• Tidak ada hasil yang ditemukan

Kanak kanak dan kandungan media

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Kanak kanak dan kandungan media"

Copied!
3
0
0

Teks penuh

(1)

Kanak-kanak dan kandungan media

Kanak-kanak merupakan golongan yang mendapat tempat istimewa dalam agama Islam lantaran potensi

yang terdapat pada mereka. Sebuah hadis popular yang diriwayatkan Bukhari dan Muslim menyatakan bahawa

“Setiap kelahiran (anak kecil) dilahirkan dalam keadaan fitrah.” Hadis ini jelas menunjukkan betapa bersihnya

anak yang baru dilahirkan dan besarnya peranan ibu bapa dalam memberikan pendidikan yang terbaik demi

mememastikan kesejahteraan agama yang terdapat dalam diri setiap anak.

Sejak diawal usia lagi kanak-kanak mampu mengalami dan memahami emosi yang berada di sekeliling

mereka. Bayi seawal usia 9 bulan akan melalui fasa perkembangan emosi asas seperti gembira, marah, sedih,

takut, terkejut dan rasa minat pada sesuatu. Pada usia 3 tahun, perkembangan emosi mereka hampir sempurna

dengan kemampuan memiliki emosi-emosi yang lebih kompleks seperti perasaan malu, bersalah, cemburu dan

empati.

Perkembangan emosi dalam diri kanak-kanak adalah sangat penting kerana emosi merupakan asas

kepada pembentukan perhubungan antara seseorang individu dengan persekitaran yang ada di sekelilingnya dan

kanak-kanak sangat memerlukan bimbingan dalam membentuk dan merespon kepada satu-satu emosi yang

dialaminya. Sebagai contoh, seorang anak yang sering dilarang dari menangis mampu mengurangkan kualiti

kehidupannya dan akan membawa kepada gangguan emosi kerana setiap emosi yang ditunjukkan dalam diri

seorang kanak-kanak sebenarnya merupakan suatu isyarat yang perlu ditafsirkan oleh ibu bapa dan orang di

sekelilingnya.

Media yang didedahkan kepada kanak-kanak pada hari ini sangat banyak menyentuh aspek emosi

mereka samada secara langsung ataupun tidak. Antara kemampuan media adalah untuk menyentuh perasaan

dalam bentuk gembira, sedih, teruja dan marah sehingga mampu menjadi inspirasi atau sebaliknya terutama

bagi para penonton cilik seperti kanak-kanak. Bermula dari peranan satu-satu watak yang dimainkan,

pengolahan jalan cerita dan disokong dengan instrumen multimedia melibatkan grafik, muzik dan kesan bunyi

yang digunakan, memastikan produksi yang dihasilkan dapat meninggalkan kesan dalam diri penonton. Sebuah

(2)

dtayangkan pada tahun 2007 yang lalu. Meskipun hanya dimainkan selama lima minit bagi setiap tayangannya

untuk dua musim terawal dan telah meningkat kepada tujuh minit bagi musim ketiga sehingga kini, animasi ini

terus meningkat popular dan sering menjadi buah mulut kanak-kanak Malaysia kerana keberkesanan animasi ini

dalam menarik hati penonton melalui aspek teknikal yang digunakan selain dari penyampaian mesej-mesej

berguna melalui cara yang santai dan menyeronokkan.

Selain dari itu, media juga mempunyai kapasiti untuk meninggalkan impak yang kuat dalam diri

penonton meskipun mereka tidak lagi berada di hadapan skrin. Fakta ini merupakan suatu bonus bagi mereka

yang terlibat dengan dunia pengiklanan namun harus diingat bahawa ia juga mampu memberi mudarat jika

tidak digunakan secara berhemah terutama dalam diri kanak-kanak yang belum mampu memahami logik dan

rasional satu-satu perkara. Dalam sebuah kes yang berlaku, seorang kanak-kanak tadika di Kelantan telah

meminta kakaknya membeli sebotol syampu dari jenama Carrie Junior kerana ingin memiliki rambut lurus

seperti yang dimiliki model iklan. Ini jelas menunjukkan kejayaan iklan tersebut dalam mempengaruhi

kanak-kanak tersebut kerana beliau mempercayai apa yang ditayangkan itu sebagai sesuatu yang benar dan tidak

mempunyai unsur helah.

Sebuah hadis yang dapat kita ambil pelajaran darinya adalah sebuah hadis yang yang diriwayatkan oleh

Bukhari yang berbunyi, Umar bin Abi Salamah r.a berkata: “Aku pernah menjadi hamba di rumah Rasulullah

SAW, satu ketika tanganku pernah merayap-rayap di sekitar hidangan. Rasulullah SAW bersabda kepadaku:

“Wahai anak, sebutlah nama Allah, makanlah dengan tangan kananmu, dan makanlah apa yang hampir

padamu”. Jelas di sini terlihat cara Rasulullah yang hanya menuturkan nasihat dengan baik tanpa mengasari

dengan perbuatan yang menyakitkan seperti memukul atau mencubit Umar bin Abi Salamah r.a sehingga anak

muda tadi mampu mengingati insiden ini dengan baik dan menjadi indikator bahawa beliau menyenangi cara

teguran Rasulullah SAW yang sangat berhemah dan sesuai dengan peringkat umur beliau.

Cara Rasulullah mendidik kanak-kanak wajar menjadi garis panduan dalam penghasilan animasi dan

iklan. Produk media yang tidak mempunyai unsur yang merosakkan dan lebih berfokus pada sekitar perkara

(3)

menjadi hidangan kepada pancaindera mereka samada dalam bentuk pandangan mata, detik hati dan juga

pemikiran akal perlu diberi perhatian yang serius kerana pada mereka terletak harapan agama dan bangsa.

Adzkia Amanah Ugi Suharto Shah Alam.

Referensi

Dokumen terkait

Bahan ajar yang dibuat diharapakan dapat memberikan informasi, wawasan, dan masukan untuk meningkatkan kesadaran dalam bertindak aktif membantu mencegah kerusakan

DalamPasal 1851 ayat (2) hanya dijelaskan tentang kebolehan membuat persetujuan perdamaian mesti harus berbentuk akta otentik. Persetujuan perdamaian adalah bentuk

Penelitian ini bertujuan untuk mengetahui pengaruh pemberian Pekerjaan Rumah (PR) dan perhatian orang tua terhadap prestasi belajar Biologi siswa kelas VIII SMP Muhammadiyah

Guna mewujudkan peningkatan akses dan kualitas pelayanan kesehatan sebagai tujuan dari Direktorat Jenderal Pelayanan Kesehatan maka diperlukan pelaksanaan proses-proses

Anak-anak mengabsorbsi timbal lebih banyak dari orang dewasa dan lebih rentan sehingga dapat terjadi efek keracunan pada kandungan timbal yang rendah dalam

Sosialisasi merupakan tahapan penting dalam pelaksanaan kebijakan pembangunan yang ditujukan kepada masyarakat banyak, termasuk kebijakan kesehatan. Tanpa sosialisasi yang baik

Sementara risiko infeksi bisa terjadi saat pembuatan tato karena jarum yang tidak steril atau tinta yang dipakai mengandung zat-zat berbahaya.. Pada dasarnya beberapa orang yang

Berdasarkan gejala klinis berupa adanya sesak, batuk, riwayat merokok, riwayat PPOK, serta pemeriksaan dapat disimpulkan bahwa pasien ini merupakan pasien dengan penyakit paru