JURNAL ISLAM DAN MASYARAKAT KONTEMPORARI,22(1): 227-236
https: / / journal.unisza.edu.my / jimk
[Sustainable Development from Islamic Perspective:
Analysis Views of Scholars]
Pembangunan Lestari dari Perspektif Islam:
Analisis Pandangan Sarjana AHMAD NAZRUL ALIF YAHYA1
WAN NORHANIZA WAN HASAN1*
1 Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV), Universiti Sains Malaysia.
*Corresponding author: [email protected] Received Date: 7 April 2020 • Accepted Date: 29 Sept 2020 Abstract
This paper aims to discuss sustainable development from an Islamic perspective. In general, sustainable development is a development that meets current and future needs to achieve continuity between economic, social and environmental development without compromising the needs of the next generation. Sustainable development is appealing in the discipline of development, including among Islamic countries. What is the Islamic perspective on this sustainable development? There are two objectives that will be achieved in this paper according to this issues. First is to identify the sustainable development of Islamic perspective from the views of the scholars’. Second is analysis and summarised the views of the scholars’ towards sustainable development from Islamic perspective. This analysis was performed using library methods and content analysis. The study found that sustainable development from an Islamic perspective is broader than the usual sustainable development. Sustainable development from an Islamic perspective encompasses the epistemology and philosophy of Islam which has its own development mold involving physical, moral and spiritual aspects.
Keywords: Sustainable development, Islamic perspective
Abstrak
Kertas kerja ini bertujuan membincangkan pembangunan lestari dari perspektif Islam.
Pembangunan lestari secara umum ialah pembangunan yang memenuhi keperluan semasa serta masa hadapan bagi mencapai kesinambungan antara pembangunan ekonomi, sosial dan alam sekitar tanpa menjejaskan keperluan bagi generasi seterusnya. Pembangunan lestari sangat mendapat perhatian dalam disiplin pembangunan termasuk dalam kalangan negara-negara Islam.
Persoalannya, apakah perspektif Islam terhadap pembangunan lestari ini? Bagi mencapai tujuan tersebut, perbincangan dalam kertas kerja ini dibahagikan kepada dua bahagian. Pertama, mengenal pasti pandangan sarjana terhadap pembangunan lestari dari perspektif Islam. Kedua
©PENERBIT UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN
ISSN1985-7667•e-ISSN:2289-6325 https://doi.org/10.37231/jimk.2021.22.1.420
perspektif Islam. Analisis ini dilakukan dengan menggunakan kaedah kepustakaan dan analisis kandungan. Penelitian mendapati bahawa pembangunan lestari dari perspektif Islam lebih luas berbanding pembangunan lestari yang lazim. Pembangunan lestari dari perspektif Islam ini merangkumi epistemologi dan tasawur Islam yang mempunyai acuan pembangunannya yang tersendiri melibatkan aspek fizikal, akhlak dan rohani.
Kata Kunci: Pembangunan lestari, perspektif Islam
PENGENALAN
Tanggapan manusia terhadap alam sekitar, pembangunan ekonomi dan sosial semakin berubah.
Pada penghujung tahun 1980-an, kebimbangan manusia wujud apabila penilaian terhadap pembangunan semulajadi dan hubungannya dengan alam sekitar, kualiti hidup, pembangunan ekonomi semakin berubah. Penilaian ini telah membuka satu pendekatan baru terhadap isu-isu alam sekitar (Khairulmaini, 2000). Pembangunan lestari dapat dilihat dengan lebih teliti apabila dirungkaikan mengikut perspektif Islam. Pembangunan lestari menjadi satu elemen yang penting dalam sesuatu pembangunan. Persoalannya apakah perspektif Islam terhadap pembangunan lestari ini? Kertas kerja ini berhasrat ingin melihat sejauhmanakah pembangunan lestari dari perspektif Islam dari segi pandangan sarjana. Kertas kerja ini akan menganalisis dan merumuskan pandangan sarjana terhadap pembangunan lestari dari perspektif Islam. Kertas kerja ini membincangkan tentang pembangunan lestari secara umum dan pembangunan lestari dari perspektif Islam berdasarkan pandangan yang dikemukakan oleh para sarjana.
PEMBANGUNAN LESTARI
Pembangunan lestari didefinisikan sebagai pembangunan yang dilaksanakan tanpa melupuskan sumber dan secara mesra alam. Pembangunan lestari adalah salah satu langkah sokongan untuk memelihara sistem kehidupan supaya manusia dan hidupan lain ini dapat menyalurkan keperluan secara berterusan pada masa hadapan. Keseimbangan diberi penekanan terhadap alam semulajadi supaya dapat mengurang pengeksploitasikan sumber alam (UNESCO, 2002).
Pembangunan lestari ialah pembangunan yang memenuhi keperluan semasa serta masa hadapan bagi mencapai kesinambungan antara pembangunan ekonomi, sosial dan alam sekitar demi menjaga kesejahteraan bersama tanpa menjejaskan keperluan generasi seterusnya (Gedeon, 2005). Pengertian sebenar pembangunan lestari lebih banyak cenderung kepada definisi yang termaktub dalam World Commission of Environment and Development (WCED).
WCED memberi pengertian pembangunan lestari sebagai ‘keperluan sesuatu aktiviti pembangunan yang dilaksanakan tanpa menjejaskan keperluan untuk generasi akan datang’.
Keperluan disini adalah merujuk kepada alam sekitar, ekonomi dan sosial (Gedeon, 2005).
Cite as: Ahmad Nazrul Alif Yahya & Wan Norhaniza Wan Hasan. 2021. Sustainable Development from Islamic Perspective: Analysis Views of Scholar. Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari 22(1): 227-236.
Menurut WCED (1987), pembangunan lestari ialah pembangunan yang memenuhi keperluan tekini tanpa menjejaskan keupayaan generasi masa hadapan untuk memenuhi keperluan mereka. Namun, takrifan tersebut merupakan cara paling ringkas untuk memudahkan satu isu yang kompleks dan membawa kepada kejayaan yang sukar untuk di ukur (Paper, 2012).
Tidak dinafikan, pelbagai konsep yang menyokong bahawa pembangunan lestari sentiasa berubah dari segi fahaman dan takrifan. Walau bagaimanapun, perbezaan takrifan ini disebabkan dari pandangan berbeza dalam bidang ekonomi, alam sekitar, sains sosial, sains tulen dan sebagainya (Shahrom Md Zain et al., 2009). Menurut Banister (2008), kelestarian akan dicapai apabila asas penting seperti keamanan, keadilan, dan pentadbiran yang baik.
Kesemua takrifan menjelaskan kepentingan keseimbangan diantara keperluan manusia untuk kesejahteraan dengan menjaga sumber alam sekitar dan ekosistem.
Konsep pembangunan lestari merupakan pembangunan yang moden yang paling proaktif dan praktikal untuk menangani isu pembangunan dan pemuliharaan alam sekitar.
Konsep ini tercetus semasa Persidangan Bumi (Earth Summit) di Rio pada tahun 1992. Walau bagaimanapun, pengertian terhadap pembangunan lestari ini masih kabur dan boleh ditakrifkan secara pelbagai dalam situasi dan keperluan berbeza mengikut perspektif dan ideologi yang diterjemahkan oleh pihak-pihak tertentu (McManus, 1996) dan (Gedeon, 2005). Perbezaan takrifan ini disebabkan pandangan berbeza dalam bidang ekonomi, alam sekitar, sains sosial, sains tulen dan sebagainya (Shahrom Md Zain et al., 2009).
Pembangunan ekonomi juga penting dalam meningkatkan pembangunan kebajikan masyarakat secara keseluruhannya Namun demikian jika kualiti alam sekitar terabai maka akan menyebabkan kebajikan masyarakat menurun. Fahaman yang kurang mengenai hubungan antara ekonomi ke atas alam sekitar telah menghasilkan ‘formulasi-semula’ konsep pembangunan lestari. Formulasi-semula ini telah mempengaruhi pembentukan suruhanjaya World Commission On Environment and Devevelopment (WCED) pada tahun 1984 atau lebih dikenali sebagai ‘The Brundtland Commission’. Suruhanjaya ini telah memulakan beberapa kajian yang menerbitkan ‘Our Common Future’ (WCED, 1987). Laporan ini telah meletakkan satu tanda ukur bagi semua perbincangan masa akan datang tentang pembangunan lestari.
Laporan Brundtland ini mentakrifkan pembangunan lestari sebagai: -
“.... pembangunan adalah satu keperluan dalam sesebuah negara yang mana perlaksanaanya tidak menjejaskan keperluan generasi akan datang....”
Laporan ini memberi tanggapan yang berbeza terhadap pembangunan ekonomi, dengan kualiti pertumbuhan dilihat sebagai sama penting dengan kuantiti pertumbuhan. Menurut Gedeon (2005), laporan ini menggambarkan bahawa manusia boleh meletakan nilai keatas alam sekitar fizikal melalui beberapa bentuk pengurusan alam sekitar tertentu.
Menurut Banister (2008), kelestarian akan dicapai apabila asas penting seperti keamanan, keadilan, dan pentadbiran yang baik. Kesemua takrifan ini menunjukkan kepentingan keseimbangan antara keperluan manusia untuk kesejahteraan dengan menjaga sumber alam sekitar dan ekosistem. Kebanyakan definisi pembangunan lestari merangkumi tiga idea utama yang saling bergantung antara satu sama lain iaitu alam sekitar, ekonomi dan sosial.
berhubung antara satu sama lain. Dengan kata lain ketiga-tiga idea ini haruslah dilaksanakan dengan seimbang seperti yang ditunjukkan dalam Rajah1 di sebelah.
Sumber : Barbier, 1987
Rajah 1 : Idea Pembangunan Lestari
Rajah 1 ini menunjukkan idea pembangunan lestari yang dikemukakan oleh Barbier (1987) yang merangkumi tiga aspek iaitu alam sekitar, ekonomi dan sosial. Aspek alam sekitar menjelaskan pengekalan terhadap keindahan semulajadi, sumber alam dan kitaran biologi.
Aspek ekonomi pula menekankan kepada pengurangan kemiskinan, meningkatkan taraf hidup dan meningkatkan mutu perkhidmatan. Aspek sosial pula menekankan kepada mewujudkan institusi dan pusat pendidikan, mewujudkan pertubuhan sukarelawan untuk pembangunan lestari dan kesejahteraan hidup.
Pembangunan Lestari Dari Perspektif Islam
Dari perspektif Islam, pembangunan lestari ialah pembangunan yang mencapai kesederhanaan ataupun keseimbangan dalam aspek fizikal, sosial, politik, ekonomi dan budaya manusia pada masa ini yang bergerak seriring dengan pembangunan lestari supaya generasi akan datang dapat menikmati segala sumber yang telah disediakan oleh Allah SWT kepada setiap makhluk ciptaannya (Shahrir, 2012).
Alam Sekitar - Mengekalkan
keindahan semulajadi - Mengekalkan
sumber alam -Mengekalkan kitaran biologi
Ekonomi - Mengurangkan
kemiskinan - Taraf hidup
meningkat -Meningkatkan
mutu perkhidmatan Sosial
- Mewujudkan institusi dan pusat pendidikan
- Mewujudkan pertubuhan sukarelawan
untuk pembangunan
lestari - Kesejahteraan
hidup
Islam merupakan satu agama yang mempunyai ciri-ciri kelestarian terhadap manusia dan ekologi (Mohamed I Ansari, 1994). Tambahan beliau pembangunan lestari tidak di perlukan kerana Islam telah mengajar panduan hidup yang lengkap merangkumi semua aspek kehidupan manusia bukan saja di dunia malah di akhirat kelak.
Cara hidup Islam melibatkan manusia hidup dengan aman dan damai dalam persekitaran. Pencapaian pembangunan lestari ini bergantung kepada manusia kerana dalam Islam, manusia merupakan khalifah untuk menjaga alam sekitar sejajar dengan pembangunan yang dilakukan bukan dengan memusnahkan alam sekitar (Niaz Ahmed Khan, 2001).
Menurut Kamaruzaman Jusoff dan Siti Akmar Abu Samah (2011), ada empat saranan dalam kelestarian mengikut Islam. Pertama, Allah SWT telah menciptakan alam sekitar dan menunjukkan kebijaksanaan Allah SWT sebagai Pencipta sekian alam. Kedua, setiap manusia harus menghargai ciptaan Allah SWT dengan menjaga alam dengan baik dan mempertahankan kemusnahan yang berlaku. Ketiga, setiap perkara yang dicipta oleh Allah SWT sama ada hidupan atau pun tumbuhan mestilah dijaga dengan baik. Keempat, Islam mengajar kebaikan yang perlu diamalkan oleh seluruh khalifah dimuka bumi ini. Oleh itu, Islam menuntut supaya menjaga alam dengan baik dan menghargai sumber yang telah diberi oleh Allah SWT.
Allah SWT telah menjadikan alam semesta mengikut ukuranNya, ini kerana pembangunan lestari ini tidak dilakukan dengan baik. Masalah terhadap kemusnahan alam sekitar sering kali terjadi akibat daripada kerakusan manusia sehingga tidak terjaga dengan baik. Islam mengajar manusia bersederhana dalam penggunaan kerana bertujuan untuk menggelakkan pembaziran sumber alam. Allah SWT sering mengingatkan manusia supaya tidak melakukan pembaziran sumber kerana “Dialah yang menciptakan langit dan bumi serta isinya dalam benar” (Surah An’am, 6:3).
Al-Quran merupakan satu sumber yang sahih mengenai alam sekitar dan ekologinya.
Semua ahli-ahli sains dan pemikir hijau telah di gambarkan dalam al-quran sejak beratus-ratus tahun dahulu lagi (Schwencke, 2012). Setiap perkara dilindungi oleh Penciptanya dan setiap konsep yang dijelaskan dalam ayat al-quran mempunyai prinsip yang tersendiri seperti:
• Kesejagatan alam sekitar adalah kehendak Allah SWT ‘Satu Semesta’ iaitu Maha Suci Dia.
• Penjagaan keseimbangan ekologi merupakan kehendak Allah SWT dan ketamakan dalam penerokaan sumber merupakan sifat manusia yang tidak pernah cukup.
• Ekologi merupakan hidupan pelbagai makhluk yang saling bergantung antara satu sama lain.
Ini merupakan prisip-prinsip yang perlu dijadikan sebagai asas kepada pembangunan lestari yang berorentasikan Islam. Islam mempunyai pendekatan pembangunan lestarinya dengan cara yang tersendiri dan dapat membantu penyelidikan saintifik untuk mengubah pendekatan manusia terhadap alam sekitar.
Mohamed I. Ansari (1994) menyatakan Islam merupakan agama yang menganjurkan keamanan dan keharmonian. Oleh itu, cara hidup Islam dapat menjamin kesejahteraan masyarakat mahupun individu dan alam sekitar yang akan menjamin kepada pembangunan
sekitar kerana ia merupakan ciptaan Allah SWT. Allah SWT hanya membenarkan manusia menggunakan sumber alam tetapi tidak untuk memusnahkan alam sekitar tersebut.
Menurut Noor Hanita Abdul Majid dan Ibrahim Udale (2011), pembangunan lestari dalam Islam mempunyai kaitan dalam pengurusan sumber Islam dan telah mengemukakan enam prinsip pembangunan lestari iaitu pertama, pemahaman dan kepercayaan yang selari dengan dengan kalimah syahadah. Kedua, manusia sebagai khalifah harus rasa bertanggungjawab kepada Allah SWT sebagai Penciptanya. Ketiga, menegakkan syariat Allah SWT sebagai panduan hidup supaya mencapai kejayaan di dunia dan akhirat. Keempat, menjadikan al-Quran dan Hadis Nabi SAW sebagai sumber pengetahuan dan perkembangan ilmu. Kelima, menerapkan nilai-nilai Islam dalam setiap aspek seperti sosial, politik, ekonomi dan alam sekitar. Keenam, mewujudkan undang-undang syariah sebagai asas bagi sesebuah negara supaya dapat pentadbiran Islam dapat dijalankan dengan baik.
Menurut Zabariah Matali (2012), al-Quran menggariskan beberapa prinsip yang berkaitan dengan kelestarian. Pertama, keadilan (adl). Kedua keseimbangan (mizan). Ketiga, kesederhanan (wasat). Keempat, belas kasihan (rahmah). Kelima, keyakinan dalam diri.
Keenam, penyucian rohani dan fizikal. Ketujuh, hak yang merangkumi hidupan dimuka bumi seperti manusia, haiwan dan tumbuhan. Kelapan, pengetahuan dalam bidang sain dan teknologi.
Menurut Ibrahim Ozdemir (2003), pembangunan lestari mempunyai tujuh etika dari pespektif Islam. Pertama, 99 nama Allah dan sifat-sifatnya mencerminkan ciptaan Allah SWT terhadap alam semulajadi yang mepunyai ontologinya sendiri. Kedua, Allah SWT telah menciptakan alam secara keseluruhannya dan ia mempunyai nilai yang hakiki dan wujud serta bebas digunakan bagi manusia. Ketiga, manusia merupakan sebaik-baik makhluk yang dicipta oleh Allah SWT dan mempunyai darjat yang tinggi. Oleh itu, manusia juga mempunyai tanggungjawab dalam menjaga alam yang dicipta oleh Allah SWT seperti tanggunjawab keatas dirinya sendiri. Keempat, manusia merupakan khalifah Allah SWT di muka bumi. Oleh itu, manusia juga dipertanggungjawabkan atas setiap tindakan manusia dan Allah SWT berhak mengadili segala tindakan mereka sama ada baik atau buruk di akhirat kelak.
Dewan Mahboob Hossain (2014) pula menyatakan terdapat empat perkara pembangunan lestari yang telah digariskan dalam Islam. Pertama, Islam mementingkan etika dalam urusan perniagaan. Kedua, Islam menitikberatkan terhadap ketaksamaan ekonomi.
Ketiga, Islam memberi penekanan terhadap kesimbangan ekologi dan alam sekitar. Keempat, Islam melarang riba dalam urusan jual beli.
Menurut Niaz Ahmed Khan (2001), pembangunan lestari mempunyai hubungan sejajar dengan etika Islam. Beliau berpendapat bahawa tujuh prinsip etika Islam yang bertepatan dengan pembangunan lestari. Pertama, mengelakkan pembaziran terhadap sumber alam yang digunakan. Kedua, pemuliharaan dan pembangunan sumber supaya dapat digunakan oleh orang lain. Ketiga, mengambil iktibar dari sejarah lampau terhadap pembentukan peraturan. Keempat, mengekalkan penggunaan sumber alam. Kelima, mewujudkan ekonomi dan perdagangan yang adil. Keenam, penyucian jiwa manusia sendiri. Ketujuh, kebertanggungjawaban pemerintah dan pentadbir dalam menjaga sumber alam.
Menurut Odeh Rasyed Al Jayyousi (2012), beliau menyatakan pembangunan lestari adalah dari perspektif Islam ialah mengejar kepada nilai kebahagiaan. Pertambahan nilai dalam kehidupan seperti berkelakuan baik adalah sebahagian daripada peranan manusia dalam pembinaan alam semesta, membantu orang lain, membesarkan anak-anak yang baik, dan juga
tentang kehidupan ringan dibumi ini dan penyingkiran bahan buangan dan lebihan penggunaan sumber alam. Impian Islam tidak dikaitkan dengan pengumpulan kekayaan dan hidup dalam kemewahan, tetapi lebih kepada pemuliharaan modal insan, sosial dan semulajadi yang dianggap sebagai keperluan.
Tambahnya lagi, Islam mengajar bahawa spesies tumbuh-tumbuhan dan hidupan liar yang berada dalam keadaan solat (tasbih). Oleh itu, pemahaman yang sezaman dengan konsep maslahah (kepentingan umum) boleh membawa kepada pemahaman teori kemampanan dalam bidang yang lebih luas. Islam merupakan keadaan semula jadi (fitrah) atau kebaikan. Keadaan semula jadi (fitrah) menunjukkan keharmonian penuh dengan alam semula jadi, manusia dan alam bina. Ia juga bermakna kesedaran penuh dan kesedaran tentang peranan manusia sebagai pemegang amanah dan saksi (khalifah). Manusia adalah pemegang amanah (khalifah) untuk memastikan bahawa semua sumber digunakan dengan cara yang mampan. Islam memandang potensi risiko perubahan iklim sebagai masalah ketiadaan peramanahan manusia yang disebut sebagai kerosakan (Fasad). Islam melihat spesies seperti negara-negara seperti manusia.
Membaca Al-Quran memberitahu minda dan jiwa yang modal semula jadi kita dan modal sosial adalah saling berkaitan dan saling bergantung.
PANDANGAN SARJANA TERHADAP PEMBANGUNAN LESTARI DARI PESPEKTIF ISLAM
Secara keseluruhannya, para sarjana seperti Mohamed I. Ansari (1994) dan Niaz Ahmed Khan (2001) menyatakan bahawa pembangunan lestari dari perspektif Islam merupakan cara hidup manusia merangkumi semua aspek bukan sahaja didunia malah diakhirat. Cara hidup Islam ini akan melibatkan manusia hidup dengan aman dan damai dalam persekitaran. Manusia sebagai khalifah harus menjaga alam sekitar sejajar dengan pembangunan yang dilakukan.
Seterusnya, pandangan sarjana seperti Noor Hanita Abdul Majid dan Ibrahim Udale (2011) mengemukakan prinsip-prinsip pembangunan lestari dari perspektif Islam. Antaranya seperti kefahaman dan kepercayaan, manusia sebagai khalifah, menegakkan syariat Allah SWT dan menjadikan al-Quran dan sunnah sebagai panduan kehidupan. Begitu juga dengan pandangan sarjana Zabariah Matali (2012) yang menyatakan bahawa al-Quran telah menggariskan prinsip-prinsip yang berkaitan dengan kelestarian yang terdiri daripada keadilan, keseimbangan, kesederhanaan, belas kasihan dan keyakinan dalam diri.
Manakala Schwenke (2012) juga menjelaskan pembangunan lestari yang menunjukkan kepada pemikiran ahli-ahli sains yang digambarkan dalam al-Quran bahawa Allah SWT merupakan pencipta alam semesta. Penjagaan terhadap kesimbangan ekologi adalah kehendak Allah SWT. Ekologi juga merupakan hidupan yang saling bergantung antara satu sama lain.
Odeh Rashed Al Jayyousi pula membincangkan pembangunan lestari mempunyai nilai kebahagiaan kerana manusia perlu berkelakuan baik tidak sahaja kepada diri sendiri malah juga kepada alam sekitar. Selain itu, beliau juga menekankan kepada modal insan, sosial dan alam semulajadi ini merupakan satu keperluan bagi kehidupan manusia. Ia bermula dari fitrah iaitu kebaikan. Manusia pula sebagai khalifah dimuka bumi yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga alam semesta dengan baik kerana ia adalah amanah Allah SWT kepada khalifah di muka bumi.
Berdasarkan pandangan sarjana terhadap pembangunan lestari dari perspektif Islam, jelaslah menunjukkan bahawa Islam itu menerapkan nilai dan prinsip yang baik dalam pembangunan lestari. Oleh itu, sepertimana yang telah dinyatakan oleh para sarjana tentang pembangunan lestari dari perspektif Islam telah memberi penjelasan dari pelbagai sudut yang menunjukkan bahawa Islam juga menekankan kepada pembangunan lestari.
Pada pendapat penyelidik, penyelidik bersetuju dengan semua pandangan sarjana terhadap pembangunan lestari dari perspektif Islam. Tetapi, penyelidik ingin memberi tambahan bahawa prinsip-prinsip pembangunan berteraskan Islam yang diperkenalkan oleh Muhammad Syukri Salleh (2003) merupakan acuan pembangunan yang sebenar yang boleh membawa kepada pembangunan lestari mengikut syariat Islam.
Selain itu, pembangunan yang berteraskan Islam sangat penting dalam pembangunan lestari. Pembangunan berteraskan Islam mempunyai tasawur dan epistemologinya sendiri.
Menurut Muhammad Syukri Salleh (2003), PBI mempunyai tujuh prinsip yang berkaitan dengan pembangunan. Prinsip pembangunan yang merangkumi tujuh perkara tersebut tujuh prinsip seperti acuan, pelaku, skala waktu, kerangka, pengkaedahan, peralatan dan matlamat pembangunan berteraskan Islam.
Tasawur Islam merupakan acuan pembangunan berteraskan Islam dan merupakan prinsip yang pertama yang paling penting dalam pembangunan berteraskan Islam. Prinsip yang kedua ialah manusia sebagai pelaku pembangunan. Manusia ini walaupun sama dengan manusia dalam pembangunan lazim tetapi dalam pembangunan berteraskan Islam manusia berfungsi sebagai hamba dan khalifah Allah SWT. Prinsip yang ketiga dalam pembangunan berteraskan Islam ialam skala waktu yang meliputi tiga alam iaitu alam roh, alam dunia dan alam akhirat. Alam roh merupakan alam sebelumnya manusia lahir ke dunia. Semua roh manusia telah mengakui bahawa mereka hamba Allah SWT. Alam roh merupakan alam perjanjian, alam dunia ialah pembuktian dan alam akhirat merupakan alam ganjaran. Prinsip yang keempat ialah ilmu-ilmu fardhu ‘ain. Di dalam pembangunan berteraskan Islam ilmu fardhu ‘ain merupakan corak pembangunan dan mestilah berbentuk ibadah, yakni pengabdian diri kepada Allah SWT Ibadah-ibadah asas seperti sembahyang, berpuasa, berzakat dan menunaikan haji merupakan prinsip yang kelima dalam pembangunan berteraskan Islam.
Ibadah ini merupakan perkara wajib bagi manusia. Prinsip yang keenam ialah berkaitan dengan peralatan pembangunan. Dalam pembangunan berteraskan Islam, sumber alam merupakan peralatan pembangunan sama juga dengan pembangunan lazim, perbezaannya adalah fungsi kepada sumber alam tersebut. Prinsip yang terakhir ialah mencapai keredhaan Allah s.w.t.
Dalam pembangunan berteraskan Islam, kejayaan bukan hanya di dunia tetapi termasuk juga kejayaan di akhirat. Setiap kejayaan dalam pembagunan mendapat keredhaan Allah SWT Prinsip PBI ini menekankan cara untuk menguruskan PBI secara Islam. Secara khususnya, PBI ini meliputi kesemua aspek pembangunan supaya dapat menunjukkan bahawa pembangunan itu betul-betul holistik dengan berpandukan al-Quran dan hadis.
KESIMPULAN
Perbincangan kertas kerja ini menghujahkan pandangan sarjana tentang pembangunan lestari dari perspektif Islam. Pandangan sarjana ini menunjukkan bahawa Islam amat menitikberatkan terhadap pembangunan lestari. Oleh itu, untuk memantapkan lagi pembangunan lestari ini, prinsip-prinsip pembangunan berteraskan Islam juga boleh digunakan bagi pembangunan lestari. Lebih baik lagi apabila pembangunan lestari ini dilakukan dengan pembangunan berteraskan Islam supaya matlamat sebenar-benar pembangunan dapat dicapai. Pembangunan lestari dari perspektif Islam ini merangkumi epistemologi dan tasawur Islam yang mempunyai acuan pembangunannya yang tersendiri melibatkan aspek fizikal, akhlak dan rohani.
PENGHARGAAN
Penghargaan kepada Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia untuk Fundamental Research Grant Scheme (FRGS) kod projek: FRGS/1/2018/SSI12/USM/02/1.
RUJUKAN
Fathimah (2005). The World Summit on Sustainable Development. Netherland : Springer Gedeon.M.M (2006). Sustainable Development Policy and Administration. Taylor and Francis
Group.
Ibrahim Komoo (2000). Antara Tuntutan Pembangunan dan Pemuliharaan Alam Sekitar : Isu Pertentangan. Kuala Lumpur : Institut Kefahaman Islam Malaysia.
Ibrahim Ozdemir (2003). “Towards an Understanding on Environmental Ethics from a Qur’anic Perspevtive”. dlm. Islam and Ecology: A Bestowed Trust, R. C. Foltz, M.
Denny, dan A. Baharudin (Eds.), USA: The President and Fellows of Harvard College.
Kamaruzaman Yusoff dan Siti Akmar Abu Samah (2011). “Environmental Sustainability: What Islam Propogates”. dlm. World Applied Journal. Vol. 12. (Special Issued on Creating Based Society), hal. 46-53.
Karim Hamdy (2000). Islamic Perspective on Natural Resources and Management Sustainability diakses pada 6 September 2015. Daripada http://oregonstate.edu/dept/IIFET/@2000/paper/hamdy.pdf
Mohamed I. Ansari (1994). “Islamic Pespective on Sustainable Development”. dlm. American Journal of Islamic Social Science. Vol. 11, No. 3. hal. 394-402.
Muhammad Shukri Salleh (2003). 7 Prinsip Pembangunan Berteraskan Islam. Zebra Edition, Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.
Niaz Ahmed Khan (2001). “Sustainable Development and Islamic Ethics: A Primer on the conceptual linkages”, dlm. Journal of Islamic Administration, Vol. 4-5. N0. 1. hal. 27- 36.
Noor Hanita Abdul Majid dan Ibrahim Udale Hussaini (2011). Islam and The Concept of Sustainable Development diakses pada 3 September 2015 daripada http://www.medinanet.org/index.php/islamic-issues/165-islam-and-the-concept-of- sustainable-development?.
Odeh Rashed Al Jayyousi (2012). Islam and Sustainable Development: New Worldviews.
Gower Publishing.
Shahrom Md Zain, Wan Hamidon Wan Badaruzzaman, Rahmah Elfithri, Noor Ezlin Ahmad Basri, Nuraini Khatimin, Azami Zaharim & Fatihah Suja (2009). Kaji selidik
pengajaran dan pembelajaran di fakulti kejuruteraan dan alam bina. Seminar Pendidikan Kejuruteraan Dan Alam Bina (PeKA ’09), 44–60.
UNSD (United Nations Sustainable Development) (1992). Agenda 21. Brazil. United Nations Conference on Environment & Development Rio.
Usman Amin Umar dan Mohd Faris Khamidi (2012). Green and Sustainable Development in an Islamic Perspective. Kertas kerja dibentangkan dalam World Conference on Islamic Thought bertempat di Ipoh, Malaysia.
WCED (World Commission of Environment and Development) (1987). Our Common Future.
London: Oxford University Press.