• Tidak ada hasil yang ditemukan

KERTAS KERJA KEM KEPIMPINAN MENGEJAR IMPIAN TARIKH 3, 4 & 5 APRIL 2015 TEMPAT KOLEJ IBRAHIM YAAKUB UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "KERTAS KERJA KEM KEPIMPINAN MENGEJAR IMPIAN TARIKH 3, 4 & 5 APRIL 2015 TEMPAT KOLEJ IBRAHIM YAAKUB UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA"

Copied!
16
0
0

Teks penuh

(1)

KERTAS KERJA

KEM KEPIMPINAN ‘MENGEJAR IMPIAN’

TARIKH 3, 4 & 5 APRIL 2015

TEMPAT

KOLEJ IBRAHIM YAAKUB

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

ANJURAN

MAJLIS EKSEKUTIF KEWANGAN 2014 / 2015 KOLEJ IBRAHIM YAAKUB

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

TEMA

‘’GAIN YOUR KNOWLEDGE’’

(2)

1 KERTAS KERJA

KEM KEPIMPINAN ‘MENGEJAR IMPIAN’

MAJLIS EKSEKUTIF KEWANGAN 2014 / 2015 UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

1.0 TUJUAN

Pengusulan kertas kerja ini adalah bagi tujuan memohon pertimbangan dan kerjasama serta bantuan kewangan daripada Pusat Pembangunan Mahasiswa dan Perhubungan Alumni (PPMPA), syarikat-syarikat luar serta individu untuk mengadakan program Kem Kepimpinan

‘Mengejar Impian’ anjuran Majlis Eksekutif Kewangan bagi sesi akademik 2014 / 2015.

2.0 PENGENALAN

2.1 Majlis Eksekutif Kewangan ini bernaung di bawah Majlis Eksekutif Pelajar ( MEP ) Kolej Ibrahim Yaakub pada sesi akademik 2014 / 2015. Ia juga merupakan sebuah organisasi induk di setiap kolej kediaman yang ditubuhkan khas untuk menjaga kebajikan mahasiswa mahasiswi Kolej Ibrahim Yaakub pada sesi kali ini. Selain itu, organisasi ini juga telah diamanahkan dan sekaligus melaksanakan program-program di kolej ini.

2.2 Program Kem Kepimpinan ‘Mengejar Impian’ ini merupakan hasil buah fikiran MEP untuk menjayakan satu program berbentuk motivasi kepada para pelajar tentang arah tujuan bidang yang diceburi untuk mencapai cita-cita yang diimpikan sekaligus mendorong mereka agar dapat meningkatkan motivasi dalam diri untuk menghadapi peperiksaan SPM. Di samping itu, program ini juga bertujuan untuk mengeratkan lagi silaturahim antara warga Kolej Ibrahim Yaakub dan para peserta.

2.3 Program ini juga turut menyelitkan unsur kepimpinan agar ahli jawatankuasa pelaksana program ini bukan sahaja cemerlang dalam akademik tetapi juga dapat menyumbang idea-idea kreatif dan inovatif di samping dapat mengasah bakat mereka dalam melaksanakan sesebuah program.

(3)

2 3.0 MISI

Program yang berteraskan kaunseling ini yang menerapkan unsur motivasi dalam diri ialah untuk melahirkan pemimpin-pemimpin yang berfikiran kreatif, mampu berfikir di luar kotak, berwawasan tinggi dan mampu mendukung aspirasi Wawasan Negara 2020 di samping dapat memupuk semangat perpaduan dan kerjasama dalam diri mahasiswa mahasiswi di Universiti Kebangsaan Malaysia khususnya Kolej Ibrahim Yaakub.

4.0 MATLAMAT

4.1 Merealisasikan visi UKM iaitu UKM bertekad menjadi Universiti terkehadapan yang mendahului langkah masyarakat dan zamannya bagi membentuk masyarakat dinamis, berilmu dan berakhlak mulia.

4.2 Melahirkan pemimpin-pemimpin yang muda dalam kalangan mahasiswa/i yang berkebolehan dan berkaliber dalam kemahiran berorganisasi serta memantapkan kecemerlangan dalam kemajuan pendidikan.

4.3 Membangunkan aktiviti-aktiviti yang sihat dan bermanfaat kepada mahasiswa/i Kolej Ibrahim Yaakub.

(4)

3 5.0 OBJEKTIF

Selari dengan lapan (8) Garis Panduan Pelaksanaan Kokurikulum Berkredit Berasaskan kontrak Pembelajaran, pihak jawatankuasa pelaksana menggariskan beberapa objektif yang perlu dicapai.

5.1 Melatih pelajar dalam kemahiran sosial dan kebertanggungjawaban ( HPP1 ).

Tingkah laku bertanggungjawab terhadap diri dan orang lain, kepekaan kepada alam sekitar dan kepekaan dan kebertanggungjawaban terhadap situasi sosial seperti perpaduan dan kemiskinan.

5.2 Memperkemaskan lagi kemahiran komunikasi ( HPP2 ). Menunjukkan kemahiran bukan lisan yang berkesan ( gerak tubuh, nada suara ), menyampaikan idea secara lisan dan bertulis dengan berkesan, menunjukkan kebolehan berinteraksi secara berkesan dan mampu berinteraksi menggunakan bahasa antarabangsa.

5.3 Memupuk kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat (HPP3). Merancang strategi untuk mendapatkan pengetahuan dan kemahiran, meneroka isu / masalah yang memerlukan penyelesaian masalah secara kendiri dan mengumpul maklumat secara kendiri.

5.4 Melahirkan pelajar yang mempunyai kemahiran nilai, sikap, etika dan profesionalisme ( HPP4 ). Menunjukkan tingkah laku professional sesuai dengan etika kerjaya, melaksanakan tanggungjawab dengan integriti dan amanah dan menunjukkan sikap kesukarelawanan.

5.5 Mencungkil kemahiran pemikiran kritikal, penyelesaian masalah dan pendekatan saintifik ( HPP5 ). Mengenalpasti masalah tersurat dan tersirat, mengenalpasti dan mensintesiskan masalah dengan tepat dan menilai pelbagai pilihan dan membuat keputusan berdasarkan maklumat yang tepat.

5.6 Mendedahkan kepada pelajar kemahiran kepimpinan dan kerja berpasukan (HPP6). Menjadi pemimpin atau pengikut sesuai dengan konteks, membina kerja berpasukan untuk mencapai maklumat yang disepakati dan membantu rakan-rakan secara proaktif.

(5)

4 5.7 Memupuk kemahiran pengurusan dan keusahawanan ( HPP7 ). Mencambah idea / cadangan / perancangan setelah meneliti pelbagai pilihan, menetapkan matlamat masa depan dengan menjajarkan perancangan, mempamerkan kemampuan untuk melaksana, memantau dan menilai aktiviti secara sistematik dan menyerahkan / menyahkan autoriti dan kebertanggungjawaban kepada individu lain.

5.8 Melahirkan generasi yang mempunyai kemahiran kreatif dan inovatif ( HPP8 ).

Sentiasa meneroka idea baru, melahirkan idea kreatif / berinovasi yang menambah nilai dan sentiasa merentas halangan dan merebut peluang.

6.0 TEMA

‘’GAIN YOUR KNOWLEDGE’’

7.0 ANJURAN

Majlis Eksekutif Kewangan Kolej Ibrahim Yaakub Sesi 2014 / 2015

Universiti Kebangsaan Malaysia 8.0 TARIKH DAN MASA

Program ini dicadangkan untuk diadakan pada : Tarikh : 3, 4 & 5 April 2015

Hari : Jumaat – Ahad

9.0 TEMPAT PROGRAM

Tempat program yang dicadangkan ialah Kolej Ibrahim Yaakub, Universiti Kebangsaan Malaysia.

(6)

5 10.0 PUBLISITI

Publisiti bagi program ini adalah dicadangkan dilaksanakan di Kolej Ibrahim Yaakub, Universiti Kebangsaan Malaysia menerusi

 Poster

 Banner

 Digital Board UKM

 Facebook rasmi ( Kolej Ibrahim Yaakub )

Publisiti yang dilaksanakan adalah untuk menarik lebih ramai mahasiswa mahasiswi Kolej Ibrahim Yaakub untuk mengikuti program pada kali ini. Selain itu, ia juga digunakan untuk menghebahkan kepada orang luar terutamanya di kawasan program tentang tujuan kami melaksanakan program ini.

11.0 CADANGAN PERASMI

Perasmian pembukaan / penutup 1) Dr. Ruslin Bin Amir

Pengetua,

Kolej Ibrahim Yaakub, Universiti Kebangsaan Malaysia.

12.0 PENGLIBATAN AHLI – AHLI PROGRAM

Jumlah peserta yang dijangka akan mengikuti program ini ialah seramai 50 orang pelajar dari Maktab Rendah Sains Mara Kuala Klawang.

(7)

6 13.0 STRUKTUR ORGANISASI

Rujuk Lampiran A

14.0 TENTATIF PROGRAM

Rujuk Lampiran B

16.0 BELANJAWAN

Rujuk Lampiran C

17.0 PEJABAT URUSAN

Sebarang maklumat lanjut, penerangan, pertanyaan dan urusan serta surat menyurat, sila hubungi :

Pejabat Pengurusan Kolej, Kolej Ibrahim Yaakub

Universiti Kebangsaan Malaysia.

43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan.

( u/p : Wan Quraisyah Binti Wan Ismail. No : 017 – 7875826 ) Tel : 03-8921 5269

Faks : 03-8921 5268

E-mel : quraisyah94@gmail.com

(8)

7 18.0 PENUTUP

Adalah menjadi harapan agar kertas kerja pemasaran ini dapat dipertimbangkan sebaik mungkin dan seterusnya mendapat sumbangan dan penajaan dari pihak Tuan. Selain itu, pihak penganjur berbesar hati kiranya mendapat bantuan kewangan juga dari pihak Tuan. Semoga program Kem Kepimpinan ‘Mengejar Impian’ sesi akademik 2014 / 2015 yang bakal dijalankan akan dapat memberi manfaat kepada semua pihak terutamanya mahasiswa/i Kolej Ibrahim Yaakub. Tanggungjawab dan harapan yang diamanahkan akan dilaksanakan dengan penuh kesungguhan dan dedikasi agar program ini dapat dijayakan sepenuhnya demi menjunjung aspirasi dan citra universiti untuk melahirkan pelajar yang cemerlang dan seimbang bagi segenap aspek.

(9)

8

(10)

9 LAMPIRAN A

STRUKTUR ORGANISASI

KEM KEPIMPINAN ‘MENGEJAR IMPIAN’

SESI 2014 / 2015

PENAUNG

Y. Bhg. Prof. Datuk Dr Noor Azlan Ghazali Ahmad Naib Canselor, UKM

PENGERUSI

Y. Bhg. Prof. Datin Aziah Mohd Awal

Timbalan Naib Canselor ( Hal Ehwal Pelajar & Alumni ), UKM

PENYELARAS

En. Abdul Aziz Bin Abu Bakar

Timbalan Pusat Pembangunan Mahasiswa & Perhubungan Alumni, UKM

PENASIHAT Dr. Ruslin Bin Amir

Pengetua Kolej Ibrahim Yaakub, UKM

FELO PENASIHAT Norazman Bin Razali Majlis Eksekutif Kewangan Kolej Ibrahim Yaakub, UKM

KETUA PENGARAH EKSEKUTIF Wan Quraisyah Binti Wan Ismail Majlis Eksekutif Kewangan ( MEP )

FEP / 2 / A143431 (017-7875826)

TIMBALAN KETUA EKSEKUTIF I Muhammad Farizuan Bin Mohd Fazarrah

A151320

(11)

10 TIMBALAN KETUA EKSEKTUIF II

Lailatul Nadhirah Bt Asri A150258

SETIAUSAHA Maisarah Bt Ismail

A150983

BENDAHARI Nurhidayah Bt Evi Sukardi

A148187

Pengarah Program : Abdul Aqmal Isma B Abdul Ghani / A150006 Timb. Pengarah Program : Mohammad Ariff Syazwan Bin Maslan / A150792

Pengarah Protokol : Lili Dalila Bt Adam / A148187

Timb. Pengarah Protokol : Muhammad Firdaus Bin Yusoff / A150507

Pengarah Pemasaran : Wan Khairu Akid Bin Wan Zulman / A151436 Timb. Pengarah Pemasaran : Siti Bazilah Bt Zulkefli / A150516

Pengarah Publisiti : Nurliyana Bt Jamaludin / A148157 Timb. Pengarah Publisiti : Aisha Hani Bt Roslan / A150004

Pengarah Keceriaan : Nornasuha Bt Rosdee / A147988 Timb. Pengarah Keceriaan : Nurul Asfizah Bt Atan / A147916

Pengarah Teknikal : Muhammad Nazreen Bin Zaiyunan / A151438 Timb. Pengarah Teknikal : Mohd Shafik Fashah Bin Md Noh / A150803

(12)

11 Pengarah Cenderamata : Caroline Henry / A150447

Timb. Pengarah Cenderamata : Jerini Anak Jalil / A148614

Pengarah Keselamatan : Mohd Faizuan Bin Kamarudin / A149010 Timb. Pengarah Keselamatan : Mustaqim Bin Abdullah / A151429

Pengarah Tugas-Tugas Khas : Hafifuddin Bin Mohd Sanosi / A148482 Timb. Pengarah Tugas-Tugas Khas: Muhammad Zulsafwan Bin Khari / A149729

Pengarah Jamuan : Nur Izma Syahida Bt Muhammad Ashari / A151011 Timb. Pengarah Jamuan : Syahirah Akashah Bt Mohd Razali / A147553

Pengarah Logistik : Muhammad Ariff Bin Mahmud / A149604 Timb. Pengarah Logistik : Ahmad Firdaus Bin Hamzah / A150119

(13)

12 LAMPIRAN B

ATURCARA PROGRAM

TARIKH & MASA PERKARA TEMPAT

3 APRIL 2015 ( JUMAAT ) 9.00 pagi

10.30 pagi – 12.00 tengahari

12.00 tengahari – 2.30 petang

2.30 petang – 4.30 petang

4.30 petang – 6.30 petang

6.30 petang – 9.00 malam

9.00 malam – 11.00 malam

11.00 malam – 11.30 malam

Jemput Pelajar dari MRSM Kuala Klawang, Negeri Sembilan

Pendaftaran Pelajar & Pembukaan Majlis

Makan Tengahari – Solat Jumaat – Sesi Khas Muslimat : ‘Permata Hati’

Ice Breaking ‘Siapa & Ke Mana Kita’ &

Kenali Kolej Ibrahim Yaakub

Solat Asar – Minum petang – Riadah – Rehat

Makan Malam – Solat Maghrib – Kuliah Maghrib : ‘Kenapa Saya’ – Solat Isya’

LDK 1

Minum Malam & Rehat

MRSM Kuala Klawang, Negeri Sembilan

Kolej Ibrahim Yaakub

Masjid UKM & Surau KIY

Foyer dan Bilik Fraser Kolej Ibrahim Yaakub

4 APRIL 2015 ( SABTU )

5.00 pagi – 8.00 pagi

8.00 pagi – 11.00 pagi

11.00 tengahari – 2.00 petang

2.00 petang – 5.00 petang

Qiamulail – Solat Subuh – Kuliah Subuh : Syukur – Riadah

Eksplorasi Kampus – Minum Pagi

Makan Tengahari – Solat Zohor

Sesi 1 : ‘Bijak Urus Masa’ & LDK 2

Surau Kolej Ibrahim Yaakub

Sekitar UKM

Foyer Kolej Ibrahim Yaakub

(14)

13 5.00 petang – 6.00

petang

6.00 petang – 9.00 malam

9.00 malam – 10.00 malam

10.00 malam – 10.30 malam

10.30 malam – 12.00 malam

12.00 malam

Solat Asar – Minum Petang – Riadah

Makan Malam – Solat Maghrib – Kuliah :

‘Kekuatan Doa’ – Solat Isya’

Sesi 2 : ‘Forum Masa Depan : Mari ke UKM’

Minum Malam

Night Walk

Rehat

Foyer Kolej Ibrahim Yaakub

Sekitar Kolej

5 APRIL 2015 ( AHAD )

5.30 pagi – 8.00 pagi

8.00 pagi – 10.00 pagi

10.00 pagi – 10.30 pagi

10.30 pagi – 12.30 tengahari

12.30 tengahari – 2.00 petang

2.00 petang

Solat Subuh – Kuliah Subuh : Cita-citaku – Riadah

Sesi 3 : ‘Max Recall’

Rehat – Minum Pagi

Majlis Penutup

Makan Tengahari – Solat Zohor

Bertolak pulang ke MRSM Kuala Klawang, Negeri Sembilan

Foyer Kolej

(15)

14 LAMPIRAN C

BELANJAWAN Anggaran Pendapatan

BIL PERKARA RM JUMLAH

(RM) 1. Sumbangan

Sumbangan PPMPA

Sumbangan Kolej Ibrahim Yaakub Sumbangan Luar

RM 500.00 RM 500.00 RM 3600.00

RM 500.00 RM 500.00 RM 3600.00

JUMLAH PENDAPATAN KESELURUHAN RM 4600.00

Anggaran Perbelanjaan

BIL PERKARA UNIT RM

1. Publisiti

- Banner ( RM50 ) -Bunting ( RM10 )

1 2

RM 50.00 RM 20.00 2. Cenderamata

- Hadiah Penghargaan

- Hadiah Guru Pengiring ( RM25 ) - Hamper Besar ( RM20 )

- Hamper Sederhana ( RM15 )

1 3 2 3

RM 50.00 RM 75.00 RM 40.00 RM 45.00 3. Penginapan

Bilik ( RM5 x 3 hari ) 60 RM 900.00

4. Jamuan

Sarapan dan Minum Pagi ( RM5 x 2 hari ) Makan Tengahari ( RM6 x 3 hari )

Minum Petang ( RM3 x 3 hari ) Makan Malam ( RM6 x 2 hari ) Minum Malam ( RM3 x 2 hari )

60 60 60 60 60

RM 600.00 RM 1080.00 RM 540.00 RM 720.00 RM 360.00

(16)

15 5. Teknikal

- PA Sistem 1 RM 50.00

6. Peralatan -Kertas -Alat Tulis -Fail

-Manila Kad / Kertas Mahjong

RM 20.00 RM 20.00 RM 20.00 RM 10.00

JUMLAH RM 4600.00

Referensi

Dokumen terkait

Sistem hasil ini tidak dapat diterapkan kepada karyawan tetap ( sistem waktu ) dan jenis pekerjaan yang tidak mempunyai standar fisik, seperti bagi karyawan administrasi. Pada

Umpan balik merupakan aspek penting dalam proses motivasi karena dapat memberikan informasi kepada karyawan apakah hasil kerjanya telah berhasil mencapai hasil

Kertas cadangan ini disediakan untuk memohon pertimbangan dan kelulusan serta bantuan kewangan dari Pusat Perkembangan Pelajar bagi menganjurkan program KAYUHAN

Sukacitanya kertas kerja ini dikemukakan adalah bertujuan untuk memohon pertimbangan dan kelulusan serta bantuan kewangan dari Pusat Pembangunan Mahasiswa dan

5.2 Menjalankan program di luar kampus bagi memberi sepenuh perhatian dengan membentuk satu suasana yang menarik dengan mencipta suasana yang berbeza dari UKM

Bagi slot sesi bersama penghuni ini, peserta-peserta akan berkenalan dengan semua penghuni pertubuhan kebajikan ini.. Slot ini sebagai permulaan untuk membina

Ternyata kakek membuat surat wasiat yang sulit untuk dipenuhi karena beliau cemas melihat tingkah laku Aretta.... acuh dengan kehidupannya, tidak menghargai

Tujuan utama perumusan model teori dasar tersebut adalah untuk memberikan ma- sukan atas intervensi-intervensi apa saja yang diperlukan oleh para manajer dengan memahami