• Tidak ada hasil yang ditemukan

PROGRAM MENTOR-MENTEE PENGUKUHAN JATI DIRI DAN SAHSIAH ASASI SESI 2012/2013, PUSAT ASASI UITM PUNCAK ALAM

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "PROGRAM MENTOR-MENTEE PENGUKUHAN JATI DIRI DAN SAHSIAH ASASI SESI 2012/2013, PUSAT ASASI UITM PUNCAK ALAM"

Copied!
20
0
0

Teks penuh

(1)

PROGRAM MENTOR-MENTEE

‘PENGUKUHAN JATI DIRI DAN SAHSIAH’

ASASI SESI 2012/2013, PUSAT ASASI

UITM PUNCAK ALAM

TEMPAT: PHOTON VALLEY ECO RESORT, ULU

LANGAT, SELANGOR

(2)

KATA-KATA ALUAN KETUA PROGRAM R3

Assalamualaikum,

Pertama sekali saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak UiTM kerana telah menyediakan separuh daripada dana dan telah meluluskan proposal untuk mengadakan program pengukuhan akhlak dan sahsiah di photon valley. Terima kasih juga kepada Madam Siti Rudhziah kerana telah bertungkus-lumus untuk memastikan perjalanan program ini teratur. Tidak lupa kepada semua ajk yang terlibat secara langsung atau tidak dalam menjayakan program ini. Tanpa usaha dari semua pihak saya pasti perjalanan program ini semestinya tidak berjalan dengan lancar seperti yang dirancang. Saya percaya semua pihak mendapat manfaat setelah selesai menjalani segala aktiviti yang dirancang. Saya juga berharap selepas sahaja program ini berakhir semua peserta dapat mengeratkan hubungan antara satu sama lain dan juga hubungan dengan mentor. Akhir sekali saya berharap program seperti ini akan dapat dijalankan lagi di masa hadapan dengan lebih jayanya.

(3)

PENGHARGAAN

Assalamualaikum w.b.t , alhamdulillah bersyukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izinNya dapat kami menjayakan program mentor mentee bertempat di Photon Valley Eco Resort selama dua hari satu malam tanpa sebarang masalah. Segalanya telah berjalan dengan lancar seperti yang dirancangkan. Sesungguhnya, pengalaman yang tercipta di sana sungguh menyeronokkan dan kekal segar dalam ingatan seluruh peserta program ini.

Kesempatan ini, kami warga asasi kejuruteraan kumpulan R3 ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak UiTM Puncak Alam kerana telah meluluskan dan membenarkan program ini berlangsung, kepada Pusat Asasi yang telah memberikan sumbangan kewangan dalam menjayakan aktiviti ini sekaligus mengurangkan kos perbelanjaan yang perlu ditanggung oleh para peserta. Tidak lupa juga kepada mentor kumpulan R3, Puan Siti Rudziah binti Che Balian yang sedia membantu dan memberikan tunjuk ajar yang berguna dalam melaksanakan program ini. Terima kasih kerana memberikan cadangan tempat yang tepat dan sesuai dalam usaha untuk mencapai objektif program. Kepada pihak Photon Valley, terima kasih kerana memberikan dan menyediakan perkhidmatan yang baik kepada kami. Segala kemudahan penginapan,penyediaan makanan dan fasiliti yang disediakan secara tidak langsung telah melancarkan perjalanan aktiviti kami sepanjang berada di sana. Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada semua ahli jawatankuasa program mentor mentee asasi kejuruteraan kumpulan R3 yang bertungkus lumus untuk menjayakan program ini meskipun pelbagai cabaran dan dugaan yang harus dilalui sebelum semuanya dapat berjalan dengan lancar pada hari yang telah ditetapkan. Hasil kerjasama semuanya telah membuahkan hasil yang baik dan memberikan pengalaman yang terindah dan bermakna dalam hidup semua peserta.

Akhir kata, sesungguhnya program mentor mentee ini telah mencapai objektif sepenuhnya dan memberi pengalaman yang berguna kepada semua peserta. Dengan ini diharapkan agar aktiviti mentor mentee dapat dilaksanakan lagi pada semester kedua dan memberikan keseronokan berganda kepada semua peserta.

(4)

AHLI JAWATANKUASA PROGRAM

PENAUNG

PM DR MOHAMAD ROSLI SULAIMAN

PENSYARAH PENGIRING

PUAN SITI RUDHZIAH BINTI CHE BALIAN

PENGARAH PROGRAM

SHAHRUL IMRAN BIN IDRIS

SETIAUSAHA PROGRAM

NUR FATIHAH BINTI MOHD HAMIDI NUR ALIAH BINTI SAARANI

BENDAHARI PROGRAM

NUR AMIRAH BINTI CHE MOHAMAD NOR

BIRO PENGANGKUTAN

MEGAT AHMAD FAKHRU AIMAN BIN MEGAT MUDA MOHAMAD NAZRI BIN ZAMRI

BIRO MAKANAN

ADIB BIN REDZUAN

BIRO KEBAJIKAN

MOHAMAD FATHI BIN AB AZIZ

(5)

BIRO PUBLISITI

NUR IZZATTI SYAHIRAH BINTI IDRIS

(6)
(7)

PENDAHULUAN

Pada 8 hingga 9 September 2012 yang lalu, kumpulan asasi kejuruteraan R3 telah mengadakan lawatan sambil belajar yang bertempat di Photon Valley Eco Resort, Ulu Langat, Selangor. Program yang telah diadakan dan dijalani oleh semua siswa dan siswi daripada kumpulan R3 dinamakan sebagai “PROGRAM

PENGUKUHAN JATI DIRI DAN SAHSIAH DIRI”. Program ini melibatkan

seramai 22 orang siswa dan siswi dan seorang pensyarah pengiring iaitu Puan Siti Rudhziah Binti Che Balian. Program ini telah diketuai oleh Shahrul Imran Bin Idris yang menjadi ketua program dan penghulu sepanjang program berjalan di Photon Valley.

Program ini dijalankan untuk para siswa dan siswi agar mereka dapat merasai pengalaman belajar di luar kawasan universiti yang secara tidak langsung memenuhi aspirasi dan matlamat pendidikan di negara kita.Demi mencapai matlamat ini, pihak UiTM dan Pusat Asasi di Puncak Alam telah memberi peluang kepada para siswa dan siswi yang belajar di UiTM untuk mengadakan lawatan sambil belajar.

Sepanjang program berlangsung, banyak ilmu yang telah diperoleh oleh para siswa dan siswi seperti langkah-langkah menyelamatkan diri sekiranya berada di hutan dan tentang tumbuh-tumbuhan yang boleh menjadi penawar sekiranya berlaku sebarang kecederaan semasa berada di dalam hutan.Secara tidak langsung, peluang yang telah diberikan oleh pihak UiTM dan Pusat Asasi banyak memberi manfaat kepada para siswa dan siswi kerana mereka dapat merasai pengalaman baru selain dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara mentor dan mentee yang terlibat dalam program ini.

(8)

OBJEKTIF LAWATAN

“PROGRAM PENGUKUHAN JATI DIRI DAN SAHSIAH DIRI

ASASI SESI 2012/2013” yang diadakan adalah untuk mencapai beberapa objektif

dan tujuan yang penting sepanjang program berjalan.

Antara objektif program ini adalah:

Dapat mengeratkan silaturahim antara para peserta yang terlibat dalam

program ini serta hubungan yang lebih erat antara mentor-mentee.

Dapat menambahkan daya ketahanan diri dari segi fizikal serta mental

untuk menghadapi segala rintangan dan cabaran.

Dapat meningkatkan mutu kerja berpasukan dan semangat saling

tolong-menolong dalam kumpulan melalui aktiviti yang dijalankan.

Dapat menanamkan sifat kasih sayang dan lebih menghargai alam semula

jadi.

Dapat menerapkan nilai kerohanian dan nilai murni kepada para peserta

(9)

AKTIVITI SEPANJANG PROGRAM

PENGUKUHAN JATI DIRI DAN SAHSIAH

DIRI

Semua peserta yang terlibat dengan” Program Pengukuhan Jati Diri Dan Sahsiah Diri” daripada kumpulan R3 berkumpul di stesen bas di Kolej Angsana sebelum bertolak ke Photon Valley, Ulu Langat, Selangor pada pukul 7.00 pagi.Bagi pengangkutan ke Photon Valley yang telah diuruskan oleh AJK Pengangkutan iaitu Megat Ahmad Fakhru Aiman dan Mohamad Nazri, pihak UiTM dan Pusat Asasi telah membantu untuk menyediakan bas untuk kami iaitu para siswa dan siswi daripada kumpulan R3.Perjalanan ke Photon Valley telah diiringi oleh mentor kami iaitu Puan Siti Rudhziah Binti Che Balian.Perjalanan memakan masa selama 2 jam dan sepanjang perjalanan kami dapat menikmati pemandangan indah daripada dalam bas.Sepanjang perjalanan, pelbagai memori dan kenangan yang dirakamkan untuk mengingati kembali saat-saat gembira bersama rakan-rakan. Memang takkan dapat dilupakan apabila ramai gambar tidur kami di dalam bas ditangkap oleh AJK Publisiti iaitu Nur Izzatti Syahirah serta dibantu oleh Muhammad Fikri.

Kami tiba sekitar pukul 9 pagi di Photon Valley. Tempat program kami memang berdekatan dengan Hutan Ulu Perdik yang akan melibatkan banyak aktiviti di sana.Pemandangan yang cukup indah sekitar Photon Valley membuatkan kami sangat teruja dan tidak sabar untuk memulakan aktiviti. Gambar semasa sampai ke Photon Valley juga sempat dirakamkan sebelum kami bergerak untuk sarapan pagi yang disediakan. Sarapan kami untuk pagi itu telah dikendalikan oleh AJK Makanan iaitu Adib Bin Redzuan. Memang sedap dan

(10)

sangat mengenyangkan perut kami yang memang dah lama meragam sepanjang perjalanan tadi.Sesudah sarapan pagi yang sangat memuaskan hati, kami diminta untuk berkumpul di padang untuk mendengar taklimat ringkas oleh pelatih kami yang mengendalikan program ini untuk kami.Taklimat ringkas telah diberikan oleh Puan Halimatun.

Semasa taklimat ringkas, kami dibahagikan kepada 5 kumpulan dan diarahkan untuk memilih ketua kumpulan serta penghulu dan penghuluwati. Penghulu yang dilantik untuk program ini adalah Shahrul Imran Bin Idris yang juga merupakan ketua program kami manakala penghuluwati adalah Izzati iaitu daripada kumpulan C5 yang secara kebetulan bergabung dengan kumpulan kami untuk menjalankan aktiviti di Photon Valley. Setelah mendengar taklimat khas, kami terus bergerak ke dorm masing-masing untuk meletakkan barang kami serta menyiapkan diri untuk aktiviti seterusnya.

Program kami diteruskan dengan aktiviti mengembara hutan yang dinamakan Hutan Ulu Perdik.Kami telah diminta bergerak mengikut kumpulan masing-masing.Sepanjang pengembaraan ke dalam hutan, pelatih kami sempat menunjukkan dan memberikan sedikit ilmu tentang tumbuh-tumbuhan yang boleh digunakan sekiranya berlaku sebarang kecederaan seperti pokok kapal terbang yang sememangnya namanya pelik tapi sangat berguna.Sepanjang perjalanan ke dalam hutan juga sempat dirakamkan pelbagai ragam peserta sepanjang aktiviti. Kami juga telah diberikan sebanyak 3 buluh dan diarahkan untuk mencari kayu dan ranting yang sesuai untuk digunakan semasa memasak nanti.Sesampai kami di kawasan yang lapang, kami telah diarahkan oleh pelatih kami untuk memulakan aktiviti memasak di dalam hutan. Kami telah dibekalkan dengan sardin, beras, parang serta pemetik api yang akan digunakan untuk memasak.

(11)

Pengalaman memasak di dalam hutan memang sangat mencabar dan menguji kesabaran kami dalam menyediakan makanan tengah hari kami masing-masing.Kami belajar untuk menghidupkan api dengan menggunakan segala bahan yang ada di dalam hutan seperti ranting-ranting kayu dan daun kering.Kami diberi masa lebih kurang sejam untuk menyiapkan makanan tengah hari kami pada hari itu.Setelah semua makanan siap dimasak, semua peserta diarahkan duduk bersama kumpulan masing untuk menikmati juadah bersama-sama di atas daun pisang yang telah disediakan.Ramai yang kelihatan berpuas hati dengan masakan masing-masing dan program diteruskan dengan solat darurat pula secara berjemaah di dalam hutan.Kami telah melaksanakan solat darurat secara berjemaah di dalam hutan yang telah dikendalikan oleh Megat Ahmad Fakhru Aiman yang menjadi imam bagi solat zohor pada waktu itu.Pengalaman tersebut adalah sangat berharga dan takkan dilupakan oleh kami semua kerana kebanyakkan antara kami baru pertama kali melaksanakan solat darurat di dalam hutan.Kami sangat teruja apabila mengambil air sembahyang dengan menggunakan air sungai yang mengalir yang sangat nikmat buat kami semua.Kami berasa sangat bersyukur dan bertuah apabila diberi peluang untuk melaksanakan solat dalam kawasan alam semula jadi yang sangat indah.

Setelah selesai solat darurat, program kami diteruskan dengan aktiviti merentas hutan kembali untuk ke kawasan air terjun.Sememangnya inilah saat yang paling ditunggu-tunggu oleh kami untuk merasai pengalaman mandi air terjun bersama rakan-rakan.Sepanjang perjalanan ke air terjun, kami juga terpaksa meredah air sungai untuk sampai ke tempat air terjun.Memang perjalanan yang cukup mencabar apabila melalui kawasan-kawasan hutan yang agak licin serta dipenuhi dengan batu-batu besar.Walau bagaimanapun, banyak gambar yang sempat ditangkap oleh kami semua untuk merakam keindahan di dalam hutan.

(12)

Sesampainya di kawasan air terjun, kami semua berasa teruja dan mula membuka kasut untuk mandi di air terjun.Memang sangat menyeronokkan apabila mandi di air terjun yang sangat sejuk.Pengalaman baring di atas batu-batu besar sambil dilimpahi dengan air terjun memang sungguh nikmat dan cukup indah sekali pemandangan pada waktu itu.Di sana juga dirakamkan gambar-gambar

kenangan bersama rakan-rakan yang sememangnya sangat

menggembirakan.Setelah puas mandi di air terjun, kami semua diarahkan oleh pelatih kami untuk bergerak pulang ke kawasan lapang tadi.Walaupun penat, namun semua masih bersemangat untuk meneruskan perjalanan balik dari hutan.

Setelah semua peserta selamat tiba di kawasan lapang, program diteruskan lagi dengan aktiviti keselamatan yang dikendalikan oleh pelatih kami iaitu Puan Halimatun.Beliau telah mengajar kami tentang teknik-teknik menolong mangsa kecederaan yang tercedera di dalam hutan. Kami diajar cara yang betul untuk mengangkat mangsa kecederaan yang sememangnya penting dalam kes-kes kecemasan.Memang sangat berguna ilmu yang telah diberikan oleh beliau untuk digunakan pada masa hadapan kelak.Kami juga bukan setakat belajar sebegitu sahaja, kami juga diarahkan untuk mengaplikasikan segala yang diajar tadi semasa perjalanan balik ke dorm masing-masing.Memang sangat menyeronokkan dan antara yang digemari oleh kami adalah “take cover” yang memerlukan kami untuk meniarap di atas lantai dengan tujuan menyelamatkan diri daripada musuh.

Seharian melakukan aktiviti dalam program pengukuhan jati diri dan sahsiah adalah sangat penat dan benar-benar menguji daya ketahanan kami dari segi mental dan fizikal.Kami dibenarkan untuk balik ke dorm masing-masing untuk melaksanakan solat asar dan menyiapkan diri untuk aktiviti pada waktu malam pula.Apabila tiba waktu malam, sudah masanya untuk kami teruskan program dengan aktiviti BBQ dan unggun api.Seperti biasa, kalau ada BBQ mestilah kena

(13)

ada persembahan barulah terasa lengkap BBQ tersebut.Makanan yang disediakan oleh pihak Photon Valley memang sedap dan sangat mengenyangkan.Persembahan dimulakan apabila semua peserta telah habis menikmati BBQ dan diarahkan berkumpul keliling unggun api.Pelbagai persembahan yang dipersembahkan oleh kami seperti nyanyian, lakonan, tarian dan permainan kotak beracun.Memang sangat menghiburkan dan kami dapat saksikan pelbagai ragam kawan-kawan kami dalam membuat persembahan pada malam itu.Ada yang sangat sporting, pemalu dan kelakar.Pengalaman ini mungkin takkan dilupakan oleh kami apabila melalui aktiviti sifat kasih sayang antara kami semua semakin bercambah dan hubungan antara kami dengan mentor kami iaitu Puan Siti Rudhziah Binti Che Balian semakin rapat.Aktiviti BBQ tersebut berlanjutan sehingga tengah malam dan setelah habisnya aktiviti tersebut, kami berangkat ke dorm masing-masing untuk merehatkan diri bagi aktiviti pada esok hari pula.

Keesokkan paginya, kami berkumpul pada pukul 8 pagi untuk sarapan pagi dan program kami diteruskan dengan aktiviti Photon Race. Aktiviti ini dijalankan dalam 4 kumpulan dan dikendalikan oleh pelatih kami.Dalam Photon Race, semua kumpulan dikehendaki untuk melalui sebanyak 4 cabaran untuk mendapatkan kata kunci seterusnya untuk menghabiskan permainan ini.Antara cabaran-cabarannya yang kami lakukan adalah aktiviti kayak, melalui jambatan gantung serta mencipta lagu.Aktiviti ini memang sangat menyeronokkan kami semua.Setelah aktiviti ini selesai, program kami diteruskan dengan “cheer”.Aktiviti cheer ini terbahagi kepada dua kumpulan iaitu Asasi Kejuruteraan dan Asasi Sains. Kami diarahkan untuk mereka cipta cheer sendiri dalam kumpulan masing-masing. Memang sangat menghiburkan aktiviti ini apabila menguji tahap kreativiti kami.Video sempat dirakamkan pada masa kumpulan masing menunjukkan cheer masing-masing.

(14)

Aktiviti kami yang terakhir untuk program ini adalah mini explorace.Kami dibahagikan kepada 4 kumpulan dan diarahkan untuk mencari kertas-kertas kecil yang mengandungi soalan untuk dijawab kepada pelatih yang bertugas.Memang sangat mencabar dan memerlukan pemerhatian yang sangat teliti untuk mencari soalan tersebut.Semua peserta bekerjasama antara satu sama lain untuk mancari soalan dan menjawab soalan bagi menamatkan mini explorace pada hari itu.

Program kami diakhiri dengan majlis penutup.Pensyarah pengiring atau mentor kami telah memberikan ucapan penghargaan kepada pihak Photon Valley serta kepada kami yang telah selamat menyempurnakan program kami dengan jayanya.Setelah itu, aktiviti menyampaikan hadiah kepada pemenang dijalankan dan kami pun terus makan tengah hari.Kami balik ke dorm masing-masing untuk mengemas barang untuk balik kembali ke UiTM Puncak Alam.Walaupun sedih untuk meninggalkan tempat itu, namun kami berasa sangat gembira dengan program yang dijalankan.

Kami berasa sangat bertuah kerana pihak UiTM serta Pusat Asasi memberikan kami peluang untuk merasai pengalaman belajar di luar kawasan universitI dan pengalaman yang kami dapat melalui program ini memang takkan dapat dilupakan sampai bila-bila.

(15)

KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, segala aktiviti yang dijalankan dalam “PROGRAM PENGUKUHAN JATI DIRI DAN SAHSIAH” telah berjalan dengan lancar dan jayanya.Program yang dijalankan di Poton Valley, Ulu Langat, Selangor Telah memberikan pengalaman yang cukup berharga kepada semua peserta daripada kumpulan R3.

Di samping itu, hubungan antara peserta yang terlibat dalam program ini menjadi semakin rapat dan harmoni.Hubungan antara mentor-mentee juga semakin rapat apabila program ini berjaya memupuk sifat kasih sayang antara satu sama lain.Sifat saling tolong-menolong juga dipupuk melalui aktiviti yang dijalankan dalam program ini.

Akhir sekali, program ini berjalan dengan jayanya hasil sokongan dan kerjasama padu dari pihak UiTM, Pusat Asasi, pensyarah pengiring iaitu Puan Siti Rudhziah Binti Che Balian serta semua peserta daripada kumpulan R3.Diharapkan agar selepas ini akan ada lagi program berbentuk seperti ini dapat dijalankan untuk para siswa dan siswi UiTM Puncak Alam.

(16)
(17)
(18)
(19)
(20)

Referensi

Dokumen terkait

Menurut saya kualitas obat disini (Medical Center) jauh lebih baik daripada tempat lain. Karena kita disini juga banyak memakai obat-obat paten, mungkin image

Pada eksperimen ini, penguat yang digunakan berasal dari abu batubara yaitu sisa abu hasil pembakaran batu bara., partikel abu batubara ini sangat ringan yaitu antara

Puji dan syukur Penulis panjatkan kehadirat Tuhan Yang Maha Esa atas berkat dan rahmat-Nya penulis dapat menyelesaikan penulisan skripsi yang dilakukan untuk melengkapi tugas

gonorrhoeae sebesar 17 dari 18 isolat (94,4%) dan yang resisten sebesar 1 dari 18 isolat (5,6%) dengan subjek penelitian adalah pasien yang datang berobat ke URJ Kulit dan

Israel menulis sejarahnya dalam bentuk cerita. Sejarah yang ditulis adalah sejarah naratif, artinya sejarah yang disampaikan dalam bentuk narasi. Bagi orang Israel

Daftar pustaka atau bibliografi yang terdaftar pada bagian akhir suatu tulisan ilmiah seperti laporan penelitian atau lainnya memberi indikasi bahwa penulis tersebut paling

Bahan yang digunakan pada penelitian ini adalah kedelai, isolat protein kedelai, kedelai yang ditambahkan dekstrin, serta dua puluh produk minuman bubuk komersial berbasis

Tujuan yang ingin dicapai dalam penelitian ini adalah untuk mendeskripsikan cara meningkatkan kemampuan berbicara anak usia 4-5 tahun melalui metode karya wisata