• Tidak ada hasil yang ditemukan

Dasar Ilmu Silat Seni Gayong

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Dasar Ilmu Silat Seni Gayong"

Copied!
7
0
0

Teks penuh

(1)

SILAT SENI GAYONG …..

bersama Azizan Ibrahim

( HPCS I)

DASAR ILMU SILAT SENI GAYONG

PENGENALAN ILMU SILAT SENI GAYONG

Silat Seni Gayong terdiri daripada 349 seni yang mana ilmunya merangkumi ilmu fizikal, ilmu kebatinan, ilmu seni tangan kosong dan ilmu seni senjata. Ilmu fizikal

banyak menekankan aspek kecergasan fizikal seperti daya tahan kardiovaskular ( stamina ), daya tahan otot , kekuatan otot, kelenturan, kelasakan tubuh badan, keseimbangan, masa tindakbalas, kelembutan, koordinasi tubuh dan kuasa. Murid Gayong juga diajar dengan ilmu anatomi agar mengetahui sifat pergerakan tubuh manusia melalui sistem otot, sistem tulang dan sendi. Pengetahuan ini penting dalam melaksanakan sesuatu buah kuncian. Selain itu, teknik pemanasan badan dan senaman regangan yang betul amatlah ditekankan agar otot – otot utama, sendi, tendon dan ligamen murid Gayong bersedia untuk melaksanakan pergerakan – pergerakan sukar dan mengelakkan daripada berlakunya kecederaan. Manakala teknik penyejukan badan diajar supaya tubuh badan kembali normal dan mengelakkan berlakunya lesu akibat pengumpulan asid laktik pada otot – otot utama. Secara keseluruhannya, ilmu ini penting untuk persediaan fizikal murid Gayong semasa latihan dan untuk membentuk fizikal yang mantap sesuai sebagai seorang ahli silat.

Ilmu kebatinan pula lebih kepada pengisian rohani dan minda yang mana ianya akan meningkatkan keyakinan, ketenangan, penumpuan dan kesabaran melalui proses meditasi peringkat tinggi, jurus pernafasan dan amalan – amalan kerohanian seperti pembacaan ayat – ayat Al – Quran, wirid – wirid dan doa tertentu. Seni Belian dan Ibu Gayong merupakan antara permainan ilmu Gayong yang dihiasi dengan ilmu kebatinan dan tenaga dalam. Namun begitu, peringkat tertinggi di dalam ilmu ini ialah pelajaran berbentuk kerohanian yang mana murid Gayong akan diajar dengan Ilmu Ketuhanan agar membentuk pegangan akidah yang benar dan mantap.

Ilmu Seni Tangan Kosong merupakan ilmu yang memanfaatkan tulang 4 kerat sebagai alat untuk memusnahkan lawan dan melakukan belaan daripada serangan pihak lawan. Murid Gayong akan diajar teknik – teknik menyerang menggunakan tangan dan kaki seperti tumbuk lurus pintal tali, sauk emas sepukal, pancung dayung, selayang pancung, tendang sula, tebar jala, tolak lintang dsb. Selain itu, murid Gayong juga diajar untuk membela diri daripada serangan pihak lawan seperti mengelak, menangkis, menghadang, melompat, tunduk dsb. Murid gayong perlulah mahir dalam mengatasi pihak lawan seorang ataupun secara berkumpulan. Rahsia sasaran maut pada tubuh manusia juga dibongkar agar setiap serangan dan belaan menjadi lebih efektif dan memberi impak yang besar terhadap pihak lawan seterusnya menjimatkan masa pertempuran. Antara ilmu Seni Tangan Kosong ialah Buah Tangkapan Kunci Mati, Buah Pukulan Maut, Kombat, Seni Siku, Seni Kaki, Seni Seligi, Seni Serangan Rajawali, Seni Selayang Pandang, Seni Tangkapan Sendi, Seni Yoi dan Seni Harimau Kumbang.

Ilmu Seni Senjata pula mendedahkan kepada murid Gayong dengan rahsia permainan segala senjata di alam Melayu seperti pisau, tongkat, cota, parang, golok, kelewang, kerambit, tekpi, kapak, buku lima, keris, lembing, sundang lipas, mayang gesit, tumbuk lada dsb termasuklah Seni Cendai iaitu seni pusaka Bugis yang menggunakan kain sebagai senjata. Murid Gayong akan diajar menghadapi segala

(2)

SILAT SENI GAYONG …..

bersama Azizan Ibrahim

( HPCS I)

serangan senjata dari pihak lawan secara bertangan kosong atau menggunakan senjata. Seseorang murid Gayong juga diajar agar dapat mengaplikasikan segala bentuk permainan senjata tadi kepada segala bentuk benda yang ada di persekitarannya. Ini bermakna, segala benda yang berhampiran dan di persekitaran murid Gayong adalah menjadi senjata baginya untuk mempertahankan diri dari pihak lawan.

SISTEM PELAJARAN

Proses pembelajaran ilmu Silat Seni Gayong ini dilakukan secara berperingkat mengikut tahap bengkong tertentu secara sistematik ( Hitam Asas, Putih, Hijau, Merah, Merah Cula, Kuning, Kuning Cula dan Hitam Harimau Pelangi Cula Sakti ). Tahap pencapaian, ilmu dan kemahiran seseorang murid Gayong dapat diperhatikan daripada bengkong yang dipakainya.Tempoh pembelajaran biasanya mengambil masa bertahun – tahun untuk dipelajari dan seterusnya untuk menguasai segenap aspek ilmu kependekaran Silat Seni Gayong.

Murid Gayong yang berjaya mencapainya akan menjalani istiadat Khatam Ilmu oleh Pemegang Amanah Ilmu atau Gurulatih – Gurulatih yang telah diamanahkan oleh Pemegang Amanah. Namun, murid Gayong yang telah menjalani Istiadat Khatam Ilmu tidak bermakna seseorang murid itu telah berjaya menamatkan segala ilmu Gayong kerana ilmu kependekaran Silat Seni Gayong tiada penghujungnya dan tidak akan habis diterokai. Setiap buah Gayong ada pecahannya dan pecahannya itu juga masih ada lagi pecahannya dan begitulah seterusnya tanpa ada penghujungnya. Keadaan ini membentuk Falsafah ilmu kependekaran Gayong iaitu ‘selagi ada

gerak, selagi itu ada GAYONG’. Ilmu Silat Seni Gayong adalah hidup. Hanya

mereka yang benar – benar menuntut dan menjiwai Gayong sahaja yang dapat memahami hakikat Silat Seni Gayong.

Walaupun proses pembelajaran ilmu Silat Seni Gayong dijalankan secara sistem bengkong, namun secara asasnya ilmu Silat Seni Gayong boleh dibahagikan kepada 7 peringkat utama iaitu;

1. Tapak Gayong

2. Seni Tapak Gayong ( Pecahan Tapak ) 3. Seni Gayong ( Seni Senjata )

4. Seni Yoi

5. Seni Belian ( Kebatinan ) 6. Seni Cendai

7. Hakikat Ilmu GAYONG

1. TAPAK GAYONG

Tapak Gayong merupakan peringkat awal / asas bagi ilmu Silat Seni Gayong. Sebelum mula mempelajari asas – asas beladiri, murid Gayong akan diperkenalkan dengan senaman untuk kecergasan fizikal yang meliputi daya tahan kardiovaskular ( stamina ), daya tahan otot , kekuatan otot, kelenturan, kelasakan tubuh badan, keseimbangan, masa tindakbalas, kelembutan, koordinasi tubuh dan kuasa.

(3)

SILAT SENI GAYONG …..

bersama Azizan Ibrahim

( HPCS I)

latihan gulingan, lompatan dan jatuhan. Semua senaman ini amat penting bagi membentuk tubuh badan dan persediaan murid Gayong untuk melakukan aktiviti latihan silat yang berisiko tinggi untuk mengalami kecederaan. Kemudian, barulah murid Gayong akan diajar dengan asas – asas beladiri yang terdiri daripada 3 komponen utama iaitu;

1. Langkahan 2. Serangan 3. Belaan

Langkahan merupakan teknik pergerakan kaki yang mana ianya amat penting dalam melaksanakan teknik serangan atau belaan dengan pantas dan tepat. Tanpa melangkah atau menggerakkan kaki, segala jenis serangan tidak dapat mengenai sasaran disebabkan faktor jarak dan pihak lawan yang sentiasa bergerak ( tidak statik ). Belaan juga memerlukan pergerakan kaki untuk memindahkan tubuh dalam mengelak serangan pihak lawan. Asas Langkahan berpandukan 8 arah mata angin.

Bagi melaksanakan Langkahan yang sempurna, murid Gayong perlu menguasai

Tapak Kekuda untuk membina kekuatan otot – otot kaki dan mencapai keseimbangan serta kestabilan diri. Tapak Kekuda terdiri daripada Tapak Kekuda Hadapan, Tapak Kekuda Belakang, Tapak Kekuda Selari, Tapak Kekuda Sendeng dan Tapak Kekuda Kaki Gantung. Kekuda ini boleh dilakukan dengan 3 aras ketinggian yang berbeza iaitu tinggi, sederhana dan rendah.

Kekuda tinggi penting untuk melaksanakan serangan di bahagian atas pihak lawan seperti ubun – ubun, bahagian kepala, halkum dan tengkok belakang. Kekuda tinggi banyak digunakan dalam Seni Serangan Rajawali. Kekuda rendah pula penting untuk serangan di bahagian alat sulit, celah kelangkang dan sendi lutut yang banyak digunakan dalam Seni Serangan Bapak Harimau.

Kombinasi Langkahan dan Tapak Kekuda dengan pelbagai aras ketinggian boleh mengelirukan pihak lawan dan seterusnya dapat mengatur serangan yang kuat, cepat dan tepat ke sasaran maut pihak lawan. Di dalam Seni Tapak Yoi, murid Gayong akan diajar asas – asas pergerakan tapak atau langkahan secara sistematik iaitu Tapak 3, 4, 8, 12, 14, 16, 21 bagi mengelak dari serangan pihak lawan dan seterusnya melakukan serangan balas.

(4)

SILAT SENI GAYONG …..

bersama Azizan Ibrahim

( HPCS I)

Serangan merupakan satu kaedah yang dilakukan oleh murid Gayong untuk menumpaskan / melemahkan pihak lawan. Murid gayong akan diajar teknik - teknik serangan yang berkesan yang mana setiap serangan mestilah dilakukan dengan teknik yang betul dan tepat pada sasaran maut pihak lawan. Serangan boleh dibahagikan kepada 2 bentuk iaitu serangan menggunakan tangan dan serangan menggunakan kaki. Prinsip serangan ialah KUAT, CEPAT dan TEPAT.

Asas serangan tangan terdiri daripada Tumbuk Lurus Pintal Tali, Pancung Dayung, Sauk Emas Sepukal, Selayang Pancung, Hentak Emas Sepukal, Tembi Hentak, Tembi Sula, Tembi Siku, Siku Tembi, Seligi, Telapak Harimau ( Tampar Harimau ) dan Tusuk Rajawali.

Asas serangan kaki pula terdiri daripada Tendang Sula, Tebar Jala, Tolak Lintang, Tendang Kuda Gila, Jala Tebar, Tendang Rajang, Sepak Rajang, Lambung Kemudi, Hentak Adam dan Jala Tebar Hentak Adam.

Serangan yang dibuat tanpa menggunakan kaedah yang betul amat mudah untuk dipatahkan, sebaliknya serangan yang terkawal dari segi sasaran, imbangan badan dan penumpuan tenaga perlulah dipatahkan dengan kemas dan tepat. Maka, untuk membuat serangan yang baik murid Gayong perlu berlatih dengan melakukan gerakan – gerakan serangan tangan dan kaki ini bersungguh – sungguh dan dilakukan dengan kaedah yang tepat.

Belaan merupakan satu kaedah mengelak atau menangkis sebarang serangan dari pihak lawan. Belaan boleh dilakukan dengan pelbagai teknik seperti mengalih tubuh, menghadang, melompat, menunduk, menyangga, berundur dan menepis. Konsepnya ialah menghalang serangan pihak lawan daripada mengenai sasaran. Prinsip belaan ialah SETIAP BELAAN MESTI DISUSULI DENGAN SERANGAN BALAS.

Dalam ilmu belaan, murid Gayong akan diajar dengan Asas Elakan yang menggunakan tangan dan juga kaki seperti Sangga Sisi, Sangga Langit, Sangga Bawah, Cekak Harimau Jantan dan Betina, Elak Yoi, Rembat Helang dan Lambung Kemudi. Setelah mahir dengan Asas Elakan, murid gayong akan diajar pula dengan Elak Pukul. Dalam pelajaran ini, mereka hendaklah membuat elakan dengan sempurna dan disusuli dengan serangan balas ke sasaran maut pihak lawan.

Setelah murid Gayong mahir mempraktikkan komponen – komponen Langkahan ( Tapak ), Serangan dan Belaan, Buah Tangkapan Kunci Mati ( 21 buah ) dan

Buah Pukulan Maut ( 21 buah ) perlulah diingat dan dikuasai yang mana ianya adalah dicipta dan disusun daripada gabungan komponen – komponen tersebut.

2. SENI TAPAK GAYONG ( PECAHAN TAPAK )

Seni Tapak Gayong merupakan lanjutan daripada pelajaran Tapak Gayong dan murid Gayong perlulah menjalani Istiadat Perlimau Sintuk Seni untuk mempelajari ilmu pada peringkat ini dan ilmu – ilmu Gayong peringkat seterusnya. Pada peringkat ini murid Gayong diajar menghalusi lagi pelajaran bahagian Tapak Gayong supaya murid Gayong berkemampuan untuk membuat serang balas yang berkesan.

(5)

SILAT SENI GAYONG …..

bersama Azizan Ibrahim

( HPCS I)

Pelajaran pada peringkat ini termasuklah Buah Tapak Kunci Hidup ( 49 buah ) iaitu teknik membuka semula kuncian di samping dapat membuat kuncian semula pihak lawan. Murid Gayong juga diajar pecahan setiap Buah Tangkapan Kunci Mati mengikut keadaan tertentu ( 21 X 7 ) dan pecahan Buah Pukulan Maut. Pada peringkat ini juga, semua buah – buah yang dipelajari telah diringkaskan membentuk teknik – teknik RINGKAS, EFEKTIF DAN REALISTIK. Seni - seni yang terkandung dalam peringkat ini seperti Seni Kombat, Seni Siku, Seni Kaki, Seni Seligi, Seni Serangan Rajawali, Seni Selayang Pandang dan Seni Kipas Nandung.

3. SENI SENJATA GAYONG

Seni Senjata Gayong merupakan peringkat yang mana murid Gayong didedahkan dengan permainan dan selok belok senjata alam Melayu. Seni Senjata Gayong boleh dibahagikan kepada 2 seni utama iaitu ;

i. Seni Keris

Merupakan pelajaran menggunakan senjata tikam seperti keris dan pisau. Murid gayong diajar menggunakan senjata ini dan kaedah menghadapinya. Antara teknik yang terdapat di dalam seni ini seperti Tikaman Anak Sungai, Pasak Jantan, Radak Sula, Rembat Relang, Rembat Keli dan Radak Benih. Mengandungi pelajaran Seni Keris ( Keris Satu dan Keris Dua - 49 tikaman ), Seni Pisau ( Kuncian, Serangan Maut dan Pentas - Pisau Satu dan Pisau Dua) .

ii. Seni Simbat.

Merupakan pelajaran menggunakan senjata belantan dan merupakan asas kepada permainan Parang Panjang, Kapak, Tekpi, Pedang, Sundang Llipas, dan Lembing. Antara teknik yang terdapat di dalam seni ini seperti Libas Tanduk, Rembat Renchong, Renchong Rembat, Libas Nandung, Nandung Libas, Tikaman Anak Sungai, Sauk, Tikaman Sula, Tikaman Lurus, Tikaman Rembat, Tikaman Hentak dan Tikaman Rejam. Mengandungi pelajaran Seni Simbat / Tongkat ( kunci dan permainan ), Seni Simbat Suk / Cota ( kunci dan permainan ), Seni Tongkat Panjang / Tembung(kunci dan permainan), Seni Parang Panjang(kunci dan permainan - Parang Satu dan Parang Dua), permainan Parang Panjang dan Perisai, permainan Parang Panjang - Rantai, permainan Pisau-Simbat, Seni Tombak / Lembing ( kunci dan permainan ), Seni Anak Tombak (kunci dan permainan), Seni Parang-Tekpi dan Seni Tombak-Tekpi.

Antara ilmu permainan senjata utama yang dijadikan sukatan pelajaran ialah;

a. Seni Pisau b. Seni Simbat c. Seni Parang d. Seni Keris e. Seni Lembing

(6)

SILAT SENI GAYONG …..

bersama Azizan Ibrahim

( HPCS I)

Selain daripada pelajaran seni senjata yang disenaraikan di atas, terdapat juga pelajaran seni senjata yang menjadi Ilmu Tambahan dan Ilmu Khas kepada murid Gayong sebelum mereka menjalani Istiadat Khatam Ilmu seperti ;

a. Sundang Lipas b. Cota / Simbat Suk c. Kerambit d. Tekpi e. Tumbuk Lada f. Mayang Gesit g. Kelewang h. Gada – Gada i. Kapak j. Simbat Suk k. Pemanah

l. Senjata Api Jarak Dekat

4. SENI YOI

Seni Yoi penting dalam pertempuran melibatkan ramai pihak lawan. Murid Gayong akan diajar dengan konsep bertempur menghadapi 2 dan lebih pihak lawan. Seni Yoi boleh dipecahkan kepada 2 bentuk pelajaran iaitu;

i. Seni Tapak Yoi

Pelajaran berkaitan pergerakan kaki dengan susun atur yang bersistematik bagi mengelak dan mengelirukan pihak lawan. Terdiri daripada Tapak 3, 4, 8, 12, 14, 16 dan 21.

ii. Seni Buah Yoi

Pelajaran yang mengaplikasikan Seni Tapak Yoi dengan Konsep Serang Bela dalam ilmu Silat Seni Gayong.

Semasa menghadapi ramai pihak lawan, serangan yang menggunakan kaedah kuncian dan serangan yang bertalu – talu tidak sesuai digunakan kerana pihak lawan yang lain dapat menggunakan kesempatan ini untuk membuat serangan balas. Oleh itu, murid Gayong perlu menggunakan Seni Yoi yang dapat mengelirukan pihak lawan dan seterusnya melepaskan serangan – serangan yang RINGKAS, MUDAH DILAKSANAKAN DAN EFEKTIF sasaran maut.

5. SENI BELIAN ( KEBATINAN )

Seni Belian merupakan permainan Tapak Harimau ( Serangan Bapak Harimau ) yang dihiasi dengan amalan kebatinan menerusi proses meditasi peringkat tinggi, jurus pernafasan dan amalan – amalan kerohanian seperti pembacaan ayat – ayat Al – Quran, wirid – wirid dan doa tertentu. Sebelum mempelajari ilmu ini, seseorang murid Gayong perlulah beramal membaca Surah Al – Ikhlas sebanyak yang termampu sehari semalam ( minima 14X ) sehingga mencapai 70 ribu. Kemudian

(7)

SILAT SENI GAYONG …..

bersama Azizan Ibrahim

( HPCS I)

amalan Gayong seperti Ayat 9 ( dibaca 17X sehari semalam ), Ayat 4, Ayat Hulubalang, Ayat 12 dan Ayat Ibu Gayong. Pembacaan wirid – wirid ini hendaklah dilakukan secara berterusan sehingga ianya sebati dengan diri pengamal. Pada peringkat ini, gerak zahir dapat disatukan dengan gerak batin dan murid Gayong akan mendapat GERAK IBU GAYONG yang mana setiap pergerakannya adalah mengikut GERAK ILHAM sendiri.

6. SENI CENDAI

Seni Cendai merupakan pelajaran yang menggunakan kain sarung dan seumpamanya yang merupakan pelajaran tertua dalam Silat Seni Gayong. Seni Cendai terbahagi kepada dua jenis permainan iaitu Cendai Jantan ( pukul-memukul ) dan Cendai Betina (jerut-menjerut). Tujuh pecahan yang terdapat dalam permainan Cendai ialah Sauk-sauk ( 21 buah ), Tebar ( 21 buah ), Serkap ( 21 buah ), Kain Tudung ( 21 buah ), Awang Bodoh ( 21 buah ), Pukat ( 21 buah ), dan Kalung Puteri ( 21 buah ). Keseluruhan pakaian murid Gayong seperti tanjak, baju,seluar, tali pinggang, bengkong, seluar, stokin, selempang, tudung, dsb boleh dijadikan alat untuk membunuh pihak lawan dengan menggunakan kaedah ilmu Cendai.

7. HAKIKAT ILMU GAYONG

Hakikat Ilmu Gayong merupakan ilmu peringkat tertinggi dalam peringkat pembelajaran ilmu Silat Seni Gayong. Ilmu yang berbentuk kerohanian dan mengajar seseorang murid Gayong dengan Ilmu Ketuhanan peringkat tinggi (Iktikad Ahli Sunnah Wal Jamaah ) yang merangkumi ilmu Mengenal Diri dan Mengenal Tuhan. Ilmu ini teramat penting kerana ianya adalah ilmu akidah yang menjadi pegangan seluruh mukmin sejati. Selain itu, murid Gayong akan dibimbing dengan ilmu dan amalan untuk menghilangkan sifat – sifat hati yang tercela seperti dengki, tamak, riak, taksub, ujub, sumaah dan sifat mazmumah yang lain dan digantikan dengan sifat – sifat mahmudah.

Konsep kehambaan turut ditekankan agar murid Gayong sedar akan tugas dan tanggungjawab sebenar mereka di muka bumi ini iaitu BERIBADAH kepada ALLAH SWT dengan mengikut segala PERINTAHNYA dan meninggalkan segala

LARANGANNYA. Pada peringkat ini, silat dijadikan wadah untuk berdakwah dalam usaha menarik masyarakat dan mewujudkan suatu jemaah yang kuat dan bersatu padu. Dalam usaha ini, murid Gayong berpegang kepada konsep BERANI KERANA BENAR dalam menyeru masyarakat ke arah KEBAIKAN dan mencegah

KEMUNGKARAN.

Referensi

Dokumen terkait