• Tidak ada hasil yang ditemukan

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA"

Copied!
8
0
0

Teks penuh

(1)

TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI

Kod Dokumen : OPR/TPU/BP/TANAMAN/Dokong

(2)

Isi Kandungan

Bil. Tajuk Muka Surat

1 Pendahuluan 3

2 Penanaman 3

2.1 Variati/kultivar 3

2.2 Penyediaan Bahan Tanaman 3

2.3 Sistem Tanaman 3

2.4 Penanaman Di Ladang 4

2.5 Keperluan Lindungan Atau Naungan 4

3 Penyelenggaraan 4

3.1 Pengurusan Air 4

3.2 Pembajaan 4

3.3 Pemangkasan 5

3.4 Kawalan Penyakit Dan Perosak 5 - 6

4 Kematangan Dan Mengutip Hasil 6 - 7

5 Pengendalian Lepastuai dan Penyimpanan 7 - 8

(3)

1.0 PENDAHULUAN

Dokong atau dikenali dengan nama saintifiknya Lansium domesticum Corr. Setakat ini belum ada klon yang disyorkan untuk penanaman. Walau bagaimanapun, pokok dokong kering yang didapati tulen dan bermutu, berhasil tinggi serta mempunyai ciri-ciri rintangan terhadap musuh dan penyakit dikenalpasti untuk mendapatkan biji sebagai sumber benih tanaman.

2.0 PENANAMAN 2.1 Variati/kultivar

Terdapat tiga jenis dokong yang agak berlainan dari segi ciri dan kualiti buah, iaitu dokong kering, dokong air dan dokong biji atau dokong butir. Perbezaan diantara ketiga-tiga adalah seperti berikut:-

1. Dokong Kering

Ditanam secara komersial kerana buah sangat manis, kulit tidak bergetah, kandungan biji yang rendah dan kebanyakan biji adalah keset. Buahnya tersusun rapat di tangkai.

2. Dokong Air

Kandungan air dalam buah jenis ini adalah tinggi. Air akan terpancut keluar apabila kulit ditekan. Isi buah kurang manis jika dibandingkan dengan isi buah dokong kering. Kulitnya nipis tetapi bergetah. Tidak ekonomik ditanam secara komersial kerana nilai dan sambutan pasaran adalah rendah.

3. Dokong Biji / Dokong Air

Setiap ulas mengandungi satu biji benih yang besar dan bernas. Isinya sangat nipis, tidak berair dan rasanya masam-masam manis. Kulitnya lebih tebal dari dokong kering dan dokong air dan tidak bergetah. Buah tidak mempunyai nilai komersial tetapi bijinya boleh diguna sebagai sumber benih pokok penanti.

2.2 Penyediaan Bahan Tanaman

Sebelum menanam, pokok dalam polibeg disiram dan polibeg ditanggalkan dengan teliti supaya tidak merosakkan gumpalan tanah dan akar. Pokok ditanam secara tegak dan lubang ditimbus hingga 3 cm dari permukaan tanah polibeg. Tanah di sekeliling pokok dipadatkan dan sungkupan yang terdiri dari sabut, rumput kering dan lain-lain boleh diletakkan di pangkal pokok. Jika anak pokok agak tinggi (lebih dari 0.5m) sokongan menggunakan pancang kayu digunakan untuk mengelakkan pokok tumbang.

2.3 Penanaman di ladang

Jarak yang dicadangkan ialah 6m x 6m hingga 10m x 10m. Pada amnya jarak yang disyorkan ialah 7m x 7m dan ia bergantung kepada kesuburan tanah. Lubang berukuran 0.6m x 0.6m x 0.6m. Tanah lapisan atas diasingkan dengan lapisan bawah dan biar lubang 2-3 minggu untuk didedahkan kepada cahaya matahari. Selepas itu, lubang tersebut dikambus dengan tanah lapisan atas yang telah digaul dengan 200 gm CIRP dan 10 kg. baja organik atau kompos. Ini

(4)

2.4 Keperluan Lindungan Atau Naungan

Pada tiga tahun pertama penanaman di ladang, pokok dokong memerlukan 40-60% teduhan supaya pertumbuhan subur dan cepat. Biasanya pokok Gliricidia, petai, petai belalang dan pisang adalah tanaman lindungan yang sesuai. Tanaman lindungan perlu ditanam sekurang-kurangnya 6 bulan sebelum dokong ditanam dan jarak antara pokok lindungan dan dokong hendaklah melebih 2.5 meter supaya mengelakkan persaingan.

3. PENYELENGGARAAN 3.1 Pengurusan Air Umur pokok Keperluan Air 1-2 tahun 8-12 tahun 20-22 tahun - - - 9-11 liter/pokok/hari 40-48 liter/pokok/hari 97-116 liter/pokok/hari 3.2 Pembajaan Peringkat

Pertumbuhan Umur (tahun) Jenis Baja

Kadar Kg/pk/thn Masa Membaja Masa Menanam Pembajaan asas CIRP Baja Organik 0.2

10.0 Dimasukkan ke dalam lubang tanaman

Tumbesaran 1 2 3 4 5 14:13:19:2 15:15:15 atau 15:15:6:4 dan Baja Organik 0.5 1.0 2.0 3.0 4.0 10kg

3 bulan sekali terutama pada awal musim hujan.

Baja Organik ditabur 2 kali setahun dengan kadar 10 kg/pokok

Buah 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 ke atas 12:12:17:2+TE 12:6:22:3 Baja Organik 6.0 6.0 7.0 7.0 7.0 8.0 8.0 8.0 8.0 9.0

3 kali setahun seperti berikut:- ½ bahagian selepas musim buah. ¼ bahagian 2 bulan sebelum berbunga ¼ bahagian selepas berputik.

Baja organik ditabur 2 kali setahun dengan kadar 10 kg/pokok.

(5)

3.3 Pemangkasan

Dalam tempoh 6 bulan diladang, pengurusan pokok lindungan adalah penting untuk memberi naungan yang sesuai dan mengurangkan persaingan. Cabang-cabang yang menganggu pertumbuhan dokong harus dipangkas dan pokok lindungan boleh ditebang secara beransur-ansur mulai tahun ketiga.

3.4 Kawalan Penyakit Dan Perosak Penyakit Duku / Dokong / Duku Langsat

Serangan penyakit juga tidak membahayakan duku-langsat. Diantaranya ialah kulat yang menyebabkan penyakit bintik berpusar (antraknos) pada buah dan penyakit kulapuk.

Buah-buah yang pecah juga merupakan masalah yang agak serius. Walau bagaimanapun, ini bukanlah penyakit tetapi satu faktor fisiologikal, ini biasanya berlaku apabila hujan turun selepas cuaca panas dan kering. Penyerapan air hujan menyebabkan buah menjadi bengkak dan akhirnya pecah oleh sebab ketegangan air di dalamnya. Buah yang pecah kurang bermutu dan tidak mempunyai harga pasaran yang memuaskan.

Jenis Penyakit Dan Kawalannya

1. Penyakit Reput Buah

Buah menjadi rosak dan reput. Tidak serius tetapi boleh mengurangkan hasil. Guna racun kulat cooper oxychloride di peringkat berbuah dengan kadar 0.1%. Ulangi

semburan jika perlu.

2. Antraknos Buah

Serangan berlaku pada buah. Peringkat awal tompok-tompok kecil terjadi pada kulit buah, bertukar menjadi warna perang. Buah boleh gugur. Serangan tidak begitu

serius. Guna cooper oxychloride.

3. Cendawan Angin

Menyerang ranting dan dahan pokok. Bahagian diserang akan diselaputi Misilium putih bertukar menjadi merah jambu. Jika teruk daun akan menjadi kuning dan gugur. Cantas dahan yang diserang dan sembur pokok dengan cooper oxychloride.

4. Kulapuk Hitam

Serangan keatas daun dan buah. Bahagian yang diserang dipenuhi mislia kulat berwarna hitam. Menjejas proses fotosintesis jika serangan teruk dan juga kualiti buah. Sembur white oil untuk mengawal teritip. Sembur racun kulat seperti Maneb untuk mengawal kulat.

Makhluk Perosak

Walaupun terdapat beberapa jenis serangga perosak yang menyerang duku-langsat, kesannya tidaklah serius. Diantaranya ialah 'Pengorek buah' yang bertelur di dalam buah yang muda. Seterusnya larva memakan buah yang sedang membesar dan menyebabkannya gugur. Untuk mengawalnya, bersihkan dusun dari buah-buah yang diserang dan bakar.

(6)

kesannya mungkin teruk. Kawalan yang biasa diamalkan ialah secara menyalakan api di waktu malam untuk menghalau musuh-musuh tersebut.

Serangga perosak dan cara kawalannya:

1. Ulat Pengorek Kulit (Puru batang)

Batang, dahan dan daun berkeruping. Terbentuk bintik-bintik kecil berwarna coklat/hitam di peringkat awal. BIntik-bintik membesar menjadi puru, menyerang pokok muda 2-3 tahun apabila serius seluruh batang mempunyai puru. Ini boleh membantut pertumbuhan pokok dan mengurangkan hasil peneluaran.

Tindakan:

Kikis bahagian yang diserang dengan pisau. Pangkas dan seterusnya bakar ranting yang telah mati dan yang teruk diserang. Sembur racun seperti dimethoate jika perlu dengan kadar 0.5% bahan aktif sebulan sekali bagi serangan yang teruk dan 3 bulan sekali apabila serangan beransur pulih.

2. Ulat Pemakan Daun

Serangan tidak begitu serius. Larva akan memakan pucuk muda dan meninggalkan lapisan kutikal. Daun yang disrang menjadi kering berwarna perang di bahagian tepi daun.

Tindakan:

Jika perlu, sembur racun dimethoate dengan kadar 0.1% bahan aktif di peringkat berpucuk.

3. Lalat Buah

Membuat tusukan pada buah yang sedang masak. Buah akan menjadi berair dan bertukar warna menjadi coklat. Buah rosak dan gugur.

Tindakan:

Guna umpan protin seperti protein hydrolysaste untuk memberi tarikan. Bahan ini dicampur dengan racun serangga dan disembur di kawasan daun. Lalat akan berkerumun di situ dan terus guna methyl-eugenol bagi merangkap lalat. Bahan ini dicampur dengan racun serangga dan diletak di kawasan ladang.

4. KEMATANGAN DAN MENGUTIP HASIL

Penghasilan Buah

Dengan pengurusan yang baik dan pembajaan yang mencukupi, pokok dokong akan mulai berbuah pada tahun ke 7 selepas ditanam di ladang bagi pokok yang ditanam dari biji dan 5-6 tahun bagi pokok yang ditanam secara anak tampang (tut atau cantuman biji). Hasil pertama adalah rendah dan hanya beberapa kilogram buah dihasilkan pada satu pokok. Anggaran hasilnya ialah 3 tan sehektar (123 pokok sehektar dengan jarak tanaman 9m x 9m). Hasil akan bertambah selepas itu. Pada tahun ketiga berbuah (umur 10 tahun), pengeluaran mulai meningkat ke tahap 50-100 kg/pokok. Dokong mencapai pengeluaran hasil optimum mulai tahun ke 14.

Anggaran hasil sebanyak 14 tan metrik sehektar. Dokong menunjukkan tabiat pengeluaran 'biennialitty' dimana hasil tinggi pada sesuatu tahun akan diikuti dengan hasil yang rendah pada tahun berikutnya. Fenomena ini adalah lebih ketara jika penyelenggaraan dan pembajaan tidak sempurna.

(7)

Pokok dokong akan berbunga selepas mengalami satu musim kemarau yang agak panjang. Kemarau yang berterusan selama 3-4 minggu diperlukan oleh pokok dokong untuk merangsang pengeluaran bunga.

Penjarangan Tangkai dan Buah

Apabila pokok dokong berbunga, beberapa tangkai akan keluar dari satu tampok bunga. Jika pokok dokong mengeluarkan banyak tangkai bunga, penjarangan tangkai hendaklah dilakukan. Biasanya 1-3 bunga ditinggalkan di setiap tampok supaya tangkai itu akan menjadi panjang, peratus pelekatan buah ditangkai tinggi dan menghasilkan buah yang besar dan bermutu.

Kematangan Buah

Buah dokong akan masak dalam tempoh 6 bulan. Dalam tempoh itu, buah-buah yang terlalu kecil, yang pecah atau yang diserang oleh kulat atau serangga perlu dibuang supaya ia tidak menjejaskan kualiti buah lain. Peringkat buah dokong masak boleh dilihat mengikut warna kulit, ciri serta tanda-tanda berikut:-

- warna kulit bertukar dari hijau ke kuning atau kuning kelabu.

- isinya menjadi jernih dan rasanya manis (isi buah mentah ialah keputihan). - buah menjadi lembut apabila dipicit.

- buah masak mudah direlai dari tangkai. - tiada getah pada kulit buah yang masak.

- buah yang betul-betul masak akan mengambil masa 180-200 hari selepas bunga kembang.

Memungut Hasil

Buah dokong yang dipetik di peringkat yang betul-betul masak akan menjadi dokong yang manis dan bermutu dan seterusnya memberi pulangan yang tinggi. Apabila 75% buah di setiap tangkai masak, tangkai itu boleh dituai. Tangkai buah hendaklah dipotong dengan teliti hingga rapat dengan batang. Jangan rentap atau pulas tangkai buah kerana ini akan merosakkan tampok bunga. Untuk memungut hasil, pemungut hendaklah duduk atau berdiri di atas tangga khas. Ini akan mengurangkan kerosakan tampok bunga di dahan-dahan besar. Tangkai-tangkai buah yang dipotong itu dimasukkan ke dalam baldi yang digantung di sebelah tangga. Apabila baldi diisi penuh dengan tangkai buah dokong, ia diturunkan dengan menggunakan tali.

5. PENGENDALIAN LEPASTUAI DAN PENYIMPANAN Pengendalian Lepastuai

Selepas penuaian, buah dokong perlu dikendalikan dengan baik kerana ini akan menentukan gred, harga dan pasarannya. Pengendalian lepastuai yang kurang baik akan merendahkan gred buah dan seterusnya mengurangkan pendapatan.

Buah yang dituai dimasukkan ke dalam bakul rotan yang dialas dengan bahan-bahan lembut seperti surat khabar lama, Ini penting bagi memastikan buah dokong tidak cedera sebelum dihantar ke tempat penggredan. Penggredan buah dokong dilakukan berdasrkan saiz buah, berat buah setangkai, kebersihan buah dan tiada kesan serangan serangga serta kulat. Penggredan ini dilakukan sebaik sahaja penuaian selesai dijalankan. Pada amnya, buah dokong dibahagikan kepada tiga gred, iaitu:-

(8)

Gred Ciri-ciri Harga/Kg (RM) A

Buah besar (garis pusat > 3 cm) Buah setangkai lebat.

Kulit bersih tanpa kesan serangan kulat atau serangga.

6.00-8.00 B Buah sederhana. Tangkai pendek dan buah jarang.

Bercampur dengan buah relai. Kulit mungkin berbintik. 4.00-6.00 C Buah relai dari tangkai.

Saiz tak seragam. 3.00-4.00

Pengendalian di ladang

Setiap tangkai buah yang dipungut diisi dalam bakul buluh atau plastik dan diselenggara dengan cermat. Buah diperiksa bagi mendapatkan kualiti yang serata. Buah-buah yang muda dan pecah atau rosak dibuang dan diasingkan.

Penggredan

Selepas pengasingan dan pemilihan ini dilakukan, jambah buah dokong boleh digredkan mengikut sistem gred yang diamalkan oleh pengusaha dan pemborong di Negeri Kelantan sekarang.

Gred A -

Saiz buah besar, garispusat melebihi 3 cm, jambak lebat dan panjang. Kulit buah bersih tanpa kesan serangan kulat atau serangga.

Gred B - Saiz buah sederhana, jambak pendek dan buah jarang, bercampur dengan buah yang relai. Kulit buah berbintik.

Gred C - Buah yang relai, saiz bercampur.

Buah dokong yang telah digredkan itu akan dimuatkan ke dalam bakul plastik atau raga buluh. Bakul / raga biasanya dilapis dengan suratkhabar sebelum diisikan dengan jambak buah.

Penyimpanan hasil

Buah dokong yang masak hanya boleh disimpan selama 3-5 hari dalam suhu biasa. Kulitnya akan layu dan menukar ke warna hitam jika tempoh simpanan dilanjutkan. Oleh itu buah dokong perlu dihantarkan ke pasar dan tempat jualan dengan secepat mungkin bagi mengelakkan penurunan kualiti. Simpanan di bilik sejuk boleh menyebabkan kulit menjadi hitam dan ini adalah tidak disyorkan.

6. RUJUKAN

Referensi

Dokumen terkait

Tidak pernah ada pemberitaan buruk tentang selebriti (Mikha Tambayong, Adipati Dolken, Sahila Hisyam, dan Mischa Candrawinata) yang mempromosikan smartphone Samsung..

Dengan mengatur media queries dalam dokumen CSS, maka permasalahan tampilan website yang diakses dari berbagai peralatan dapat diatasi sehingga informasi yang diminta

Situasi Eropa menjelang Perang Dunia II tidak jauh berbeda dengan situasi menjelang Perang Dunia I. Suasana diliputi ketegangan dan keinginan balas dendam, terutama negara-negara

Berdasarkan hasil penelitian yang telah dilakukan, dapat diketahui bahwa terdapat hubungan yang sangat kuat antara kedua variabel, dan dengan uji korelasi ni- lai hubungan antara

[r]

3.a Peningkatan kemampuan relasional matematis pada siswa yang memperoleh pembelajaran saintifik dengan strategi konflik kognitif lebih baik daripada siswa yang

Dalam Peraturan Daerah Kota Malang Nomor 1 Tahun 2000 tentang Pengaturan dan Pembinaan Pedagang Kaki Lima di Wilayah Kota Malang, disebutkan bahwa yang dimaksud sebagai PKL

Remaja   membentuk ketahanan diri agar tidak mudah terpengaruh  jika ternyata teman sebaya atau komunitas yang ada tidak sesuai dengan harapan.. Kegagalan mencapai identitas