• Tidak ada hasil yang ditemukan

STRATEGI KOMUNIKASI DAN KEPENTINGANNYA K (1)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "STRATEGI KOMUNIKASI DAN KEPENTINGANNYA K (1)"

Copied!
6
0
0

Teks penuh

(1)

Prosiding Seminar

Pengajaran Bahasa dan Kesusasteraan Arab di Institusi Pengajian Tinggi Malaysia Anjuran Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam UKM 22-23 Mac 2008 Puri Pujangga Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi

STRATEGI KOMUNIKASI DAN KEPENTINGANNYA KEPADA PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA ARAB DI MALAYSIA

Amilrudin Ishak

Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah KUIPSAS

Pendahuluan

Dalam pembelajaran bahasa Arab, pelajar sering mengalami gangguan komunikasi disebabkan kesukaran atau kelemahan menguasai bahasa tersebut. Untuk menyampaikan maksud pertuturannya, penutur itu akan meneruskan ujarannya dengan menggunakan alternatif lain untuk menyampaikan masej komunikasinya. Usaha ini dikenali sebagai strategi komunikasi.

Terdapat sekurang-kurangnya tiga kategori utama iaitu strategi berasaskan bahasa ibunda, strategi berasaskan bahasa kedua (Arab) dan strategi berasaskan bahasa nonverbal.

Strategi berasaskan bahasa ibunda termasuklah strategi pemindahan leksikal dan penukaran kod. Sementara strategi berasaskan bahasa kedua (Arab) pula merangkumi strategi terjemahan literal, strategi pengulangan, penjedaan, penghampiran, penggunaan perkataan yang tidak betul, rayuan dan pengelakan.

Strategi komunikasi sebenarnya boleh membantu pelajar agar yakin bertutur dalam bahasa Arab dan menjadikannya sebagai kebiasaan meskipun terdapat kelemahan dan kesalahan bahasa. Dengan menggunakan strategi komunikasi yang bersesuaian, mereka dapat mengatasi masalah bahasa dan sekaligus menjayakan komunikasi dan penyampaian maklumat dalam bahasa Arab.

Definisi Strategi Komunikasi

Sepintas lalu, strategi komunikasi bermaksud usaha dan cara seseorang penutur khususnya penutur bahasa kedua mengatasi masalah komunikasi yang dihadapinya supaya dapat menyampaikan masej yang dikehendakinya kepada interlokutor dengan apa jua kaedah dan teknik.

(2)

untuk menjayakan penyampaian masej, pelajar bahasa kedua banyak menggunakan strategi komunikasi dalam sesi pertuturannya.

Sebahagian ahli bahasa berpendapat bahawa strategi komunikasi adalah satu usaha sistematik yang dilakukan oleh penutur untuk menyampaikan atau menterjemahkan sesuatu maksud dalam bahasa sasaran (bahasa kedua) dalam keadaan di mana padanannya dalam bahasa sasaran adalah tidak jelas.

Ringkasnya, strategi komunikasi ialah tindakan atau usaha yang dilakukan oleh penutur dengan sengaja terutama ketika bertutur dalam bahasa kedua apabila ia mengalami gangguan bahasa sama ada kerana penutur ketiadaan sumber bahasa atau penutur menganggap pendengar tidak boleh memahami struktur bahasanya. Dalam hal ini, penutur mungkin memilih untuk meninggalkan masej tersebut atau meneruskan ujarannya dengan menggunakan alternatif lain dalam komunikasinya.

Faktor Utama Berlaku Strategi Komunikasi

Dapatlah dirumuskan bahawa strategi komunikasi bukanlah sesuatu yang dirancang dengan sengaja untuk dilakukan. Ia adalah merupakan satu tindak balas spontan hasil daripada gangguan bahasa yang dialami seseorang dalam komunikasinya.

Faktor-faktor yang mendorong kepada berlakunya strategi komunikasi ialah antara lain disebabkan kelemahan dalam penguasaan kaedah tatabahasa atau nahuan, kekurangan perbendaharaan kata, kelemahan sedia ada serta tabiat dan amalan kebiasaan bercakap merayu, berulang-ulang dan berjeda serta faktor luaran bahasa seperti situasi komunikasi dan perasaan penutur.

Kesan Penggunaan Strategi Komunikasi Kepada P&P Bahasa Arab

Penggunaan strategi komunikasi boleh dilihat memberi kesan kepada tiga perkara iaitu kesan kepada komunikasi, kesan kepada pengajaran dan pembelajaran bahasa dan kesan kepada perkembangan bahasa Arab di Malaysia.

Penggunaan strategi komunikasi sebenarnya boleh meninggalkan kesan negatif dan kesan positif. Kesan negatif ialah apabila penggunaannya secara berleluasa dan berterusan tanpa ada usaha memperbaiki kesilapan, mengatasi kelemahan dan menyelesaikan masalah. Jika dibiarkan berlarutan, lambat laun pertuturan seseorang itu akan kekal dalam kesilapan dan kelemahan yang boleh merosakkan bahasa yang dipelajarinya.

Sebaliknya, jika penggunaan strategi komunikasi ini hanyalah untuk penyelesaian sementara dan ada usaha untuk memperbaiki kelemahan dan kesilapan, strategi komunikasi harus dilihat sebagai positif.

(3)

yang terhad, seseorang itu masih mampu berkomunikasi dalam bahasa kedua dengan bantuan strategi komunikasi. Di samping itu ia dapat membebaskan dirinya daripada kongkongan bahasa ibunda yang sememangnya telah mendominasi pertuturan dan pemikirannya.

Dari aspek psikologi, strategi komunikasi boleh membantu pelajar bahasa untuk memperolehi keberanian mengujarkan pertuturan dalam bahasa Arab. Mereka merasa yakin dan seronok kerana apa jua masalah bahasa yang bakal mereka hadapi akan dapat diselesaikan dengan bantuan strategi komunikasi. Perasaan malu akan hilang kerana mereka tahu bahawa mereka mampu untuk bertutur malah merasa bangga untuk terus membiasakan diri menggunakan bahasa Arab dalam pertuturan harian sesama rakan sebaya mahupun dengan guru mereka.

Aspek positif jangka panjang ialah masa depan penggunaan bahasa Arab di Malaysia khususnya. Dengan wujudnya penuturan bahasa Arab di kalangan pelajar dan masyarakat awam, meskipun terdapat kelemahan, kesilapan dan kesukaran, ia akan mengangkat martabat bahasa Arab untuk diterima sebagai bahasa komunikasi, bahasa ilmu dan bahasa global.

Saranan

Menyedari hakikat bahawa strategi komunikasi pasti wujud dalam komunikasi seseorang sama ada disedari atau tidak, maka sewajarnya langkah-langkah tertentu perlu diambil. Kertas ini ingin mengemukakan beberapa saranan berkaitan penggunaan strategi komunikasi.

(a) Pelajar-pelajar bahasa Arab seharusnya dibimbing dan diperkenalkan kepada strategi komunikasi secara sistematik untuk membolehkan mereka memilih dan menggunakan strategi yang positif dan bersesuaian. Tanpa bimbingan yang sempurna akan menyebabkan pelajar hilang arah apabila mereka menghadapi masalah komunikasi dalam bahasa Arab. Mereka akan memilih untuk meninggalkan ujaran atau bertutur dalam bahasa-bahasa lain.

(b) Sebenarnya strategi komunikasi boleh memberi kesan yang mendalam kepada kelancaran komunikasi seseorang serta boleh meningkatkan penguasaan bahasa tersebut. Oleh itu, pelajar bahasa Arab seharusnya digalakkan untuk menggunakan strategi komunikasi yang positif, seperti strategi yang berasaskan bahasa kedua. Strategi-strategi yang negatif seperti strategi pemindahan leksikal dan pengalihan kod patut dielakkan.

(4)

(d) Para pelajar bahasa Arab mesti menuturkan bahasa ini dalam amalan pertuturan harian di mana sahaja. Pertuturan ini tidak semestinya benar-benar tepat dan betul mengikut peraturan dan kaedah bahasa. Kelemahan bahasa Arab tidak boleh dijadikan penghalang untuk berkomunikasi dengannya. Ada banyak strategi komunikasi yang boleh digunakan untuk membantu pelajar menyelesaikan gangguan bahasa yang dialaminya.

(e) Di sebalik keghairahan pelajar menggunakan strategi komunikasi dalam pertuturan, mereka juga hendaklah sentiasa berusaha untuk memperbaiki kesilapan, mengatasi kelemahan dan menyelesaikan masalah bahasa yang ada pada mereka. Membiarkan ia berlarutan tidak akan membantu meningkatkan penguasaan bahasa Arab malah boleh menggagalkannya. Membiarkan diri dalam kesilapan dan kelemahan bererti menyuburkan sikap sambil lewa dan tidak produktif.

(f) Bagi guru-guru pula mereka bukan sahaja sekadar guru yang mengajar mata pelajaran bahasa di dalam kelas tetapi juga sebagai model dan pencetus teladan kepada pelajar-pelajar mereka. Guru-guru juga semestinya sentiasa bertutur dalam bahasa Arab terutamanya sesama guru bahasa Arab untuk membolehkan pelajar mendengar perbualan mereka dan melahirkan rasa kagum dan hormat kepada guru.

(g) Untuk meningkatkan mutu komunikasi bahasa Arab di Malaysia terutamanya di IPT, maka sukatan dan pelaksanaan kurikulum harus menekankan kemahiran bertutur mengatasi kemahiran-kemahiran lain seperti kemahiran menulis dan membaca.

Penutup

Cendikiawan bahasa Arab khususnya ulamak Balaghah membahaskan bahawa bahasa seseorang mestilah indah dan selamat daripada penggunaan perkataan yang berat dan sukar sebutannya, perkataan yang ganjil, perkataan yang menyalahi kaedah morfologi dan nahuan serta perkataan yang tak elok sebutannya. Komunikasi mestilah lancar dan jelas untuk mengelakkan salah faham antara penutur dan pendengar.

Bagi pelajar Melayu yang mempelajari bahasa Arab sebagai bahasa kedua sememangnya berdepan dengan masalah gangguan bahasa dalam komunikasi. Kekurangan perkataan, kelemahan aspek nahuan dan kesukaran menyebut huruf-huruf tertentu dikenalpasti antara faktor utama yang boleh mengganggu dan menggagalkan komunikasi. Bagai penutur yang gigih, dia akan mencari jalan lain untuk meneruskan ujarannya dengan menggunakan pelbagai strategi komunikasi.

Strategi komunikasi seharusnya dilihat sebagai unsur positif dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab. Pelajar-pelajar patut didedahkan kepada cara penggunaan strategi komunikasi yang betul supaya dapat membantu mereka menjayakan komunikasi dalam bahasa Arab.

(5)

menggunakan bahasa yang baik, penutur boleh mengeksploitasi interlokutor sekaligus akan merangsang tindak balas. Menerusi komunikasi, penuturnya diukur dan dinilai kedudukannya dalam masyarakat. Ada orang disanjung kerana keindahan tutur katanya, sebaliknya ada pula yang dihina juga kerana tutur bicaranya. Pepatah Melaya ada mengatakan Kerana mulut badan binasa .

RUJUKAN

Ab. Rahman Ab. Rashid & Yap Kim Fatt. (1997). Bahasa Melayu Komunikasi 1. Petaling Jaya: Longman.

Abdullah Hassan & Ainon Mohd. (1994). Bahasa Melayu Untuk Maktab Perguruan. Kuala Lumpur: Fajar Bakti.

Ahmad Mohd. Salleh. (1997). Pendidikan Islam, Falsafah, Pedagogi dan Metodologi. Shah Alam: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Asmah Haji Omar. (1989). Isu-isu Perancangan Bahasa. Cetakan Kedua. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Brown, J. S. & Duguid, P. (2000). The Social Life of Information. Boston: Harvard University Press.

Bynon, Theodora. (1994). Linguistik Sejarawi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Dearana Morshidi .(1998). Respons Pelajar-Pelajar Tahun Dua Sekolah Rendah Terhadap Mata Pelajaran Bahasa Arab. Jabatan Pendidikan, MPS.

Ee Ah Meng (1997). Pedagogi ll Pelaksanaan Pengajaran. Shah Alam: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Gan Giung Suk. (1990). Perkembangan Tulisan Jawi Dalam Masyarakat Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Haris Md. Jadi. (1990). Etnik, Politik Dan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Harmer, J. (1983). The Practice of English Language Teaching. New York: Longman.

Hartmann, R. R. K. (1993). Leksikografi : Prinsip Dan Amalan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hashim Haji Musa. (1999). Sejarah Perkembangan Tulisan Jawi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Johnson, K. (1982). Communicative Syllabus Design and Methodology. Pergamon Press.

(6)

Kamarudin Hj. Husin. (1999). Pengajaran Lisan: Kemahiran Mendengar Dan Bertutur. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman.

Mounin, Georges. (1991). Masalah Teori Terjemahan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Parker, Frank. (1994). Linguistik Untuk Bukan Ahli Linguistik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Raminah Hj. Sabran. (1993). Kecekapan berkomunikasi dalam bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Fajar Bakti.

Referensi

Dokumen terkait

Bandingkan beda lafal au dan ai dalam kemarau dan menggulai (au dan ai di sini adalah diftong), dan dalam mau dan menggulai (au dan ai di sini melambangkan deret dua bunyi

Dengan data jumlah kalori yang dimiliki buruh angkut diatas, peneliti dapat menentukan kekurangan kalori buruh angkut yang seharusnya terpenuhi dari makanan

Cairan penyari (pelarut) dalam proses pembuatan ekstrak adalah pelarut yang baik untuk senyawa kandungan yang berkhasiat atau yang aktif, dengan demikian senyawa tersebut

Diena (2009) dalam Hadi (2012), menyatakan bahwa indeks kenyamanan dalam kondisi nyaman ideal bagi manusia Indonesia berada pada kisaran THI 20-26. Setiap jalan raya di kawasan

Apa itu persamaan, persamaan secara keseluruhan atau persamaan hanya pada pokoknya? Sering dijumpai persamaan pada pokoknya dengan unsur-unsur yang menonjol yang

Gambar 1.Grafik %ε vs Waktu Pengadukan pada Konsentrasi Asam Sitrat 1% Kemudian apabila ditinjau dari kinetika pemucatan minyak nilam yang terjadi, interaksi variabel suhu operasi

Dalam pengujiannya partial discharge dapat diuji menggunakan sebuah sensor dengan berbagai rangkaian diantaranya rangkaian High frequency current transformer (HFCT) sehingga,

Menurut Kemp dan Dayton 1985 (Aristo Rahadi, 2003: 15), mengidentifikasi beberapa manfaat media dalam pembelajaran antara lain : (1) penyampaian materi dapat diseragamkan, (2)