2.8.1 Maklumat Struktur Organisasi
Seperti yang dinyatakan oleh Menteri Kerja Raya (2016) dalam dokumentasi parlimen, peringkat tertinggi dalam projek mega ini diterajui dan dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara selaku Jawatankuasa Khas Projek. Peringkat ini melibatkan proses di mana segala keputusan dan perhubungan yang perlu dibincangkan mengenai projek ini yang melibatkan kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri akan diputuskan dan disampaikan oleh Ketua Setiausaha Negara terkini iaitu Tan Sri Dr. Ali bin Hamsa.
Di bawah jawatankuasa utama ini diterajui oleh entiti Kerajaan Negeri Sabah iaitu sebagai Jawatankuasa Eksekutif (Executive Committee – EXCO). Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah dan dianggotai oleh beberapa wakil daripada Agensi Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri yang terlibat dalam projek tersebut.
Seterusnya di bawah jawatankuasa eksekutif ini adalah Jawatankuasa Kawalan dan Perubahan Kos yang dipengerusikan oleh Kementerian Pembangunan Infrastruktur Sabah. Jawatankuasa ini memegang peranan yang sangat penting iaitu untuk meneliti dan mengemukakan isu-isu mengenai bidang kuasa masing-masing kepada jawatankuasa di peringkat atas. Perkara ini termasuklah kepastian dan penentuan reka bentuk serta kos projek yang diperhalusi melalui pelaksanaan Makmal Pengurusan Nilai (Value Engineering) terlebih dahulu sebelum ia disampaikan dan dipersetujui oleh Jawatankuasa Eksekutif Peringkat Tertinggi.
2.9 Konsep Model “Project Delivery Partner” (PDP)
“Project Delivery Partner” atau singkatannya PDP, atau dalam bahasa Malaysia iaitu Rakan Pelaksanan Projek adalah kaedah pelaksanaan projek yang mana sebuah syarikat atau konsortium dilantik sebagai pengurus projek yang akan mengambil alih risiko penyampaian daripada pemilik projek. Peranan syarikat yang dilantik sebagai PDP adalah untuk mengurus semua aspek berkaitan kontraktor seperti mempakejkan kerja, pemanggilan tender, penilaian bida dan pemilihan kontraktor. Antara peranan lain PDP ialah memikul semua reka bentuk, pembinaan, integrasi dan pertauliahan yang dikaitkan dengan projek. Pihak PDP juga bertanggungjawab untuk mengurus dan menyelia sesebuah projek itu dengan kos, kualiti dan masa yang telah ditetapkan (Ambrose, 2017).
Konsep ini ialah konsep yang telah lama dipraktikkan di luar negara khususnya untuk projek infrastruktur yang besar dan kompleks. Kebanyakan projek infrastruktur yang paling besar di dunia menggunakan kaedah model pelaksanaan projek PDP. Ambrose (2017) dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat SPAD (2011) menyenaraikan projek yang menggunakan kaedah PDP adalah seperti berikut :
i. The Crossrail Project United Kingdom, ii. South Korea High Speed Rail
iii. London Olympics United Kingdom,
iv. Channel Tunnel Rail Link United State of America (USA) v. Qatar Bahrain Causeway
vi. Moscow Airport
Kebiasaanya model PDP ini digunakan apabila pemilik projek tidak mempunyai keupayaan dan kelayakan untuk menguruskan projek yang besar dan kompleks. Kaedah PDP meletakkan syarikat yang dilantik itu sebagai pengurus projek yang utama. Pihak PDP akan menanggung semua risiko sekiranya projek itu tidak mencapai kos dan masa yang telah ditetapkan. Sebelum ini, sekiranya projek tersebut
mengalami kos berlebihan atau kelewatan, selalunya pemilik projek yang akan menanggung risiko (Ambrose, 2017).
Pihak PDP akan bertindak sebagai akaunabiliti titik tunggal untuk melaksana, mengurus dan menyiapkan projek dalam kos dan masa yang telah ditetapkan. Pemilik projek kemudian akan membayar yuran PDP berdasarkan pencapaian Petunjuk Prestasi Utama atau Key Performance Indicator (KPI) yang telah dipersetujui (Ambrose, 2017). PDP mempunyai lapan nilai dan sifat yang khusus untuk dijadikan panduan untuk melaksanakan projek yang menggunakan model PDP (Gamuda Sdn Bhd, 2017). Nilai dan sifat model PDP adalah seperti berikut :-
(Sumber : Gamuda Sdn Berhad)
Nilai & Sifat PDP Konseptualisasi Perancangan Reka Bentuk Pemerolehan Pembinaan Integrasi Sistem Ujian dan Pertauliahan Hasil Sasaran Yang Terjamin
2.9.1 PDP vs PMC
Antara alternatif lain selain daripada model PDP ialah konsep Perunding Pengurusan Projek atau Project Management Consultant (PMC) dalam kalangan perunding kejuruteraan yang terlibat dalam sesuatu projek itu. Namun begitu, Dato Ubull Din Om dalam artikel Ambrose (2017) berkata cara tradisional ini tidak begitu efektif berbanding dengan model PDP kerana terdapat beberapa kesan yang negatif seperti berlakunya kos berlebihan dan kelambatan penyiapan. Konsep PDP dan PMC adalah sama. Perkara yang membezakan kedua-dua kaedah ini adalah tanggungjawab. Pihak PDP bertanggungjawab sepenuhnya kepada pemilik projek untuk menyiapkan projek dalam masa dan kos yang telah ditetapkan, sekiranya projek berlaku kelewatan dan kos berlebihan, pihak PDP akan menanggung kos tersebut. PMC pun mempunyai tanggungjawab dan peranan yang sama seperti PDP, tetapi sekiranya berlakunya kelewatan penyiapan dan kos berlebihan, pihak PMC tidak menanggung kos tersebut, kesemua kos itu akan ditanggung oleh pemilik projek (Ambrose, 2017).
2.9.2 Penggunaan Model “Project Delivery Partner” (PDP) di Malaysia
Kaedah ini masih lagi baharu di negara Malaysia. Model Rakan Pelaksana Projek pertama sekali digunakan di Malaysia untuk projek Transit Aliran Massa (MRT) (Aziz, 2012). Syarikat MMC dan Gamuda Sdn Bhd merupakan syarikat usahasama (joint venture) yang pertama merintis kaedah ini dan dilantik sebagai rakan pelaksana projek bagi projek pengangkutan darat terbesar di negara ini. Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak berkata perlantikan dibuat berdasarkan status kewangan kedua-dua syarikat yang tersenarai dalam Bursa Malaysia dan juga rekod-rekod projek terdahulu yang dilaksanakan sama ada di dalam negara mahupun luar negara (Utusan Online, 19 Disember 2010).
2.9.3 Struktur Model Rakan Pelaksana Projek
Struktur Model Rakan Pelaksana Projek dibahagikan kepada enam (6) entiti yang terdiri daripada agensi penyelia, pemilik projek, syarikat rakan pelaksana projek, jurutera perunding bebas, konsultan pembinaan dan kontraktor kerja. Rajah 2.7 menunjukkan struktur model rakan pelaksana projek.
2.9.4 Perlantikan PDP Dalam Projek Lebuhraya Pan Borneo di Sabah
Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah ialah projek bersaiz skala besar dengan peruntukan kewangan yang tinggi disalurkan oleh pihak Kerajaan. Oleh yang sedemikian, sebelum projek tersebut dimulakan, kerajaan telah membuat kajian atas pilihan model pelaksanaan projek yang paling sesuai untuk melaksanakan projek ini. Hasil daripada kajian dan keputusan yang dibuat oleh Jemaah Menteri dan memutuskan untuk memilih kaedah Project Delivery Partner (PDP). Pemilihan ini dibuat adalah dengan mengambil kira implikasi model pelaksanaan terhadap kewangan dalam jangka panjang negara. Selain daripada itu, kaedah ini lebih
Agensi Penyelia
Pemilik Projek
Rakan Pelaksanan Projek Jurutera Perunding Bebas Kontraktor Kerja Konsultan Pembinaan
Rajah 2.7 : Struktur Model Rakan Pelaksana Projek