• Tidak ada hasil yang ditemukan

Cabaran cabaran yang dihadapi oleh guru

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Cabaran cabaran yang dihadapi oleh guru"

Copied!
11
0
0

Teks penuh

(1)

PENGENALAN

Sudah terang lagi bersuluh. Semakin hari, kita semakin menghampiri ambang 2020. Keadaan ini menandakan permulaan pelbagai cabaran dan rintangan yang bakal menghambat. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat ( 2007 : 232) cabaran didefinisikan sebagai hasil mencabar iaitu mempersoalkan dan mempertikaikan sesuatu unsur yang mencabar serta menguji kemampuan dan ketabahan seseorang atau sesuatu organisasi. Oleh itu, secara lateralnya cabaran membawa maksud sesuatu hal atau perkara yang menguji kemampuan serta ketabahan seseorang yang ada kaitannya dengan sesebuah organisasi. Dalam konteks perguruan, profesion menjadi seorang guru perlu menyahut cabaran untuk melihat keupayaan seorang guru dalam melaksanakan tugasannya bukan sahaja dalam bilik darjah namun di sekolah secara amnya. Bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahatir telah mengesyorkan Wawasan 2020 bagi membolehkan negara Malaysia menjadi salah satu negara yang moden pada tahun 2020. Antara cabaran Wawasan 2020 kepada guru adalah menwujudkan masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju dengan keyakinan terhadap diri sendiri, menwujudkan dan membangunkan

(2)

CABARAN

Dalam keadaan masyarakat sedang mengalami proses pembangunan yang kian pesat kini , golongan guru juga tidak dapat dikecualikan daripada menghadapi pelbagai cabaran. Salah satu daripada cabaran yang dihadapi oleh para guru ialah guru diberikan pelbagai jawatan yang bukan sepatutnya dilakukan oleh seseorang guru atau mengajar subjek yang tidak berkaitan dengan opsyen yang dibelajar. Hal ini mungkin menyebabkan kualiti pengajaran menurun jika guru tidak mahir dalam subjek tersebut. Selain itu, tanggungjawab seseorang guru pada masa kini bukan sahaja mengajar beberapa subjek yang tertentu tetapi seseorang guru juga terpaksa memegang beberapa portfolio dalam sesuatu jawatankuasa atau memegang

sesuatu jawatan yang tidak berkaitan aktiviti pengajaran dalam kelas. Para guru juga terpaksa membuat kerja-kerja perkeranian seperti mengisi borang, menaip surat dan menyediakan minit mesyuarat. Guru juga memegang jawatan seperti penyelaras papan notis, penasihat persatuan, kelab dan sukan. Kerja-kerja ini telah

menyebabkan para guru menghadapi tekanan yang amat besar dan ini akan

menjejaskan kualiti pengajaran seseorang guru. Jelaslah bahawa guru pada era ini menghadapi pelbagai cabaran dalam memikul tanggungjawab yang tidak berkaitan dengan pengajaran dalam kelas.

Seterusnya, seseorang guru juga menghadapi cabaran dalam menyesuaikan diri dalam perkembangan era globalisasi terutamanya dalam penggunaan alatan yang semakin canggih dalam sesi pengajaran. Bertitik tolak daripada itu, guru-guru pada masa kini perlu memantapkan diri dengan ilmu pengetahuan yang setaraf dengan perkembangan era globalisasi yang dihadapi. Dahulu, teknologi dalam bidang pendidikan tidak berkembang pesat seperti hari ini. Oleh itu, kebanyakkan guru-guru tidak berpeluang untuk mendedahkan diri kepada teknologi dalam bidang pendidikan. Hal ini menyebabkan sebahagian guru tidak mahir dalam menggunakan teknologi pada hari ini untuk pengajaran. Mereka juga menganggap penggunaan ICT yang semakin canggih pada hari ini merupakan sesuatu yang komplex dan tidak mudah untuk dipelajari. Hal ini haruslah dibendung kerana guru seharusnya

mengikut perkembangan semasa dan mengajar teknologi ini kepada pelajar. Sebagai contohnya, guru perlu memahirkan diri dengan pengetahuan ICT agar dapat

mendapatkan maklumat terkini untuk mengajar pelajar dan memudahkan proses pengajaran. Dalam bidang pendidikan masa kini, interactive board telah

(3)

diperkenalkan kepada sekolah-sekolah rendah. Oleh itu, guru haruslah mempelajari teknologi ini agar dapat mengajar dengan lebih berkesan dalam kelas pada masa hadapan. Tuntasnya, guru perlu menghadapi cabaran dalam usaha memajukan diri agar dapat mengikut perkembangan semasa.

Selain itu, para guru juga harus menimbangkan tentang kelayakan akademik mereka sendiri. Seorang guru yang berkualiti haruslah mementingkan

profesionalisme dan berusaha untuk mempertingkatkannya. Hal ini demikian kerana profesionalisme guru adalah berpusatkan kepada ilmu pengetahuan.

Memandangkan guru memainkan peranan penting dalam pembangunan negara, sifat kerja guru yang begitu khusus memerlukan guru mempunyai kelayakan

akademik minimum dan menghadiri program-program latihan sebelum dan semasa perkhidmatan. Guru perlulah sentiasa mengemaskini kemahiran dan pengetahuan dalam aspek pendidikan serta berusaha mengaplikasi kaedah-kaedah pengajaran dan pendidikan terkini. Oleh itu, pihak berwajib telah menganjurkan kursus-kursus pendidikan untuk mempertingkatkan keupayaan, ketahanan dan prestasi bagi mendepani cabaran yang semakin kompleks ini. Sebagai contohnya, langkah KPM dalam menggalakkan guru untuk meningkatkan kelayakan akademik melalui

pelbagai program untuk membangunkan kerjaya guru. Tetapi program-program seperti ini telah mendatangkan kesan negatif kepada guru. Hal ini demikian kerana para guru tidak dapat menumpuhkan segala perhatiannya atas pengajarannya dan pembelajaran murid-muridnya. Guru yang belajar sambil mengajar menyebabkan mereka tidak dapat menyediakan aktiviti pengajaran yang lebih berkesan kepada pelajar. Beban para guru juga akan menjadi lebih besar dan menyebabkan para guru berasa tertekan dengan keadaan hidup mereka. Mereka bukan sahaja perlu

menyediakan aktiviti pengajaran seharian malah mereka juga perlu menyediakan diri untuk menghadapi peperiksaan sendiri. Nyatalah bahawa guru menghadapi cabaran dalam meningkatkan kelayakan akademik sendiri.

Para guru pada era ini juga menghadapi cabaran yang melibatkan dasar-dasar yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Sebagai contoh, Dasar Pengajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang telah dilaksanakan mulai tahun 2002. PPSMI merupakan nama rasmi bagi salah satu Dasar Pendidikan Malaysia yang menetapkan Bahasa Inggeris

(4)

matlamat supaya murid dapat menguasai ilmu Sains dan Matematik yang pesat berkembang dan kebanyakannya didedahkan dalam bahasa Inggeris. Tetapi, jika guru-guru yang mengajar kedua-dua mata pelajaran ini tidak dapat menguasai Bahasa Inggeris dengan baik akan menyebabkan proses pengajaran tidak dapat berjalan dengan lancar dan berkesan. Kajian pihak tertentu untuk menilai tahap penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan guru-guru Sains dan Matematik juga menunjukkan peratusan yang kurang memberangsangkan. Lebih merunsingkan apabila ada sebahagian dalam kalangan guru-guru berkenaan yang tidak mencapai kredit dalam Bahasa Inggeris di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Walaubagaimanapun, guru –guru ini dihadapkan lagi dengan Dasar Memartabatkan Bahasa Melayu Memperkasakan Bahasa Inggeris (MBMMBI) di mana Bahasa Melayu mengambil alih tempat Bahasa Inggeris dalam pengajaran subjek Sains dan Matematik secara proses ‘soft landing’. Dasar ini dilaksanakan atas faktor yang dikemukakan dalam Buku Memartabatkan Bahasa Melayu Memperkasakan Bahasa Inggeris oleh Kementerian Pelajaran yang merasionalkan perubahan tersebut kerana berdasarkan kajian UNESCO yang menyatakan murid lebih mudah mempelajari pelajaran dengan menggunakan bahasa ibundanya dan profisiensi Bahasa Inggeris guru pada tahap cemerlang dan baik hanya sekitar 25% sahaja. Jelaslah bahawa guru menghadapi cabaran yang berasal daripada dasar-dasar yang ditetapkan oleh kementerian bagi memperbaiki kualiti pelajar.

Guru pada masa kini juga menghadapi cabaran dalam menyeimbangkan keperluan perkembangan minda pelajar dan melahirkan masyarakat yang bersatu padu, berilmu pengetahuan dan berdaya saing bagi menyahut cabaran Wawasan 2020 untuk membentuk Negara yang bersatu padu dengan matlamat kongsi bersama Malaysia sebagai sebuah Negara yang aman, berintergrasi di peringkat kaum dan wilayah, hidup harmoni, berkerjasama sepenuhnya serta didokong oleh satu bangsa Malaysia yang setia dan berdedikasi. Selain itu, guru juga penting dalam membentuk sebuah masyarakat yang makmur dan menpunyai ekonomi yang dinamik, berdaya saing, giat dan kental. Malah menurut Falsafah Pendidikan Negara, pendidikan di Malaysia merupakan suatu usaha yang berterusan ke arah

(5)

berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan bekeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keamanan dan kemakmuran. Jelaslah bahawa, falsafah Pendidikan Negara telah menberikan matlamat yang jelas mengenai jenis rakyat yang Negara kita ingin lahirkan. Oleh itu, guru perlu menyahut cabaran ini agar dapat membentuk masyakat kita yang aman dan berdaya saing serta mencapai kemajuan dalam Wawasan 2020.

Profesion keguruan adalah sama sejak dulu, kini dan pada masa hadapan iaitu mengajar, mendidik serta menjadikan pelajar daripada keadaan yang tidak mengenal huruf, mengira dan membaca kepada celik huruf, bijak dan berjaya dalam kehidupan. Oleh itu, guru turut menghadapi cabaran sebagai seorang pemudah cara, seorang pembangun negara dan seseorang yang memberikan arah kepada orang yang ingin bertanya. Guru perlu sentiasa sedia dan peka dalam melahir dan

menggunakan situasi-situasi pembelajaran secara cekap dan berkesan agar murid-murid dapat digerakkan untuk berfikir secara kreatif dan kritikal. Pengajaran yang berkesan akan membantu murid-murid dalam mempelajari sesuatu. ‘Setiap kejayaan dicapai manusia, titik pangkalnya bermula daripada guru’. pujangga Usman Awang jelas mengatakan kepentingan guru untuk mengasuh dan mendidik pelajar agar menjadi masyarakat yang bertanggungjawab dan berguna. Hal ini kerana

pengeluaran tenaga kerja Negara di semua sektor bermula daripada sekolah di mana jasa dan khidmat guru diperlukan. Guru juga perlu bersikap proaktif dan berfikiran terbuka serta mesra dengan sikap keterbukaan. Guru perlu sentiasa prihatin dan menolong pelajar yang yang menghadapi masalah. Justeru, guru pada masa kini menghadapi cabaran sebagai pemudah cara , pembangun Negara dan orang yang dirujuk apabila pelajar menghadapi masalah.

Cabaran profesion guru di sekolah rendah juga termasuk penyampaian dalam pengajarannya dalam bilik darjah. Kini, guru dikehendaki menggunakan cara

penyampaian yang terbaru untuk membolehkan pelajar dapat memahami sesuatu idea atau proses yang rumit dengan mudah. Guru mesti menguasai kaedah pedagogi yang sinonim dengan pengetahuan sedia ada murid yang bersifat

homogenius,iaitu menggunakan bahan bantuan mengajar yang sistematik. Apabila bahan bantuan mengajar digunakan guru terpaksa menggunakan teknologi terkini dengan sumber kewangan yang terhad. Alat bantu mengajar yang digunakan

(6)

bantu mengajar dengan bahan yang lain. Ini telah menurunkan kualiti dalam penyampaian pengajaran. Kaedah berpusatkan murid mesti dilaksanakan dalam pengajaran seseorang guru. Guru kena berfungsi sebagai medarator yang berkesan. Guru bukan sebagai pendidik yang menimpa ilmu pengetahuan tetapi juga sebagai seorang mentor atau pembimbing yang membimbing pelajar dalam pembelajaran sendiri dan mencari ilmu dengan sendiri. Pencapaian objektif mesti berbentuk eksplisit yang mampu merangsang murid memahami isi pembelajaran. Penilaian secara formatif perlu dilaksanakan. Oleh itu, secara keseluruhan sistem

penyampaian guru dalam pembelajaran dan pengajaran bukan lagi berbentuk stereotaip tetapi berbentuk proaktif.

Cabaran yang dihadapi oleh guru pada zaman kini juga termasuk isu disiplin dan salah laku pelajar. Masalah disiplin di sekolah pada hari ini semakin hari

semakin merosot dalam kalangan murid. Disiplin merupakan peraturan atau undang-undang yang bertujuan untuk membentuk para pelajar selari kehendak agama ,norma-norma masyarakat dan undang-undang sesebuah negara. Namun peraturan ini tidak mudah diterima oleh sebahagian pelajar dan pelajar ini dikenali sebgai pelajar yang bermasalah disiplin. Gejala seperti ponteng sekolah, melawan guru, bersikap antisosial, bergaduh,membuli, merokok dan sebagainya wujud di dalam kalangan pelajar. Masalah disiplin pelajar sekolah bukanlah masalah baru dalam era yang sereba moden ini. Namun, isu kemerosotan disiplin di kalangan pelajar sering diperkatakan. Oleh itu, pelbagai langkah perlu dilaksanakan untuk membendung masalah ini. Tanggungjawab untuk membanteras masalah disiplin pelajar sekolah ini terletak di atas bahu guru-guru. Terbuktilah bahawa guru menghadapi cabaran dalam menyelesaikan masalah disiplin dalam kalangan pelajar.

Di samping itu, guru juga menghadapi cabaran dalam

usaha untukmemperkembangkan potensi pelajar secara bersepadu bagi

(7)

memantapkannya lagi. Oleh itu, guru haruslah memberi perhatian kepada bidang jasmani juga bagi membantu pelajar mencungkil bakat mereka dalam bidang sukan.Seorang guru yang ceria, penyayang dan riang akan menghasilkan pelajar yang ceria, penyayang, riang dan sebaliknya. Guru haruslah tidak membawa

perasaan negatif dari tugas ke dalam kelas bagi memastikan semua pelajarnya akan terus gembira dan berasa seronok semasa waktu pengajarannya. Ini kerana emosi guru akan mempengaruhi niat dan keinginan belajar pelajar. Guru juga menghadapi cabaran dalam usaha membentuk unsur kerohanian dalam jiwa setiap pelajarnya. Antaranya adalah menanamkan asas keagamaan yang kukuh dalam kalangan anak didik, menanam minat beragama, kasih dan sensitif kepada agama dan membasmi kejahilan beragama berasaskan Pendidikan Islam. Tugas guru bukan sahaja

(8)

LANGKAH-LANGKAH

Pihak sekolah harus mengurangkan beban para guru dengan mengalihkan kerja-kerja perkeranian atau jawatan-jawatan dalam sesuatu jawatankuasa daripada guru-guru. Pihak sekolah juga harus mengupah kerani dalam membantu melakukan kerja-kerja perkeranian bukannya memberi tugas ini kepada guru. selain daripada kerani, pihak sekolah juga boleh mengupah penyelia untuk menjaga dan menyelia sesebuah jawatankuasa atau tugasan. Hal ini akan dapat mengurangkan bebanan para guru dan membolehkan mereka menggunakan masa yang lebih banyak untuk menyediakan bahan untuk pengajaran yang berkesan. Para guru haruslah diberikan masa dan ruang yang mencukupi agar dapat menggurangkan tekanan dalam

pekerjaan ini. Sekiranya kualiti pengajaran seseorang guru itu dapat ditingkatkan, maka penguasaan seseorang murid dalam sesuatu subjek itu dapat ditingkatkan. Pendek kata, kerja-kerja yang tidak berkaitan dengan pengajaran mesti dikurangkan untuk meningkatkan kualiti pengajaran seseorang guru dan juga menjamin prestasi seseorang murid.

Pihak kerajaan harus menyediakan pelbagai kursus yang berfokus kepada cara-cara penggunaan teknologi yang berkaitan dengan pengajaran seseorang guru dalam kelas. Setiap guru perlu diwajibkan untuk menghadiri kursus-kursus tersebut supaya mereka dapat memahirkan diri dan menggunakan kemudahan ICT yang sedia ada dalam sekolah untuk mengajar. Kerajaan perlu menyediakan sebuah komputer riba dan LCD untuk para guru memastikan kelancaran kerja seorang guru dan sesi pengajaran dalam kelas. Dengan mendedahkan guru kepada teknologi yang semakin canggih, proses pengajaran akan menjadi lebih mudah dan menarik kepada pelajar. Selain itu, mereka juga dapat melengkapi diri sendiri dengan pelbagai ilmu pengetahuan yang terkini berkaitan dengan opsyen masing-masing dengan melalui internet. Ini secara tidak langsung, dapat membantu para guru dalam meningkatkan kualiti pengajaran mereka dalam kelas. Murid-murid juga dapat

didedahkan kepada isu-isu dan maklumat yang terkini melalui pengajaran daripada guru. secara logiknya, krusus-krusus tentang teknologi yang diperkenalkan dalam bidang pendidikan perlu diberikan kepada setiap guru agar pengajaran berkesan dapat dilaksanakan.

(9)

mengajar apabila menghadiri kelas atau mengadakan krusus semasa cuti sekolah. Dengan ini, para guru dapat menumpuhkan segala perhatian atas pembelajarannya dan memberikan lebih banyak perhatiannya atas keluarganya, terutamanya bagi para guru yang telah berkhawin. Topik-topik dalam kursus harus lebih fokus kepada cara penyelesaian pengajaran atau cara pengajaran. Dengan ini, para guru tidak perlu membazirkan masa dalam topik-topik yang tidak berkenaan dengan

pengajaran mereka. Setiap guru hanya perlu menumpuhkan perhatiannya dalam opsyen masing-masing dan topik-topik kursus harus berkaitan dengan opsyen masing-masing. Dengan ini, diharap kualiti guru-guru pada masa kini dapat dipertingkatkan lagi untuk melahirkan pelajar yang lebih bermutu.

Dalam mengatasi cabaran tentang dasar-dasar yang ditetapkan oleh pihak kementerian, pelbagai buku rujukan yang berkualiti perlu disediakan. hal ini dapat membolehkan guru-guru merujuk kepada buku-buku tersebut jika menghadapi masalah dalam pengajaran. Sebagai contohnya, buku mata pelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Melayu dan Bahasa inggeris perlu disediakan. Walaupun mata pelajaran Sains dan Matematik diajar dalam bahasa Melayu semasa sekolah rendah dan sekolah menengah pelajar perlu menggunakan bahasa Inggeris dalam mata pelajaran tersebut apabila melanjutkan pelajaran ke tahap Universiti. Hal ini kerana Sains dan Matematik akan diberikan kuliah dalam Bahasa Inggeris pada tahap tersebut. Guru-guru yang mengajar kedua-dua mata pelajaran ini juga

didedahkan ilmu pengetahuan dengan Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu dalam mata pelajaran Sains dan Matematik semasa zaman Universiti. Ini dapat

meringankan beban guru daripada mempelajari semula kosa kata saintifik dan matematik dalam Bahasa Melayu. Pihak kementerian juga perlu menberikan krusus-krusus yang berkaitan dengan penggunaan bahasa Melayu dalam mata pelajaran tersebut agar guru dapat menguasai dan mengajar subjek tersebut dengan baik.

Pihak kerajaan perlulah memartabatkan profesion perguruan melalui Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) agar guru-guru pada masa kini dapat menghadapi cabaran-cabaran dalam proses pengajaran. Antara usaha yang telah dilaksanakan ialah menaiktarafkan maktab perguruan kepada Institut Pendidikan Guru (IPG). Institusi ini melahirkan guru yang berkualiti dan guru berijazah melalui Program Khas Pensiswazahan Guru (PKPG),Program Ijazah Sarjana Muda

(10)

Pendidikan juga menggariskan usaha pemantapan latihan perguruan, memantapkan kerjaya guru, penambahbaikan persekitaran kerja dan kebajikan guru sebgai langkag untuk memperkasakan kerjaya perguruan. Dengan program-program yang

disediakan, guru-guru pelatih akan menerima latihan daripada pelbagai segi agar dapat mengharungi cabaran yang bakal dihadapi. Antara latihan yang diberikan adalah dari aspek pedagogi, kokurikulum, ICT, penyelidikan dan sebagainya untuk memastikan kualiti seorang guru yang cemerlang. Latihan-latihan ini penting untuk menyediakan guru pelatih dalam menghadapi cabaran.

Sebagai seorang guru, seseorang itu hendak sentiasa kreatif dalam cara penyampaian. Penyampaian yang digunakan haruslah menarik dan membolehkan pelajar menumpukan perhatian terhadap penyampaian guru dalam jangka masa tertentu. Guru seharusnya diberikan kewangan yang cukup dalam melaksanakan amanah dalam pengajaran kerana wang yang digunakan akan membawa kebaikan kepada pelajar. Alat bantu mengajar yang lengkap akan membantu guru dalam menyampaikan ilmu pengetahuan dan pelajar akan lebih mudah memahami ilmu yang disampaikan oleh guru. Oleh itu, had kewangan untuk guru dalam penggunaan pengajaran dan pembelajaran harus ditingkatkan. Kata orang Cina selalunya,

biarpun miskin dari kewangan tetapi tidak boleh miskin dari segi pendidikan. Oleh itu, masalah kewangan tidak seharusnya menjadi halangan bagi para guru dalam

pengajaran.

Pihak sekolah perlu mewujudkan undang-undang dan peraturan-peraturan yang sistematik di sekolah. Peraturan-peraturan ini hendaklah merangkumi dendaan bagi setiap kes disiplin atau kes jenayah di sekolah. Kes yang serious hendaklah dilaporkan kepada pihak polis. Penguatkuasaan undang-undang ini akan

membolehkan berfikir sebelum membuat tindakan yang dianggap sebagai melanggar disiplin. Pihak polis juga boleh mengadakan kempen anti-jenayah , anti-dadah dan kempen lain yang berkaitan untuk mendedahkan pelajar kepada kesan-kesan melanggar disiplin dan melakukan jenayah. Selain itu, pihak polis juga boleh membuat pemeriksaan mengejut di sekolah untuk memastikan pelajar tidak

(11)

pelajar itu tidak wujud, maka seseorang pelajar itu tidak akan melanggar peraturan. Kewujudan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) juga perlu diperkasakan agar dapat mengatasi masalah disiplin di sekolah. Ibu bapa haruslah bekerjasama dengan guru-guru supaya dapat menyelesaikan masalah seseorang pelajar yang mempunyai masalah disiplin. Pertemuan yang lebih kerap antara ibu bapa, penjaga dan guru perlu diadakan khasnya bagi pelajar-pelajar yang bermasalah. Ibu bapa seharusnya menerima teguran daripada guru dengan sikap terbuka dan positif. Jelaslah bahawa pihak sekolah, pihak polis ,pihak kaunselor dan ibu bapa perlulah berkerjasama dengan pihak guru agar guru-guru dapat menangani masalah disiplin di sekolah dengan baik dan meringankan lagi bebanan guru.

Di samping itu, seseorang guru itu haruslah bersikap positif dalam menghadapi cabaran-cabaran yang ada pada masa kini. Guru juga perlu

menghapuskan sikap negatif dalam melaksanakan tugas-tugas yang diamalkan bagi meningkatkan kualiti kerja. Seseorang guru yang berjaya menghayati

tanggungjawabnya akan dapat menangani cabaran dalam dunia pendidikan pada hari ini. Guru-guru yang mempunyai etika guru yang baik akan sentiasa menjalankan tugasnya dengan baik dan ini merupakan semangat untuk seseorang guru dalam menangani cabaran profesion. Sebagai contohnya, guru perlu bersyukur kepada tuhan dan menghindari larangan tuhan serta sentiasa beriltizam semangat berbakti. Guru yang bertanggungjawab ke atas dirinya akan seharusnya memahami kekuatan dan kelemahan diri supaya dapat memanfaatkan kekuatan tersebut dan

memperbaiki kelemahan yang ada. Selain itu, guru perlu sentiasa ingat

Referensi

Dokumen terkait