• Tidak ada hasil yang ditemukan

Proses dan Fungsi Pengurusan jenazah

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Proses dan Fungsi Pengurusan jenazah "

Copied!
9
0
0

Teks penuh

(1)

DEFINISI

Secara umumnya pengurusan boleh ditakrifkan sebagai satu seni bagi melaksanakan proses kerja yang terancang melalui dan dilaksanakan secara bersistematik, teratur dan mempunyai garis panduan tertentu.

Kata kerja mengurus (management) berasal dari bahasa

Itali ‘maneggiare’ iaitu ‘menangani’ dan kata nama ini diterbitkan daripada perkataan Latin – ‘manus’ (tangan). Perkataan bahasa Perancis ‘mesnagement’ telah banyak mempengaruhi perkembangan maksud perkataan Bahasa Inggeris ‘management’ pada abad-abad ke 17 dan 18.

Merujuk kepada Ensiklopedia Bebas Wikipedia, ‘pengurusan terdiri daripada pengarahan dan pengawalan sebuah kumpulan yang terdiri daripada satu atau lebih

orang atau entiti untuk tujuan menyelaraskan dan mengharmonikan kumpulan

tersebut untuk mencapai sesuatu matlamat. Ia seringya merangkumi sumber –

sumber manusia, kewangan, teknologi serta juga sumber semula jadi. Pengurusan

juga boleh merujuk kepada seorang atau sekumpulan orang yang menjalankan fungsi

pengurusan’.

Mary Parker Follet (1868 -1933) menyatakan bahawa pengurusan ‘adalah sebagai seni untuk mencapai sesuatu melalui orang lain’. Free-Content

Encyclopedia Wikipedia menyatakan pengurusan boleh ditakrifkan berdasarkan fungsinya sebagai ‘tindakan untuk mengukur sesuatu kuantiti pada tempoh-tempoh yang tetap dan berdasarkan kepentingan, mengubahsuai rancangan asal ataupun

(2)

James A.F Stoner & Charles Wienkel menyatakan bahawa ‘pengurusan adalah proses merancang, mengorganisasi , memimpin dan mengawal daya usaha

anggota organisasi dan menggunakan sumber-sumber lain dalam organisasi bagi

mencapai matlamat organisasi yang ditetapkan’.

Wan Azmi Ramli merumuskan pengurusan adalah aktiviti perancangan dan pergerakan atau panduan oleh sesuatu perusahaan atau organisasi berhubung dengan segala kaedah-kaedah, peraturan-peraturannya, juga tanggungjawab dan tugas-tugas kakitangannya itu.

SEJARAH AWAL PENGURUSAN

Secara umumnya sejarah pengurusan bermula seiring dengan perkembangan manusia dari sebuah keluarga yang besar dan membentuk sebuah perkampungan dan komuniti yang melibatkan pengurusan kawasan setempat dan akhirnya pembentukan dan pengurusan sebuah negara bangsa.

Mana-mana tamadun yang wujud di dunia pasti dikaitkan dengan sistem pentadbiran dan kaedah pemerintahan yang membolehkan ketua negara dan dinastinya meneruskan kesinambungan sebuah tamadun hingga ke saat akhirnya. Dengan adanya sistem pengurusan mereka mampu menguruskan perbendaharaan serta mengawal hasil mahsul negara, mengekalkan keadilan dengan pengurusan sistem dan badan kehakiman dan pengurusan ke atas upacara keagamaan atau adat istiadat rasmi di istana.

(3)

berdasarkan teks-teks yang ditemui di Telloh (Lagash) dab Fara (Shurappak). Sumber tenaga kerja didaftarkan dan kemudian dibahagi-bahagikan dalam pelbagai badan awam. (Sivachandralingam & Ayadurai)

Raja Hammurabi dari Babylon pula memperkenalkan kod Hammurabbi yang mengandungi 285 undang-undang yang turut merangkumi perkara-perkara yang berkaitan dengan peraturan pengurusan, perdagangan dan kewangan.

Di Mesir, dinasti yang memerintah kerajaan Mesir Tua dengan diketuai oleh Fir’aun dan pembesar-pembesarnya menyimpan rekod pengurusan pembinaan pyramid, sphinx dan pelbagai kompleks makam mereka di atas daun papyrus yang telah diproses. Pembinaan piramid setinggi 20 hingga 25 tingkat dengan 2.5 juta blok batu ini memerlukan sistem pengurusan yang cekap dan sistematik untuk

menguruskan kira-kira 100 000 orang pekerja setiap masa.

Sistem pengurusan Negara kota dalam Tamadun Yunani pula mempamerkan sistem pentadbiran Negara yang tersusun. Plato mengutarakan pendapatnya dalam bukunya ‘Law’, bahawa setiap kota secara idealnya mempunyai 5040 orang. Athens yang merupakan salah satu negara kota Yunani yang terkenal ditadbir berdasarkan sistem ala republik. Pemerintahan Athens dikendalikan oleh 3 buah institusi iaitu Dewan Perhimpunan, Majlis, Majistret & Juri. (Sivachandralingam & Ayadurai)

(4)

kecuali kuasa ketenteraan dan model Diolectian ini mirip sistem organisasi dan kerajaan berpusat. (Jaafar, Mohd Hizam & Zafir)

KAJIAN SEMULA

Tokoh-tokoh awal yang menyumbang idea tentang pengurusan dengan mengutarakan pendapat yang menyatakan bahawa menjadi satu perkara yang umum bagi mana-mana pemimpin pada zaman itu memimpin organisasi mereka secara autokratik. Misalnya Adam Smith dalam bukunya ‘The Wealth of Nation (1776) memberikan sumbangan dan pandangannya terhadap konsep pengurusan ekonomi dan sains politik. Charles Babbage memperkenalkan prinsip pembahagian dan

pengkhususan kerja melalui pengeluaran produk melalui jabatan-jabatan yang dikhususkan dengan fungsi tertentu dan mengutarakan idea penubuhan ‘line of production’ dengan penetapan fungsi kerja yang rutin.

(5)

Henry Gantt pula membuat kajian ke atas teori yang diperkenalkan oleh Frederick Taylor dan mendapati teori ini kurang memberikan penekanan terhadap aspek kemanusiaan. Henry Gantt yang terkenal dengan sistem Carta Gantt

memberikan penekanan terhadap perincian dalam jadual tugasan dan amat relevan hingga kini bagi membolehkan pengurusan menetapkan sasaran dan tarikh akhir (date-line) bagi setaip tugasan. Henry Gantt turut memperkenalkan sistem bonus bagi pekerja yang melepasi sasaran tugasan yang ditetapkan secara harian. Beliau turut menekankan kepentingan latihan dala memahirkan kakitangan dalam menjalankan tugas.

Frank & Lillian Gilbreths pula banyak memberikan sumbangan dalam kajian tentang gerakan pengurusan saintifik. Melalui buku tulisan mereka bertajuk ‘The Psychology of Management’ (1912), Lilian telah memberikan penekanan tentang aspek kebajikan pekerja secara individu selain hasil hipotesis atas kajiannya tentang ‘kelesuan dan gerakan kerja’. Frank memberikan tumpuan ke atas kajian yang menjurus kepada teknikl yang sesuai untuk meningkatkan produktiviti dan

mengurangkan kelesuan dikalangan pekerja akibat tekanan dan tempat kerja yang tidak kondusif.

(6)

Henry Fayol memperkenalkan 14 prinsip pengurusan yang wujud dalam sesebuah organisasi seperti

berikut:-1. Pembahagian Kerja

2. Autoriti & Kewibawaan

3. Disiplin

4. Penyelarasan Arahan

5. Seorang Ketua Bagi Satu Organisasi

6. Mementingkan Kehendak Masyarakat Daripada Kehendak Individu

7. Ganjaran Berbentuk Gaji

8. Pemusatan Kerja/Kuasa

9. Hirarki

10. Kebolehan Sesuai Dengan Tugas

11. Persamaan

12. Kestabilan Kerja

13. Inisiatif @ Daya Usaha

(7)

Tokoh-tokoh lain dan sumbangan mereka secara umum dapat dilihat dari ringkasan berikut

:-Hugo Munsterberg (1912) – Penggunaan aplikasi berdasarkan pendekatan psikologi dalam kajian terhadap pekerja yang terlibat dalam industri perkilangan dan

pengurusan.

Walter Dill Scott (1911) – Memperkembangkan aplikasi berdasarkan pendekatan psikologi yang digunakan ke atas pekerja yang terlibat dalam sektor pengiklanan, pemasaran dan personel.

Max Weber (1946) – Memperkenalkan Teori Birokrasi

Vilfredo Pareto (1917) – Digelar ‘Bapa Pendekatan Sistem Sosial’ kepada organisasi dan pengurusan.

Elton Mayo & F.J Roethlisberger (1933) – Kajian yang terkenal di loji Howthorne milik Syarikat Western Electric. Kajian yang dibuat adalah berkenaan saling kaitan anatara pengaruh sikap dan hubungan sosial kumpulan kerja ke atas prestasi.

Chester Barnard ( 1938 ) :

 Antara karya yang terkenal adalah The Functions of Executives.  Menurut beliau tugas pengurus ialah untuk memelihara sistem usaha

kerjasama dalam organisasi formal.

 Beliau menyarankan pendekatan sistem social yang komprehensif kepada pelanggan.

Laurence Peter (1969) – Meneliti dan membuat rumuasan berdasarkan

(8)

William Ouchi (1981) – Membincangkan amalan pengurusan Jepun yang terpilih dan disuai guna dalam persekitaran Amerika Syarikat.

PERBINCANGAN

Sebagai penjawat awam yang memegang gelaran penolong pegawai perubatan , pengurusan masa adalah penting kerana kerja ini adalah berkaitan dengan kehidupan dan juga nyawa. Bermakna setiap saat adalah berharga kerana mungkin dalam satu saat kita terlepas atau terlambat mungkin kita sudah mengabaikan satu nyawa . oleh itu pengurusan masa sangat penting . Pengurusan masa bermaksud anda mampu menguruskan masa secara berkesan bagi melakukan aktiviti harian dan merasa puas hati dengan apa yang telah anda lakukan. Pengurusan masa yang berkesan merupakan ciri penting di dalam gaya hidup yang sihat. Menguruskan masa melibatkan

penggunaan peralatan dan kaedah atau teknik untuk merancang dan menjadualkan masa dengan sesuai dan tepat. Peralatan dan teknik tersebut bertujuan untuk

meningkatkan keberkesanan penggunaan masa anda. Pengurusan masa amat penting bagi membantu remaja mengurus dan mengendalikan masa dengan bijak dan

bertanggungjawab.

,

(9)

Principles of Management. (n.d.). Retrieved March 8, 2015, from https://clep.collegeboard.org/exam/management

Management, n. (: Oxford English Dictionary)

http://www.oed.com/view/Entry/113218? redirectedFrom=management#eid

Craig, S. (2009, January 29). Merrill Bonus Case Widens

as Deal Struggles. Wall Street Journal.

Pengurusan: Definisi, Sejarah dan Konsep Siri 1 (Universiti Pengurusan Profesional) https://uniprof.wordpress.com/2008/01/07/pengurusan-definisi-sejarah-dan-konsep-siri-1/

Utusan Online. (2005, November 21). Membaca Pemikiran Pengurusan Peter F. Drucker. Retrieved March 10, 2015, from

http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?

y=2005&dt=1121&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_07.htm

Referensi

Dokumen terkait

Berdasarkan uraian masalah diatas, dibutuhkan sistem yang dapat memprediksi umur daun gambir guna mendapatkan daun yang layak untuk diolah sehingga pada

Berdasarkan hasil dari penelitian yang telah dilakukan, maka dapat dikemukakan beberapa saran yaitu guru yang akan menyampaikan materi kelarutan dan

Terdapat beberapa topik sains yang dapat dikenalkan melalui pengamatan fenomena fisika yang terjadi di sekitar anak, seperti mengenal benda padat, mengenal gerak benda, mengenal

Laporan ini akan berisikan (i) Pendahuluan, (ii) Profil Wilayah Kabupaten Seruyan, (iii) Arahan Kebijakan Dan Rencana Strategis Infrastruktur Bidang Cipta Karya,

Catatan tambahan : Spesifikasi produk tergantung pada pengujian, dari data literatur dan informasi dari perusahaan manufaktur sarung tangan atau diturunkan dari produk yang

D. Kendaraan yang digunakan untuk pergi dan pulang beraktivitas disebut alat transportasi. Alat transportasi disebut pula sarana pengangkut. Saran pengangkut sangat

Utvrđena je različita monotonost u rastućem delu intenziteta termalne krive, što ukazuje na nejednaku otpornost i adaptiranost ispitivanih samooplodnih linija kukuruza

bahwa rencana pembangunan jalan tol ruas Terbanggi Besar-Pematang Panggang sepanjang 110 KIn di Provinsi Lampung oleh Direktorat Bina Program, Direktorat Jenderal