5.2.2 Objektif 2 : Mengenal pasti langkah yang dihadapi oleh BHP Sdn Bhd sepanjang pelaksanaan projek Lebuhraya Pan Borneo di Sabah.
Berdasarkan hasil dapatan kajian, penyelidik berjaya mengenal pasti langkah yang diambil oleh Borneo Highway PDP Sdn bhd dalam mengatasi cabaran. Di samping itu, langkah yang diambil oleh kontraktor kerja juga telah dikenal pasti bagi mengatasi cabaran fizikal yang dihadapi di tapak bina. Penyelidik meyimpulkan bahawa langkah yang diambil untuk mengatasi cabaran adalah hampir sama bagi setiap pihak. Hal ini adalah kerana sesetengah responden menghadapi cabaran yang sama tetapi mempunyai situasi dan peranan yang berlainan. Syarikat BHP Sdn Bhd yang merupakan pihak PDP untuk projek ini mempunyai langkah yang berbeza untuk mengatasi cabaran kerana skop kerja mereka adalah lebih kepada aspek pengurusan dan penyeliaan. Manakala bagi syarikat kontraktor seperti Akif Jaya Sdn Bhd, Sri Jutaya Sdn Bhd dan B.H.O Sdn Bhd, langkah yang diambil adalah hampir sama memandangkan mereka memegang peranan yang sama iaitu sebagai kontraktor dalam projek ini. Kesimpulan bagi langkah-langkah yang diambil oleh setiap responden ditunjukkan dalam jadual 5.3 di bawah.
KOD TEMA KESIMPULAN LANGKAH MENGATASI
CABARAN
01 Perancangan program kerja
kontraktor
Langkah yang diambil untuk mengatasi cabaran ini ialah pihak BHP telah memberikan peluang kepada kontraktor untuk menghantar semula program kerja yang lebih komprehensif dalam masa seminggu daripada tarikh penutupan penghantaran dokumen tender. Walaupun tarikh penutupan tender telah tamat, namun pihak BHP memberi peluang kepada kontraktor untuk menghantar semula program kerja agar penilaian kontraktor dapat dilakukan melibatkan lebih ramai kontraktor yang kompeten.
02 Pengisian tender
Cabaran ini dihadapi kerana kontraktor kekurangan maklumat dalam mengisi tender untuk projek besar yang menggunakan kaedah PDP. Tender tersebut mempunyai banyak bahagian borang yang perlu di-isi. Kebanyakan
maklumat yang perlu di-isi ini adalah maklumat pekerja yang memegang jawatan yang diperlukan. Oleh itu, langkah yang diambil untuk mengatasi cabaran ini ialah kontraktor menyenaraikan semua jawatan yang diperlukan dan mula mencari dan menawarkan pekerjaan kepada pekerja tempatan yang berkelayakan.
03 Penyelarasan Keseragaman
Langkah yang diambil untuk mengatasi cabaran ini adalah menyelaraskan kesemua prosedur kerja dari segi pengurusan dan rekabentuk jambatan. Selain itu, rekabentuk lebuhraya juga diselaraskan menggunakan piawaian JKR R5 untuk semua pakej. Reka bentuk piawaian JKR R5 juga dipilih untuk kawasan luar bandar bagi memastikan kualiti jalan terjaga dan dapat mengurangkan kos penyelenggaraan di masa akan datang. 04 Pengawalan
Kualiti Kerja
Langkah yang diambil untuk mengatasi cabaran ini ialah pihak BHP mengeluarkan prosedur kualiti kepada kontraktor untuk dipatuhi. Prosedur kualiti yang telah dikeluarkan kepada kontraktor ini ialah satu-satunya cara untuk mengawal kualiti kerja. Selain itu, pihak BHP juga mengarah kontraktor untuk menyediakan pelan Quality Assurance dan Quality Control.
05 Pengambilan Balik Tanah
Bagi mengatasi cabaran pengambilan balik tanah, langkah yang telah diambil adalah bekerjasama dengan Jabatan Tanah dan Ukur Sabah untuk melakukan prosedur-prosedur yang diperlukan untuk mengambil balik tanah seperti mengedarkan notis pengambilan tanah dan juga surat tawaran pampasan kepada pemilik tanah. Tindakan ini telah mempercepatkan proses pengambilan tanah kerana ia diadakan secara terbuka. Selain itu, kontraktor juga telah memberi bantuan kepada Jabatan Tanah dan Ukur Sabah untuk mengedarkan notis pemberitahuan pengambilan tanah kepada pemilik tanah yang terlibat. Bagi mengatasi masalah perancangan kerja yang terjejas
berpunca daripada tanah yang belum diambil balik, kontraktor telah merancang dan membahagikan kumpulan untuk memulakan kerja di kawasan tanah kerajaan terlebih dahulu sementara menunggu proses pengambilan tanah dijalankan.
06 Pemindahan Utiliti
Bagi mengatasi cabaran ini, beberapa langkah telah diambil iaitu perlantikan konsultan-konsultan seperti jurukur tanah, jurutera awam, mekanikal dan elektrikal untuk mereka bentuk lukisan pengalihan dan pemasangn semula utiliti. Selain itu, kontraktor yang berdaftar di bawah syarikat utiliti juga telah dipelawa untuk memasuki kontrak untuk kerja pengalihan dan pemasangan semula utiliti di lokasi yang baharu.
07 Kekurangan Bahan Binaan
Langkah yang dambil untuk mengatasi cabaran ini ialah pihak BHP mengadakan “Memorial of Understanding” dengan Persatuan Pengendali Kuari Sabah. Hal ini ialah untuk memastikan pembekalan batu dapat dibekalkan untuk projek Lebuhraya Pan Borneo Fasa 1 di Sabah. Bagi masalah kekurangan pasir disesetengah kawasan, kontraktor membuat keputusan untuk memesan pasir daripada kuari yang jauh daripada tapak bina. Manakala bagi masalah bahan binaan yang tidak dibekalkan di Sabah seperti pembentung berukuran besar, kontraktor terpaksa memesan daripada Semenanjung agar mematuhi spesifikasi kerja.
08 Kerja
Pembersihan
Langkah yang diambil untuk mengatasi cabaran penemuan kuburan semasa kerja pembersihan ialah kontraktor menghubungi ahli keluarga yang terdekat dengan bantuan orang kampung. Selain itu, sejumlah bayaran pampasan juga dibayar kepada ahli keluarga sebagai tanda penghormatan dan agar kuburan boleh dialihkan untuk memberi laluan kepada pembinaan lebuhraya.
09 Kelewatan Peruntukan dan
Kewangan
Bagi mengatasi cabaran ini, langkah yang telah diambil ialah memohon bantuan kewangan daripada institusi kewangan. Selain itu, kontraktor turut menuntut faedah (interest) ke atas kelewatan klien membayar bayaran kemajuan kerja. Faedah yang dituntut adalah seperti yang dinyatakan dalam kontrak.
10 Perobohan Struktur Sedia
Ada
Langkah yang diambil untuk mengatasi cabaran ini ialah kontraktor bersetuju untuk merobohkan sesestengah struktur sedia ada menggunakan kaedah manual dengan syarat penduduk kampung harus memberi upah untuk kerja perobohan tersebut.
11 Keadaan Fizikal Tanah
Langkah yang diambil untuk mengatasi cabaran ini ialah kontraktor menghubungi konsultan mengenai kaedah pembaikan tanah yang perlu digunakan untuk membaiki struktur tanah yang lembut. Selain itu, pengorekan keluar tanah yang tidak sesuai juga dilakukan supaya penambakan tanah boleh dilakukan untuk mengantikan tanah yang lembut.
12 Keadaan Cuaca Yang Tidak
Menentu
Tiada langkah yang telah diambil untuk mengatasi cabaran keadaan cuaca yang tidak menentu. Cuaca hanya boleh diramal sahaja. Namun, lanjutan masa boleh dimohon untuk cabaran ini.
13 Kekurangan Tenaga Kerja
Bagi mengatasi cabaran ini, pihak BHP telah mengadakan hari merekrut pekerja melalui program SL1M. Selain itu, kontraktor mengambil pekerja asing untuk bekerja bagi mengantikan kekurangan pekerja tempatan namun harus menanggung pembayaran levi.
14 Kesukaran Mencari Lubok
Pinjaman Bagi Kerja Tanah
Langkah yang diambil untuk mengatasi cabaran ini ialah kontraktor meminta bantuan daripada Jabatan Tanah dan Ukur Sabah untuk mencari lubok pinjaman yang sesuai. Selain itu, kontraktor juga berusaha mencari tanah dan berunding dengan tuan tanah agar membolehkan tanah tersebut dijadikan lubok pinjaman.
15 Perubahan Kerja
Bagi mengatasi cabaran ini, kontraktor telah memaklumkan kepada konsultan mengenai keperluan perubahan kerja kerana ia melibatkan penambahan kos pembinaan. Selain itu, kontraktor juga telah memohon perubahan kerja daripada klien seperti yang
16 Komunikasi Langkah yang diambil untuk mengatasi cabaran ini ialah dengan mengadakan mesyuarat di ibu pejabat BHP. Orang yang dipertanggungjawabkan selalunya hadir sekiranya mesyuarat diadakan di ibu pejabat dan ini dapat menyelesaikan masalah komunikasi.