• Tidak ada hasil yang ditemukan

Sumbangan Pemikir Islam terhadap pendidi

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Sumbangan Pemikir Islam terhadap pendidi"

Copied!
14
0
0

Teks penuh

(1)

Skrip

Diajukan Kepada Al-Zuhri

Singapura

Disusun oleh :

Nursyazana Bte Abdul Aziz

Nur Hasanah Bte Abdul Aziz

Noor Azilah Bte Noor Mohamed

Modul:

Sejarah Pendidikan Islam

(2)

SUMBANGAN PEMIKIR ISLAM TERHADAP PENDIDIKAN ISLAM

Abstrak: Secara am, terdapat pelbagai pemikir Islam yang terkenal telah banyak menyum-bang terhadap Pendidikan Islam mahupun Pendidikan Barat. Makalah ini akan men-erangkan dengan lebih lanjut bagaimana teori-teori yang diukirkan oleh Professor Syed Muhammad Naquib Al Attas , Imam Al Ghazali dan Ibn Khaldun boleh diterapkan dalam konteks pendidikan Islam dan pendidikan umum di Singapura.

Pendahuluan

Sumbangan Syed Muhammad Naquib Al Attas

Nama sebenar adalah Syed Muhammad Naquib ibn Abdullah ibn Muhsin Al-Attas. Beliau dilahirkan pada 5 September 1931. Beliau dikenali sebagai seorang pemikir Islam yang men-guasai pelbagai disiplin ilmu seperti teologi, filsafat, metafisika, sejarah dan sastera.

Menurutnya terdapat pelbagai istilah mengenai pendidikan Islam di dalam Al Quran dan Ha-dith. Di antara istilahnya ialah tarbiyah, ta’lim dan ta’dib. Akan tetapi, istilah ta’dib adalah lebih tepat untuk menafsirkan mengenai pendidikan Islam. Ia kerana sasaran ta’dib adalah untuk mendidik manusia dari segi unsur pengetahuan, pengajaran dan pengasuhan yang baik.

Beliau berpendapat bahawa “Pengenalan dan pengakuan yang secara beransur-ansur di-tanamkan di dalam diri manusia, mengenai tempat-tempat yang tepat dari segala sesuatu ke dalam tatanan penciptaan, sedemikan rupa sehingga membimbing ke arah pengenalan dan pengakuan akan kedudukan Tuhan yang tepat dalam tatanan wujud dan keperibadian.” (Wal-isongo, 2004)

Selain itu, menurutnya, adab merangkumi segala kosa kata utama dalam konsep kunci untuk membangun pendidikan yaitu: “ makna (ma’na), ilmu (‘ilm), keadilan (‘adl), kebijaksanaan (hikmah), tindakan (‘amal), kebenaran atau ketepatan sesuai dengan fakta (haqq), nalar

(nathiq), jiwa (nafs), hati (qalb), fikiran (‘aql), tatanan hierarki dalam penciptaan (maratib dan derajat), kata-kata, tanda-tanda dan simbol-simbol (ayat) dan interpretasi (tafsir dan ta’wil).” (Walisongo, 2004)

(3)

mengelirukan dan sebaliknya. Asal bentuk mashdar dari addaba ialah memberi adab atau pendidikan.

Pada tahun 1980, para ulama telah mengadakan Kongress Pendidikan Islam Sedunia di Is-lamabad merumuskan tujuan Pendidikan Islam ialah untuk mengembangkan potensi dan keperibadian manusia secara holistik. Di samping itu, menurut Al-Attas, tujuan utama pen-didikan Islam ialah untuk memupuk nilai kebaikan di dalam diri individu supaya dapat menghasilkan insan yang adabi (dari segi ruhani, jasmani dan aqal). Jika individunya

be-radab, maka akan terbentuk masyarakat yang beradab. Secara keseluruhannya, tujuan pen-didikan Islam ialah untuk membentuk insan kamil.

Sumbangan Imam Al Ghazali

Nama sebenar adalah Abu Hamid Mohammad bin Mohammad bin Ahmad Al-Ghazali. Beliau digelar “Al-Ghazali” bersempena dengan gelaran bapanya yang bekerja sebagai pemintal bulu kambing (al-Ghazzal). Ada yang mengatakan nama beliau diambil sempena kampung kelahirannya, Ghazalah. Beliau dilahirkan pada tahun 450 Hijriah bersamaan dengan 1058 Masihi di at-Taabiran/Ghazalah di bandar Tus, Khurasan (Iran). Beliau berasal daripada

kelu-arga yang miskin. Imam Al Ghazali adalah seorang ulama, ahli fikir, ahli filsafat Islam, pemidato dan ahli akademik terkemuka yang banyak memberi sumbangan bagi perkemban-gan kemajuan manusia. (Sheikh)

Terdapat puluhan buku yang telah ditulisnya meliputi berbagai lapangan ilmu. Antara lain, teologi Islam, hukum Islam (fiqh), tasawwuf, tafsir, pendidikan akhlak dan adat kesopanan, filsafat dan lain-lain. Menurut Dr. Badawi Thobanah di dalam muqadimah Ihya’ Ulum al-Ddin menuliskan karya-karyanya Imam Al Ghazali berjumlah sebanyak empat puluh tujuh buah. (Nasokah)

(4)

Sumbangan Ibnu Khaldun

Nama sebenar adalah Abdul Rahman Bin Muhammad bin Muhammad bin Abi Bakr Muhammad ibn al-Hasan namun lebih dikenali sebagai Ibnu Khaldun. Beliau dilahirkan di Tunisia pada 1 Ramadhan 732 Hijriah bersamaan 27 Mei 1332 Masihi. Pemikirannya yang cemerlang telah memberikan pengaruh besar kepada cendikiawan-cendikiawan Barat dan Timur tidak kira Muslim atau sebaliknya. Dalam perjalanan hidupnya Ibnu Khladun dipenuhi dengan sejumlah tugas besar serta jabatan, politik, ilmiah dan peradilan yang mempunyai

berbagai peristiwa, pengembaraan dan perubahan. (Syafutra)

Pemikiran-pemikirannya tentang ekonomi yang logik dan hakikat telah jauh dikemukannya sebelum Adam Smith (1723-1790) dan David Ricardo (1772-1823) mengemukakan teori-teori ekonominya. Oleh kerana itu, beliau lebih dikenali sebagai Bapa Ekonomi Islam. (Sya-futra)

Karya Ibnu Khaldun terdiri dari sebuah kitab mengenai autobiographi, catatan dari kitab se-jarahnya, pendahuluan atas kitabu al-‘ibar yang bercorak sosiologis-historis dan filosofis. Terdapat juga sebuah kitab tentang permasalahan dan pendapat-pendapat teologi yang

(5)

Teori – Teori Syed Naquib Al Attas Di Dalam Bidang Pendidikan

Adab

Pendidikan Islam menurut Al-Attas adalah pengenalan dan pengalaman yang secara beransur-ansur ditanamkan dalam diri manusia, tentang tempat-tempat yang tepat dari segala sesuatu di dalam tatanan penciptaan sedemikian rupa sehingga membimbing ke arah pengenalan dan pengakuan tempat Tuhan yang tepat di dalam tatanan wujud dan kepribadian.

Sedangkan Konsep Pendidikan Islam yaitu suatu ide atau gagasan untuk menciptakan

manu-sia yang baik dan bertaqwa yang menyembah Allah dalam erti yang sebenarnya, yang mem-bangun struktur pribadinya sesuai dengan syariat Islam serta melaksanakan segenap aktiviti kesehariannya sebagai wujud ketundukannya pada Tuhan dengan cara menanamkan nilai-ni-lai fundamental Islam kepada setiap muslim terlepas dari disiplin ilmu apapun yang akan dikaji. (Fatih Syuhud dalam Sidogiri.com)

Teori – Teori Imam Al Ghazali Di Dalam Bidang Pendidikan

Penerapan nilai

Kaedah pendidikan yang berasaskan nilai Islam yang disarankan oleh Imam Al Ghazali

adalah kanak-kanak harus diterapkan dengan nilai-nilai agama sejak mereka masih kecil ker-ana pada ketika ini, kker-anak-kker-anak amat mendengarkan kata. Di dalam konsep hubungan guru dan pelajar pula, guru harus menjadi contoh utama kerana ia akan mempengaruhi generasi muda yang dilahirkan agar berkelakuan selaras dengan syariat Islam. (Sheikh)

Pembentukan akhlak yang baik seperti pendidikan bertujuan untuk mengenali Allah dengan lebih mendalam dan mengagumi ciptaaanNya dan bukan hanya untuk mengejar duniawi sa-haja. (Sheikh) Teori yang menuju kepada keagamaan adalah lebih penting dan utama berbanding teori pendidikan barat yang mementingkan duniawi semata-mata.

(6)

Teori – Teori Ibnu Khaldun Di Dalam Bidang Pendidikan

Pandangan Tentang Manusia

Menurut Ibnu Khaldun, pendidikan bukan suatu aktivitas yang bersifat permikiran dan pere-nungan yang jauh dari aspek-aspek pragmatis di dalam sebuah kehidupan, tetapi ilmu dan pendidikan adalah merupakan gejala muktamad yang lahir dari terbentuknya masyarakat dan perkembangannya dalam tahapan kebudayaan. (Brow, 2014)

Manusia merupakan makhluk sosial yang tidak mampu hidup sendirian. Kewujudannya tidak

akan terlaksana kecuali dengan hidup bersama kerana mereka saling memerlukan antara satu sama lain. Manusia tidak akan mampu untuk mengatur kehidupannya dengan sempurna seki-ranya ia dilakukan dengan sendiri. Ia sudah menjadi lumrah kehidupan bahawa setiap manu-sia dunia akan saling memerlukan bantuan antara satu sama lain. (Brow, 2014)

Pandangan Tentang Ilmu

Dalam Muqaddimah, Ibnu Khaldun menyatakan bahawa ilmu dan pendidikan sudah meru-pakan tabiat yang lahir dari dalam diri manusia secara lahiriah. Ia merumeru-pakan salah satu in-dustri yang lahir di kalangan masyarakat kerana ia adalah sesuatu yang penting bagi

kehidu-pan individu yang merupakan salah satu jalan untuk mendapat rezeki. (Brow, 2014)

Ibnu Khaldun mengatakan di dalam kitab Muqaddimahnya dan memberikan gambaran secara umum tentang pendidikan: “Barangsiapa tidak terdidik oleh orang tuanya, maka akan terdidik oleh zaman, maksudnya barangsiapa tidak memperoleh tata karma yang diinginkan sehubun-gan pergaulan bersama melalui orang tua mereka yang mencakup guru-guru dan para sesepuh , dan tidak mempelajari hal itu dari mereka, maka ia akan mempelajarinya dengan bantuan alam, dari peristiwa-peristiwa yang terjadi sepanjang zaman, zaman akan mengajarkannya.” (Juwariyah, 2008)

(7)

Teori – Teori Yang Boleh Diterapkan Di Dalam Pendidikan Islam Di Singapura

Menurut Professor Syed Naquib Al Attas, adab ialah meletakkan sesuatu perkara pada tempat yang tepat. Maka, jika seseorang itu beradab, maka akan terlahirlah masyarakat yang berin-san adabi. Untuk merealisasikan teori peradaban atau membentuk inberin-san adabi, pihak ibu bapa dan madrasah boleh bekerjasama dalam menerapkan nilai-nilai peradaban dari peringakat awal lagi.

Selain itu, Imam Al Ghazali juga menekan mengenai konsep adab dalam menuntut ilmu di-antara pelajar dan guru serta perhubungan baik di-antara kedua-duanya yang berlandasakan akhlak. Konsep ini mendukung konsep Professor Syed Naquib mengenai adab, dimana seo-rang individu itu harus meletakkan sesuatu perkara pada tempat yang tepat. Nilai akhlak yang ingin dituju oleh Imam Al Ghazali ialah menanam akhlak yang baik daripada umur yang ke-cil seperti bak pepatah peribahasa melayu iaitu melentur buluh biar dari rebungnya. Ia supaya memastikan umat Islam tidak akan mudah terpengaruh dengan ideologi sekularisme yang bercanggah dengan tauhid umat Islam.

Begitu juga bagi pemikir seterusnya ialah Ibnu Khaldun. Beliau berpendapat bahawasanya pendidikan Islam terbahagi kepada dua tujuan iaitu tujuan keagamaan dan tujuan iman. Tu-juan keagamaan adalah beramal untuk hari akhirat sehingga ia menemui Tuhannya dalam keadaan ia telah menunaikan hak Allah yang diwajibkan ke atasnya. Tujuan iman atau ke-duniaan adalah apa yang diungkapkan dalam pendidikan modern dengan tujuan kemanfaat atau persiapan untuk hidup. (Al Abrasyi, 1969: 244) (Musa, 2001) Konsepnya telah men-dukung kepentingan menimba ilmu duniawi dan ukhrawi. Ia juga bertepatan dengan konsep Professor Naquib Al-Attas mengenai adab. Di mana seseorang individu muslim harus mengikut adab apabila ingin mempelajari ilmu. Diharusi mempelajari ilmu fardhu ain

ter-dahulu sebelum mendalami ilmu fardhu kifayah. Ia kerana ilmu merupakan jalan utama untuk mendekatkan dirinya dengan Allah. Melalui ilmu pengetahuan, seseorang boleh beramal den-gan baik. Ilmu adalah pangkal kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat sehingga merupakan amal yang terbaik. Di sinilah terletak keutamaan ilmu pengetahuan yang boleh diperolehi oleh seseorang individu.

(8)

kandun-gan ilmu dipelajari oleh mereka denkandun-gan ilmu keislaman (islamisasi ilmu ). Sebagai contoh, pada hari ‘Total Defence Day’, murid-murid telah mempelajari bahawasanya mereka harus menyumbang kepada negara dari segi 5 Rukun Pertahanan Mutlak. Iaitu, Pertahanan Tentera, Pertahanan Awam , Pertahanan Ekonomi, Pertahanan Sosial dan Pertahan Psikologi. Pada dasarnya, murid-murid ini tidak boleh mengaitkan kandungan ini kepada ilmu fardhu ain mereka telah pelajari di madrasah.

Sebagai contoh, asatizah boleh menerangkan dengan lebih lajut mengenai 5 Rukun

Perta-hanan Mutlak ini dengan lebih terperinci. Pertama, sebagai muslim yang menetap di negara sekular, kita dianjurkan untuk mempertahankan negara kita walaupun kita diperintah dilaun-gan orang bukan Islam. dari Abdullah Ibn 'Amr Ibn al-'Ash ra. berkata: Rasulullah saw. bersabda: Barangsiapa yang terbunuh karena membela hartanya, maka ia adalah syahid.” ( H.R Riyadh al-Shalihin ) Dengan penerangan lebih mendalam, murid-murid ini boleh lebih memahami ilmu yang dipelajari oleh mereka di sekolah sekular bukan sekadar ilmu duniawi bahkan boleh dikaitkan dengan ilmu islam juga. Di sini, asatizah boleh men-gaplikasikan teori yang dianjurikan oleh Ibn Khaldun iaitu mengutamakan ilmu fardhu ain

terdahulu supaya murid itu tidak akan terkeliru apabila mempelajari ilmu fardhu kifayah di sekolah sekular. Selain itu, dengan cara tidak langsung, asatizah telah mengajar mereka cara adab meletakkan ilmu (fardhu ain atau kifayah) mana yang terdahulu dan cara bagaimana mengislamisasikan ilmu fardhu kifayah.

Selain mengislamisasikan ilmu dan mengetahui kedudukan ilmu yang harus dipelajari ( adab dalam memilih mengutamakan ilmu farhu ain atau kifayah), seseorang pelajar harus mem-punyai adab terhadap gurunya. Hubungan yang terjalin antara guru dan pelajar akan memberi pengaruh yang positif seperti sikap dan keperibadian murid yang terluhur dalam kehidupan

(9)

mengenai adab yang ingin diterapi didalam mereka sepanjang masa mereka menjadi murid di madrasah itu.

Teori-Teori Yang Boleh Diterapkan Di Dalam Pendidikan Sekular Di Singapura

Pendidikan sekular di Singapura menitikberatkan nilai adab di dalam sistem pendidikan. Ter-dapat pelbagai pengubahsuaian yang telah dijalankan bagi mengikuti peredaran masa. Di an-taranya adalah subjek yang digantikan adalah mata pelajaran pengajian ilmu agama kepada Sivik dan Pendidikan Moral (CME) pada 23 Februari 1991. (NLB, 2004)

Mata pelajaran pengajaran ilmu agama wajib diambil di sekolah pada Januari 1984 bagi memupuk nilai-nilai moral dalam diri murid. Akan tetapi pada tahun 1990, pihak Kementer-ian Pelajaran telah membuat keputusan untuk mengubarkan mata pelajaran ilmu agama ker-ana ia berpendapat bahawanya ibu bapa yang lebih bertanggungjawab menyampaikan nilai-nilai agama daripada sekolah sekular.

Tujuan matapelajaran Sivik dan Pendidikan Moral (CME) bertujuan untuk memupuk indi-vidu yang mementingkan masyarakat, hidup secara harmoni bersama berbilang kaum menyumbang secara berkesan kepada masyarakat pelbagai budaya Singapura. Di samping itu

juga, sukatan pelajaran yang dilindungi adalah lima prinsip ideology kebangasaan Singapura, yang dikenali sebagai Nilai Bitara: mementingkan masyarakat daripada diri sendiri; mene-gakkan keluarga sebagai satu bahan asas dalam masyarakat; menghormati hak-hak individu dan sokongan masyarakat persembahan; menyelesaikan isu-isu melalui consensus, bukan konflik; dan keharhomian kaum dan agama. Pelajar diberi ruang untuk memahami teori-teori tersebut melalui latihan kertas, aktiviti, kerja kumpulan, video dan slaid.

Bagi definasi adab dikaca mata menteri pendidikan adalah individu harus mempunyai nilai moral yang tinggi terhadap masyarakat terdahulu daripada mementingkan diri sendiri. Ia

(10)

Akan tetapi kurikulum sekular akan sentiasa berubah mengikut masa. Pada tahun 2014, mata pelajaran Sivik dan Moral telah ditukarkan kepada Pendidikan Perwatakan dan Kewargane-garaan. Matlamat utama adalah supaya “murid-murid belajar menjadi lebih bertanggung-jawab terhadap keluarga dan masyarakat, dan memahami peranan mereka dalam membentuk masa depan negara.” Selain itu juga, tujuannya “untuk memupuk nilai dan meningkatkan kemahiran murid-murid untuk menjadi insan yang baik dan rakyat yang berguna.” (MOE,

2012)

Pendidikan yang berorientasikan globalisasi adalah suatu keniscayaan. Nilai-nilai agama hendaklah berfungsi sebagai penapis dalam proses terpilih dalam bentuk berbagai informasi dan ilmu pengetahuan yang berasal dari barat. (Darma) Singapura adalah negara sekularisme di mana tidak ada nilai agama yang diterapkan di dalam pendidikan sekolah national. Seki-ranya seseorang itu ada asas-asas nilai agama, di sini penapisan informasi yang mereka dapati dari pendidikan nasional boleh diterapkan.

Asas pembentukan sesuatu masyarakat yang maju perlu bergantung pada nisbah anggota

masyarakat (modal insan) yang berkualiti. Modal insan yang berkualiti boleh disamaratakan dengan seseorang yang mempunyai tujuan iman dalam pendidikan modern di mana tujuan kemanfaatan dan persiapan hidup di dalam keadaan yang sekular boleh dipraktikkan. Dengan adanya iman di dalam diri seseorang, mereka akan menilai setiap ilmu sekular dengan matakaca iman dan menilainya serta jika boleh digunapakai dan ia tidak menyalahi Al Quran dan Sunnah, ia boleh digunakan.

Selain dari CME, pembelajaran sekular juga menitikberatkan tentang prinsip dwibahasa yang menjadikan Bahasa Melayu sebagai salah satu mata pelajaran Bahasa ibunda yang wajib

(11)

Tujuan pengajaran bahasa dapat mendedahkan pelajar kepada pelbagai konteks seperti do-main peribadi, masyarakat dan negara dan serantau. Sepertimana, di katakan oleh Ibn Khal-dun bahawa manusia adalah makhluk yang bersifat sosial, di sini boleh diterapkan bahawa dengan pembelajaran tentang sesuatu budaya atau bahasa, ia dapat mendedahkan diri mereka kepada masyarakat. (MOE, 2008)

Penyerapan tentang nilai murni dan budaya di dalam pendidikan bahasa melayu untuk melahirkan seorang insan yang berhemah tinggi. Imam Al Ghazali menyatakan bahawa

hakikat agama tidak akan bertentangan dengan hakikat ilmiah seperti akhlak yang baik. Pen-didikan bahasa melayu juga menerapkan tentang nilai yang murni seperti bersikap amanah atau jujur, baik hati, berdikari, berbudi bahasa, hormat menghormati antara satu sama lain, keadilan, kesabaran dan sebagainya. (MOE, 2008)

Sekolah sekular akan selalunya mengadakan pembelajaran di luar darjah atau kelas di mana mereka membentangkan papan besar di sesuatu kawasan. Mereka akan meletakkan infor-masi-informasi seperti menjauhi dadah, kepelbagaian budaya yang ada di Singapura, NKF, minggu kitar semula dan sebagainya. Murid-murid dapat mempelajari sesuatu yang baru di

luar kelas selain memupuk mereka menjadi insan yang perihatin terhadap yang seseorang yang memerlukan bantuan.

Di dalam pendidikan sekolah sekular, pelajar juga diajar untuk menghormati guru mereka, tidak kira mereka seorang muslim ataupun tidak. Adab terhadap guru mereka di sekolah sekular termasuk menurut perintah dan melaksanakan arahan guru mereka serta meniggalkan perkara-perkara yang melanggar displin sekolah. Setiap pelajar harus mematuhi segala aturan displin yang diaturkan oleh sekolahnya. Pelajar harus mengucapkan salam atau selamat pagi atau petang kepada setiap guru yang mereka lalui dengan ini, mereka diajar untuk

menghor-mati setiap guru. Pertolongan harus diberikan kepada guru yang memerlukan sekirannya pelajar tersebut nampak bahawa guru tersebut memerlukan pertolongan seperti menolong gu-runya membawa buku-buku ke kelas.

(12)

menghadiri kelas mereka dengan niat untuk belajar dan menuntut ilmu serta ingin mendap-atkan ilmu yang bermanfaat.

Adab terhadap rakan sekelas yang bukan muslim, adalah menghormati mereka, bercakap dengan sopan santun kepada mereka, jika mereka menginginkan bantuan, hulurkan bantuan kepada mereka tanpa mengambil kira bangsa dan agama mereka. Berbuat baik terhadap mereka dan menghindari dari berkata buruk terhadap mereka atau agama mereka. Sekiranya mereka dalam kesulitan, bantu mereka dengan hati yang ikhlas.

Kesimpulan

Sejarah Pendidikan Islam menunjukkan bahawa sumbangan yang diberikan oleh Prof al-At-tas dalam memartabatkan keilmuan kepada individu dan masyarakat adalah amat besar. Begi-tu ulama-ulama yang lain seperti Imam Al-Ghazali dan Ibn Khaldun.

Penetapan konsep yang tepat untuk digunakan dalam pendidikan Islam sebagaimana didefin-isikan, dalam hal ini adalah Ta’dib, bukannya Tarbiyah atau Ta’lim. Teori-teori mereka dalam pendidikan amat luas dan mantap. Ia digunakan sehingga sekarang walaupun sekecil iaitu tentang Adab. Tanpa adab manusia akan menjadi orang yang tidak beradab.

Tujuan yang ingin dicapai dalam pendidikan yang dimaksudkan Prof al-Attas adalah insan kamil atau manusia universal. Hal ini merujuk pada peribadi Nabi Muhammad saw, yang merupakan perwujudan manusia sempurna, sedangkan pendidikan diarahkan pada terwujud-nya potensi dan bawaan manusia sehingga boleh sedekat mungkin menyerupai Nabi saw. Pendidikan Singapura yang dapat kita tinjau akan setiap perkara dan tahun dikemaskini su-paya setiap selalu terkini dan terhebat di seluruh dunia. Cabaran-cabaran yang ditempuh un-tuk membuat sesuatu institusi pendidikan itu kukuh. Dari itu, hendaklah kita tahu akan

(13)

References

Brow, A. (2014). Retrieved February 2016, from http://www.rangkumanmakalah.com/pemikiran-ibnu-khaldun-tentang-pendidikan/

Darma, A. M. (n.d.). Retrieved February 2016, from https://www.academia.edu/9858207/MANUSI- A_DALAM_PERSPEKTIF_AL-GHAZALI_Implikasi_dan_Relevansinya_Terhadap_Sistem_Pen-didikan_Islam_Oleh_Asmuri

Holili Hasib, M. (n.d.). Retrieved February 2016, from https://www.academia.edu/6512250/Kon-sep_al-Attas_tentang_Adab

Musa, H. H. (2001). Retrieved February 2016, from http://studentsrepo.um.edu.my/1319/5/ BAB_2.pdf

Nasokah. (n.d.). Retrieved February 2016, from http://abcd.unsiq.ac.id/source/LP3MPB/Jurnal/ Manarul%20Quran/13.%20Konsep%20Pemikiran%20Al%20Ghazali%20-%20Nasokah.pdf

NLB. (2004). Retrieved February 2016, from http://eresources.nlb.gov.sg/history/events/7a63e9a1-c949-41d0-9b6f-d3853d832bb1

Priyoyudanto, F. (2013). Retrieved February 2016, from https://www.academia.edu/11495985/ Model_of_Islamization_of_Knowledge_Syed_Muhammad_Naquib_Al-Attas_Ismael_Raji_Al-Faruqi_And_Fazlur_Rahman

Sheikh, S. (n.d.). Retrieved February 2016, from https://www.academia.edu/5705279/Toko-h_Akhlak

Syafutra, M. (n.d.). Retrieved February 2016, from https://www.academia.edu/11796240/kon-sep_pendidikan_islam_menurut_ibnu_khaldun

Ulfa, M. (2010). Retrieved February 2016, from http://eprints.ums.ac.id/8860/1/G000060030.pdf

Uye. (2001, March). Retrieved February 2016, from http://www.sabah.edu.my/skpmtdon/notes/ imam%20alghazali.pdf

Walisongo. (n.d.). Retrieved February 2016, from http://library.walisongo.ac.id/digilib/files/ disk1/31/jtptiain-gdl-s1-2004-bambangset-1524-bab3_319-6.pdf

(14)

Buku: Wahai Anak Kesayanganku dan Asas – Asas Aqidah dalam Islam Oleh Al-Hujjatul Islam

Al-Imam Mohamad Bin Mohamad Bin Mohamad Al-Ghazali Diterjemahkan oleh; Syaaban Isaahak

Referensi

Dokumen terkait

Bardasarkan basil analisis ditemukan penyebab utama dari hal tersebut yaitu: masib terbatasnya kapasitas surnber daya Pegawai Negeri Sipil yang dimiliki Dinas Pariwisata

Penelitian berjudul “Upaya Peningkatan Hasil Belajar IPA Melalui Model Contextual Teaching and Learning (CTL) pada Siswa Kelas V Semester II SD Negeri Duren 01 Tengaran,

5) Rencana penyaluran dana bergulir dari KSP/USP-Koperasi kepada anggotanya, dengan dilampiri daftar nama anggota yang akan memperoleh pinjaman termasuk tanda

Dari pemahaman mengenai Pribadi Tuhan Yesus kita dapat membangun relasi yang benar dengan Allah Bapa, Allah Anak, yang adalah Sang Mesias dan Roh Kudus.. Tidak ada sosok yang

Banyaknya Tamu Asing dan Dalam Negeri yang Menginap di Hotel Berbintang Per Bulan Menurut Jenis Hotel di Papua Barat

(2017) dalam jurnalnya menjelaskan bahwa Debt to Equity Ratio memiliki pengaruh yang signifikan terhadap harga saham, karena apabila perusahaan memiliki nilai DER yang

Penelitian ini dilakukan untuk menganalisis pengaruh Kompetensi, etika auditor, risiko kesalahan, akuntanbilitas, independensi dan due professional care terhadap kualitas audit

Maka Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Ia adalah keringanan dari Allah, barangsiapa yang mengambil keringanan itu maka hal itu baik dan