• Tidak ada hasil yang ditemukan

CABARAN YANG DIHADAPI OLEH BORNEO HIGHWAY PDP SND BHD SEPANJANG PELAKSANAAN LEBUHRAYA PAN BORNEO DI SABAH

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "CABARAN YANG DIHADAPI OLEH BORNEO HIGHWAY PDP SND BHD SEPANJANG PELAKSANAAN LEBUHRAYA PAN BORNEO DI SABAH"

Copied!
178
0
0

Teks penuh

(1)

CABARAN YANG DIHADAPI OLEH BORNEO HIGHWAY PDP SND BHD SEPANJANG PELAKSANAAN LEBUHRAYA PAN BORNEO DI SABAH

ELVIN LIEW SIAW TAT

(2)
(3)
(4)

CABARAN YANG DIHADAPI OLEH BORNEO HIGHWAY PDP SDN BHD SEPANJANG PELAKSANAAN PEMBINAAN LEBUHRAYA PAN BORNEO DI

SABAH.

ELVIN LIEW SIAW TAT

Laporan ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan

Fakulti Alam Bina Universiti Teknologi Malaysia

(5)
(6)

DEDIKASI

Kepada Ibu dan Bapa yang ku sayangi

Terima kasih atas segala doa, sokongan, pengorbanan dan nasihat yang diberikan Tidak lupa juga kepada adik-beradik ku yang dikasihi

Kepada tenaga pengajar UTM, Terima kasih yang tidak terhingga

kerana telah memberikan banyak ilmu, sokongan dan panduan dalam tempoh penyiapan kajian ini

Serta teman-teman seperjuangan SBEQ Terima kasih atas menemani Suka duka dan jerit perit bersama

Tidak akan dilupai sehingga hari-hari yang mendatang

KERANA TUHAN UNTUK MANUSIA IN THE NAME OF GOD FOR MANKIND

(7)

PENGHARGAAN

Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan ikhlas kepada mereka yang telah banyak membantu saya disepanjang kajian ini. Kajian ini tidak akan berjaya dilaksanakan sekiranya tanpa bimbingan, sokongan dan sumbangan daripada pelbagai pihak.

Di sini saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada penyelia Projek Sarjana Muda saya iaitu Prof Madya Dr Kherun Nita Binti Ali kerana beliau telah banyak membantu, memberi nasihat dan panduan kepada saya sepanjang tempoh penyiapan Projek Sarjana Muda.

Selain daripada itu, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada responden-responden yang terlibat iaitu Encik Ranee Bakri (BHP PDP Sdn Bhd), Encik Dickson Wong (Akif Jaya Sdn Bhd), Encik Ku Chiau Pin dan Cik Dahlia Binti Moktar kerana sudi meluangkan masa dan membantu saya semasa sesi pengumpulan data dijalankan.

Tidak lupa juga kepada ahli keluarga saya di atas sokongan mereka dalam membantu saya untuk menyiapkan kajian ini. Dan akhir sekali terima kasih juga kepada kawan-kawan saya kerana telah banyak memberi tunjuk ajar, pendapat dan nasihat sepanjang kajian ini dijalankan.

(8)

ABSTRAK

Lebuhraya memainkan peranan yang penting dalam menghubungkan antara satu kawasan ke kawasan yang lain dan juga merupakan pemangkin kepada ekonomi setempat. Setiap pembinaan lebuhraya adalah diperlukan disemua kawasan lebih-lebih lagi pada zaman moden ini yang mana segala maklumat atau perhubungan hendaklah sentiasa cepat. Pembinaan Lebuhraya Pan Borneo telah dilaksanakan pada 24th April tahun 2016 di Sabah dan Syarikat Borneo Highway PDP Sdn Bhd telah dilantik sebagai “Project Delivery Partner” untuk mengurus dan menyelia projek itu. Namun, sesetengah pembinaan lebuhraya dibuat tanpa mengambil kira beberapa faktor penting dan menyebabkan timbulnya masalah dalam proses pembinaan. Oleh itu, kajian ini telah dibuat bagi mencapai dua objektif iaitu untuk mengenal pasti cabaran yang dihadapi oleh Borneo Highway PDP Sdn Bhd dan langkah yang diambil untuk mengatasi cabaran semasa pelaksanaan pembinaan Lebuhraya Pan Borneo di Sabah. Kajian kes menfokuskan kepada empat (4) responden iaitu Syarikat Borneo Highway PDP Sdn Bhd dan juga tiga (3) kontraktor kerja yang melaksanakan pakej kerja Lebuhraya Pan Borneo di Sabah. Temubual separa berstruktur bersama dengan responden telah digunakan bagi mengumpul data. Kaedah analisis yang digunakan ialah analisis tematik yang mana tema dihasilkan daripada transkripsi perbualan. Hasil kajian telah mengenal pasti sebanyak enam belas (16) cabaran yang dihadapi dalam projek tersebut. Cabaran yang paling kerap dihadapi oleh semua responden adalah pengambilan balik tanah, pemindahan utiliti sedia ada, kelewatan peruntukan dan kewangan dan keadaan cuaca yang tidak menentu. Manakala langkah bagi mengatasi setiap cabaran yang dihadapi dalam projek ini mempunyai prosedur yang lebih kurang sama bagi kontraktor kerja iaitu dari segi pengurusan dan juga operasi manakala bagi Borneo Highway PDP Sdn Bhd pula banyak tertumpu dari segi pengurusan.

(9)

ABSTRACT

Highway plays a major roles in connecting one place to another place and also act as a catalyst to enhance the economic activities in the surrounding area. In this modern world, construction of highway is very much needed in all places because it’s enable a quick transfer of products, information and also communication. The Pan Borneo Highway in Sabah is implemented on January 24th in year 2016. Borneo Highway PDP Sdn Bhd has been chosen as the Project Delivery Partner which responsible in managing and monitoring the project. The construction of a highway is not an easy job and sometimes there are factors that failed to be taken into deep consideration that may lead to the occurence of problems during construction process. In line with that, a case study has been conducted to achieve two main objectives which are to identify the challenges faced by Borneo Highway PDP Sdn Bhd and to identify the step taken to overcome the challenges during the implementation and construction of the Pan Borneo Highway in Sabah. This case study has focused on four (4) respondent which are Borneo Highway PDP Sdn Bhd and three (3) other work package contractors selected to construct the highway. Semi-structured interview has been conducted with the respondents as a means of collecting data. Thematic Analysis was used to analyse the data collected by determing the theme derived from the transription of interview. The findings of the research has identified sixteen (16) challenges faced in the project. Challenges that are most frequent faced by the respondents are re-acquistion of land, relocation of exisitng utilities, delay of allocation and finances and inclement weather. The steps taken to overcome the challenges are different depending on the role of the respondent. BHP has overcome the challenges faced by using management measures whereaas the contractos overcome the challenges by using both management and operation measures as they are involves physically at construction site.

(10)

ISI KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

ISI KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xiii

SENARAI RAJAH xiv

SENARAI SINGKATAN xv 1 PENGENALAN 1 1.1 Pengenalan 1 1.2 Pernyataan Masalah 2 1.3 Persoalan Kajian 6 1.4 Objektif Kajian 7 1.5 Skop Kajian 7 1.6 Metodologi Kajian 8 1.7 Kepentingan Kajian 12 1.8 Pengorganisasian Bab 12 2 KAJIAN LITERATUR 14 2.1 Pengenalan 14

2.2 Definisi Tajuk Kajian 15

(11)

2.3.1 Jalan Luar Bandar 15

2.3.2 Jalan Bandar 17

2.4 Kategori Jalan Untuk Tujuan Pentadbiran 18

2.5 Piawaian Jalan 19

2.6 Perancangan Lebuhraya 22

2.6.1 Peringkat Cadangan 24

2.6.2 Peringkat Unit Perancang Ekonomi 24 2.6.3 Peringkat Kelulusan Kabinet 25 2.6.4 Peringkat Kementerian Kerja Raya 25 2.6.5 Peringkat Kelulusan Pelaksanaan 25 2.6.6 Peringkat Pemilihan Syarikat Konsensi 26 2.6.7 Peringkat Awalan Pembangunan Lebuhraya 26 2.7 Latar Belakang Projek Lebuhraya Pan Borneo 26 2.7.1 Pelaksanaan Projek Lebuhraya Pan Borneo 28 2.7.2 Pakej-Pakej Lebuhraya Pan Borneo 31 2.7.3 Pembangunan Lebuhraya Pan Borneo Di

Bawah Kerajaan Malaysia 35

2.7.3.1 Manifesto Barisan Nasional ke-13 36

2.7.3.2 Bajet 2015 36

2.7.3.3 Bajet 2016 36

2.7.3.4 Rancangan Malaysia Kesebelas

2016-2020 (RMK-11) 37

2.8 Struktur Organisasi Lebuhraya Pan Borneo Sabah 39 2.8.1 Maklumat Struktur Organisasi 40 2.9 Konsep Model “Project Delivery Partner” (PDP) 41

2.9.1 PDP vs PMC 43

2.9.2 Penggunaan Model “Project Delivery

Partner” (PDP) di Malaysia 43

2.9.3 Struktur Model Rakan Pelaksana Projek 44 2.9.4 Perlantikan PDP Dalam Projek Lebuhraya

Pan Borneo di Sabah 44

2.9.5 Latar Belakang Borneo Highway PDP Sdn

(12)

2.10 Cabaran-Cabaran Yang Dihadapi Dalam Pembinaan

Lebuhraya 46

2.10.1 Peringkat Pra-Pembinaan 46

2.10.1.1 Pemindahan Utiliti 46 2.10.1.2 Bentuk Semulajadi Muka Bumi 47 2.10.1.3 Keadaan Fizikal Tanah 48 2.10.1.4 Pengambilan Balik Tanah 48 2.10.1.5 Penempatan Semula Dan Bayaran

Pampasan 50

2.10.1.6 Pemilihan Kontraktor Kerja 51

2.10.2 Peringkat Pembinaan 52

2.10.2.1 Akses ke Tapak Bina 52 2.10.2.2 Kekurangan Bahan Binaan 52 2.10.2.3 Mesin Dan Jentera Yang Tidak

Mencukupi 53

2.10.2.4 Kekurangan Tenaga Pakar 54 2.10.2.5 Pengurusan Trafik 54

2.10.2.6 Kaedah Pembinaan 57

2.10.2.7 Kelambatan Membayar Bayaran Kemajuan Kerja Kontraktor 57 2.10.2.8 Kaedah Pelaksanaan Projek 58

2.10.2.9 Keadaan Cuaca 58

2.10.2.10 Keselamatan 59

2.10.2.11 Pengurusan Dan Perancangan

Projek 59

2.11 Kesimpulan 60

3 METODOLOGI KAJIAN 61

3.1 Pengenalan 61

3.2 Reka Bentuk dan Prosedur Kajian 62

3.3 Kajian Kes 64

3.4 Kaedah Kualitatif 65

3.5 Persampelan Kajian 65

(13)

3.5.1.1 Persampelan Bertujuan 66

3.6 Instrumen Kajian 67

3.7 Soalan Temubual Separa Berstruktur 69

3.8 Pengumpulan Data 70

3.9 Kaedah Analisis Data 70

3.10 Kesimpulan 74

4 ANALISIS DATA 75

4.1 Pengenalan 75

4.2 Temubual Dengan Responden 75

4.3 Analisis Maklumat Am Responden dan Projek 76

4.3.1 Latar Belakang Responden 76

4.3.2 Latar Belakang Projek 77

4.3.2.1 Pakej Jalan Papar-Donggongon

(WP 5) 77

4.3.2.2 Pakej Kg Lot M – Sandakan Mile

32 (WP 27) 79

4.3.2.3 Pakej Jalan Pintas Lahad Datu

(WP 21) 80

4.4 Analisis Cabaran 82

4.4.1 Analisis Cabaran (Peringkat Tender) 83 4.4.1.1 Perancangan Program Kerja

Kontraktor [01] 83

4.4.1.2 Pengisian Tender [02] 84 4.4.1.3 Penyelarasan Keseragaman [03] 85 4.4.1.4 Pengawalan Kualiti Kerja [04] 86 4.4.2 Analisi Cabaran (Peringkat Pra-Pembinaan) 87 4.4.2.1 .Pengambilan Balik Tanah [05] 87 4.4.2.2 Pemindahan Utiliti [06] 88 4.4.2.3 Kekurangan Bahan Binaan [07] 90 4.4.2.4 Kerja Pembersihan [08] 91 4.4.3 Analisis Cabaran (Peringkat Pembinaan) 91

4.4.3.1 Kelewatan Peruntukan dan

(14)

4.4.3.2 Keadaaan Cuaca Yang Tidak

Menentu [10] 93

4.4.3.3 Perobohan Struktur Sedia Ada

[11] 93

4.4.3.4 Keadaan Fizikal Tanah [12] 94 4.4.3.5 Kekurangan Tenaga Kerja [13] 95 4.4.3.6 Perubahan Kerja [14] 96 4.4.3.7 Kesukaran Mencari Lubok

Pinjaman Bagi Kerja Tanah [15] 97

4.4.3.8 Komunikasi [16] 98

4.5 Analisis Langkah 98

4.5.1 Analisi Langkah (Peringkat Tender) 98 4.5.1.1 Perancangan Program Kerja

Kontraktor [01] 99

4.5.1.2 Pengisian Tender [02] 99 4.5.1.3 Penyelarasan Keseragaman [03] 100 4.5.1.4 Pengawalan kualiti kerja [04] 101 4.5.2 Analisi Langkah (Peringkat Pra-Pembinaan) 102 4.5.2.1 Pengambilan Balik Tanah [05] 102 4.5.2.2 Pemindahan Utiliti [06] 106 4.5.2.3 Kekurangan Bahan Binaan [07] 108 4.5.2.4 Kerja Pembersihan [08] 111 4.5.3 Analisis Langkah (Peringkat Pembinaan) 112

4.5.3.1 Kelewatan Peruntukan dan

Kewangan [09] 112

4.5.3.2 Keadaan Cuaca Yang Tidak

Menentu [10] 113

4.5.3.3 Perobohan Struktur Sedia Ada

[11] 114

4.5.3.4 Keadaan Fizikal Tanah [12] 115 4.5.3.5 Kekurangan Tenaga Kerja [13] 116 4.5.3.6 Perubahan Kerja [14] 118 4.5.3.7 Kesukaran Mencari Lubok

(15)

4.5.3.8 Komunikasi [16] 119

5 KESIMPULAN DAN CADANGAN 120

5.1 Pengenalan 120

5.2 Kesimpulan Kajian 120

5.2.1 Objektif 1 : Mengenal pasti cabaran yang dihadapi oleh BHP Sdn Bhd sepanjang pelaksanaan projek Lebuhraya Pan Borneo di

Sabah. 121

5.2.2 Objektif 2 : Mengenal pasti langkah yang dihadapi oleh BHP Sdn Bhd sepanjang pelaksanaan projek Lebuhraya Pan Borneo di

Sabah. 126

5.3 Batasan Kajian 130

5.4 Cadangan Kajian Lanjutan 131

5.5 Rumusan 131

RUJUKAN 132

(16)

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

Jadual 1.1 : Jadual Pakej Yang Terlibat Dalam Kajian 8

Jadual 2.1 : Reka Bentuk Hadlaju Piawaian Jalan 22

Jadual 2.2 : Maklumat Pakej Lebuhraya Pan Borneo Sabah 34 Jadual 2.3 : Maklumat Pakej Lebuhraya Pan Borneo Sarawak 35

Jadual 3.1 : Sampel Kajian 66

Jadual 4.1 : Latar Belakang Responden 77

Jadual 4.2 : Latar Belakang Projek Pakej WP 5 (Jalan Papar-Donggongon) 78 Jadual 4.3 : Latar Belakang Projek Pakej 27 (Kg. Lot M-Sandakan Mile 32) 79 Jadual 4.4 : Latar Belakang Projek Pakej WP 21 (Jalan Pintas Lahad Datu) 81

Jadual 4.5 : Senarai Analisis Cabaran 82

Jadual 5.1 : Senarai Cabaran yang dihadapi. 121

Jadual 5.2 : Jadual Senarai Kesimpulan Cabaran Yang Dihadapi 125 Jadual 5.3 : Jadual Senarai Kesimpulan Langkah Mengatasi Cabaran 130

(17)

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK HALAMAN

Rajah 1.1 : Statistik Pertumbuhan Ekonomi Mengikut Sektor 2

Rajah 1.2 : Carta Alir Metodologi Kajian 11

Rajah 2.1 : Prosedur Perancangan Lebuhraya 23

Rajah 2.2 : Jajaran Keseluruhan Lebuhraya Pan Borneo 29

Rajah 2.3 : Jajaran Lebuhraya Pan Borneo Sabah 30

Rajah 2.4 : Jangkaan Peningkatan Sektor Pembinaan Dalam RMK-11 37 Rajah 2.5 : Struktur Organisasi Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah 39

Rajah 2.6 : Sifat & Nilai PDP 42

Rajah 2.7 : Struktur Model Rakan Pelaksana Projek 44

Rajah 3.1 : Reka Bentuk Kajian 62

Rajah 3.2 : Carta Alir Metodologi Kajian 63

Rajah 3.3 : Proses Temubual Separa Berstruktur 68

Rajah 3.4 : Fasa-Fasa Analisis Tematik 71

Rajah 4.1 : Jajaran Papar – Donggongon 78

Rajah 4.2 : Jajaran Kg Lot M – Sandakan Mile 32 80

Rajah 4.3 : Jajaran Jalan Pintas Lahad Datu 81

Rajah 4.4 : Tiang Elektrik yang masih belum dipindahkan 89 Rajah 4.5 : Tiang elektrik yang perlu dipindahkan 90 Rajah 4.6: Sesi Penyerahan Notis Pengambilan Tanah 103 Rajah 4.7 : Sesi Penyerahan Notis Pengambilan Tanah Kepada Pemilik Tanah yang

terlibat. 103

Rajah 4.8 : Sesi Penyerahan Surat Tawaran Pampasan Tanah Kepada Pemilik Tanah 104 Rajah 4.9 : Majlis Sesi Penyerahan Surat Tawaran Pampasan Tanah 105 Rajah 4.10 : Sesi Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) 110 Rajah 4.11 : Sesi Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) 110 Rajah 4.12 : Hari Pendaftaran dan Temuduga bagi program SL1M yang disertai oleh

syarikat BHP. 117

(18)

SENARAI SINGKATAN

LPB - Lebuhraya Pan Borneo

BHP - Borneo Highway PDP Sdn Bhd LBU - Lebuhraya Borneo Utara Sdn Bhd PDP - Project Delivery Partner

RMK-11 - Rancangan Malaysia Ke Sebelas SL1M - Skim Latihan 1 Malaysia

JTU - Jabatan Tanah dan Ukur Sabah PPHT - Penolong Pemungut Hasil Tanah

(19)

PENGENALAN

1.1 Pengenalan

Lebuhraya Pan Borneo merupakan projek milik kerajaan persekutuan yang bernilai berbillion ringgit. Tujuan projek ini ialah untuk menunjukkan komitmen kerajaan persekutuan kepada rakyat di negeri Sabah dan Sarawak untuk menyediakan dan meningkatkan jalan perhubungan yang boleh membawa peningkatan kepada pembangunan sosio-ekonomi. Lebuhraya ini bukanlah sesuatu yang baru tetapi telah lama dibina di bawah perancangan kerajaan negeri dan persekutuan sejak tahun 90-an lagi.

Pada majlis Manifesto Barisan Nasional untuk Pilihan Raya Umum 2013, Perdana Menteri Malaysia, Dato Mohd Najib Bin Haji Tun Abdul Razak telah mengumumkan untuk membangunkan Lebuhraya Pan Borneo sebagai tanda “akujanji” kepada rakyat Sabah dan Sarawak. Bermula dari detik itu, pihak kerajaan telah membuat perancangan untuk penentuan reka bentuk dan laluan untuk jajaran lebuhraya ini dengan bekerjasama dengan jabatan kerajaan dan swasta serta konsultan-konsultan pembinaan yang lain.

(20)

Fasa satu Lebuhraya Pan Borneo yang bernilai sebanyak RM 12.86 billion di Sabah telah dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak di Majlis Pelaksanaan Lebuhraya Pan Borneo yang berlangsung di kampung Andus Papar pada 24 April 2016 (Berita Harian Online, 24 April 2016). Fasa pertama lebuhraya ini merangkumi keseluruhan jarak sepanjang 706km di Sabah. Projek lebuhraya ini melibatkan kerja menaiktaraf lebuhraya sedia ada dan juga pembinaan lebuhraya baru.

1.2 Pernyataan Masalah

Industri pembinaan ialah salah satu sektor utama dan memainkan peranan yang penting untuk meningkatkan pembangunan sosio-ekonomi di Malaysia. Industri ini mencatatkan pertumbuhan sebanyak 8.3% peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada suku ke 2 tahun 2017 (Jabatan Perangkaan Malaysia, 2017).

Rajah 1.1 : Statistik Pertumbuhan Ekonomi Mengikut Sektor Sumber : Jabatan Perangkaan Malaysia

(21)

Peningkatan yang banyak ini adalah kerana aktiviti projek kejuruteraan awam di Malaysia yang didorong oleh pelaksanaan projek infrastruktur baru di bawah Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11). Menurut Datuk Ahmad Asri Abdul Hamid yang selaku Ketua Eksekuitf Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB), sebahagian besar yang menyumbangkan kepada pertumbuhan industri pembinaan ini ialah daripada projek infrastruktur seperti Transit Aliran Berkapasiti Tinggi (MRT 2) di Lembah Klang dan Lebuhraya Pan Borneo di Sabah dan Sarawak (Utusan Online, 12 April 2017).

Lebuhraya merupakan jalan raya utama yang lebar, biasanya menghubungkan sebuah bandar dengan bandar yang lain (Baharom, 2007). Lebuhraya merupakan pembinaan yang sangat penting didalam sebuah negara kerana ia merupakan jalan perhubungan dari suatu tempat ke destinasi yang lain serta penting untuk pelbagai jenis aktiviti seperti pembangunan, ekonomi dan sosial. Namun, pembinaan lebuhraya bukanlah suatu pekerjaan yang mudah. Projek mega mempunyai ciri-ciri seperti keperluan pengetahuan reka bentuk dan teknikal yang tinggi, sumber manusia yang berkelayakan, keupayaan pengurusan serta pelaburan kos yang tinggi (Othman, 2013).

Sememangnya terdapat beberapa cabaran yang dihadapi oleh Syarikat Borneo Highway PDP (BHP) Sdn Bhd untuk mengurus dan menyelia projek pembinaan Lebuhraya Pan Borneo di Sabah ini sama ada dari aspek pengurusan mahupun operasi. Perkara ini disetujui oleh Masei (2008) seperti yang dikatakan dalam tesis Aziz (2015), bahawa pengurusan projek pembinaan berdepan dengan cabaran seperti etika kerja, komunikasi dalam pasukan projek, kelambatan penyiapan kerja, pengurusan kertas kerja yang lemah, perbalahan di tapak dan pelbagai lagi.

Menurut Baharom (2007), cabaran ialah sesuatu unsur atau faktor yang menguji kemampuan dan ketabahan seseorang individu ataupun sesuatu organisasi. Terdapat beberapa cabaran yang kita dapat lihat dalam akhbar dan juga media massa sejak pelaksanaan pembinaan lebuhraya ini. Untuk mengatasi cabaran ini, adalah perlu untuk sesebuah syarikat untuk menggunakan sumber manusia dan memberikan

(22)

pembahagian kerja mengikut bidang kerja mereka bagi mencapai objektif organisasi. Menurut Illies (2010) yang dinyatakan dalam tesis Aziz (2015), terutamanya pada zaman sekarang, industri pembinaan telah melalui perubahan yang memerlukan pengamalan penggunaan pengurusan projek yang efektif untuk berdepan dengan kecanggihan teknologi dan proses yang lebih rumit.

Pengurusan projek yang mantap dan berkesan merupakan kunci utama untuk menentukan kejayaan sesuatu projek. Pengurusan bagi sekumpulan manusia dalam sebuah organisasi dapat ditakrifkan sebagai suatu proses kerja dengan dan melalui orang lain bagi mencapai objektif organisasi secara berkesan dengan menggunakan sumber-sumber terhad secara cekap dalam suasana yang sentiasa berubah-ubah. Dalam apa jua bidang yang melibatkan pembuatan sesuatu kerja, ianya sangat penting untuk memerlukan rancangan pengurusan agar objektif sesuatu kerja itu boleh dicapai (Zaini, 2008).

Penglibatan daripada orang yang berpengalaman dan berkelayakan juga amat penting untuk pelaksanaan pembinaan lebuhraya. Dalam projek ini, United Engineers Malaysia Berhad (UEM) dan MMC Corporation Berhad mengadakan jalinan usahasama dengan syarikat BHP dan mempunyai saham sebanyak 40% dalam syarikat BHP. Perkara ini secara tidak langsung telah melibatkan tenaga kerja yang lebih mahir dari syarikat UEM dan MMC untuk memberi bantuan profesional dari segi teknikal kerana syarikat UEM dan MMC lebih berpengalaman dalam pembinaan lebuhraya.

Beberapa cabaran atau masalah akan timbul semasa pembinaan lebuhraya Pan Borneo dijalankan sama ada dari aspek pengurusan dan juga operasi. Pihak BHP bertanggungjawab dalam memilih kontraktor untuk melaksanakan projek pembinaan ini. Jika kita lihat dari aspek pengurusan seawal dari proses pemilihan kontraktor, perkara ini telah menimbulkan isu dan mendapat perhatian ahli politik di mana Ahli Parlimen DAP Kota Kinabalu, Encik Jimmy Wong mendakwa bahawa terdapat syarikat daripada Semenanjung Malaysia yang bakal memenangi kontrak projek tersebut (Fadli, 2014). Projek lebuhraya Pan Borneo ini sepatutnya menjadi satu

(23)

platform atau peluang untuk kontraktor yang bernaung di bawah negeri Sabah untuk melaksanakannya agar dapat meningkatkan lagi pengalaman syarikat tempatan Sabah dalam pembinaan lebuhraya. Walaubagaimanapun, sesetengah kontraktor di Sabah tidak mempunyai kelayakan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kerja Raya (Dangin, 2017).

Selain daripada itu, menurut pengarah syarikat Borneo Highway PDP Sdn Bhd, Ir. Shahelmey Yahya mengatakan bahawa lebuhraya Pan Borneo sejauh 706 kilometer ini melibatkan sebanyak 70% kerja-kerja penaiktarafan atau pelebaran jalan daripada jalan dua lorong kepada empat lorong serta 30% laluan atau jalan raya baharu. (Bernama WebTV, 21 Ogos 2017).

Antara masalah yang kita sedia maklum bakal terjadi semasa kerja-kerja penaiktarafan atau pelebaran jalan raya yang sedia ada ini ialah ia akan menimbulkan masalah kesesakan lalu lintas dimana jalan raya sedia ada ini akan ditutup oleh pekerja pembinaan jalan raya. Perkara ini akan menyebabkan pergerakan lalu lintas yang perlahan dan seterusnya menyebabkan kesesakan kerana pada asalnya jalan yang mempunyai dua laluan telah menjadi satu laluan sahaja kerana laluan yang ditutup itu digunakan untuk kerja pelebaran jalan.

Tambahan lagi, isu yang paling utama sekali dalam projek mega ini ialah pengambilan balik tanah. Kerja pembinaan jalan raya ini memerlukan kawasan yang luas untuk dijalankan. Sesetengah jajaran lebuhraya ini terkena kepada tanah milik masyarakat tempatan sama ada milik syarikat dan juga perseorangan. Sesetengah tanah yang berada dalam jajaran lebuhraya Pan Borneo ini adalah hak milik masyarakat tempatan dan sesetengah daripada itu ialah pajakan tanah rizab yang telah dipajakkan kepada orang tempatan.

Pengambilan balik tanah ini akan menimbulkan isu keengganan untuk bekerjasama diantara sesetengah penduduk dengan inisiatif kerajaan dalam

(24)

menyediakan infrastruktur jalan raya yang akan memberikan banyak kebaikan kepada mereka. Selain itu, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata terdapat juga sesetengah penduduk mendakwa bahawa tanah yang terkena dalam jajaran lebuhraya Pan Borneo itu adalah tanah adat mereka (Tugong, 2016). Namun, rekod di Jabatan Tanah dan Survei tidak ada rekod sedemikian. Penduduk terbabit meminta bayaran pampasan tetapi gagal untuk menunjukkan geran tanah kerana tanah tersebut bukan milik mereka.

Di samping itu, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof menambah bahawa pemindahan utiliti sedia ada juga merupakan salah satu cabaran (Tugong, 2016). Utiliti sedia ada ini perlulah dipindahkan untuk memberi laluan kepada pembinaan lebuhraya ini. Pemindahan utiliti seperti tiang elektrik, paip air serta kabel elektrik bawah tanah ini memerlukan penglibatan daripada pihak yang berwajib iaitu Sabah Electricity Sdn Bhd dan Jabatan Air Negeri Sabah. Pihak BHP perlulah mengolah langkah untuk menguruskan proses pemindahan utiliti ini supaya pembinaan dapat dijalankan dengan sempurna dan tidak tertangguh-tangguh.

Berdasarkan isu-isu yang diterangkan di atas, sememangnya pembinaan lebuhraya itu menghadapi banyak cabaran. Suatu rancangan pengurusan perlulah dirancang bagi mewujudkan langkah-langkah mengatasi cabaran tersebut agar pembinaan lebuhraya ini dapat disiapkan dalam kos dan tempoh yang telah ditetapkan.

1.3 Persoalan Kajian

Kajian ini dibuat bertujuan untuk mengetahui cabaran-cabaran yang dihadapi oleh Syarikat Borneo Highway PDP Sdn Bhd dalam pembinaan Lebuhraya Pan Borneo di Sabah serta langkah-langkah untuk mengatasi setiap cabaran yang dihadapi. Untuk meperkukuhkan lagi pernyataan masalah yang disebutkan di atas, berikut merupakan beberapa persoalan kajian yang ingin dikaji:

(25)

i. Apakah cabaran-cabaran yang dihadapi oleh Syarikat Borneo Highway PDP Sdn Bhd sepanjang pelaksanaan pembinaan Lebuhraya Pan Borneo di Sabah? ii. Apakah langkah-langkah yang diambil untuk mengatasi cabaran yang dihadapi

oleh Syarikat Borneo Highway PDP Sdn Bhd sepanjang pelaksanaan pembinaan Lebuhraya Pan Borneo di Sabah?

1.4 Objektif Kajian

Matlamat kajian ini ialah untuk mengetahui cabaran-cabaran yang dihadapi oleh Borneo Highway PDP Sdn Bhd dengan lebih terperinci dan langkah-langkah untuk mengatasi cabaran dalam projek pembinaan Lebuhraya Pan Borneo di Sabah. Untuk menjawab persoalan kajian, beberapa objektif kajian telah dikenal pasti :- i. Mengenal pasti cabaran-cabaran yang dihadapi oleh Borneo Highway PDP Sdn

Bhd dalam pelaksanaan pembinaan Lebuhraya Pan Borneo di Sabah.

ii. Mengenal pasti langkah-langkah untuk mengatasi cabaran yang dihadapi oleh Borneo Highway PDP Sdn Bhd dalam pelaksanaan pembinaan Lebuhraya Pan Borneo di Sabah.

1.5 Skop Kajian

Bagi mencapai objektif kajian yang telah ditetapkan, terdapat beberapa skop kajian yang telah digariskan bagi memudahkan objektif kajian ini tercapai. Kajian ini akan dijalankan berdasarkan skop-skop yang berikut :

(26)

i. Kawasan Kajian

Kajian ini hanya tertumpu kepada Projek Lebuhraya Pan Borneo Fasa 1 Di Sabah sahaja. Projek Lebuhraya Pan Borneo di Sarawak atau Lebuhraya di Semenanjung adalah sama sekali tidak terlibat dalam pelaksanaan kajian ini. Kajian ini hanya tertumpu kepada 3 pakej sahaja. Jadual 1.1 menunjukkan senarai pakej yang terlibat dalam kajian ini.

Bilangan Pakej Jarak (KM)

1 Pakej Jalan Papar ke Donggongon (WP 05) 11.7 3 Pakej Jalan Pintas Lahad Datu (WP 21) 21.0 4 Pakej Batu 32 ke Lot M, Jalan Sandakan (27) 18.1

Jadual 1.1 : Jadual Pakej Yang Terlibat Dalam Kajian

ii. Sasaran Responden

Responden utama yang dikenal pasti dalam kajian ini adalah Ketua Pengurusan Pembinaan daripada Syarikat Borneo Highway PDP Sdn Bhd. Selain itu, responden tambahan pula terdiri daripada kontraktor kerja yang terlibat dalam tiga pakej yang tersenarai dalam skop kajian di atas. Tujuan memilih kontraktor kerja sebagai responden tambahan adalah kerana cabaran yang dihadapi oleh Borneo Highway PDP mungkin banyak dari segi pengurusan kerana mereka merupakan pelaksana projek. Oleh itu, penyelidik ingin mengetahui apakah cabaran fizikal yang dihadapi oleh kontraktor kerja di tapak pembinaan.

1.6 Metodologi Kajian

Fasa metodologi kajian adalah peringkat yang sangat penting untuk menentukan kejayaan dalam mencapai objektif yang telah ditetapkan. Perancangan dan penentuan struktur metodologi dan instrumen yang digunakan membolehkan

(27)

objektif dapat dicapai dengan mudah, terancang dan teratur. Kajian ini merupakan kajian kes tunggal dan menggunakan penyelidikan kualitatif untuk mengumpul maklumat dan menganalisis data. Terdapat lima peringkat yang telah dirangka untuk menghasilkan kajian ini. Fasa-fasa metodologi kajian yang digunakan untuk kajian ini adalah seperti yang berikut :

i. Fasa pertama

Pada fasa ini, pencarian isu adalah perkara pertama yang dilakukan dengan pembacaan sumber-sumber seperti buku, majalah, jurnal, artikel, akhbar harian, berita artikel, tesis terdahulu dan laman sesawang untuk memastikan sesuatu isu itu wujud. Perbincangan dengan penyelia juga dilakukan untuk membantu memberi pandangan, pemahaman dan gambaran tentang kajian. Hasil daripada pembacaan dan perbincangan yang dilakukan, persoalan, objektif, dan skop kajian dapat dikenalpasti.

ii. Fasa Kedua

Kajian literatur dilakukan dengan pengumpulan maklumat daripada sumber buku, majalah, jurnal, artikel, akhbar harian, berita artikel, tesis terdahulu dan laman sesawang. Maklumat yang dikumpulkan ini akan melalui proses pembacaan terlebih dahulu oleh penulis agar dapat memahami dengan lebih mendalam tentang kajian yang dilakukan. Kajian literatur ini akan menjelaskan mengenai definisi tajuk kajian, pengenalan kepada pengetahuan lebuhraya, latar belakang Lebuhraya Pan Borneo, struktur organisasi projek, konsep “Project Delivery Partner” (PDP) ataupun Rakan Pelaksana Projek, dan cabaran-cabaran umum yang berlaku dalam pembinaan lebuhraya.

iii. Fasa ketiga

Fasa ini melibatkan proses pengumpulan data dan merupakan fasa yang paling penting untuk membolehkan objektif kajian tercapai. Kaedah pengumpulan data yang digunakan dalam kajian ini ialah teknik temubual separa berstruktur. Sesi temubual

(28)

merupakan medium utama yang digunakan untuk mendapatkan maklumat dalam kajian ini dan untuk mencapai objektif 1 dan 2. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa proses kerja yang akan dilakukan sebelum sesi temubual diadakan. Pihak yang akan ditemubual akan dimaklumkan terlebih dahulu untuk mendapatkan kebenaran. Soalan temubual juga akan dihantar terlebih dahulu melalui emel agar pihak yang terlibat dapat membuat persediaan untuk memberikan maklumat.

iv. Fasa keempat

Kaedah analisis data yang akan digunakan ialah analisis tematik. Dalam fasa ini, maklumat yang diperolehi melalui sesi temubual akan dianalisis dan diterjemahkan dalam bentuk penulisan yang bermakna. Data akan disusun terlebih dahulu bermula dengan maklumat responden, cabaran yang dihadapi dan seterusnya ialah langkah-langkah untuk mengatasi cabaran.

v. Fasa kelima

Fasa kelima ini ialah fasa yang terakhir dalam kajian ini. Dapatan kajian yang dianalisa dalam fasa keempat tadi akan diringkaskan dan dirumuskan sebagai tanda matlamat dan objektif kajian telah tercapai. Selain daripada itu, cadangan lanjutan kajian juga akan dicadangkan kepada penyelidik yang berminat untuk membuat kajian lanjutan di masa yang akan datang. Permasalahan dan had kajian yang dihadapi sepanjang pelaksanaan kajian ini juga dibincangkan

(29)

Rajah 1.2 di bawah menunjukkan carta alir metodologi untuk kajian ini :-

Kajian Awalan i. Mengenal Pasti Isu

ii. Mengenal Pasti Persoalan Kajian iii. Mengenal Pasti Objektif Kajian iv. Mengenal Pasti Skop Kajian

Kajian Literatur

Kajian literatur daripada sumber buku, majalah, jurnal, artikel, akhbar harian, berita artikel, tesis terdahulu dan laman sesawang

Pengumpulan Maklumat

Objektif Pertama & Kedua

Mengumpul data melalui sesi temubual separa berstruktur

Analisis Data

Analisis data temubual dan dokumen

Kesimpulan dan Cadangan

Fasa Pertama

Fasa Kedua

Fasa Ketiga

Fasa Keempat

Fasa Kelima

(30)

1.7 Kepentingan Kajian

Kajian ini dilaksanakan untuk memberi maklumat dan panduan kepada pihak-pihak yang terlibat dalam industri pembinaan sama ada klien, konsultan, kontraktor dan sebagainya mengenai cabaran-cabaran yang dihadapi dalam projek lebuhraya agar lebih bersedia untuk menangani cabaran-cabaran tersebut. Kajian ini juga memberi maklumat tentang langkah-langkah untuk mengatasi cabaran yang dihadapi dalam pembinaan projek lebuhraya.

1.8 Pengorganisasian Bab

Struktur sususan bab di dalam kajian ini adalah seperti yang berikut: Bab 1 – Pengenalan

Bab ini akan membincangkan pengenalan kepada tajuk kajian dan juga sedikit gambaran mengenai pernyataan masalah. Selain itu, bab ini juga menyatakan persoalan kajian yang terhasil daripada pernyataan masalah, objektif yang hendak dicapai, skop kajian, metodologi kajian, kepentingan kajian dan pengorganisasian bab.

Bab 2 – Kajian Literatur

Bab ini akan menyatakan definisi kepada tajuk kajian yang diperolehi daripada buku, majalah, jurnal, artikel, akhbar, berita artikel, tesis terdahulu dan laman sesawang. Bab ini juga menjelaskan latar belakang, struktur organisasi, pelaksanaan, pembangunan dan maklumat pakej Lebuhraya Pan Borneo. Tambahan lagi, bab ini juga akan menerangkan jenis lebuhraya dan jalan raya, piawaian jalan, proses perancangan jalan, konsep Rakan Pelaksanan Projek (PDP) dan cabaran-cabaran yang dihadapi semasa pembinaan jalan raya untuk menyokong isu-isu sebenar yang dibangkitkan dalam pernyataan masalah.

(31)

Bab 3 – Metodologi Kajian

Bab ini menjelaskan kaedah metodologi kajian yang digunakan dengan lebih terperinci lagi yang bermula dengan penerangan reka bentuk kajian ini yang berdasarkan kaedah kualitatif. Bab ini juga menunjukkan carta alir proses pengumpulan maklumat berasaskan kaedah kualitatif iaitu sesi temu bual dan juga analisis dokumen yang diperolehi sekiranya perlu.

Bab 4 – Analisa Data

Bab ini membincangkan hasil dapatan kajian yang dilakukan dengan menggunakan analisis tematik yang telah dibincangkan dalam bab sebelumnya. Setiap data yang diperolehi oleh responden akan dianalisis dan diterjemahkan kepada bentuk penulisan. Analisis data yang dibuat adalah perlu untuk mencapai kedua-dua objektif dalam kajian ini. Data daripada bab ini boleh dijadikan rujukan kepada pihak klien, kontraktor, konsultan dan juga pihak-pihak lain yang terlibat dalam industri pembinaan.

Bab 5 – Kesimpulan Dan Cadangan

Bab ini akan membincangkan kesimpulan secara keseluruhannya daripada analisis data yang dilakukan dalam bab empat. Selain daripada itu, bab ini juga menyatakan permasalahan dan had kajian yang dihadapi ketika membuat kajian ini serta cadangan lanjutan kajian kepada penyelidik di masa hadapan yang berminat untuk membuat penambahbaikan atau peningkatan berkenaan kajian ini.

(32)

KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan

Secara umumnya, pembinaan lebuhraya dan jalan raya dibahagikan kepada tiga kategori yang berbeza. Kategori tersebut adalah pembinaan jalan baru, penaiktarafan jalan dan penyelenggaraan jalan (Zainol, 2006). Bagi kategori yang pertama, pembinaan jalan yang baharu selalu melibatkan penggunaan dan penerokaan kawasan baru untuk dibangunkan. Pembinaan jalan baru tidak akan menimbulkan gangguan kepada pengguna jalan raya yang lain. Kategori yang kedua iaitu penaiktarafan jalan ialah suatu proses kerja untuk melebarkan jalan dan jambatan sedia ada. Kerja menaiktaraf jalan menimbulkan gangguan kepada lalulintas awam. Kategori yang ketiga ialah penyelenggaraan jalan. Kebiasaannya, kerja penyelenggaraan jalan ini melibatkan kerja menampal lubang atau sebarang kerosakan yang ada di permukaan jalan dan membina perabot jalan.

(33)

2.2 Definisi Tajuk Kajian

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi yang Keempat (2017), cabaran ialah suatu faktor yang menguji kemampuan dan ketabahan individu atau sesuatu organisasi dan lain-lain. Lebuh raya ialah jalan raya utama yang lebar, kebiasaannya menghubungkan sebuah bandar dengan bandar yang lain.

Menurut Cambridge Dictionary (2017), Pan membawa maksud “termasuk semua tempat atau orang yang berada didalam suatu kumpulan atau kawasan”. Menurut Oxford Dictionaries (2017), Borneo pula ialah sebuah pulau besar yang merangkumi Kalimantan Indonesia, Sabah, Sarawak dan Brunei Darussalam.

Justeru itu, Pan Borneo dalam kajian ini bermaksud semua tempat yang berada dalam kawasan kepulauan Borneo akan dihubungkan dengan lebuhraya yang diberi nama Pan Borneo.

2.3 Klasifikasi Jalan

Arahan Teknik Jalan 8/86 (1986) telah membahagikan jalan kepada dua kategori mengikut kawasan. Kategori yang pertama ialah jalan luar bandar manakala kategori yang kedua ialah jalan bandar. Setiap kategori ini mempunyai beberapa bahagian yang berbeza.

2.3.1 Jalan Luar Bandar

Jalan luar bandar ialah jalan yang menghubungkan pekan kecil dengan bandar. Jalan raya ini kebiasaannya dibina dalam dua (2) lorong dan empat (4) lorong mengikut kekerapan pengguna jalan raya di sesebuah kawasan itu. Menurut Arahan Teknik Jalan 8/86 (1986). Jalan luar bandar dibahagikan kepada lima kategori iaitu :

(34)

i. Lebuhraya Eskpress (Expressway)

Lebuhraya ekspres di kawasan luar bandar ialah lebuhraya yang dibina khas untuk pemanduan berkelajuan tinggi. Lebuhraya ini berfungsi untuk menghubungkan negeri-negeri yang ada di Malaysia. Had laju yang ditetapkan ialah 110km/Jam. Lebuhraya ekspres mestilah mempunyai sekurang-kurangnya empat (4) lorong, iaitu dua lorong di setiap hala dan dipisahkan oleh pembahagi jalan. Contoh lebuhraya ekspres di Malaysia ialah Lebuhraya Utara-Selatan dengan jumlah jarak 966 kilometer.

ii. Jalan Raya Persekutuan

Jalan ini ialah jalan yang menghubungkan ibu negeri persekutuan, ibu-ibu negeri dan jalan keluar masuk ke dalam negeri. Jalan ini menawarkan jarak perjalanan yang sederhana jauh pada kadar kelajuan yang sederhana atau tinggi. Akses kepada jalan raya ini diselia dan dikawal secara kawalan separa.

iii. Jalan Raya Utama

Jalan ini merupakan rangkaian jalan raya yang utama dalam negeri. Kebiasaannya jalan ini menghubungkan ibu negeri dengan daerah yang terdapat dalam sebuah negeri. Jalan ini menyediakan jarak perjalanan dan kadar kelajuan yang sederhana. Akses kepada jalan ini adalah dikawal secara separa.

iv. Jalan Raya Sekunder

Jalan ini merupakan rangkaian jalan raya yang terdapat di daerah-daerah atau kawasan-kawasan pertumbuhan ekonomi. Jarak yang ditawarkan oleh jalan ini adalah sederhana jauh pada kadar kelajuan yang sederhana. Jalan ini dikawal secara separa.

(35)

v. Jalan Raya Kecil

Jalan ini merupakan jalan kecil yang tidak termasuk dalam fungsi jalan-jalan yang telah disebut di atas. Jalan ini dibina di kawasan terpencil, kawasan yang kurang penduduk, kawasan pengawalan, dan jalan masuk ke kuari. Jarak perjalanan jalan ini adalah pendek dan akses kepada jalan ini adalah tidak dikawal.

2.3.2 Jalan Bandar

Jalan bandar ialah jalan yang dibina dalam kawasan bandar. Jalan ini juga merupakan jalan yang mempunyai penggunaan yang banyak dalam kalangan pejalan kaki dan juga kenderaan bermotor. Menurut Arahan Teknik Jalan 8/86 (1986), jalan bandar dibahagikan kepada empat (4) kategori iaitu :

i. Lebuhraya Ekspres

Lebuhraya ekspress di kawasan bandar ialah lebuhraya yang menghubungkan bandar-bandar yang besar. Lebuhraya ini menawarkan jarak perjalanan yang jauh pada kadar kelajuan yang tinggi. Akses kepada jalan ini dikawal sepenuhnya.

ii. Jalan Arteri/Saraf

Jalan ini merupakan jalan yang menghubungkan jalan pengumpul dengan lebuhraya utama dan juga bandar. Jalan ini menampung kenderaan yang banyak kerana adalah jalan perhubungan ke tengah-tengah bandar. Jarak perjalanan jalan ini adalah sederhana jauh pada kadar kelajuan sederhana dan laju.

(36)

iii. Jalan Pengumpul

Jalan pengumpul berperanan sebagai jalan yang mengumpul trafik diantara yang datang daripada jalan arteri dan jalan tempatan. Jalan ini adalah jalan yang utama yang akan menghubungkan ke kawasan pembangunan seperti komersial dan perindustrian. Jalan ini dikawal secara separa.

iv. Jalan Tempatan

Jalan tempatan ialah rangkaian asas sistem jalan raya tempatan yang menghubungkan ke jalan pengumpul. Jarak perjalanan adalah singkat kelajuan adalah rendah dan terkawal.

2.4 Kategori Jalan Untuk Tujuan Pentadbiran

Untuk tujuan pentadbiran, Jabatan Kerja Raya Malaysia melalui Arahan Teknik Jalan (1986) telah mengariskan lima jenis kategori jalan raya di Malaysia. Kategori tersebut adalah seperti berikut :-

i. Jalan Persekutuan

Jalan ini merupakan sistem jalan raya kebangsaan yang terdapat di Malaysia. Jalan ini dibina dan dibiayai oleh Kerajaan Persekutuan dan penyelenggaran dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR). Jalan raya persekutuan terdiri daripada jalan 2 lorong, 1 lorong bagi setiap arah. Bagi kawasan bukit atau pergunungan, terdapat lorong ketiga untuk kegunaan kenderaan-kenderaan berkapasiti berat seperti lori dan bas.

Tujuan lorong ketiga ini adalah untuk membolehkan kenderan berkapasiti berat ini bergerak dalam kadar yang perlahan tanpa mengganggu aliran trafik. Untuk kawasan bandar pula, jalan raya persekutuan mempunyai enam lorong, 3 lorong bagi

(37)

setiap arah. Perkara ini adalah untuk membolehkan penampungan kenderaan yang tinggi dan untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas.

ii. Jalan Negeri

Jalan negeri ialah suatu sistem jalan raya yang tedapat dalam setiap negeri di Malaysia. Jalan ini dibina dan ditanggung(penyelenggaraan) oleh Jabatan Kerja Raya dalam negeri masing-masing. Kerajaan negeri ialah badan yang bertanggungjawab untuk membiayai pembinaan jalan raya ini. Standard atau piawaian jalan raya negeri adalah sama dengan jalan raya persekutuan.

iii. Jalan Perbandaran atau Majlis Daerah

Jalan-jalan yang dibina oleh Majlis Daerah atau Majlis Perbandaran dalam sesebuah kawasan bandar.

iv. Lebuhraya Tol

Jalan yang mempunyai plaza tol dan pengguna jalan yang menggunakan jalan ini diwajibkan untuk membayar tol.

2.5 Piawaian Jalan

Standard piawaian jalan merupakan satu peraturan yang perlu diikuti dalam merekabentuk jalan. Jalan yang dibina untuk perjalanan jarak jauh akan mempunyai rekabentuk yang boleh menampung kelajuan yang tinggi, manakala jalan bagi kawasan bandar akan mempunyai rekabentuk kelajuan yang rendah. Tambahan lagi, jalan yang sibuk dengan keadaaan trafik akan menggunakan standard piawaian yang lebih tinggi.

(38)

Jabatan Kerja Raya merujuk kepada Buku Panduan Arahan Teknik Jalan (1986) telah menetapkan piawaian jalan kepada jalan luar bandar dan jalan bandar. Kasifikasi piawaian untuk jalan luar bandar adalah piawaian R6, R5, R4, R3, R2, R1 dan R1a. Manakala untuk jalan bandar ialah U6, U5, U4, U3, U2, U1 dan U1a.

Spesifikasi bagi piawaian jalan bandar dan jalan bandar adalah sama dan hanya berbeza dari segi pengekodan. Jalan luar bandar menggunakan Kod “R” mewakili perkataan rural, iaitu luar bandar, manakala jalan bandar menggunakan kod “U” mewakili perkataan urban, iaitu bandar. Klasifikasi piawaian tersebut adalah seperti berikut :

i. R6/U6

Jalan yang dibina dengan standard R6 mempunyai taraf rekabentuk geometri yang tinggi. Jalan ini melibatkan jarak perjalanan yang jauh dan membolehkan kenderaan bergerak dalam hadlaju yang tinggi, selesa dan selamat. Akses kepada jalan raya ini dikawal penuh dan direkabentuk bersama pembahagi lorong. Lebuhraya ekspres dan luar bandar tergolong dalam kategori piawaian ini.

ii. R5/U5

Jalan yang dibina dengan piawaian R5 mempunyai taraf rekabentuk geometri yang tinggi. Jalan ini melibatkan jarak perjalanan yang sederhana jauh dengan hadlaju yang sederhana. Akses kepada jalan ini dikawal secara separa.

(39)

iii. R4/U4

Jalan yang dibina dengan piawaian R4 mempunyai taraf rekabentuk geometri yang sederhana. Jalan ini melibatkan jarak perjalanan yang sederhana. Akses kepada jalan ini dikawal secara separa.

iv. R3/U3

Jalan yang direkabentuk untuk lalulintas tempatan sahaja. Taraf rekabentuk geometri adalah rendah. Akses kepada jalan ini dikawal secara separa atau tiada kawalan langsung.

v. R2/U2

Jalan yang mempunyai taraf rekabentuk yang sangat rendah. Jalan ini khususnya untuk pergerakan dua hala dan untuk lalulintas tempatan sahaja.

vi. R1/U1

Jalan yang mempunyai taraf rekabentuk geometri yang paling rendah. Jalan ini untuk kegunaan lalulintas dua hala yang jarang digunakan.

vii. R1a/U1a

Jalan ini diperuntukkan untuk jalan masuk ke tempat larangan seperti kawasan perumahan berkawal dan FELDA. Arahan Teknik Jalan 8/86 (1986) telah menetapkan hadlaju bagi setiap piawaian jalan ini. Rajah 2.1 menunjukkan reka bentuk hadlaju piawaian jalan.

(40)

Rekabentuk Piawaian

Rekabentuk Hadlaju (km/jam) Bentuk Muka Bumi

Rata Beralun Bukit

R6 / U6 120 100 80 R5 / U5 100 80 60 R4 / U4 90 70 60 R3 / U3 70 60 50 R2 / U2 60 50 40 R1 / U1 40 30 20 R1a / U1a 40 30 20

Jadual 2.1 : Reka Bentuk Hadlaju Piawaian Jalan Sumber : Arahan Teknik Jalan 8/86 (1986)

2.6 Perancangan Lebuhraya

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), ialah sebuah agensi kerajaan yang dipertanggungjawabkan di bawah Kementerian Kerja Raya Malaysia (KKR) berperanan untuk melaksanakan, merekabentuk, mengawal, mengendali dan meyelenggara lebuhraya yang ada di Malaysia. Tujuan penubuhan LLM adalah untuk merancang dan merekabentuk rangkaian lebuhraya menggunakan tekonologi moden serta lengkap dengan kemudahan dan keperluan yang perlu ada dalam lebuhraya. LLM membuat kajian terhadap pembangunan lebuhraya yang perlu dilaksanakan disesebuah kawasan agar dapat meningkatkan ketersambungan bandar dan luar bandar serta untuk membangunkan sosio-ekonomi sesuatu kawasan itu.

Pentadbiran dan perancangan projek lebuhraya adalah berbeza mengikut negara, bergantung kepada faktor keadaan sosial, politik dan ekonomi. Proses perancangan mengambil masa yang agak lama dalam tahap yang berlainan. Pada tahap pentadbiran negara, ahli politik menetapkan tempat pembangunan lebuhraya, dan menyediakan sumber kewangan untuk pembangunan tersebut (Rogers, 2003).

(41)

Tambahannya lagi, di bawah pentadbiran negara adalah pihak perancang dan jurutera yang akan melakukan kajian yang terperinci mengenai rekabentuk, jajaran dan kesan pembangunan kepada masyarakat tempatan (Rogers, 2003). Di Malaysia, perancangan lebuhraya dilakukan melalui beberapa prosedur yang telah ditetapkan. Menurut Omar, Yusof & Zaukani (2013), berikut merupakan peringkat-peringkat yang ada dalam proses perancangan lebuhraya di Malaysia:

Peringkat Cadangan

Peringkat Unit Perancang Ekonomi (UPE)

Peringkat Kelulusan Kabinet

Peringkat Kementerian Kerja Raya (KKR)

Kelulusan Perlaksanaan

Pemilihan Syarikat Konsesi

Peringkat Awalan Pembangunan

Peringkat Pembinaan

Pentadbiran Leburaya

Rajah 2.1 : Prosedur Perancangan Lebuhraya Sumber : Omar et al (2003)

Jika tidak diluluskan oleh

(42)

2.6.1 Peringkat Cadangan

Peringkat Cadangan merupakan peringkat yang pertama sekali dalam perancangan lebuhraya. Lembaga Lebuhraya Malaysia akan membuat kajian menyeluruh yang menfokuskan kepada kawasan yang memerlukan pembinaan lebuhraya. Antara kajian yang dilakukan adalah terhadap penentuan jajaran yang sesuai. Jajaran memainkan peranan yang penting kerana jajaran yang tidak sesuai boleh menyebabkan kemerosotan ekonomi setempat, kos pembinaan yang tinggi serta pembaziran penggunaan tanah.

Jajaran yang dtentukan akan memberikan kesan yang positif untuk membolehkan pembangunan ekonomi dalam kawasan itu. Faktor-faktor seperti skop pembinaan, keupayaan kewangan, dan masa pembinaan juga dipertimbangkan. Penentuan jajaran juga dapat mengenal pasti bilangan lot dan saiz tanah yang perlu diambil. Cadangan ini kemudiannya dikemukankan kepada Unit Perancang Ekonomi di bawah Jabatan Perdana Menteri.

2.6.2 Peringkat Unit Perancang Ekonomi

Dalam peringkat ini, Unit Perancang Ekonomi akan membuat penilaian terhadap kebaikan atau faedah lebuhraya, kesesuaian jajaran yang dicadangkan dan kemungkinan untuk penswastaan projek itu. Selepas penilain dilakukan, UPE akan melantik jawatankuasa yang terdiri daripada agensi kerajaan untuk mengadakan rundingan teknikal berkenaan dengan projek lebuhraya itu. Antara agensi kerajaan yang dilantik ialah Kementerian Kewangan dan Kementerian Kerja Raya. Tugas utama jawatankuasa ini adalah untuk mengkaji setiap aspek dalam pembinaan lebuhraya sebelum dipersetujui oleh Kabinet Kerajaan.

(43)

2.6.3 Peringkat Kelulusan Kabinet

Dalam peringkat ini, kabinet atau Jemaah menteri akan berbincang dan mempertimbangkan cadangan untuk membina projek lebuhraya. Kebiasaanya, persetujuan terhadap pembinaan lebuhraya bergantung kepada keperluan rakyat dan sebarang bantahan daripada parti pembangkang. Apabila kabinet bersetuju dengan cadangan, maka cadangan itu diluluskan dan penguatkuasaan serta pengesahan akan diberikan kepada Kementerian Kerja Raya untuk melaksanakan projek itu.

2.6.4 Peringkat Kementerian Kerja Raya

Kementerian Kerja Raya akan memulakan kerja dengan mengkaji semula semua kajian awalan yang dilakukan oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia dan Unit Perancang Ekonomi. Sebuah jawatankuasa yang terdiri daripada kumpulan teknikal, perjanjian konsesi dan kewangan akan ditubuhkan untuk tujuan kajian semula dan laporan yang dikenali sebagai laporan draf pembangunan leburaya akan dihantar kepada Unit Perancang Ekonomi. Lembaga Lebuhraya Malaysia akan membentangkan laporan berkaitan teknikal dalam projek lebuhraya itu.

2.6.5 Peringkat Kelulusan Pelaksanaan

Semua laporan yang telah dibuat akan dilihat oleh Unit Perancang Ekonomi. Hasil daripada laporan yang telah dibuat sebelum ini, satu laporan baru yang dikenali sebagai laporan draf pembangunan dan “Ependec Technical” akan disediakan untuk dikemukakan kepada kabinet bagi mendapat kelulusan pelaksanaan.

(44)

2.6.6 Peringkat Pemilihan Syarikat Konsensi

Pemilihan syarikat konsesi atau syarikat yang bertanggungjawab untuk membina lebuhraya ini akan dipilih. Tugas utama syarikat konsesi ialah untuk merekabentuk jajaran dengan lebih terperinci, menerapkan perancangan landskap, ekologi dan aspek alam sekitar dalam pembinaan lebuhraya. Syarikat konsesi akan dipilih berdasarkan pengalaman kerja dan juga berdasarkan keupayaan kewangan. Semakin tinggi keupayaan kewangan sesuatu syarikat itu, semakin tinggilah peluang untuk dipilih. Perkara ini adalah kerana projek lebuhraya memerlukan modal pembinaan yang tinggi dan sekiranya kontraktor tidak mempunyai model sebegitu, kemungkinan besar projek akan menghadapi masalah kelambatan.

2.6.7 Peringkat Awalan Pembangunan Lebuhraya

Peringkat ini melibatkan kerja penyiasatan tapak, survei, pembersihan tapak dan pengambilan balik tanah. Penyiasatan tapak akan dilakukan untuk mengetahui struktur dan jenis tanah, perkara ini amat penting untuk menentukan rekabentuk jalan dan kaedah pembinaan. Kerja penyiasatan tapak adalah penting untuk menentukan struktur geologi dan ciri-ciri tapak jalan raya. Ujian tanah akan dilakukan di situ dan ujian sampel dibawa untuk diuji di makmal.

2.7 Latar Belakang Projek Lebuhraya Pan Borneo

Lebuhraya Pan Borneo, juga dahulu lebih dikenali sebagai Lebuhraya Trans Borneo ialah rangkaian jalan yang menghubungkan dua negeri iaitu Sabah dan Sarawak serta Negara Brunei Darussalam di Kepulauan Borneo. Lebuhraya ini juga menjajar sehingga ke negara Indonesia namun nama lebuhraya ini diubah kepada

(45)

Lebuhraya Trans-Kalimantan di Indonesia. Lebuhraya ini merupakan projek gabungan di antara negara Malaysia dan Brunei. Projek ini bermula sebaik sahaja Singapura, Sabah dan Sarawak bersetuju untuk menyertai Persekutuan Tanah Melayu untuk membentuk Negara Malaysia pada 16 September 1963 (Pan Borneo Highway, 2017). Pada ketika itu, projek Lebuhraya Pan Borneo dilaksanakan secara berperingkat kerana tidak mempunyai dana yang cukup untuk menyiapkannya sekaligus. (Pan Borneo Highway, 2017)

Faktor utama yang mencetus pembinaan lebuhraya ini ialah kerana pada ketika itu masih tiada jalan perhubungan dan sistem rangkaian jalan raya yang cukup baik. Tujuan ia dibina adalah untuk memudahkan pergerakan orang ramai dan juga untuk menghubungkan satu kawasan dengan kawasan yang lain terutamanya di kawasan luar bandar dan pedalaman. Jumlah jarak lebuhraya tersebut ialah 2,083 kilometer untuk Negara Malaysia, 169 kilometer untuk negara Brunei, manakala 3,073 kilometer untuk negara Indonesia (ERIA Study Team, 2010).

Di Kepulaun Borneo, pelan lebuhraya hanya wujud selepas perang dunia kedua tamat pada tahun 1945, yang mana pada ketika itu Borneo Utara (Sabah) dan Sarawak telah diserahkan kepada British untuk dijadikan sebagai kawasan jajahannya (Pan Borneo Highway, 2017). Pada tahun 1949, Gabenor Borneo Utara pada ketika itu melaporkan bahawa terdapat 210 kilometer jalan bitumen, 37 kilometer jalan berjalur, 362 kilometer jalan tidak berturap dan 930 kilometer jalan berturap batu-batuan kecil (Sabah Early History, 2017). Pembinaan lebuhraya ini berkembang dengan pesat setelah Sabah dan Sarawak menyertai Persekutuan Tanah Melayu untuk membentuk negara Malaysia.

(46)

2.7.1 Pelaksanaan Projek Lebuhraya Pan Borneo

Projek Lebuh Raya Pan Borneo merupakan projek mega yang akan dibiayai oleh kerajaan persekutuan kepada Sabah dan Sarawak. Ia juga merupakan projek kejuruteraan terbesar yang pernah dilaksanakan di Sabah dan Sarawak. Projek ini bakal menjadi pemangkin transformasi kehidupan rakyat dan akan membawa impak yang besar kepada kedua-dua negeri berkenaan dan rakyatnya termasuklah dari segi pembangunan sosioekonomi.

Menurut Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Rosnah binti Haji Abdul Rashid, beliau menyatakan kos keseluruhan projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah dan Sarawak yang dilaksanakan secara PDP ialah sebanyak RM 29.30 billion. Daripada jumlah tersebut, RM 10 billion (RM 5 Billion untuk setiap negeri) akan dibiayai menerusi peruntukan pembangunan RMK-11 kerajaan. Manakala baki kos projek (RM19.3 billion) akan dibiayai melalui terbitan bon/sukuk di bawah Danainfra Nasional Berhad, iaitu sebuah anak syarikat yang dimiliki oleh Kementerian Kewangan Diperbadankan (Mesyuarat Dewan Rakyat Pengal Keempat, 2016).

Jajaran lebuhraya Pan Borneo ini sebenarnya bermula daripada negeri Sarawak iaitu di daerah Miri, seterusnya dihubungkan ke Kuala Baram, Brunei, Limbang, Lawas dan memasuki negeri Sabah melalui Sindumin, Sipitang, Beaufort, Papar, Kota Kinabalu, Sandakan, Lahad Datu, Tawau dan berakhir di Serudong iaitu sempadan antara Sabah dengan Kalimantan Utara. Berikut merupakan gambar rajah jajaran keseluruhan LPB :-

(47)

Bagi projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah, projek ini bermula secara rasminya apabila acara perjanjian bagi persetujuan penggunaan kaedah PDP (Project Delivery Partner) ataupun Rakan Pelaksana Projek sebagai kaedah pelaksanaan projek (Ibrahim, 2016). Acara ini melibatkan tiga pihak yang utama untuk menandatangani perjanjian tersebut iaitu Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya Dato Zohari Akob, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Tan Sri Sukarti Wakiman dan Pihak PDP iaitu Ir Shahelmey Yahya selaku Pengarah Urusan syarikat Borneo Highway PDP Sdn Bhd (Ibrahim, 2016).

Anggaran awal kos projek bagi Lebuhraya Pan Borneo sabah ini ialah RM12.86 billion yang melibatkan jarak sepanjang 706 kilometer untuk fasa pertama. Tempoh siap pula ialah selama 5 tahun dan 9 bulan dan dijangka siap pada 31th Disember 2021. Skop projek ini melibatkan kerja menaiktaraf Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri sedia ada dan membina jalan baru dengan rekabentuk laluan 2 lorong 2 hala (Dual Carriageway). Ini termasuklah Jalan Pesisir Pantai Tuaran – Kudat (Inus, 2016).

Rajah 2.2 : Jajaran Keseluruhan Lebuhraya Pan Borneo

(48)

Pelaksanaan projek Lebuh Raya Pan Borneo Sabah ini akan dilaksanakan secara 3 fasa secara keseluruhannya. Fasa yang pertama melibatkan laluan Sindumin – Beaufort – Kota Kinabalu – Tuaran – Kudat, dan juga laluan Ranau – Telupid – Lahad Datu – Tawau. Fasa yang kedua pula melibatkan jajaran Tamparuli – Ranau. Fasa ketiga melibatkan laluan dari Tawau – Keningau – Kimanis (Sabah Pan Borneo Highway, 2016). Jajaran keseluruhan Lebuhraya Pan Borneo Sabah adalah seperti dalam rajah 2.3.

Rajah 2.3 : Jajaran Lebuhraya Pan Borneo Sabah (Sumber : www.sabahpanborneo.com)

Fasa pertama untuk projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah ini telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak di Kampung Andus, Papar. Pakej pertama yang dilaksanakan dalam fasa pertama ini ialah Jalan Papar-Donggogon sejauh 11.7 kilometer (Inus, 2016).

(49)

Bagi Projek Lebuhraya Pan Borneo di Sarawak pula, keseluruhan jajaran yang terlibat ialah sepanjang 1,089 kilometer. Projek ini dilaksanakan oleh Syarikat Lebuhraya Borneo Utara Sdn Bhd (LBU) melalui kaedah pelaksanaan projek PDP (Project Delivery Partner). Skop projek ini melibatkan jarak sepanjang 822 kilometer sahaja, iaitu 85% daripada jarak keseluruhan Lebuhraya Pan Borneo Sarawak. Baki jajaran telah dan sedang dilaksanakan secara konvensional menerusi peruntukan pembangunan kerajaan. Anggaran kos projek Lebuhraya Pan Borneo Sarawak yang dilaksanakan secara PDP ialah sebanyak RM 16.48 billion. Pelaksanaan projek ini telah dibahagikan kepada 2 fasa pembinaan. Fasa yang pertama melibatkan laluan dari Telok Melano – Sematan – Kuching – Serian – Sibu – Bintulu – Miri telah dimulakan pada tahun lalu. Manakala fasa kedua pula melibatkan laluan di bahagian Limbang dan Lawas dijangka akan dimulakan pada tahun 2018.

2.7.2 Pakej-Pakej Lebuhraya Pan Borneo

Fasa pertama Lebuhraya Pan Borneo Sabah mempunyai sebanyak 35 pakej secara keseluruhannya (Masrin, 2017). Pakej-pakej yang ada dalam projek Lebuhraya Pan Borneo tidak boleh dilaksanakan secara serentak kerana perlu ada prosedur untuk melaksanakan pakej berikut. Salah satu prosedurnya ialah setiap pakej itu perlulah menjalani makmal pengurusan nilai (Value Management) terlebih dahulu. Rancangan Malaysia yang Kesepuluh (RMK-10) telah menetapkan pelaksanaan pengurusan nilai kepada projek kerajaan yang bernilai RM50 juta ke atas. Pengurusan nilai adalah suatu program untuk mengenal pasti nilai dan fungsi sesebuah projek itu agar mencapai “value for money” (Unit Perancang Ekonomi, 2011). Setelah selesai menjalani makmal pengurusan nilai, barulah keputusannya dihantarkan kepada Kementerian Kewangan untuk diluluskan.

Sejak dari hari perlancaran fasa pertama Lebuhraya Pan Borneo Sabah pada 24th April 2016 sehingga bulan Disember 2017, hanya 6 daripada 35 pakej sedang

(50)

dalam pembinaan dan telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Dato Sri Najib Tun Abdul Razak. Pakej-pakej yang telah dilancarkan adalah :

i. Jajaran Papar – Donggongon ii. Jajaran Tawau – Sandakan iii. Jalan Pintas Lahad Datu

iv. Jalan Sindumin – Kampung Melalia v. Jalan Batu 32 – Kampung Lot M vi. Jalan Putatan – Inanam

Baki pakej yang lain dijangka akan dilaksanakan sepenuhnya pada akhir suku pertama tahun 2018. Menurut Pengarah Urusan BHP, Ir Shahelmy Yahya menyatakan bahawa daripada keseluruhan 35 pakej itu, 17 pakej (termasuk 6 pakej yang disebut di atas) telah diluluskan oleh Kementerian Kewangan, dan tender akan dilaksanakan secara berperingkat bagi 18 pakej yang lain sebelum akhir suku pertama tahun 2018.

Jadual 2.2 mengandungi maklumat keseluruhan pakej projek Lebuhraya Pan Borneo di Sabah.

No Pakej Seksyen Jarak (KM)

WPC 1 Sindumin – Kg Melalia 28.4 WPC 2 Kg Melalia – Beaufort 32.9 WPC 3 Beaufort – Bongawan 33.4 WPC 4 Bongawan – Papar 22 WPC 5 Papar – Donggongon 11.7 WPC 6 Putatan - Inanam 19.5 WPC 7 Inanam – Sepanggar 6.9

(51)

WPC 8 Sepanggar – Bulatan Berunggis 11.7

WPC 9 Tuaran – Pituru 30

WPC 10 Pituru – Rampayan Laut 30

WPC 11 Rampayan Laut – Sarang 19.4

WPC 12 Sarang – Temuno 15.6

WPC 13 Temuno – Bingolon 20

WPC 14 Bingolon – Simpang Mengayau 20.2

WPC 15 Tawau – Semporna Pakej 1 – Fasa 2 5.0 WPC

15A*

Tawau Bypass / Coastal Road 12.0

WPC 16 Tawau Airport – Sg. Kalumpang 31

WPC 17 Sg Kalumpang – Madai 19.0

WPC 18 Madai – IGN Estate 19.0

WPC 19 IGN Estate – Agri Harvest 19

WPC 20 Agri Harvest – Sapagaya 18.0

WPC 21 Lahad Datu Bypass 7.0

WPC 22 Lahad Datu Bypass – Kg Sandau 25.5

WPC 23 Kg Sandau – Sg Takala 24.8

WPC 24 Sg Takala – Kg Perpaduan Datuk Moh 16.4 WPC 25 Kg Perpaduan Datuk Moh – Sukau 16.8

(52)

WPC 27 Kg Lot M – Sandakan Mile 22 17.5 WPC

27A*

Libaran Bypass 30

WPC 28 Sandakan Mile 32 - Moynod 22

WPC 29 Moynod – Sapi Nangoh 20.0

WPC 30 Sapi Nangoh – Sg Baoto 22.7

WPC 31 Sg Baoto – Telupid 12.3

WPC 32 Telupid – Kg Lumou Baru 18.4

WPC 33 Kg Lumou Baru – Kg Toupos 17.6

WPC 34 Kg Noupos – Kg Nabutan 26.0

WPC 35 Kg Nabutan – Ranau 31.0

Jadual 2.2 : Maklumat Pakej Lebuhraya Pan Borneo Sabah

(Sumber : www.sabahpanborneo.com)

Fasa pertama dalam projek Lebuhraya Pan Borneo Sarawak melibatkan sebanyak 12 pakej yang mana satu (1) daripada pakej tersebut merupakan projek kick-off. Jadual 2.3 di bawah menunjukkan maklumat keseluruhan pakej projek Lebuhraya Pan Borneo Sarawak.

No Pakej Seksyen Jarak (KM)

Kick-Off Project

Nyabau – Simpang Bakun 42.966

WPC 1 Telok Melano – Sematan 32.77

(53)

WPC 03 Serian – Simpang Pantu 75.01

WPC 04 Simpang Pantu – Batang Skrang 89.43

WPC 05 Batang Skrag – Sungai Awik 67.94

WPC 06 Sungai Awik – Bintangor 64.48

WPC 07 Bintangor – Sungai Kua 75.97

WPC 08 Jambatan Sungai Kua – Sungai Arip 63.67

WPC 09 Sungai Arip – Simpang Bintulu 64.53

WPC 10 Bakun – Simpang Sungai Tangap 77.19

WPC 11 Sungai Tangap – Pujut Link Road 79.98

Jadual 2.3 : Maklumat Pakej Lebuhraya Pan Borneo Sarawak Sumber : www.panborneo.com.my

2.7.3 Pembangunan Lebuhraya Pan Borneo Di Bawah Kerajaan Malaysia

Projek Lebuhraya Pan Borneo merupakan projek infrastruktur yang terbesar sekali pernah dijalankan di negeri Sabah dan Sarawak. Projek mega seperti ini memerlukan perancangan yang menyeluruh dan mengambil kira aspek kewangan yang diperlukan untuk membangunkan lebuhraya ini. Kerajaan Malaysia telah membangunkan lebuhraya ini menerusi beberapa saluran seperti Pembentangan Bajet Tahunan dan melalui Rancangan Pembangunan Lima (5) Tahun Malaysia.

(54)

2.7.3.1 Manifesto Barisan Nasional ke-13

Projek ini telah menarik perhatian orang ramai khususnya masyarakat Sabah dan Sarawak sejak Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak mengumumkan bahawa lebuhraya yang menghubungkan Sabah dan Sarawak sejauh 2,300 kilometer ini akan dibangunkan secepat mungkin semasa acara Manifesto Pilihan Raya Umum yang berlangsung pada tahun 2013 (mStar, 2013).

2.7.3.2 Bajet 2015

Projek mega ini telah direalisasikan apabila ia dibentangkan oleh Perdana Menteri Najib Razak semasa pembentangan bajet 2015 yang diadakan di Dewan Rakyat pada 10 Oktober 2014. Pada pembentangan bajet 2015 ini, kos pembinaan sebanyak RM 27 Billion Ringgit akan diperbelanjakan untuk pembinaan LPB sejauh 1,663 kilometer di Sarawak dan 727 kilometer di Sabah (Ucapan Bajet Tahun 2015, 2014).

2.7.3.3 Bajet 2016

Pada pembentangan Bajet 2016 yang diadakan di Dewan Rakyat pada 23 Oktober 2015. Projek Lebuhraya Pan Borneo dibentangkan lagi pada kali kedua dengan jarak dan kos pembinaan yang telah diformalisasikan. Dalam pembentangan tersebut, Lebuhraya Pan Borneo dibentangkan di bawah Keutamaan Keempat iaitu “Memperkasa Agenda Bumiputera”.

Pemerkasaan bumiputera meliputi agenda memperhebatkan pembangunan bagi masyarakat bumiputera yang ada di Sabah dan Sarawak. Justeru itu, dalam ucapan Bajet 2016 yang dibentangkan oleh Dato Sri Najib Razak, langkah pertama untuk merancakkan pembangunan ialah pembinaan Lebuhraya Pan Borneo Sarawak

(55)

sejauh 1,090 kilometer dengan kos perbelanjaan sebanyak RM 16.1 Billion Ringgit. Manakala bagi Sabah pula, pembinaan Lebuhraya Pan Borneo sejauh 706 kilometer akan menelan kos perbelanjaan sebanyak RM 12.8 Billion Ringgit. Selain daripada itu, Dato Sri Najib Razak juga dengan sukacitanya mengumumkan bahawa Lebuhraya Pan Borneo tidak akan mengenakan bayaran tol kepada pengguna lebuhraya.

2.7.3.4 Rancangan Malaysia Kesebelas 2016-2020 (RMK-11)

Salah satu objektif Kerajaan Malaysia dalam Rancangan Malaysia kesebelas (RMK-11) adalah untuk meningkatkan Kadar Keluaran Negara Kasar (KDNK) dalam sektor pembinaan. Jangkaan peningkatan sektor pembinaan dalam tempoh RMK-11 ialah sebanyak 10.3% setahun.

Rajah 2.4 : Jangkaan Peningkatan Sektor Pembinaan Dalam RMK-11

Peningkatan ini adalah hasil daripada kerja-kerja kejuruteraan awam dan subsektor kediaman yang dilancarkan secara berterusan. Projek Lebuhraya Pan Borneo akan menjadi salah satu penyumbang utama kepada peningkatan ini.

(56)

Pembangunan lebuhraya amat penting kepada masyarakat bandar dan luar bandar. Perkara ini membolehkan semua lapisan masyarakat untuk bertolak ke kawasan yang lain untuk aktiviti pekerjaan, perniagaan dan pergerakan dari satu tempat ke tempat yang lain. Projek LPB ini seterusnya diterapkan dalam Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11). Dalam RMK-11, pembinaan dan penaiktarafan jalan raya seperti Lebuhraya Pan Borneo ialah strategi untuk meningkatkan jaringan pengangkutan darat dan pergerakan kenderaaan di koridor ekonomi wilayah yang terdapat di Sabah dan Sarawak iaitu Koridor Pembangunan Sabah (SDC) dan Koridor Tenaga Boleh Diperbaharui Sarawak (SCORE).

Selain daripada itu, RMK-11 juga mengariskan strategi untuk mengutamakan ketersambungan wilayah melalui lebuh raya baharu. Dalam tempoh RMK-11, tumpuan yang lebih akan diberikan untuk meningkatkan ketersambungan antara kawasan luar bandar dengan bandar. Dipercayai dengan membangunkan Lebuhraya Pan Borneo di Sabah dan Sarawak, strategi kerajaan yang digariskan akan tercapai demi untuk menyokong pertumbuhan ekonomi.

Peruntukan yang diberikan kepada projek lebuhraya Pan Borneo Sabah dan Sarawak adalah sebanyak RM5 billion untuk setiap negeri. Pada tahun 2016, peruntukan di bawah RMK-11 yang telah diluluskan untuk projek Lebuhraya Pan Borneo ialah sebanyak RM800 juta. RM300 juta untuk Lebuhraya Pan Borneo Sabah, manakala RM500 juta lagi diperuntukkan bagi Sarawak. Peruntukan ini digunakan untuk bayaran kemajuan pakej-pakej yang sedang berjalan, termasuklah juga pembiayaian kos pengambilan balik tanah dan pampasan.

(57)

2.8 Struktur Organisasi Lebuhraya Pan Borneo Sabah

Sumber : Borneo Highway PDP Sdn Bhd.

Referensi

Dokumen terkait