• Tidak ada hasil yang ditemukan

Universiti Sains Malaysia. Dasar Televisyen Litar Tertutup (CCTV) Pemantauan, Perakaman, Peranan & Standard Teknikal

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Universiti Sains Malaysia. Dasar Televisyen Litar Tertutup (CCTV) Pemantauan, Perakaman, Peranan & Standard Teknikal"

Copied!
8
0
0

Teks penuh

(1)

1

Universiti Sains Malaysia

Dasar Televisyen Litar Tertutup (CCTV)

Pemantauan, Perakaman, Peranan & Standard Teknikal

Universiti Sains Malaysia (USM) komited untuk menyediakan persekitaran yang selamat dengan menggabungjalinkan amalan terbaik bagi pencegahan jenayah dan kepolisan melalui penggunaan teknologi semasa. Satu komponen penting dalam pelan sekuriti dan keselamatan adalah televisyen litar tertutup (closed circuit television, CCTV) - suatu teknologi yang membolehkan pemantauan dari jauh dan perakaman aktivti di dalam kampus.

Tujuan dasar atau polisi ini adalah untuk menyediakan suatu garis panduan tentang penggunaan CCTV bagi harta universiti dalam cara yang dapat meningkatkan keselamatan dan sekuriti, di samping menghormati privasi dalam kalangan ahli komuniti. Dasar ini juga melibatkan semua pelajar, jabatan / pusat pengajian, dan staf yang tergolong dalam komuniti universiti1

(I) Prinsip Umum

A. Pemantauan CCTV bertujuan mencegah jenayah dan melindungi keselamatan diri serta harta-benda komuniti universiti. Tujuan keselamatan merangkumi, tetapi tidak terhad kepada:

Perlindungan individu termasuk pelajar, jabatan / pusat pengajian, staf dan pelawat;

Perlindungan hak milik universiti dan / atau harta-benda dan bangunan yang beroperasi, termasuk sempadan bangunan, laluan masuk dan keluar, lobi dan koridor, dok penerimaan, kawasan penyimpanan, makmal dan lokasi juruwang; Pengesahan penggera dan sistem kawalan capaian;

Perondaan atau patrol di kawasan umum dan kawasan yang boleh dikunjungi orang awam termasuk perhentian bas, tempat letak kereta, jalan awam dan laluan pejalan kaki; dan

Penyiasatan aktiviti jenayah dan aktiviti tatatertib yang serius, contohnya mensabotaj projek penyelidikan, selaras dengan dasar ini.

Sebarang pengubahan pada teknologi sekuriti bagi tujuan selain daripada keselamatan dan sekuriti yang tertakluk di bawah dasar ini adalah dilarang.

1

Penggunaan teknologi CCTV yang dilindungi oleh dasar Universiti yang melibatkan penyelidikan dengan subjek manusia atau haiwan adalah di luar daripada Dasar ini.

(2)

2

B. Pemantauan CCTV akan dikendalikan dalam suatu cara yang profesional, beretika dan sah. Staf yang terlibat dalam pemantauan akan dilatih dan diselia sewajarnya semasa menggunakan teknologi ini. Pelanggaran Kod Prosedur yang ditetapkan dalam Seksyen III di bawah mungkin boleh membawa kepada tindakan tatatertib selaras dengan aturan dan peraturan yang melibatkan pekerja universiti.

C. Maklumat yang diperoleh semasa pemantauan akan hanya dikeluarkan dengan kebenaran Naib Canselor atau mana-mana pihak yang dilantik mengikut prosedur yang ditetapkan dalam Dasar ini.

D. Pemantauan akan dikendalikan secara konsisten dengan semua dasar universiti yang sedia ada termasuklah Dasar Tanpa Diskriminasi, Dasar Gangguan Seksual, dan dasar lain yang berkaitan. Pemantauan berdasarkan ciri-ciri

dan pengelasan sebagaimana yang terkandung dalam Dasar Tanpa Diskriminasi (contoh: bangsa, gender, orientasi seks, kewarganegaraan, ketidakupayaan dan lain-lain) adalah dilarang.

E. Pemantauan perlu dihadkan kepada penggunaan yang tidak melanggari jangkaan privasi yang munasabah.

(i) Pelajar mempunyai jangkaan privasi yang tinggi di bilik asrama dan di kemudahan ruang rehat asrama. Oleh itu, pemantauan bagi tujuan keselamatan dan sekuriti tidak akan dijalankan di bilik asrama dan ruang rehat asrama kecuali Ketua Jabatan Keselamatan, dengan pertimbangan dan kelulusan daripada Jawatankuasa CCTV Universiti, menentukan bahawa suatu risiko keselamatan/sekuriti wujud. Pemantauan di bilik asrama yang dikongsi oleh lebih daripada seorang pelajar atau kawasan awam tidak dibenarkan di bawah Dasar ini tanpa kebenaran daripada semua penghuni di bilik berkenaan.

(ii) Fakulti dan staf juga mempunyai jangkaan privasi yang tinggi di dewan kuliah, bilik tutorial dan kemudahan ruang rehat fakulti. Oleh itu, pemantauan bagi tujuan keselamatan dan sekuriti tidak akan dijalankan di dewan kuliah, bilik tutorial dan kemudahan ruang rehat fakulti kecuali Ketua Jabatan Keselamatan, dengan pertimbangan dan kelulusan daripada Jawatankuasa CCTV Universiti, menentukan bahawa suatu risiko keselamatan / sekuriti wujud.

F. Kewujudan Dasar ini tidak menandakan atau menjamin bahawa kamera akan dipantau sepanjang masa

G. Semua pemantauan dan perakaman video hendaklah mematuhi dasar ini dalam masa lima (5) bulan daripada kelulusan Dasar ini.

H. Lima (5) bulan selepas penggunaan Dasar ini, Jawatankuasa CCTV perlu menelitinya semula dan memberikan cadangan untuk penyemakan semula, jika ada, kepada Naib Chanselor. Naib Canselor boleh meminda Dasar ini pada bila-bila masa dengan syarat notis diberikan kepada komuniti Universiti dengan

(3)

3

memaparkan Dasar yang telah dikemas kini dalam laman sesawang universiti dan saluran rasmi yang lain.

(II) Kebertanggungjawapan

A. Jabatan Keselamatan dengan pertimbangan Jawatankuasa CCTV Universiti dan Naib Canselor dibenarkan untuk meneliti semula pemantauan CCTV bagi tujuan keselamatan dan sekuriti di Universiti. Semua kawasan Universiti yang menggunakan pemantauan CCTV adalah bertanggungjawab bagi melaksanakan Dasar ini.

B. Naib Canselor mempunyai kebertanggungjawapan untuk membenarkan semua pemantauan CCTV jangka panjang yang dicadangkan oleh Jawatankuasa CCTV Universiti. Ketua Jabatan Keselamatan mempunyai kebertanggungjawapan untuk membenarkan sebarang pemasangan sementara yang diperlukan dalam perkaitan dengan sesuatu penyiasatan jenayah, bagi meningkatkan sekuriti dalam sesuatu majlis khusus atau yang berkaitan dengan perlindungan keselamatan dan sekuriti di Universiti.

C. Jawatankuasa CCTV akan dilantik oleh Naib Canselor. Jawatankuasa ini akan terdiri daripada sekurang-kurangnya sepuluh (10) ahli yang akan berkhidmat dalam tempoh yang ditentukan oleh Naib Canselor. Jawatankuasa ini merangkumi Ketua Jabatan Keselamatan; Ketua Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (UKKP); seorang wakil daripada Perwakilan Pelajar yang dicalonkan oleh Timbalan Naib Canselor, Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar; seorang wakil daripada Pusat Pengajian Siswazah; sekurang-kurangnya seorang wakil daripada Pusat Teknologi Pengajaran dan Multimedia (PTPM), Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi (PPKT), Jabatan Pembangunan dan sekurang-kurangnya enam (6) fakulti dan staf yang mewakili Persatuan Kakitangan Akademik dan Pentadbiran Universiti Sains Malaysia (PKAPUSM), Kesatuan Kakitangan Am Universiti Sains Malaysia (KKAUSM), Kampus Utama, Kampus Kejuruteraan, Kampus Kesihatan dan Institut Perubatan & Pergigian Termaju (IPPT). Sebagai tambahan, Pegawai Perundangan universiti akan dilantik sebagai ahli bagi jawatankuasa ini. Naib Canselor akan dilantik sebagai Pengerusi.

Jawatankuasa CCTV hendaklah menjalankan kebertanggungjawaban sebagaimana yang dijelaskan dalam Dasar dan kebertanggungjawaban lain yang mungkin akan ditentukan dari semasa ke semasa oleh Naib Canselor. Pengerusi Jawatankuasa CCTV boleh memilih untuk mengadakan mesyuarat bagi sesuatu tindakan jawatankuasa CCTV sebagaimana yang diperlukan di bawah Dasar ini. Sebagai ganti sesuatu mesyuarat, Pengerusi boleh memilih untuk berunding dengan ahli melalui telefon atau internet. Semua ahli hendaklah diberi peluang untuk terlibat sama dalam mana-mana rundingan. Sebarang cadangan CCTV di bawah Dasar ini hendaklah memasukkan input daripada majoriti ahli Jawatankuasa CCTV. Jawatankuasa juga digalakkan untuk mendapatkan input daripada para pentadbir, fakulti, staf dan pelajar dalam kawasan yang terkesan oleh penggunaan / cadangan penggunaan CCTV

(4)

4

dan mempertimbangkan input berkenaan sebelum sesuatu cadangan akhir diputuskan.

D. Semua pemasangan baru di jabatan akan mematuhi Dasar ini. Jabatan yang berhasrat memasang sistem pemantauan mesti menghantar permohonan bertulis kepada Jawatankuasa CCTV untuk kelulusan. Permohonan bertulis hendaklah mengandungi maklumat berikut:

deskripsi tentang isu keselamatan atau sekuriti yang memerlukan pemasangan sistem pemantauan CCTV;

bilangan dan lokasi kamera yang dicadangkan untuk dipasang;

sama ada lokasi kamera melibatkan rakaman aktiviti pelajar, fakulti, staf atau orang awam dan setakat mana tahap perakamannya;

nama dan jawatan individu yang akan bertanggungjawab bagi pemantauan kamera tersebut;

kekerapan rakaman akan diteliti (contoh: masa sebenar, setiap hari, secara rawak, apabila penggera berbunyi);

panjang masa rakaman; dan tempat rakaman akan disimpan.

Jawatankuasa CCTV akan mempertimbangkan petisyen dan mengajukan cadangan kelulusan pemasangan kepada Naib Canselor. Jawatankuasa boleh mencadangkan pemasangan sama ada bilangannya lebih sedikit atau lebih banyak daripada yang dijelaskan dalam petisyen asal Jabatan. Naib Canselor akan membuat keputusan akhir berhubung kerelevanan pemasangan dengan mempertimbangkan permohonan Jabatan dan keselamatan serta sekuriti bagi keseluruhan komuniti serta privasi pihak yang aktiviti mereka mungkin dirakam.

E. Pelajar, fakulti dan staf yang termasuk dalam lokasi sensitif yang tertentu di dalam kampus akan semakin bertambah keprihatinan mereka terhadap privasi atau kerahsiaan. Dalam usaha menghalang rasa tidak selamat di lokasi tersebut, individu yang prihatin boleh menghantar petisyen kepada Jawatankuasa CCTV untuk terus memasang kamera yang dicadangkan atau memindahkan kamera yang sedia ada. Petisyen tersebut hendaklah mengenal pasti lokasi / lokasi yang dicadangkan bagi pemasangan kamera dan bagi permohonan untuk memindahkan kamera yang sedia ada, hendaklah disertai dengan maklumat terperinci. Jawatankuasa CCTV akan mempertimbangkan petisyen tersebut dan mengajukan cadangan kepada Naib Canselor. Naib Canselor akan membuat keputusan akhir berhubung kerelevanan untuk memasang / memindah kamera dengan mempertimbangkan permohonan individu berkenaan dan keselamatan serta sekuriti bagi keseluruhan komuniti.

F. Ketua Jabatan Keselamatan, setelah berunding dengan Pegawai Perundangan, akan meneliti dan memberi respons terhadap sepina daripada penguatkuasaan undang-undang luar untuk membenarkan rakaman diperoleh melalui pemantauan CCTV. Permintaan untuk rakaman CCTV yang bersangkut-paut dengan penyiasatan dalaman tentang hal-hal berkaitan tatatertib Universiti akan dikemukakan kepada Jawatankuasa CCTV. Jawatankuasa CCTV akan

(5)

5

meneliti permintaan tersebut dan mengajukan cadangan kepada Naib Canselor. Naib Canselor akan membuat keputusan akhir berhubung dengan kerelevanan membenarkan rakaman dibuat, mempertimbangkan permintaan pegawai / jawatankuasa tatatertib terhadap privasi, keselamatan dan sekuriti seluruh komuniti.

G. Sebarang rayuan terhadap keputusan yang dibuat oleh Ketua Jabatan Keselamatan akan diteliti oleh Naib Canselor yang akan membuat keputusan akhir. Sesuatu rayuan boleh dikemukakan kepada Lembaga Pengarah untuk meneliti keputusan yang diputuskan oleh Naib Canselor; keputusan Lembaga Pengarah adalah muktamad.

H. Jawatankuasa CCTV boleh mengaudit mana-mana operasi pengawasan CCTV Jabatan, termasuk simpanan dan pengekalan rakaman.

(III) Kod Tatacara

A. Semua operator dan penyelia yang terlibat dalam pengawasan video akan melaksanakan tugasan mereka selaras dengan Dasar ini.

B. Jabatan Keselamatan akan membataskan kedudukan kamera dan pemantauan di kawasan perumahan dengan pematuhan pada Dasar ini.

C. Pusat pengawasan/pemantauan akan diubah suai untuk mencegah operator kamera daripada merosakkan atau membuat salinan penduaan bagi maklumat yang dirakam.

D. Rakaman mungkin dikekalkan bagi suatu tempoh tidak melebihi 45 hari dan akan dipadamkan, kecuali dikekalkan sebagai bahagian daripada sesuatu penyiasatan jenayah atau prosiding mahkamah (sama ada sivil atau jenayah), atau kegunaan bona fide lain sebagaimana yang diluluskan oleh Pengarah Keselamatan.

E. Rakaman akan dikekalkan di suatu lokasi yang selamat dengan capaian hanya oleh personel yang dibenarkan

F. Operator kawalan kamera yang meneliti rakaman hendaklah dilakukan dengan kehadiran seorang penyelia bagi mengekalkan integriti atau keutuhan rakaman. G. Operator kawalan kamera akan dilatih dari segi teknikal, perundangan dan parameter etika tentang kegunaan kamera. Operator kawalan kamera akan diberikan satu salinan daripada Dasar ini dan pengesahan bertulis bahawa mereka telah membaca dan memahami isi kandungan Dasar tersebut

H. Operator kawalan kamera tidak akan memantau individu berdasarkan ciri-ciri seperti bangsa, jantina, etnik, orientasi seks, ketidakupayaan, atau pengelasan lain yang dilindung dalam Dasar Tanpa Diskriminasi. Operator kawalan kamera akan memantau pada sesuatu perlakuan atau perbuatan yang mencurigakan, bukannya ciri-ciri individu.

(6)

6

I. Operator kawalan kamera TIDAK akan memantau bilik atau kawasan persendirian melalui tingkap.

J. Operator kawalan kamera tidak akan memumpu perhatian dan berterusan memerhati mereka yang berkelakuan tidak sopan di kawasan awam.

K. Kamera mudah alih yang tersembunyi dengan kelengkapan rakaman akan hanya akan digunakan bagi penyiasatan jenayah yang diluluskan oleh Ketua Jabatan Keselamatan bagi Universiti Sains Malaysia.

(IV) Peranan dan Kebertanggungjawapan A. Jabatan Keselamatan

1. Jabatan Keselamatan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap keselamatan dan sekuriti dalam kampus. Justeru, Jabatan Keselamatan juga bertanggungjawab bagi keseluruhan operasi CCTV dalam kampus. Jabatan Keselamatan akan mengkoordinasi dan mengurus semua aktiviti di Pusat Pengawasan,

Pemantauan dan Perakaman (Surveillance, Monitoring & Recording Center , SMRC).

2. Pusat Pengawasan, Pemantauan & Perakaman (SMRC) .

SMRC hendaklah diuruskan oleh personel yang berkemahiran dan terlatih. SMRC hendaklah dilengkapi sebaiknya bagi membolehkan ia beroperasi secara

lancar dan efisien.

SMRC juga hendaklah dilengkapi dengan monitor skrin besar berteknologi tinggi bagi pengawasan dan pemantauan yang efektif

SMRC akan dihubungkan kepada semua CCTV luar. .

SMRC juga akan memantau CCTV yang akan diletakkan secara strategik di empat (4) pintu keluar dan masuk utama universiti..

SMRC akan dilengkapi dengan teknologi terkini bagi analitik video.

SMRC akan memastikan bahawa semua data sekuriti akan dikawal dan disimpan dengan selamat.

3. Pengawasan semua CCTV luaran dan CCTV yang terletak di empat (4) pintu keluar dan masuk utama universiti akan dipantau dan dikawal oleh Jabatan Keselamatan melalui SMRC. Semua CCTV sedia ada lain yang dipasang di jabatan, dewan kuliah dan kediaman pelajar akan diuruskan oleh jabatan yang bertanggungjawab.

4. Semua pemohonan bagi CCTV baru akan dirujuk kepada Jawatankuasa CCTV universiti.

5. Jawatan yang bersesuaian hendaklah ditambah untuk Jabatan Keselamatan bagi tujuan pengurusan sistem CCTV di SMRC. Jawatan yang dicadangkan termasuk:

(7)

7

(1) J29 (Pembantu Teknik Elektronik) dan (2) F29 (Penolong Pegawai Sistem Maklumat) .

B. Pusat Teknologi Pengajaran dan Multimedia (PTPM) .

PTPM akan menyediakan khidmat kepakaran teknikal berkaitan dengan kelengkapan dan spesifikasi. PTPM akan juga bertindak sebagai pusat sumber. C. Pusat Pengetahuan, Komunikasi dan Teknologi (PPKT)

PPKT akan menyediakan khidmat kepakaran teknikal berkaitan dengan perisian / sofwer dan bahan ICT. Di samping itu, PPKT akan juga bertanggungjawab terhadap sistem jaringan yang diperlukan untuk operasi sistem CCTV secara lebih efektif di dalam kampus.

D. Jabatan Pembangunan

Jabatan Pembangunan akan menyediakan sokongan teknikal serta prasarana yang relevan. Di samping itu, Jabatan Pembangunan akan juga bertindak sebagai pusat rujukan bagi isu-isu berkaitan bangunan, tanah dan kemudahan am di dalam kampus.

E. Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (UKKP)

UKPP akan menyediakan khidmat kepakaran dan sokongan berkaitan dengan isu keselamatan sistem ini.

Di samping itu, UKPP akan juga bertindak sebagai urusetia kepada Jawatankuasa CCTV Universiti.

UKPP akan secara teratur (setiap suku tahun) atau dengan permintaan khusus oleh Jawatankuasa CCTV mengaudit sistem CCTV di SMRC dan di lokasi lain

(V) Standard Teknikal CCTV 1. Pengawasan

Lokasi CCTV - kawasan “titik panas” akan dikenal pasti oleh pakar dalam Jawatankuasa CCTV Universiti.

Garis panduan CCTV hendaklah dipatuhi sebaiknya semasa pemasangan kamera baru.

Isu privasi hendaklah dipatuhi sebaiknya semasa pemasangan kamera baru. 2. Sistem Video

Sistem CCTV sedia ada akan ditingkatkan dan diubah suai bersesuaian dengan perisian / sofwer baru.

Sistem analog akan dipadankan sebaiknya bagi membolehkan ia diubah ke bentuk digital .

(8)

8

Sistem UPS akan menguruskan gangguan sementara dan penyimpanan data. Suatu sistem baru yang lebh berkeupayaan / efisien .

Ulasan spesifikasi kamera:-

Jenis kamera analog kamera adalah sesuai digunakan walaupun teknologi berubah. .

Kamera PTZ akan dilengkapi dengan ciri teknologi asei –analitik video dan sesuai ditempatkan di luar bangunan yang memerlukan pengawasan yang lebih luas. .

Kamera statik akan ditingkatkan dengan perisian / sofwer yang lebih baik. Kamera IR lebih sesuai ditempatkan di lokasi yang kurang cahaya atau gelap

terutamanya bagi merakamkan imej pada malam hari. Kualiti imej tidak lebih daripada 540 TVL

“Perlindungan terhadap Serapan” tidak kurang daripada 65 (IP > 65) bagi PTZ luar..

Lensa luas- sudut luas bergantung pada lokasi dan tujuan.

Rakaman video digital (digital video recording, DVR) boleh berfungsi untuk merakam dan memaparkan imej daripada kamera pada masa sebenar.

DVR juga boleh digunakan untuk menyimpan data dan imej ke dalam pemacu cakera keras (hard disc drive, HDD) yang kapasiti simpanannya sehingga sehingga 4000GB. Ia juga dilengkapi dengan sistem sokongan sama ada melalui USB, CD-RW dan juga Jaringan.

DVR juga boleh dikonfigurasi melalui jaringan dan ia mempunyai protokol

TCP/IP bagi membolehkan capaian berasaskan sesawang

Kabel yang digunakan adalah jenis of RG6 atau RG59U, yang sesuai untuk sistem video.

Jika jarak di antara kamera dengan DVR adalah melebihi 300 meter, maka ia perlu dihubungkan dengan pemancar/penerima menggunakan kabel RJ45. 3. Kerentanan

Mampu menangani ancaman - kesesakan, cahaya laser atau kerosakan-vandalisme.

Kabel dan kelengkapan mesti tertutup dan tersembunyi 4. Peruntukan

Peruntukan yang secukupnya hendaklah diberi untuk pembangunan sistem CCTV serta mengurusnya sebaiknya dan secara efektif.

Referensi

Dokumen terkait

Ketua PTJ bagi membolehkan penyelarasan dan pemantauan di peringkat PTJ/Jabatan/Kementerian dilakukan. Sekiranya Pegawai Sokongan PTJ/ Jabatan/ Kementerian tidak

Menimbang bahwa terhadap eksepsi Termohon a quo, Mahkamah mempertimbangkan bahwa berkenaan dengan eksepsi perbaikan permohonan Termohon melewati tenggat waktu,

karyawan, situasi dan kondisi fisik dari lingkungan kerja itu sendiri, keamanan dan keselamatan kerja yang baik bagi karyawan, keadaan sosial lingkungan kerja, perhatian

Evaluasi dalam pembelajaran akuntansi SMK di Surakarta meliputi evaluasi afektif, psikomotorik dan kognitif yang ketiganya merupakan hal yang berkesinambungan

Adapun hasil dari kegiatan ini adalah; (1) meningkatnya pengetahuan dan keterampilan dalam bidang komputer bagi staf desa, kecamatan, dan guru-guru SD; (2)

Teknik regresi komponen utama telah dapat digunakan untuk menentukan persamaan terbaik HKSA antikanker senyawa turunan naftoquinon dengan deskriptor teoritik dari

Untuk menampilkan waktu preset, tekan tombol TIMER sekali. Bila proses memasak dimulai, lampu cook/reheat mulai menyala terus-menerus dan lampu timer padam. Jika waktu preset

Utama Sentosa Sebagai Pendukung Penanganan Bencana Alam Gunung Merapi Sinabung pada saat terjadinya bencana.Hasil dari penelitian dari proyek ini adalah