ULASAN ARTIKEL 1
Artikel “Orang Asli in Peninsular Malaysia: Population, Spatial Distribution and Socio-Economic Condition” ditulis oleh Tarmiji Masron, Fujimaki Masami dan
Norhasimah Ismail. 1. PENGENALAN:
Artikel ini membincangkan perihal kehidupan Orang Asli daripada sudut populasi, pengagihan ruang dan keadaan sosio ekonomi mereka di Semenanjung Malaysia. Penulis telah membincangkan perihal etnik-etnik besar serta sub-etnik Orang Asli yang terdapat di Semenanjung Malaysia. Seterusnya, penulis telah menyentuh tentang masalah dan cabaran yang dihadapi oleh Orang Asli dalam aspek tanah, agama, kesihatan, pendidikan dan masalah kemiskinan. Selain itu, penulis juga mengetengahkan populasi statistik yang berkaitan dengan taburan masyarakat Orang Asli di dalam setiap negeri di Semenanjung Malaysia. Pertumbuhan penduduk ini telah dikaitkan dengan pelbagai faktor.
wakil-wakil yang akan bersuara demi kepentingan mereka di peringkat kebangsaan. Penulis juga menggariskan suatu frasa dimana Orang Asli telah dipinggirkan dalam arus pemodenan. Perkara ini secara tidak langsung telah menolak golongan Orang Asli ke dalam masalah ekonomi, kemiskinan, penindasan dan kesukaran bagi mendapatkan jawatan dalam perkhidmatan awam.
2. JENIS-JENIS ORANG ASLI:
Salah satu isi perbincangan dalam artikel ini ialah penulis telah membincangkan tentang jenis-jenis Orang Asli. Menurut penulis, masyarakat Orang Asli ini terdapat di seluruh dunia. Walaupun di Malaysia sendiri, Orang Asli terdapat di bahagian Semenanjung dan Sabah serta Sarawak tetapi penulis hanya telah menumpukan penulisan artikelnya kepada masyarakat Orang Asli yang terdapat di Semenanjung Malaysia sahaja.
kumpulan etnik Semang terdapat 6 lagi kumpulan sub-etnik iaitu kumpulan Kintak, Lanoh, Kensiu, Jahai, Mendriq dan Batek.
Penulis telah menerangkan tentang perbezaan dari segi aspek pertuturan bahasa dan pekerjaan dengan menampilkan beberapa contoh. Dalam aspek bahasa, terdapat perbezaan yang ketara dari segi penggunaan fonem dan fonetik antara Orang Asli yang mendiami bahagian utara dengan bahagian selatan Semenanjung Malaysia. Hal ini adalah kerana Orang Asli telah terpisah antara satu sama lain kira-kira 200 hingga 300 generasi yang lalu. Manakala dalam bidang pekerjaan yang diceburi oleh Orang Asli pada masa kini adalah kebanyakkannya dalam sektor perikanan, pertanian, memburu, mengumpulkan hasil hutan dan hanya sebilangan kecil sahaja yang menjadi pekerja yang dibayar gaji di kawasan bandar. Kebanyakkan golongan Orang Asli yang terlibat dalam aktiviti perikanan adalah kumpulan etnik yang tinggal di persisiran pantai. Terdapat sekurang-kurangnya 40% Orang Asli yang masih tinggal di dalam kawasan hutan ataupun di pinggir hutan seperti suku kaum Semai, Temiar, Che Wong, Jahut, Semelai dan Semoq Beri. Mereka ini terlibat dalam penanaman padi huma, pemburuan dan pengumpulan makanan daripada hutan. Mereka juga akan menjual hasil hutan yang dikumpul seperti petai, durian, rotan, dan sebagainya untuk mendapatkan wang. Tetapi terdapat juga sebilangan kecil daripada kaum Negrito yang bergantung hidup kepada hasil hutan dan bekerja di kawasan bandar.
yang lain. Tetapi setelah zaman British, agama Kristian, Islam dan Ba’hai telah menyerap ke dalam masyarakat ini, tetapi masih terdapat masyarakat yang kekal dengan kepercayaan nenek-moyang mereka.
Kumpulan etnik Melayu Proto merupakan kumpulan etnik Orang Asli yang kedua terbesar di Semenanjung Malaysia. Kumpulan ini mempunyai 6 suku etnik dan mempunyai terbahagi kepada 3 jenis golongan Melayu Proto. Pertamanya ialah kumpulan Melayu Asli yang menggunakan Bahasa Melayu dan memakai pakaian seperti Orang Melayu. Golongan yang kedua ialah kumpulan hasil campuran Melayu Proto dengan Senoi dalam aspek linguistik dan kebudayaan. Manakala golongan yang ketiga ialah kumpulan yang menetap di kawasan pantai dan majoritinya ialah Muslim serta menggunakan dialek Sumatra. Kumpulan ini dikatakan telah berasal daripada wilayah Yunnan dan telah datang melalui kawasan Indo-China. Kumpulan Melayu Proto juga mempunyai ciri-ciri persamaan dengan kumpulan Melayu Deutero dari segi kebudayaan dan bahasa selain persamaan morfologi. Kumpulan Melayu Proto ini menghuni kawasan pertengahan dan selatan di Semenanjung Malaysia.
Kebanyakkan mereka merupakan animisme iaitu percaya benda yang bukan manusia mempunyai semangatnya. Semua ritual dalam kehidupan mereka mempunyai simbol dan tafsirannya yang tersendiri. Mereka akan menguburkan mayat dan meletakkan makanan serta minuman di kuburnya. Kumpulan ini sedang mengalami kepupusan kerana bilangan yang sedikit dalam jumlah keseluruhan populasi Orang Asli di Semenanjung Malaysia.
3. MASALAH DAN CABARAN YANG DIHADAPI: a) Perampasan Tanah Mereka:
Masyarakat Orang Asli percaya kepada pengekalan tahap biodiversity hutan. Hal ini kerana penebangan hutan secara pesat akan memusnahkan warisan yang kaya dengan flora dan fauna. Oleh itu, pertubuhan-pertubuhan antarabangsa telah memberi perhatian yang besar kepada isu penebangan hutan secara besar-besaran. Hal ini bukan sahaja untuk mengekalkan sumber genetik yang kaya tetapi juga untuk menggelakkan perubahan cuaca yang ketara akibat kekurangan bekalan udara yang bersih dan segar. Kerap kali masyarakat Orang Asli dikatakan sebagai kumpulan anti pembangunan kerana keengganan mereka untuk berkerjasama dengan pihak kerajaan untuk pembinaan empangan, kawasan perindustrian, jalan raya, pembanguanan bandar dan sebagainya. Terdapat persetujuan di peringkat antarabangsa yang jelas mengatakan bahawa pembangunan perlu dirancang tanpa membawa sebarang kemusnahan kepada alam semulajadi. Kehidupan tradisional masyarakat Orang Asli hanyalah berkisar sekitar alam semulajadi sahaja. Masyarakat moden perlu mempelajari etika ini daripada mereka. Bagi masyarakat Orang Asli, pembangunan membawa kesan yang buruk kepada mereka kerana mereka akan kehilangan segala aspek yang terdapat dalam kehidupan mereka. Mereka akan kehilangan sumber mata pencarian daripada alam semulajadi dan akan mula bergantung kepada kegiatan ekonomi di dalam kawasan bandar untuk mendapatkan wang. Maka, dapat dinyatakan dengan jelas bahawa perampasan tanah daripada masyarakat Orang Asli merupakan ancaman kepada identiti kebudayaan mereka.
b) Keagamaan:
objek iaitu animisme tetapi kepercayaan mereka dipandang rendah oleh masyarakat luar. Contohnya, di negeri Sabah terdapat usaha oleh badan-badan keagamaan Kristian dan Islam yang cuba untuk menukarkan agama masyarakat Orang Asli daripada kepercayaan “Pagan” mereka. Walaupun telah dinyatakan bahawa tidak boleh gunakan cara paksaan untuk menukarkan agama seseorang tetapi masih terdapat kes yang menggunakan cara ugutan dan menyesatkan seseorang secara sengaja supaya mereka dapat memeluk agama Islam ataupun Kristian. Pada masa kini, banyak masyarakat Orang Asli yang telah memeluk agama Islam, Kristian dan sebagai. Perkara ini seakan membawa perubahan yang besar kepada masyarakat luar tetapi perkara yang sebenarnya berlaku ialah terdapat golongan yang telah memeluk agama baru tetapi masih mengamalkan kepercayaan tradisi mereka seperti mengadakan upacara ritual dan memuja semangat alam. Selalunya guru-guru agama akan mengkritik setiap aktiviti golongan Orang Asli yang telah memeluk agama baru jika terdapat sebarang tanda-tanda kewujudan pengamalan kepercayaan animisme dalam kehidupan mereka.
dikategorikan sebagai orang Melayu. Tetapi, hak Orang Asli terhadap tanah perlu diiktiraf tanpa mengambil kira agama anutannya.
c) Kemiskinan:
Kemiskinan merupakan cabaran yang serius dan dihadapi oleh semua masyarakat Orang Asli di seluruh dunia. Contohnya di negara Australia, jurang perbezaan sosio-ekonomi antara masyarakat Orang Asli dengan masyarakat bukan Orang Asli adalah amat ketara iaitu kira-kira sebanyak 40% masyarakat Orang Asli hidup dibawah garis kemiskinan dan kadar penggangguran sebanyak 29% dengan kadar populasi masyarakat Orang Asli di Australia adalah 3 kali ganda dengan populasi masyarakat bukan Orang Asli. Perkara yang sama juga berlaku di Semenanjung Malaysia apabila masyarakat Orang Asli dikategorikan sebagai golongan yang paling miskin dengan tahap kemiskinan yang tinggi iaitu sebanyak 50.9% dan miskin tegar sebanyak 15.4% jika dibandingkan dengan purata angka kebangsaan sebanyak 7.5% dan 1.4% masing-masing.
Malaysia Ketujuh. Hal ini bermakna hanya kurang daripada 5% populasi Orang Asli sahaja yang akan terima rumah pada setiap tahun.
d) Kesihatan:
Hasil kajian mendapati bahawa ruang untuk menghadapi penyakit kronik adalah amat tinggi dalam kalangan masyarakat Orang Asli di seluruh dunia. Jika dilihat dalam aspek kesihatan, masyarakat Orang Asli di Semenanjung Malaysia mencatat rekod status kesihatan yang amat rendah daripada keseluruhan penduduk. Misalnya, kadar median bagi kematian bayi antara tahun 1984-1987 ialah 51.7 bayi meninggal dunia bagi setiap 1000 kelahiran oleh masyarakat Orang Asli dan perkara ini berbeza dengan kadar median sebanyak 16.3 kematian bayi sahaja dalam jumlah keseluruhan penduduk. Kadar kematian bayi Orang Asli yang tinggi merupakan punca utama kenaikan kadar kematian Orang Asli secara keseluruhan. Hal ini dapat dibuktikan melalui kajian terhadap kadar jangka hayat mereka. Kadar jangka hayat Orang Asli untuk kaum wanita ialah 52 tahun manakala kadar untuk kaum lelaki ialah 54 tahun. Jangka umur mereka adalah rendah berbanding dengan kadar jangka hayat populasi keseluruhan rakyat Malaysia iaitu 72 tahun untuk kaum wanita dan 68 tahun untuk kaum lelaki. Wanita Orang Asli mempunyai jangka hayat yang rendah disebabkan oleh kadar kematian ibu mengandung yang agak tinggi. Hal ini berkemungkinan berpunca daripada komplikasi yang dihadapi ketika bersalin ataupun tahap kesihatan ibu yang rendah.
e) Pembangunan Pendidikan:
JHEOA selepas tahun 1995 supaya kualiti pendidikan dan kemudahan yang diberikan dapat dipertingkatkan. Hal ini adalah kerana hampir 66% masyarakat Orang Asli merupakan buta huruf. Pendidikan merupakan agenda utama dalam program pembangunan Orang Asli dan ianya juga merupakan usaha untuk memulih tahap kualiti kehidupan mereka. Sebelum tahun 1995, semua program pendidikan bagi masyarakat Orang Asli telah berada di bawah bidang kuasa JHEOA. JHEOA telah memberikan pendidikan dalam 3 peringkat untuk memudahkan anak-anak Orang Asli memasuki sistem pendidikan kebangsaan. Dalam 3 tahun terawal penubuhan program tersebut, anak-anak Orang Asli akan dihantar ke sekolah rendah pusat sehingga Darjah 6. Mereka yang telah lulus dalam peperiksaan Darjah 6 boleh menyambung pelajaran di sekolah menengah biasa di kawasan luar bandar ataupun bandar.
Seterusnya, program pendidikan yang telah dilaksanakan di bawah kendalian JHEOA telah menemui kegagalan untuk memenuhi objektif. Hal ini adalah kerana staft JHEOA yang berperanan sebagai tenaga pengajar tidak mendapat latihan pengajaran secara rasmi dan kebanyakkan mereka hanya mempunyai tahap kelulusan yang rendah sahaja. Selain itu, kebanyakkan guru-guru Melayu yang mengajar di sekolah rendah pusat tidak mempunyai pengetahuan tentang tradisi dan kebudayaan Orang Asli. Kumpulan anak-anak Orang Asli telah dikategorikan sebagai kumpulan yang berada di tahap yang risiko kerana akan ketinggalan dalam arus pemodenan jika mereka tidak tahu untuk menghadapi masalah yang serius.
peluang yang sama seperti golongan masyarakat lain. Antara yang telah dilakukan ialah menginteraksikan mereka dengan kalangan masyarakat yang telah maju tetapi pada masa yang sama melindungi kepercayaan tradisi mereka. Usaha ini telah dilaksanakan dengan penyusunan semula program pendidikan Orang Asli. Pada 1995, telah dibuat keputusan agar semua sekolah Orang Asli untuk ditadbir oleh Kementerian Pendidikan sendiri. Sehingga ke hari ini, bidang pentadbiran semua sekolah Orang Asli berada di bawah Kementerian Pendidikan mengikut Memorandum of Understanding (MOU). Walau bagaimanapun, masih terdapat beberapa tuntutan yang menyatakan bahawa kerajaan Malaysia telah mengabaikan pembangunan Orang Asli.
4. KADAR PERTUMBUHAN PENDUDUK:
perkampungan bukan Orang Asli membolehkan migrasi berlaku antara 2 perkampungan tersebut. Perubahan dalam data populasi juga mungkin berubah kerana tersilap pengiraan akan jumlah Orang Asli yang mungkin tersilap kira sebagai orang Melayu apabila sesebuah perkampungan terletak di sempadan antara 2 buah negeri.
Walaupun migrasi merupakan perkara biasa dalam masyarakat Orang Asli tetapi masih terdapat Orang Asli yang sering berulang-alik antara kampung mereka dengan bandar atas tuntutan pekerjaan. Hal ini bukan kerana kadar sara hidup yang tinggi di bandar tetapi kerana mereka berpendapat bahawa komuniti masyarakat lain tidak dapat menerima mereka. Terdapat juga luahan daripada segelintir Orang Asli yang merasakan diri mereka terasing dalam kalangan masyarakat bandar kerana ruang perbezaan yang luas dalam bidang pendidikan dan status sosio-ekonomi serta kekangan bahasa untuk tinggal menetap dalam kalangan masyarakat urban.
5. KESIMPULAN: