• Tidak ada hasil yang ditemukan

International Conference on Global Education VII Humanising Technology For IR 4.0

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "International Conference on Global Education VII Humanising Technology For IR 4.0"

Copied!
9
0
0

Teks penuh

(1)

AMALAN PERKHIDMATAN KANTIN TERBAIK MEMBERI KESAN TERHADAP KEMENJADIAN MURID SMK PASIR GUDANG

Shariza Binti Shorkan (shariza.shorkan@gmail.com)

ABSTRAK

Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti amalan perkhidmatan kantin terbaik memberi kesan terhadap kemenjadian murid Sekolah Menengah Kebangsaan Pasir Gudang, Johor. Seramai lima orang murid dari Sekolah Menengah Kebangsaan Pasir Gudang dipilih sebagai responden. Kajian ini dijalankan dengan menemu bual responden. Data telah dianalisis secara tematik. Hasil kajian menunjukkan amalan perkhidmatan kantin memberi kesan yang positif terhadap kemenjadian murid di Sekolah Menengah Kebangsaan Pasir Gudang ditahap yang tinggi berdasarkan kepada pertambahan kehadiran, dan keputusan peperiksaan . Murid -murid juga mengambil perhatian dalam pengendalian makanan yang sihat dan bersih, kebersihan dan persekitaran kantin. Beberapa cadangan telah dikemukakan sebagai penambah baikan dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan makanan di kantin sekolah. Beberapa cadangan kajian lanjutan bagi pengkaji yang ingin meneruskan kajian ini pada masa akan datang turut diberikan.

Kata Kunci: Amalan Perkhidmatan Kantin Terbaik dan Kemenjadian Murid

Pengenalan

Dalam kehidupan seharian, makanan merupakan keperluan asasi yang sangat penting dalam kehidupan untuk memastikan kesihatan individu lebih terjamin di samping itu, ia memberikan tenaga kepada manusia untuk melaksanakan pelbagai aktiviti (Aishah, 2003). Pengambilan makanan yang seimbang dan terjamin kebersihannya dapat memberikan kesempurnaan terhadap kesihatan. Makanan juga memainkan peranan yang sangat penting bagi penyebab dan pencegahan dalam pelbagai jenis penyakit (Mary Stewart, 2000). Oleh itu, kita semua bertanggungjawab dalam menjamin keseluruhan nilai makanan yang diberikan kepada kanak-kanak dan remaja sama ada di rumah, sekolah atau di mana-mana saja (FOMCA, 2007). Isu berkaitan kebersihan makanan di kantin sekolah sentiasa diberi perhatian yang serius oleh jabatan-jabatan kerajaan yang tertentu. Malahan, ia menjadi keutamaan bagi pihak kerajaan untuk mengawasi kesihatan pelajar-pelajar di sekolah (Jurnal Pengguna Malaysia, 2002).

Para pelajar akan menghadapi risiko menghidap pelbagai penyakit akibat daripada pemakanan yang tidak sihat. Oleh itu,perkhidmatan makanan di sekolah perlu memainkan peranan dalam memastikan makanan yang disediakan adalah selamat dan bersih daripada sebarang pencemaran. Chmelynski (2005), Jone dan Newton (1997) pula berpendapat, perkhidmatan makanan ialah perkhidmatan makanan dan minuman yang diberi kepada pelanggan dalaman dan luaran dengan cara yang berkesan, selamat dan bersih di samping mewujudkan kepuasan pelanggan. Ini disokong oleh Wallace L. Rande (1995), yang menyatakan bahawa kebanyakan orang bersetuju bahawa perkhidmatan makanan perlu sentiasa bersih, bukan dari segi makanan malahan persekitaran premis makanan tersebut. Oleh itu, perkhidmatan makanan yang berkualiti dan sempurna perlu dititik beratkan bagi memastikan kualiti perkhidmatan makanan dan kepuasan pelanggan menjadi tunggak keberkesanan dan keuntungan bagi sesuatu organisasi.

(2)

Perkhidmatan makanan sekolah iaitu kantin merupakan tempat utama di mana pelajar-pelajar memperolehi makanan pada sesi persekolahan. Persekitaran yang bersih, selamat dan kondusif menggalakkan murid untuk menikmati hidangan dengan selsesa. Oleh yang demikian, mereka juga dapat mengulangkaji pelajaran dan membuat perbincangan dalam kumpulan dengan tenang. Dengan itu, pihak sekolah tidak boleh mengabaikan kebersihan dan keselamatan kantin. Sebagaimana tumpuan diberikan kepada kelas dengan pengajaran dan pembelajarannya, tumpuan juga harus diberikan kepada kantinnya. Ini kerana kantin bukan sekadar tempat makan, tetapi sebagai tempat di mana murid dapat mengulangkaji pelajaran dan berehat dengan tenang (Panduan Pengurusan Kantin Sekolah, 2004). Cleland et al (2004), menyatakan bahawa makanan yang dijual, amalan pengendali makanan dan persekitaran di kantin sekolah memainkan peranan penting dalam memastikan fizikal dan mental pelajar berkembang dengan baik dan seimbang.

Dalam kepekaan pihak kantin menjaga kebersihan makanan yang dihidangkan kepada murid, terdapat juga isu lain yang perlu dititik beratkan. Dalam penyediaan makanan persekitaran kantin turut memainkan peranan dalam kepuasan murid menikmati hidangan seperti keceriaan suasana kantin dan elemen hiburan. Menurut Peter (1990), keceriaan yang diterapkan di ruang makan premis makanan dapat menjana minda pelanggan untuk lebih kreatif. Pernyataan tersebut dapat dikaitkan dengan kreativiti murid di sekolah yang mana mereka menjadi lebih teruja untuk makan di kantin. Suasana ceria di kantin sekolah juga dapat menjadi sebagai pemangkin kepada murid untuk kerap hadir ke sekolah dan sekali gus membantu untuk meningkatkan peratus kehadiran sekolah tersebut (Salwa Munira, 2010). Dewasa ini elemen hiburan mula diperkenalkan di kantin sekolah iaitu murid disajikan dengan persembahan nyanyian, tarian dan ceramah ketika waktu rehat, ketika mereka menikmati makanan. Perkara ini ternyata telah mendapat sambutan baik dalam kalangan murid sekolah dan juga guru. Ianya wajar dikekalkan untuk meringankan bebanan perasaan mereka ketika sesi pembelajaran dalam kelas sebelum rehat, dan lebih bersemangat untuk menyambung pembelajaran selepas waktu rehat (Mohd Rizal. 2010).

Pernyataan Masalah

Melalui latar belakang masalah, didapati kebanyakan terjadinya keracunan makanan di kantin sekolah berlaku disebabkan kurangnya kepekaan dan keperihatinan para pengendali makanan dalam menjaga kebersihan makanan. Ini disokong oleh Brown et al. (1994),yang menyatakan bahawa menjaga kebersihan diri semasa mengendalikan makanan agar dapat mencegah pencemaran makanan adalah satu kewajipan moral seorang pengusaha yang profesional. Berdasarkan kenyataan ini, amalan pekerja kantin dalam mengendalikan makanan memainkan peranan yang penting dalam menyediakan makanan yang selamat dan berkualiti.

Di samping itu, menjaga kebersihan persekitaran premis menjual makanan juga amatlah penting untuk mengelakkan berlakunya pencemaran dan keracunan makanan. Menurut Jamal (1998), terdapat lima jenis bahaya yang boleh berpunca daripada makanan iaitu bahaya disebabkan kuman, kurang makan dan terlebih makan, persekitaran yang tercemar, racun atau toksin semulajadi dalam makanan dan aditif makanan. Bahaya yang disebabkan kuman merupakan peringkat bahaya paling atas di antara kelima-lima jenis bahaya tersebut. Hal ini berkaita rapat dengan kesihatan murid sekolah. Sekiranya mereka memakan makanan tercemar, mereka tidak dapat memberi tumpuan terhadap pembelajaran mereka (Rizal & Salwa Munira, 2010).

(3)

Selain itu, persekitaran pencemaran makanan yang menyebabkan keracunan boleh terjadi dimana-mana di persekitaran kita. Mikroorganisma seperti bakteria dan virus akan membiak berkali-kali ganda dalam satu masa apabila berada pada medium dan persekitaran yang sesuai. Kontaminasi makanan boleh dielakkan dengan menutup makanan daripada dicemari lalat, meminimunkan persentuhan dengan makanan, memastikan makanan mentah dan makanan yang telah dimasak diasingkan.

Pembuangan sampah yang tidak sempurna juga boleh menyebabkan kontaminasi. Kehadiran haiwan peliharaan dan perosak juga perlu dielakkan bagi memastikan persekitaran tempat memasak dalam keadaan bersih. Oleh yang demikian, kebersihan persekitaran memainkan peranan yang penting untuk mengelakkan berlakunya kontaminasi, pencemaran makanan dan pembiakan mikroorganisma. Persekitaran kantin yang kotor menjadikan murid kurang berminat untuk menikmati makanan dan mengulangkaji pelajaran di kantin (Andrioli, 2009).

Isu persekitaran kantin tidak hanya berfokus kepada aspek kebersihan semata – mata. Suasana premis makanan juga perlu ceria dengan hiasan dan gambar – gambar makanan yang lazat bagi membangkitkan selera pelanggan (Brown et al. 2000). Oleh yang demikian kantin sekolah mestilah turut ceria untuk menarik minat murid makan di kantin. Kantin yang bersih dan ceria sahaja tidak mencukupi untuk membangkitkan keinginan murid untuk duduk di kantin menikmati hidangan sekiranya tidak diselitkan dengan elemen hiburan seperti nyanyian murid, alunan alat muzik dan sebagainya. Mungkin juga dengan penambahan elemen hiburan di kantin secara tidak langsung merangsangkan peratus kehadiran dan pencapaian akademik murid.

Berdasarkan kepada pernyataan masalah yang telah dinyatakan di atas, penyelidik ingin melakukan kajian mengenai amalan perkhidmatan terbaik kantin memberi kesan terhadap kemenjadian murid Sekolah Menengah Kebangsaan Pasir Gudang.

Objektif Kajian

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kaitan atau kesan kemenjadian murid dengan amalan perkhidmatan terbaik kantin di sekolah . Objektif bagi kajian ini adalah untuk: 1) Mengenal pasti amalan perkhidmatan terbaik kantin dari aspek amalan pekerja

kantin dalam mengendalikan makanan.

2) Mengenal pasti amalan perkhidmatan terbaik kantin memberi kesan terhadap kehadiran murid ke sekolah.

3) Mengenal pasti amalan perkhidmatan terbaik kantin memberi kesan terhadap kebersihan persekitaran kantin.

4) Mengenal pasti amalan perkhidmatan terbaik kantin memberi kesan dalam aspek peningkatan pencapaian akademik murid

Persoalan Kajian

Merujuk kepada objektif kajian, dapat dikaitkan dengan empat persoalan bagi kajian ini seperti:

1) Apakah persepsi murid terhadap amalan perkhidmatan terbaik kantin dari aspek amalan pekerja kantin dalam mengendalikan makanan?.

2) Adakah amalan terbaik perkhidmatan kantin memberi kesan terhadap kehadiran murid ke sekolah?

3) Sejauh mana amalan perkhidmatan kantin terbaik memberi kesan terhadap kebersihan persekitaran kantin?

(4)

4) Sejauh manakah amalan terbaik perkhidmatan kantin memberi kesan dalam aspek peningkatan prestasi akademik murid sekolah?

Kepentingan Kajian

Penyelidik berharap agar hasil kajian yang dijalankan dapat memberi manfaat kepada pihak berkenaan. Antara kepentingan kajian ini adalah:

Kepada Individu

Maklumat yang diperolehi daripada kajian yang dijalankan dapat memberi pengetahuan kepada individu tentang kepentingan amalan perkhidmatan terbaik kantin sekolah. Selain itu, ia bertujuan untuk meningkatkan kesedaran individu berhubung perkhidmatan makanan yang baik di sesebuah kantin.

Murid

Kajian ini juga berkepentingan kepada individu terutamanya murid dalam pengambilan makanan yang berkhasiat. Mereka sepatutnya tahu menilai kebersihan makanan yang diambil.

Ibu bapa

Ibu bapa memainkan peranan penting dalam memupuk amalan pengambilan makanan anak-anak. Seseorang kanak-kanak dipengaruhi oleh amalan pemakanan ibu bapa di mana bermula dari lahir sehinggalah dewasa. Ibu bapa juga memainkan peranan dalam pemilihan premis makanan yang bersih dan selamat. Melalui kajian ini nanti, diharapkan murid – murid atau remaja mendapat pengetahuan mengenai amalan pemakanan yang sihat agar kesihatan dan perkembangan diri mereka sempurna.

Pendidik

Sebagai pendidik, kita perlu mengetahui pentingnya kualiti perkhidmatan penyediaan makanan kepada murid untuk melahirkan murid yang sihat dan cemerlang melalui pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Sekolah

Kajian ini juga memberi kepentingan bagi pihak sekolah dalam memastikan pengusaha-pengusaha kantin untuk menyediakan makanan yang berkhasiat kepada murid - murid. Ini kerana makanan yang berkhasiat amat penting untuk menjamin kecergasan fizikal dan kecerdasan mental mereka.

Adalah wajar kita mengkaji akan pentingnya kebersihan dan keceriaan kantin di sekolah kerana sebilangan besar daripada murid banyak menghabiskan masa mereka berada di kantin untuk mengulangkaji pelajaran, membuat kerja rumah dan perbincangan dalam kumpulan untuk menyiapkan tugasan. Amalan pemakanan yang sihat dan teratur serta memakan makanan yang bersih di tempat yang bersih dan selamat dapat menjamin kesihatan fizikal, mental dan tumbesaran yang sempurna.

Pengusaha Kantin

Kajian yang dijalankan ini juga dapat memberi motivasi dan memupuk rasa tanggungjawab kepada pengusaha kantin supaya mereka boleh memperbaiki perkhidmatan daripada pelbagai aspek mengikut keperluan dan keutamaan pelanggan khususnya murid sekolah.

Batasan Kajian

Dalam kajian ini, murid dipilih untuk dijadikan responden. Kajian ini adalah terbatas kepada sampel murid - murid di Sekolah Menengah Kebangsaan Pasir Gudang, Johor. Seramai lima orang murid terlibat dalam kajian ini. Kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti kemenjadian murid terhadap amalan perkhidmatan terbaik kantin

(5)

Sekolah Menengah Kebangsaan Pasir gudang, Johor. . Instrumen kajian yang digunakan adalah berbentuk soalan temu bual.

Metodologi Populasi Kajian

Populasi kajian ini adalah murid – murid Sekolah Menengah Kebangsaan Pasir Gudang, Johor. Sepuluh orang murid akan mewakili amalan terbaik perkhidmatan kantin sekolah.

Sampel merupakan sumber untuk mendapatkan data (Mohd Najib, 1999) dan mewakili populasi. Sampel yang tepat dalam sesuatu kajian dapat mengurangkan kesilapan keputusan dan boleh meninggikan kesahan dan kebolehpercayaan skor (Mohd Najib, 1999). Sampel dalam penyelidikan ini terdiri daripada murid – murid Sekolah Menengah Kebangsaan Pasir Gudang, Johor yang terdiri daripada murid sesi pagi dan sesi petang di mana merupakan responden kepada kajian ini. Jumlah sampel adalah seramai sepuluh orang. Memandangkan kajian ini dilakukan secara kualitatif dengan analisis data menggunakan kaedah tematik, responden yang terlibat adalah bergantung kepada hasil temu bual mendalam yang sampai kepada suatu tahap di mana tiada maklumat baru yang diperolehi atau dipanggil titik tepuan data (Othman Lebar, 2007). Responden adalah terdiri murid lelaki dan murid perempuan, di mana jumlah murid lelaki adalah seramai lima orang dan murid perempuan adalah seramai tujuh orang.

Walaubagaimana pun, setelah sesi temu bual dijalankan hanya lima orang responden dapat ditemu bual mendalam dan data yang diperolehi telah sampai ke tahap titik tepuan. Dalam maksud yang lain tiada data baru yang diperolehi (Azizi Yahya, 2007). Maka, responden yang dijadikan sampel di dalam kajian ini hanyalah seramai lima orang sahaja.

Instrumen Kajian

Instrumen kajian yang digunakan ialah dalam bentuk soalan temu bual yang diajukan kepada responden. Kelebihan kaedah ini ialah responden hanya perlu menjawab soalan temu bual dengan spontan. Malah kaedah ini mudah mendapat kerjasama daripada para responden. Responden bebas memilih dan menyatakan pendapat dan menilai mengikut kehendak soalan temu bual.. Soalan temu bual merupakan satu cara untuk memperolehi maklumat dengan tepat dan lebih mendalam. Ini adalah kerana ia mempunyai beberapa kebaikan jika dibandingkan dengan cara-cara yang lain dalam usaha penyelidik untuk mendapatkan maklumat-maklumat kualititatif dan kuantitatif.

Penggunaan soalan temu bual dalam mendapatkan maklumat dan data adalah berdasarkan kesesuaian dalam aspek yang hendak dikaji, yang mana soalan temu bual selalu digunakan untuk mengukur konsep yang berkaitan dengan sikap, persepsi, dan pandangan selain dari keterangan latar belakang (Mohd Najib Ghafar, 1997).

Dalam kajian ini, pengkaji telah menggunakan soalan temu bual mendalam untuk memperolehi data kajian. Instrumen kajian ini mengandungi dua bahagian iaitu bahagian pertama mengandungi soalan temu bual berkaitan demografik responden dan soalan bahagian kedua mengandungi empat bahagian utama dan dua soalan sokongan untuk setiap satunya. Setiap soalan utama adalah menjurus kepada setiap satu objektif kajian yang telah dinyatakan.

(6)

Perbincangan

1. Apakah persepsi murid terhadap amalan perkhidmatan terbaik kantin dari aspek amalan pekerja kantin dalam mengendalikan makanan?

Dapatan menunjukkan kualiti perkhidmatan makanan di kantin adalah baik dan perlu dipertingkatkan lagi berdasarkan daripada amalan pekerja kantin dalam proses mengendalikan makanan. Ini dapat dibuktikan melalui dapatan kajian di mana majoriti responden iaitu murid memberikan respon yang sederhana terhadap amalan pekerja dalam mengendalikan makanan.

Seperti yang kita ketahui, amalan pekerja dalam mengendalikan makanan sangat penting kerana menjaga kebersihan diri semasa mengendalikan makanan agar dapat mencegah pencemaran makanan adalah satu kewajipan moral seorang pengusaha yang profesional (Brown, et al. 1994). Pekerja memainkan peranan yang penting dalam mengendalikan makanan kerana melalui sentuhan semasa proses penyediaan makanan, potensi makanan tercemar adalah tinggi.

Daripada hasil dapatan, menunjukkan bahawa pekerja kantin memakai sarung tangan dan tidak merokok di kawasan kantin sekolah adalah pendapat yang paling ramai diberikan oleh responden. Menurut Sergio Dan Peter (1990) amalan merokok oleh pengendali makanan semasa bertugas akan mengakibatkan bakteria berpindah daripada mulut kepada tangan dan pelanggan akan mendapat bau yang tidak menyenangkan berpunca daripada pernafasan pengendali makanan. Hal ini boleh menyebabkan pelanggan merasa tidak selesa dan cuba mengelakkan daripada membeli makanan dari premis tersebut. Hasil dapatan menyatakan, para pekerja mengetahui betapa pentingnya amalan memakai sarung tangan dan tidak merokok di sekolah. Ianya jelas menggambarkan bahawsa pekerja pengedali makanan di kantin SMK Pasir Gudang mengutamakan kebersihan dan menjaga kesihatan.

Mazlan (1997), berpendapat bahawa pengendali makanan mestilah dalam keadaan yang baik, sempurna pakaian dan bersih, menggunakan sarung tangan, penutup kepala bagi perlindungan diri dan habuk. Ini menunjukkan bahawa menutup kepala adalah satu peraturan yang wajib untuk semua pekerja. Hasil dapatan menunjukkan penyataan amalan pekerja di kantin sentiasa memakai penutup kepala adalah paling ramai . Ini menunjukkan pengendali makanan menjaga kebersihan diri semasa mereka bertugas. Sebagaimana yang diketahui, amalan yang baik ini dapat mengurangkan kadar pencemaran makanan boleh berlaku pada semua tubuh manusia daripada hujung rambut hingga hujung kaki.

Pelajar masih samar – samar terhadap kebersihan pekerja kerana kebanyakan daripada responden tidak pasti dengan amalan pekerja semasa mengendalikan makanan di belakang tabir. Kejadian ini berlaku mungkin disebabkan oleh masa rehat terlalu singkat sehingga murid tidak sempat untuk memerhatikan amalan pekerja. Pengusaha kantin perlu sedar bahawa individu yang bekerja di kantin merupakan satu daripada perkhidmatan makanan, maka setiap pekerja perlu menjaga kebersihan dan kesihatan. Pekerja perlu menjaga tubuh badan mereka sendiri supaya sentiasa dalam keadaan bersih dan kemas. Pengusaha perlu memastikan bahawa pekerja mereka sentiasa membasuh tangan, memakai apron dan penutup kepala semasa bekerja di kantin.

2. Adakah amalan terbaik perkhidmatan kantin memberi kesan terhadap kehadiran murid ke sekolah?

Dapatan bagi persoalan kajian yang kedua berkenaan dengan kaitan amalan perkhidmatan terbaik kantin dengan kehadiran murid. Hasil dapatan menunjukkan murid – murid berasa seronok dan tidak sabar menanti waktu rehat dan waktu pulang

(7)

dari sekolah . Ini adalah kerana pihak kantin menitikberatkan aspek kebersihan kawasan persekitaran kantin dan keceriaan kantin. Dengan pelbagai informasi berwarna – warni yang ditampal dan digantung dalam kawasan kantin membuatkan pelajar seronok berada di kantin kerana dapat mengetahui pelbagai maklumat yang baru (Salwa Munira, 2010).

Menurut kesemua responden lagi, hiasan yang diletakkan di kantin menambah keceriaan kantin tersebut. Hal ini menambah minat murid – murid untuk makan di kantin. Hasil kajian ini juga mendapati persembahan di kantin pada waktu rehat membuatkan mereka rasa sangat rugi untuk ponteng atau tidak hadir ke sekolah keranan pastinya terlepas persembahan mantap daripada rakan – rakan mereka pada hari tersebut.Responden – responden juga menyatakan persembahan di kantin menghidupkan suasana waktu rehat mereka seolah – solah mereka sedang menikmati hidangan di restoran ternama dengan disajikan persembahan nyanyian dan muzik. Alunan muzik dapat membuatkan seseorang lega dari tekanan yang dihadapinya (Walter, 2007). Berdasarkan pernyataan tersebut murid dapat mengurangkan tekanan yang meraka hadapi sewaktu pembelajaran di dalam bilik darjah dengan mendengar persembahan yang diadakan di kantin.Pendapat daripada kesemua responden ini menguatkan lagi fakta bagi menjawab persoalan kajian bahawa amalan menceriakan kantin dan menghidupkan suasana rehat pelajar menyumbang kepada kehadiran baik murid – murid SMK Pasir Gudang. Sebagai contoh peratus kehadiran murid di SMK Pasir Gudang telah meningkat daripada 97.23 % pada bulan September kepada 98.73 % pada bulan Oktober (Unit HEM SMKPG, 2018)

Walaubagaimana pun, persembahan yang diadakan di kantin perlu bertukar ganti seperti persembahan nyanyian, nasyid, pidato, ceramah motivasi dan demonstrasi masakan perlu digilir – gilirkan supaya murid – murid tidak merasa jemu malahan semakin tertarik untuk hadir ke sekolah kerana terdapat kelainan dalam persembahan yang disajikan di kantin setiap hari.

3. Sejauh mana amalan perkhidmatan kantin terbaik memberi kesan terhadap kebersihan persekitaran kantin?

Garis Panduan Kantin Sekolah (1989) disediakan bagi tujuan membantu pihak pentadbiran sekolah dan pengusaha kantin sekolah dalam melicinkan serta mempertingkatkan aspek pengawasan makanan agar sentiasa berada dalam keadaan memuaskan. Menurut Shock dan Stefaneli (1992), persekitaran merujuk kepada lokasi, luas ruang yang sedia ada dan suasana persekitaran. Perkhidmatan makanan yang berkualiti perlu mempunyai persekitaran yang selesa.

Secara keseluruhan, perkhidmatan makanan di kantin ini amat mementingkan fasilitinya berdasarkan kepada hasil dapatan yang diberikan oleh responden yang telah memberikan maklum balas positif terhadap item kemudahan tong sampah yang mencukupi dan tempat membasuh tangan disediakan sabun pencuci, tuala bersih untuk mengelap meja atau tisu serta kemudahan plastik untuk pembuangan sampah. Dengan adanya pelbagai kemudahan tersebut, maka kebersihan persekitaran dapat dijalankan dengan lancar dan dikawal dengan baik. Kawalan kebersihan kawasan kantin yang perlu diambil perhatian merangkumi kebersihan lantai, dinding dan siling, sistem pengudaraan dan pencahayaan, sistem pembuangan sampah, kemudahan membasuh tangan, serta peralatan kebersihan ( Knight dan Kotschevan, 2012). Di samping itu, Menurut Kazarian (1998), tempat makan yang selesa dengan kemudahan, dan kelengkapan yang mencukupi dapat menanam sikap sopan santun dan budaya makan

(8)

sampah tidak ditutup sepanjang masa, tidak dicuci dan dibersihkan memberikan hasil dapatan yang kurang baik. Ini menunjukkan pengendali kantin tidak menggunakan kemudahan yang ada sebaik mungkin. Tong sampah perlu ditutup sepanjang masa, dicuci dan dibersihkan untuk mengelak daripada berbau dan sentiasa bersih. Menurut Rande (1996), jika sesuatu restoran berbau atau kotor, pelanggan akan menganggap bahawa restoran tersebut tidak bersih.

Hasil dapatan yang paling tidak memuaskan adalah berdasarkan kepada maklum balas daripada responden bahawa haiwan berkeliaran di kawasan dapur dan tempat menghidang makanan. Walaubagaimanapun, ia masih berada di tahap yang kurang ketara. Ini menunjukkan pihak kantin masih membiarkan haiwan-haiwan berkeliaran di kawasan kantin dan ini boleh menyebabkan berlakunya pencemaran makanan. Menurut Abbey dan Macdonald (1979), berlakunya pencemaran makanan adalah disebabkan oleh beberapa perkara iaitu bakteria yang mungkin terdapat di dalam makanan, bakteria yang dibawa oleh haiwan perosak dan bakteria yang boleh dipindahkan oleh manusia. Pencemaran makanan oleh ejen haiwan amat mudah merebak sekiranya haiwan dibiarkan berkeliaran dalam premis makanan.

4. Sejauh manakah amalan terbaik perkhidmatan kantin memberi kesan dalam aspek peningkatan pencapaian akademik murid sekolah?

Persepsi murid terhadap kualiti perkhidmatan kantin bukanlah hanya dari aspek penyediaan makanan semata – mata tetapi merangkumi pelbagai aspek lain seperti prasarana dan kemudahan kantin (Rizal, 2010). Hasil dapatan maklumat daripada kesemua responden, murid lebih cenderung duduk di kantin untuk mengulangkaji pelajaran, membuat kerja rumah atau pun perbincangan dalam kumpulan untuk menyiapkan tugasan mereka. Jelas di sisni bahawa amalan terbaik perkhidmatan kantin bukan sahaja dalam penyediaan makanan sahaja tetapi turut merangkumi kemudahan sudut bacaan yang disediakan dan informasi yang disalurkan kepada murid melalui media massa. Dengan perkara yang tersebut murid – murid lebih selesa untuk membuat rujukan semasa mereka mengulangkaji pelajaran.

Menurut Waller (2006) bahan berinformasi seperti buku dan majalah yang diwujudkan di restoran atau kafe dapat menjadikan premis tersebut lebih menarik minat pelanggan. Kenyataan ini menjadikan premis menyediakan makanan seperti kantin wajar menyediakan sudut bacaan untuk rujukan murid – murid, bukan hanya sewaktu rehat malahan sewaktu tamat sesi pembelajaran dalam bilik darjah. Hasil dapatan maklumat daripada responden, murid – murid merasa teruja untuk mengulangkaji pelajaran di kantin kerana terdapat pelbagai bahan rujukan untuk mereka gunakan sewaktu membuat latihan yang dibekalkan oeleh guru. Majoriti responden juga berasa seronok apabila ada guru yang ingin mengadakan sesi pembelajaran di kantin kerana mereka mudah mendapatkan bahan bacaan dan rujukan. Hasil dapatan juga menunjukkan terdapat peningkatan di dalam keputusan peperiksaan responden di dalam peperiksaan akhir tahun 2018. Oleh yang demikian kemudahan menyediakan sudut bacaan oleh pengusaha kantin mampu meningkatkan minat murid untuk melajar dan sekaligus menjurus kepada kecemerlangan akademik mereka. Hal ini dapat dibuktikan dengan peningkatan peratus pencapaian murid SMK Pasir Gudang dalam Peperiksaan PT3 2018 iaitu daripada 95.34% pada tahun 2017 kepada 98.62 % pada 2018 (Unit Peperiksaan SMK Pasir Gudang, 2018)

(9)

Rumusan

Hasil daripada kajian ini, secara keseluruhannya responden memberikan maklum balas yang baik kepada kesan amalan perkhidmatan kantin terhadap empat aspek yang dikaji. Jelas terlihat daripada hasil maklum balas responden menunjukkan mereka berpuas hati terhadap amalan perkhidmatan terbaik kantin yang mana dapat memberikan kesan positif terhadap kemenjadian murid di SMK Pasir Gudang.

Berdasarkan rumusan dan perbincangan serta analisis yang dijalankan, ternyata, amalan perkhidmatan kantin di tahap yang baik dan hanya memerlukan penambah baikan dari aspek kebersihan dalam pembuangan sampah dan kebersihan sekitar kantin, untuk menjadikannya lebih baik dan mempunyai kualiti yang tinggi. Ianya amat penting untuk ditingkatkan kerana aspek kebersihan sememangnya penting dalam penyediaan makanan. Aspek kebersihan menjamin kesihatan bagi melahirkan murid yang cerdas dan cemerlang.

Rujukan

Abbey, P.M. and Macdonald, G. (1979). “O’Level Cookery.” London: Methuen Educational. 212-216

Andrioli, Sergio and Douglas, Peter (1990). “Professional Food Service.” London: Heineman Professional Publishing. 16-20

Atan Long (1988). “Psikologi Pendidikan.” Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Azizi Yahaya, Shahrin Hashim, Jamaluddin Ramli, Yusof Boon dan Abdul Rahim

Hamdan (2007). “Menguasai Penyelidikan Dalam Pendidikan.” Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn.Bhd.

Brown et al. (2000). “Nutritional Awareness And Food Preferences Of Young Consumers.” Nutrition and Food Service. Vol.30 No.5:230-5

Brown, G., Hapner, K. and Deegon, A. (1994). “Introduction To Food And Beverage Service.”Australia: Black Well Scientific Publications.

Burton, T.B. and Walter, K (2007). “The Heinz Hand Book Of Nutrition.” New York. HJ Heinz Company.

Cochran-Yantis, D.,P., Giampaoli, J., McProud, L., Everly, V., & Gans, J.(1996). “Attitudes And Knowledge Of Food Safety Among Santa Clara County, California Restaurant Operators.” Journal Of Foodservice Systems. 9(2) 117-128. Cotton, J.R. and Blundell, J.E. (1994). “Dietary fat, Food Habits And Appertite.”

Nutrition and Foof Science. 6:4-9.

Department of Health (1999). “Saving Lives: Our Healtheir Nation.” The Stationery Office, London.

Dudley, S.R.and Waller,J (2006). “Mastering Catering Science”. London: Mcmillan Education.

Dunford, N.T. (2001). “ Health Benefits and Processing of Lipid-Base Nutritionals. Food Technology. 55(11):38-44.

Gibson, J., Armstrong G. and Mcllveen, H. (2000). “A ase for reducing Salt in Processed Foods.” Nutrition and Food Science. 30(4):164-173.

Mohd Rizal Mohd Said dan Salwa Munira Abdul Rahni (2010).” Persepsi guru Terhadap Kualiti Perkhidmatan Makanan Di Kantin” Jurnal Pendidikan 2, 45 - 53

Referensi

Dokumen terkait

Retribusi Terminal adalah pelayanan atas penyediaan tempat parkir untuk kendaraan penumpang bis umum dan mobil barang, tempat kegiatan usaha, fasilitas lainnya di

Dalam kesempatan ini juga, dengan menghayati bahwa kehidupan dan pertumbuhan jemaat di GKI Kemang Pratama adalah tanggung jawab kita bersama, marilah dalam rasa syukur

Muhibbin mengandung kritik yang membahas mengenai masalah pendidikan, masalah kejahatan, masalah generasi muda pada masyarakat modern, masalah peperangan, masalah

Makanan yang paling banyak dikonsumsi oleh ikan sepat siam baik yang berukuran kecil maupun besar adalah mikroalga dari Kelas Bacillariophyceae berjenis Diatoma, Melosira, dan

pri čemer pomenijo: LCC - skupna sedanja vrednost stroškov življenjskega cikla posamezne alternative I - sedanja vrednost osnovnih investicijskih stroškov 21 Repl - sedanja

Fungsi Save, adalah fungsi yang digunakan untuk menyimpan citra hasil deteksi tepi, atau dapat juga digunakan untuk menyimpan citra yang telah diolah dengan beberapa jenis operasi

Pertama, dari segi semantis, baik pada diatesis pasif bahasa Jepang maupun bahasa Indonesia, pendamping inti yang berperan penanggap adalah yang mengalami suatu peristiwa

Berdasarkan hasil pengamatan yang telah dilakukan, aktivitas guru pada penerapan model Siklus Belajar ( Learning Cycle ) ini, menunjukkan adanya peningkatan aktivitas