• Tidak ada hasil yang ditemukan

10)BAB 8 Pemeriksaan & Pengujian Latest 231207 Done

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "10)BAB 8 Pemeriksaan & Pengujian Latest 231207 Done"

Copied!
26
0
0

Teks penuh

(1)

BAB 8 : PEMERIKSAAN DAN PENGUJIAN

8.1 PENGENALAN

Tujuan pemeriksaan dan pengujian dijalankan ke atas pemasangan pengguna atau alat-alat elektrik adalah untuk memastikan keselamatan sesuatu pemasangan telah terlaksana mengikut peraturan IEE, LLN atau JKR dan berfungsi dengan betul serta selamat digunakan.

Pemeriksaan dan pengujian perlu dijalankan ke atas perkara-perkara berikut: • Pemasangan baru

• Pemasangan penambahan atau pengubahsuian. • Pemasangan elektrik yang sedia ada.

(2)

8.2 PEMERIKSAAN PENGLIHATAN

Tujuan pemeriksaan penglihatan dijalankan ialah:

Untuk memastikan bahan-bahan dan alat-alat yang dipasang mengikut piawaian British (BS=British Standard) atau dengan kelulusan SIRIM.  Untuk memastikan pemasangan tersebut dijalankan mengikut peraturan

IEE, LLN, dan JKR.

 Untuk memastikan kerosakan yang nyata (boleh dilihat) ke atas pemasangan atau kelengkapan elektrik.

8.2.1 Senarai Pemeriksaan Penglihatan

 Sambungan pengalir-pengalir kabel.  Tanda pengenalan kabel.

 Pemilihan pengalir kabel bagi kapasiti membawa arus dan susutan voltan.

 Sambungan suis kutub tunggal ke pengalir fasa sahaja.

 Sambungan yang betul ke atas soket alur keluar dan pemegang lampu.  Wujudnya penahan api dan perlindungan daripada kesan haba.

 Kaedah perlindungan daripada sentuhan terus.

 Perlindungan dengan penebatan ke atas bahagian-bahagian hidup.  Perlindungan dengan penahan dan penutup.

 Perlindungan dengan halangan.

 Perlindungan dengan mengelak jangkauan.  Perlindungan dengan bahan bukan pengalir

(3)

8.3 TURUTAN PENGUJIAN

Pengujian mestilah dijalankan mengikut turutan ini yang bertujuan bagi menggelakkan bahaya pada orang yang menguji dan untuk keselamatan pemasangan serta alat-alat penguji. Berikut ialah senarai pengujian yang perlu dijalankan mengikut turutan.

 Ujian keterusan pengalir litar akhir gelang.

 Ujian pengalir perlindungan, ini termasuklah pengalir ikatan utama dan tambahan.

 Ujian rintangan elektrod bumi.  Ujian rintangan penebat.

 Ujian penebatan bagi bahan struktur pemasangan pembinaan.  Ujian bahan perlindungan pemisah elektrik.

 Ujian bahan perlindungan penutup dan penahan.  Ujian penebatan lantai dan dinding.

 Ujian kekutuban.

 Ujian galangan gelung kerosakan ke bumi.  Ujian kendalian pemutus litar bocor ke bumi.

(4)

8.4 UJIAN LITAR GELANG

Ujian ini dijalankan adalah bertujuan untuk memastikan setiap pengalir mempunyai keterusan di sepanjang litar gelang. Terdapat dua kaedah ujian keterusan litar gelang yang di cadangkan. Alat-alat penguji yang digunakan adalah jangka ohm.

Gambar 8.4.1 Ujian litar gelang pengguna

Mengikut peraturan langkah ujian adalah :

• Pastikan alat uji dan pastikan dalam keadaan boleh digunakan • Ujian keterusan litar gelang seperti berikut :

(5)

 Buka sambungan kabel fasa dan neutral.

 Sambung satu kabel fasa dan satu kabel neutral dan ukur rintangan merentas kabel yang terbuka di bahagian hujung.

 Sambungan kabel terbuka dan sukat rintangan pada setiap soket keluaran di antara punca fasa da neutral.

 Jika kesemua bacaan sama, rekodkan bacaannya. Jika bacaannya tidak sama sambungan semula fasa dan neutal dan uji semula.

 Jika terdapat perbezaan bacaan, lakukan pemeriksaan keseluruhan litar.

8.5 UJIAN KETERUSAN KABEL PERLINDUNGAN

Ujian keterusan bertujuan untuk memastikan ia disambung secara betul dan berkesan. Oleh yang demikian jika bacaan meter ohm di darab dengan kawasan neutral, kemudiannya dibahagi dengan jumlah pengalir perlindung dan kawasan neutral akan memberikan keputusan rintangan kabel perlindung. Ujian ini lazimnya menggunakan alat uji seperti jangka ohm samada jenis analog pun jenis berdigit.

(6)

Dengan menggunakan seutas wayar, sambungkan punca tamatan neutral dengan punca bumi di kotak agihan pengguna. Pilih satu punca soket keluaran dan dengan alat jangka ohm sukatan keterusan litar di antara punca bumi dengan neutral.

Gambar 8.5.2 Ujian litar peerlindungan penggunaan

 Pilih alat uji yang sesuai, periksa bateri.

Periksa dawai uji ( test leads ) dan keluaran ( probe ) – jika ada kerosakan.

Pelarasan sifar dan periksa penukaran ( calibration ).

 Pilih julat meter yang betul – skala ohm.  Lakukan ujian dan rekodkan bacaan.

(7)

8.6 UJIAN RINTANGAN PENEBATAN

Ujian ini adalah untuk memastikan tidak terdapat litar pintas di dalam pemasangan. Peraturan IEE mencadangkan bahawa 2 jenis rintangan penebatan patut dijalankan iaitu:

 Ujian 1 – ujian di antara pengalir hidup.

 Bagi sistem 1 fasa – di antara fasa dan neutral.  Bagi sistem 3 fasa – di antara pengalir fasa.

– di antara pengalir fasa dan neutral.

 Ujian 2 – ujian di antara punca bumi dan semua pengalir yang membawa arus. Pengujian kabel dengan kabel-kabel lain bagi memastikan tidak terdapat sebarang kerosakan ke bumi yang boleh menyebabkan tripping pada peranti sistem perlindungan.

Alat uji digunakan dalam pengujian ini adalah penguji megger ohm.

(8)

Merujuk kepada gambar 7.6.1 menunjukkan sambungan bagaimana hendak melakukan ujian penebatan ini.

Dalam peraturan langkah ujian adalah :

• Periksa terlebih dahulu alat uji yang hendak digunakan.

• Pilih samada hendak menguji litar individu atau pada kotak agihan. • Semua beban hendaklah ditanggalkan.

• Suis pada sambungan kabel fasa hendaklah di “on” kan. • Suis utama dibuka.

• Aksesori pendawaian dari jenis elektronik seperti kawalan pemalap hendaklah ditinggalkan.

Bacaan penguji meggar hendaklah tidak kurang daripada satu Megaohm / MΩ dan reakodkan bacaan.

(9)

Gambar 8.6.2 (b) Ujian penebatan litar individu

Dalam Rajah 8.6.3 dan 8.6.4 pula menunjukan sambungan bagi pengujian penebatan bagi sistem tiga fasa.

• Ujian di antara kabel fasa.

• Ujian di antara kabel dengan neutral.

(10)

Gambar 8.6.4 Ujian penebatan di antara kabel neutral dengan kabel – kabel fasa

8.7 UJIAN KEKUTUBAN

Tujuan ujian kekutuban ialah untuk menentukan supaya keperluan-keperluan berikut memuaskan.

 Semua suis dan alat kawalan kutub tunggal dipasangkan pada pengalir fasa sahaja.

 Sesentuh luar pemegang lampu jenis Edison skru disambungkan pada pengalir neutral.

 Sambungan pada soket alur keluar bagi setiap pengalir fasa, neutral dan bumi disambungkan pada punca yang betul.

Ujian kekutuban boleh dijalankan secara litar mati atau litar hidup. Alat penguji yang digunakan pada ujian kekutuban secara litar mati ialah jangka ohm atau loceng penguji. Manakala bagi secara litar hidup lampu penguji atau jangka volt digunakan. Dalam peraturan langkah ujian secara litar mati adalah :

(11)

• Pilih alat uji yang sesuai untuk tujuan pemeriksaan kekutuban. • Periksa alat uji dan pastikan dalam keadaan boleh digunakan.

Suis utama hendaklah di ‘ off ‘ kan.

• Semua beban hendaklah ditanggalkan dari litar. • Sambungkan dawai uji mengikut rajah ujian.

Nota : selepas menguji suis, sambungan sementara hendaklah ditinggalkan dari suis hendaklah di ‘on’ kan sebelum menguji pemegang lampu.

Gambar 8.7.1 Ujian kekutuban suis dan pemasangan lampu

Sambungan sementara dibuat pada punca tamatan dengan punca tamatan fasa pada soket keluaran. Ujian dilakukan pada kotak agihan dengan meletakkan dawai uji pada tamatan bumi dengan fasa, rekodkan bacaan yang di peroleh daripada alat uji.

(12)

Ujian kekutuban ketika mati boleh menggunakan alat uji seperti meter ohm atau buzer elektrik dan ketika litar ada bekalan boleh menggunakan mentol lampu.

Gambar 8.7.2 Ujian kekutuban soket keluaran

8.8 UJIAN GALANGAN GELUNG BUMI

Tujuan utama galangan gelung bumi untuk mengetahui nilai galangan gelung bumi dalam pemasangan bagi menentukan jenis perlindungan kebocoran ke bumi yang sesuai digunakan.

Terdapat dua jenis ujian gelung impeden bumi. • Ujian gelung talian - bumi.

(13)

Gambar 8.8.1 Alat penguji gelung berdigit

Perlu dirujuk kembali gelung rosak ke bumi ( TN-S ) ujian dan pengukuran galangan biasanya didalam keadaan atau situasi persekitaran suhu embien dan tidak ketika berlakunya rosak ke bumi, kerana ketika ini biasnya suhu kabel akan meningkat. Peningkatan perlu diambil kira jika merekodkan bacaan pengukuran ketika berlakunya rosak ke bumi.

(14)

Z, merupakan pertentangan maksimum kepada aliran arus apabila berlaku arus rosak ke bumi. Manakala panjang keseluruhan kabel perlindung bagi pemasangan pengguna adalah gelung bumi. Alat uji yang lazim digunakan untuk ujian ini adalah alat penguji gelung ( Loop Tester ).

Gambar 8.8.3 Penguji gelung ( Loop Tester )

(15)

Alat penguji gelung mempunyai butang ujian dan apabila ini ditekan arus akan keluar mengalir dalam gelung bumi pengguna dan bacaan dalam nilai ohm ditunjukkan pada penguji sebagai nilai galangan Z, jika tidak ada sambungan ke bumi pada litar, dengan itu ujian yang dilakukan tidak dilakukan tidak dapat menunjukan sebarang bacaan.

Dalam peraturan langkah ujian adalah :

• Pilih alat uji yang betul dan periksa sebagai ujian pertama.

• Lakukan ujian pada soket keluaran dan rekodkan bacaan yang maksimum.

8.9 UJIAN KENDALIAN PEMUTUS LITAR BOCOR KE BUMI ( ELCB, RCD, RCCB )

Peraturan menyatakan di mana santuhan tak langsung atau perlindungan tambahan oleh ELCB/RCD/RCCB kepada sentuhan terus, ianya hendaklah diuji bagi menghuraikan kendaliannya dalam had tempoh masa yang dihendaki.

RCD - Residual Current Device.

RCCB - Residual Current Circuit Breaker. ELCB – Eart Leakang Circuit Breaker.

(16)

Kesimpulanya ujian ini adalah untuk mengetahui keberkesanaan kendalian perantis pemutus litar mengikut tempoh masa uang di tetapkan dalam peraturan apabila berlaku arus bocor ke bumi.

Dalam pemasangan, peranti perlindungan ini mempunyai butang ujian sendiri. Pengguna hanya perlu menekan butang bagi memastikan kendaliannya.

Konsep kendalian ditunjukan seperti pada rajah dibawah. Dalam ujian ini tidak begitu lengkap sepertimana melakukan ujian menggunakan alat penguji RCD, iaitu tempoh masa terpelantik dirakamkan bagi mempastikan kendalian yang sebenar. Ujian ini hanya setakat menguji RCD/ELCB boleh mempelantik apabila butang ditekan.

Gambar 8.9.1 prinsip kendalian RCD

Peralatan yang digunakan untuk ujian ini adalah alat penguji RCD. Alat ini direka untuk (simulate) arus rosak boleh di suntik ke dalam litar pendawaian mengikut kadaran arus yang dikehendaki.

(17)

Gambar 8.9.2 Alat penguji RCD

Dalam keadaan kendalian normal arus Ip tidak seimbang dengan arus IN ketika butang uji ditekan akan membuatkan pemutus litar terpelantik.

Mengikut peraturan langkah ujian adalah :

• Pilih alat ujian dan semak ujian untuk pertama.

• Ujian pada 50% kadaran arus mempelantik. Pelantikan mesti berlaku dalam tempoh masa 200ms.

Ulang dengan gelombang sinus selisih 180o.

• Peranti perlindungan dengan kadaran 10mA atau 30mA hendaklah dilakukan ujian tambahan dengan alat uji diset lima kali arus perlantikan dan peranti harus berkandali dalam tempoh masa kurang daripada 40ms.

(18)

8.10 UJIAN RINTANGAN ELEKTROD BUMI

Dalam peraturan memerlukan ujian rintangan elektrod bumi sebagai pengetahuan bagi kegunaan perlindungan. Ujian ini juga bagi mempastikan nilai bacaan rintangan bumi yang terendah. Pealatan yang digunakan bagi ujian ini adalah set penguji bumi.

Gambar 8.10.1 Set Penguji Bumi

(19)

Langkah ujian secara amnya adalah seperti berikut :

• E adalah elektrod bumi yang ditanam dalam tanah.

• Pancangkan elektrod tambahan P dan C mengikut jarak yang diberi. • Ketiga – tiga elektrod tersebut hendaklah dipancak selari dengan penguji

bumi.

• Tekanan suis ujian dan laraskan pelaras ohm sehingga angka sifar. • Rekodkan bacaan rintangan yang di tunjukan olah pelaras ohm.

8.11 KAEDAH MENGESAN KEROSAKAN LITAR

Kerosakan Litar Buka.

Terdapat beberapa kemungkinan yang boleh menyebabkan kerosakan litar terbuka. Ini bermakana arus tidak dapat mengalir di dalam litar dan ini boleh menyebabkan sesuatu atau kesemua punca bekalan terpotong di dalam sistem pendawaian pengguna. Di antara punca yang menyebabkan berlakunya litar tersebut adalah :

• Pengalir di dalam kabel terputus.

• Sambungan pengalir kabel terkeluar daripada punca tamatan. • Sesentuh suis tidak dapat berfungsi dengan baik.

• Kerosakan mekanikal pada pemengang lampu, soket keluaran, suis menyebabkan tiada sentuhan.

(20)

Mengesan litar terbuka

:-Sistem Kondiut

• ‘ OFF ‘ kan suis utama.

• Sambungkan punca tamatan hidup dan neutral dalam kotak agihan pemgguna kepada punca bumi.

• Suis 1 hendaklah di ‘on’ kan.

• Menggunakan meter ohm sambungan dawai ujinya kepada punca bumi kondiut dengan poin x, y dan z secara bergilir.

• Jika bacaan meter tinggi atau infiniti ini menandakan :  Kabel putus.

 Sambungan tamatan aksesori terbuka.  Suis rosak.

( a ). Memeriksa penabat pemasak nasi elektrik.

• ‘On’ kan suis soket keluaran sambungan pada beban sepertimana sebelum berlakunya perlantikan satu persatu untuk mengesan punca kerosakan litar atau peralatan elektrik. Jika salah satu daripada suis tersebut menyebabkan perlantikan peranti perlindungan, periksa litar bahagian ini atau peralatanya. • Lakukan ujian yang bersesuian sepertimana pada langkah yang telah

(21)

8.12 KEROSAKAN BUMI

Kadangkala berlaku juga kerosakan pada sistem perlindungan atau bumi. Kerosakan ini berlaku apabila punca fasa bersentuhan dengan pengalir bumi atau mana-mana bahagian logam bagi sistem pendawaian atau pun pada pekakas elektrik. Kerosakan ini menyebabkan bahagian logam tersebut menjadi punca fasa. Ini merbahaya kepada pengguna, jika tersentuh pada bahagian logam ini boleh menyebabkan berlakunya renjatan elektrik.

8.12.1 Kerosakan Litar Pintas

Kerosakan ini lazimnya terjadi apabila punca fasa dan punca neutral bersentuh di antara satu sama lain. Apabila berlaku litar pintas yang teruk akan menyebabkan peranti perlindungan terpelantik lalu memotong bekalan elektrik. Jika peranti perlindungan tidak berfungsi, ini boleh menyebabkan kabel menjadi panas dan boleh menyebabkan kerosakan penebat dan boleh berlaku kebakaran. Di antara sebab kemungkinan berlaku litar pintas adalah :

• Berlaku kerosakan pada penebat kabel.

• Sambungan pengalir kabel longgar di punca tamatan sehingga bersentuh dengan pengalir kabel kutub yang berlawanan.

• Berlaku kerosakan pintas pada aksesori pendawaian seperti suis, soket keluaran, pemagang lampu pendaflour dan lain – lain.

(22)

• Berlaku kerosakan pintas pada peralatan elektrik seperti kipas, seterika, cerek elektrik, pemasak nasi elektrik, pengisar makanan, pembakar roti dan pekakas elektrik lain.

• Sambungan dawai penguji alat penguji megger.

• Bagi pemasak yang baik, bacaan lat penguji megger hendaklah tidak kurang daripada 0.5MΩ.

• Jika bacaannya kurang daripada 0.5 MΩ, bermakna pemasak dalam keadaan kurang baik dan perlu pemeriksa penabatan.

Periksa kabel pemasak, mungkin berlaku kerosakan pintas pada kabel.  Kabel yang luka penabatnya atau rosak perlu digantikan dengan yang

baru.

8.13 “DOING INSPECTION IN BUILDING SERVICES” (PRISON)

Dalam tempoh praktikal saya diarahkan pergi ke tapak bina untuk membuat tinjauan. Di sini saya di tugaskan untuk membuat ‘inspection’ bagi setiap perkakasan yang ada dalam sesebuah bangunan bersama dengan pihak kontraktor dan arkitek yang terlibat di dalam melaksanakan projek ini. Dalam pada masa yang sama juga untuk membuat ‘linking test’. Apa yang dilakukan ini adalah bagi memastikan setiap perkakasan yang ada di dalam setiap bangunan dapat digunakan atau sebaliknya.

Apa yang dilakukan dalam membuat ‘inspection’ ini adalah menyemak bilangan fitting yang ada seperti lampu, kipas, soket dan sebagainya. Dalam pada itu, ‘testing soket’ diberikan bagi membuat ‘testing’ sama ada soket itu dapat digunakan atau tidak. Ini adalah kerana memastikan penyambungan bagi ‘live, neutral and earth’ adalah betul. Pada ‘testing socket’ yang diberikan ini, jika salah satu penyambungan tidak menyala maka terdapat kesalahan pada penyambungan itu. Di sini kita dapat lihat

(23)

melalui nyalaan api kecil yang ada pada ‘testing socket’. Jika menyala kesemuanya maka keadaan penyambungannya adalah betul. Dan soket ini tidak mempunyai sebarang masalah dan begitu juga disebaliknya.

Dalam pada itu, kami juga membuat ‘linking test’ pada ‘sinki, wc, shower, dan wash hand basin’. Apa yang dilakukan ini adalah untuk memastikan segala peralatan yang ada mestilah dibuat pengujian terlebih dahulu sama ada mempunyai kebocoran pada perangkap atau berlakunya kelonggaran pada pemasangan paip yang di buat dan sebaliknya. Selepas selesainya pengujian di buat di setiap bilik/bangunan maka catatan di ambil bagi membuat penyemakan/analisis pada kerosakan dan masalah yang lain.

(24)

Gambar 8.13.2 :‘Testing lampu’ bagi membuat pengujian ke atas lampu

Semasa pengujian dibuat terdapat beberapa masalah yang di temui dan dihadapi

seperti:-i) Lampu di dalam bilik tidak menyala. Ini adalah kerana beberapa bilangan lampu tidak mempunyai ‘starter’.

ii) Soket yang tidak menyala pada ‘testing socket’ menunjukkan terdapat kesalahan pada pemasangan ‘live, earth and neutral’.

iii) Soket dan juga telefon outlet yang masih ada belum dipasang. iv) Kelonggaran yang terdapat pada pemasangan kepala pili paip.

v) Terdapat seunit tandas yang tiada pemasangan bar control pada ‘water cistern’.

(25)

vi) Pemasalahan pada pam water cistern. Tandas yang dipam airnya melimpah di sebabkan air yang masuk tidak dapat di kawal kerana terdapat kelonggaran pada pemasangan.

8.13.1 Contoh gambar bagi pemasalahan yang di hadapi ketika membuat ‘inspection’.

(26)

Gambar

Gambar 8.4.1  Ujian litar gelang pengguna
Gambar 8.5.1  Meter ohm untuk ujian keterusan litar
Gambar  8.5.2  Ujian litar peerlindungan penggunaan
Gambar 8.6.1 Penguji megger ohm
+7

Referensi

Dokumen terkait

HUBUNGAN PENGETAHUAN GIZI DAN LAMA MENJADI KADER POSYANDU DENGAN TINGKAT PARTISIPASI MASYARAKAT DALAM PENIMBANGAN POSYANDU (D/S) DI KELURAHAN SEMANGGI KECAMATAN PASAR KLIWON

Sedangkan menurut masyarakat sendiri Kanwil Kemenkumham Riau terkendala secara tekhnis yaitu cara sosialisasi Kanwil Kemenkumham Riau yang tidak menyeluruh ke

Dua atau lebih proton dengan lingkungan magnet yang sama akan mempunyai nilai pergeseran kimia yang sama dan hanya menghasilkan satu sinyal proton NMR.. Agenda

Dengan adanya pembelian barang yang tinggi sehingga harus adanya pengendalian internal yang baik di dalam Hotel Shangri-La Surabaya khususnya dalam siklus

Meskipun pemupukan NPK nyata mempengaruhi bobot kering polong dibanding kontrol, namun penambahan pupuk hayati pada dosis N yang lebih rendah (1/4–1/2 N), meningkatkan hasil

Pertimbangan Hakim selanjutnya menolak eksepsi terdakwa terkait dengan kewenangan Komisi Pemberantasan Korupsi bahwa penyitaan dapat dilakukan oleh penuntut umum Komisi

Menimbang : bahwa untuk mendorong terciptanya efisiensi dalam penyusunan laporan pemeriksaan dan pendapat dari segi hukum yang terdapat dalam Pernyataan Pendaftaran dalam

(1) Daerah Pengawasan Jalan, selanjutnya disebut DAWASJA adalah merupakan ruang sepanjang jalur Daerah Milik Jalan yang dibatasi oleh lebar dan tinggi tertentu yang ditetapkan