SILIBUS SMART GROUP
TAHUN 3
‘Mukmin : Aspirasi Ummah’
2
SILIBUS SMART GROUP MPMMJ
CETAKAN PERTAMA 2012
Izin terbit :
Majlis Perwakilan Mahasiswa Malaysia Jordan
HAKCIPTA TERPELIHARA 2012
Tidak dibenarkan menerbit semula mana-mana bahagian, artikel, ilutrasi, isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan cara sama ada secara elektronik, fotokopi, gambar,
rakaman dan sebagainya sebelum mendapat keizinan bertulis dari MAJLIS PERWAKILAN MAHASISWA MALAYSIA JORDAN
MAJLIS PERWAKILAN MAHASISWA MALAYSIA JORDAN ( Malaysian Students Representative Council Of Jordan )
Malaysian Student Department Jordan, Embassy Of Malaysia,
3
DISKUSI PERTAMA : AL-INZAR-TASAWWUR QIYAMAH
(SURAH AL-INSYIQAQ)
OBJEKTIF
i. Tadabbur ayat-ayat suci al-Quran dan memahami isi-isi kandungannya.
ii. Mempelajari dan memantapkan hukum tajwid dalam membaca al-Quran.
iii. Melahirkan insan yang beramal dengan ajaran al-Quran.
1.0 MUQADDIMAH
Surah ini memberi gambaran berkaitan dengan kejadian yang akan berlaku pada hari kiamat seperti langit terbelah, bumi diratakan dan keluarnya catatan amalan bagi seseorang insan. Di samping itu, Allah menegaskan bahawa Dialah satu-satunya Tuhan yang wajib disembah dan ditaati tanpa ada syak wasangka dan berbelah bahagi.
2.0 AL-QURAN DAN TERJEMAHAN
4
2. Dan patuh kepada Tuhannya, dan sudah semestinya patuh.
3. Dan apabila bumi diratakan.
4. Dan memuntahkan apa yang ada di dalamnya dan menjadi kosong.
5. Dan patuh kepada Tuhannya, dan sudah semestinya patuh.
6. Wahai manusia! Sesungguhnya kamu telah bekerja keras menuju Tuhanmu, maka kamu
akan menemuiNya.
7. Maka adapun orang yang catatannya diberikan dari sebelah kanannya.
8. Maka dia akan diperiksa dengan pemeriksaan yang mudah
9. Dan dia akan kembali kepada keluarganya (yang sama-sama beriman) dengan gembira
10.Dan adapun orang yang catatannya diberikan sebelah belakang
11.Maka dia akan berteriak “celakalah aku!”
12.Dan dia akan masuk ke dalam api yang menyala-nyala (neraka)
13.Sungguh, dia dahulu (di dunia) bergembira di kalangan keluarganya (yang sama-sama kafir)
14.Sesungguhnya dia mengira bahawa dia tidak akan kembali (kepada Tuhannya)
15.Tidak demikian, sesungguhnya Tuhannya selalu melihatnya
16.Maka aku bersumpah demi cahaya merah pada waktu senja
17.Demi malam dan apa yang diselubunginya
18.Demi bulan apabila apabila jadi purnama
19.Sungguh, akan kamu jalani tingkat demi tingkat (dalam kehidupan)
20.Maka mengapa mereka tidak mahu beriman?
21.Dan apabila al-quran dibacakan kepada mereka, mereka tidak mahu bersujud
22.Bahkan orang-orang kafir itu mendustakannya
23.Dan Allah lebih mengetahui apa yang mereka sembunyikan (dalam hati mereka)
24.Maka sampaikanlah kepada mereka (ancaman) azab yang pedih
25.Kecuali orang-orang beriman dan mengerjakan kebajikan, mereka akan mendapat pahala
5
3.0 PENGENALAN SURAH AL-INSYIQAQ
Merupakan surah yang ke 84 daripada 114.
Tergolong dalam surah makiyyah.
Mengandungi 25 ayat.
4.0 INTIPATI SURAH AL-INSYIQAQ
Pada ayat 1-5 Allah S.W.T menjelaskan apabila berlakunya hari Qiamat, langit akan terbelah kerana mematuhi perintah Allah S.W.T. Segala sistem cakerawala yang terdapat di langit seperti planet, bulan, bintang dan galaksi akan musnah dan hancur. Bumi pun turut akur dengan perintah Tuhannya untuk bertukar menjadi rata. Segala-gala yang ada di atasnya seperti bukit bukau dan juga gunung ganang akan tercabut. Bumi juga akan memuntahkan segala benda yang terdapat dalam perutnya seperti emas, logam, minyak dan juga mayat-mayat manusia sehingga benar-benar menjadi kosong. Sebelum ini jika berlaku bencana di tempat masing-masing manusia boleh dipindahkan atau di selamatkan oleh pihak berkuasa ke tempat yang selamat atau di khemah-khemah perlindungan tetapi bencana kali ini menyeluruh sehingga tiada satu tempat untuk manusia boleh menyelamatkan diri.
Ayat ini memberi pengajaran kepada manusia tentang kekuasaan Allah S.W.T. Kalaulah Allah S.W.T boleh membelah langit yang luas dengan mudah, apatah lagi amat mudah bagi Allah S.W.T untuk memusnahkan kehidupan-kehidupan kecil di dunia ini seperti manusia. Justeru janganlah berlagak sombong dengan Allah S.W.T. Manusia adalah makhluk yang kerdil di sisi-Nya.
Begitu juga dengan bumi, jika ia boleh memuntahkan segala yang terkandung dalam perutnya, maka lagilah mudah bagi Allah S.W.T untuk menyingkap segala kelakuan yang dilakukan oleh manusia tanpa boleh disembunyikan.
6
tangan kanan. Orang ini akan dihisab dengan perkiraan yang mudah mudah sekali. Mereka akan kembali kepada kaumnya yang beriman sebelum menuju ke syurga dengan rasa gembira. Mereka akan berbangga dengan kitab catatan amalan masing-masing sambil berkata :
“Bacalah oleh kamu sekalian kitabku ini”.
Pada ayat ke sepuluh hingga kelima belas Allah S.W.T memberitahu pula keadaan orang yang celaka iaiatu mereka yang banyak melakukan kesalahan dosa serta menderhaka kepada Allah dan Rasul-Nya.
Mereka akan diberi kitab catatan amalan mereka dari arah belakang melalui tangan kiri sebagai tanda kebencian Tuhan untuk melihat wajahnya. Orang-orang seperti ini menyesal tak sudah kerana bakal bakal dihumban ke dalam neraka Sa’eir. Mereka menjerit sambil menyumpah-nyumpah dirinya sendiri,
“Alangkah celakanya aku”.
Ada dua sebab mereka menyesal yang teramat sangat. Pertama kerana di dunia dahulu mereka merasa gembira apabila bersama dengan kaum yang engkar lagi derhaka kepada Allah S.W.T. Sebab yang kedua pula kerana mereka menyangka selepas kematian, mereka tidak akan dibangkitkan semula untuk menemui Tuhannya. Lalu Allah S.W.T menjawab segala sangkaan mereka itu tidak benar.Sebaliknya mereka pasti akan dihidupkan semula untuk dibicarakan di depan Allah S.W.T.
Ayat ini sekaligus menempelak golongan yang mengengkari hari kebangkitan sebagaimana reaksi orang-orang Quraisy seperti Ubai bin Khalaf dan Al-As bin Wail. Mereka sanggup mengambil cangkul lalu menggali kubur-kubur di sekitar Mekah lalu tulang-tulang mayat yang sudah rapuh mereka kutip dan campakkan di depan Nabi S.A.W.
Tulang-tulang itu kemudiannya dipijak-pijak dan diramas-ramas sehingga hancur menjadi debu. Setelah itu debu itu mereka tiup ke udara sambil berkata dengan sombong,
“Ya Muhammad, adakah engkau akan menyangka Tuhan berkuasa menghidupkan
semula mayat-mayat yang sudah hancur ini”.
7
Bukan itu sahaja, malah untuk mengerjakan sembahyang sunat dua rakaat di dalam kubur pun tidak diizinkan oleh Allah S.W.T lagi sebab di alam barzakh sama juga seperti di alam Mahsyar bukan tempat untuk manusia beribadah.
5.0 NILAI DAN PENGAJARAN
1. Setiap perubahan yang terpapar jelas melalui fenomena alam menunjukkan adanya perubahan dalam sistem perjalanan hidup. Manusia akan mengalami situasi demi situasi bersesuaian dengan apa yang telah digariskan oleh sistem yang ditetapkan Allah.
2. Manusia dianugerahi Allah kebebasan untuk memilih. Dia boleh untuk bersujud dan
patuh, boleh juga sebaliknya. Manusia akan dikecam apabila enggan patuh setelah bukti-bukti kebenaran diketahuinya.
3. Dianjurkan bagi pembaca dan pendengar ayat-ayat al-Quran yang kandungannya
merupakan anjuran untuk sujud atau kecaman bagi yang tidak sujud. Dianjurkan agar sujud meletakkan dahi ke lantai, dan tentu saja menjadi kewajiban setiap yang percaya pada al-Quran untuk patuh kepada tuntunan-tuntunannya.
4. Segala dalil dan bukti berkaitan hari kiamat dan kebenaran al-Quran sama sekali tidak akan ditolak kecuali orang yang hatinya tertutup dan jiwanya kotor.
5. Manusia yang tergilakan kedudukan akan mengorbankan nilai-nilai kebenaran demi meraih kedudukan itu.
RUJUKAN
1. Tafsir Munir Fil Aqidah, Syariat Dan Manhaj, oleh Al-Ustaz Doktor Wahbah Az Zuhaili 2. Al-Qurannul karim dan terjemahan (resm uthmani)