• Tidak ada hasil yang ditemukan

Tawar Dalam Perubatan Tradisi Melayu Raw

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Tawar Dalam Perubatan Tradisi Melayu Raw"

Copied!
9
0
0

Teks penuh

(1)

Tawar Dalam Perubatan Tradisi Melayu-Rawa di Perak: Suatu Kajian Dari

Perspektif Sejarah Sosial

Ahamad Jama’ Amin Yang1 Universiti Kebangsaan Malaysia

alperaqi1978@ yahoo.com

ABSTRAK

Sejarah perubatan tradisi masyarakat Melayu sering dihubungkan dengan nilai-nilai mistik dan ritual Islam di dalamnya. Dalam kalangan masyarakat Melayu-Rawa, tradisi tawar atau jampi merupakan amalan yang masih diteruskan dalam proses penyembuhan penyakit. Sehubungan itu, kertas kerja ini akan membincangkan amalan tawar dalam kalangan masyarakat Melayu-Rawa di Gopeng Perak dengan menggunakan pendekatan sejarah objektif-naratif berasaskan sumber lisan sebagai asas hujah. Berdasarkan hasil kajian, pengaruh dan perkembangan amalan tawar masih dipraktiskan sehingga kini dalam kalangan golongan tua masyarakat Melayu-Rawa. Elemen mistik dan Islam disatukan dan dilihat semacam menjadi asas kepada perubatan Melayu tradisi terutamanya dalam kalangan masyarakat Melayu-Rawa di Gopeng Perak. Melalui dapatan kajian ini diharap dapat memperkayakan koleksi sejarah sosial yang berasaskan sumber lisan dan menambahkan info terhadap tradisi perubatan masyarakat Melayu di Malaysia.

Kata kunci: Melayu-Rawa, Tawar, Perak, Perubatan Tradisi, Mistik Tema: Sumber Sejarah dan Sejarah Lisan

PENGENALAN

Sejarah perubatan orang Melayu begitu unik terutamanya dari segi tradisi pengamalannya. Hal ini kerana di dalam kebudayaan orang Melayu sendiri wujudnya kepelbagaian variasi hasil daripada pencampuran pemikiran nilai-hidup masyarakat tempatan dan asimilasi ketamadunan luar. Tambahan lagi interpretasi orang-orang Melayu tradisi penuh dengan welteschaung sama ada dari sudut metafizika Islam2, Hindu, Buddha dan juga unsur animinisme.3

1 Pembentang merupakan Pensyarah Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim, Sungai Petani Kedah dan merupakan calon Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Sejarah Falsafah dan Pemikiran Politik, Universiti Kebangsaan Malaysia.

2 Syed Muhammad Naquib Al-Attas, Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu, (Kuala Lumpur: Angkatan Belia Islam Malaysia, 1990), 30-50;________________, The Myticisme of Hamzah Fansuri, (Kuala Lumpur: Universiti Malaya Press,1970), 4; Ismail Hamid, Kesusasteraan Melayu Lama dari Warisan Peradaban Islam, (Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd,1983), 3.

(2)

Dalam konteks ini, dilihat elemen falsafah orang Melayu didasari dengan satu bentuk peradaban yang terbina melalui proses sinkretisme yang melibatkan unsur-unsur kepercayaan sama ada ia berbentuk monotesime (konsep tauhid), politesime atau tahyul. Keadaan ini memberikan kesan dan seterusnya menjuruskan kepada satu bentuk perubatan tradisi yang seakan bersifat perantara seperti jampi serapah.4 Perbahasan mengenai jampi serapah ini tentu wujudnya perbezaan dari segi prinsip, falsafah dan kepercayaan sesuatu suku kaum etnik atau cabang di dalam masyarakat Melayu itu sendiri.

Hal ini boleh dilihat di dalam masyarakat Melayu-Rawa. Pengaruh identiti dan perwatakannya tentu sekali berbeza dengan suku kaum masyarakat Melayu yang lain.5 Walaupun sukar untuk dinilai, namun pada hakikatnya masyarakat Melayu-Rawa mempunyai satu bentuk atau corak budayanya sendiri. Dalam erti kata lain masyarakat Melayu-Rawa mempunyai konsepsinya tersendiri. Keadaan ini boleh ditinjau melalui bahasa dialeknya, pergaulannya dan lain-lain lagi. Malahan, sekiranya ditinjau daripada sudut sejarah, orang Melayu-Rawa adalah antara kelompok Melayu yang sinonim dengan amalan jampi, serapah, mentera atau tawar. Konsep tawar yang digagaskan oleh orang Melayu-Rawa mempunyai intipati yang menarik untuk dipaparkan dan dikaji.6 Di negeri Perak, penempatan komuniti Melayu-Rawa banyak terdapat di sekitar Gopeng, Kampar, Tanjung Malim dan juga di Tanjung Piandang. Oleh itu, dalam kertas kerja ringkas ini pengkaji lebih menumpukan kajian di sekitar kawasan Gopeng-Batu Gajah, Perak.

MASYARAKAT MELAYU-RAWA DI GOPENG-BATU GAJAH7

Masyarakat Melayu-Rawa dikatakan berasal daripada wilayah Sumatera Barat.8 Dikatakan orang Melayu-Rawa merupakan cabang kepada masyarakat Melayu Minangkabau.9 Teori ini berasaskan kepada pandangan bahawa budaya dan tutur kata orang Melayu-Rawa mirip ke arah Melayu-Minangkabau. Menurut Joginder Singh Jessy, “Dalam waktu-waktu itu kebanyakan jawatan tinggi dalam pemerintahan negeri Perak di pegang oleh kerabat diraja Kedah dan pahlawan-pahlawan Minangkabau”.10 Tegas Joginder Singh Jessy lagi, “Minangkabau itu adalah

4 Haron Daud, Pensejarahan Masyarakat Melayu dalam Aspek Kepercayaan dan Pemikiran, Jurnal Pengajian Melayu (4), 3, 1992.

5 Harun Mat Piah, Satu Bunyi Dialek Rawa yang diaturkan dalam Daerah Gopeng Perak, Latihan Ilmiah, (Kuala Lumpur: Jabatan Pengajian Melayu,Universiti Malaya, 1970), 25-30.

6 Dalam masyarakat Melayu penggunaan diksi Tawar dikatakan lebih sesuai dan ‘lembut’ maknanya berbanding jampi atau mentera. Hajah Amnah Bte Raja Yeop Mat Lazim, Temubual oleh Ahamad Jama’ Amin , Batu Gajah, 10 Februari 2002. Beliau merupakan pengamal perubatan tradisional dan bidan kampung berketurunan Melayu-Rawa dan cukup dikenali sekitar daerah Kinta.

76 Perbincangan di dalam sub-topik ini lebih menumpukan ulasan umum mengenai masyarakat Melayu-Rawa.

Rujukan mengenai Melayu-Rawa masih terbatas seperti tulisan Harun Mat Piah yang membincangkan serba sedikit peradaban Melayu-Rawa terutamnya dari aspek bahasa komunikasi. Keterangan lanjut mengenainya, sila lihat Harun Mat Piah, Satu Bunyi Dialek Rawa, 17-22.

8 Ibid,, 19. 9 Ibid., 20.

(3)

meliputi orang-orang yang datang dari Sumatera termasuk juga orang-orang Rawa ini. Apalagi banyak persamaan antara Minangkabau dan Rawa...”.11

Di samping itu, merujuk sumber yang lain mengatakan masyarakat Melayu-Rawa adalah suku kaum masyarakat Mendailing.12 Hujahnya, bahawa orang Melayu-Rawa adalah sebahagian suku kaum masyarakat Mendailing. Pandangan ini berasaskan kepada suku kaum masyarakat Mendailing yang terbahagi kepada dua dan salah satunya adalah Melayu-Roburan.13 Masyarakat Melayu-Roburan menetap di Tapanuli Selatan wilayah Sumatera Barat.14 Berdasarkan hujah tersebut, mereka mengatakan orang Melayu-Rawa dan Melayu-Roburan adalah daripada asal suku yang sama.Walaupun tidak ada bukti yang jelas mengenai perkara tersebut, namun kemungkinannya tetap ada khususnya perkataan Raw dan Rob hampir sama. Malahan, orang Melayu-Rawa ada kemungkinan adalah suku kaum Melayu yang telah diasimilasikan daripada Melayu-Minangkabau dan Melayu-Mendailing. Perkara ini tidak mustahil kerana jarak antara kedua-kedua wilayah suku kaum Melayu terbesar tersebut adalah bersempadan (Tapanuli Selatan dengan Padang-Minangkabau). Bagaimanapun, kesemua pandangan tersebut dinafikan oleh masyarakat Melayu-Rawa sendiri. Dalam satu seminar tentang Melayu-Rawa yang dianjurkan Universiti Pendidikan Sultan Idris pada tahun 2009 merumuskan, suku kaum Melayu ini telah lama wujud seperti mana Minangkabau dan Mendailing. Namun begitu, tafsiran berbeza-beza ini berlaku akibat daripada dominasi suku kaum Minangkabau dalam pemerintahan kerajaan Pagar Ruyung, sehinggalah kerajaan tersebut runtuh kesan daripada Perang Padri.15

Sejarah kedatangan masyarakat Melayu-Rawa ke Semenanjung Tanah Melayu dikatakan bermula pada abad ke-18 Masihi. Menurut Harun Mat Piah:

“Orang-orang Rawa telah datang ke Semenanjung sejak 300 tahun dahulu dan tempat yang mula-mula diduduki adalah Pahang iaitu Raub....ada juga menjadi askar atau orang-orang perang (tentera upahan) oleh pemerintah Pahang dan kebanyakannya dihantar ke Perak bagi membantu menghadapi peperangan saudara dan ancaman Bugis (1700-1730)”.16

Selepas peperangan tersebut sebahagian besar orang Melayu-Rawa tidak kembali ke tanah air masing-masing tetapi telah menetap di Selama di Utara Perak. Kemudiannya ada di antara mereka yang merantau ke daerah-daerah lain di Perak terutamanya di kawasan pedalaman seperti Tanjung Malim, Slim River, Kampar dan Gopeng. Malahan ada yang membuka petempatan baru seperti di sekitar Batu Gajah dan Gunung Mesah, Gopeng.17 Selain itu, kedatangan orang Melayu-Rawa ke Semenanjung Tanah Melayu khususnya di Gopeng-Batu

11 Ibid., 66.

12 Tuan Haji Lan, Temubual oleh Ahamad Jama’ Amin, Batu Gajah, 10 Januari 2002. Pengamal Perubatan-antara penduduk tertua di Kg Sindu berusia 88 tahun yang berketurunan Melayu Rawa Beliau mendapat pendidikan agama di Indonesia dan merupakan pengamal perubatan tradisional.

13 Abd Riyardh Hussein, Temubual oleh Ahamad Jama’ Amin, Bangi, 11 Disember 2001. Pelajar Indonesia yang sedang menuntut di peringkat Sarjana Pengajian Islam UKM pada waktu itu.

14 Ibid., 20.

15 John Miksic, From Megalithis to Tombstones: The Transitions from pre-historyto early Islamic period in highland West Sumatera, Indonesia and Malay World (32) 2004, 93.

(4)

Gajah Perak juga melalui perpindahan (migrasi) ataupun tradisi merantau.18 Dalam hal ini, terdapat empat faktor teras merantau tersebut. Pertama, merantau berasaskan ekonomi (konsep mencari rezeki); kedua,ilmu; ketiga. perdagangan (perniagaan) dan keempat, sebagai askar upahan.19

Kebanyakan masyarakat Melayu-Rawa terutamanya golongan-golongan elit seperti ilmuan, saudagar dan ulama menggunakan satu gelaran khas antaranya Al-Rawa dan perkataan Rawa di hujung nama-nama mereka. Sebagai contoh seperti Ustaz Yussuf Rawa (bekas Presiden PAS). Ia bertujuan untuk menunjukkan unsur-unsur kebanggaan dilahirkan di dalam kelompok masyarakat Melayu-Rawa. Walaupun begitu, dalam konteks kontemporari kini, budaya masyarakat Melayu-Rawa banyak diasimilasikan dengan budaya-budaya tempatan yang lain melalui proses perkahwinan, asimilasi budaya dan lain-lain lagi. Secara tidak langsung, ia menyebabkan kebudayaan masyarakat Melayu-Rawa di kawasan kajian mulai hilang ketulenannya. Namun begitu, masih ada lagi tempat-tempat tertentu yang masih lagi kukuh nilai-nilai ’Rawanya’ terutamanya kelompok berusia seperti di Sindu, Pengkalan Baru,Sg Itik dan Gunung Mesah sekitar tahun 1990-an.

AMALAN TAWAR DALAM MASYARAKAT MELAYU-RAWA20

Perkataan mentera adalah berasal daripada bahasa Sanskrit iaitu ‘mantra’, ‘manir’ dan ‘matar’ yang merujuk kepada:

That part of each Veda which comprises the hymns (as distinguished from Brahmanas,or theological partners); a passage of the Vedas, a holy text, a formula secret to any particular deity; a mystical verse, a magical formula; a inentiation, a charm, spell, philter secret consultation, spritual instruction.21

Soedjijono, Imam Hanapi dan Kesuma Ali Wiryono pula mendefinasilkan mentera dari segi konsepsi agama Hindu seperti berikut:

Mentera dalam agama Hindu dianggap sebagai wahyu kerana itu isi mentera tidak boleh diubah dan mentera tidak boleh diajar kepada orang belum berhak kerana penyalahgunaannya dipercayai akan mendatangkan kesan yang buruk.22

18 Sila Khazin B Mohd Tamrin, Orang Jawa di Selangor:Penghijrahan dan Penempatan 1880-1941, (Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka, 1984), lihat bab III.

19 Ketiga-tiga elemen tersebut bolehlah dikonatasikan dengan pendapat Bogardes, “cuba untuk lari dari sesuatu...(dan),cuba untuk mendapatkan sesuatu dalam situasi baru”, E.S Bogardes, Imigrations and Race Attitude, (Boston: D.C Healths and Co, 1928), 3.

20 Dalam perbincangan penulis mengkhususkan perbahasan yang mengenai masyarakat Melayu Rawa di Gopeng Perak meliputi tiga buah kampung iaitu Kg Seri Jaya,Pengkalan Baru dan Kg Batu Lima.

21 John T.Pletters, A Dictionary Of Urdu,Classical Hindi and English,(London:Oxford University Press,1960), 171.

(5)

Dalam masyarakat Melayu-Rawa, pengertian mentera, jampi dan serapah dianggap tidak sesuai untuk diguna pakai oleh mereka. Sebab itu dilihat masyarakat Melayu-Rawa lebih sinonim dengan menggunakan istilah tawar. Pelbagai interpretasi yang dilontarkan sama ada pengamal perubatan mahupun individu dalam kalangan masyarakat Melayu-Rawa terhadap terminologi ini. Misalnya Tuan Haji Lan, pengamal perubatan tradisional Melayu-Rawa memberi satu pandangan yang berbeza mengenai pemakaian istilah tawar dalam perubatan tradisional. Beliau menyifatkan:

“Tawar adalah sungguh berbeza dengan jampi serapah atau mentera. Ini kerana tawar bukan hanya melibatkan si pemakai tetapi nilai kebergantungannya ditentukan oleh Allah SWT. Dalam hal tawar ini lebih kepada satu doa kepada (mohon) penciptaNya agar dipulihkan sesuatu bencana atau penyakit”.23

Oleh itu, konsep tawar dalam masyarakat Melayu-Rawa lebih menitik beratkan elemen ketauhidan dan keyakinan kepada qada’ dan qadar. Situasi ini, seolah-olah menyanggah gambaran yang diberikan oleh penulis Barat terhadap institusi perubatan tradisi Melayu lebih cenderung kepada dualisme theology. Dalam tulisan Mohd Taib Osman, beliau membahagikan empat konsep tawar (jampi serapah mengikut sesetengah pandangan sarjana):

1. Declaration of intent of purpose of the ritual

2. the name of supernatural being invoked placated or exarcized 3. the invocations of the origin of the sprit being

4. formulative expressions like ‘om’ and ‘kun’ and speak language of the pawang or bomoh.24

Konsep yang digariskan oleh Mohd Taib Osman seakan mempunyai persamaan dengan tradisi perubatan masyarakat Melayu-Rawa, terutamanya isi kandungan tawar yang berunsurkan nilai-nilai animinisme dari sudut bahasa dan sebutannya. Namun dari sudut pandangan pengamalnya ianya tidak sama jika diamati dari segi sebutan, ciri-ciri, kaedah dan keyakinan tawar tersebut terhadap Allah SWT.25 Untuk itu dipaparkan beberapa amalan tawar yang di amalkan oleh masyarakat Melayu-Rawa Gopeng untuk di nilai:

1.Membela Perut

Aku pijak tanah piarus, aku memakai ilmu Allah, bagi keliling beri tembaga, besi melilit urat aku,urat aku yang kendur menjadi tegang, sendi aku renggang menjadi rapat,daging aku yang luak menjadi penuh, Hei Diwai Di mani manikam pulang pulihlah engkau seperti terbit daripada perut ibu kamu.Berkat kata lailahaillallah……….

Pudar Allah pudar Muhammad, asal jasad asal kipit rerawan sunti nama tubuh badanku. Berkat kata laillahallallah….

Sumber: Hjh Amnah bte Raja Yeop Mat Lazim

23 Tuan Haji Lan, Temuramah oleh Ahamad Jama’ Amin, Batu Gajah, 10 Januari 2002.

24 Mohd Taib Osman, MalayFolk Beliefs:An Intergrations Disparate Elements, (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,1989), 442-443.

(6)

. 2. Memulih

Nyor Jeliat pinang jeliah tanah pir pala,roh pulih semangat pulih sediakala,hu...roh insan semangat maya,pulang pulihlah engkau seperti sediakala.Pulih urat pulih sendi pulang pulih sediakala,pulang pulihlah sengkau urat 199.Berkat kata kalimah laillahaillallah.... Sumber: Hajah Amnah Bte Raja Yeop Mat Lazim

3.Urat pinggang/sembelit

Hei sembelit (2x) aku tahu asal usul kamu dari besi yang tua, daging jadi besi, besi jadi tulang, baliklah engkau ke tempat asal engkau,besi yang tua asal kau,berkat kata kalimah laillahaillah....

Sumber: Hajah Amnah Bte Raja Yeop Mat Lazim 4. Doa Gemuruh

Hei bali darah bali hinggap ranting mati, aku buang darah gemuruh bawah pusat ku naikkan di Allah taala darah berani ke muka aku sampaikan hajat...

Mengucap dua kalimah syahadah... Sumber: Rozamun Bte Abd Majid

5.Limau Budak

Assalamualaikum hei Nabi Allah Khidil Aku nak mintak air seguluk aku nak mandikan si anu 4,4,44 aku nak meliau si anu.Ali mandikan fatimah 44 kali.Asssalamualaikum hei Nabi Allah Nuh aku nak mintak limau-aku, berkat kata kalimah laillahaillah...

Sumber:Rozamun bte Abdul Majid 5.Limau Mak

Assalamualaikum hei Nabi Allah Nuh, nak mintak limau aku nak mandikan si_______ sebut nama 4,4,44. Ali mandikan Fatimah seri sentuk, ikut engkau air yang lalui mandi nur mandi dalam kandi Allah berkat kata laillahaillah...

Sumber:Rozamun bte Abdul Majid

(7)

seperti Nabi Nuh a.s dan juga Saidina Ali dan Fatimah. Dalam persoalan ini, menurut pengamal terbabit, sebenarnya pengucapan tersebut merupakan simbolik atau perlambangan kepada kekudusan Allah S.W.T. Menurut Tuan Haji Lan, “kekuatan doa atau tawar bukanlah bergantung kepada isi atau makna tawar itu sendiri. Sebenarnya kelebihan tawar tersebut terletak kepada niat dan kekeuatan niat demi mencapai keredhaan Allah pastinya akan mengukuhkan tawar tersebut. Dengan demikian insyaallah tawar akan dimakbulkan”.26 Justeru, konsep tawar yang diterapkan oleh masyarakat Melayu-Rawa menurutnya (Tuan Haji Lan) adalah berasaskan etika dan moral Islam. Ia boleh dilihatkan melalui langkah-langkah ataupun ciri-ciri pengamal tawar tersebut. Antara langkah-langkah tersebut adalah penggunaan ayat-ayat al-Quran sebelum upacara tawar dimulakan. Penggunaan ayat-ayat al-Quran amat penting dalam menjaminkan bahawa tidak ada unsur-unsur luar seperti jin dan makluk-makluk halus yang lain menyerap masuk ketika upacara tawar dimulakan. Antara-antara ayat-ayat al-Quran yang digunakan adalah seperti surah al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Nas.27 Ketiga-tiga surah ini mesti disisipkan bersama-sama surah al-fatihah sebelum tawar dilakukan.

Di samping itu, seseorang pengamal tawar dalam masyarakat Melayu-Rawa wajib sentiasa mengikuti segala perintah atau amalan yang ditetapkan kepadanya oleh agama Islam. Hal ini penting bagi menjaminkan pengamal perubatan tradisional tersebut sentiasa suci tanpa adanya unsur-unsur maksiat kepada Allah SWT. Justeru, dalam konteks ini konsep tawar di dalam masyarakat Melayu-Rawa ini sebenarnya lebih berkait rapat dengan proses pendidikan manusia. Hal ini kerana ia merupakan satu cara untuk membentuk kembali nilai peradaban Melayu-Islam berasaskan perubatan tradisi. Malahan sekiranya diteliti dengan mendalam konsep tawar yang dipertekankan oleh masyarakat Melayu- Rawa ini adalah selari dengan konsep doa dalam Islam yang menyarankan umatnya berusaha dan bertawakal dalam menghadapi sesuatu musibah.

KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, amalan tawar di dalam masyarakat Melayu Rawa merupakan kesinambungan kepada gabungan tradisi perubatan Islam dan Melayu. Namun begitu, secara khususnya di lihat bahawa amalan tawar ini (Gopeng) semakin pupus akibat tiadanya pewaris ataupun mereka yng berminat tentang perubatan tradisi terutamanya dalam kalangan gologan muda. Keadaan ini kerana proses pembelajaran mengambil masa yang lama khususnya dalam memahami sesuatu tawar tersebut. Malahan pandangan negatif dalam kalangan golongan muda Melayu-Rawa terhadap perubatan tradisi tawar ini juga dilihat menyumbang kepada pupusnya amalan tersebut terutama dari sudut kepercayaan, kesedaran beragama yang semakin tinggi dan kebergantungan kepada perubatan moden. Keadaan ini yang menyumbang kepada terhakisnya tradisi tersebut. Sehubungan itu, pihak-pihak tertentu perlu memainkan peranan dalam menyedarkan generasi muda akan kepentingan tradisi ini khususnya ilmu perubatan tradisi untuk direkodkan dan merupakan sebahagian daripada intipati pembinaan tamadun Melayu.

26 Tuan Haji Lan, Temubual oleh Ahamad Jama’ Amin, Batu Gajah , 10 Januari 2002.

(8)

RUJUKAN

Sumber Buku

Al-Attas, S.M. N, Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu, Kuala Lumpur: Angkatan Belia Islam Malaysia, 1990.

______________, The Myticisme of Hamzah Fansuri, Kuala Lumpur: Universiti Malaya Press, 1970.

Bogardes E.S, Imigrations and Race Attitude, Bostan:D.C Healths and Co, 1928. Ismail Hamid, Kesusasteraan Melayu Lama dari Warisan Peradaban Islam, Petaling

Jaya: Penerbit Fajar Bakti, 1983.

Dhanraj, A.G.S, Mysticime in Malaya, Singapore: Asia Publishing, 1970.

Winstedt, R.O, The Malay Magician:By Shann, Shiva and Sufi, London: Routledge, 1961. ___________ , The Malay:A Cultural History, London:Routledege, 1961.

Haron Daud, Pensejarahan Masyarakat Melayu dalam Aspek Kepercayaan dan Pemikiran, dalam Jurnal Pengajian Melayu (4), 1992.

Haron Daud, Etos Masyarakat:Kajian Berdasarkan Mentera, Laporan Penyelidikan. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia, 1992.

Harun Mat Piah, Satu Bunyi Dialek Rawa yang dituturkan dalam Daerah Gopeng Perak, Latihan Ilmiah, Kuala Lumpur: Jabatan Pengajian Melayu.Universiti Malaya, 1970.

Joginder Singh Jessy, History of Malaya (1400-1950), Pulau Pinang: Peninsula Publishers, 1961.

Khazin B.Mohd Tamrin, Orang Jawa di Selangor: Penghijrahan dan Penempatan 1880-1941,Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka, 1984.

Miksic, John, From Megalithis to Tombstones: The transition from pre-history to early Islamic period in hinglands West Sumatera, Indonesia and Malay World, 32 (93), 2004.

(9)

_______________, Bunga Rampai Kebudayaan Melayu, Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka, 1983.

Soedjijono,Imam Hanapi dan Resuma Adi Wiryono, Struktur dan Isi Mantra Bahasa Jawa di Jawa Timur, Jakarta: Department Pendidikan dan Kebudayaan, 1987. Pletters, J.T, A Dictionary of Urdu,Classical Hindi and English, Oxford: Oxford

University Press, 1960. .

Sumber Lisan

Abd Riyard bin Hussein, 2001, Bangi, Temubual, 11 Disember 2001.

Hajah Amnah bte Raja Yeop Mat Lazim, Batu Gajah. Temubual, 20 Februari 2002.

Rozamun bte Abdul Majid, Batu Gajah, Temubual, 1 Mac 2002.

Referensi

Dokumen terkait

• Kapasitenin ortaya çıkabilmesi için sünek olmayan (kesme kuvveti, donatı sıyrılması, birleşim bölgesi gibi) güç tükenmesi önlenmeli, sünek mafsal dönmeli sağlanmalı

RationalPlan Multi Project korisničko sučelje Izvor: RationalPlan Multi Project- besplatna verzija programa.. Korisničko sučelje RationalPlan Multi Project-a poprilično

Hasil penelitian ini menunjukkan bahwa ada pengaruh suhu dan lama penyimpanan terhadap viabilitas tembakau (Nicotiana tabacum), yaitu dengan mempertahankan

Tujuan dalam penelitian ini untuk mengetahui tingkat pola asuh orang tua yang diterapkan, untuk mengetahui tingkat kecerdasan emosional, dan untuk mengetahui

Merupakan sebuah iklan di media televisi dimana visualizer menampilkan ide kreatifnya dengan membuat iklan tema kampanye, dimana dalam kampanye ini kejujuran dimaknai

LagI, gubernur ahok meresmikan Ruang Publik Terpadu Ramah anak (RPTRa) di Jalan l Bentengan 6 No 1, RT 06/05, Kelurahan Sunter Jaya, Jakarta Utara, Jumat

japonicum dengan pupuk organik memberikan hasil tidak nyata terhadap bobot kering biji per tanaman karena adanya pengaruh faktor lingkungan seperti suhu,

EE-3924 has been a regular Research Scholar in the department for a period of two years from the date of his admission.. Saxena Department