• Tidak ada hasil yang ditemukan

PRINSIP KELUARGA ISLAM MENDEPANI NORMA BAHARU SEMASA PANDEMIK COVID-19. Abstrak

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "PRINSIP KELUARGA ISLAM MENDEPANI NORMA BAHARU SEMASA PANDEMIK COVID-19. Abstrak"

Copied!
13
0
0

Teks penuh

(1)

194

PRINSIP KELUARGA ISLAM MENDEPANI NORMA BAHARU SEMASA PANDEMIK COVID-19

Mualimin Mochammad Sahidi, Hasnizam Hashimii & Fettane Amariii

i (Corresponding author), Senior Lecturer, Faculty of Syariah and Law, Universiti Sains Islam Malaysia,

mualimin.sahid@usim.edu.my

ii Senior Lecturer, Faculty of Syariah and Law, Universiti Sains Islam Malaysia, hasnizam@usim.edu.my

iii Assistant Professor, Kulliyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences, IIUM,

fettane@iium.edu.my

Abstrak

Pandemik Covid-19 yang melanda hampir di seluruh pelosok dunia tidak hanya memberi kesan kepada struktur kehidupan fizikal manusia yang menjadi mangsa jangkitan virus Corana. Namun, pandemik yang tidak diketahui bila hilangnya ini juga telah merubah tatanan masyarakat khasnya pada tahap yang paling kecil iaitu keluarga. Sebagai bahagian paling penting dalam masyarakat, keluarga menjadi sumber kekuatan untuk membangun bangsa dan negara serta dasar tegaknya sebuah tamadun. Islam sebagai panduan dan cara hidup (way of life) memiliki nilai-nilai mulia sejagat. Ia juga menjadi rujukan utama dalam membentuk keluarga yang kuat dan mampu mendepani segala cabaran semasa. Kejayaan dan kekuataan sebuah bangsa dan negara bergantung kepada kuatnya sebuah masyarakat dan insititusi keluarga di dalamnya. artikel ini bertujuan menjelaskan aspek-aspek penting yang mendokong kekuatan keluarga pasca pandemik covid-19 dan panduan Islam dalam konsep keluarga menghadapi cabaran normal baharu. Berdasarkan fakta dan maklumat yang dihimpun dari pelbagai sumber dan literatur khasnya tulisan-tulisan tentang pandemik covid-19, normal baharu serta konsep keluarga dalam Islam, artikel ini mendapatkan beberapa hasil kajian di antaranya adalah bahawa terdapat banyak pengajaran yang diambil dari musibah pandemik covid-19 yang telah menguji manusia dan menjadikannya lebih kuat jika ia dihadapi dengan usaha serta sikap yang positif. Konsep keluarga Islam yang berdasarkan kepada ajaran al-Qur’an dan as-Sunnah jika diterapkan dengan benar, akan menghasilkan struktur keluarga yang kuat dalam mendepani segala keadaan. Disamping itu, normal baharu yang menjadi amalan dan kebiasaan masa kini secara umumnya telah terkandung dalam nilai-nilai ajaran Islam yang tidak disedari dan belum sempurna diamalkan oleh masyarakat. Justeru, adalah penting untuk kembali kepada ajaran Islam yang lengkap agar dapat memahami konsep keluarga dan memperkuat institusi ini khanya semasa mendepani normal baharu pasca pandemik.

(2)

195 PENDAHULUAN

PANDEMIK COVID-19: UJIAN ATAU MUSIBAH?

Pandemik Covid-19 yang melanda hampir seluruh pelosok dunia hari ini dianggap sebagai musibah dan ujian besar bagi umat manusia. Virus COVID-19 ini dikategorikan satu pandemik yang sangat menakutkan kerana telah membabitkan jutaan mangsa, sama ada yang dijangkiti mahupun yang meninggal dunia. Bahkan negara-negara maju yang mempunyai peralatan kesihatan dan ujian saringan yang canggih sekali pun, tidak terkecuali dari dilanda virus ini serta bertungkus lumus memeranginya. Ini menunjukkan bahawa pandemik ini tidak mengenal bangsa, negara, rupa, warna kulit mahupun status ekonomi. Di hampir semua negara yang dilanda musibah ini, telah dilakukan segala usaha untuk membendung penyebaran virus dan membuat ujian saringan dengan tujuan memutuskan rangkaian jangkitan. Usaha seperti lockdown, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), penjarakan sosial, serta melakukan kebiasaan baharu ditempuh bagi membantu menghentikan penularan pandemik ini. (Yunus & Rezki, 2020) Seluruh sistem kehidupan manusia telah berubah secara mendadak di segala aspek kehidupan seperti agama, sosial, ekonomi, hubungan antar daerah dan negara, budaya dan lain-lain. Norma-norma dan kebiasaan hidup sehari-hari setiap orang telah berubah kerana pengaruh yang luar biasa dari kesan-kesan yang ditimbulkan oleh pandemik covid-19.

Sebagai umat beriman, sudah semestinya mengambil segala pelajaran dan hikmah dari musibah COVID-19 ini. Pada setiap yang terjadi dalam kehidupan orang yang beriman, terdapat banyak hikmah dan bukan hanya satu kejadian yang sia-sia. Tidak bijaksana jika menganggap pandemik COVID-19 ini terjadi semata-mata kerana penularan sebuah virus dan tersebarnya penyakit saja. Sebaliknya, apa yang berlaku adalah di atas kehendak Allah yang ditunjukkan kepada makhluq-NYA sebagai bukti bahawa DIA lah yang memiliki kekuasaan menciptakan, menghidupkan, mematikan dan melenyapkan segala sesuatu. Manusia sebagai makhluk-NYA hanya berusaha dengan segala kekuatannya untuk menghindari segala wabak dan penyakit. Ini menunjukkan bahawa manusia adalah makhluk yang lemah dan tidak memiliki upaya kecuali hanya berusaha dan terus memohon doa kepada-NYA. Kerana kesabaran dan doa yang disertai usaha berterusan menjadi kunci tawakkal seorang hamba beriman setelah berikhtiyar mengharapkan pertolongan Tuhan-NYA (Supriatna, 2020).

Segala yang berlaku perlu difahami sebagai satu ujian sekaligus musibah. Ujian bagi hamba-hamba-NYA yang beriman, dan musibah bagi seluruh umat manusia sebagai peringatan kepada mereka semua untuk kembali menginsafi kewujudan Allah

(3)

196

yang Maha Pencipta dan Penguasa seluruh alam. Jika kesedaran dan keinsafan ini muncul, manusia sebagai makhluk yang lemah akan akur dengan kekuasaan Allah yang memiliki segala kuasa menganugerahkan kebaikan disebalik segala ujian yang menimpa hamba-hamba-NYA.

Dalam ajaran Islam, Allah SWT mengajarkan hamba-NYA cara-cara menghadapi dan menyikapi musibah yang terjadi, seperti yang disebut dalam al-Quran: “(Iaitu) orang yang apabila mereka ditimpa sesuatu kesusahan (musibah), mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.” (QS Al-Baqarah: 156). Dalam ayat al-Quran ini Allah SWT menggunakan perkataan ‘musibah’ untuk menggambarkan bahawa ia boleh sahaja menimpa orang beriman sebagai peringatan agar mereka insaf dan kembali ingat Allah SWT. Dan dalam hadith Nabi SAW juga disebut tentang galakkan berdoa untuk mereka yang ditimpa musibah. Beliau SAW menggunakan kata ‘musibah’ dalam doa: “Ya Allah, berilah pahala atas musibah yang menimpaku dan berilah ganti dengan yang lebih baik.” (HR Muslim, no. 918). Maka sudah sewajarnya untuk sentiasa menghadapi segala musibah, ujian dan kejadian yang menimpa dengan kesabaran, keredhaan, dan berusaha mencari langkah terbaik untuk menyelesaikannya. Inilah perkara yang dituntut oleh ajaran Islam.

KONSEP KELUARGA DALAM ISLAM

Konsep keluarga dalam Islam jelas dinyatakan dalam ajaran yang diambil dari dua (2) sumber utama Syarak, iaitu Al-Qur’an dan As-Sunnah. Meskipun keluarga adalah institusi kecil dalam sebuah masyarakat, tapi ia merupakan asas utama dalam pembinaan dan kekuatan sebuah negara dan peradaban. Peradaban yang unggul adalah manifestasi keteguhan dan kestabilan institusi kekeluargaan. Jika struktur kekeluargaan longgar, maka peradaban yang dibina akan mengalami keretakan dan menuju keruntuhan.

Dalam Islam, proses terbinanya institusi kekeluargaan telah digariskan oleh Allah SWT dan Rasul-NYA secara terperinci. Sebuah keluarga harus dimulai dengan ikatan perkahwinan yang sah antara lelaki dan perempuan. Keluarga yang bahagia dan dibangun di atas dasar agama dan prinsip ajaran Islam yang benar, akan membawa masyarakat menuju kepada kemajuan dan peradaban. Keluarga yang bahagia merupakan faktor yang penting yang perlu diperhatikan dan diikuti oleh seluruh lapisan masyarakat. (A’dawiyah, 2011)

Oleh kerana itu, Allah SWT telah menetapkan peraturan dalam hal perkahwinan secara terperinci bermula dari memilih calon suami isteri, berkenalan (ta’aruf), meminang sehingga terbinanya sebuah rumah tangga. Tanggungjawab suami isteri sangat penting

(4)

197

untuk mewujudkan rumah tangga dan keluarga yang bahagia. Suami dan isteri mempunyai tanggungjawab masing-masing yang perlu dilaksanakan dengan sempurna untuk memperoleh kebahagiaan dan kesejahteraan rumah tangga. Sebagai implikasinya, jika tanggungjawab terhadap keluarga ini diabaikan, akan memberi kesan yang buruk kepada keluarga dan anak-anak. Maka dalam Islam, calon suami dan isteri perlu membuat persiapan untuk mendirikan rumah tangga agar mendapatkan keluarga yang bahagia.

Konsep keluarga dalam Islam tidak bersifat patriarchal (lelaki lebih dominan) dan juga bukan matriarchal (perempuan lebih dominan). Rumah tangga Islami harus berlandaskan prinsip saling memahami, melengkapi, dan berbincang (mesyuarat) di antara anggota keluarga. Masing-masing ahli ini mempunyai tanggungjawab yang perlu dilaksanakan dengan sebaik mungkin agar ikatan kekeluargaan kuat dan berjalan seperti yang diharapkan.

Adanya keluarga yang utuh, baik dan kuat, menjadi jalan menuju peradaban masyarakat dan bangsa yang berjaya. Masyarakat yang berperadaban bermula dari institusi keluarga yang dibina berlandaskan kasih sayang dan tanggungjawab. Maka, jika Institusi kekeluargaan terbina, seterusnya disemai dengan kasih sayang, akan menghasilkan sebuah masyarakat yang harmoni dan bersatu, serta terbinanya bangsa yang maju dan berperadaban tinggi.

NORMA BAHARU PASCA PANDEMIK COVID-19

Sehingga hari ini, usaha membendung penularan pandemik Covid-19 masih terus-menerus dilakukan oleh pemerintah di semua negara yang dilanda wabak. Segala usaha dilakukan untuk menghentikan dan memutuskan rangkaian virus yang telah memakan jutaan mangsa. Meskipun belum sepenuhnya dapat dibasmi kerana belum ditemukan obat dan vaksinnya, harapan besar untuk keluar dari musibah ini semakin cerah. Namun, sebagai akibatnya, satu kebiasaan atau norma baharu (new normal) akan menjadi rutin harian setiap lapisan masyarakat pasca pandemik ini. Pengalaman selama beberapa bulan di saat penyebaran virus dan ramainya mangsa dijangkiti, telah mengajar dan memaksa masyarakat menjalani kehidupan dengan kebiasaan-kebiasaan baharu. Norma baharu ini mungkin akan berlangsung lama bahkan akan menjadi kebiasaan selamanya. (Habibi, 2020)

Di samping kesan buruk yang ditimbulkan pandemik Covid-19, ada nilai-nilai positif dan manfaat yang besar disebalik berlakunya musibah ini serta hikmah dari rutin kehidupan norma baharu. Cara-cara masyarakat berinteraksi dan menjalani kehidupan

(5)

198

setelah ini akan berubah. Meskipun tidak mudah, tetapi demi keselamatan nyawa, harta dan masa depan, seluruh lapisan masyarakat perlu menjalaninya.

Di antara kebiasaan-kebiasaan yang berubah pasca pandemik ini seperti menjaga jarak fisikal dan sosial (Physical and Social Distancing) dengan tidak bersalaman atau berpelukan ketika bertemu dan berpisah, tidak keluar rumah kecuali jika keadaan memerlukan, bekerja dari rumah, kegiatan belajar dan mengajar di sekolah secara dalam talian (KPM, 2020), aktiviti jual beli secara online, tidak menghadiri tempat-tempat yang ramai orang dan susah menjaga jarak satu sama lain, tidak bepergian ke luar negara sehingga keadaan negara-negara yang mengalami penularan virus corona atau seluruh dunia bebas dari pandemik Covid-19 ini. Kegiatan bercuti, bersiar-siar di tempat-tempat keramaian seperti pasar raya dan pasar-pasar juga tidak lagi menjadi keutamaan. Dan yang paling penting adalah sentiasa menjaga kebersihan dan kesihatan dengan cara membasuh tangan dengan air dan sabun, memakai pembersih tangan (hand sanitizer), memakai pelitup muka dan hidung ketika keluar, menutup muka dan mulut jika bersin dan lain-lain (Widiyani, 2020).

Jika diperhatikan, banyak manfaat dan kebaikan dengan mengamalkan kebiasaan-kebiasaan (norma) baharu ini. Efektifiti kerja dan efisiensi waktu dapat dilaksanakan, penggunaan dana dan fasiliti seperlunya sahaja sehingga dapat menjimatkan kos dan tenaga. Disamping itu, hubungan sosial dan kekeluargaan semakin rapat dan terjaga, serta yang paling penting adalah penjagaan kebersihan dan kesihatan yang dapat meningkatkan imun (ketahanan) dan kecergasan setiap individu dalam masyarakat.

Norma baharu bukanlah suatu yang susah diamalkan, bahkan sebaliknya, ia boleh diadaptasi untuk kepentingan bersama pada masa hadapan. Norma baharu juga menjadi cabaran tersendiri bagi semua orang, jika disikapi dengan positif dan diambil hikmah pengajarannya, dapat menjadi peluang untuk meningkatkan kualiti kerja, kecepatan dan kreatifiti dalam mendepani segala keadaaan, khasnya di era Revolusi Industri 4.0 (IR4.0) dan kehidupan digital seperti sekarang ini. Usaha mengadaptasi norma baharu ini akan menjadikan semua lapisan masyarakat mampu menjalani rutin kehidupan harian dengan tetap mengekalkan prestasi dan produktiviti masing-masing. Dalam keluarga, setiap ahlinya perlu bersedia secara fizikal dan mental dalam mengadaptasi serta menjalani kebiasaan-kebiasaan baharu yang hadir pasca pandemik Covid-19 ini (Nuramdani, 2020).

(6)

199

PANDUAN ISLAM UNTUK KELUARGA KUAT DAN HARMONI

Terdapat beberapa konsep pendekatan dalam membina kekuatan keluarga seperti yang digalakka, seperti amalan keluarga berkumpul bersama, keluarga saling berinteraksi satu sama lain, keluarga mendiri dan produktif, serta keluarga peduli dan suka berbagi. Termasuk juga pendekatan untuk menguatkan kembali gerakan kembali ke meja makan sebagai salah satu cara mengaktifkan fungsi keluarga iaitu: iaitu agama, cinta kasih, perlindungan, ekonomi, sosial pendidikan, reproduksi, sosial budaya, dan lingkungan. Dalam era seperti sekarang, khususnya dalam mendepani norma baharu pasca pandemik Covid-19, konsep-konsep ini sangat bermanfaat dan perlu diamalkan.

Keutuhan institusi keluarga dan ikatan kekeluargaan yang kuat sangat penting sebagai pemangkin lahirnya keluarga yang harmoni yang akan menjadi sumber kekuatan untuk membangun bangsa dan negara. Keluarga yang kuat akan selalu menghidupkan, memelihara dan memantapkan serta mengarahkan segala kekuatan sebagai perisai dalam menghadapi persoalan yang terjadi dalam masyarakat. Maka sudah semestinya setiap keluarga memahami fungsi masing-masing ahli keluarga, memahami cara mendidik (pendidikan dan tarbiyah) agar anak menjadi kuat secara mental dan fizikal serta berperanan aktif dan positif dalam kehidupan sosial. (Taubah, 2016)

Oleh kerana itu, Islam sangat mementingkan keluarga dan memberikan perhatian lebih berpandukan dua (2) sumber utama Syarak, iaitu Al-Qur’an dan As-Sunnah. Sebagai contoh konsep keluarga yang diambil dari model pendidikan berdasarkan kisah Luqman al-Hakim seperti yand disebut dalam Surah Luqman ayat 13-19. Dalam beberapa ayat ini dapat diambil pengajaran dan konsep pendidikan anak dalam sebuah keluarga yang menekankan pendidikan aqidah yang perlu ditanamkan dalam diri anak sejak dini. Pendidikan tauhid sangat penting sebagai modal dasar bagi anak dalam menjalani kehidupan. Pendidikan untuk berbuat baik kepada kedua orangtua (birrul walidain), pendidikan untuk menanamkan cinta amal salih pada diri anak yang faham bahawa apa sahaja yang dikerjakan manusia, betapapun halus dan kecilnya, tidak luput dari pengawasan Allah SWT dan semuanya akan mendapatkan balasannya. Disamping pendidikan ibadah kepada Allah SWT yang menjelaskan kewajipan mengerjakan apa yang telah diperintahkan untuk mendirikan sholat dan berdakwah. Serta pendidikan tentang akhlak dengan berbuat baik kepada kedua orangtua, merendahkan suara, sopan santun, tidak bohong, sabar menghadapi segala musibah, kesusahan dan kesulitan yang menimpa, serta sifat syukur kepada Allah SWT atas nikmat iman, dan kepada orangtua atas nikmat pendidikan (tarbiyah). Disamping itu, pelajaran lain adalah berperilaku yang baik iaitu dengan hidup sederhana dan bersikap rendah hati atau tawadhu’ kepada orang lain. (Ma’arif, 2010)

(7)

200

Dalam tuntutan As-Sunnah juga telah disebut pelbagai kepentingan institusi keluarga, panduan menjadi pemimpin keluarga yang baik dan bertanggungjawab, pentingnya menjaga segala yang diamanahkan dalam keluarga, kepentingan memahami hak dan tanggungjawab setiap ahli keluarga, dan lain-lain pengajaran dalam membentuk keluarga kuat dan harmoni. Bahkan Nabi SAW sendiri telah mengingatkan dan mendeklarasikan kepentingan menjadi yang terbaik dalam keluarga. Seperti dalam sabda Beliau: “Orang yang paling baik diantara kalian adalah dia yang paling baik untuk keluarganya, dan aku adalah orang yang paling baik diantara kalian untuk keluargaku” (HR Ibnu Majah, No. 1977)

Pesan yang dapat diambil dari hadis ini adalah bahawa untuk menjadikan institusi keluarga baik dan harmoni, perlu dimulai dari ketua keluarga sebagai nahkoda bahtera rumah tangga. Menjadi seorang ketua rumah tangga yang terbaik adalah tuntutan agama. Sebelum memimpin keluarga menjadi baik, ketua keluarga perlu menjadi seorang yang baik terlebih dahulu. Maka, tidak menghairankan jika Nabi SAW menyifatkan bahawa orang yang paling baik di antara yang lainnya adalah dia yang paling baik dalam keluarganya. Paling baik memberi isyarat bahawa dia adalah role model, orang yang diikuti dan ditiru sebagai ikutan oleh ahli keluarga atau mereka yang di bawah kepimpinannya.

Model terbaik yang perlu diikuti dalam keluarga adalah apa yang dicontohkan sendiri oleh Nabi SAW. Beliau SAW – seperti yang gambarkan oleh Aisyah RA – adalah seperti Al-Qur’an yang berjalan. Akhlaq dan kepribadian Nabi SAW keseluruhannya bersumber dan berdasarkan kepada Al-Qur’an. dalam hadis seperti yang disebut diatas memberitahu ummatnya bahawa beliau adalah orang yang terbaik untuk keluargannya.

Dalam banyak literatur hadis juga menyebutkan kisah Nabi SAW dalam menguruskan rumah tangga. Diantaranya, meskipun beliau disibukkan dengan tanggungjawab sebagai pemimpin, beliau tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga dan berusaha membahagikan waktu dengan sebaik-baiknya untuk keluarga. Nabi SAW menunjukkan sifatnya sebagai ketua keluarga dengan tidak membiarkan isterinya menyelesaikan urusan rumah bersendirian tanpa pertolongannya. Tanpa dipaksa dan disuruh, beliau SAW akan membantu dan tidak pernah mengambil kesempatan ke atas isterinya.

(8)

201

PRINSIP KELUARGA ISLAM DALAM MENDEPANI NORMA BAHARU PASCA PANDEMIK COVID-19

Kekuatan sebuah keluarga di saat-saat sulit seperti ketika musim pandemik Covid-19 ini bergantung kepada banyak faktor, sama ada dalam mahupun luar. Faktor dalaman berasal dari struktur dan keharmonisan ikatan kekeluargaan. Adapun faktor luaran lebih dipengaruhi oleh kondisi fizikal masyarakat dan ekonomi negera, serta hubungan sosial.

Sebagai contoh, keadaan keluarga dan pendidikan (pengasuhan) anak dapat dibahagikan kepada tiga fasa: 1. Fasa sebelum pandemik, iaitu fasa pengasuhan anak adalah dilakukan oleh ibubapa, keluarga, guru dan lain-lain. 2. Fasa semasa pandemik, orangtua sebagai pemeran utama dalam pengasuhan anak, dan 3. Fasa setelah pandemik atau fasa norma baharu yang merupakan fasa baru dan lebih menekankan protokol kesihatan dengan gabungan pola pengasuhan sebelumnya. (Widiyani, 2020)

Dalam menghadapi era norma baharu dengan segala kebiasaan baru seperti yang disebut di atas, ajaran Islam telah memberikan panduan dan tuntunan untuk diamalkan oleh seluruh lapisan masyarakat, sama ada individu mahupun keluarga. Panduan ini bersumberkan daripada ajaran Islam yang diambil dari pesan-pesan Al-Qur’an dan As-Sunnah, di antaranya adalah seperti berikut:

1. NORMA BAHARU DALAM MENJAGA KEBERSIHAN DAN KESIHATAN

Ajaran Islam sangat menekankan pentingnya dua prinsip yang dijunjung tinggi, iaitu kebersihan dan kesihatan. Di era merebaknya pandemik Covid-19, dua perkara ini menjadi amalan utama yang wajib dijaga dan dilakukan sebagai usaha membendung penularan virus. Himbauan dan arahan untuk menjaga kebersihan diri dan keluarga berada menjadi keutamaan untuk tujuan menjaga kesihatan. Sering membasuh tangan dengan sabun atau cairan pembersih (hand sanitizer) diwajibkan sebelum dan setelah beraktifiti. Mengambil makanan yang berkhaisat dan bermanfaat untuk tubuh selalu dianjurkan, berehat yang cukup, serta pemeriksaan suhu badan dipantau setiap waktu demi menjaga tubuh tetap cergas dan sihat. (“Covid-19, New Normal, dan Perencanaan Pembangunan di Indonesia,” 2020)

Kebiasaan dan amalan ini telah menjadi sebahagian dari ajaran Islam yang menjadi aktiviti dan rutin harian seorang muslim, iaitu menerusi kewajipan membersihkan diri dengan berwudhu’ dan mandi sebelum menunaikan solat. Bahkan kebersihan diri (wudhu’) ini menjadi syarat utama sah dan tidaknya ibadah solat. Dan wudhu’ yang paling sempurna adalah seperti diajarkan dalam Al-Qur’an serta dicontohkan oleh Nabi SAW dengan membersihkan bagian-bagian tubuh yang biasanya

(9)

202

terbuka dan berpotensi menyimpan kotoran-kotoran dari dalam mahupun luar. Salah satunya adalah mencuci kedua tapak tangan sebelum mulai membersihkan bahagian anggota badan yang wajib dibersihkan seperti wajah, tangan, kepala dan kaki.

Seperti disebut dalam firman Allah SWT: “Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan solat, maka berwudhu’ lah” (QS Al-Ma’idah: 6), dan dalam hadis Nabi SAW bersabda: “Kebersihan adalah sebagian dari keimanan” (HR Muslim no. 223). Dalam ajaran Islam yang juga nilai-nilai murni universal “konsep mencegah itu lebih baik daripada mengobati” sangat ditekankan. Justeru, protokol pencegahan penularan virus Covid-19 juga adalah satu usaha untuk mencegah penyakit sebelum terjadi. Oleh kerana kesihatan itu sangat penting, maka Islam juga sangat memuji orang beriman yang mempunyai badan yang sihat dan kuat, seperti disebut dalam sebuah hadis: “orang beriman yang kuat (kerana sehat) itu lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada orang beriman yang lemah (tidak sehat)” (HR Muslim, No. 2664)

2. NORMA BAHARU DALAM BERDISIPLIN DAN MENTAATI PEMIMPIN

(PEMERINTAH)

Demi menjaga kesihatan diri dan orang lain, serta sebagai usaha memutuskan rantai penularan virus Covid-19, sikap berdisiplin dan taat segala peraturan serta perintah pemimpin menjadi faktor penting keberhasilan bebas dari musibah yang melanda. Disiplin dan taat perintah, juga menjadi kunci dalam menghentikan penyebaran virus mematikan ini. Maka menjadi tanggungjawab pemimpin dan pemerintah untuk mewajibkan segala protokol kesihatan yang wajib diikuti oleh seluruh lapisan masyarakat.

Menjaga jarak fizikal dan sosial, perintah menutup mulut dan hidung dengan mask ketika keluar rumah, menutup dan menangguhkan untuk sementara sekolah dan kegiatan belajar mengajar, pasar-pasar dan segala tempat keramaian yang berpotensi menjadi tempat penyebaran virus. Bahkan kegiatan keagamaan berupa solat jamaah dan solat Jumaat di masjid-masjid (khasnya di Kawasan bukan zon hijau) juga ditiadakan untuk sementara. Meskipun terdapat tindakbalas yang pelbagai dari masyarakat, sama ada yang setuju mahupun tidak terhadap arahan pemerintah dan pemimpin agama, namun ia dilihat sebagai satu upaya yang perlu dilakukan, dan hukumnya harus secara hukum Syarak, khasnya demi menjaga kemaslahatan yang lebih besar, iaitu menjaga dan melindungi nyawa. (Ansori, 2020)

Dalam ajaran Islam, sikap disiplin dan mentaati pemerintah dan pemimpin adalah satu kewajipan selagimana ia bukan untuk perkara-perkara yang dianggap maksiat atau menyalahi ajaran agama. Pesanan untuk bersikap disiplin, tepat waktu dan menghargai masa telah disebut dalam Al-Qur’an dan As-Sunnah. Seperti firman Allah SWT dalam

(10)

203

surah An-Nisa’ ayat: 59 “Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada Ulil amri (pemimpin dan orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu”.

Oleh kerana menjaga dan melindungi nyawa adalah merupakan tujuan Syarak (Maqasid Syariah) yang diutamakan, dan mentaati pemerintah atau pemimpin adalah wajib, maka perlu didahulukan daripada melaksanakan urusan yang dianggap sunnah atau kepentingan sekunder. Dalam kaidah hukum Islam (Qawaid Fiqh) disebutkan “menghindari kemudharatan atau kerusakan perlu didahulukan daripada mendapatkan kemaslahatan”.

Dalam urusan disiplin pula, Islam telah mengajarkannya melalui amalan ibadah sholat yang Allah telah tentukan waktunya. Allah SWT berfirman: “Sesungguhnya sholat itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya” (QS An-Nisa’: 103). Dan dalam hadith juga disebut apakah amalan yang paling dicintai Allah? Nabi SAW menjawab “Solat tepat pada waktunya” (HR Bukhari no. 527). Dari kebiasaan dan rutin harian seorang muslim dalam menjalankan perintah agama, ada pengajaran untuk bersikap disiplin. Oleh itu, jika sekiranya perlu menjalani norma baharu yang mengharuskan untuk berdisiplin, ia tidak menjadi masalah kerana keluarga muslim khasnya telah terbiasa mengamalkan sikap disiplin dan taat perintah serta himbauan pemimpin.

3. NORMA BAHARU DALAM MENGUTAMAKAN KELUARGA (FAMILY FIRST)

Di antara pesan dan ajaran Islam adalah mengutamakan dan memberi perhatian lebih kepada keluarga sendiri sebelum orang lain. Allah SWT juga telah menyebut bahawa seseorang itu perlu mendahulukan dirinya dan keluarganya dari siksaan api neraka sebelum orang lain. Allah berfirman: “Wahai orang-orang yang beriman peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka…”(QS Al-Tahrim: 6). Dalam sabda Nabi SAW juga dengan jelas memberi pesanan untuk mengutamakan keluarga dengan menjadi seseorang yang terbaik dalam keluarganya sebelum orang lain (HR Ibnu Majah, No. 1977). Bahkan dalam berbuat baik berupa bantuan keuangan (bersedekah), Islam menggalakkan untuk mendahulukan keluarga terdekat, kerana amalan mulia ini mengandung dua kebaikan, seperti dalam Sabda Nabi SAW: “Memberi sedekah kepada orang miskin dihitung satu kebaikan (pahala sedekah), dan kepada seseorang yang ada ikatan kekeluargaan ada dua kebaikan, iaitu pahala sedekah silaturrahim” (HR Ibnu Hibban, No. 3344).

Selama musim pandemik Covid-19, terdapat satu hikmah dan pengajaran berharga yang dapat diambil, iaitu kesempatan bersama-sama ahli keluarga disebabkan perintah tetap berada di rumah dan tidak keluar kecuali untuk perkara yang penting sahaja (PKP). Waktu bersama-sama keluarga lebih banyak, kegiatan dan aktifiti (quality time) bersama

(11)

204

mereka juga lebih sering. Kesempatan ini jika dimanfaatkan dengan baik, akan menjadi sangat bermakna dan sebagai realisasi konsep family first (keluarga didahulukan). Keluarga menjadi keutamaan kerana mereka adalah insan-insan terdekat dengan kita yang Islam perintahkan untuk didahulukan daripada orang lain. Keluarga yang harmoni adalah keluarga yang memiliki ketua rumahtangga terbaik bagi mereka. Jika keluarga kuat kerana ketuanya yang menjadi insan terbaik, yang mengutamakan mereka dari orang lain, sudah sewajarnya menjadi pemangkin utama terbinanya masyarakat yang kuat dan bertamadun.

4. NORMA BAHARU DALAM KELUARGA YANG BERSIKAP POSITIF

(HUSNUDZAN)

Islam mengajarkan ketika ditimpa musibah atau menghadapi segala kesulitan dan ujian agar selalu bersikap positif dan berprasangka baik dalam segala keadaan. Keyakinan dan keimanan terhadap adanya hikmah, pelajaran dan kebaikan disebalik peristiwa yang berlaku diperintahkan agama. Kerana Allah SWT telah mengingatkan dalam firman-NYA: “Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan ingatlah Allah jualah yang mengetahui semuanya itu sedangkan kamu tidak mengetahuinya” (QS Al-Baqarah: 216). Dan dalam ayat lain Allah SWT berfirman: “Katakanlah (wahai Muhammad) tidak sekali-kali akan menimpa kami susuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami” (QS At-Tawbah: 51). Pesan dari ayat ini dan ayat-ayat yang lainnya dalam Al-Qur’an mengajarkan pentingnya keimanan dan keyakinan kuasa Allah atas segala yang terjadi, semuanya atas kehendak-NYA dan ada hikmah serta kebaikan disebaliknya.

Keyakinan ini akan membawa hamba yang beriman kepada sikap sentiasa berprasangka baik kepada Allah Sang Pencipta, bersabar atas segala musibah, dan menyerahkan segalanya kepada ketetapan-NYA. Karakter ini pula yang diajarkan Nabi SAW agar selalu bersikap positif menghadapi segala sesuatu, seperti dalam sebuah hadith Qudsi Nabi SAW bersabda: Sesungguhnya Allah berfirman “Aku adalah seperti yang hamba-Ku sangkakan, jika ia bersangka baik kepada-Ku niscaya ia akan mendapatkan kebaikan, dan jika bersangka buruk, maka ia akan mendapat keburukan” (HR Muslim, No. 7505).

Berdasarkan prinsip-prinsip ajaran Islam di atas, menjalani norma baharu (new normal) pasca pandemik Covid-19 bagi keluarga muslim akan menjadi sesuatu yang mudah dan ringan. Mereka akan sentiasa bersikap positif dan bersangka baik dalam segala situasi dan keadaan. Maka dengan sikap seperti ini, disamping keyakinan dan keimanan yang mantap disertai ketaatan, disiplin dan kesabaran akan membuahkan kebaikan. Sebuah keluarga dengan karakter seperti ini akan membentuk masyarakat yang kuat dan tangguh dalam menghadapi segala ujian atau musibah. Kebiasaan baru

(12)

205

dengan segala protokol dan peraturan yang ditetapkan oleh pemimpin atau pemerintah, akan dijalani dan dihadapi dengan sikap positif dan bijaksana.

KESIMPULAN

Perubahan yang terjadi dan diakibatkan oleh pandemik Covid-19 wajar berlaku dan perlu dihadapi oleh seluruh lapisan masyarakat. Munculnya kebiasaan dan norma baharu yang menjadi satu kemestian pasca wabak ini juga mempengaruhi struktur kekeluargaan. Konsep keluarga menurut Islam seperti yang digariskan dalam ajaran Al-Qur’an dan As-Sunnah menjadi panduan terbinanya keluarga yang kuat dan harmoni. Maka, dalam situasi baru dan sulit seperti saat terjadinya pandemik maupun ketika ia berlalu, bagi keluarga yang kuat dan harmoni, akan dengan mudah menjalani dan melewati keadan yang dihadapi. Panduan yang bersumber dari Al-Quran dan As-Sunnah ternyata menjadi bekalan keluarga dalam menghadapi segala perubahan yang berlaku. Segala tuntutan dan protokol kesihatan serta kebiasaan baru pasca pandemik Covid-19 secara tidak langsung telah terkandung dalam amalan dan panduan ajaran Islam. Oleh kerana itu, kekuatan dan kemampuan sebuah masyarakat dan negara dalam mengharungi norma baharu pasca pandemik ini bergantung kepada seberapa kuat dan harmoninya sebuah keluarga. Jika tantanan keluarga yang membentuk masyarakat itu tangguh, maka segala kesulitan dan musibah yang terjadi akan dapat dilewati dengan mudah kerana keluarga adalah bahagian penting dan asas kuat yang menjadi pemangkin tamadun sebuah bangsa.

BIBLIOGRAFI

A’dawiyah, I. (2011). Konsep Keluarga Berkualiti Menurut Islam. Al-Hikmah. Ansori, Z. (2020). Shalat Jumat di Tengah Wabah Corona. Jambi-Independent.Co.Id. Covid-19, New Normal, dan Perencanaan Pembangunan di Indonesia. (2020). Jurnal

Perencanaan Pembangunan: The Indonesian Journal of Development Planning. https://doi.org/10.36574/jpp.v4i2.118

Habibi, A. (2020). Normal Baru Pasca Covid-19. Journal.Uinjkt.Ac.Id. https://doi.org/10.15408/adalah.v4i1.15809

KPM. (2020). Garis Panduan Pelaksanaan Pengajaran Dan Pembelajaran (PdP) Semasa Perintah Kawalan Pergerakan Disebabkan Penularan jangkitan COVID-19. KPM.100-1/3/2.

(13)

206

Ma’arif, S. (2010). Konsep al- qur’an tentang keluarga bahagia. Gelar Sarjana Pendidikan Islam (S.Pdi).

Nuramdani, M. (2020). New Normal: Definisi, Panduan, Penerapan Saat Pandemi COVID-19. PT Media Kesehatan Indonesia.

Supriatna, E. (2020). WABAH CORONA VIRUS DISEASE (COVID 19) DALAM PANDANGAN ISLAM. SALAM: Jurnal Sosial Dan Budaya Syar-I.

https://doi.org/10.15408/sjsbs.v7i6.15247

Taubah, M. (2016). PENDIDIKAN ANAK DALAM KELUARGA PERSPEKTIF ISLAM. Jurnal Pendidikan Agama Islam (Journal of Islamic Education Studies).

https://doi.org/10.15642/pai.2015.3.1.109-136

Widiyani, R. (2020). Tentang New Normal di Indonesia: Arti, Fakta dan Kesiapan Daerah.

Yunus, N. R., & Rezki, A. (2020). Kebijakan Pemberlakuan Lock Down Sebagai Antisipasi Penyebaran Corona Virus Covid-19. SALAM: Jurnal Sosial Dan Budaya Syar-I. https://doi.org/10.15408/sjsbs.v7i3.15083

https://www.bkkbn.go.id/detailpost/melalui-gerakan-kembali-ke-meja-makan-bkkbn-mengajak-keluarga-berkumpul-dan-berkomunikasi-bersama

Referensi

Dokumen terkait

Anggota Direksi wajib melaksanakan tugasnya dengan itikad baik untuk kepentingan Perusahaan dan sesuai dengan maksud dan tujuan Perusahaan, serta memastikan agar

Dengan tidak mengurangi ketentuan dalam pasal 4 ayat (6) Penetapan Presiden Nomor 6 tahun 1959 (disempurnakan) dan pasal 5 sub b Peraturan Menteri Dalam Negeri dan Otonomi

Alhamdulillahirabbil alamiin, dengan mengucapkan puji syukur kehadirat ALLAH SWT atas segala rahmat dan hidayahnya sehingga Penulis dapat menyelesaikan penyusunan tugas akhir

Penelitian ini bertujuan untuk mendeskripsikan bahasa pencitraan pada level kosakata dan mendeskripsikan level gramatika dalam wacana iklan Pilkada Kabupaten Tuban

Pendekatan STS memiliki karakteristik sebagai berikut: identifikasi masalah (oleh siswa) di dalam masyarakat yang mempunyai dampak negatif; mempergunakan masalah yang ada

Pada Balai Penelitian terjadi kekurangan pada tahun- tahun 1982/1983 - 1986/1987, sedangkan sejak tahun 1988/1989 sampai dengan akhir tahun proyeksi akan ter jadi kelebihan

Hasil estimasi regresi dari reksa dana saham yang menjadi sampel penelitian dari penulis menggunakan program SPSS adalah sebagai berikut:.. Reksa Dana

dan n %u %u&u &u. ;ntu& itu< &ami menghara,&an &e&urangan dan masih !auh dari &esem,urnaan.. #alah satu su% sistem &esehatan nasional