• Tidak ada hasil yang ditemukan

Silat Seni Gayong (Latest)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Silat Seni Gayong (Latest)"

Copied!
126
0
0

Teks penuh

(1)

Mohammad Azrul Ibrahim 1

PENGASAS DAN PENCIPTA SILAT SENI GAYONG

Dato’ Paduka Daeng Meor Abdul Rahman Daeng Uda Mohd Hashim

DPCM

Mahaguru Silat Seni Gayong ialah Allahyarham Dato' Paduka Meor Abdul Rahman bin Daeng Uda Mohd Hashim. Beliau ialah seorang berketurunan Raja Bugis dan Arab daripada susur galur Al-Attas. Moyang beliau yang terkenal berhijrah ke Tanah Melayu ialah Tengku Daeng Kuning. Daeng Kuning merupakan seorang pahlawan terkenal yang digelar sebagai Panglima Hitam. Daeng Kuning dikatakan mewarisi ilmu kependekaran daripada nenek moyangnya seorang pendekar yang dikenali sebagai Pahlawan Gayong.

Pahlawan Gayong ialah seorang pendekar terbilang yang menguasai ilmu persilatan secara zahir dan kebatinan. Beliau amat tersohor di kepulauan Melayu dan digeruni oleh lawannya. Ada sumber yang mengatakan bahawa Dato' Laksamana Hang Tuah adalah pewaris amanah ilmu Pahlawan Gayong. Seterusnya ilmu tersebut diturunkan kepada Dato' Meor Abdul Rahman sebagai waris zuriat Pahlawan Gayong.

Daeng Kuning berhijrah dari Sulawesi ke Tanah Melayu selepas tahun 1800 Masehi. Penghijrahan tersebut ditemani oleh saudara mara beliau yang terdiri daripada Daeng

Merewah, Daeng Celak, Daeng Parani, Daeng Pelangi, Daeng Mempawah dan Daeng Jalak. Mereka tujuh bersaudara belayar ke Tanah Melayu untuk membina penghidupan baru dan menyatupadukan pahlawan-pahlawan Melayu.

Penghijrahan bangsa Bugis ke Tanah Melayu dipercayai bermula dari tahun 1667 Masehi apabila Makasar, Sulawesi jatuh ke tangan Belanda. Pahlawan Bugis yang terkenal di gugusan Melayu pada ketika itu ialah Daeng Rilaka dan lima orang putera beliau bernama Daeng Parani, Daeng Merewah, Daeng Menambun, Daeng Celak dan Daeng Kemasi.

Penghijrahan Daeng Kuning tujuh bersaudara ini berkemungkinan besar susulan daripada dasar campurtangan Kerajaan Belanda yang semakin berleluasa di Kepulauan Sulawesi. Ada sumber yang mengatakan bahawa Daeng Kuning adalah zuriat keturunan Daeng Merewah bin Daeng Rilaka. Dua buah rombongan ini sudah pasti terdiri daripada orang yang berlainan walaupun ada persamaan pada sesetengah nama. Ini berdasarkan perbezaan masa yang agak ketara. Walau bagaimanapun, kaitan kekeluargaan antara satu sama lain tidak dinafikan.

Penghijrahan tujuh bersaudara tadi bukanlah bermaksud lari daripada medan

peperangan, ia sebenarnya satu cara untuk menyusun strategi balas. Matlamat mereka ialah untuk mengumpulkan para pahlawan Melayu bagi menentang kuasa-kuasa asing yang menjajah negeri-negeri di Nusantara.

Daeng Kuning dan saudaranya telah mempelopori gerakan gerila untuk melumpuhkan pentadbiran penjajah di negeri-negeri Melayu. Walaupun ramai pahlawan Bugis terlibat secara langsung dengan kancah politik negeri-negeri Melayu seperti di Sumatera, Jawa,

(2)

Mohammad Azrul Ibrahim 2 padu. Malahan, ada di antara mereka yang menjadi askar upahan kuasa-kuasa asing dan berperang sesama sendiri.

Oleh sebab itulah, ketika belayar di tengah lautan, Daeng Kuning telah mengingatkan kembali matlamat penghijrahan mereka. Pesanan tersebut disampaikan melalui bentuk pantun kepada saudara-mara beliau yang berbunyi;

Pecah Gayong Di Dalam Dulang, Dulang Hanyut Di Lautan Tujuh; Perpecahan Gayong Perpecahan Sayang, Suatu Masa Dan Ketika Kembali Teguh (berpadu)

Dalam tahun 1813 Masehi, Daeng Kuning tujuh bersaudara telah mendarat di Kuala Larut, Perak sebelum pemerintahan Sultan Abdullah. Buat sementara waktu mereka

bermastautin di suatu tempat yang mereka namakan sebagai Pengkalan Alur atau Relur Tujuh. Kini tempat tersebut dipanggil Kampung Ayer Kuning, terletak di Taiping, Perak.

Hanya Daeng Kuning menetap di Pengkalan Alur dan bertapa buat beberapa ketika di dalam sebuah gua di Bukit Larut. Manakala saudara Daeng Kuning yang lain bergerak menuju ke Pahang, Terengganu, Johor, Selangor, Melaka dan Kedah. Ada yang terus menetap di negeri singgahan mereka dan ada antaranya yang meneruskan perjalanan berikutnya ke Kepulauan Melayu lain. Daeng Kuning telah mendirikan rumahtangga dengan seorang puteri raja Patani. Perkahwinan tersebut menghasilkan seorang cahaya mata lelaki yang dinamakan Che Ngah Tambah.

Daeng Kuning digelar oleh penduduk tempatan sebagai Tok Hitam Dam. Gelaran

tersebut cukup terkenal hinggakan sebatang jalan di Kampung Pokok Assam dinamakan Jalan Tok Hitam Dam. Daeng Kuning mangkat di Taiping, Perak dalam tahun 1875 Masehi. Makam beliau terletak di Kampung Tupai, berdekatan Jalan Pokok Assam di Taiping. Ia telah

diwartakan sebagai bahan sejarah dan kini terletak di bawah jagaan Muzium Negara menurut Akta Bendapurba, 1976.

Anak tunggal Daeng Kuning, Che Ngah Tambah juga memiliki ilmu yang tinggi dan sifat kepemimpinan yang unggul. Beliau merupakan tokoh yang membuka Daerah Larut-Matang dan dilantik menjadi seorang Penghulu Besar bagi daerah tersebut.

Atas kewibawaan beliau, Che Ngah Tambah dilantik oleh Sultan Perak sebagai salah seorang daripada Orang Besar Enam Belas Negeri. Che Ngah Tambah menetap di kampung Ayer Kuning dan mempunyai empat orang isteri.

Che Ngah Tambah merupakan seorang pembesar yang pemurah dan amat disegani. Tanah-tanah dalam bidangkuasanya diagih-agihkan kepada penduduk tempatan atau sesiapa sahaja yang layak untuk diusahakan atau dibuat penempatan.

Pemimpin-pemimpin Cina yang menjalankan aktiviti perlombongan di dalam daerahnya juga amat menghormati beliau. Anak Che Ngah Tambah yang bernama Alang Abdul Rahman telah dikahwinkan dengan salah seorang anak pemimpin Cina. Pemimpin Cina berkenaan

(3)

Mohammad Azrul Ibrahim 3

menawarkan anak beliau sebagai tanda persahabatan dan hormat atas kepimpinan Che Ngah Tambah.

Hasil perkongsian hidup Che Ngah Tambah dengan salah seorang isteri beliau, Allah SWT telah mengurniakan lima orang cahaya mata. Anak-anak mereka terdiri daripada Long Khadijah, Mariah, Uda Mohd Hashim, Aminah dan Mariam. Anak-anak Che Ngah Tambah dengan isteri-isteri yang lain setakat yang diketahui ialah Alang Abdul Rahman, Putih Mohd Salleh dan Sareah. Che Ngah Tambah telah dimakamkan di perkarangan Masjid Taiping (lama) dan nama beliau juga diabadikan pada sebatang jalan di Pokok Assam, Taiping.

Uda Mohd Hashim merupakan ayahanda kepada Dato' Meor Abdul Rahman. Uda Mohd Hashim ialah seorang arkitek yang terkenal di Taiping. Beliau telah berkahwin dengan seorang janda cantik berketurunan Arab bernama Syarifah Aluyah binti Syed Zainal al-Attas. Syarifah Aluyah sebelum berkahwin dengan Uda Mohd Hashim telah mempunyai tiga orang anak bernama Alin, Puteh dan Hendun.

Syed Zainal bin Syed Idris al-Attas berasal dari Pahang manakala isterinya ialah orang tempatan Parit, Perak. Syed Zainal pernah dilantik sebagai seorang penghulu di Pekan, Pahang. Beliau juga dikenali sebaga Dato' Jenal. Beliau ialah salah seorang pembesar

Pahang yang menentang penjajahan British bersama-sama dengan Dato' Mat Kilau dan Dato' Bahaman.

Sebaik sahaja Uda Mohd Hashim berkahwin dengan Syarifah Aluyah, mereka telah berpindah ke Lake Garden (Taman Tasek), Taiping. Uda Mohd Hashim dan Syarifah Aluyah telah dikurniakan tiga orang cahayamata iaitu Meor Abdul, Aziz, Meor Abdul Rahman dan Siti Sa'diah.

Selain menjalankan tugas seharian sebagai seorang arkitek, Uda Mohd Hashim juga adalah salah seorang Ahli Majlis Daerah Taiping. Kebanyakan rekabentuk rumah dan

bangunan terutamanya di Kampung Pokok Assam dan bandar Taiping adalah hasil kreativiti beliau. Sebagai ahli Majlis Daerah, beliau berperanan merancang dan memajukan Daerah Taiping. Ini membuatkan beliau dikenali ramai dan dihormati.

Latar belakang keluarga yang begitu kuat dan berpengaruh sedikit sebanyak telah membentuk peribadi Meor Abdul Rahman sebagai seorang pahlawan dan pemimpin unggul seni silat abad ke-20.Meor Abdul Rahman bin Daeng Uda Mohd Hashim dilahirkan pada 17 haribulan Ogos 1918 di Kampung Lake Garden, Taiping, Perak. Ketika lahir beliau dinamakan Meor Abdul Hamid.

Sebelum dilahirkan, bonda beliau bermimpi didatangi satu lembaga yang

mengkhabarkan anak dalam kandungannya akan menjadi seorang pahlawan yang gagah berani. Meor Abdul Rahman dilahir berkembarkan seekor cacing. Kembar beliau itu setelah dibersihkan disimpan di dalam sebuah tempurung kelapa jantan, kemudiannya dihanyut ke laut melalui Teluk Kertang, Matang, Perak. Menurut kata bondanya, kelahiran sedemikian adalah petanda awal bahawa Meor Abdul Rahman akan menjadi seorang pendekar yang terbilang.

(4)

Mohammad Azrul Ibrahim 4 Apabila meningkat remaja, keluarga Meor Abdul Rahman telah berpindah ke Kampung Pokok Assam, Taiping. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Taiping dan persekolahan menengah di Sekolah King Edwards VII, Taiping seterusnya di Government Trade School di Ipoh sehingga tahun 1935.

Beliau menuntut ilmu persilatan dengan Syed Zainal bin Syed Idris Al-Attas ketika itu berusia lebih kurang 120 tahun. Sejak kecil beliau sering mendengar kisah pahlawan dan sejarah perjuangan bangsa Melayu dari nendanya. Selama lebih kurang 2 tahun, Meor Abdul Rahman menjalani latihan intensif setiap hari siang dan malam. Tempoh latihan tersebut dikira terlalu lama berbanding rakan-rakan beliau yang khatam bersilat hanya menuntut beberapa bulan sahaja contohnya di Ijuk, Changkat Jering dan Batu Kurau. Ini mengakibatkan beliau sering diejek dan dipersenda umpama ' buah yang tidak masak' oleh rakan-rakan sebaya. Apabila persoalan demikian dikemuka oleh bondanya kepada Syed Zainal Al-Attas, jawapan yang diberi ialah cucunda beliau akan dikhatam oleh orang ghaib pada suatu masa dan di suatu tempat di sempadan Kedah dan Siam.

Sejak di alam persekolahan menengah lagi Meor Abdul Rahman gemar keluar

kampung untuk mencari pengalaman baru. Dalam tempoh masa antara tahun 1933 sehingga 1935, beliau sering berulang-alik ke Kedah menziarahi kanda iparnya, Hendon di Kota Sarang Semut, Kedah. Beliau hanya menunggang basikal ke Kedah atau ke mana sahaja beliau tuju. Hubungan beliau dengan kanda dan iparnya, Zainal Abidin amat erat. Ketika itu, kanda

iparnya bertugas sebagai seorang Inspektor Polis di Balai Polis Kota Sarang Semut.

Ketika di alam persekolahan, Meor Abdul Rahman mempunyai beberapa orang kawan rapat. Mereka ialah Bakar, Wan Noh bin Haji Ismail, Wan Man bin Haji Ismail dan Aziz Khan. Mereka ini sering bersaing dan bergerak bersama-sama dalam kelompok seperti remaja lain dalam pertengahan dan lewat usia belasan tahun. Sejak dari sekolah menengah Meor Abdul Rahman sudah terkenal dengan kekuatannya. Beliau digelar "Rahman The Strong Man".

Gelaran itu diberi atas kemampuan istimewa Meor Abdul Rahman. Beliau sering diminta oleh rakan-rakannya menunjukkan kehandalan mengangkat objek yang berat dan melakukan kebolehan di luar kebiasaan orang ramai. Setiap pengakuan yang beliau buat, mampu dibuktikan kepada rakan-rakannya. Ini menyebabkan kata-kata beliau dipercayai dan diberi gelaran sebagai orang gagah.

Setelah tamat persekolahan pada tahun 1935, Meor Abdul Rahman mula menetap di rumah Hendon di Kuala Nerang, Kedah. Pada masa itu, Zainal Abidin telah dinaikkan pangkat sebagai Penolong Penguasa Polis dan bertugas sebagai Ketua Polis Kuala Nerang. ASP Zainal Abidin merupakan seorang pegawai polis yang tegas serta berani dan kuat berpegang kepada ajaran Islam. Meor Abdul Rahman sendiri amat menghormati dan segan kepada kanda iparnya itu.

Pada suatu pagi ketika berada di Kuala Nerang, beliau ternampak sebuah gelanggang silat. Setelah merisik, Meor Abdul Rahman difahamkan bahawa guru gelanggang itu ialah Sudin, seorang berketurunan Minangkabau. Beliau bekerja sebagai seorang penjahit topi dan baju. Oleh kerana minat untuk terus mendalami ilmu persilatan, Meor Abdul Rahman

(5)

Mohammad Azrul Ibrahim 5 Setelah berbincang, Sudin bersetuju menerima beliau sebagai murid dengan

mengenakan bayaran pengeras permulaaan belajar sebanyak RM 1.70 dan khatam sebanyak RM 5.15 beserta seekor ayam.

Malam keesokannya, Meor Abdul Rahman pun datang dan menyerahkan duit pengeras sebanyak RM 1.70. Beliau diarah oleh Sudin berlatih dengan murid-muridnya. Dalam latihan tersebut, Meor Abdul Rahman dicuba oleh tiga orang murid lama Sudin. Niat mereka untuk menjatuhkan Meor Abdul Rahman tidak kecapaian sama-sekali. Akhirnya, orang kanan Sudin bernama Ali mengadu kepada Sudin bahawa adik ipar OCPD itu bukanlah calang-calang orang. Setelah mendengar aduan Ali, Sudin berasa malu kerana muridnya bertiga gagal menewaskan Meor Abdul Rahman seorang. Lalu beliau menghampiri Meor Abdul Rahman dan menyapanya,

"Kamu kalau nak belajar, buat cara nak belajar silat betul-betul!". Maka dijawabnya Meor Abdul Rahman,

"Saya dah kata, saya ada juga belajar silat tapi tak khatam dari datuk saya, jadi tapak saya kalau dapat diatasi baharulah saya belajar ".

Sampuk Sudin,

"Jadi nak cubalah ye, hah cuba masuk !," Balas Meor Abdul Rahman,

"Guru saya kata tak boleh masuk, kenalah orang yang mencabar tu masuk".

Kebetulan pada malam itu, ramai orang hadir menyaksikan latihan silat tersebut termasuk YM Tengku Nong, cucunda Sultan Abdul Hamid Halim Shah yang berkhidmat sebagai Penolong Pegawai Daerah Kuala Nerang.

Sudin yang berasa tercabar akibat ketewasan murid-murid harapannya semakin terpukul apabila terpaksa berhadapan sendiri dengan seorang budak belasan tahun. Oleh kerana perasaan marah dan ego telah menguasai akal maka Sudin dengan sepantas kudrat mengatur serangan. Segala tendangan dan sepakan Sudin dapat dielak dan ditangkis oleh Meor Abdul Rahman. Setelah dirasakan cukup peluang diberi kepada Sudin, kini tiba gilirannya pula untuk membuat serangan balas.

Dalam keghairahan usaha Sudin untuk menjatuhkan Meor Abdul Rahman, tiba-tiba Sudin jatuh pengsan, puas dipulihkan sehingga memakan masa untuk sedar. Sebaik sahaja agak pulih, Sudin mengaku kehandalan Meor Abdul Rahman dan menghulurkan kembali duit pengeras yang diterima. Meor Abdul Rahman enggan menerima duit tersebut malah

(6)

Mohammad Azrul Ibrahim 6 Di Kuala Nerang, Meor Abdul Rahman berpeluang memenuhi hobi berburu, beliau mempunyai kemahiran istimewa pasang jerat dan ajuk burung. Kemahiran ini diperolehi hasil pergaulan luas dengan berbagai lapisan masyarakat dan kegemaran meneroka sesuatu yang baru.

Kedudukan Meor Abdul Rahman sebagai adik ipar Ketua Polis Daerah dan sifatnya yang peramah menyebabkan beliau dihormati dan dikenali ramai di daerah tersebut. Ini memudahkan beliau mendapat kerjasama dari penduduk tempatan jika berhajatkan sesuatu. Meor Abdul Rahman amat cekap berburu dan sering berkongsi hobi dengan Tengku Nong. Beliau sering menggunakan salah satu daripada enam laras senapang kepunyaan Tengku Nong.

Di samping hobi berburu, beliau sejak usia awal belasan tahun sudah mengamalkan latihan angkat berat, bina badan dan bertinju. Oleh demikian, sejak daripada usia remaja beliau telah memiliki tubuh yang cantik dan tegap. Beliau juga istiqamah dalam melakukan senaman gerak badan dan pernafasan yang diajar oleh Syed Zainal. Latihan seumpama itu menambahkan kekuatan fizikal beliau di samping meningkatkan kecekapan bakat bersilat yang sedia ada.

Pada suatu hari dalam tahun 1936, Meor Abdul Rahman keluar bersiar-siar di Pekan Rabu, Kuala Nerang. Di sana beliau berkenalan dengan seorang perempuan tua beruban dan bertelinga labuh sepanjang 6 inci. Perempuan tua itu sedang menjual burung dan akar-akar kayu yang dibawa dari Mee Nam, Selatan Thailand. Perempuan tua itu memperkenalkan dirinya sebagai Tok Mek Jah dan menceritakan kehidupannya di Mee Nam. Meor Abdul Rahman begitu tertarik mendengar pengalaman Tok Mek Jah dan menyatakan hasrat untuk mengikutnya pulang ke Mee Nam.

Pada mulanya Tok Mek Jah agak keberatan mengajak beliau kerana khuatir tempat tersebut tidak sesuai dengan Meor Abdul Rahman apatah lagi perjalanannya juga amat jauh. Setelah Meor Abdul Rahman mendesak dan menyatakan kesanggupan untuk mengharungi perjalanan yang jauh serta kesukaran mendapatkan makanan halal, maka Tok Mek Jah pun bersetuju membawanya bersama-sama.

Keesokannya, tanpa pengetahuan ASP Zainal, Meor Abdul Rahman mengambil sepucuk pistol kanda iparnya yang disimpan dalam sebuah almari. Beliau juga meminjam selaras senapang daripada Tengku Nong dan membawa bersamanya 30 biji peluru. Mereka bertolak menuju ke Mee Nam setelah Tok Mek Jah selesai membeli barang-barang keperluan untuk dibawa pulang ke kampungnya.

Dalam perjalanan tersebut, mereka singgah di Padang Sanai. Di Padang Sanai, beliau sempat menyaksikan pertandingan tinju Siam. Oleh kerana kesempitan wang, beliau

menyatakan hasratnya kepada Tok Mek Jah untuk menyertai pertandingan tinju bagi mendapatkan sedikit wang saku. Walaupun Tok Mek Jah menasihatinya supaya tidak

bertanding, namun desakan keadaan telah memaksa Meor Abdul Rahman meneruskan hajat tersebut. Beliau dengan berani masuk ke gelanggang Tinju Siam tersebut tanpa memikirkan risiko yang akan ditempuhinya.

(7)

Mohammad Azrul Ibrahim 7 Dalam pertandingan itu, beliau telah memenangi setiap pertandingan yang dijalankan secara kalah mati. Lawan-lawannya tersungkur akibat dibelasah dengan teruk sehingga separuh mati. Ini telah mengakibatkan rasa kurang senang jaguh-jaguh Siam yang hadir, lebih-lebih lagi menyaksikan rakan-rakan mereka tumbang dengan seorang asing.

Melihatkan keadaan yang semakin membimbangkan dan ada ura-ura perbuatan khianat dirancang terhadap Meor Abdul Rahman, Tok Mek Jah terpaksa menarik keluar Meor Abdul Rahman dari gelanggang tersebut dan menasihatinya agar beredar dengan seberapa segera sebelum perkara buruk terjadi.

Mereka dengan segera meneruskan perjalanan sehingga tiba di rumah Tok Choh di Padang Terap. Meor Abdul Rahman memaklumkan hasratnya untuk ke Mee Nam kepada Tok Choh. Tok Choh menjelaskan bahawa perjalanan ke sana memakan masa selama 4 hari dan apa saja yang dijumpa akan menjadi makanan untuk mengalas perut. Meor Abdul Rahman sekali lagi menjelaskan bahawa beliau bersedia mengharungi perjalanan yang jauh dan boleh menembak untuk mendapatkan makanan halal.

Penjelasan Meor Abdul Rahman itu memuaskan hati Tok Choh. Keesokannya mereka bertiga bertolak sambil ditemani oleh seorang guru agama bernama Haji Taib. Dalam

perjalanan itu mereka berhenti di Kuah. Di kampung tersebut tidak terdapat seorang pun bangsa Melayu. Kesemua penduduknya ialah Siam. Mereka menumpang rehat di rumah Lee Chon, Tok Batin di situ. Semasa tinggal di Kuah, Meor Abdul Rahman telah dijadikan sebagai anak angkat Lee Chon.

Semasa di Kuah juga, Meor Abdul Rahman dicabar oleh pendekar-pendekar Tinju Siam untuk bertanding. Bagaimanapun, untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku, beliau terpaksa menunjukkan kekuatannya mematahkan duit syiling dengan hanya

menggunakan tiga jari sahaja, sebahagian duit syiling yang telah dipatahkan itu dihadiahkan kepada pencabarnya sebagai tanda persahabatan. Kebolehan istimewa Meor Abdul Rahman itu dengan secara spontan menundukkan para pencabar dan menyebabkan mereka mengaku kalah sebelum bertarung.

Setelah dua malam di rumah Lee Chon, mereka pun meneruskan perjalanan ke Mee Nam. Rumah penduduk Mee Nam berdindingkan kulit. Mereka yang berada berdindingkan kulit rusa manakala yang miskin berdindingkan kulit kayu. Meor Abdul Rahman menetap di rumah Tok Mek Jah yang dindingnya diperbuat daripada kulit rusa.

Selepas tiga hari di rumah Tok Mek Jah, Meor Abdul Rahman mengambil keputusan untuk mandi bagi menyegarkan tubuhnya. Tok Mek Jah berpesan agar beliau berjalan ikut anak sungai sehingga melepasi rumah penduduk kampung tersebut. Setelah puas mandi, beliau terlelap di atas sebuah batu hampar yang besar berwarna hitam di tebing sebatang sungai.

Dalam lelap, beliau telah bermimpi didatangi seorang tua berjubah putih. Apabila orang tua berjubah putih menghampirinya secara tiba-tiba ia menjelma sebagai seorang pemuda berbadan tegap dan sasa yang segak lagi tampan lengkap berpakaian hulubalang Melayu serta berkeris seperti zaman dahulu kala.

(8)

Mohammad Azrul Ibrahim 8 Orang itu memperkenalkan dirinya sebagai Dato' Hang Tuah lalu mencurahkan segala rahsia ilmu Seni Gayong kepada beliau dan akhirnya berkata,

"Akulah Hulubalang Melaka yang tinggal di sini. Sekarang aku khatamkan kamu dan baliklah ke negeri Perak mengadap raja kamu sepertimana aku berkhidmat dengan Sultan Melaka. Kamu sekarang orang yang paling gagah selagi kamu mematuhi syarat dan berpegang kepada janji ".

Lembaga itu meneruskan kata-kata, "Ngangakan mulut kamu",

lalu diludahkan ke dalam mulut Meor Abdul Rahman. Pada saat dan ketika inilah, Meor Abdul Rahman diamanahkan untuk mengajar Silat Seni Gayong kepada semua insan yang

beragama Islam berdasarkan syarat-syarat dan adat-adat yang tertentu mengikut masa-masa yang tertentu. Batu hitam tempat beliau berbaring itu dipercayai tempat allahyarham Dato' Laksamana Hang Tuah pernah berpijak Batu Hitam inilah yang dirujukkan oleh Panglima Hitam atau Tengku Daeng Kuning apabila beliau berseru,

"Batu Hitam Tidak Berjodoh, Batu Hitam Tidak Bergadoh, Anak-anakku yang ingin belajar Gayong, Hendaklah berpakaian serba hitam".

Meor Abdul Rahman tertidur sehingga keesokan harinya. Setelah tersedar daripada tidur, beliau merasakan dirinya diresapi oleh kegagahan yang luar biasa. Perkara tersebut segera dimaklum kepada Pak Choh dan Tok Mek Jah. Meor Abdul Rahman dengan segera memohon keizinan keluarga angkatnya itu untuk berangkat pulang ke Taiping.

Setibanya di Taiping, Mahaguru Meor Abdul Rahman menceritakan detik pengalaman tersebut kepada ahli keluarganya. Atas nasihat Syed Zainal, Mahaguru pergi mengadap

Paduka Seri Sultan Alang Iskandar yang sedang bersemayam di Manong, Perak. Beliau dititah untuk menunjukkan kekuatan di hadapan baginda sultan. Pada sebelah malamnya, beliau dititahkan pula mempamerkan kebolehan luarbiasanya di Istana Iskandariah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar. Setelah berpuashati dengan kegagahan Mahaguru, baginda sultan

menggelarkan beliau 'Rahman Sendo' dan dijadikan anak angkat baginda. Mahaguru menetap bersama-sama Sultan Alang Iskandar di istana sehinggalah baginda mangkat dalam tahun 1938.

Silat Seni Gayong buat pertama kalinya diperkenalkan ialah di Taiping, Perak. Mahaguru menzahirkan ilmu pusaka dan amanah yang diterima dari allahyarham Dato' Laksamana Hang Tuah di kalangan ahli keluarga dan rakan terdekat. Tidak berapa lama setelah keluar dari Istana, mahaguru dijodohkan dengan Che Kalsom Bt Haji Kechik, anak angkat kandanya Hendon. Perkahwinan merekadilangsungkan di Kota Sarang Semut, Kedah.

Tidak lama selepas berkahwin, Mahaguru dengan ditemani seorang sepupunya, Zainal Abidin bin Putih Mohammed Saleh (Bidin) bermusafir ke Singapura untuk mencari rezeki di sana. Pekerjaan pertama Mahaguru di Singapura ialah di Naval Base sebagai seorang tukang pateri.

(9)

Mohammad Azrul Ibrahim 9 Setelah 6 bulan bekerja di sana, beliau ditawar pekerjaan oleh Pengarah Pendidikan Singapura berkhidmat dengan pasukan tentera British di bahagian Royal Signal Corps, setelah beliau berjaya menewaskan seorang jurulatih tempur berbangsa Hong Kong di Gillman

Barrack. Mejar Malburn melantik beliau sebagai jurulatih tempur tanpa senjata dalam pasukan tentera British. Ini merupakan satu penghormatan besar kerana belum ada seorang Melayu pun diberi tugas tersebut sebelum itu. Beliau berkhidmat dalam pasukan ini sehingga tahun 1942.

Semasa berkhidmat di Bahagian Signal Corps, pada bulan November 1941, beliau melangsungkan perkahwinan kedua dengan anak sepupunya, Paridah bt Yusope. Apabila Jepun menyerang Singapura pada bulan Februari 1942. Mahaguru membawa keluarganya berperahu menyeberangi lautan api ke Pulau Sudong. Setelah berjaya menewaskan Wak Kusang, pendekar Pulau Sudong baharulah mereka diterima berlindung buat sementara waktu di sana.

Pada 17 haribulan Februari 1942 jam 2.00 petang, seramai 7 orang pemuda Pulau Sudong diperlimau sebagai murid Gayong. Mereka ialah Naning bin Ahmad, Ahmad Arshad bin Haji Hassan, Sabtu bin Likur, Yusof bin Rantau, Osman bin Timpong, Mustapha bin

Bengkok dan Bendol bin Benggol. Mereka terpilih untuk menghadapi kemaraan tentera Jepun yang ingin merampas gadis Pulau Sudong untuk dijadikan pemuas nafsu ganas mereka. Atas kebijaksanaan Mahaguru, penduduk Pulau Sudong terselamat dari keganasan tentera Jepun.

Semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu, Mahaguru pernah ditangkap kerana mencederakan sekumpulan tentera Jepun yang cuba memperkosa isteri pertamanya.Beliau kemudiannya dibebaskan setelah lebih sebulan dipenjara apabila sekumpulan pegawai penjara Jepun berjaya ditewaskannya dalam satu pergaduhan. Atas nasihat seorang jurubahasa Jepun, Mahaguru telah dibebaskan.

Bagi menjamin keselamatan keluarga dan penduduk kampungnya, beliau terpaksa menerima tawaran bekerja sebagai seorang tentera Jepun. Tidak berapa lama kemudian, beliau berkahwin dengan Syarifah Rehan bt Syed Chik. Perkahwinan tersebut hanya berkekalan selama sebulan sahaja sebagai memenuhi hajat keluarga semata-mata.

Setelah dua tahun berkhidmat dengan pentadbiran Jepun, Mahaguru kembali ke Pulau Sudong. Tidak berapa lama berada di Pulau Sudong, beliau dilantik menjadi penghulu oleh penduduk Pulau Sudong. Apabila British mengambilalih semula pemerintahan Singapura, Mahaguru dilantik secara rasmi sebagai Penghulu Besar Pulau Sudong dan kepulauan sekitarnya.

Pulau Sudong dijadikan pusat perkembangan Silat Seni Gayong sehingga ia merebak ke pulau-pulau berhampiran seperti Pulau Seking, Pulau Bukum, Pulau Sebaruk, Pulau Sekijang, Pulau Sembilan, Pulau Semakom dan Pulau Damar. Mahaguru juga telah menggunakan Silat Seni Gayong untuk menyelamatkan penduduk Pulau Terung daripada ancaman lanun di perairan pulau tersebut. Dari pulau ini, Silat Seni Gayong tersebar ke lain-lain pulau di Indonesia.

(10)

Mohammad Azrul Ibrahim 10 Dalam tahun 1947, Kerajaan British menawarkannya jawatan sebagai pegawai di Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Singapura. Mahaguru ditugaskan untuk mengawasi dan menangkap pemimpin politik Melayu yang meniupkan semangat anti-British. Peluang ini diambil oleh beliau untuk menyalur maklumat sulit kepada pejuang-pejuang kemerdekaan seperti (Tun) Sardon bin Jubir, peguam dan tokoh politik terkenal di Singapura.

Setelah empat bulan di Jabatan Keselamatan Dalam Negeri, Mahaguru memohon bertukar ke Jabatan Siasatan Jenayah. Pada mulanya beliau ditempatkan di Bahagian Merinyu Timbangan untuk mencegah aktiviti penyeludupan dan penipuan. Kemudiannya beliau ditukarkan pula ke Bahagian Kepolisian di Balai Polis Central, Singapura sebagai seorang pegawai berpangkat sarjan. Pada 23 haribulan Disember 1947, Mahaguru dianugerahkan pingat King George IV atas sifat keberanian semasa berbakti kepada masyarakat dan kerajaan Singapura.

Silat Seni Gayong mula berkembang di pulau besar Singapura pada akhir tahun 1949. 7 orang murid pertama yang menjalani upacara perlimau Tapak ialah Ahmad Sudi, Mansor bin Fadal, Ustaz Mansor, Sinwan, Joned bin Hanim, Hosni bin Ahmad dan Salim. Sinwan, Joned bin Hanim dan Salim merupakan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Singapura yang terawal menjadi murid Gayong. Pusat Latihan Silat Seni Gayong dalam tahun 1950-an di pulau besar Singapura ialah di Bakar Sampah.

Dalam tahun 1954, kumpulan pertama wanita seramai 7 orang telah memasuki Silat Seni Gayong di Singapura. Mereka ialah Che Kalsom bte Haji Kechik, Paridah bte Yusope, Asmah (isteri Joned bin Hanim), Aisyah (isteri Mansor Fadal), Rafeah bin Fadal, Hendon dan Intan.

Pada pertengahan tahun 1950-an, ramai bintang filem Melayu mempelajari Silat Seni Gayong. Antaranya ialah Jasni bin Ahmad, Neng Yatimah, Kasma Booty, dan A. Rahim. Penglibatan tokoh pelakon yang terkenal tersebut sedikit sebanyak membawa pengaruh Silat Seni Gayong di dalam aksi pertarungan filem-filem Melayu di Studio Jalan Ampas.

Kemuncaknya dalam tahun 1956, Dato' Onn bin Jaafar, seorang tokoh politik dan pemimpin Melayu yang disegani telah menjadi murid Gayong. Beliau dilantik sebagai

Penasihat Agung dan Waris Beradat Silat Seni Gayong. Dato' Onn banyak memberi idea dan sumbangan untuk menggerakkan Silat Seni Gayong dan meniupkan semangat patriotik di kalangan murid Gayong. Usaha beliau itu diberi sokongan kuat oleh isterinya, Datin Zainab dan anggota keluarganya yang lain termasuklah anaknya bernama Nasir dan Hussein. Husein kemudiannya menjadi Perdana Menteri Malaysia Kedua.

Tidak lama kemudian, YAM Tengku Laksamana Kedah Tunku Kassim ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halimshah menyertai Silat Seni Gayong. Pada akhir tahun 1956, satu rombangan Silat Seni Gayong dari Singapura yang dipimpin sendiri oleh mahaguru telah mengadakan persembahan di Istana Anak Bukit dan Kelab Sultan Abdul Hamid, Alor Setar, Kedah atas undangan Tunku Kassim. Pertunjukan tersebut telah disaksi oleh DYMM Sultan Badlishah Ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halimsyah, Sultan Kedah Darul Aman. Ini merupakan cubaan pertama untuk mengembangkan sayap Silat Seni Gayong di Kedah.

(11)

Mohammad Azrul Ibrahim 11

Penglibatan Tunku Kassim dalam Silat Seni Gayong menjadi ikutan di kalangan kerabat Di-raja Kedah. Bagaimanapun, Silat Seni Gayong gagal berkembang di kalangan rakyat jelata memandangkan jurang taraf yang amat ketara pada ketika itu.

Pada awal tahun 1959, sebuah akademi silat bernama Sekolah Gayong Woodlands atau Institute Of Gayong Woodlands telah ditubuh oleh mahaguru. Akademi ini mengeluarkan Sijil dan Diploma bagi mereka yang lulus dalam kursus-kursus yang ditawarkan. Antara tenaga pengajar di peringkat awal yang membantu mahaguru ialah Cikgu Nordin bin Abdul Rahman, Cikgu Sidek bin Shamsuddin, Cikgu Abdul Majid bin Omar, Cikgu Atan bin Osman dan Cikgu Ramli. Akademi ini juga dijadikan sebagai Pusat Latihan Tertinggi Silat Seni Gayong.

Mahaguru bersara daripada perkhidmatan kerajaan dalam tahun 1961 untuk bergiat cergas mengembangkan Silat Seni Gayong. Setelah mahaguru memikirkan bahawa beliau memerlukan seorang pembantu dalam mentadbir urusan kegurulatihan dan pelajaran Silat Seni Gayong, maka dalam tahun 1962, Cikgu Abdul Majid bin Mat Isa dilantik sebagai Guru Tertinggi Silat Seni Gayong merangkap Timbalan Pengarah Guru-guru di Malaysia dan Serantau.Tidak lama kemudian, Pusat Latihan Tertinggi dipindahkan dari Woodlands ke Kota Sarang Semut, Kedah.

Atas nasihat dan komitmen YM (Dato') Syed Ahmad bin Syed Idris Jamalulail dan YB (Dato') Senu bin Abdul Rahman, mahaguru mula didekati pemimpin negara dan perjuangan Silat Seni Gayong telah dilihat sebagai satu mekanisme yang boleh menyatupadukan bangsa Melayu dan orang-orang Islam.

Silat Seni Gayong mula tersebar luas di Semenanjung Tanah Melayu atas daya usaha guru-guru Gayong yang pada ketika itu terdiri daripada Cikgu Abdul Majid bin Mat Isa, Cikgu Ramli bin Mat Arof, Cikgu Awang bin Daud, Cikgu Ismail bin Chik, Cikgu Ibrahim bin Abdullah, Cikgu Mohd Khir bin Saad, Cikgu Mohd Desa Lim, Cikgu Ahmad Lazim dan Cikgu Siti Kalsom.

Pada tanggal 31 haribulan Ogos 1967, Gayong dijemput menyertai perarakan sempena menyambut ulangtahun ke-10 kemerdekaan tanahair. Ini menandakan satu pengiktirafan pemimpin negara terhadap perjuangan dan usaha mahaguru untuk memartabatkan seni silat Melayu.

Pada akhir tahun 1969, Mahaguru mula menetap di Air Kuning, Taiping. Seterusnya dalam masa ini juga, sistem tingkatan bengkong dan pelajaran Silat Seni Gayong secara lebih sistematik telah disusun oleh beliau dengan dibantu oleh guru-guru kanan. Tahap pelajaran telah disusun mengikut tingkatan bengkong yang dikategorikan mengikut warna. Sebelumnya hanya terdapat beberapa warna bengkong sahaja iaitu merah, kuning dan hitam.

Dalam tahun 1970, Mahaguru mengikuti rombongan kebudayaan anjuran Kementerian Kebudayaan, Belia Dan Sukan Malaysia selama dua minggu ke Osaka, Jepun. Lawatan

tersebut sedikit sebanyak telah berjaya memperkenalkan Silat Seni Gayong di peringkat dunia. Pada 27 haribulan Januari 1971, Pusat latihan Tertinggi Silat Seni Gayong Malaysia Dan Serantau telah dirasmikan oleh DYMM Sultan Idris Syah ibni Almarhum Sultan Alang Iskandar di Air Kuning, Taiping.

(12)

Mohammad Azrul Ibrahim 12 Kemuncaknya, pada 3 haribulan Julai 1971, Sultan Idris Syah berkenan untuk

menjalani istiadat perlimau tapak dan menerima perlantikan baginda sebagai Penaung Agong Silat Seni Gayong Malaysia Dan Serantau bergelar Sang Sa Purba. Istiadat tersebut

disempurnakan di Istana Iskandariah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar.

Pada 17 haribulan September 1971, beliau telah dianugerahkan Darjah Kebesaran Dato' Paduka Chura Si Manja Kini yang membawa gelaran Dato' Paduka oleh KDYMM Sultan Idris Syah atas jasa dan pengorbanan yang tidak ternilai kepada agama, bangsa dan negara. Pada sebelah petangnya murid-murid Gayong seluruh Malaysia telah menyambut perayaan Hari Sang Sa Purba yang pertama. Sambutan ini disempurnakan di Padang Sekolah

Kebangsaan Changkat Larut, Ayer Kuning, Taiping. Kemasukan baginda Sultan Idris ke dalam Silat Seni Gayong telah disertai sama Raja Perempuan dan isteri-isteri baginda juga anggota kerabat yang lain.

Pada tanggal 21 haribulan Julai 1971, Dato' Mahaguru ditemani Syed Ahmad Jamalulail dan Syed Jaafar Albar berangkat ke London untuk membawa pulang YAM Raja Kechil Bongsu Raja Izzuddin Syah ibni Sultan Idris Syah ke tanahair.

Semasa singgah di Hong Kong dalam perjalanan pulang ke Malaysia, mereka telah ditemui Bruce Lee, pakar seni beladiri terkenal. Dalam pertemuan singkat itu, Dato' Mahaguru sempat bertukar fikiran dan maklumat tentang seni beladiri Melayu dan Cina dengan Bruce Lee. Bruce Lee juga telah mengakui kehandalan Dato' Mahaguru dan kehebatan Silat Seni Gayong.

Tahun 1970-an menyaksikan usaha penyatuan pemimpin tertinggi Melayu dan kerajaan melalui Silat Seni Gayong diusahakan oleh Dato' Mahaguru. Raja-raja dan para pembesar Melayu juga berkenan untuk menaungi pergerakan Silat Seni Gayong hampir di seluruh negeri Tanah Melayu. Pada satu ketika hampir 2/3 anggota kabinet Negara Malaysia terdiri daripada ahli Gayong di bawah pimpinan Tun Abdul Razak.

Sehingga akhir tahun 1980-an, tidak kurang juga tokoh dan pakar senibela asing datang melawat Dato' Mahaguru di Pusat Latihan Tertinggi dengan tujuan

berkenalan,menuntut atau menguji kehandalan masing-masing. Semua cubaan dan dugaan tersebut berjaya diatasi dengan baik dan berkesan. Tidak kurang juga daripada pelawat tersebut yang memeluk ajaran Islam setelah berpeluang bertemu dan berbincang dengan Dato' Mahaguru.

Pada saat-saat akhir hayat beliau, Dato' Mahaguru sering berpesan agar murid-murid Gayong kembali bercantum dan bersatu-padu. Muda-mudi diseru menuntut bersungguh-sungguh ilmu yang telah diperturunkan kerana ia amat berguna pada suatu masa nanti. Semua murid Gayong ialah pemegang amanah Silat Seni Gayong dan bertanggungjawab memelihara dan menjaga segala amanah beliau.

Pada tanggal 23 haribulan Jun 1991, Dato' Mahaguru telah kembali ke rahmatullah. Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Ipoh Specialist Centre, Jalan Lumba Kuda, Perak. Semoga Allah menempatkan Pendita Agung Silat Melayu Abad ke-20 di kalangan hamba-Nya yang soleh dan dirahmati. Al-Fatihah.

(13)

Mohammad Azrul Ibrahim 13

ADAT ISTIADAT SILAT SENI GAYONG

Istiadat Menjadi Murid

Istiadat yang perlu ditempuh oleh seseorang itu sebelum diterima sebagai muris Gayong

ialah Perlimau Tapak bagi lelaki dan Perlimau Seni bagi wanita. Upacara ini merupakan majlis akad penerimaan sebagai murid Gayong.

Syarat Menjadi Murid

 Beragama Islam  Berwudhu‟

 Membaca Surah Al-Fatihah, Al-Ikhlas dan Al-Lahab  Memberi Salam

 Menjunjung Al-Quran  Menjaga Amanah

Alatan/Elemen & Simboliknya

 Sebiji Limau Nipis & Akar Sintok

 Alatan mandi orang dahulu, disamping mengurut persendian  Asam Jawa & Garam Kasar

 Pahit maung dan cabaran dalam silat  Pisang Emas

 Kepahitan dibalas kemanisan

 Jarum 7 Bilah (t) atau Jarum 21 Bilah (s)

 Pengganti keris & Melambangkan ketajaman akal dan ilmu  Bunga 7 Jenis/Warna (s)

 Melambangkan keindahan dan kesenian  Melambangkan kewanitaan

 Lilin =

 Cahaya yg menerangi. penyuluh kpd kebenaran  Air Gayong

 Air yang telah didoa untuk memohon keberkatan dan sebagai penerang hati bagi murid yang ingin menuntut ilmu Gayong dan segala ilmu Allah swt

(14)

Mohammad Azrul Ibrahim 14

Adat Gelanggang

Latihan dimulai dengan adat membuka gelanggang dan diakhiri dengan adat menutup gelanggang. upacara ini disempurnakan dengan membaca ayat-ayat berikut:

 Surah Al-Fatihah 1 X  Surah Al-Ikhlas 7x – 11X *

 Selawat ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. 3x

 7 x bacaan bagi murid yang belum Perlimau Tapak dan Perlimau Seni

Jika ada berkat dan pahalanya bacaan tadi, ianya dihadiahkan kepada Nabi Muhammad saw, ahli keluarganya, para sahabatnya, para nabi, para wali, Allahyarham Dato‟ Meor Abdul Rahman serta keluarganya, pewaris silat seni gayong, nenek moyang, kedua ibu bapa, guru-guru, diri sendiri, para sahabat, kaum muslimin dan muslimat yang masih hidup dan yang telah pergi.

Berdoa semoga dijauhkan segala niat khianat iblis, jin, manusia dan binatang serta semoga mendapat keredhaan Allah

Jika hari latihan jatuh pada malam/hari Jumaat, jumlah bacaan Al-Fatihah menjadi sebanyak 7x, al-ikhlas sebanyak 33x dan selawat ke atas nabi sebanyak 11x

Adab Dalam Gelanggang

Antara perkara yang mesti dipatuhi murid semasa berada di dalam gelanggang:  tidak meludah

 tidak memakai alas kaki  tidak bergurau senda

 meminta izin daripada imam/ketua gelanggang jika ingin keluar daripada gelanggang atau ingin berjumpa seseorang di luar gelanggang

 menghormati rakan-rakan dalam latihan

 bengkung, tengkolok dan sandang hendaklah disimpan di tempat yang elok semasa menikmatijuadah/makanan

 tidak makan dan minum dalam gelanggang

 tidak memakai sebarang barang kemas dan aksesoris pada tubuh

Pakaian Latihan

 Pakaian serba hitam

 Baju Melayu bujur sireh berlengan 3/4 panjang  Seluar dengan 3¾4 panjang labuh kaki

 Tengkolok / setanjak

 Bengkung mengikut peringkat

Bagi murid wanita, panjang lengan baju dan kaki seluar mestilah menutupi pergelangan tangan dan buku lali (menutup aurat) serta memakai samping

(15)

Mohammad Azrul Ibrahim 15

Pakaian Rasmi

Pakaian yang dikenakan dalam majlis-majlis rasmi seperti hari kebesaran atau upacara adat dalam Silat Seni Gayong:

 Pakaian serba hitam

 Baju Melayu bujur sireh berlengan 3¾4 panjang  Seluar dengan 3¾4 panjang labuh kaki

 Tengkolok / setanjak songket

 Selempang/sandang kebesaran adat/kehormat yang dianugerahkan  Sampin songket

 Capal

 Sebilah keris atau

 Sepasang baju Melayu hitam

 Selempang/sandang kebesaran adat/kehormat yang dianugerahkan  Sampin songket

 Songkok hitam

 Sarung kaki dan kasut hitam  Sebilah keris

Istiadat-istiadat Lain

Antara istiadat Silat Seni Gayong yang pernah dijalankan ialah:  Mandi minyak

 Mandi keris  Khatam keris  Khatam lembing

 Pembukaan gelanggang baru  Penyampaian bengkung

 Pertabalan ahli lembaga beradat  Sambutan Hari Sang Sapurba

(16)

Mohammad Azrul Ibrahim 16

IKRAR SILAT SENI GAYONG

Bismillahirrahmanirrahim

Bahawasanya kami – ahli-ahli Gayong – mengaku taat setia – menjadi murid Silat Seni Gayong dan ahli Gayong.

Bahawasanya - kami mengaku taat setia pada Allah – kami mengaku taat setia pada Baginda Rasulullah – kami mengaku taat setia pada guru kami – kemi mengaku taat setia pada ibu bapa kami – kami mengaku taat setia pada negara kami – kami mengaku taat setia pada saudara segayong dengan kami.

Bahawasanya – kami mengaku taat setia ke Bawah Duli Yang Mulia Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong – Raja Permaisuri Agong – dan sultan-sultan yang memerintah diseluruh Tanah Melayu.

Ya Allah, Ya Tuham kami – kau murahkanlah rezeki kami – kau berikanlah kesihatan kepada kami – kau panjangkanlah umur kami dan kedua ibu bapa kami – kau tetapkanlah iman kami – kau lindungilah kami daripada segala petaka – jin dan iblis – manusia yang niat khianat ke atas diri kami dan negara kami.

(17)

Mohammad Azrul Ibrahim 17

AMANAT ALLAHYARHAM DATO MEOR ABDUL RAHMAN

KEPADA MURID-MURID GAYONG

Tiang yang paling penting dalam tuntutan ilmu adalah taat setia yang tidak berbelah bagi. Tamak-ahmak itu adalah satu daripada membunuh diri sendiri ataupun satu kecelakaan pada diri sendiri.

Jangan ditepuk susu di dulang Anak harimau tak dapat menyusu Jangan pecah rahsia hulubalang Nanti harimau hilang kuku. Jangan ditepuk darah di dulang Anak harimau mencari ibu

Jangan pecah mentera hulubalang Nanti harimau hilang asu.

Kalau ada dulang di tangan Jangan biar jatuh terhempas Kalau ada senjata di tangan Jangan biar orang rampas. Pecah Gayong di dalam dulang Dulang hanyut di lautan tujuh Pecah Gayong perpecahan sayang Di suatu masa kembali teguh

(18)

Mohammad Azrul Ibrahim 18

ASAL USUL SENI SILAT

Sejarah Seni Silat

Seni silat sejenis ilmu beladiri yang diakui umum sebagai hak asli bangsa Melayu. Berdasarkan bukti penemuan tinggalan sejarah yang terdapat di Candi Borobodor dan Candi Prambanan di Jawa, Dapatlah disimpulkan bahawa sudah wujud seni/sistem beladiri di kawasan Kepulauan Melayu pada abad ke 8 masihi. Bermula dari Kepulauan Riau, sistem beladiri ini dikatakan merebak ke Minangkabau dan Sumatera. Di Sumatera, system beladiri ini diperhalusi lagi dan dikenali sebagai pencak silat. Ilmu silat ini pernah digunakan oleh Kerajaan Srivijaya (abad ke7 – ke14) untuk memperluaskan empayarnya. Pada zaman kekuasaan Majapahit (abad ke13 – ke16), ilmu silat dikatakan telah mencapai kemuncak kesempurnaannya apabila penggunaan senjata disertakan.

Dari Minangkabau, silat diperkenalkan di Semenanjung Tanah Melayu melalui Melaka. Dalam zaman Kesultanan Melayu Melaka, hanya golongan yang rapat dengan istana sahaja diberi peluang untuk mempelajari silat. Seni silat ini akhirnya sampai ke pengetahuan rakyat jelata dan seterusnya menjadi satu kesenian desa. Laksamana Hang Tuah (bapa persilatan Melayu) dikatakan mempelajari seni silat daripada Sang Adi Putera di Gunung Ledang dan Sang Persanta Nala di Pulau Jawa (Majapahit).

Asal Usul Silat Seni Gayong

Silat Seni Gayong dikatakan telah wujud sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi, iaitu sewaktu pemerintahan Sultan Mansur Shah. Selepas kejatuhan Melaka ke tangan Feringgi (Portugis) pada tahun 1511, hulubalang-hulubalang Melaka yang diketuai oleh Tun Biajid (anak Laksamana Hang Tuah) telah berundur ke dalam hutan dan seterusnya

melakukan serangan gerila terhadap angkatan Portugis. Ilmu Silat Seni Gayong inilah yang digunakan oleh Tun Biajid dan orang-orangnya ketika menentang Portugis. Walaupun terpaksa berundur ke dalam hutan, hulubalang-hulubalang Melaka ini masih mampu

menyusun satu barisan penggempur (gerakan gerila) yang berpegang teguh kepada tekad iaitu berimau-rimau, berimba-rimba dan bergayong.

Disebabkan kedudukan Portugis terlalu kuat ketika itu, Tun Biajid dan orang-orangnya terpaksa berundur hinggalah ke negeri Pahang untuk mencari perlindungan. Di Pahang ilmu Silat Seni Gayong ini terus hidup diwarisi oleh generasi ke generasi sehinggalah sampai ke tangan Tuan Syed Zainal Abidin Bin Syed Zainal Al-Attas, iaitu seorang hulubalang Pahang yang hidup sezaman dengan Dato‟ Bahaman dan Mat Kilau.

Ilmu Silat Seni Gayong ini banyak diwarisi oleh orang-orang Bugis yang tinggal di Makasar. Orang-orang Bugis inilah yang bertanggungjawab menghidupkan kesenian lama ini di Tanah Melayu.

(19)

Mohammad Azrul Ibrahim 19 Ada suatu riwayat yang masyhur berkenaan tujuh anak raja Tanah Bugis yang sangat-sangat dihormati dan ditakuti di seluruh Makasar, Riau, Siak dan juga pulau-pulau

berhampiran kerana kegagahan dan keperkasaan mereka yang tiada tolok bandingannya ketika itu. Mereka telah berlayar meninggalkan Tanah Bugis dan menjelajah keserata Kepulauan Melayu untuk mencari kawasan penempatan yang baru.

Salah seorang daripada Putera Bugis itu adalah Almarhum Daeng Kuning atau lebih dikenali sebagai Panglima Hitam. Daeng Kuning adalah moyang kepada Dato Meor Abdul Rahman, mahaguru Silat Seni Gayong. Syed Zainal Abidin telah mempelajari Silat Seni Gayong daripada Daeng Ambok Solok, seorang pahlawan berketurunan Bugis dan mempunyai tali persaudaraan dengan Daeng Kuning.

(20)

Mohammad Azrul Ibrahim 20

Mata Pelajaran Silat Seni Gayong

Berdasarkan pada nama silat ini, iaitu Silat Seni Gayong, maka sistem pelajarannya adalah berasaskan kepada nama ini. Secara amnya, seseorang pesilat akan diajar pergerakan tangan dan kaki secara sistematik. Peringkat ini digolongkan sebagai pelajaran bersilat.

Manakala peringkat kedua ialah bahagian seni. Peringkat seni ini ialah peringkat pengenalan kehalusan dan ketepatan pergerakan bagi tujuan membuat serang balas yang berkesan ke atas sasaran yang boleh melemahkan lawan.

Latihan Silat Seni Gayong biasanya dijalankan di tempat yang tidak berbumbung – hanya dipagari dinding tinggi untuk menghalang sesiapa yang tidak berkenaan daripada

memasuki gelanggang. Biasanya pesilat dalam sesuatu gelanggang boleh mencapai ke angka 50 orang atau lebih.

Latihan Silat Seni Gayong dimulakan dengan upacara membuka gelanggang, iaitu dengan mambaca ayat-ayat suci Al-Quran dan ikuti dengan memanjatkan doa ke hadrat Allah swt meminta agar dijauhkan segala mara bahaya semasa latihan sedang dijalankan.

Selepas melakukan aktiviti pemanasan badan dan senaman gerakan asas (jurus), pesilat akan berpasangan untuk berlatih suatu siri pergerakan atau gerakan yang direka untuk menghindarkan serangan mengejut dan menyekat lawan daripada terus bertindak agresif (asas elakan/elak pukul). Biasanya terdapat beberapa orang pembantu jurulatih yang hadir untuk mengawal pasangan yang bergelut dan membetulkan mana-mana gerakan yang silap. Jika perlu, tangkapan yang berbahaya serta serang balas yang dilakukan tanpa disedari.

Ahli-ahli baru melakukan latihan kekuatan fizikal selama sebulan untuk melonggarkan otot-otot dan tendon. Kemudian mereka dilatih untuk memperbaiki teknik menumbuk dan teknik asas menendang dan menangkis. Pergerakan menyerang hanya akan diajar pada peringkat bengkung Pelangi Hijau. Pemegang bengkung Pelangi Hijau juga diajar cara-cara mengunci pergerakan lawan, melepaskan tangkapan, jatuhan dan gulingan. Pesilat juga didedahkan kepada kawasan-kawasan berbahaya pada tubuh.

Kesemua gerakan yang dipelajari adalah bertujuan untuk membentuk kemahiran membuat serang balas. Walaupun pesilat dimahirkan dengan menyerang menggunakan tangan dan kaki, tetapi ia hanyalah untuk membiasakan rakan sepelatih untuk bertindak balas kepada serangan yang berasaskan kepada teknik tersebut. Serangan yang dibuat tanpa menggunakan kaedah yang betul amat mudah untuk dipatahkan, sebaliknya serangan yang terkawal dari segi sasaran, imbangan badan dan penumpuan tenaga perlulah dipatahkan dengan kemas dan tepat. Maka untuk membuat serang balas yang berkesan, seseorang pesilat haruslah dimahirkan dengan serangan-serangan yang betul kaedahnya.

Kemahiran yang perlu diperoleh oleh pesilat dalam latihan silatnya ialah: 1. gerakan membuka tapak dan serangan kaki dan tangan.

2. gerakan serang balas jenis tangkapan – buah tapak kunci mati. 3. gerakan serang balas ke atas kuncian – buah tapak kunci hidup. 4. gerakan serang balas jenis pukulan – serangan harimau.

5. gerakan jatuh pulih – senaman anak harimau.

(21)

Mohammad Azrul Ibrahim 21 Latihan Silat Seni Gayong diakhiri dengan upacara Menutup Gelanggang, dan pesilat dikendaki membaca ayat-ayat suci Al-Quran sebagaimana pada upacara Membuka

Gelanggang.

Kebanyakan mata pelajaran yang diperturunkan oleh Mahaguru Dato‟ Meor Abdul Rahman adalah berupa tangkapan kunci mati. tangkapan kunci mati ini boleh dikategorikan seperti berikut: melalui tangan kosong, serangan bersenjata ataupun gerak daripada kaki yang diserang oleh pihak musuh.

Silat Seni Gayong mempunyai 349 “seni”, yang berupa seni tangkapan kunci mati (tangan kosong/bersenjata), serangan maut, buah pukulan dan ulasan serangan balas (tapak hidup). Ini bermakna walau bagaimana sekalipun keadaan serangan pihak lawan, pesilat Seni Gayong masih mampu bertindak untuk menyelamatkan diri disamping dapat mematahkan serangan lawan.

Pelajaran Silat Seni Gayong pada asalnya mempunyai tujuh buah tangkapan sahaja untuk setiap peringkat. Dari tujuh buah tangkapan ini kemudian dipecah-pecahkan sehingga menjadi 49 pecahan untuk setiap peringkat, baik dari peringkat tangkapan tangan kosong hinggalah ke peringkat Seni Gayong (permainan yang menggunakan senjata tradisi Melayu).

Secara umumnya, pelajaran di dalam Silat Seni Gayong dibahagikan kepada tujuh peringkat, iaitu:

1. Tapak Gayong 2. Seni Tapak Gayong 3. Seni Keris

4. Seni Simbat 5. Seni Yoi 6. Seni Belian 7. Seni Cindai

TAPAK GAYONG terdiri daripada segala pelajaran asas gerakan tangan dan kaki,

termasuk juga latihan senaman anak harimau dan tangkapan kunci mati (21 buah tapak kunci mati).

SENI TAPAK GAYONG merupakan lanjutan daripada pelajaran Tapak Gayong. Pada

peringkat ini pesilat diajar menghalusi lagi pelajaran bahagian Tapak supaya pesilat

berkemampuan serangan balas dengan berkesan. Pelajaran pada peringkat ini termasuklah buah tapak kunci hidup (teknik membuka kuncian – 49 buah) disamping berkemampuan untuk mengunci semua lawan. Juga pelajaran Pecahan Buah Tapak sebanyak (7X21) buah dan Serangan Maut/Buah Pukulan (21).

SENI KERIS merupakan pelajaran manggunakan senjata tikam seperti keris dan pisau.

Mengandungi pelajaran Seni Keris (Keris Satu dan Keris Dua – 49 tikaman), Seni Pisau (Serangan Maut dan Pentas – Pisau Satu dan Pisau Dua).

(22)

Mohammad Azrul Ibrahim 22

SENI SIMBAT merupakan pelajaran menggunakan senjata belantan dan merupakan asas

kepada permainan parang panjang, kapak, tekpi, pedang, sundang lipas dan lembing. Mengandungi pelajaran Seni Simbat/Tongkat (kunci dan permainan), Seni Simbat Suk/Cota (kunci dan permainan), Seni Tongkat Panjang/Tembung (kunci dan permainan), Seni Parang Panjang (kunci dan permainan – Parang Satu Dan Parang Dua), permainan Parang Panjang dan Perisai, permainan Parang Panjang dan Rantai, permainan Pisau dan Simbat, Seni Tombak/Lembing (kunci dan permainan), Seni Anak Tombak (kunci dan permainan), Seni Parang/Tekpi, Seni Tombak-Tekpi.

SENI YOI merupakan pelajaran tangan kosong yang lincah dan pantas bagi mengelirukan

dan memperdaya musuh, ia dipenuhi dengan buah pukulan dam serangan maut bagi menentang serangan ramai (21 buah pukulan).

SENI BELIAN merupakan permainan tapak harimau yang dihiasi dengan amalan

kebatinan. Juga dikenali sebagai Serangan Bapak Harimau.

SENI CINDAI merupakan pelajaran yang menggunakan kain sarung atau segala benda

dan alatan yang lembut. Ia merupakan pelajaran tertua dalam Silat Seni Gayong. Seni Cindai terbahagi kepada dua jenis permainan iaitu Cindai Jantan dan Cindai Betina. Tujuh pecahan yang terdapat dalam permainan cindai ialah: Sauk-sauk (21 buah), Tebar (21 buah), Serkap (21 buah), Kain Tudung (21 buah), Awang Bodoh (21 buah), Pukat (21 buah), dan Kalung Puteri (21 buah).

Selain daripada mata pelajaran yang disenaraikan di atas, terdapat juga mata pelajaran Seni Gerak Bayang, Gada-gada (sejenis senjata baling), Seni Seligi, Seni Selayang Pandang, Seni Serangan Rajawali, Seni Sundang Lipas, Mayang Gesit, Serbuk Beracun, Senjata Api (jarak dekat) seperti untuk menghadapi musuh bersenjata pistol dan senapang banet dan permainan-permainan lain lagi.

Pendek kata, di dalam Silat Seni Gayong terkandungsemua pelajaran silat yang terdapat di alam Melayu ini. Bak kata serangkap pantun Gayong:

Seni Gayong Payung Pusaka Naungan Aneka Hikmat Mulia Rahsia Tersimpan Dipurbalaka Ilham Menyusun Zahir Semula

(23)

Mohammad Azrul Ibrahim 23 Tahap pencapaian pelatih diperlihat daripada bengkung yang diperoleh. Setiap bengkung yang diperoleh merupakan petunjuk kepada pencapaian jenis-jenis kemahiran. Terdapat lima jenis peringkat bengkung iaitu:

i. Awan Putih ii. Pelangi Hijau iii. Pelangi Merah

iv. Pelangi Merah Tinggi (3 Cula) v. Pelangi Kuning

vi. Pelangi Kuning Tinggi (5 Cula) vii. Pelangi Hitam (Mulus)

viii. Harimau Pelangi Cula Sakti Hitam (7 Cula).

Murid Gayong hanya boleh sampai hingga ke peringkat Cula Keenam sahaja. Cula Ketujuh adalah hak Mahaguru.

(24)

Mohammad Azrul Ibrahim 24

KOD ETIKA SILAT SENI GAYONG

Cita-cita Dan Dasar

Seni silat adalah satu seni yang terhasil daripada kepintaran bangsa Melayu.

Penekanan pembelajaran seni silat dalam masyarakat Melayu adalah sejajar dengan seruan Allahs wt dalam Surah Ar-Ra‟d supaya umat Islam bersiap sedia menghadapi musuh dengan kadar kekuatan yang termampu. Ini merupakan cita-cita dan dasar utama Silat Seni Gayong yang meletakkan agama di tempat yang tertinggi.

Silat Seni Gayong sebagai salah satu daipada seni silat Melayu tertua telah terbukti mampu menjadi wadah untuk mempertahankan akidah dan maruah umat Islam. Hakikat ini dinilai melalui coretan sejarah negara kita yang pada suatu ketika dulu dijajah oleh kuasa asing. Pergerakan para pahlawan Silat Seni Gayong seperti Mat Kilau, Dato‟ Bahaman, Tuk Zainal, Dato‟ Maharaja Lela dan ramai lagi pejuang kemerdekaan tanahair telah berjaya membataskan penguasaan pihak penjajah dalam politik dan sosio-budaya penduduk tempatan.

Pejuang kemerdekaan tanahair tersebut merupakan pemimpin agama yang lazimnya menjadi teras kepimpinana tradisi masyarakat Melayu zaman dahulu. Mereka dimuliakan dan disanjungi bukan semata-mata keilmuan tinggi dalam bidang keagamaan, bahkan semangat perjuangan dan sifat kependekaran yang dimiliki beserta sikap yang tegas dalam menegakkan kebenaran dan menentang kemungkaran.

Kini Silat Seni Gayong adalah satu warisan bangsa yang diajar kepada aris generasi sebagai alat pendidikan dan pembentukan disiplin dalam rangka menjamin kesejahteraan masyarakat dan negara. Ia mestilah dipelihara agar bangsa kita dapat menghargai warisan nenek moyang dan seterusnya menghayati makna sebenar sebuah kemerdekaan. Namun begitu, cita-cita dan dasar asal pergerakan Silat Seni Gayong tidak harus luput ditelan perubahan. Ia mesti terus dan sentiasa dipupuk dalam jiwa anak-anak Gayong agar segala apa yang diperjuangkan akan mendapat ganjaran dan keberkatan daripada Allah swt.

Pantang Larang

Tiada pantang larang dalam Silat Seni Gayong. Apa yang menjadi pegangan dalam Silat Seni Gayong ialah mentaati segala suruhan dan titah perintah Allah swt serta menghindar atau menjauhi segala larangan-Nya.

(25)

Mohammad Azrul Ibrahim 25

Falsafah

Falsafah Silat Seni Gayong ialah falsafah etika yang membicarakan kaedah pembentukan akhlak terpuji. Ia memupuk peningkatan nilai peribadi daripada segi kualiti, matlamat dan sentiasa bergerak dalam lingkungan pedoman yang diberikan. Falsafah ini juga wujud dalam setiap amalan adat istiadat, peristiwa sejarah, puisi, amanat dan pelajaran Silat Seni Gayong. Kalimah Silat Seni Gayong itu sendiri tersirat tiga pengertian yang amat besar. Pengertian yang menjelaskan falsafah utama Silat Seni Gayong. Falsafah yang membezakan Silat Seni Gayong dengan seni silat yang lain.

Di dalam Silat Seni Gayong, silat merupakan segala teknik, kaedah dan langkah

pencak yang digunakan untuk membeladiri atau melakukan serangan balas. Ia hanya meliputi aspek lahiriah semata-mata.

Seni dalam kontek Silat Seni Gayong pula ialah satu unsur dalaman yang menekankan konsep kerohanian dan pembersihan diri. Ia mendidik dan membentuk pertahanan dan

ketabahan jiwa yang sentiasa perlu dibajai dengan makanan kerohanian dan dihiasi adab kesopanan serta akhlak yang terpuji.

Manakala Gayong ialah suatu kalimah yang menggariskan sifat peribadi – sifat yang membina unsur silat dan unsur seni dalam jiwa dan jasad seseorang murid Gayong. Oleh itu, falsafah etika ini berkait rapat dengan adat istiadat, pelajaran dan pendidikan yang

bertunjangkan ajaran Islam. Ajaran yang menjadi sumber inspirasi, motvasi dan pengawasan untuk membina diri dengan nilai-nilai luhur sebagaimana ia diterima oleh semua agama dan masyarakat yang waras.

Falsafah Silat Seni Gayong dari satu sudut yang lebih global akan hanya dapat dikupas melalui skop kajian intergrasi pemikiran yang luas meliputi aspek sejarah, adat-istiadat,

pelajaran dan perkembangan Silat Seni Gayong itu sendiri. Hanya mereka yang mendalami ilmu Silat Seni Gayong secara praktikal dan menghayati setiap unsure daripadanya akan dapat menghuraikan falsafah Silat Seni Gayong dengan tepat dan lengkap.

Pendidikan

Pada zaman silam, hanya individu tertentu sahaja yang dapat menamatkan pengajian silat mereka dengan sempurna. Mereka ini sebenarnya telah memiliki sifat-sifat terpuji dan keikhlasan yang tinggi sehingga sanggup berkorban untuk agama, bangsa dan negara tanpa mangutamakan kepentingan diri sendiri. Sifat ini kemudian menjadi semakin subur dan terpimpin apabila mereka mendalami pelajaran dan falsafah seni silat. Bagi mereka yang belum memiliki kualiti sedemikian, melalui seni silat mereka dididik dan diasuh sehingga mencapai tahap itu. Perguruan seni silat pada hakikatnya ialah suatu institusi pendidikan di mana manusia dibentuk dan dilentur untuk memiliki ketahanan mental dan fizikal yang

optimum. Pendekatan pendidikan seni silat sebagaimana yang diterangkan di atas merupaka kaedah yang utama oleh Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia.

(26)

Mohammad Azrul Ibrahim 26 Sesungguhnya, falsafah pendidikan Silat Seni Gayong sejak dahulu lagi dirangka sebegitu rupa untuk melahirkan satu generasi yang berhemah tinggi dan berwawasan bagi memelihara kesucian Islam serta memimpin bangsa dan negara ke arah matlamat yang diredhai Allah swt. Teras pendidikan Silat Seni Gayong pada dasarnya telah disimpul dalam kalimah Gayong itu sendiri yakni Ga, Alif, Ya, Wau dan Nga (rujuk pengertian Gayong).

Lima huruf di atas juga melambangkan lima prinsip asas yang menjadi rukun atau teras agama Islam iaitu mengucap dua kalimah syahadah, menunaikan solat lima fardhu, berpuasa di bulan Ramadhan, mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji di Mekah. Lima huruf yang membina kalimah Gayong itu juga menekankan seorang murid Gayong itu mestilah menjaga kewajipan mereka sebagai seorang Muslim dengan menegakkan tiang agama iaitu

menunaikan solat fardhu lima kali sehari semalam. Pada hakikatnya, kekuatan seorang murid Gayong itu terpancar daripada keupayaan melaksanakan segala titah perintah Allah swt dan menjauhi larangan-Nya.

Apabila wujud segala sifat, penghayatan beserta amalan dalam konsep yang disebut di atas barulah dianggap murid Gayong itu benar-benar menuntut dan mendalami Silat Seni Gayong.

Nilai-nilai Luhur Silat Seni Gayong

Nilai-nilai luhur ialah butir-butir falsafah seni silat iaitu aspek mental atau spiritual, beladiri, seni dan olahraga.

Mental/spiritual:

 beriman taguh kepada tuhan Yang Maha Kuasa dan melaksakan perintahNya

 menghormati sesama manusia, terutama orang tua sendiri dan orang=orang yang lebih tua

 suka menolong sesama manusia  terus-menerus meningkatkan kualiti diri

Beladiri:

 berani menegakkan kebenaran, kejujuran dan keadilan serta membanteras kepalsuan, kemunafikan dan penyelewengan

 tahan uji dan tabah dalam menghadapi cubaan dan godaan

Seni:

 mampu membezakan yang baik dan yang buruk

 mencintai seni budaya dan menghargai karya-karya indah  memiliki keperibadian yang kukuh

Olahraga:

 sentiasa membina kesegaran jasmani dan rohani

 meningkatkan kemampuan diri secara terus-menerus dalam mengejar prestasi optima  menghargai karya dan hasil positif orang lain

(27)

Mohammad Azrul Ibrahim 27

PELAJARAN SILAT SENI GAYONG

Sejarah Pelajaran

Sejarah Silat Seni Gayong bermula daripada seorang pahlawan ulung bangsa Melayu pada zaman dahulu kala. Beliau dikenali sebagai pahlawan Gayong. Sebagai seorang

pendekar, beliau mendalami dan menguasai segala ilmu persilatan secara lahiriah dan

kebatinan. Kehebatannya amat digeruni sehingga menjadikan beliau dihormati dan disanjungi. Darah keperwiraan Gayong telah mengalir dalam tubuh salah seorang keturuanannya iaitu Almarhum Dato‟ Paduka Meor Abdul Rahman Bin Tengku Daeng Uda Mat Hashim. Keturunan Almarhum Dato Paduka Meor Abdul Rahman telah tiba di Tanah Melayu dalam kurun ke 18 Masihi. Moyang beliau, Tengku Daeng Kuning (Panglima Hitam) ialah seorang putera Raja Bugis. Beliau telah berhijrah keluar daripada Pulau Sulawesi bersama-sama enam saudaranya yang lain akibat tercetusnya peperangan antara rakyat Sulawesi dan penjajah Belanda. Mereka bertujuh ini akhirnya telah meneruskan kehidupan di Tanah Melayu.

Pada zaman dahulu, belum ada silat yang bernama Silat Seni Gayong, ilmu persilatan yang diwarisi Almarhum Dato‟ Meor Abdul Rahman daripada keturunannya ialah Silat Seni Sendi Harimau. Silat Seni Gayong merupakan satu nama persilatan yang diasaskan oleh Almarhum Dato‟ Meor Abdul Rahman.

Sistem Pelajaran

Sukatan pelajaran Silat Seni Gayong diajarkan secara sistematik mengikut tingkatan bengkung tertentu sebagai mana yang telah ditetapkan oleh Majlis Gurulatih Silat Seni Gayong.

Tingkat pertama pelajaran Silat Seni Gayong dinamakan Tapak, ia terbahagi kepada dua bahagian iaitu pelajaran Tapak Gayong dan pelajaran Seni. Dalam pelajaran Tapak, murid Gayong diajarkan cara memanfaatkan senjata-senjata asli pada tubuh untuk membeladiri dan membalas serangan lawan. Pelajarannya merangkumi Senaman Anak Harimau, Kaedah Elakan dan Pukulan serta tangkapan bagi menewaskan lawan tanpa menggunakan senjata.

Pelajaran Seni Tapak Gayong pula ialah permainan pentas atau kaedah membuka buah kuncian serta teknik membuat serangan balas yang lebih halus dan berbahaya. Dalam lain perkataan ia merupakan perincian pelajaran Tapak Gayong dan dikenali juga dengan nama Pecahan Tapak Gayong.

Peringkat kedua dinamakan Seni Gayong pada tahap ini, murid Gayong mula diajar cara menggunakan senjata tradisional Melayu. Manakala mereka yang terpilih pula akan diajar cara beramal dengan ilmu kebatinan. Ilmu kebatianan ialah ilmu kerohanian, dimana

(28)

Mohammad Azrul Ibrahim 28 Tahap keyakinan dan pengabdian diri kepada Allah swt secara total amat diperlukan beserta pengetahuan agama yang betul. Ini adalah untuk memastikan segala amalan yang dilakukan tidak terseleweng dan sentiasa menepati kehendak syarak.

Dalam pelajaran Silat Seni Gayong, konsepnya ialah selagi ada gerak, selagi itulah ada Gayong. Sukatan mata pelaaran boleh ditamatkan tetapi ilmu Silat Seni Gayong tiada

pengakhirannya. Semakin tinggi tahap kebolehan seseorang itu, maka semakin banyak

pelajaran SIlat Seni Gayong yang dapat dipecahkan tanpa mengubah keaslian silat itu sendiri. Permainan Silat Seni Gayong adalah hidup. Hanya mereka yang telah menjiwai Gayong (Ga, Alif, Ya, Wau, Nga), sahaja yang dapat memahami hakikat Silat Seni Gayong.

Corak Latihan

Latihan Silat Seni Gayong dibahagikan kepada beberapa sesi seperti:  Senaman Gerak Anak Harimau

 Ulangkaji pelajaran  Latihan kemahiran  Pelajaran baru

 Senaman Anak Harimau  Serangan bebas

(29)

Mohammad Azrul Ibrahim 29

PENGERTIAN DAN SIMBOLIK

Pengertian Gayong

Ga Genggam/Gagah

 Berpegang kepada syariat Islam, isi Al-Quran dan hadis

 Berpegang kepada janji setia dan ikrar yang dilafazkan. juga menjaga segala rahsia dan amanat yang diberi

Alif Angkat

 Menjunjung, membela, memelihara, dan menghormati ajaran dan kebenaran Islam  Menempatkan Al_Quran dan As-Sunnah sebagai tempat rujukan yang paling baik dan

dihargai

Ya Yakin

 Allah Maha Berkuasa ke atas segalanya (Qada‟ dan Qadar). Kandungan AL-Quran  Percaya dan yakin kepada kebolehan diri sendiri

Wau Waras

 Untuk menerima yang baik dan menolak yang buruk/mungkar.  Membuat pertimbangan yang sewajarnya sebelum bertindak  Kesihatan badan, jasmani dan rohani

Nga Ngeri

 Pada setiap balasan yang dikurniakan Allah di dunia dan di akhirat

 Dengan sepenuh hati dan bersungguh-sungguh dalam segala perbuatan. Dalam kontek latihan, kesungguhan ini digambarkan dalam kengerian orang yang menyaksikan

(30)

Mohammad Azrul Ibrahim 30

Pengertian Lambang

Lambang Gayong diilhamkan oleh Allahyarham Dato‟ Daeng Meor Abdul Rahman dan telah dilukis oleh Pendita Zaa‟ba di Singapura. Lambang Gayong yang asal terdiri daripada seekor naga sahaja. Pada lambang Gayong terdapat perkara-perkara berikut:

Harimau & Naga

 Naga – Sebagai tanda/simbol yang berkaitan dengan proses kelahiran Dato‟ Meor Abdul Rahman. Naga yang melingkungi dunia dan kepalanya hampir bercantum dengan ekornya itu melambangkan ilmu Silat Seni Gayong akan terkenal ke seluruh dunia.

 Harimau – Sifat harimau menyimpan kukunya jika keadaan tidak menggugat, keperibadian seorang pesilat hanya menggunakan ilmunya jika perlu.

 Naga & Harimau – Melambangkan kekuatan di darat dan di air, membawa pengertian bahawa Silat Seni Gayong sesuai digunakandengan berkesan dimana-mana.

Gayong / Bejana Air

 Ia berkaitan dengan falsafah Gayong yang intipatinya membawa erti bersatu-padu dalam menegakkan yang yang hak.

 Kegigihan dan usaha untuk mendapatkan ilmu.

Keris Bersilang

 Melambangkan semangat Tuah dan Jebat. Dalam keadaan sentiasa bersedia untuk bertindak.

 Senjata warisan bangsa Melayu. Silat Seni Gayong adalah warisan bangsa yang dipertanggungjawabkan untuk membela dan menjaga maruah bangsa Melayu.

Pedang

 Pedang Zulfakar – Melambangkan kepahlawanan sahabat-sahabat Rasulullah sewaktu menegakkan syiar Islam di zaman Jahiliah.

 Melambangkan ketajaman ilmu dan akal fikiran sebagaimana tajamnya mata pedang.

Bulan & Bintang Di Puncak Dunia (Bumi)

 Melambangkan agama Islam menjadi teras persilatan ini.

 Gayong adalah seni mempertahankan diri yang bermutu tinggi dan ia dikembangkan diseluruh dunis bagi mengakkan kebenaran dan mencegah kemungkaran.

Bengkung Cula 7 / Selempang Kebesaran Gayong

 Melambangkan Silat Seni Gayong adalah bersendikan adat.

 Bengkung Pelangi Hitam Harimau Cula Sakti disandang oleh Allahyarham Mahaguru Daeng Meor Abdul Rahman. Peringkat tertinggi pengijazahan Gayong.

(31)

Mohammad Azrul Ibrahim 31

Pengertian Warna Lambang

Hitam

 Bayang-bayang / Rahsia =

Merupakan sosiostatus manusia yang tidak membezakan ahli-ahli silat dari segi warna kulit dan darjat. Hitam juga membawa konotasi rahsia iaitu ilmu Silat Seni Gayong mempunyai pelbagai rahsia (.. rahsia tersimpan dipurbakala, ilham menyusun zahir semula).

 Semangat / Ketabahan =

Dalam menjalani oelajaran dan menempuh liki-liku hidup. Juga tahan uji dan tabah dalam menghadapi cubaan dan godaan.

Putih

 Kesucian =

Silat Seni Gayong adalah bebas daripada sebarang unsur yang membawa keburukan dan kehancuran.

Memiliki kesucian dan kebersihan hati dalam setiap tindakan.

Kuning

 Beraja / Berdaulat =

Silat Seni Gayong adalah seni mempertahankan diri warisan bangsa Melayu.

Merah

 Berani / Kepahlawanan =

Setiap ahli dipupuk semangat berani menegakkan kebenaran kebenaran dan mencegah kemungkaran. Ahli Gayong juga bersemangatkan darah panglima.

Hijau

 Melambangkan agama Islam

Peringkat-peringkat Bengkung

1. Bengkung Hitam (Mulus) 2. Bengkung Awan Putih 3. Bengkung Pelangi Hijau 4. Bengkung Pelangi Merah

 Bengkung Pelangi Merah Tinggi (Cula I-III) 5. Bengkung Pelangi Kuning

 Bengkung Pelangi Kuning Tinggi (Cula I-V) 6. Bengkung Pelangi Hitam Harimau

 Bengkung Pelangi Hitam Harimau Tinggi (I_VI)

(32)

Mohammad Azrul Ibrahim 32

SAJAK SILAT SENI GAYONG

Karya: dato’ Mahaguru Daeng Meor Abdul Rahman Bin Daeng Uda Mohd Hashim Dengan Bismillah mula dikata

Mengingati kebesaran Allah Yang Maha Mulia Kerana wajib telah ternyata

Segala perbuatan mahulah diserta Seni Gayong payung pusaka Naungan aneka hikmat mulia Rahsia tersimpan dipurbakala Ilham menyusun zahir semula Lembaganya bersih baunya suci Berseru kepada putra dan putri Agama yang mulia dijunjung tiggi Belalah bangsa adat dan negeri Gayong mencantum bersatu padu Mengingatkan junjungan empunya seru Sama sendiri bantu membantu

Selamat sejahtera hajat dituju

Matahari terbit di Palembang Siguntang Tanahnya subur ditanam padi

Keris dihunus dipegang dijulang Lesatriaan pahlawan timbul kembali Gayong emas kendi pusaka

Bekalan air raja kesakti

Keris kuhunus langkah kumula Bangsa Melayu sudah terpuji Besi Kuning besi kesakti Anak panah Sang Rajuna

Kembali Gayong kebudayaan asli Di Tanah Melayu hulubalang tua

Tempana Nipis nama asalku Keris pusaka Ratu Dewangga Niat derhaka kepada rajaku Taming menyerah keris pusaka Tempana NIpis nama asalku Besi tua di Tanah Jawa

Hidup kembali kebudayaan bangsaku Tiada Melayu hilang di dunia

Majapahit nama negara Tempat Ratu Raja Jawa Kalau diguna akal bicara

Kebudayaan Melayu subur semula Seni Gayong seni asli

Dari pusaka ibu pertiwi

Umat Melayu menjunjung tinggi Akhir hayat tidak dilupai

Seni Gayong sudah terpuji Dijunjung oleh seluruh negeri Pemuda pemudi harus pelajari Agar Gayong kekal abadi Seni Gayong seni Melayu Tidak senang untuk ditiru Taat setia untuk mengaku Supaya jadi lambang Melayu Seni Gayong seni pusaka Dipimpin oleh putra negara Supaya dapat taat setia Amanat guru harus dijaga

(33)

Mohammad Azrul Ibrahim 33

ASAS GERAKAN

Asas 1

1. Tumbuk Lurus/Pintal Tali/Hadapan 2. Pancung/Pancung Dayung

3. Tumbuk Bertapak/Melangkah

4. Sepak Lurus/Lambung Kemudi/Hadapan 5. Sepak Juring/Tolak Lintang/Sisi

6. Sepak Layang/Tebar Jala 7. Golongan Anak Harimau 10

Asas 2

1. Tumbuk Lurus balas Tangkis Sisi berkisar tapak 2. Tumbuk Lurus balas Pancung berkisar tapak

3. Tumbuk Bertapak – tarik tapak – Tangkis Sisi balas Kilas Bawah berkisar tapak 4. Sepak Lurus balas Juring 2 sisi

5. Sepak Layang balas Juring 1 sisi

6. Cakar Helang/Rajawali/Padam Lampu balas Ketuk/Hentak Emas Sepukal 7. Golongan Anak Harimau 21

Asas 3

1. Tumbuk Lurus balas Tangkis Sisi balas Kun 2. Tumbuk Lurus balas Tangkis Sisi balas Pancung 3. Cakar Helang balas Ketuk balas Sepak Lurus 4. Sepak Lurus balas Sepak Belakang/Kuda Gila

5. Tebar Jala balas Jala Tebar / Sepak Layang berbalas

6. Tebar Jala kanan balas Jala Tebar Jala kiri / Sepak Layang berbalas-balas 7. Golongan Anak Harimau 31

Asas 4

1. Tumbuk Lurus balas Tangkis Sisi balas Kilas Bawah

2. Tumbuk Lurus balas Tangkis Sisi balas Kilas Bawah balas Pancung berkisar tapak 3. Tumbuk Lurus balas Tangkis Sisi balas Kilas Bawah balas Pancung

4. Sepak Lurus bertapak 5. Sepak Juring bertapak 6. Sepak Layang bertapak 7. Golongan Anak Harimau 41

(34)

Mohammad Azrul Ibrahim 34

Asas 5

1. Tumbuk Lurus berbalas balas Sepak Lurus dalam tapak 2. Tumbuk Lurus berbalas balas Sepak Lurus bertapak

3. Tembi Siku / Siku Layang bertapak balas Pancung balas Tangkis Sisi Kilas Bawah berkalih tapak belakang

4. Cakar Helang balas Ketuk balas Sepak Lurus bertapak

5. Tamparan Harimau bertapak pusing belakang balas Tangkis Sisi Kilas Bawah balas Sepak Juring

6. Sepak Juring silang kaki gerak sisi 7. Golongan Anak Harimau 51

Referensi

Dokumen terkait

g!t!ng r!y!ng, kerjasama, )inta damai, resp!nsif dan pr!-aktif& dan menunjukan sikap sebagai bagian dari s!lusi atas berbagai permasalahan bangsa dalam berinteraksi se)ara

Dari hasil penelitian dapat disimpulkan bahwa karakteristik morfologi warna miselium dan keberadaan clamp connection dipengaruhi oleh jenis fungi, sementara bentuk percabangan

Analisis kuantitatif merupakan pemisah suatu materu menjadi partikel- partikel. Fungsinya yaitu untuk menetapkan berapa banyak unsure atau zat yang ada dalam senyawa

a) Faktor personal individual, meliputi pengetahuan,skill, kemampuan, kepercayaan diri, motivasi, dan komitmen yang dimiliki setiap individu. b) Faktor kepemimpinan

Adanya perbedaan yang terjadi antar karyawan didalam suatu perusahaan, komunikaasi yang di lakukan daru pimpinan kebawahan menjadi sangat penting dimana dalam tujuan

Victor Andres Ochoa Correa

Penamaan berdasarkan sifat khas karena ciri fisik yang dimiliki oleh suatu benda sering dijumpai dalam lingkungan masyarakat. Karena disebabkan sifat dari ciri fisik

Keupayaan sistem ini tidak terhad kepada pemaparan peta digital sahaja sebaliknya ia boleh kerja-kerja analisis. Sebagai contoh, pemaparan lokasi monumen bersejarah di sekitar