• Tidak ada hasil yang ditemukan

Percubaan SPM Perakaunan Kedah 2017 - Sumber Pendidikan perakaunan kedah k2

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2017

Membagikan "Percubaan SPM Perakaunan Kedah 2017 - Sumber Pendidikan perakaunan kedah k2"

Copied!
20
0
0

Teks penuh

(1)

PROGRAM PEMANTAPAN PRESTASI TINGKATAN 5

TAHUN 2017

MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA (KEDAH)

MODUL 1

PRINSIP PERAKAUNAN

Kertas 2

Dua jam tiga puluh minit

JANGAN BUKA MODUL INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Modul ini mengandungi dua bahagian :Bahagian A dan Bahagian B. 2. Jawab semua soalan dalam Bahagian A dan dua soalan dalam Bahagian B.

3. Bersama dengan kertas soalan ini tiap-tiap calon diberi alat tulis perakaunan berikut: Jurnal 2 helai

Lejar 4 helai Buku Tunai 1 helai

4. Kekemasan dan ketepatan akan dipertimbangkan dalam pemberian markah. 5. Semua jalan kerja hendaklah ditunjukkan.

6. Mulakan tiap-tiap jawapan pada helaian yang baru.

(2)

BAHAGIAN A [60 markah] Jawab semua soalan

1. (a) Nyatakan akaun yang perlu didebit dan dikredit bagi setiap urus niaga berikut:

(i) Membawa masuk kenderaan peribadi ke dalam perniagaan. (ii) Menjelaskan hutang kepada Ady Trading dengan cek.

[ 2 markah ]

(b) Nyatakan 2 perkara yang terdapat dalam tatawujud syarikat.

[ 2 markah ]

(c) Maklumat berikut berkenaan Encik Mushawir:

Encik Mushawir menerima gaji pokok RM5 000 sebulan. Pekerja perlu membuat caruman KWSP pada kadar 11% manakala 12 % pula bagi pihak majikan.

Hitungkan caruman KWSP bahagian pekerja Encik Mushawir dalam setahun.

[ 1 markah ]

(d) Maklumat berikut diperoleh daripada Perkongsian Aisyah dan Ameer semasa proses pembubaran.

Nyatakan catatan jurnal am untuk merekod maklumat tersebut.(Abaikan keterangan) [ 2 markah ]

(e) Kelab Sukan Ikhlas mempunyai ahli seramai 200 orang. Yuran keahlian ialah RM50 setahun. Bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2016, jumlah yuran yang diterima ialah RM9 900.

Sediakan Akaun Yuran. [ 3 markah ]

(3)

2. Encik Mawardi ialah pemilik Mawar Merah Enterprise yang beroperasi di Taman Mawar, Sungai Petani Kedah. Baki-baki akaun berikut diperoleh daripada buku perniagaannya pada 31 Disember 2016.

Maklumat tambahan pada 31 Disember 2016:

(4)

(ii) Stok dinilai dan dicatat dalam kad stok berasingan:

(iii) Bil elektrik RM356 yang diterima untuk bulan Disember 2016 belum dibayar. (iv) Encik Mawardi telah memberi pendahuluan gaji bulan Januari 2017 RM1 000 untuk membantu pekerjanya dalam persiapan awal persekolahan.

(v) Sewa tahunan RM14 400.

(vi) Satu salinan nota kredit yang dikeluarkan kepada Pulun Enterprise berjumlah RM562 belum direkodkan.

(vii) Pemilik telah membeli lengkapan bernilai RM2 400 pada 1 Disember 2016 dengan hasil jualan tunai. Perkara ini terlupa direkodkan.

(viii) Kadar susut nilai adalah seperti berikut: - Kenderaan 15% setahun atas nilai buku. - Lengkapan 20% setahun atas kos.

(ix) Perniagaan telah bersetuju menyertai program promosi produk bersama "Freeze FM" sehingga Februari 2017. Invois terakhir berjumlah RM750 telah diterima untuk tiga bulan berakhir 30 November 2016.

(x) Stok alat tulis RM125.

(xi) Peruntukan hutang ragu dikekalkan pada kadar 5% setahun.

Anda dikehendaki menyediakan:

(5)

3 Kasturi dan Kelana ialah rakan kongsi dalam Perkongsian Astana yang berkongsi untung rugi dalam nisbah 1: 2. Ikatan Perjanjian perkongsian mereka adalah seperti berikut:

Faedah atas modal ialah 8% setahun. Faedah atas ambilan ialah 5% setahun. Gaji Kasturi RM12 800 setahun.

Berikut ialah petikan imbangan duga perkongsian tersebut pada 31 Disember 2016:

Debit Kredit RM RM Akaun Modal pada 1 Januari 2016:

Kasturi 32 000

Kelana 50 000

Akaun Semasa pada 1 Januari 2016:

Kasturi 7 980 Kelana 3 570

Ambilan bagi tahun berakhir 31 Disember 2016:

(6)

Maklumat tambahan:

(i) Faedah atas pinjaman dikira berdasarkan pinjaman pokok RM10 000 mengikut Akta Perkongsian 1961 dan baki yang belum dijelaskan perlu dikreditkan ke Akaun Semasa pekongsi.

(ii) Insurans RM600 dibayar untuk suku tahun berakhir 28 Februari 2017.

(iii) Alatan Pejabat disusutnilaikan 10% setahun mengikut kaedah baki berkurangan. (iv) Pn Murni menjelaskan hutang suaminya RM500 yang telah dihapuskan sebagai

hutang lapuk. Wang tersebut didermakan ke Tabung Pembangunan Anak Yatim. (v) Sewa terakhir diterima pada 1 Oktober 2016 berjumlah RM4 200 untuk empat

bulan akan datang.

(vi) Peruntukan hutang ragu diselaraskan kepada RM331.

Anda dikehendaki menyediakan:

(a) Penyata Pendapatan (termasuk Pengasingan Untung Rugi) bagi tahun berakhir 31

Disember 2016 [ 11 markah ]

(b) Akaun Semasa Setiap Pekongsi [ 5 markah ]

(7)

BAHAGIAN B [40 markah]

Pilih mana-mana dua soalan

4 (a) Encik Izzat pemilik Restoran Izzat Lazat yang menjual pelbagai masakan serta perkhidmatan katering di Bandaraya Alor Setar. Beliau ingin menyediakan anggaran belanjawan tunai bagi tiga bulan berakhir 31 Mac 2018. Baki tunai di bank pada 1 Januari 2018 dianggarkan berjumlah RM15 800, manakala baki perabot berjumlah RM6 500. Anggaran penerimaan dan pembayaran tunai perniagaannya adalah seperti berikut:

Jan Feb Mac

Jumlah jualan RM25 000 RM38 000 RM47 000

(i) Penerimaan jualan makanan terbahagi kepada 2 jenis iaitu jualan harian dan

perkhidmatan katering. Jualan harian dibuat secara tunai iaitu 70% daripada jumlah jualan makanan manakala perkhidmatan katering dibuat secara kredit iaitu 30% daripada jumlah jualan makanan dengan tempoh kredit sebulan. Jumlah perkhidmatan katering bulan Disember 2017 ialah RM6 400.

(ii) Belian stok bahan mentah berjumlah RM7 800 pada bulan Januari dan meningkat 10% setiap bulan dari bulan sebelumnya.

(iii) 5 orang pekerja telah diambil pada bulan Januari dengan gaji RM1 020 seorang. Mulai bulan Februari 2 orang pekerja lagi ditambah.

(iv) Belanja kadar bayaran yang dilibatkan setiap bulan ialah RM1 280.

(v) Encik Izzat bercadang membesarkan perniagaannya dengan wang pinjaman daripada keluarganya RM30 000 yang dianggar akan diterima pada bulan Februari. Bayaran balik pinjaman akan dibuat dalam tempoh 2 tahun bermula pada Mac .

(vi) Beliau juga bercadang membeli peti sejuk beku pada bulan Januari untuk menyimpan stok bekalan makanan dengan kos RM15 600. Deposit RM3 600 dijelaskan semasa pembelian manakala bakinya dijelaskan secara ansuran selama setahun mulai Mac.

Anda dikehendaki menyediakan Belanjawan Tunai bagi tiga bulan berakhir 31 Mac 2018.

(8)

(b) Baki-baki Buku Tunai Perniagaan Yakin pada 1 Ogos 2017 ialah seperti berikut: RM

Tunai ditangan 830 Tunai dibank 17 290

Berikut ialah urus niaga yang berlaku sepanjang bulan Ogos:

Ogos 9 Belian tunai dari Pembekal Ikhtiar Berhad RM8 300 dan dibayar dengan cek nombor 091457.

11 Menerima tunai RM2 500 daripada Kedai Melati Indah yang menjelaskan

invois bernombor 6537. Separuh daripada wang tunai tersebut diambil oleh pemilik untuk kegunaan peribadi.

20 Sekeping memo telah dijumpai yang memaklumkan bahawa pemilik telah membawa masuk van peribadi bernilai RM9 300 serta wang tunai RM5 000 ke dalam akaun bank perniagaan sebagai tambahan modal.

22 Invois bernombor 82911 dikeluarkan untuk jualan kredit kepada Perniagaan Hayat bernilai RM3 800.

Anda dikehendaki merekod urus niaga yang sesuai ke dalam Buku Tunai (Lampiran 1) dan

imbangkan.

(9)

5. Puan Halimaton pemilik Perniagaan Hamat di Yan menyimpan rekod perakaunannya tidak mengikut sistem catatan bergu. Berikut ialah baki - baki aset dan liabiliti perniagaannya

1 Julai 2016 30 Jun 2017

Kadar bayaran terakru 375 260 Penghutang 5 340 7 280

Tunai 1250 950

Insurans terdahulu - 300 Komisen diterima terakru 1 200 -

Maklumat tambahan:

(i) Sepanjang tahun kewangan, Puan Halimaton mengambil wang tunai RM325 setiap bulan dan barang niaga berjumlah RM1 015 untuk kegunaan keluarganya.

(ii) Lengkapan bernilai RM7 500 dibeli pada 31 Disember 2016 untuk kegunaan

perniagaan dengan wang peribadi Puan Halimaton. Lengkapan disusutnilaikan 10% mengikut kaedah garis lurus berdasarkan baki awal tahun.

(iii) Kenderaan disusutnilaikan 10% setahun atas kos.

(iv) Baki akaun seorang penghutang berjumlah RM280 dihapuskan sebagai hutang lapuk pada akhir tahun kewangan.

(v) Peruntukan hutang ragu ialah 5% atas baki bersih penghutang.

(vi) Satu invois yang diterima daripada pembekal Kedai Adham benilai RM1 385 telah dicatat sebagai RM1 835 belum dibuat pelarasan.

Anda dikehendaki menyediakan:

(10)

6(a) Maklumat berikut diperoleh daripada rekod perakaunan See Yang Enterprise pada Pinjaman bank bercagar 120 000 Modal 274 147 Belanja am terakru 2 500

Anda dikehendaki:

(i) Menghitung nisbah – nisbah berikut. (Beri jawapan pada dua tempat perpuluhan)

 Peratus untung kasar atas jualan [ 2 markah ]

 Pulangan atas modal [ 2 markah ]

 Nisbah ujian mampu [ 2 markah ]

 Kadar pusing ganti stok [ 2 markah ] (ii) Berdasarkan jawapan anda dalam 6(a)(i), berikan tafsiran berkaitan perniagaan

ini untuk:

 Pulangan atas modal [ 1 markah ]

(11)

6(b) Maklumat berikut diperoleh daripada buku perniagaan Indah Jaya Enterprise pada 30 April 2017.

Urus niaga di bawah berlaku sepanjang bulan Mei 2017.

(i) Pemilik membawa masuk tunai RM5 000 sebagai modal tambahan dan dibankkan. (ii) 10% daripada stok barang niaga dijual dengan harga RM2 080. Cek diterima. (iii) Menerima bayaran daripada penghutang dengan cek bernilai RM2 235 setelah

memberi diskaun RM325.

(iv) Membeli barang niaga RM2 250 secara kredit.

(v) Lengkapan lama berjumlah RM1 785 dijual pada harga RM1 590 dengan cek.

Anda dikehendaki merekod urus niaga bulan Mei dalam jadual di Lampiran 2.

(12)
(13)
(14)
(15)
(16)
(17)
(18)

Lampiran 1

BUKU TUNAI

(19)

Lampiran 2

Urus niaga Aset Liabiliti Ekuiti Pemilik

Lengkapan Kenderaan Penghutang Stok Bank Pemiutang Modal Untung bersih

(20)

Referensi

Dokumen terkait

6 Kerajaan Bani Abbasiyah yang diasaskan pada tahun 750 Masihi telah memberikan sumbangan dalam perkembangan ilmu kepada peradaban dunia Islam dan Barat. (a) Jelaskan

4551/2 2017 Hak Cipta terpelihara MPSM Kedah [Lihat halaman sebelah] SULIT (i) The process x can produce polymers called polysaccharide from hundreds of..

Sekumpulan pelajar menjalankan eksperimen untuk mengkaji kesan larutan Knop’s yang tidak lengkap ke atas pertumbuhan akar pokok jagung.. Pelajar pelajar itu

Penyata Bank yang diterima menunjukkan bayaran cek kepada Syarikat Jaya Berhad RM576 manakala direkod sebagai RM567 dalam Buku Tunai. Akaun Bank telah dikreditkan

Jadual 7 menunjukkan data yang diperoleh daripada satu eksperimen yang dijalankan untuk mengkaji kesan suhu ke atas kadar tindak balas apabila larutan natrium

Eksperimen ini diulangi menggunakan asid nitrik yang mempunyai kepekatan yang sama dangan asid di atas, Ramalkan isipadu asid nitrik yang akan digunakan untuk meneutralkan

(d) Penyelesaian masalah secara Islam dan konvensional mempunyai perbezaan yang ketara. Terangkan dua perbezaan antara penyelesaian

Antara yang berikut, pasangan yang manakah yang terlibat dalam proses penguraian. A Viruse