PERKHIDMATAN PEMBERSIHAN DAN SELENGGARAAN BANGUNAN DI TERMINAL JETI PENUMPANG KUAH, LANGKAWI, KEDAH, PEJABAT JETI KARGO SERTA TERMINAL JETI PENUMPANG KUALA KEDAH, KEDAH DAN TERMINAL JETI PENUMPANG
KUALA PERLIS, PERLIS UNTUK JABATAN LAUT WILAYAH UTARA SPESIFIKASI PERKHIDMATAN PENUMPANG KUALA PERLIS, PERLIS UNTUK JABATAN LAUT WILAYAH UTARA.
(selepas ini disebut sebagai PERKHIDMATAN).
2.0 TEMPOH PERKHIDMATAN
2.1 Petender yang berjaya akan diikat dengan suatu kontrak selama tiga puluh enam ( 36) bulan bermula pada 01 MEI 2018 hingga 30 APRIL 2021.
2.2 Kerajaan berhak menamatkan kontrak walaupun tempoh kontrak belum tamat atas sebab-sebab berikut:
2.3.1 Kerajaan tidak berpuas hati dengan Perkhidmatan yang diberikan oleh petender yang berjaya;
2.3.2 Kerajaan tidak lagi memerlukan Perkhidmatan tersebut; atau
3.0 LOKASI TAPAK PERKHIDMATAN
3.1 Lokasi tapak perkhidmatan bagi tujuan Tender ini ialah di :
3.1.1 Kuah, Langkawi - Keseluruhan Kompleks Terminal Jeti Penumpang, Bangunan Pejabat dan kawasan sekitar.
3.1.2 Kuala Kedah, Kedah - Keseluruhan Kompleks Terminal Jeti Penumpang, Bangunan Pejabat, Jeti Kargo dan kawasan sekitar.
3.1.3 Kuala Perlis, Perlis - Keseluruhan Kompleks Terminal Jeti Penumpang, Bangunan Pejabat, Jeti Lama dan kawasan sekitar.
(selepas ini disebut sebagai PREMIS)
4.0 PERIHAL BANGUNAN DAN KELUASAN KAWASAN
4.1 Perihal bangunan dan keluasan kawasan yang berkaitan dengan Perkhidmatan terdapat di Lampiran 1.
5.0 BILANGAN PEKERJA DAN LOKASI PENEMPATANNYA
5.1 Perihal bilangan pekerja dan lokasi penempatannya yang berkaitan dengan Perkhidmatan seperti di Lampiran 2.
5.2 Petender yang berjaya harus memastikan bilangan pekerja adalah mencukupi seperti yang telah ditetapkan di Para 5.1 pada setiap Hari Dan Masa Bekerja (Para 7.1 dan 7.2).
6.0 KRITERIA TENAGA PEKERJA
(a) Sekurang-kurangnya 60% Warganegara Malaysia (lelaki atau perempuan) (b) Sihat tubuh badan
(e) Tidak dari kalangan penagih dadah.
(f) Tidak mempunyai penyakit berjangkit atau penyakit kronik.
7.0 HARI DAN MASA BEKERJA
7.1 Kerajaan telah menetapkan bahawa hari bekerja bagi tujuan Perkhidmatan ini adalah pada SETIAP HARI ( 7 hari seminggu termasuk pada hari cuti umum dan kelepasan am ).
7.2 Waktu kerja adalah di antara jam 06.00 pagi hingga 10.00 malam.
7.3 Petender Yang Berjaya dikehendaki memohon secara bertulis kepada Kerajaan jika hendak melakukan kerja-kerja pencucian, pembersihan dan penyelenggaraan di luar waktu yang telah ditetapkan di Para 7.2.
7.4 Kerajaan berhak meminta petender yang berjaya mengadakan kerja-kerja pembersihan dan penyelenggaraan pada waktu-waktu tertentu atau di kawasan-kawasan tertentu untuk memastikan kebersihan yang menyeluruh.
7.5 Petender dikehendaki untuk menyediakan mesin perakam waktu dan kad perakam waktu bagi setiap pekerja sepanjang tempoh kontrak berkuatkuasa. Kad perakam waktu yang telah digunakan akan disimpan di Premis untuk tujuan rekod. Walau bagaimanapun, Petender boleh membuat salinan kad perakam waktu berkenaan sekiranya perlu.
8.0 JENIS PERKHIDMATAN
8.1 Petender dikehendaki melaksanakan kerja-kerja pencucian dan pembersihan bangunan dan kawasan di Premis meliputi aktiviti-aktiviti
berikut:-8.1.1. Mencuci dan membersih permukan lantai dari jenis jubin, vinyl/ laminate flooring, simen rander dan permaidani dengan peralatan yang sesuai.
membersih:-(i) Kerusi menunggu (ii) Tandas
(iii) Surau (iv) Sinki
(v) Cermin muka
(vi) Dinding simen, dinding kaca dan tingkap (vii) Tangga Pejabat & Jeti
8.1.4 Memungut sampah dari tong/bakul sampah di seluruh bangunan dan kawasan sekitar premis serta membuangnya setiap hari.
8.1.5 Memotong rumput dan melakukan kerja-kerja lanskap di sekitar kawasan berpagar premis.
8.1.6 Melakukan pembaikan dan penyelenggaraan bagi kerosakan kecil seperti: (i) Sinki bocor/tersumbat
Mencuci Dalaman dan Luaran Bangunan termasuk Pejabat, Ruang Menunggu, Tandas, Surau, Bilik Mesyuarat, Bilik VIP Dan Lain-Lain Lokasi Yang Berkaitan.
9.2 Definisi:
9.2.1 PEMBERSIHAN bermaksud satu proses kerja untuk menghilangkan kotoran, debu, habuk, sawang, sampah, dan kotoran yang tidak diperlukan di sesuatu kawasan/ tempat/ lapangan/ sudut/ permukaan/ peralatan dengan mengunakan prosedur/ kaedah/ bahan/ faktor tertentu yang dapat mempengaruhi pembersihan seperti yang dikehendaki.
9.2.2 LIPUTAN KAWASAN PEMBERSIHAN bermaksud; meliputi kerja-kerja membersih, menyapu, mengelap, menggilap, mengemop, vakum, mengemas, mengatur dan mencuci bahagian dalam dan luar bangunan serta keseluruhan kawasan persekitaran dalam pagar premis.
9.3 Keutamaan Kerja-kerja Pembersihan
9.3.1 Kerja-kerja pembersihan di ruang/ kawasan berikut mesti dilaksana setiap hari seperti berikut:
(i) Kawasan laluan utama dan laluan awam sebelum jam 6.30 pagi iaitu: (a) Kawasan ruang menunggu
(b) Semua ruang legar; (c) Koridor atau laluan ke jeti;
(d) Laluan (walk-way) antara bangunan (ii) Ruang Pejabat sebelum jam 9.00 pagi:
Meliputi kerja-kerja menyapu, mengemop dan vakum lantai, mengelap meja/ perabot/ telefon peralatan kerja serta memungut sampah.
(iii) Bilik Mesyuarat/ Bilik VIP:
(i) Pembersihan lantai mesti menggunakan bahan, peralatan dan kaedah yang bersesuaian dengan jenis lantai samada permaidani, jubin, vinyl/ laminate flooring, pebble wash atau simen.
(ii) Kerja-kerja mengemop mesti mematuhi penetapan berikut: (a) Tandas - Mop berwarna PUTIH
(b) Ruang Pejabat - Mop berwarna MERAH (c) Laluan/ Lobi/ Koridor - Mop berwarna BIRU
(iii) Kerja-kerja mengikis (scrubbing) dan mengilat (polishing) mesti dengan menggunakan satu lapisan bahan kalis serap (sealer) dan sekurang-kurangnya dua lapisan bahan pengilap (polish) yang bermutu serta mesin pengilap elektrik yang bersesuaian di semua kawasan kecuali yang berpermaidani. Kerja-kerja yang berkaitan dengan membersih, mencuci, mensyampu, buffing dan spot cleaning lantai mesti dengan cara yang betul untuk memastikan bahawa power points, telephone points dan network nodes di dalam junction/ service boxes yang dipasang di lantai tidak rosak dan tidak berlaku sebarang tripping ke atas bekalan elektrik. 9.3.3 Pembersihan Tandas
(i) Menentukan setiap masa tandas-tandas bersih,berbau harum dan menyenangkan pada setiap masa.
(ii) Tandas hendaklah dicuci setiap 15 minit
(iii) Memastikan lantai tandas sentiasa kering dan tiada air yang bertakung
(iv) Memastikan urine bowl dalam tandas lelaki sentiasa bersih setiap masa (tiada kesan air kencing)
(v) Tandas hendaklah dicuci dan digosok termasuk dinding, lantai, sinki, mangkuk tandas, cermin, basin dan lain-lain menggunakan bahan kimia/pencuci yang diluluskan dan anti-bakteria
dipercayai bekalan air terputus.
(vii) Kontraktor hendaklah memastikan sabun cecair pencuci tangan, pewangi, ubat gegat dan tisu tandas sentiasa ada di tempat yang ditetapkan
(viii) Membersihkan dan mengambil sampah dalam bakul sampah, tong sampah termasuk menggantikan plastik sampah
9.3.4 Kebersihan Kawasan Jeti / Labuhan
(i) Mencuci lumut dan teritip di tangga jeti menggunakan water-jet sebulansekali (ii) Lantai di kawasan jeti juga perlu harus di scrubbing 2 bulan sekali
(iii) Stripping lantai untuk menanggalkan polish lama dan segala kekotoran. Mengilat semula supaya permukaanlantai kelihatan bersih dan bersinar.
9.3.5 Surau
(i) Telekung surau perempuan dicuci seminggu sekali
(ii) Telekung dan sejadah dilipat/ digantung/ disimpan dengan kemas (iii) Tempat mengambil wuduk dicuci setiap hari
(iv)Bagi surau yang berpermaidani perlu divakum 2 hari sekali
9.3.6 Memungut Sampah Sarap
Kerja-kerja memungut sampah sarap dari bakul dan tong sampah mesti dijalankan sekurang-kurangnya dua (2) kali sehari dan termasuk memasukkan sampah sarap ke karung plastik dan menghantarnya ke tempat pembuangan sampah di rumah sampah/ tempat pembuangan sampah tong sampah yang disediakan oleh pihak Majlis Perbandaran serta menggantikan karung plastik untuk bakul dan tong sampah.
9.4 Petender dikehendaki melaksanakan kerja-kerja pembersihan memenuhi Kekerapan Dan Standard Kualiti seperti yang ditetapkan di dalam Jadual 3.
perkhidmatan-perkhidmatan
9.5.1 Mengambil tindakan segera bagi apa juga panggilan kecemasan berhubungkait dengan masalah kebersihan.
9.5.2 Menyediakan laporan-laporan berkaitan setiap aktiviti pembersihan dan pencucian di premis.
9.5.3 Melaksanakan permintaan Kerajaan berkaitan kebersihan semasa terdapatnya sebarang lawatan dan aktiviti yang dianjurkan.
9.5.4 Pekerja-pekerja Petender dikehendaki melaporkan dengan segera kepada Kerajaan jika menemui sebarang kerosakan pada bangunan, jalan, pepasangan/peralatan letrik atau sebagainya
10.0 PERALATAN KELENGKAPAN DAN BAHAN-BAHAN PEMBERSIHAN
10.1 Petender yang berjaya perlu menyediakan peralatan kelengkapan dan bahan-bahan pembersihan bagi pekerja-pekerjanya menjalankan pembersihan seperti:
(i) Compact scaffolding (ii) Industrial Floor Polishing (iii) Cleaning machine (iv) Mesin pengering lantai
(v) Troli peralatan mencuci (Janitor cart) (vi) Pewangi dan penyegar udara (air freshner) (vii) Sanitary bin
(viii) Bahan-bahan kimia/ cecair pencuci (ix) Cecair pencuci tangan
(x) Tisu dan lain-lain peralatan yang berkaitan
disediakan)
10.2 Peralatan kelengkapan dan bahan-bahan pembersihan ini perlu disediakan oleh syarikat/ petender dengan mencukupi, bersesuaian dan selamat untuk pekerja-pekerjanya semasa menjalankan kerja-kerja yang melibatkan semua bahagian/ kawasan premis termasuk bahagian/ kawasan yang tidak dapat dicapai.
10.3 Tempat/ kawasan kerja hendaklah sentiasa di dalam keadaan yang bersih, sempurna dan bebas dari segala peralatan, mesin dan lain-lain peralatan kelengkapan perkhidmatan sebelum meninggalkannya pada setiap kali selesai melaksanakan kerja.
11.0 PENYELENGGARAAN
11.1 Petender dikehendaki bertanggungjawab di atas segala jenis peralatan, kelengkapan dan lain-lain bahan yang digunakan semasa mengendalikan kerja-kerja pencucian dan pembersihan. 11.2 Petender dikehendaki menyediakan tenaga kerja, dan peralatan pertukangan bagi maksud
melaksanakan sebarang kerja-kerja penyelenggaraan dan membaik pulih apa-apa kerosakan kecil yang berlaku di keseluruhan bangunan terutamanya tandas termasuk masalah sumbatan air buangan dan kumbahan jika diarah oleh Kerajaan. di mana pihak Kerajaan hanya akan membekalkan alat ganti dan bahan-bahan keperluan bagi melaksanakan kerja selenggaraan/ pembaikan.
11.3 Petender dikehendaki membekal dan memasang pewangi dan penyegar udara (air freshner) serta menyenggara secara berkala (bulanan) bagi penukaran bateri dan isian semula (refill) 11.4 Petender dikehendaki memastikan semua peralatan yang digunakan ketika menjalankan
kerja-kerja pencucian dan pembersihan berada di dalam keadaan baik dan selamat digunakan dari segi fizikal dan kesihatan.
11.6 Kerajaan berhak menolak bahan kimia dan peralatan yang difikirkan memudaratkan kepada kerajaan.
11.7 Kerajaan berhak untuk memeriksa semua peralatan-peralatan, bahan-bahan dan lain-lain yang berkaitan dengan kerja-kerja pencucian dan pembersihan.
11.8 Petender dikehendaki memastikan setiap perubahan yang akan dibuat ke atas kerja-kerja pembersihan dan pencucian dikehendaki mendapat kebenaran terlebih dahulu dari Kerajaan sebelum ianya dijalankan.
11.9 Petender tidak dibenarkan melakukan apa-apa perubahan sama ada secara sendiri, pekerja-pekerjanya atau wakil-wakilnya yang boleh menyebabkan Kerajaan terdedah kepada apa-apa pendakwaan sivil atau jenayah.
12.0 PENYEDIAAN TENAGA PEKERJA
12.1 Petender dikehendaki menyediakan jumlah yang cukup seperti yang dinyatakan di Para 5 untuk melaksanakan Perkhidmatan yang telah ditetapkan disepanjang tempoh kontrak.
12.2 Petender dikehendaki bertanggungjawab sepenuhnya ke atas semua pekerja-pekerja yang dibekalkan yang digunakan berkaitan dengan Perkhidmatan.
12.3 Disamping kriteria yang dinyatakan di Para 6, Petender juga dikehendaki mendapatkan pekerja-pekerja yang mempunyai ciri-ciri
berikut:-(i) Mahir dan berpengalaman di dalam selok belok kerja.
(ii) Bebas dari mengidap penyakit berjangkit, penyakit kusta atau penyakit kulit. (iii) Jujur, amanah, bersopan-santun, berdisiplin dan bertanggung- jawab.
(iv) Peka kepada segala aspek kebersihan dan sentiasa memen-tingkan ke bersihan diri dan persekitaran.
(v) Mampu memberikan perkhidmatan dan layanan yang mesra dan ramah.
lengkap semasa menjalankan tugas dan berada dalam keadaan bersih pada setiap masa, terutama ketika memberikan perkhidmatan kepada pelanggan.
12.5 Petender dikehendaki memohon pas keselamatan untuk semua pekerjanya dari pihak Kerajaan dan mempastikan semua pekerjanya memakai pas keselamatan di sepanjang masa apabila memasuki kawasan Premis.
12.6 Petender dikehendaki melantik seorang penyelia/pengurus untuk menyelia/mengurus kerja-kerja pencucian dan pembersihan yang dijadualkan untuk memastikan mutu perkhidmatan serta kecerdasan dan tatatertib pekerja-pekerja memuaskan.
12.7 Petender dikehendaki memastikan semua pekerjanya meninggalkan kawasan Premis setelah selesai operasi pada hari tersebut dan tidak berkeliaran di dalam atau di luar bangunan jika mereka tidak melakukan sebarang kerja.
12.8 Petender akan bertanggungjawab untuk mengadakan kerja lebih masa dan/atau menggunakan pekerja sambilan jika mahu, selain daripada pekerja tetap bagi membekalkan perkhidmatan yang telah ditetapkan mengikut spesifikasi dengan memuaskan.
12.9 Kerajaan berhak meminta Petender menamatkan perkhidmatan mana-mana pekerjanya yang didapati berkelakuan tidak sopan atau yang tidak disenangi oleh pegawai-pegawai Kerajaan dan/atau didapati mengalih tanpa kebenaran atau memiliki harta benda kepunyaan Kerajaan tanpa persetujuan, keterangan munasabah atau tanpa kebenaran pihak yang berkaitan. Petender dikehendaki membekalkan pekerja gantian kepada Kerajaan sehingga pekerja tetap di ambil.
12.10 Petender tidak akan melakukan dan/atau tidak akan membenarkan diperlakukan oleh pekerja-pekerjanya atau agen-agennya sebarang tindakan yang akan melanggar syarat, membatalkan atau boleh membatalkan Polisi atau Polisi-polisi Insuran (sekiranya ada) ke atas kawasan yang telah ditetapkan atau sebarang tindakan yang boleh menaikkan premium Polisi atau Polisi-polisi yang berkaitan.
kepada pekerja-pekerja, agen-agen atau sesiapa yang bekerja di bawah jagaannya seperti yang dikehendaki oleh “Ordinan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1951” dan “Employee’s Social Security Act 1969”.
13.0 SYARAT-SYARAT LAIN
13.1 Petender dikehendaki memastikan pendaftarannya dengan Kementerian Kewangan sah disepanjang tempoh kontrak berkuatkuasa. Kegagalan Petender mematuhinya boleh menyebabkan kontrak yang telah ditandatangani ditamatkan.
13.2 Petender tidak dibenarkan mengambil dan menghantar warga asing yang tidak mempunyai dokumen pengenalan dan permit perkerjaan yang sah sebagai pekerjanya bekerja di Premis.
13.3 Petender tidak dibenarkan melantik sub-Petender untuk melaksanakan perkhidmatan yang ditawarkan kepadanya kecuali mendapat kebenaran bertulis dari pihak Kerajaan.
13.4 Petender dikehendaki mematuhi setiap arahan yang dikeluarkan oleh pihak Kerajaan dan bekerjasama di dalam bidang-bidang keselamatan.
14.0 TANGGUNGJAWAB PETENDER KEPADA KERAJAAN
14.1 Petender dikehendaki menyediakan Perkhidmatan dalam mutu yang terbaik disepanjang tempoh kontrak. Petender perlulah bertanggungjawab untuk mematuhi semua skop kerja sebagaimana yang dipersetujui di Para 9.0
14.3 Petender dikehendaki memberikan maklumat bertulis latar belakang semua pekerjanya yang dibekalkan kepada Kerajaan.
14.4 Petender dikehendaki memberi notis kepada Kerajaan sekurang-kurangnya tujuh (7) hari lebih awal dari tarikh pekerjanya yang di beri cuti rehat. Petender dikehendaki membekalkan pekerja gantian kepada Kerajaan pada hari tersebut.
14.5 Petender dikehendaki memberi notis kepada Kerajaan satu (1) bulan lebih awal mengenai pemberhentian ke atas mana-mana pekerjanya dan Petender dikehendaki membekalkan pekerja gantian kepada Kerajaan sehingga pekerja tetap diambil.
14.6 Petender dikehendaki membekalkan maklumat bertulis mengenai latar belakang pekerja gantian sekurang-kurangnya satu (1) minggu sebelum pekerja tersebut bertugas.
14.7 Petender di kehendaki memastikan pekerja yang dibekalkan kepada Kerajaan tidak mempunyai rekod jenayah, bukan penagih dadah dan bukan pemabuk.
14.8 Petender dikehendaki bertanggungjawab penuh kepada Kerajaan dalam apa jua keadaan termasuk kesalahan ataupun tingkah laku ataupun disiplin ke atas mana-mana pekerjanya dan juga dalam keadaan di mana kerosakan berlaku pada harta Kerajaan akibat perbuatan
14.10 Kegagalan Petender mematuhi perkara di Para 11.3, 12.9, 14.1, 14.2, 14.4, 14.5, 14.6 dan 14.9 sebagaimana yang dipersetujui akan memberi HAK kepada Kerajaan untuk :
(i) Mengenakan denda kepada Petender mengikut Para 16.6; dan
14.11 Petender dikehendaki menyediakan “Buku Aduan Kebersihan” yang ditempatkan di Pejabat Pentadbiran Premis. Kerajaan akan mencatatkan tindakan yang perlu diambil oleh Petender berkaitan dengan kebersihan di Premis. Penyelia dikehendaki menyemak buku ini sekerap mungkin dan mengambil tindakan yang sewajarnya seberapa segera.
15.0 TANGGUNGJAWAB PETENDER KEPADA PEKERJANYA
15.1 Petender dikehendaki membayar gaji secara bulanan bergantung kepada jawatan yang disandang oleh pekerjanya.
15.2 Petender dikehendaki mengambil tindakan untuk menolak caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi pihak pekerjanya.
15.3 Petender dikehendaki mencarum kepada KWSP bahagian majikan yang dituntut oleh undang-undang untuk pekerjanya.
15.4 Petender dikehendaki mengambil tindakan untuk menolak caruman kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) bagi pihak pekerjanya.
15.5 Petender dikehendaki mencarum kepada PEKESO bahagian majikan mengikut undang-undang PERKESO untuk pekerjanya.
15.6 Petender didikehendaki menyediakan :
i. Insuran Liabiliti Awam – bagi melindungi harta kerajaan, pegawai kerajaan dan orang awam yang berurusan dengan kerajaan di kawasan premis dari kemalangan yang berlaku disebabkan oleh perkhidmatan yang dilaksanakan oleh Petender.
16.0 HAK KERAJAAN
16.1 Kerajaan berhak menemuduga pekerja-pekerja yang dibekalkan oleh Petender kepada Kerajaan dan Kerajaan boleh menolak mana-mana pekerja-pekerja Petender yang di dapati tidak sesuai tanpa memberi sebarang sebab.
16.2 Kerajaan berhak mengarah, menegur, mengawal dan menunjuk ajar pekerja-pekerja-pekerja Petender yang bertugas di Premis.
16.3 Pekerja-pekerja Petender sama sekali tertakluk kepada peraturan-peraturan pejabat dan apa-apa juga perintah atau arahan yang dikuatkuasakan oleh Kerajaan dari masa ke semasa. 16.4 Kerajaan berhak menamatkan khidmat pekerja-pekerja Petender yang tidak mematuhi
syarat-syarat yang telah ditetapkan.
16.5 Kerajaan apabila keadaan memerlukan, boleh mengurangkan atau menambah bilangan Pekerjanya pada bila-bila masa.
16.6 Kerajaan berhak mengenakan denda kepada Kontraktor apabila melakukan kesalahan di Para 14.2, 14.4 dan 14.5. Asas pengiraan kadar pemotongan bagi pekerja yang tidak bertugas adalah seperti berikut :
KGS : Kadar harga gaji sejam pekerja BJ : Bilangan jam tidak bertugas BP : Bilangan pekerja tidak bertugas
16.7 Kerajaan berhak mengambil tindakan mengenakan DENDA kepada Petender apabila melakukan kesalahan di Para 11.3, 12.9, 14.1, 14.2, 14.4, 14.5, 14.6 dan 14.9 mengikut perkiraan sepertimana
(ii) Pihak Petender tidak akan dibayar perkhidmatan yang tidak disempurnakan mengikut spesifikasi jadual harga terperinci yang diberikan seperti di Jadual 4. 17.0 BAYARAN KEPADA PETENDER
17.1 Sebagai balasan kepada Perkhidmatan yang dilaksanakan Kerajaan akan membuat pembayaran kepada Petender pada setiap bulan.
17.2 Bayaran hanya akan dibuat setelah Kerajaan berpuashati dengan Perkhidmatan yang telah diberikan oleh Petender dan menepati syarat-syarat dan terma-terma kontrak yang diikat. 17.3 Petender dikehendaki mengemukakan kepada Kerajaan tuntutan bayaran bulanannya dalam
LAMPIRAN 1
NO. TENDER : 20/2017
PERKHIDMATAN PEMBERSIHAN DAN SELENGGARAAN BANGUNAN DI TERMINAL JETI PENUMPANG KUAH,
LANGKAWI, KEDAH, PEJABAT JETI KARGO SERTA TERMINAL JETI PENUMPANG KUALA KEDAH, KEDAH DAN
TERMINAL JETI PENUMPANG KUALA PERLIS, PERLIS UNTUK JABATAN LAUT WILAYAH UTARA
PERIHAL BANGUNAN DAN KELUASAN KAWASAN
LAMPIRAN 1
LAMPIRAN 1
Bangunan Pejabat dua (2) Tingkat
Bangunan Pejabat dua(2) Tingkat
TERMINAL JETI PENUMPANG KUALA PERLIS, PERLIS UNTUK JABATAN LAUT WILAYAH UTARA
BILANGAN PEKERJA DAN LOKASI PENEMPATANNYA
1. KOMPLEKS TERMINAL JETI PENUMPANG KUAH, LANGKAWI.
BIL PENERANGAN KUANTITI PEKERJA
PENYELIA 1
PEMBANTU PENYELIA 1
TERMINAL PENUMPANG
RUANG MENUNGGU 3
TANDAS LELAKI 2
TANDAS PEREMPUAN 2
RUANG PELEPASAN DAN JETI 2
PEJABAT 1
RUANG LEGAR DAN KETIBAAN 2
JETI LAMA KUALA PERLIS
PEJABAT, JETI DAN KAWASAN SEKITAR. 1
JUMLAH 15
LAMPIRAN 2
3. KOMPLEKS TERMINAL JETI PENUMPANG KUALA KEDAH, KEDAH.
BIL PENERANGAN KUANTITI PEKERJA
PENYELIA 1
RUANG MENUNGGU 2
TANDAS LELAKI 2
TANDAS PEREMPUAN 2
LALUAN KE JETI DAN JETI 2
PEJABAT TERMINAL DAN KAWASAN SEKITAR 2
RUANG LEGAR DAN KAUNTER 2
PEJABAT DAN JETI KARGO
PEJABAT 2
PARKING DAN KAWASAN SEKITAR 1
JUMLAH 17
Nota :