banyak juga mengetengahkan mitos yang berkaitan dengan pembukaan sesebuah negeri. Dalam hal

(8)

memilih dan memberikan nama negeri ini, penamaan tersebut dibuat berdasar kepada keyakinan para raja terhadap sesuatu keganjilan dan kejadian luar biasa yang pada pandangan mereka akan mendatangkan keberuntungan kepada negeri tersebut.

Pembukaan negeri Melaka. Pembukaan negeri Melaka dapat dikaitkan dengan peristiwa seekor pelanduk putih yang telah mengalahkan seekor anjing. Raja Iskandar Syah kagum dengan kekuatan pelanduk tersebut. Baginda seterusnya bercadang untuk membuka negeri di kawasan tersebut. Nama negeri Melaka berasal daripada nama pokok, iaitu pokok Melaka. Raja Iskandar Syah bersandar pada sebatang pokok dan menanyakan nama pokok berkenaan pada para pengikutnya. Baginda seterusnya menjadikan nama pokok berkenaan sebagai nama negeri yang baru dibuka. Mitos ini ada diceritakan dalam Sulalatus Salatin pada halaman ke-71.

“Maka Raja Iskandar Syah pun berjalan balik membaruh, lalu terus kepada sebuah sungai, Bertam namanya, dan kualanya berbukit. Maka baginda pun datanglah ke sana, berhenti di bawah sepohon kayu, terlalu rampak, maka baginda menyuruh berburu, sekonyong-konyong terjun anjing dihambat pelanduk. Titah baginda “ baik tempat ini diperbuat negeri, anjing alah oleh pelanduk, jikalau orangnya betapa lagi?”. Maka sembah orang, “kayu Melaka namanya, tuanku,”. Maka titah Raja Iskandar Syah, “ Jika demikian, Melakalah nama negeri ini.”

Asal-usul Singapura pula dapat dikaitkan dengan peristiwa kemunculan seekor binatang yang bernama ‘singa’. Pembukaan Singapura melibatkan Seri Teri Buana, Demang Lebar Daun, Menteri Bupala dan Batala. Semasa pembukaan Singapura, Seri Teri Buana berteduh di bawah pokok jambu. Kemudian, tiba-tiba baginda melihat seekor binatang yang berbulu merah pada tubuh dan mempunyai kepala yang berwarna kehitam-hitaman serta mempunyai bulu berwarna putih pada dada melintas dengan agak pantas di hadapan baginda. Seterusnya, baginda bertanyakan nama binatang berkenaan kepada pengikutnya dan

(9)

menamakan negeri yang baru dibuka itu dengan nama haiwan tersebut. Kisah pembukaan negeri Singapura ada diceritakan dalam Sulalaus Salatin pada halaman ke- 40.

“Maka baginda semayam di bawah pohon jambu laut, dihadap segala Orang Besar-besar , berbicara hendak membuat negeri, seraya menitahkan rakyat menebas kayu di padang itu. Maka segala rakyat pun naiklah menebas, sekonyong-konyong melintas seekor binatang maha tangkas lakunya merah warna bulu tubuhnya, kehitam-hitaman kepalanya, dan putih dadanya, sikapnya terlalu perkasa, besar sedikit daripada kambing randuk. Setelah ia melihat orang banyak itu, lalu ia melompat, ghaib daripada mereka itu. Maka titah Seri Teri Buana, “Apa nama binatang serupa itu?”. Maka seorang pun tiada menyahut. Maka sembah Demang Lebar Daun, “ Tuanku, ceritera orang patik dengar, yang demikian sifat dan kelakuan binatang itu, singa konon namanya, tuanku.” Maka titah baginda, “ Patutlah kita perbuat negeri tempat ini, kerana binatang gagah ada di dalamya, dan sebutlah Temasek ini Singapura”, sampailah sekarang disebut orang ‘Singapura’.”

Pembukaan Pasai pula dapat dikaitkan dengan peristiwa anjing Sultan Maliku’s Salleh yang bernama Si Pasai menyalak di suatu kawasan tanah tinggi. Negeri yang baru dibuka oleh Sultan Maliku’s Salleh itu diambil sempena nama anjingnya, Si Pasai. Kisah pembukaan negeri Pasai ada diceritakan dalam Sulalatus Salatin pada halaman ke-59.

“Setelah berapa lamanya Sultan Maliku’t Tahir dan Sultan Maliku’l Mansur pun besarlah, dan negeri Perlak pun alah oleh musuh dari seberang, dan orang Perlak pun pindahlah ke negeri Semundra. Maka Sultan Maliku’s Salleh pun berfikir dalam hatinya hendak berbuat negeri akan tempat anakanda baginda, maka titah Sultan Maliku’s Salleh pada segala Orang Besar-besar , “ Esok hari kita pergi berburu”. Setelah pagi-pagi hari maka Sultan Maliku’s Salleh pun naiklah gajah yang bernama

(10)

Permadewan itu, lalu berangkatlah ke seberang. Datang ke pantai, maka anjing yang bernama Si Pasai itu pun menyalak , maka Sultan Maliku’s Salleh pun segera mendapatkan anjingnya itu menyalak tanah tinggi, sekira-kira luas tempat istana, dengan kelengkapannya terlalu amat baik, seperti ditempa rupanya. Maka Sultan Maliku’s Salleh disuruhnya tebas. Setelah sudah maka diperbuatnya negeri, pada tempat tanah tinggi itu dibuatnya istana, lalu dinamainya negeri itu ‘Pasai’, menurut nama anjingnya itu.”

Pembukaan Semundra pula dikaitkan dengan peristiwa Merah Silu bertemu dengan seekor semut besar seperti kucing. Merah Silu kemudian makan semut tersebut. Tempat tersebut dinamakan Semundra yang bermaksud semut besar. Kisah pembukaan negeri Semundra terdapat dalam Sulalatus Salatin pada halaman yang ke-57.

“Adalah pada suatu riwayat Merah Silu pergi berburu, maka anjingnya bernama Si Pasai itu pun menyalak. Dilihat Merah Silu Si Pasai menyalak itu di atas tanah tinggi, seperti ditimbun orang rupanya. Maka Merah Silu naik di atas tanah tinggi itu, maka dilihatnya seekor semut besar seperti kucing, maka oleh Merah Silu semut itu diaambil dan dimakannya. Maka tanah tinggi itu diperbuatnya akan tempat, dinamainya Semundra ertinya semut besar.”

C. MITOS KEDATANGAN ISLAM

Sebagaimana mitos asal usul, tujuan mitos kedatangan Islam ini diselitkan dalam Sulalatus Salatin Sejarah Melayu adalah untuk mengangkat darjat raja-raja Melayu. Ada dua peristiwa yang memerihalkan mitos kedatangan Islam ini, iaitu:

Kedatangan Islam ke Semundra dikaitkan dengan peristiwa Merah Silu bermimpi bertemu dengan Nabi Muhammad (s.a.w). Beliau bermimpi nabi Muhammad (s.a.w) telah meludah ke dalam mulut Merah Silu dan pada keesokan harinya, setelah Merah Silu terjaga dari tidur beliau telah

(11)

boleh mengaji dan badannya berbau nawarastu. Kisah kedatangan Islam ke Semundra diceritakan dalam Sulalatus Salatin pada halaman ke-57.

“Syahadan pada malam itu Merah Silu pun tidur, maka ia dirinya berpandangan dengan Rasullulah salla’llahu’alaihi wa salam. Maka sabda Rasullulah kepada Merah Silu, “Ngangakan mulutmu!” Maka oleh Merah Silu dingangakan mulutnya, diludahi oleh Rasullulah mulut Merah Silu. Maka Merah Silu pun terjaga daripada tidurnya. Diciumnya bau tubuhnya seperti bau narawastu. Telah hari siang , maka fakir pun naik ke darat membawa Quran disuruhnya baca pada Merah Silu. Maka oleh Merah Silu dibacanya Quran itu, maka kata fakir kepada Sheikh Ismail, nakhoda kapal, “ Inilah negeri Semundra, yang seperti sabda nabi salla’llahu’alaihi wa salam.”

Kedatangan Islam ke Melaka pula dikaitkan dengan peristiwa Raja Kecil Besar atau juga dikenali sebagai Sultan Muhammad Syah telah diislamkan oleh Nabi Muhammad (s.a.w) melalui mimpi. Dalam mimpi itu, Raja Kecil Besar telah diajar mengucap dua kalimah syahadah, dikhatankan dan diberi nama Islam. Pada keesokan harinya, semua perkara yang dimimpikan oleh baginda menjadi kenyataan dan tubuh baginda turut berbau nawarastu. Dalam Sulalatus Salatin, kisah kedatangan Islam ke Melaka diceritakan pada halaman ke-73.

“Maka dayang-dayang pun memberitahu Bendahara. Maka Bendahara pun segera datang, lalu masuk ke dalam istana. Maka dilihat Bendahara raja tiada berhenti-henti daripada menyebut ‘La ilaha I’l Allah. Muhammad –ar-rasullulah.’ Maka kata Bendahara, “bahasa mana yang disebut Raja ini?. Titah raja, “ semalam beta mimpi berpandangan dengan keelokan hadrat junjungan, Rasullulah salla’llahu’alaihi wasalam. Maka segala mimpi baginda itu semuanya dikatakannya pada Bendahara. Maka kata Bendahara , “ Jikalau benar mimpi raja itu apa alamatnya?”. Maka titah Raja Kecil Besar , “ Alamatnya kalam

(12)

beta seperti dikhatankan orang, itulah tanda tanda sah hamba bertemu Rasullulah salla’llahu’alaihi wasalam …”

D. PANTANG LARANG, ADAT ISTIADAT DAN PERUNDANGAN NEGARA

Pantang larang dan perundangan negara perlu dipatuhi oleh semua pihak untuk menjamin ketenteraman dan kemakmuran negara. Antara pantang larang yang ditetapkan adalah seperti pantang larang berpakaian oleh rakyat biasa, syarat memiliki emas dan pantang larang tidak boleh menderhaka kepada raja. Rakyat biasa dilarang memakai pakaian berwarna kuning dan tidak boleh bergelang kaki emas. Dalam naskah Sulalatus Salatin penyataan yang menunjukkan pantang larang ialah

:-“Syahadan bagindalah yang pertama-tama meletakkan “kekuningan larangan” tidak dapat dipakai orang keluaran, dan diambil akan sapu tangan , dan tiada dapat dibuat tepi tabir dan ulasan bantal besar dan tilam, dan bungkus barang apa-apa dan akan karangan-krangan benda dan tiada dapat diambil akan perhiasan rumah , dan lain daripada itu pun tiada juga dapat melainkan kain, baju, destar , tiga perkara itu jua yang dapat dipakai. Dan larangan berbuat rumah bermanjungan bertiang gantung, tiada terletak ke tanah , dan bertiang terus dari atap dan peranginan , dan jikalau derahu, bertingkap berpenghadapan, dan tidak dapat orang orang memakai penduk dan teterapan keris, sebesar-besar orang keluaran tidak dapat bergelang kaki emas, dan jikalau berkeroncong emas berkepala perak tiada boleh.”

E. MITOS-MITOS LAIN

Dalam teks Sulalatus Salatin Sejarah Melayu, terdapat beberapa peristiwa berunsur mitos yang ditulis untuk tujuan yang khusus. Antaranya termasuklah untuk menggambarkan kepercayaan sesuatu anggota masyarakat ataupun untuk mengkritik raja secara halus. Yang berikut adalah antara beberapa contoh mitos tersebut.

(13)

i. KEKUATAN YANG LUAR BIASA

Badang beroleh kegagahan yang luar biasa yang sukar dipercayai dan diterima oleh akal manusia. Badang dikatakan memperoleh kekuatan yang luar biasa setelah dia makan muntah hantu yang selalu mencuri hasil tangkapannya. Kegagahan Badang yang luar biasa itu membolehkannya melakukan kerja-kerja berat dalam waktu yang singkat dan majikannya berpuas hati dengan hasil kerjanya. Kisah Badang memperoleh sifat gagah ada diceritakan dalam Sulalatus Salatin pada halaman ke- 47.

“Maka tersebutlah perkataan seorang perempuan duduk berhuma diam di Sayong, ada seorang budak, hambanya bernama Badang, kerjanya berhuma akan tuannya juga. Sekali persetua, pada suatu hari Badang pergi menahan lukah ke hilir pada satu sungai. Pagi-pagi dijenguknya lukahnya itu, dilihatnya hampa, suatu pun tiada isinya, tetapi sisik ikan dan tulangnya ada di tepi sungai itu banyak , sentiasa hari demikian juga. Maka tuannya bersungut katanya , “ Si Badang ini, orang pergi menebas menebang, dia leka dengan sebab mengatakan menahan lukah, seekor ikan pun tiada kupandang, sahaja engkau duduk sama-sam dengan aku laku rupanya,”. Maka Badang pun diam disunguti oleh tuannya di dalam hatinya berkata , “ Jikalau belum kudapat yang makan ikan dalam lukah itu belum puas hatiku,”. Ada pada suatu hari diintainya dari sebalik banir kayu, maka dipandangnya datang hantu terlalu besar panjang, tubuhnya seperti raga dan janggutnya datang pada pusatnya. Maka oleh Badang diambilnya parang dan kapaknya, lalu diterpanya menangkap janggut hantu itu serta katanya “ Engkau inilah makan ikanku dalam lukahku, sekali ini engkau mati olehku,”. Maka hantu itu pun terkejut serta dengan takutnya mendengar kata Badang itu, gementar-gementar hendak berlepas dirinya tak dapat. Maka kata hantu itu , “ jangan aku engkau bunuh, apa kehendakmu akan aku beri”.

(14)

Maka fikir Badang “Jika aku hendakkan kaya, jikalau aku mati, tuan aku boleh akan dia. Jika akau hendakkan ilmu halimun, dapat tiada aku mati dibunuh orang dan jikalau hendak menjadi Orang Besar-besar, bukan asal aku. Jika demikian baik aku menuntut minta kuat dan gagah, supaya aku kuat mengerjakan tuanku. Setelah ia fikir, maka kata Badang pada hantu itu , “ Berilah aku kuat dan gagah, segala kayu dan batu yang besar-besar itu dapat aku bantun dengan umbi akarnya dengan sebelah tanganku juga.” Maka kata hantu itu, “ Baiklah, jikalau engkau hendakkan gagah seperti maksud itu, maka makanlah muntahku,”.

ii. SINGAPURA DILANGGAR TODAK

Mitos ini mengisahkan tentang peristiwa ikan todak menyerang Singapura. Peristiwa ini berlaku semasa Singapura diperintah oleh Paduka Seri Maharaja. Peristiwa ini telah menyebabkan ramai rakyat Singapura mati kerana ditikam oleh ikan berkenaan. Paduka Seri Maharaja mengarahkan semua rakyat berkubukan betis. Akan tetapi, cara berkenaan telah menyebabkan kematian rakyat negeri tersebut semakin meningkat. Akhirnya, serangan ikan todak tersebut berjaya diatasi oleh kebijaksanaan seorang budak yang menyarankan penggunaan batang pisang sebagai kubu. Penceritaan tentang Singapura dilanggar todak ada pada halaman ke-67, dalam Sulalatus Salatin.

“Hatta tidak berapa lama antaranya, maka datanglah todak menyerang Singapura, berlompatan lalu ke parit. Maka segala orang yang di pantai itu banyak mati dilompati oleh todak itu, barang yang kena terus menerus olehnya. Maka tiadalah dapat orang berdiri di pantai itu lagi. Maka gemparlah orang berlari-larian ke sana ke mari, semuanya mengatakan “Todak datang menyerang kita, banyaklah sudah mati ditikamnya. Maka Paduka Seri Maharaja pun segera naik gajah, lalu baginda keluar

(15)

diiringkan segala menteri hulubalang sida-sida bentara sekalian. Setelah datang ke pantai, maka baginda pun hairanlah melihat perihal todak itu, barang yang kena dilompatinya sama sekali matilah. Maka terlalulah banyak orang yang mati ditikam todak itu. Maka baginda pun menitahkan orang berkotakan betis, maka dilompati oleh todak itu, terus berkancing ke sebelah. Adapun todak itu seperti hujan, usahkan kurang, makin banyak orang mati. Syahadan, pada antara itu, datanglah seorang budak berkata”Apa kerja kita berkotakan betis ini? Mendayakan diri kita. Jika berkotakan batang pisang alangkah baiknya?” setelah didengar Paduka Seri Maharaja kata budak itu, maka titah baginda, “ Benar seperti kata budak itu,” maka dikerahkan baginda rakyat mengambil batang pisang diperbuat kota. Maka dikerjakan oranglah berkotakan batang pisang. Maka segala todak yang melompat itu lekatlah jongornya, tercacak kepada batang pisang itu, dibunuh oranglah bertimbun-timbun di pantai itu…”

Peristiwa Sang Rajuna Tapa menjadi batu - peristiwa ini menimpa Sang Rajuna Tapa kerana dia telah mengkhianati Raja Iskandar Syah. Pengkhianatan itu dilakukannya selepas Raja Iskandar membunuh anak perempuannya dengan cara yang sangat memalukan dirinya. Untuk membalas perbuatan Raja Iskandar Syah itu, dia telah bersekongkol dengan Majapahit yang menyebabkan Singapura jatuh ke tangankuasa besar itu.

KEPENTINGAN MITOS

Penerapan mitos dalam teks Sulalatus Salatin Sejarah Melayu ini mempunyai matlamat dan kepentingannya yang tersendiri dan khusus, sesuai dengan zaman teks ini dihasilkan. Di pihak pemerintah, peristiwa yang berunsur mitos itu secara umumnya dapat meningkatkan darjat dan kedaulatan mereka. Di pihak hamba rakyat pula, unsur mitos tersebut dapat mendidik serta meyakinkan mereka tentang

(16)

kehebatan dan kedaulatan raja serta perkara-perkara yang berkaitan dengan institusi beraja. Kepentingan mitos dalam penulisan teks Sulalatus Salatin Sejarah Melayu ini dapat dijelaskan seperti yang berikut:

A. Menunjukkan Keagungan Keturunan Raja

Iskandar Zulkarnain berbangsa Rom dan berasal dari Makaduniah. Sebagaimana yang tercatat dalam sejarah, beliau merupakan seorang raja yang agung dan penakluk dunia yang terbilang. Berdasarkan Sulalatus Salatin Sejarah Melayu, raja-raja Melayu dikatakan berasal daripada keturunan beliau walaupun menurut Sejarah, Iskandar Zul-Karnain (Alexander The Great) tidak pernah menakluki India. Oleh itu, mitos yang mengaitkan raja-raja Melayu bersusur galur daripada keturunan Iskandar Zul-Karnain itu mempunyai kepentingannya yang tersendiri, iaitu untuk mengangkat darjat raja-raja Melayu ke tahap yang tinggi, yakni memiliki ciri-ciri kepahlawanan, kehebatan, dan keagungan, sama seperti yang dimiliki oleh datuk nenek mereka yang bernamaIskandar Zul-Karnain itu.

B. Menunjukkan Sifat Luar Biasa Raja

Salah satu mitosyang terdapat dalam Sulalatus Salatin Sejarah Melayu adalah tentang pengembaraan Raja Suran ke dasar laut. Baginda dikatakan telah tiba di sebuah negeri yang bernama Dika dan seterusnya berkahwin dan hidup di negeri itu. Hal ini memang di luar mats fi kir manusia dan melampaui hukum alam, namunpenerapan mitos yang sedemikian ada kepentingannya. Penerapan unsur tersebut adalah untuk menggambarkan bahawa raja-raja Melayu sangat luar biasa dan berbeza daripada manusia biasa dan oleh itu, merekalah yang layak memimpin manusia lain.

(17)

Mitos lain yang terdapat dalam Sulalatus Salatin Sejarah Melayu ialah serangan ikan todak terhadap Singapura. Penerapan mitos ini bertujuan untuk menyindir atau mengkritik golongan raja atau pembesar yang menzalimi rakyat. Mitos itu juga bertujuan untuk menyedarkan raja dan pemerintah bahawa setiap hamba rakyat,tidak kira sekecil mana pun mereka itu, perlu dihormati dan disayangi kerana mereka mempunyai kelebihan masing-masing. Jelas dalam hal ini, budak yang menyarankan rakyat Singapura menggunakan batang pisang sebagai kubu untuk meredakan serangan todak, mempunyai kelebihannya walaupun masih kecil.

D. Mendidik dan Menakutkan Rakyat

Sesetengah mitos dalam teks Sulalatus Salatin Sejarah Melayu ini sengaja diterapkan bagi mendidik rakyat supaya senantiasa menghormati dan mentaati raja sebagaimana yang dipersetujui dalam waad antara Demang Lebar Daun dengan Seri Teri Buana dahulu. Dalam hal ini, mitos yang memaparkan Sang Rajuna Tapamenjadi batu setelah mengkhianati Sultan Iskandar Syah m e n u n j u k ka n b a h a w a s u m p a h a n S e r i Te r i B u a n a y a n g mengatakan bahawa rakyat yang derhaka akan "dibalikkan Allah bumbungan rumahnya ke bawah kaki ke atas" menjadi kenyataan. Peristiwa itu juga dapat menimbulkan rasa gerun di hati rakyatsupaya tidak mengkhianati waad tersebut.

E. Mempelbagaikan Kaedah/Teknik Penulisan

Penerapan unsur mitos dalam teks Sulalatus Salatin Sejarah Melayu j u g a b e r t u j u a n u n t u k m e w u j u d k a n v a r i a s i d a l a m s t a i l penulisannya. Penerapan itu juga memperlihatkan kekreatifan pengarang dalam usaha hendak menarik hati para pembaca.

(18)

Sejarah Melayu adalah satu sumber sejarah yang berguna untuk menuliskan sejarah Malaysia di antara tahun 1400-1511, terutama sekali mengenai sejarah Melaka sebelum penaklukan oleh Feringgi. Menurut Sanusi Ahmad, hanya dengan membaca Sejarah Melayu lah kita dapat menggambarkan cara hidup dan sejarah Melaka tahun 1511, seperti kebudayaan, tradisi, adat istiadat dan masyarakat serta keadaan pelabuhannya yang menjadi tumpuan para pedagang dari pelbagai negeri. Pengarang menulis Sejarah Melayu yang bertemakan kemegahan dan kesultanan Melayu, dan secara keseluruhan ceritanya berpusat kepada golongan raja-raja serta pembesar-pembesar yang berlatar berlakangkan istana dan kawasan pemerintahan. Pengarang juga menyelitkan kisah bercorak mitos, lagenda, cerita rakyat dan kisah-kisah sejarah yang dikatakan adalah unsur-unsur sastera walaupun ada yang bercorak sejarah. Tanpa sumbangan besar daripada tokoh terkemuka seperti Tun Sri Lanang ini, pastinya masyarakat dan generasi pada masa kini masih terkapai-kapai dan kekaburan dalam meneliti sejarah bangsa dan selok belok kebudayaan Melayu itu sendiri.

Referensi

Dokumen terkait

Dapat pula diuraikan secara khusus sebagai berikut : (1) Berdasarkan jawaban pre-test subjek terlihat bahwa subjek masih mengalami leaning obstacle dalam problem

Hasil yang ditargetkan adalah perancangan sebuah robot pelontar dengan perangkat keras tertanam (embedded hardware) yang merancang sistem control berbasis webcam, pada

luas dan asri, namun demikian kenyataan yang ada tidak mampu memberikan ruang bagi anak untuk sekedar bermain, justru mereka harus bermain ditempat yang

Sehubungan dengan pandangan-pandangan di atas yang menyiratkan bahwa perilaku agresif bukan sesuatu yang dengan sendirinya ada di dalam diri manusia,tetapi

Tingginya kandungan nutrisi yang dimiliki Lemna minor diharapkan dapat digunakan sebagai alternatif bahan dalam penggunaan substrat Lemna minor dan lumpur untuk

[r]

PENERAPAN PENDEKATAN KOOPERATIF TIPE COOPERATIVE SCRIPT UNTUK MENINGKATKAN KEMAMPUAN MENYIMAK DALAM PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA KELAS V SEKOLAH DASAR1. Universitas

Jaringan Syaraf Tiruan (JST) merupakan salah satu teknik klasifikasi yang cukup handal dikarenakan kemampuannya dalam memprediksi ataupun mengenali suatu citra.JST mampu belajar