Pengertian dan Konsep Zakat
Posted by ustazsaifudin On November 16th, 2008 / 10 Comments
Pengertian zakat
Dalam bahasa arab, “zakat” secara umumnya bererti pertambahan. Berasaskan pengertian umum ini, ia kemudiannya digunakan bagi banyak pengertian seperti cerdik, jenih, berkat, kepujian, bersih dan lain-lain.
Sebagai salah satu istilah dalam pengajian hukum atau “fiqh” zakat bererti mengeluarkan kadar tertentu dari harta yang tertentu bagi faedah golongan yang berhak menerimanya sebagaimana yang ditentukan oleh Allah. Selain itu, perkataan zakat ada disebut dalam Al-Quran dan Al-Sunnah. Walau bagaimanapun, ia bukanlah satu istilah tunggal bagi sesuatu pengertian kerana al-Quran dan al-Sunnah juga menggunakan perkataan “sedekah” bagi pengertian yang sama. Dalam al-Quran misalnya Allah telah berfirman dalam surah At-taubah ayat 103 yang bermaksud:
Ambilah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya Engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak Yang buruk); dan doakanlah untuk mereka, kerana Sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka. dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui.
Dalam konteks penggunaan biasa, zakat dari segi bahasa didefinisikan sebagai “bersih”, “suci”, dan “berkembang”. Pengertian “bersih” dan “suci” dalam istilah zakat ialah
membersihkan harta dan membersihkan diri orang kaya daripada sifat kedekut dan bakhil. Dalam erti yang lain ialah membersihkan diri dari sifat dengki dan dendam terhadap orang kaya. Firman Allah dalam surah Al-baqarah ayat 83 :
Dan (ingatlah Wahai Muhammad), ketika Kami mengikat perjanjian setia Dengan Bani Israil (dengan berfirman): “Janganlah kamu menyembah melainkan Allah, dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, serta orang-orang miskin; dan Katakanlah kepada sesama manusia perkataan-perkataan Yang baik; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat”. kemudian kamu berpaling membelakangkan (perjanjian setia kamu itu) kecuali sebahagian kecil dari kamu; dan sememangnya kamu orang-orang Yang tidak menghiraukan perjanjian setianya.
Kedudukan zakat dalam islam
“Islam dibina atas lima : Bersyahadah bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan bahawa Muhammad pesuruh Allah, mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, berpuasa pada bulan ramadhan dan haji ke baitullah bagi sesiapa yang mampu mengunjunginya”
Hadis tersebut jelas memberi erti bahawa zakat adalah rukun islam yang ketiga, iaitu selepas syahadah dan sembahyang. Rukun bererti tunggak atau asas utama pembinaan sesuatu. Ini bererti, tanpa mengeluarkan zakat, seperti juga tanpa sembahyang, berpuasa dan sebagainya. Ia bermakna seseorang tidak berada dalam keadaan yang kukuh atau sebenarnya jika dia meninggalkan zakat
Al-Syaukani berpendapat bahawa kewajipan berzakat merupakan satu perkara yang sangat jelas dalam syariah islam dan tidak perlu kepada apa-apa hujah lagi. Oleh sebab itu, mereka yang mengingkarinya dihukumkan kafir. Ibn Qudamah pula berkata sesiapa yang
mengingkarinya disebabkan jahil kerana baru memeluk islam atau hidup terpisah daripada masyarakat islam di daerah yang terlalu jauh, maka dia perlu diberitahu tentang
kewajipannya, dan dia tidak dihukumkan kufur kerana ada sebab yang munasabah. Tetapi jika dia seorang muslim yang hidup di dalam negara islam maka dia dihukumkan murtad. Oleh itu, dia hendaklah disuruh bertaubat sebanyak tiga kali. Sekiranya enggan hendaklah dibunuh.
Dari sudut ekonomi pula, zakat adalah ciri terpenting sistem fiskal islam dengan mekanisme pengagihannya yang tersendiri. Zakat dengan bentuknya yang tersendiri merupakan alat dasar fiskal yang dapat menangani masalah pengagihan yang merupakan salah satu daripada objektif ekonomi yang penting. Disamping itu, zakat secara automatik boleh menstabilkan jumlah pendapatan dan guna tenaga.
Kewajipan mengeluarkan zakat
Banyak ayat-ayat al-Quran dan hadis nabi yang menyebut tentang kewajipan berzakat. Antara ayat-ayat berkenaan adalah firman Allah dalam surah al-baqarah ayat 110 :
Dan dirikanlah oleh kamu akan sembahyang dan tunaikanlah zakat dan apa jua Yang kamu dahulukan dari kebaikan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasan pahalanya di sisi Allah. Sesungguhnya Allah sentiasa melihat Segala Yang kamu kerjakan
Dalam ayat diatas, Allah secara jelas menyuruh umat islam mengeluarkan zakat,
sepertimana juga mereka disuruh sembahyang. Mengikut para fuqaha, ungkapan suruhan memberi erti wajib kecuali ada asas yang memberi faham ia bermaksud sunat atau harus.
Kepentingan zakat
agama yang tertinggi dan menjadikan orang-orang islam insaf bahawa bayaran ini adalah mudah, murah, dan bukan paksaan terhadap mereka. Semakin tinggi keimanan orang-orang islam, semakin kuranglah peluang bagi mereka mengingkari zakat. Zakat merupakan sejenis bayaran wajib yang mesti dibayar oleh setiap anggota masyarakat islam yang memenuhi syarat-syarat yang tertentu walau dalam keadaan apa sekalipun. Tabung zakat ini digunakan untuk membantu ahli masyarakat yang kurang berupaya. Zakat membentuk sebuah
masyarakat yang saling bekerjasama, bertindak sebagai syarikat insurans dan tabung simpanan masyarakat islam. Setiap ahli masyarakat yang memerlukan bantuan akan dibantu dari tabung ini. Oleh itu, ia bertindak sebagai modal tambahan yang dibiayai oleh masyarakat untuk membantu orang-orang yang menganggur, orang-orang miskin yang memerlukan, anak-anak yatim, balu-balu, orang-orang cacat, orang-orang sakit, dan lain-lain. Ia merupakan insurans sosial yang penting bagi setiap anggota masyarakat islam yang menjamin masa hadapan yang cerah bagi mereka.
Ia merupakan satu tabung insurans yang sumbangannya hanya datang daripada orang-orang kaya. Jika pada hari ini kita kaya, kita mestilah memberi sumbangan kepada tabung ini. Orang-orang miskin dan memerlukan akan mendapat manfaat dari tabung ini pada hari ini, tetapi jika kita atau anak-anak kita menghadapi kesusahan pada hari esok disebabkan oleh perubahan dunia ini, kita atau anak-anak kita juga yang akan mendapat manfaat darinya. Jelaslah bahawa zakat memenuhi kedua-dua tujuan iaitu untuk pembersihan jiwa yang merupakan tanggung jawab terhadap agama dan sebagai insurans sosial bagi semua risiko, hasil dari sumbangan secara kolektif.
Senarai rujukan :
Buku :
1. Afzal-ur-rahman, Doktrin Ekonomi Islam, kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan pustaka, jld 111.hlm.184-185
2. Laporan zakat 2005, Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan 3. Mahmood Zuhdi Abd Majid, Pengurusan Zakat, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka, hlm.3
4. Panduan Zakat Di Malaysia, Kuala Lumpur : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, hlm.1 5. Surtahman Kastin hasan, Sanep Ahmad, Ekonomi islam Dsar dan Amalan, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka, hlm.276
Y
1. Metodologi agihan zakat (boleh dapatkan idea dari project paper saya) 2. Kajian semula tentang had kifayah zakat
3. Perbandingan antara garis kemiskinan Negara dan had kifayah zakat 4. Soal efectiveness sesebuah organisasi yang menguruskan zakat 5. Bentuk agihan zakat. (kena rujuk hukum & praktis)
5. Peranan pembayar zakat perniagaan (syarikat korporat) yang lebih cenderung untuk membayar zakat secara terus.
6. Soal penipuan & kesempatan seperti komisen kepada introducer dll. Saya pernah mengalami sendiri beberapa kes di mana saya telah mengusahakan permohonan dari beberapa buah organisasi antaranya sebuah rumah anak yatim di cheras. alhamdulillah saya berhasil membantu dengan berjaya
mendapatkan sumbangan zakat sebanyak RM100 ribu dari sebuah syarikat korporat. Malangnya ada beberapa pihak mengambil kesempatan dengan mengambil komisen sehingga 20% daripada RM100 ribu. Perkara ini sangat serius dan sememangnya memberi kesan kepada keberkesanan agihan zakat.
Zakat memainkan peranan yang penting khususnya dalam pembangunan ekonomi dan
pendidikan. Zakat merupakan rukun Islam yang keempat dalam Islam, ia merupakan suatu asas yang wajib ditunaikan tanpa sebarang alasan. Kewajipan zakat merupakan suatu tanggungjawab yang membawa berkat dan memberi kesan yang berterusan bukan sahaja kepada mereka yang mengeluarkannya, tetapi juga mereka yang menerimanya. Pelaksanaan zakat member kesan bukan sahaja kepada individu, juga member kesan kepada seluruh lapisan masyarakat. Zakat turut berperanan dalam mempertingkatkan kebajikan masyarkat dan membantu meningkatkan kegiatan ekonomi.
Zakat merupakan suatu kewajipan yang diperintahkan oleh Allah S.W.T ke atas setiap muslim. Allah SWT menyatakan di dalam Al-Quran bahawa menunaikan zakat adalah sebahagian daripada ciri-ciri penting umat Islam yang membezakannya dari penganut-penganut agama lain.
“Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sesetengahnya menjadi penolong bagi sesetengahnya yang lain, mereka menyuruh berbuat kebajikan dan melarang berbuat kejahatan dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan Rasulnya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah, Sesungguhnya Allah Maha Kuasa lagi Maha
Bijaksana."
(Surah At-Taubah: 71)
produktiviti masyarakat Islam keseluruhannya dengan agihan kekayaan dalam masyarakat. Zakat dilihat mampu mengikis rasa sombong golongan kaya dan mengelak golongan fakir iskin dari meminta-minta. Harta yang diperoleh golongan kaya sebenarnya terdapat sebahagian hak golongan fakir dan menjadi kewajipan golongan kaya menunaikan hak tersebut.
Allah S.W.T telah mewajibkan Zakat sebagai salah satu jaminan sosial kepada masyarakat terutama kepada golongan yang amat memerlukan, meningkatkan pertumbuhan ekonomi yang seimbang melalui agihan semula kekayaan dalam masyarakat dan sebagai satu bentuk penyucian dan pembangunan rohani setiap muslim. Zakat juga bertindak sebagai satu mekanisma yang penting kepada sesebuah negara Islam bagi menjamin kemaslahatan rakyat seluruhnya. Zakat juga mempunyai keupayaan dan kekuatan bagi membasmi kemiskinan dan menjamin
keseimbangan jurang antara golongan kaya dan miskin melalui mekanisma agihan semula kekayaan dalam masyarakat.
Zakat merupakan suatu pendapatan yang tetap dan menjadi kewajipan untuk sentiasa dilaksakan oleh sesebuah negara Islam dan ianya tidak akan terhenti. Oleh itu, negara Islam dapat
menggunakan sumber zakat bagi membina kekuatan ekonomi, sosial, pendidikan dan akhirnya dapat membina kekuatan Umat Islam secara tidak langsung membina kesatuan Ummah yang jitu. Masalah membasmi kemiskinan merupakan tujuan utama sistem zakat dalam Islam melalui penyediaan saraan hidup dan modal yang mencukupi bagi golongan yang berhajat. Saraan hidup daripada zakat ini diperuntukkan kepada golongan yang tidak mampu bekerja dengan sebab-sebab cacat anggota atau sebagainya.
Modal pula diperuntukkan kepada golongan yang mampu bekerja tetapi tidak mempunya modal untuk menjalankan pekerjaan. Kedua-dua peruntukkan ini diberi dengan kadar yang mencukupi sesuai dengan keadaan ekonomi, masa, tempat dan keperluan fakir miskin itu. Saraan hidup ini hendaklah mencukupi untuk makan, minum , pakaian, tempat tinggal, pelajaran dan kesihatan. Manakala modal pula hendaklah mencukupi kadar modal sesuatu projek yang hendak dijalankan. Pemberian saraan hidup dan modal serta tujuan-tujuan lain adalah dengan kadar mencukupi. Kadar mencukupi untuk saraan hidul yang diambil kira daripada lima keperluan asas hendaklah diberi selama mana dihajati dan difikirkan perlu oleh golongan tersebut walaupun untuk
sepanjang hidupnya atau dengan cara bulanan dan sebagainya. Selain dari alat membasmi kemiskinan, zakat juga merupakan alat untuk memerangi masalah riba yang dilaknat oleh Allah ke atas pihak-pihak yang terlibat dalam proses perlaksanaan riba.
dikompromi dengan pembekuan harta. Oleh itu, zakat dikenakan terhadap jumlah harta sama ada dilaburkan atau di simpan beku yang membolehkan masyarakat Islam menggerakkan seluruh sumber yang ada di dalam negara Islam untuk tujuan produktif.
Pengertian zakat itu sendiri merupakan musuh utama kepada pembekuan harta. Islam mencadangkan dua saluran pilihan harta yang berlebihan harus diarahkan iaitu
membelanjakannya atau melaburkannya dalam perniagaan atau industri. Dari sini permintaan terhadap semua jenis barangan pengguna akan bertambah dan pengusaha serta pengeluar berpeluang mengembankan lagi pengeluaran mereka. Urusniaga akan bertambah maju dan peluang pekerjaan akan meningkat, hasilnya negara akan menjadi mewah. Selain daripada itu, zakat juga memainkan peranan untuk mendekatkan jurang perbezaan yang jauh di antara anggota masyarakat dan mengagihkan semula pendapatan. Ini jelas dari kutipan sebahagian harta orang kaya untuk dibahagi-bahagikan kepada mereka yang kurang berada.
Zakat juga dapat memupuk sifat tolong-menolong, membantu dan membina aktiviti ekonomi yang baik dan memandu kearah kehidupannnya yang lebih baik dan lebih sejahtera, sehingga mereka dapat memenuhi keperluan hidupnya dengan secukupnya, dapat beribadah kepada Allah SWT, terhindar dari bahaya kekufuran, sekaligus memeberantas sifat iri hati, dengki dan hasad yang mungkin timbul ketika orang-orang fakir miskin melihat orang kaya yang berkecukupan hidupnya tidak memperdulikan mereka. Zakat juga berperanan Sebagai sumber dana bagi pembangunan, untuk prasarana yang diperlukan oleh ummat Islam, seperti tuntutan ibadah, pendidikan, kesihatan, sosial dan ekonomi, sekaligus keperluan pengembangan kualiti modal insan muslim. Keadaan ini akan mewujudkan keseimbangan dalam pemilikan dan pembahagian harta, sehingga melahirkan masyarakat marhammah diatas prinsip ukhuwah Islamiyyah dan takaful ijtima'I dan menyebarkan dan membudayakan etika perniagaan yang baik dan benar.
PENDAHULUAN
Zakat merupakan salah satu produk kewangan Islam dalam membantu
meningkatkan taraf hidup umat Islam khususnya yang melibatkan mereka yang
kemiskinan antara sesama komuniti, menerap budaya tolong-menolong dan
meningkatkan kesejahteraan hidup masyarakat daripada sudut ekonomi melalui
sistem penggiliran atau tampungan kewangan. Hal ini dapat diperhatikan
daripada ayat 19 Surah al-Dhariyyat apabila Allah SWT menyatakan bahawa
dalam setiap rezeki dan harta yang dikurniakan kepada seseorang Muslim itu
terdapat hak orang miskin yang memerlukannya. Kewujudan hak orang yang
miskin ini menunjukkan komitmen dan tanggungjawab setiap mereka yang
berharta untuk saling bantu-membantu dan bekerjasama dalam memperbaiki taraf
hidup sesebuah komuniti. Justeru, kutipan zakat yang tinggi akan dapat
membantu anggota dalam masyarakat itu sendiri melalui kemampuan jumlah
agihan zakat yang besar kepada mereka yang sangat memerlukan.
Pengelolaan zakat secara profesional diyakini dapat mencapai hasrat ini dan
membantu wujudnya pembangunan insan kepada yang lebih baik dan sempurna.
Justeru, aspek pentadbiran dan pengurusan hal-ehwal zakat perlu dilaksanakan
dengan baik oleh agensi dan badan yang dipertanggungjawab.1
Berdasarkan istilah, zakat adalah sebahagian harta yang
diwajibkan Allah SWT ke atas seseorang pemilik, untuk dikeluar dan diserahkan
kepada yang berhak menerima dengan pensyaratan tertentu.16 Zakat merupakan
suatu ibadat kehartaan (maliyah) dalam Islam dan merupakan salah satu daripada
rukun Islam. Tujuannya ialah untuk membantu sesama umat Islam di mana harta
yang dikeluarkan zakat akan berkembang melalui peredaran harta dalam
masyarakat melalui pengagihan dan penggunaan.17
Sebagai komponen rukun Islam, hukum berzakat adalah wajib dan mengingkari
kefarduannya adalah kafir. Sebarang harta yang dinyatakan secara jelas melalui
nas syarak adalah wajib dikeluarkan zakat,18 seperti emas, perak, hasil pertanian,
haiwan ternak, harta perdagangan, perniagaan dan rikaz (harta galian).19
Berasaskan senarai ini, para ulama memperincikan suatu konsep bahawa sesuatu
harta yang diwajibkan zakat hendaklah bersifat halal, bersih,20 produktif,
berkembang (an-nama'),
21 milik penuh,22 mencapai kadar yang tertentu
(nisab),
23 melebihi daripada keperluan asas24 dan cukup tempoh milikan
setahun (hawl).
25 Berasaskan sifat pada konsep ini, harta yang diwajibkan zakat
adalah dinamik di mana kewajipan zakat boleh dikenakan ke atas perkara-perkara
Keuniversalan harta zakat ini sesuai dengan umumnya nas syarak yang merujuk
kepada harta yang dikenakan zakat sebagaimana firman Allah SWT, "pungutlah
olehmu kutipan zakat daripada harta kekayaan (amwal) mereka, kamu bersihkan
dan sucikan mereka dengannya."26 Dalam nas yang lain Allah SWT berfirman,
"dalam harta kekayaan (amwal) mereka terdapat hak orang yang meminta-minta
dan orang yang melarat."27 Begitu juga hadith Rasulullah SAW yang menyokong
konsep zakat yang dikenakan pada orang-orang yang kaya.28 Berdasarkan nas
ini, konsep harta zakat adalah meluas29 dan dinamik sesuai dengan punca
kekayaan manusia yang turut berkembang dalam pelbagai bentuk sesuai dengan
perkembangan dunia moden. Justeru, sebahagian para ulama mewajibkan zakat
ke atas harta-harta bentuk baru sesuai dengan konsep di atas. Maka tidak
hairanlah harta moden seperti pendapatan bul bulanan, keuntungan tukaran mata
wang, aktiviti saham, hasil pelaburan dan bon turut dikenakan zakat pada hari ini.
Walau bagaimanapun, kewajiipan ini tidak mendapat persepakatan dalam
kalangan ulama seperti dalam konteks zakat gaji, zakat tanaman yang bukan
makanan asasi (ruji) dan juga zakat galian moden seperti berlian, dan petroleum.
Dalam konteks pentadbiran undang-undang, zakat bukan lagi sekadar kewajipan
rukun Islam dan hukum ibadat, malah ia juga sebahagian daripada sistem
kewangan negara untuk mengatur kebajikann anggota masyarakat tertentu.31
mendapatkan hasil zakat sebagaimana yang berlaku pada zaman Khalifah Abu
Bakar r.a. Perintah tersebut boleh dizahirkan dalam bentuk peraturan, warta
kerajaan, fatwa atau pengubalan undang-undang yang komprehensif. Walau
bagaimanapun, kaedah pembayaran zakat adalah tidak mandatori dalam Islam di
mana seseorang pembayar zakat boleh membayar terus wang zakatnya kepada
asnaf yang terlibat. Dalam hal ini, tuntutan agama ke atas seseorang pembayar
zakat telah sempurna apabila zakat dikeluarkan. Pada zaman Khalifah Uthman
Ibn Affan berlaku keadaan di mana pembayar zakat dibenarkan mengagihkan
terus kepada asnaf bagi kategori harta batin,32 tetapi sebaliknya bagi harta zahir33
yang perlu diserahkan kepada amil yang dilantik oleh pemerintah.34
Bagaimanapun di bawah siyasah syar'iyyah, pemerintah berkuasa untuk
mengatur undang-undang bagi memastikan semua zakat dibayar kepada amil
kesimpulan
Pada prinsipnya semua pihak bersepakat bahawa zakat mempunyai peranan yang
besar khususnya dalam mengeluarkan fakir dan miskin daripada kehidupan yang
susah. Pihak yang dikenakan zakat pula bertanggungjawab untuk membantu
saudara sesama Islam daripada kekayaan yang mereka miliki. Selaras dengan
universalnya syariat Islam ini, bantuan daripada pihak yang 'berada' ke atas pihak
yang memerlukan dapat berlaku setiap masa melalui aktiviti berzakat, di samping
amalan bersedekah dan menderma.
seperti gempa bumi dan tsunami. Undang-undang dan peraturan yang
dilaksanakan dalam negara adalah sangat penting sebagai instrumen kawalan dan
penguatkuasaan dalam memantau tindak-tanduk anggota masyarakat.
i, kesedaran menerusi dakwah dan program kemasyarakatan dapat
menginsaf anggota masyarakat mengenai peri pentingnya peranan zakat dalam
untuk menolong umat Islam yang lain dengan menjadikan harta zakat sebagai
salah satu elemen dalam membentuk kehidupan masyarakat yang progresif dan