• Tidak ada hasil yang ditemukan

FAKTOR faktor yang mempengaruhi terjadinya (13)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "FAKTOR faktor yang mempengaruhi terjadinya (13)"

Copied!
7
0
0

Teks penuh

(1)

FAKTOR-FAKTOR PENYATUAN UMMAH

KEPIMPINAN

Kepimpinan merupakan pemangkin (catalyst) ke arah penyatuan ummah. Sejarah islam telah membuktikan fakta tersebut di mana pada abad keenam hijrah, umat islam berada pada tahap yang mendukacitakan. Pada masa itu, dunia islam berpecah menjadi beberapa kerajaan kecil yang sering bersengketa antara satu sama lain. Pada saat itu tentera-tentera Salib dari Eropah menyerang timur tengah sehingga berjaya menakluki Kota Jerusalem ( Baitul Maqdis ) dan menegakkan beberapa ajaran di Wilayah Syam dan kawasan-kawasan sekitarnya.

Pada saat-saat gawat itu, Allah S.W.T mengurnikan bantuannya kepada ummah melalui Imaduddin al-Zanki, Sultan Turki pada masa itu. Beliau berjaya membendung gerakan tentera-tentera Salib dan berjaya mengalahkan mereka do setiap medan pertempuran. Perjuangan beliau diteruskan pula oleh puteranya. Sultan Nuruddin Zanki. Sepeninggalan beliau, perjuangan itu diteruskan oleh Sultan Salahuddin al-Ayyubi.

MENGAMALKAN ISLAM SECARA SYUMUL

Penghayatan islam secara menyeluruh merupakan bentang terbaik dalam menangani perpecahan umma. Islam adalah cara hidup yang sempurna dan lengkap. Namun demikian, masih terdapat sekelompok umat islam yang masih setia dengan sistem selain islam yang terbukti banyak kepincangan.

Juteru, dalam masyarakat muslim masa kini gejala keruntuhan akhlak yang berleluasa. Kehancuran rumah tangga, perpecahan di kalangan ummah dan sebagainya akibat daripada pengalaman gaya barat dalam kehidupan, perpecahan ini terjadi apabila wujudnya golongan yang mempunyai visi dan misi yang berbeza serta lebih menjurus ke arah kepentingan duniawi semata-mata.

(2)

Mendidik masyarakat secara keseluruhannya bukan hanya melalui wadah pendidikan secara formal sahaja, bahkaan ianya mesti diperluasakan melalui saluran media massa dan juga wahana lain seperti agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Sebagai contoh apabila kerajaan ingin menguatkuasakan hukuman mati mandatori untuk mengedar dadah, seluruh rakyat telah diberi pendidikan dan pendedahan melaui akbar, radio, tv dan sebagainya. Pendekatan ini tentunya akan mendatangkan hasil walaupun pada asalnya terdapat tentengan (resistance) dari luar dan dalam negara.

PEMBENTUKAN PERSEKITARAN KONDUSIF

Pembentukan persekitaran yang kondusif perlu diwujudkan melalui usaha bersepadu dari semua pihak. Persekitaan yang kondusif (bi’ah solehah) dapat dibentuk hasil dari usaha pengawalan yang bersepadu dan berterusan terhadap media (akhbar, tv, radio), dan juga tempat-tempat maksiat. ini kerana unsur-unsur negetif akan membawa kecendurungan kepada sesetengah golongan masyarakat ke arah maksiat. Apabila berlakunya golongan sebegini maka akan menyebabkan perpecahan ummah kerana kehendak mereka bertentangan kehendak golongan yang inginkan amalan ma’aruf.

Selain itu, media juga perlu dikawal agar tidak menjadi agen kepada perkara maksiat seperti hiburan budaya barat yang bertentangan dengan agama islam. Sebagai contoh yang nyata adalah iklan-iklan yang menonjolkan muda-mudi berpakaian yang menjolok mata, rambut, mata, bibir dan sebagainya. Penutupan pusat hiburan seperti pusat perjudian dan kasino, disko, juga merupakan langkah pro aktif ke arah mewujudkan persekitaran yang kondusif.

KEPENTINGAN PERPADUAN UMMAH

(3)

1. Kejayaan dalam mengangkat sosioekonomi individu, dan ekonomi umat islam

2. Kejayaan dalam mengangkat keupayaan pendidikan individu, kolompok dan masyarakat islam keseluruhannya.

3. Kejayaan dalam mewujudkan kestabilan poliitik umat islam di pentas tempatan atau global.

4. Kejayaan dalam memartabatkan dunia islam dan memelihara kedaulatannya pada peringkat global.

5. Kejayaan menyampaikan mesej dakwah islam kepada umat manusia.

LANGKAH MEWUJUDKAN PERPADUAN UMMAH

PERINGKAT NASIONAL

Perbezaan politik sepeti PAS dengan UMNO tidak wajar menjadikan asas untuk perselisihan faham dan perpecahan ummah. Dialog dan seminar yang mempunyai kepentingan bersama seperti soalan global umpanya perang saudara Iraq dan persoalan setempat umpamanya kemiskinan rakyat boleh dijadikan titik mula perpaduan ummah.

Jurang ekonomi antara kolompok masyarakat islam dalam negara perlu diperkecilkan. Pembanggunan ekonomi dan infrustuktur yang menjadi landasan interaksi dan perpaduan ummah perlu diseimbangkan antara negeri atau kawasan mengikut kepentingan-kepentingan tertentu.

PERINGKAT GLOBAL

1. Mewujudkan media massa islam dalam global di samping al-Jazeerah yang sedia ada supaya gambaran seimbang khususnya tentang islam dan dunia islam dapat diketengahkan.

(4)

pelaksanaan, barangan dan pengkhidmatan. Permasalahan braindain atau pelarian intelektual islam keluar negara perlu ditangani kerana ia merupakan aset penting perpaduan ummah.

3. Kukuhkan persatuan dunia islam pada peringkat global. Peranan OIC pada asasnya terbatas pada kerjasama ekonomi dan bersifat sebagai forum semata-mata. Oleh itu, format dan fungsinya perlu diubah, diatasi dan sebagainya.

4. Kerjasama ekonomi yang merupakan nadi pembangunan insan dan negara perlu

diperkukuhkan antara negara islam sepaya pengaliran keluar kekayaan negara atau dunia islam tidak serius.

5. Pertahanan negara atau dunia islam perlu dipertingkatkan. Sebarang bentuk duri dalam daging, musuh dalam selimut dan sebagainya perlu ditangani dengan penuh hikmah supaya tidak wujud perpecahan dalam dunia islam.

SEBAHAGIAN RESOLUSI PENYATUAN UMMAH

Berikut adalah sebahagian resolusi yang telah dicadangkan dalam beberapa persidangan badan-badan tertentu, editor Wahdah telah mengumpul dan mengeditkan mengikut sesuaian dengan realiti semasa. antara resolusi adalah seperti berikut :

1. Umat Islam digesakan supaya mengambil perhatian kepada faktor-faktor penting yang membawa kepada penyatuan ummah dan pastikan elemen-elemen perpecahan dapat ditangani dengan bijak, sempurna dan adil.

2. Awasi propaganda barat dan spekulasi media - media mereka untuk meretak dan memecah belahkan kesatuan ummat Islam seluruh dunia.

(5)

biarpun berbeza pendapat atau mazhab dengan keutamaan kesatuan ummah dari kalangan ahlusunnah waljamaah.

4. Wujudkan sikap saling hormat menghormati terhadap perbedaan pandangan mahupun perlaksanaan Feqhiyyah selama mana ia berdasarkan hujjah dan nas yang asal iaitu Al Quran dan Sunnah Rasulullah saw .

5. Ulama' - ulama' Islam digesa agar sering duduk semeja antara satu sama lain dalam usaha mempertautkan hubungan ummat Islam samada dalam negara, peringkat

7. Menggesakan kerajaan-kerajaan Ummat Islam supaya memanafaatkan segala keupayaan, kuasa, pengaruh, kekayaan umat untuk penyatuan ummah sebagai satu kuasa alternatif bagi membangunkan dibawah kepimpinan Islam.

8. Ummat Islam mesti bergerak ke arah mewujudkan zone antarabangsa yang selamat dengan peranan ulama' yang gigih dan cekal berjuang serta mengangkat izzah Islam di mata dunia dengan membersihkan persepsi buruk serta menghadapi propaganda jahat dari barat .

Firman Allah swt :

(6)

KEARAH PENGHAYATAN ISLAM DAN SYUMUL

KITA PERLU MENYESUAIKAN DIRI DENGAN ISLAM

Kita mestilah membentuk jiwa supaya serasi dengan ajaran Allah SWT. Jiwa dan hati hendaklah diproses dengan iman hingga sanggup patuh dan tunduk kepada semua ajaran Allah SWT. Kita wajib memahami islam sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah SWT. Selain itu kita wajib memahami islam sebbagaimana yang di fahami oleh para sahabat yang menerima islam di Madrasah rasullulah SAW. Islam tidak boleh mengcampuradukkan ajaran islam dengan ajaran yang lain. Kita perlu bersungguh-sungguh untuk memahami Tassawul Islam.

ISLAM SAHAJA YANG BENAR

Hanya islam sahaja yang mampu menolak kekeliruan yang terdapat sesetengah manusia. Kita perlu ketengahkan fikrah islam kepada orang ramai dengan jelas dan terang. Seterusnya untuk mendapat dan menyampaikan islam sebenar, kita perlu mengambil islam itu darii sumber-sumber Al-Quran, Al-Hadis, Al-sunnah rasulullah S.A.W dan huraian ulama-ulama Muktabar.

(7)

Referensi

Dokumen terkait

Siswa dapat menjelaskan perbedaan antara pajak dengan retribusi dari berbagai

Peningkatan NTP pada September 2016 disebabkan karena indeks harga hasil produksi pertanian relatif tidak mengalami perubahan, sementara indeks harga barang dan jasa

dalam rangka peningkatan sarana dan prasarana pendidikan yang terdapat pada satuan pendidikan yang diselenggarakan oleh pemerintah dan masyarakat berdasarkan asas kepatutan,

Tabel 14 :Distribusi Frekuensi Cabang Olahraga yang Dijadikan Sampel di Sekolah Atlet Ragunan Jakarta Tahun 2017.... Tabel 17 :Distribusi Frekuensi Tingkat Kecukupan Lemak

Berikut ini adalah latihan yang dapat Anda lakukan untuk me­ ningkatkan kemampuan mata dan meningkatkan kekuatan ingat­ an saat membaca.. Dalam kotak persegi panjang

Pada sistem ini jenis rele yang biasa digunakan adalah rele dengan karakteristik  Invers Devinite Minimum Time  (IDMT), dimana sangat memungkinkan bahwa untuk

Oleh karena itu bagi lembaga pendidikan yang mengembangkan pendidikan vokasi tidak perlu minder dan kemudian mengubah menjadi pendidikan akademik, karena akan

DESKRIPSI SINGKAT : Maksud dan tujuan diajarkannya mata pelajaran ini adalah agar peserta diklat dapat meningkatkan kompetensi kinerja mereka setelah memahami Kode Etik Penilai