• Tidak ada hasil yang ditemukan

Kesan Pengajaran Terus Nilai Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Sejarah Bagi Penerapan Patriotisme [LB1642.M2 T129 2006 f rb ].

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Kesan Pengajaran Terus Nilai Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Sejarah Bagi Penerapan Patriotisme [LB1642.M2 T129 2006 f rb ]."

Copied!
39
0
0

Teks penuh

(1)

Kepada mereka yang dikasihi :

Ayahandaku Mohmad Taib bin Johan Bondaku Maimunah bt. Ayob Isteriku A’inun Mardziah bt. Mohd Yit

Anak-anakku : Muhammad Rafiq Firdaus

Nur Ain Izzahtul Nadiah Nur Ain Suraiya Farhanah

Nurain Amalina Fatanah Muhammad Fakhrur Raziq

▸ Baca selengkapnya: jelaskan kesan terhadap negara sekiranya pengetahuan sejarah diabaikan

(2)

PENGHARGAAN

Didahului dengan ucapan syukur Alhamdulillah yang dipanjatkan kepada-Nya, kerana berkat rahmat dan hidayah-Nya memungkinkan penulisan tesis ini selesai walaupun dalam pelbagai cabaran, kepayahan, dan keperitan yang mendatang. Selawat dan salam buat junjungan Nabi Muhammad SAW yang mana melalui baginda, al-Qur’an dan sunnahnya dijadikan penyuluh dan pedoman.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih khusus ditujukan kepada penyelia, PM Dr. Abd. Rashid Mohamad dan mantan penyelia, PM Dr. Mohd Daud Hamzah atas segala bimbingan, tunjuk ajar, kata nasihat, dan perangsang sedari mula hingga ke akhir penyempurnaan tesis ini. Allah jua yang selayaknya membalas jasa ikhlas kalian.

Sesungguhnya terlalu banyak pihak yang menghulurkan bantuan dan tidak mungkin untuk dinyatakan satu persatu dalam ruang yang terbatas ini. Memadai dirakamkan penghargaan ini kepada pihak Universiti Pendidikan Sultan Idris, Yang Berbahagia Dato’- Dato’, Profesor Dato’, Profesor-profesor, Profesor Madya, rakan-rakan pensyarah, kakitangan pentadbiran dan sokongan di Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia UPSI, serta Pusat Pasca UPSI, rakan kenalan yang lama dan baru.

Ucapan penghargaan istimewa ditujukan kepada ibubapa, ibu mertua, serta bapa mertua yang telah meninggal dunia. Juga kepada adik beradik dan saudara mara.

Penghargaan khas ditujukan kepada isteri dan anak-anak yang sentiasa tabah, sabar, sedia memahami serta memberi sokongan dalam sebarang keadaan. Kepada semua pihak yang terlibat, terimalah ucapan terima kasih yang amat bermakna daripada saya dan hanya Allah jua yang layak membalasnya. Amin.

(3)

JADUAL KANDUNGAN

Halaman

PENGHARGAAN ii

JADUAL KANDUNGAN iii

SENARAI JADUAL ix

SENARAI RAJAH xii

SENARAI LAMPIRAN xiii

ABSTRAK xiv

ABSTRACT xv

BAB l : PENDAHULUAN 1.0 Latar Belakang Masalah 1

1.1 Pernyataan Masalah 4 1.2 Tujuan Kajian 15 1.3 Soalan Kajian 17 1.4 Hipotesis Kajian 18 1.5 Kepentingan Kajian 21 1.6 Batasan Kajian 24 1.7 Huraian Istilah 28

BAB ll : KAJIAN LITERATUR 2.0 Pengenalan 33

(4)

2.1.1 Definisi Patriotisme 33

2.1.2 Hubungan Patriotisme Dengan Nilai 39

2.1.3 Teori Mengenai Patriotisme 42

2.1.4 Perkembangan Pemerolehan Pemikiran Patriotisme 45

2.2 Patriotisme Dari Perspektif Pendidikan Nilai 48

2.2.1 Pendekatan Utama Pengajaran Nilai 48

2.2.1.1 Aliran Tradisional Pendidikan Nilai 48

2.2.1.2 Aliran Progresif Pendidikan Nilai 49

2.2.1.3 Aliran Eklektik Pendidikan Nilai 51

2.2.1.4 Pendekatan Lain Pengajaran Nilai 53

2.2.1.4.1 Perpindahan Nilai (Value Transmission) 53

2.2.1.4.2 Nilai Merentas Kurikulum 54

2.2.2 Kaedah Pengajaran Nilai 55

2.2.2.1 Pembelajaran Terus (Direct Instruction) 55

2.2.2.2 Pemikiran Moral (Moral Reasoning) 56

2.2.2.3 Golongan Prihatin (Caring) 57

2.2.3 Kaedah Penerapan Patriotisme Dalam Pendidikan Nilai 58

2.3 Saluran-saluran Pembinaan Patriotisme Dalam Konteks Negara Malaysia 62

2.3.1 Pembinaan Patriotisme Melalui Institusi Pendidikan 63

2.3.2 Pembinaan Patriotisme Selain Daripada Institusi Pendidikan 67 2.3.3 Model Konseptual Pembinaan Patriotisme

(5)

Di Malaysia 74 2.3.4 Kejayaan Penterjemahan Semangat Patriotisme

Dalam Masyarakat Malaysia 76

2.4 Kurikulum Sejarah KBSM Dan Pembentukan Patriotisme 79

2.4.1 Hubungan Sejarah Dengan Patriotisme 79

2.4.2 Bukti Empirikal Hubungan Sejarah

Dengan Patriotisme 81 2.4.3 Tujuan Sejarah Diajar Di Sekolah 84

2.4.4 Tujuan Pembelajaran Mata Pelajaran

Sejarah KBSM 87 2.4.5 Objektif Mata Pelajaran Sejarah KBSM

Menengah Rendah 89

2.4.6 Kandungan Patriotisme Yang Sepatutnya

Diliputi Dalam Mata Pelajaran Sejarah 97

2.4.7 Saranan Pengajaran Dan Pembelajaran Sejarah

Bagi Penerapan Patriotisme 104

2.4.7.1 Pedagogi 104

2.4.7.2 Penggunaan Sumber 110

2.4.7.3 Penerapan Nilai Patriotisme 118 2.4.8 Batasan Peperiksaan Terhadap Pengajaran Dan

Pembinaan Patriotisme 121 2.4.9 Pelaksanaan Pengajaran Dan Pembelajaran

Sejarah KBSM 123

2.5 Kerangka Konseptual Kajian 125

2.6 Pendekatan Kajian 147

BAB lll : METODOLOGI KAJIAN

3.0 Pengenalan 151 3.1 Reka Bentuk Kajian 151 3.2 Langkah Pengendalian Eksperimen 155

(6)

3.2.1 Langkah Kendalian Kumpulan Eksperimen l 157 3.2.2 Langkah Kendalian Kumpulan Eksperimen ll 163 3.2.3 Langkah Kendalian Kumpulan Kawalan 166 3.2.4 Perbandingan Pengajaran Bagi Ketiga-tiga Kumpulan 168

3.2.5 Langkah Pemantauan Dan Pencerapan 169 3.3 Sampel Kajian 170

3.3.1 Pemilihan Sekolah 170

3.3.2 Pemilihan Sampel Kajian 172 3.4 Alat Ukur 173

3.4.1 Kajian Rintis 173 3.4.1.1 Menguji Kefahaman Terhadap Item-item

Dalam Instrumen Kajian 173 3.4.1.2 Menguji Kesahan Dan Kebolehpercayaan

Instrumen 174 3.4.1.2 Pemilihan Item Soal Selidik Patriotisme

Terhadap Negara Versi Akhir 176 3.4.1.3.1 Kesahan Soal Selidik Patriotisme

Terhadap Negara 178 3.4.1.3.2 Kebolehpercayaan Soal Selidik

Patriotisme Terhadap Negara 179 3.4.1.3.3 Kesimpulan Soal Selidik

Patriotisme Terhadap Negara 190 3.4.1.3.4 Maklumat Pelajar 190 3.5 Analisis Data 191

BAB IV : DAPATAN KAJIAN

4.0 Pengenalan 193 4.1 Laporan Pemantauan Dan Pencerapan Pengajaran Dan

(7)

4.2 Analisis Deskriptif Pencapaian Patriotisme (Dan Aspek-aspeknya) Antara Kumpulan 207 4.3 Pengujian Hipotesis 209 4.3.1 Hipotesis Nol 1 209 4.3.2 Hipotesis Nol 1a 211 4.3.3 Hipotesis Nol 1b 213 4.3.4 Hipotesis Nol 1c 214 4.3.5 Hipotesis Nol 2 216 4.3.6 Hipotesis Nol 2a 217 4.3.7 Hipotesis Nol 2b 218 4.3.8 Hipotesis Nol 2c 219 4.3.9 Hipotesis Nol 3 220 4.3.10 Hipotesis Nol 3a 221 4.3.11 Hipotesis Nol 3b 222 4.3.12 Hipotesis Nol 3c 223 4.3.13 Hipotesis Nol 4 224 4.3.14 Hipotesis Nol 5 225 4.3.15 Hipotesis Nol 6 225 4.3.16 Hipotesis Nol 7 225 4.4 Rumusan 226

BAB V : RUMUSAN, PERBINCANGAN, KESIMPULAN DATA, DAN IMPLIKASI PENYELIDIKAN 5.0 Rumusan 228

5.1 Perbincangan Dapatan 233

5.1.1 Kesan Pengajaran Terus Nilai Patriotisme Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Sejarah 234

(8)

5.1.2 Kesan Penggunaan Sumber Pengajaran Sejarah

Terhadap Pencapaian Patriotisme 237

5.1.3 Kesan Pencapaian Patriotisme Mengikut Etnik 242

5.1.4 Kesan Pencapaian Patriotisme Mengikut Jantina 244

5.1.5 Kesan Interaksi Kumpulan Pengajaran Dan Etnik Terhadap Pencapaian Patriotisme 246

5.1.6 Kesan Interaksi Etnik Dan Jantina Terhadap Pencapaian Patriotisme 246

5.1.7 Kesan Interaksi Kumpulan Pengajaran Dan Jantina Terhadap Pencapaian Patriotisme 247

5.1.8 Kesan Interaksi Kumpulan Pengajaran, Etnik Dan Jantina Terhadap Pencapaian Patriotisme 249

5.2 Implikasi Penyelidikan Kepada Pembelajaran Sejarah 249

5.3 Cadangan Untuk Penyelidikan Selanjutnya 253

5.4 Kesimpulan 254

(9)

SENARAI JADUAL

3.1 Koefisien Korelasi Dan Indeks Kebolehpercayaan Item Bagi

Dimensi Bangga Akan Kemajuan Negara 180 3.2 Koefisien Korelasi Dan Indeks Kebolehpercayaan Item Bagi

Dimensi Bangga Akan Kemajuan Negara (Yang Diterima) 181 3.3 Koefisien Korelasi Dan Indeks Kebolehpercayaan Item Bagi

Dimensi Bangga Akan Sejarah Negara 182 3.4 Koefisien Korelasi dan Indeks Kebolehpercayaan Item Bagi

Dimensi Bangga Akan Sejarah Negara (Yang Diterima) 182 3.5 Koefisien Korelasi Dan Indeks Kebolehpercayaan Item Bagi

Dimensi Bangga Akan Tradisi Dan Budaya 183

3.6 Koefisien Korelasi Dan Indeks Kebolehpercayaan Item Bagi

Dimensi Bangga Akan Tradisi Dan Budaya (Yang Diterima) 184 3.7 Koefisien Korelasi Dan Indeks Kebolehpercayaan Item Bagi

Dimensi Setia Kepada Negara 185 3.8 Koefisien Korelasi Dan Indeks Kebolehpercayaan Item Bagi

Dimensi Setia Kepada Negara (Yang Diterima) 185 3.9 Koefisien Korelasi Dan Indeks Kebolehpercayaan Item Bagi

Dimensi Setia Kepada Raja Dan Pemimpin Negara 186 3.10 Koefisien Korelasi Dan Indeks Kebolehpercayaan Item Bagi

Dimensi Sedia Berkorban Untuk Bangsa Dan Negara 187 3.11 Koefisien Korelasi Dan Indeks Kebolehpercayaan Item Bagi

Dimensi Sedia Berkorban Untuk Bangsa Dan Negara

(Yang Diterima) 188 3.12 Koefisien Korelasi Dan Indeks Kebolehpercayaan Item Bagi

Dimensi Menghormati Simbol Negara 189 3.13 Koefisien Korelasi Dan Indeks Kebolehpercayaan Item Bagi

Dimensi Menghormati Simbol Negara (Yang Diterima) 189 3.14 Indeks Kebolehpercayaan Setiap Dimensi Soal Selidik

Patriotisme Terhadap Negara Versi Akhir 191

4.1 Bilangan Pemantauan Dan Pencerapan 195 4.2 Laporan Pemantauan Dan Pencerapan Yang Terpilih 197

(10)

4.3 Beza Min Pencapaian Patriotisme Dan Aspek-aspek Patriotisme

Antara Kumpulan 207 4.4 Perbezaan Di Antara Min Pencapaian Patriotisme Dan Aspek-

aspek Patriotisme Antara Kumpulan Pengajaran 208 4.5 Keputusan ANOVA Tiga Hala Pada Ukuran Pencapaian

Patriotisme 209 4.6 Min Bezantara Markat Pencapaian Patriotisme Mengikut

Kumpulan 210

4.7 Keputusan Ujian Post Hoc Pencapaian Patriotisme 211 4.8 Keputusan ANOVA Tiga Hala Pada Ukuran Pencapaian Bangga

Negara 211 4.9 Min Bezantara Markat Pencapaian Bangga Negara Mengikut

Kumpulan 212

4.10 Keputusan Ujian Post Hoc Pencapaian Bangga Negara 213 4.11 Keputusan ANOVA Tiga Hala Pada Ukuran Pencapaian Setia

Negara 213 4.12 Min Bezantara Markat Pencapaian Setia Negara Mengikut

Kumpulan 214 4.13 Keputusan ANOVA Tiga Hala Pada Ukuran Pencapaian Hormat

Simbol Negara 215 4.14 Min Bezantara Markat Pencapaian Hormat Simbol Negara

Mengikut Kumpulan 216 4.15 Keputusan Ujian Post Hoc Pencapaian Hormat Simbol Negara 216 4.16 Min Bezantara Markat Pencapaian Patriotisme Mengikut Etnik 217

4.17 Min Bezantara Markat Pencapaian Bangga Negara Mengikut

Etnik 218 4.18 Min Bezantara Markat Pencapaian Setia Negara Mengikut Etnik 219 4.19 Min Bezantara Markat Pencapaian Hormat Simbol Negara

Mengikut Etnik 219 4.20 Min Bezantara Markat Pencapaian Patriotisme Mengikut Jantina 220 4.21 Ujian-t Pencapaian Patriotisme Berdasarkan Jantina Pelajar

(11)

4.22 Min Bezantara Markat Pencapaian Bangga Negara Mengikut

Jantina 221 4.23 Ujian-t Pencapaian Bangga Negara Mengikut Jantina Pelajar

Pada Ujian Pra 222 4.24 Min Bezantara Markat Pencapaian Setia Negara Mengikut

Jantina 223 4.25 Ujian-t Pencapaian Setia Negara Mengikut Jantina Pelajar

Pada Ujian Pra 223 4.26 Min Bezantara Markat Pencapaian Hormat Simbol Negara

Mengikut Jantina 224 4.27 Keputusan Ujian Hipotesis 226 5.1 Min Pencapaian Patriotisme Berdasarkan Etnik Dan Jantina 247 5.2 Min Pencapaian Patriotisme Berdasarkan Kumpulan Pengajaran

Dan Jantina 248

(12)

SENARAI RAJAH

2.1 Hieraki Orientasi Nilai Musek (1993) 43

2.2 Kategori Nilai Oleh Zuzovsky et al.(1998) 44

2.3 Model Konseptual Pembinaan Patriotisme Di Malaysia Yang Menunjukkan Penglibatan Sekolah Dan Bukan Sekolah 74

2.4 Kerangka Konseptual Kajian 139

2.5 Kerangka Kajian Menunjukkan Hubungan Antara Pemboleh Ubah Yang Terlibat 140

2.6 Model Kajian Eksperimen Kuasi Yang Digunakan 148

3.1 Reka Bentuk Eksperimen 152

3.2 Reka Letak Angkubah 154

3.3 Jadual Eksperimen Yang Telah Dijalankan 158

3.4 Langkah Kendalian Kumpulan Eksperimen l 160

3.5 Langkah Kendalian Kumpulan Eksperimen ll 163

3.6 Langkah Kendalian Kumpulan Kawalan 166

3.7 Pengajaran Yang Diberikan Mengikut Kumpulan 169

3.8 Kumpulan Kajian 173

(13)

SENARAI LAMPIRAN

A l Rancangan Pengajaran Kumpulan Eksperimen l 271

A 2 Rancangan Pengajaran Kumpulan Eksperimen ll 327

B l Borang Senarai Semak Pemantauan Dan Pencerapan Guru 382

B 2 Borang Senarai Semak Pemantauan Dan Pencerapan Guru

(Yang Terpilih) 384 C 1 Soal Selidik Patriotisme Terhadap Negara (Versi Asal) 402

C 2 Soal Selidik Patriotisme Terhadap Negara (Versi Akhir) 414

D Penilaian Pensyarah/Pakar Terhadap Item Soal Selidik

Patriotisme Terhadap Negara (Versi Asal) 424

E 1 Indeks Kebolehpercayaan Item Soal Selidik Patriotisme

Terhadap Negara (Versi Asal) 427

E 2 Indeks Kebolehpercayaan Item Soal Selidik Patriotisme

Terhadap Negara (Versi Akhir) 430

(14)

KESAN PENGAJARAN TERUS NILAI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SEJARAH BAGI PENERAPAN PATRIOTISME

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk menentukan kesan pengajaran terus nilai patriotisme dalam pengajaran dan pembelajaran sejarah bagi tujuan penerapan patriotisme dengan menggunakan sumber pengajaran sejarah pelbagai perspektif (selain buku teks) dan sumber pengajaran sejarah berasaskan buku teks. Reka bentuk kajian ini adalah eksperimen kuasi dengan menggunakan dua kumpulan eksperimen dan satu kumpulan kawalan. Sejumlah 355 orang pelajar dari tiga buah sekolah menengah dalam satu daerah di Johor telah dipilih sebagai sampel kajian. Kumpulan l (KE l) telah diberikan rawatan pengajaran sejarah dengan menggunakan sumber pengajaran sejarah pelbagai perspektif (selain buku teks), kumpulan ll (KE ll) diberikan rawatan pengajaran sejarah dengan menggunakan sumber pengajaran sejarah berasaskan buku teks, dan kumpulan lll berfungsi sebagai kumpulan kawalan (KK). Data telah diperoleh dengan menggunakan Soal Selidik Patriotisme Terhadap Negara yang dibina oleh penyelidik untuk mengukur tiga aspek patriotisme-bangga negara, setia negara, dan hormat simbol negara. Indeks kebolehpercayaan soal selidik ialah 0.95. Data dianalisis dengan menggunakan pengiraan ANOVA tiga hala dan diikuti ujian perbandingan pos hoc berganda. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dalam pencapaian patriotisme berasaskan kumpulan rawatan dan kumpulan jantina. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam pencapaian patriotisme berasaskan kumpulan etnik. Dapatan kajian juga menunjukkan tidak terdapat kesan interaksi dua hala dalam pencapaian patriotisme berasaskan kumpulan rawatan dan etnik, dan interaksi tiga hala berasaskan kumpulan rawatan, etnik dan jantina. Walau bagaimana pun terdapat kesan interaksi yang signifikan dalam pencapaian patriotisme berasaskan kumpulan rawatan dan jantina, dan berasaskan etnik dan jantina. Pengkaji mencadangkan agar mengadakan perbincangan nilai patriotisme secara terus sebagai satu nilai moral, dan menggunakan sumber pengajaran sejarah yang pelbagai perspektif bagi tujuan penerapan patriotisme dalam pengajaran dan pembelajaran sejarah.

(15)

THE EFFECTS OF DIRECT VALUES INSTRUCTION IN THE TEACHING AND LEARNING OF HISTORY TO INCULCATE PATRIOTISM

ABSTRACT

The main purpose of this study was to determine the effects of direct instruction on patriotic values in the teaching and learning of history to inculcate patriotism by using multi perspective sources (other than text book) and history text book as history teaching sources. This study employed a quasi-experimental design involving two experimental groups and one control group. A sample of 355 students was selected from three different secondary schools from a district in the state of Johore. Treatment group l (KE l) was given history lessons using multi perspective history teaching sources (other than text book), treatment group ll (KE ll) was given history lessons using only history text book, while the third group was designated as the control group (KK). Data were collected through a questionnaire (‘Soal Selidik Patriotisme Terhadap Negara’) developed by the researcher to measure aspects of patriotism-namely pride, loyalty, and respect for national symbols. The questionnaire has a reliability index of 0.95. Data were analyzed by utilizing a three way ANOVA computation followed by post hoc multiple comparison test. The results of this study indicate that there were significant differences in patriotic achievement between treatment groups and gender. However, there was no significant difference in patriotic achievement between ethnic groups. The results also showed there were no significant interaction effects in patriotic achievement between treatment groups, ethnicity, and gender. However there were significant interaction effects in patriotic achievement between treatment groups and gender, and between ethnicity and gender. As a conclusion, the researcher suggested the application of direct discussion of patriotic values as a moral value, and the using of multi perspective history teaching sources to inculcate patriotism in the teaching and learning of history.

(16)

BAB l PENDAHULUAN

1.0 Latar Belakang Masalah

Parsons (1977) menyatakan tradisionalisme akan terhakis kerana modenisme, disebabkan faktor dunia sejagat. Giddens (1990) menghujahkan bahawa kesan utama hasil daripada proses pemodenan ialah globalisasi. Manakala Toffler dalam Power Shift (1991) berpendapat, kuasa bukan lagi faktor mutlak yang menjelaskan kita sebagai individu dan negara. Kesemua pandangan ini mengarah kepada tanggapan betapa hebatnya proses globalisasi yang melanda dunia pada masa kini, di milenium baru. Globalisasi, kesejagatan atau dunia tanpa sempadan membawa konotasi bahawa kewujudan negara bangsa yang semakin kurang penting. Ohmae (1995) melabel kewujudan negara bangsa pada masa kini laksana dinosur yang sedang menunggu ajal kerana arus globalisasi yang melanda dunia.

Daripada perspektif yang lain pula, khususnya menjelang penghujung abad yang ke-20, terdapat seruan dan kesedaran akan kepentingan negara bangsa dan kedaulatan nasional. Umpamanya di United Kingdom, perdebatan tentang kurikulum nasional menjadi hangat, di samping isu penggunaan mata wang tunggal di Eropah iaitu Euro, dan penyerahan status Hong Kong kepada Republik Rakyat Cina (McKiernan, 1993). Di Russia pula, dalam era pos-Soviet, telah diadakan satu persidangan pada tahun 1999, untuk membentuk satu ideologi nasional yang baru, dengan menjadikan patriotisme sebagai asasnya (Sharpe, 2001). Yang terbaru ialah di Amerika Syarikat, iaitu selepas serangan

(17)

11 September, 2001, seruan terhadap patriotisme di kalangan rakyatnya menjadi semakin ketara (Euben, 2002; Parker, 2002).

Jika kita meneliti segala perkembangan ini, apakah benar konsep globalisasi itu akan melenyapkan kepentingan kewujudan negara bangsa? Suatu yang menarik ialah berdasarkan sebagaimana yang telah dikatakan oleh De Cillia, Reisigl, dan Wodak (1999) iaitu:

‘Proses globalisasi nampaknya perlu diiringi dengan melihat semula dan mengukuhkan masa lalu dan ciri komuniti pra-moden, tentang perasaan patriotisme yang penuh beremosi dan diwarisi terhadap negara sendiri.’

(De Cillia, Reisigl, dan Wodak, 1999, hal. 170)

Walaupun pada zaman ini sering dilaungkan slogan globalisasi, dan dunia tanpa sempadan, tetapi semangat patriotik dan cintakan tanah air yang positif perlu juga dipupuk, khususnya dalam konteks negara kita Malaysia.

Abdul Rahman Embong (1997) ketika membincangkan hal ini, menyatakan : ‘Nasionalisme pada zaman ini ialah nasionalisme yang

progresif dan terbuka terhadap luar, tetapi tetap memelihara keutuhan dan kekuatan dalaman serta kedaulatan sempadan negara sendiri, dan waspada terhadap agenda politik kuasa-kuasa luar di sebalik proses globalisasi dan lagu ‘desa sejagat’ mereka.’

(Abdul Rahman Embong, 1997, hal. 64)

Dalam keadaan negara kita yang berbilang kaum, gerakan nasionalisme masih perlu dibina semula, bukan hanya untuk menghadapi masalah dan cabaran pembangunan kini, tetapi juga untuk menghadapi masalah perpaduan kebangsaan (Jomo, 1996). Semangat patriotik dapat dijadikan benteng untuk menangkis ancaman dan kebanjiran gejala negatif akibat daripada proses

(18)

internasionalisme dan globalisasi (Abdul Shukor Abdullah, 1998). Seiring dengan ini, satu Kongres Patriotisme Negara telah diadakan pada 24-26 Oktober, 2002 yang membincangkan tentang segala aspek berkaitan dengan patriotisme. Satu resolusi penting daripada kongres tersebut yang telah dibawa kepada perbincangan di peringkat Kabinet, ialah mewajibkan pelajar-pelajar yang berumur 17 tahun ke atas, terlibat dalam Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) bermula pada tahun 2004, dengan tujuan untuk meningkatkan rasa cinta mereka kepada negara atau patriotisme.

Dalam konteks pendidikan di Malaysia, penyemaian semangat patriotisme sebagai salah satu matlamat sistem pendidikan negara sememangnya dapat dikesan. Hala tuju pendidikan negara Malaysia telah dijelaskan sebagaimana yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Jika kita mengamati pernyataan FPK, rangkaikata terakhir FPK berbunyi seperti berikut: ‘… . serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan

kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.’

(PPK, KPM, 2001, hal. 5)

Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK), Kementerian Pendidikan Malaysia (2001) ketika memberi huraian tentang rangkaikata ini, telah menggariskan tujuh aspek yang termasuk dalam pengertiannya. Salah satunya ialah bersemangat patriotik dan cintakan negara. Oleh yang demikian, adalah jelas salah satu fungsi pendidikan di Malaysia ialah untuk mendidik warganya agar mempunyai semangat patriotik dan cintakan negara. Ini bersesuaian dengan fungsi pendidikan sebagai institusi yang menentukan kesinambungan budaya dan norma yang telah dipersetujui antara ahli-ahlinya.

(19)

1.1 Pernyataan Masalah

Sejak dari Penyata Razak (1956), Akta Pelajaran (1961), Laporan Rahman Talib (1960), sehingga kepada Laporan Jawatankuasa Kabinet (1979), sistem pendidikan negara memberi tumpuan kepada dua matlamat utama yang ingin dicapai melalui pendidikan, iaitu perpaduan negara dan penghasilan tenaga rakyat (Zainal Kling, 1994). Namun demikian, Laporan Jawatankuasa Kabinet telah mencetuskan satu lagi matlamat yang perlu dicapai melalui sistem pendidikan negara, iaitu pendidikan akhlak dan moral. Ini terkandung dalam Laporan Jawatankuasa Kabinet yang berbunyi:

‘Untuk kepentingan pembangunan negara, tenaga rakyat yang diperlukan bukan sahaja perlu dilihat dari segi bilangan jenis pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki, bahkan perlu dilihat dari segi nilai-nilai disiplin yang perlu diterima. Dari segi sikap, mereka jujur dan dedikasi terhadap kerja. Mereka bukan sahaja perlu cekap, bahkan perlu boleh berfikir dan bertindak dengan baik, sama ada secara sendiri mahupun secara beramai-ramai berpandukan kepada punca-punca akhlak yang mulia. Tegasnya, individu yang dilahirkan dari sistem persekolahan negara perlu selaras dengan tujuan pembangunan kemanusiaan.’

(Dalam Wan Mohd. Zahid Mohd. Noordin, 1994, hal.132-133)

Kebimbangan yang disuarakan oleh Laporan Jawatankuasa Kabinet tentang pembentukan akhlak ada rasionalnya. Pada ketika itu berlakunya kemerosotan disiplin di sekolah-sekolah, dan kebimbangan kerajaan terhadap penyalahgunaan dadah yang meningkat dengan hebatnya di kalangan remaja dan belia (PPK, 1988). Pendidikan di sekolah didapati berat sebelah, dengan tumpuan penekanan yang tidak seimbang antara ilmu pengetahuan dan sahsiah pelajar. Ini boleh dikesan berdasarkan pernyataan yang berbunyi:

(20)

‘Di samping itu, di antara ciri-ciri yang terdapat dalam kurikulum sekarang ialah kandungannya yang terlalu memberatkan ilmu pengetahuan akademik, dan penekanan yang berlebihan terhadap persediaan untuk pelajaran tinggi. Penekanan yang berlebihan ini telah menyebabkan kurangnya tumpuan kepada perkembangan watak dan sahsiah pelajar.’

(PPK, KPM, 1990, hal. 144)

Justeru, wajah manusia yang ingin dijelmakan melalui sistem pendidikan negara sebagai idealisme yang harus diperjuangkan, dinyatakan secara rasmi pada tahun 1987 dengan perisytiharan Falsafah Pendidikan Negara (Wan Mohd. Zahid Mohd. Noordin, 1994). Pernyataan Falsafah ini berbunyi seperti berikut:

‘Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.’

(PPK, KPM, 1988, hal. 7)

Berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara, individu yang ingin dilahirkan melalui sistem pendidikan negara adalah individu insan yang baik dan sempurna. Individu yang baik ialah individu yang dapat bertingkahlaku berdasarkan intelek, rohani, emosi dan jasmani yang seimbang dengan berpaksikan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Sudah semestinya insan yang baik akan secara automatis menjadi warganegara Malaysia yang baik (PPK, 1988). Dalam konteks ini, Kementerian Pendidikan telah menggunakan strategi untuk menerapkan nilai-nilai murni merentasi kurikulum. Penerapan nilai-nilai murni boleh dilakukan melalui pelbagai cara iaitu:

(21)

‘… . nilai-nilai murni akan disisipkan melalui semua mata pelajaran dan ia diperkukuhkan pula melalui kegiatan-kegiatan kokurikulum dan pembentukan budaya sekolah yang positif.’

(Wan Mohd. Zahid Mohd. Noordin, 1994, hal. 137)

Pendekatan Kementerian Pendidikan untuk menerapkan nilai-nilai murni ini dinyatakan secara jelas dan sengaja. Sebagai asasnya, Kementerian Pendidikan telah memutuskan untuk menerapkan 16 nilai-nilai murni yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Pendidikan Akhlak (1976) sebagaimana terkandung dalam pelbagai agama yang diamalkan di negara ini, dan boleh diajarkan kepada semua pelajar di negara ini (Wan Mohd. Zahid Mohd. Noordin, 1994).

Skop nilai murni yang ingin diterapkan melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah tidak terbatas, tetapi bersifat sepadu yang meliputi kerohanian, kemanusiaan dan kewarganegaraan (PPK, 1988; PPK, 1990). Ini menggambarkan matlamat pendidikan negara adalah untuk melahirkan insan yang baik. Insan yang baik sekaligus akan menjadi rakyat dan juga warganegara yang baik (Wan Mohd. Zahid Mohd. Noordin, 1994). Insan dan warganegara yang baik mampu memberi sumbangan kepada negara. Sebagaimana dinyatakan dalam frasa terakhir Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Laporan Jawatankuasa Kabinet itu sendiri telah menghuraikan ciri-ciri seorang warganegara yang baik, iaitu:

‘(a) Keazaman, kesanggupan dan kesediaan untuk hidup bersama dengan rukun dan damai serta mempunyai

(22)

kesedaran, keperibadian dan nilai-nilai sebagai rakyat Malaysia;

(b) Menghormati dan mematuhi undang-undang serta peraturan, bersedia bekerja atau membuat sesuatu hingga sempurna, menghormati hak-hak individu, mengamalkan tingkahlaku yang baik dan tidak menjejaskan kepentingan orang lain, menghormati dan mempunyai semangat memperbaiki keadaan secara membina, dan bersedia berkhidmat untuk negara;

(c) Boleh menyertai dengan berkesan dalam kegiatan pembangunan negara.’

(PPK, KPM, 1988, hal. 2)

Kesimpulannya, warganegara yang baik sudah semestinya merupakan individu yang menyayangi negaranya sendiri, dan mempunyai semangat patriotik. Elemen kewarganegaraan yang diterapkan dalam strategi penerapan nilai KBSM adalah untuk menampung kelemahan yang terdapat dalam kurikulum sekolah menengah yang terdahulu. Sebagaimana dinyatakan iaitu:

‘Kurikulum sekolah menengah yang ada sekarang didapati kurang menekankan nilai-nilai dan kemahiran-kamahiran yang membolehkan pelajar menjadi warganegara yang bersemangat setianegara dan berakhlak mulia.’

(PPK, KPM, 1990, hal.144)

Usaha memasukkan pendidikan semangat cintakan negara dan semangat patriotik dalam penerapan nilai KBSM adalah tepat. Musek (1993; dalam Pucko dan Polak, 1998) dan Zuzovsky, Yakir dan Gottlieb (1998) telah membuktikan melalui kajian mereka bahawa unsur patriotisme itu sememangnya tergolong ke dalam aspek nilai. Dalam konteks pendidikan dan mata pelajaran di sekolah, penerapan unsur nilai patriotisme paling sesuai dilakukan melalui mata pelajaran Sejarah. Abdul Shukor Abdullah (1998) ketika membincangkan hal ini, menyatakan :

(23)

‘Bagi memastikan perkembangan pelajar adalah secara menyeluruh dan seimbang, penekanan perlu dibuat kepada usaha pemupukan nilai dan semangat patriotisme. Mata pelajaran yang menjadi pendukung utama kepada usaha ini adalah mata pelajaran Sejarah, di samping usaha pemupukan patriotisme yang dilakukan melalui pendekatan menyeluruh dan merentasi kurikulum.’

(Abdul Shukor Abdullah, 1998, hal. 11-12)

Manakala Wan Mohd. Zahid Mohd. Noordin pula menyatakan : ‘Pendidikan sejarah boleh dijadikan sebagai pendukung

utama pemupukan semangat kewarganegaraan dan patriotisme serta dapat membangkitkan semangat nasionalisme.’

(Wan Mohd. Zahid Mohd. Noordin, 1992, hal. 21)

Smith (1992) menyatakan terdapat lima komponen yang membentuk identiti nasional sesebuah negara, iaitu satu kawasan atau tanah air, memori yang dikongsi bersama (mitos dan sejarah), satu bentuk budaya, pembahagian buruh berdasarkan kawasan, dan satu bentuk sistem perundangan serta politik. Berdasarkan tafsiran Smith (1992) ini, unsur sejarah merupakan sesuatu yang penting dan mampu menyumbang kepada pembentukan identiti nasional sesebuah negara. Ini ditambah dengan kandungan sejarah sesebuah negara itu yang merakam segala peristiwa sejak kewujudannya. Ini termasuklah ciri-ciri budaya yang diamalkan dalam negara tersebut, yang mana ia boleh dijelmakan menjadi semangat kebangsaan (Penrose,1993).

Hubungan mata pelajaran Sejarah dengan sumbangan terhadap perasaan patriotisme telah disokong oleh ramai tokoh (Oliver dan Shaver, 1966; Seixas, 1993a; Phillips, 1998b; Mohd Yusuf Ibrahim, 2000). Justeru, tidak menghairankan kalau dalam konteks pendidikan di negara kita, tujuan pembelajaran sejarah dinyatakan sebagai:

(24)

‘Matlamat pendidikan Sejarah adalah untuk memupuk semangat setia negara dan perasaan bangga sebagai rakyat Malaysia.’

(Huraian Sukatan Pelajaran Sejarah Ting, ll,1995, hal. xiii)

Pernyataan di atas diperkuatkan lagi dengan huraian hubungkait antara mata pelajaran Sejarah dengan pemupukan nilai, sikap dan semangat patriotik, sebagaimana dijelaskan oleh kenyataan berikut:

‘iii. Pemupukan nilai, sikap dan semangat patriotik

Mata pelajaran Sejarah merupakan pendukung utama pemupukan patriotisme dan semangat kewarganegaraan.

Dalam pengajaran dan pembelajaran, penekanan perlulah dibuat ke atas aspek nilai dan iktibar daripada pengalaman sejarah untuk memupuk semangat setia negara, kebangg- aan dan keperibadian sebagai rakyat Malaysia.’

(Huraian Sukatan Pelajaran Sejarah KBSM. Tingkatan ll, 1995, hal.xi)

Dalam hal ini, kurikulum pendidikan sejarah KBSM didapati menjurus kepada pembinaan domain afektif, selain daripada kognitif pelajar. Pembinaan domain afektif melihat peranan sejarah sebagai medium transmission untuk mempengaruhi dan mencorakkan perkembangan sahsiah dan perlakuan pelajar daripada segi perasaan, sikap, motif, moral simpati, empati apresiasi dan aspek keperibadian. Abu Bakar Nordin (1995) pula menyatakan cintakan negara sebagai tergolong ke dalam nilai afektif. Pendidikan sejarah yang menjurus kepada pembinaan asas mental replicative dan associative dapat mempertingkatkan celik budaya di kalangan pelajar (Abdul Ghapa, 1992). Apabila pendidikan sejarah berperanan sebagai unsur celik budaya, para pelajar akan menyedari bahawa latarbelakang budaya mampu untuk memberikan satu set reference points yang dapat membenarkan individu pelajar untuk turut serta dalam perbincangan (Hirsch, 1987), dan membuat perbandingan serta penilaian tentang sebarang isu yang mempunyai kaitan

(25)

dengan unsur sejarah (Seixas, 1993a). Jelas, halatuju pendidikan sejarah kepada perkembangan celik budaya berfungsi sebagai citizenship transmission, yang bertujuan untuk membentuk generasi warganegara masa hadapan yang dapat memastikan survival budaya (Barr, Barth, dan Shermis, 1977). Oleh yang demikian, adalah wajar mata pelajaran Sejarah berstatus sebagai mata pelajaran teras dalam KBSM, yang perlu diikuti oleh semua pelajar sehingga ke peringkat menengah atas.

Terdapat kajian yang telah menunjukkan keupayaan pembelajaran mata pelajaran Sejarah di sekolah mampu meningkatkan komponen afektif pelajar. Umpamanya Goalen (1997) yang mendapati terdapat tajuk dalam pembelajaran sejarah di sekolah mampu meningkatkan rasa bangga pelajar. Booth (1980) pula mendapati pengajaran dan pembelajaran sejarah yang aktif dapat meningkatkan komponen afektif pelajar. Manakala Haminah (1999) mendapati sebahagian besar para pelajar memahami kebanyakan unsur-unsur patriotisme melalui pembelajaran sejarah.

Walaupun dengan bermulanya pelaksanaan KBSM bermakna bermulalah strategi penerapan nilai secara sepadu merentas kurikulum, malangnya dapatan kajian-kajian lalu tidak menunjukkan perkara ini berlaku. Didapati sewaktu pengajaran dan pembelajaran Sejarah KBSM, guru lebih mengutamakan kepada penyampaian fakta sejarah (Abdul Shukor Abdullah, 1998), dan pengajaran masih lagi terikat dan berpusat kepada guru (Jemaah Nazir Persekutuan, 1993, 1994, 1995; dalam Abdul Shukor Abdullah, 1998). Kajian Annuar (2000; dalam Annuar dan Nur Atiqah, 2001) terhadap 25 orang

(26)

guru sejarah, mendapati tiada seorang guru pun yang secara berterusan menerapkan nilai patriotisme dalam pengajaran sejarah kepada pelajar mereka. Kajian Hassan Haris, Abdullah Mohd. Noor, dan Puteh Mohamad (1993) pula mendapati para guru sejarah lebih memberi keutamaan kepada isi pengajaran, daripada melakukan penerapan nilai murni (termasuk nilai patriotisme) dalam pengajaran mereka. Malah Haminah (1999) mendapati terdapat para pelajar di peringkat menengah atas yang tidak memahami unsur-unsur patriotisme, seperti aspek lambang-lambang negara, berani dan sanggup mempertahankan bangsa dan negara, peka terhadap masalah isu bangsa dan negara, muhibbah, serta mempertahan dan menjunjung perlembagaan negara. Kajian Bhasah (2000) terhadap pelaksanaan Kerja Kursus Sejarah di Peringkat Menengah Rendah, mendapati aspek yang sukar dilaksanakan oleh pelajar daripada perspektif guru sejarah ialah menghayati peristiwa sejarah, menghayati iktibar daripada peristiwa sejarah, dan mengamalkan unsur-unsur kesetiaan serta bersatu padu.

Mengapa tidak, jika tujuan mata pelajaran Sejarah KBSM adalah ke arah penerapan nilai dan patriotisme, maka diperuntukkan secara terus (langsung) dalam setiap kali pengajaran dan pembelajaran sejarah, ruang untuk perbincangan tentang penerapan nilai patriotisme secara terus melalui isi pelajaran yang telah dipelajari? Contohnya, dalam setiap kali pengajaran dan pembelajaran sejarah itu, 5-10 minit yang terakhir diperuntukkan untuk membincangkan tentang hal yang berkaitan dengan iktibar daripada sesuatu peritiwa sejarah yang dipelajari dan penerapan nilai patriotisme secara terus dilakukan. Ini selaras dengan saranan PPK ketika menghuraikan Falsafah

(27)

Pendidikan Negara dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (1988), apabila menjelaskan aspek nilai menyatakan :

‘Penerapan nilai-nilai murni dilakukan secara sedar dan sengaja. Nilai-nilai murni yang ditegaskan meliputi kerohanian, kemanusiaan dan kewarganegaraan.’

(PPK, KPM, 1988, hal. 13)

Pengajaran nilai memerlukan pelajar sedar akan komitmen yang diperlukan daripada mereka (Silcock dan Duncan, 2001), dan dalam konteks pengajaran dan pembelajaran sejarah sepatutnya para pelajar telah menyedari dari awal lagi tujuan mengapa belajar sejarah (VanSledright, 1997). Lickona (1993) yang mengasaskan Character Education, telah mencadangkan pengajaran nilai secara terus (direct instruction). Brabeck dan Kenny (1994) telah membuktikan penggunaan fakta sejarah dalam pengajaran nilai mampu meningkatkan perkembangan moral para pelajar. Berbagai-bagai teknik boleh digunakan, contohnya perbincangan nilai secara terus yang dikaitkan dengan isi pelajaran. Oleh yang demikian, kajian ini cuba untuk membuat eksperimen dengan menerapkan patriotisme sebagai unsur nilai secara terus dalam pengajaran dan pembelajaran sejarah. Ini bermakna para pelajar akan mengetahui dan menyedari unsur nilai patriotisme yang terdapat daripada sesuatu peristiwa sejarah yang dipelajari.

Oleh kerana berdasarkan dapatan kajian lalu didapati dalam pengajaran dan pembelajaran sejarah di sekolah, guru tidak mengkhusus kepada penerapan nilai patriotisme secara langsung dan berkala, persoalan yang timbul ialah bagaimana para pelajar memperoleh unsur nilai patriotisme? Adakah kemungkinan para pelajar memperoleh nilai patriotisme daripada pelbagai

(28)

sumber pengetahuan yang wujud di luar kawasan dan waktu persekolahan. Terdapat tanggapan yang mengaitkan kewujudan pelbagai sumber pengetahuan yang mengandungi unsur sejarah, yang ditemui oleh pelajar di luar sekolah juga mampu menyumbang kepada penerapan patriotisme (Phillips, 1998a; Wan Hashim Wan Teh, 2002; Abdul Rahman Hamid, 2002). Contohnya, keluarga, media dan sumber yang bercorak tempatan, seperti orang ramai dan monumen (Barton, 1995; dalam Voss, 1998b; Voss, 1998b). Kewujudan pelbagai sumber pengetahuan yang mengandungi unsur sejarah ini cuba memberikan gambaran sesuatu peristiwa sejarah yang berlaku berdasarkan perspektif tersendiri. Kenyataan ini ada kebenarannya jika dilihat tentang kesan pelbagai sumber pengetahuan yang mempunyai unsur sejarah yang terdapat di luar sekolah terhadap kefahaman sejarah para pelajar juga signifikan berdasarkan beberapa hasil kajian (Barton, 1995, dalam Voss, 1998b; Epstein, 1998). Justeru, untuk menilai akan kebenaran kenyataan yang menyatakan bahawa terdapat sumber-sumber pengetahuan yang mengandungi unsur sejarah yang terdapat di luar sekolah mampu menyumbang kepada patriotisme, adalah wajar dijalankan kajian dengan bukti empirikal.

Satu kajian eksperimen boleh dilakukan untuk membuktikan hal ini dengan menggunakan sumber-sumber pengetahuan yang dipercayai mengandungi unsur sejarah dijadikan sumber pengajaran dalam pengajaran dan pembelajaran sejarah. Hadyn, Arthur dan Hunt (2001) menyatakan sumber adalah segala sesuatu yang boleh digunakan sebagai benda atau rangsangan terhadap pelajar dan digunakan secara berkesan oleh seseorang guru sejarah untuk meningkat atau meluaskan proses pengajaran dan pembelajaran sejarah.

(29)

Manakala Danks (1994) menyatakan sumber pengajaran sejarah merangkumi segala item yang digunakan untuk memperkaya atau meningkatkan kefahaman para pelajar dan perkembangan kemahiran, seperti sumber sejarah, lawatan, lembaran kerja, sejarah lisan, buku teks, dan program komputer. Oleh kerana sumber pengetahuan yang mengandungi unsur sejarah ini wujud dalam pelbagai bentuk dan perspektif yang tersendiri, maka dengan menggunakan definisi Hadyn, Arthur dan Hunt (2001), dan Danks (1994) segala bentuk sumber pengetahuan yang mengandungi unsur sejarah ini boleh dikelompokkan kepada satu kumpulan iaitu sumber pengajaran sejarah pelbagai perspektif, apabila sumber-sumber pengetahuan ini dijadikan sebagai sumber dalam pengajaran dan pembelajaran sejarah.

Sesungguhnya terdapat pelbagai persoalan yang perlu dijelaskan apabila membincangkan hubungan penerapan nilai patriotisme dan mata pelajaran Sejarah. Umpamanya, apakah sumber pengajaran sejarah yang paling signifikan menyumbang kepada penerapan nilai patriotisme di kalangan para pelajar, sama ada sumber pengajaran sejarah yang berasaskan buku teks sudah memadai, atau sumber pengajaran sejarah yang terdiri daripada pelbagai perspektif (tidak termasuk buku teks)? Benarkah sumber pengajaran sejarah yang pelbagai perspektif (tidak termasuk buku teks) ada menyumbang ke arah penerapan nilai patriotisme? Jika benar sumber pengajaran sejarah yang pelbagai perspektif (tidak termasuk buku teks) ada menyumbang ke arah penerapan patriotisme di kalangan pelajar, sejauhmanakah impaknya? Apakah impak sumber pengajaran sejarah yang pelbagai perspektif (tidak termasuk buku teks) terhadap para pelajar, daripada aspek etnik dan jantina pelajar? Jika

(30)

selama ini tanggapan tentang sumbangan sumber pengajaran sejarah yang pelbagai perspektif (tidak termasuk buku teks) adalah berdasarkan tekaan semata-mata, maka adalah perlu dan wajar diadakan penyelidikan bagi mencari bukti empirikal sebelum menyokong sebarang rumusan.

Apabila kabinet meluluskan cadangan untuk mengadakan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) bermula dalam tahun 2004, khususnya kepada para remaja lepasan sekolah hasil daripada resolusi Kongres Patriotisme Negara, maka keperluan untuk meningkatkan patriotisme menjadi semakin penting di Malaysia. Daripada satu aspek yang lain pula, mesej yang tersirat ialah seolah-olah sistem pendidikan negara tidak berjaya menjalankan fungsi sebagai institusi penerap patriotisme di kalangan para pelajar sekolah. Secara langsung menampakkan semacam suatu kegagalan juga terhadap pencapaian tujuan pembelajaran sejarah di sekolah, sedangkan KBSM telah bermula sejak tahun 1989.

1.2 Tujuan Kajian

Kajian ini bertujuan untuk :

l. mengenalpasti sama ada subjek Kumpulan Eksperimen l (yang mengalami pengajaran sejarah berdasarkan sumber pengajaran sejarah yang pelbagai perspektif, tidak termasuk buku teks), dan subjek Kumpulan Eksperimen ll (yang mengalami pengajaran sejarah berasaskan sumber pengajaran sejarah daripada buku teks sahaja) mempunyai semangat patriotisme yang lebih baik, berbanding subjek

(31)

Kumpulan Kawalan (yang mengalami pengajaran sejarah secara biasa) daripada aspek-aspek:

a) Bangga negara b) Setia negara

c) Hormat simbol negara

ll. mengenalpasti kesan etnik (bumiputera dan bukan bumiputera) terhadap pencapaian patriotisme di kalangan pelajar-pelajar daripada aspek-aspek:

a) Bangga negara b) Setia negara

c) Hormat simbol negara

lll. mengenalpasti kesan jantina (lelaki dan perempuan) terhadap pencapaian patriotisme di kalangan pelajar-pelajar daripada aspek- aspek:

a) Bangga negara b) Setia negara

c) Hormat simbol negara

lV. mengenalpasti kesan interaksi etnik (bumiputera dan bukan bumiputera), jantina (lelaki dan perempuan), dan sumber pengajaran sejarah (sumber pengajaran sejarah pelbagai perspektif tidak termasuk buku teks /Kumpulan Eksperimen l, sumber pengajaran sejarah berasaskan buku teks sahaja/Kumpulan Eksperimen ll, dan pengajaran biasa

(32)

/ Kumpulan Kawalan) terhadap pencapaian patriotisme di kalangan pelajar-pelajar.

1.3 Soalan Kajian

l. Adakah pelajar-pelajar daripada Kumpulan Eksperimen l (yang mengalami pengajaran sejarah berdasarkan sumber pengajaran sejarah pelbagai perspektif, tidak termasuk buku teks) dan Kumpulan Eksperimen ll (yang mengalami pengajaran sejarah berdasarkan sumber pengajaran sejarah berasaskan buku teks sahaja) mempunyai semangat patriotisme yang lebih baik dan signifikan daripada pelajar-pelajar Kumpulan Kawalan (yang mengalami pengajaran sejarah secara biasa)? Aspek-aspek patriotisme yang difokuskan adalah:

a) Bangga negara b) Setia negara

c) Hormat simbol negara

ll. Adakah terdapat kesan etnik (bumiputera dan bukan bumiputera) yang signifikan terhadap pencapaian patriotisme di kalangan pelajar-pelajar? Aspek-aspek patriotisme yang difokuskan adalah:

a) Bangga negara b) Setia negara

(33)

lll. Adakah terdapat kesan jantina (lelaki dan perempuan) yang signifikan terhadap pencapaian patriotisme di kalangan pelajar-pelajar? Aspek- aspek patriotisme yang difokuskan adalah:

a) Bangga negara b) Setia negara

c) Hormat simbol negara

lV. Adakah terdapat kesan interaksi etnik (bumiputera dan bukan bumiputera), jantina (lelaki dan perempuan) dan sumber pengajaran sejarah (sumber pelbagai perspektif tidak termasuk buku teks, sumber buku teks, dan pengajaran biasa) terhadap pencapaian patriotisme di kalangan pelajar-pelajar?

1.4 Hipotesis Kajian

Hipotesis-hipotesis dalam kajian ini diungkap untuk diuji menurut analisis ANOVA faktorial tiga hala [Kumpulan Pengajaran Sejarah (Eksperimen l, Eksperimen ll, dan Kawalan) X Etnik (Bumiputera dan Bukan Bumiputera) X Jantina (Lelaki dan Perempuan)].

Kesan Utama : Hipotesis Nol 1

Tidak ada perbezaan yang signifikan antara skor min bezantara markat pencapaian patriotisme subjek-subjek Kumpulan Eksperimen l dengan Kumpulan Eksperimen ll dan Kumpulan Kawalan.

(34)

Hipotesis Nol la

Tidak ada perbezaan yang signifikan antara skor min bezantara markat pencapaian bangga kepada negara subjek-subjek Kumpulan Eksperimen l dengan Kumpulan Eksperimen ll dan Kumpulan Kawalan.

Hipotesis Nol lb

Tidak ada perbezaan yang signifikan antara skor min bezantara markat pencapaian setia negara subjek-subjek Kumpulan Eksperimen l dengan Kumpulan Eksperimen ll dan Kumpulan Kawalan.

Hipotesis Nol lc

Tidak ada perbezaan yang signifikan antara skor min bezantara markat pencapaian hormat simbol negara subjek-subjek Kumpulan Eksperimen l dengan Kumpulan Eksperimen ll dan Kumpulan Kawalan.

Hipotesis Nol 2

Tidak ada perbezaan yang signifikan antara skor min bezantara markat pencapaian patriotisme mengikut etnik.

Hipotesis Nol 2a

Tidak ada perbezaan yang signifikan antara skor min bezantara markat pencapaian bangga kepada negara mengikut etnik.

(35)

Hipotesis Nol 2b

Tidak ada perbezaan yang signifikan antara skor min bezantara markat pencapaian setia negara mengikut etnik.

Hipotesis Nol 2c

Tidak ada perbezaan yang signifikan antara skor min bezantara markat pencapaian hormat simbol negara mengikut etnik.

Hipotesis Nol 3

Tidak ada perbezaan yang signifikan antara skor min bezantara markat pencapaian patriotisme mengikut jantina.

Hipotesis Nol 3a

Tidak ada perbezaan yang signifikan antara skor min bezantara markat pencapaian bangga kepada negara mengikut jantina.

Hipotesis Nol 3b

Tidak ada perbezaan yang signifikan antara skor min bezantara markat pencapaian setia negara mengikut jantina.

Hipotesis Nol 3c

Tidak ada perbezaan yang signifikan antara skor min bezantara markat pencapaian hormat simbol negara mengikut jantina.

(36)

Interaksi Dua Hala Hipotesis Nol 4

Tidak ada kesan interaksi kumpulan pengajaran dan etnik yang signifikan terhadap skor min bezantara markat pencapaian patriotisme.

Hipotesis Nol 5

Tidak ada kesan interaksi etnik dan jantina yang signifikan terhadap skor min bezantara markat pencapaian patriotisme.

Hipotesis Nol 6

Tidak ada kesan interaksi kumpulan pengajaran dan jantina yang signifikan terhadap skor min bezantara markat pencapaian patriotisme.

Interaksi Tiga Hala Hipotesis Nol 7

Tidak ada kesan interaksi kumpulan pengajaran, etnik dan jantina yang signifikan terhadap skor min bezantara markat pencapaian patriotisme.

1.5 Kepentingan Kajian

Kajian ini penting dan perlu dijalankan untuk melihat bagaimana kesan terhadap semangat patriotisme di kalangan para pelajar, jika unsur nilai dimasukkan secara langsung dalam pengajaran dan pembelajaran sejarah. Maklumat ini penting memandangkan strategi KBSM itu sendiri yang menuntut para guru memasukkan pengetahuan tentang nilai-nilai murni dalam mata pelajaran di sekolah untuk melahirkan insan dan warganegara yang baik serta

(37)

memiliki akhlak mulia (Wan Mohd. Zahid Mohd. Noordin, 1994). Jika selama ini didapati pengajaran nilai itu sering dianggap sebagai sesuatu yang diabaikan dalam pengajaran dan pembelajaran sejarah (berdasarkan kajian lalu), maka satu alternatif yang berkesan perlu dicari untuk memastikan pengajaran dan pembelajaran sejarah bukan sekadar membolehkan para pelajar memperoleh fakta sejarah semata-mata, tetapi juga membantu perkembangan nilai patriotisme yang sihat terhadap negara. Adalah merugikan jika proses penerapan patriotisme kepada para pelajar hanya hendak dimulakan selepas mereka meninggalkan alam persekolahan, iaitu sewaktu menyertai Program Latihan Khidmat Negara. Tambahan pula mata pelajaran Sejarah telah dianggap sebagai pendukung utama bagi tujuan penerapan patriotisme di kalangan pelajar-pelajar sekolah, dan kerana itulah mata pelajaran Sejarah dijadikan sebagai mata pelajaran teras yang diwajibkan ke atas semua pelajar sekolah.

Kajian ini juga penting sebagai usaha untuk memberi kefahaman yang lebih mendalam dan bermakna kepada para pelajar dalam memahami konsep patriotisme. Secara tidak langsung para pelajar dapat mengaitkan hubungan antara mata pelajaran Sejarah dan patriotisme. Para pelajar tidak lagi merasakan mata pelajaran Sejarah hanyalah suatu mata pelajaran yang berasaskan fakta semata-mata, tetapi sesuatu yang perlu dihayati dan diambil iktibar daripada peristiwa sejarah sebagai generasi pemimpin masa akan datang. Walaupun suasana dunia pada masa kini dicanang dengan slogan globalisasi, dan dunia tanpa sempadan, tetapi berdasarkan suasana semasa didapati negara-negara besar dunia (seperti Amerika Syarikat dan Britain) pada

(38)

masa yang sama bergerak ke arah mengukuhkan semangat patriotisme di kalangan rakyatnya.

Kajian ini penting untuk mengetahui sama ada sumber-sumber pengetahuan yang mengandungi unsur sejarah, apabila dijadikan sumber dalam pengajaran sejarah, dan dikelaskan sebagai sumber pengajaran sejarah yang pelbagai perspektif (tidak termasuk buku teks), mampu menyumbang atau tidak kepada pencapaian patriotisme di kalangan para pelajar. Terdapat tanggapan yang menyatakan sumber pengetahuan yang mengandungi maklumat sejarah dan pelbagai perspektif, seperti sejarah lisan yang berbentuk tempatan, cerita keluarga, dan tayangan filem dikatakan memberikan impak yang berkesan kepada para pelajar (Barton, 1995, dalam Voss, 1998; Epstein, 1998; Phillips, 1998a; Seixas, 1994a), dan menyumbang kepada penerapan patriotisme (Wan Hashim Wan Teh, 2002; Rahman Hamid, 2002). Namun demikian, kekurangan penyelidikan yang boleh dijadikan bukti dan sokongan terhadap tanggapan tersebut.

Kajian ini juga penting untuk menentukan darjah sumbangan antara dua kumpulan sumber pengajaran sejarah, iaitu sumber pengajaran sejarah yang pelbagai perspektif (tidak termasuk buku teks) dan sumber pengajaran sejarah berasaskan buku teks terhadap pencapaian patriotisme di kalangan para pelajar. Pengkaji ingin menentukan bagaimana interpretasi dan kefahaman sejarah dari sumber pengajaran sejarah yang pelbagai perspektif (tidak termasuk buku teks) dan sumber pengajaran sejarah berasaskan buku teks

(39)

sahaja, di kalangan pelajar yang terdiri daripada berbilang etnik, dan jantina, serta kesannya terhadap patriotisme.

Kajian ini juga penting kerana melalui dapatan kajian yang diperoleh kita boleh membuat kesimpulan bagaimana tahap pencapaian para pelajar terhadap aspek-aspek bangga negara, setia negara dan menghormati simbol negara, menerusi sumber pengajaran sejarah yang pelbagai perspektif (tidak termasuk buku teks) dan sumber pengajaran sejarah yang berasaskan buku teks sahaja. Ini akan memandu kita ke arah membuat penyesuaian dan merangka strategi baru yang lebih berkesan lagi dalam usaha penerapan patriotisme di kalangan pelajar.

Dapatan kajian ini juga diharap dapat memberikan contoh kepada para guru sejarah, teknik dan kaedah alternatif yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran sejarah untuk mencapai tujuan pencapaian patriotisme dan pembentukan nilai di kalangan pelajar.

1.6 Batasan Kajian

Terdapat beberapa batasan kajian yang perlu disedari dan diambilkira sewaktu membuat interpretasi keputusan kajian ini. Sampel kajian ini ialah pelajar-pelajar tingkatan dua daripada tiga buah sekolah menengah di sebuah daerah dalam negeri Johor. Oleh yang demikian, dapatan kajian ini hanya dapat disimpulkan kepada pelajar-pelajar yang setara dengan sampel kajian ini iaitu pelajar-pelajar tingkatan dua. Dari segi sekolah pula, ketiga-tiga sekolah menengah yang dipilih ini adalah setara. Sekolah-sekolah menengah ini

Referensi

Dokumen terkait

Sementara itu, pelanggan lebih suka food truck daripada restoran karena layanannya yang lebih cepat; pilihan makanan yang sehat; menu yang berbeda dari rumah dan juga

Khusus pesefta wanita : membawa surat keterangan dari dokter yang menyatakan.. tidak dalam keadaan hamil, serta ildak diperkenankan membawa

Dengan adanya sistem diharapkan proses pengajaran yang awalnya masih manual dan terpisah-pisah bisa menjadi terpusat dan mudah dalam memberikan laporan pada saat

Reseacrh dan Development yang meliputi 4 tahap yaitu, (a) Define (pendefinisian), (b).. Pada tahap pendefinisian meliputi analisis siswa, analisis materi, dan pemilihan

Selanjutnya, dalam seminar telah dipresentasikan 72 hasil penelitian yang meliputi empat kelompok yaitu Teori, Simulasi dan Model (TSM), Material (MT), Energi Baru

Data kualitatif untuk perilaku penduduk dalam membuang air limbah domestik dan memanfaatkan bahan-bahan yang berpotensi menurunkan kualitas air sungai dikumpulkan dengan

Keindahan panorama alam eko- wisata karimunjawa seperti terumbu karang, rumput laut, dan padang lamun dengan biota laut yang beraneka ragam, hutan mangrove, gunung dan hamparan

Berdasarkan data pada tabel 4.12 diatas dapat dilihat bahwa nilai koefisien determinasi (R Square) sebesar 0,174 atau 17,4%, artinya perputaran piutang secara