• Tidak ada hasil yang ditemukan

Fatwa tentang Burung Walet docx

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Fatwa tentang Burung Walet docx"

Copied!
16
0
0

Teks penuh

(1)

KOLEJ UNIVERSITI ISLAM SAINS DAN

TEKNOLOGI

IJAZAH SARJANA MUDA

PENGURUSAN INDUSTRI HALAL

FATWA & UNDANG-UNDANG (ISH 2093)

“ Burung Walet”

NAMA : NUR HABIBAH BINTI AZIZAN

NO. MATRIK : 41320XXXX

(2)

1.0 PENGENALAN

Di tengah masyarakat muncul budaya pemakan Burung Layang-Layang (Walet) di mana sarangnya diambil untuk dimanfaatkan dalam pelbagai kepentingan sama ada digunakan sebagai makanan atau ubat-ubatan.

Sarang Burung Walet berasal dari cairan yang keluar bersama air liur yang telah kering dan tidak bercampur dengan najis ataupun kotoran. Sebahagian masyarakat yang beranggapan bahawa sarang Burung Walet berasal dari air liur yang sudah kering.

Kes seperti ini mula menjadi pertanyaan masyarakat mengenai hukum mengambil sarang Burung Walet. Dalam firman Allah SWT yang menegaskan perintah mengambil makanan yang halal dan thayyib, antaranya ialah

ت

ت َاووططط

ط خطَاوعطبتتتتوَلوو ًاططببييط

و َلَلحو ض

ت

ررلَا ِيفتًاططمتمتَاولطكط س

ط

ًانتلَاًاهوييأوًايو

ن

ن يبتمطوودطع

و م

ر ك

ط لو هطنتإت نتًاط

و يرش

ت لَا

"Hai sekalian manusia! Makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan; karena sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu"1

Maka, berdasarkan keterangan di atas, timbul persoalan sama ada sarang burung haram dimakan atau sebaliknya? Dan adakah air liurnya suci atau dikira najis?

(3)

2.0 CIRI – CIRI BURUNG WALET

Burung Walit adalah sejenis burung yang banyak mempunyai pelbagai karenah.Burung walet merupakan haiwan berdarah panas, mempunyai sayap seperti bentuk sabit dan tubuh yang diselubungi bulu pelepah.Ia mempunyai paruh tanpa gigi. Jantung Burung Walit terdiri daripada empat kamar seperti manusia. Kamar atas dikenali sebagai atrium, sementara kamar bawah dikenali sebagai ventrikel.2

Keunikan burung ini adalah ianya mampu terbang sejauh 50 kilometer dalam masa sehari mempunyai daya ingatan yang kuat terutama untuk kembali ke tempat tinggal.Sebagai burung, Burung Walit membiak dengan cara bertelur. Telur yang dihasilkan mempunyai cangkerang keras di dalam sarang yang dibinanya.Burung Walit bertelur tiga kali setahun dan menghasilkan dua biji telur pada setiap sesi bertelur.Proses pembinaan sarang pula, burung jantan dan burung betina saling bantu membantu untuk membina sarang. Lazimnya akan dibuat pada waktu malam dan kedua-dua mereka mengambil giliran untuk mengeram telur.3

(4)

3.0 KEISTIMEWAAN SARANG BURUNG WALET

Islam menyuruh umatnya mengutamakan kesihatan agar dijaga dengan baik bagi meneruskan kehidupan beribadah kerana Allah seperti mana dalam firman Allah:

ههاييييإإ ييتهنكه نإإ هإييليلإ ااورهكه وو ييكهنون زورو امو ت

مممممم

مش ٱ

مم

مم مق

إ بونييط

و نمإ ااولهكه ااونهمواءو نويذإلي اهوييأوينوي

ٱ

ن

و ودهبه تو

مع

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, makanlah di antara rezeki yang baik-baik yang Kami berikan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika benar-benar hanya kepada-Nya kamu menyembah.”5

Sehubungan dengan itu, perubatan moden atau tradisional boleh diamalkan selagi tidak bercanggah dengan hukum syarak. Contohnya sarangnya didakwa mampu merawat asthma, menyihatkan paru-paru, memulihkan dan pembentukan sel baru untuk kulit wanita supaya kelihatan lebih muda, untuk ibu yang mengadung supaya pembentukan anak dalam rahim lebih cerdas dan organ yang sihat dan lain-lain.

Sejak dulu lagi, khasiat sarang-sarang burung layang-layang atau walit didapati mempunyai nilai pemakanan tinggi yang sangat unik dan aktif iaitu faktor stimulasi mikrogenik. Faktor itu membantu merangsang sel dan penghasilan semula struktur sel badan, serta dikatakan menjadi punca utama penghasilan kulit yang muda, lembut, licin dan halus.

Selain membekalkan kecantikan pada kulit, sarang burung itu juga membuktikan ia sangat berkhasiat kerana mengandungi bahan yang boleh memberikan tenaga dan pemulihan

(5)

dalaman, khasnya melancarkan sistem aliran darah dengan lebih lancar.Penyelidikan saintifik moden mendapati ia mengandungi mineral kepekatan tinggi, protein aktif serta protein gelatin, sekali gus menjadikan ia produk kesihatan semula jadi yang tulen sekali gus bagus untuk semua peringkat usia.

Pengambilan sarang burung dalam jangka panjang adalah ketahanan terbaik terhadap penuaan, manakala unsur protein aktif dalam sarang burung turut merangsang pembesaran sel dalam sistem imunisasi, lantas menguatkan imuniti badan dalam melawan penyakit.Sarang burung juga sesuai bagi wanita hamil kerana ia memberi faedah kepada ibu dan bayi. Ini amat jelas berikutan bayi yang dilahirkan akan memiliki kulit yang sangat cerah lagi halus, serta fungsi badan lebih kuat berbanding bayi lain dan ibu juga pulih lebih cepat selepas melahirkan.

Secara lazimnya, manfaat sarang burung itu boleh dinikmati melalui hidangan yang disediakan, bergantung kepada cita rasa tersendiri untuk menambahkan kenikmatan ketika menjamu. Bagaimanapun ia memerlukan kos yang tinggi untuk setiap pengambilan. Namun kini, menyedari khasiatnya dan permintaannya semakin tinggi terutama untuk kecantikan, ia boleh didapati dalam bentuk sapuan dengan harga yang murah dan mudah dimiliki oleh semua golongan. Ekstrak sarang burung walet mampu membuatkan bahan-bahan aktif yang terkandung mudah menyerap jauh ke dalam lapisan kulit untuk membaikpulih struktur epidermis, menebalkan kulit dan menyamar garisan halus serta kedutan selain membekalkan keanjalan jangka masa panjang pada wajah.6

Sarang burung walet mampu melancarkan fungsi paru-paru, melegakan batuk, membersihkan darah dan memulihkan tenaga selepas demam. Selain itu, ia mampu menambah daya ketahanan tubuh, melancarkan perjalanan darah dan meningkatkan kekuatan jantung & buah pingang selain ianya merupakan agen pemutihan kulit yang sangat baik dan

(6)

juga baik untuk kesihatan mata. Bagi penghidap asthma, ia juga dikatakan agen terbaik memulihkan sistem pernafasan dan memperkuatkan paru-paru.7

Sarang burung walet ini juga mampu mengubati kanser dan hepititis B. Ini kerana sarang burung telah terbukti melalui ujian makmal yang dijalankan mengandungi nutrient-nutrien dan garam mineral seperti glikoprotein,kalsium, zat besi, fosforus, iodin, dan vitamin2 yang lebih mudah diserap oleh badan manusia.8

Kajian perubatan Cina di Beijing juga telah mendapati sarang burung Walet merupakan agen pemutihan kulit dan juga baik untuk kesihatan mata. Bagi penghidap asthma, ia juga dikatakan merupakan agen terbaik memulihkan sistem pernafasan dan memperkuatkan paru-paru. Hasil daripada berbagai macam eksperimen dan penelitian menunjukkan bahawa sarang burung bermanfaat sebagai:9

1)

Zat kolagen yang terkandung dalam setiap sarang burung Walit dapat melancarkan pembuluh darah serta memperbaiki saluran pencernaan.

2)

Sarang burung walit dapat mengurangi kahak dan menyembuhkan batuk. Ini juga merupakan nutrisi bagi paru-paru dan menguatkan saluran pernafasan.

7PJNet Malaysia Forum, Kelebihan Sarang Burung WalitTerkini Dan Laris DiPasaran Dengan Harga Murah, 2 ogos 2012, available at: http://www.pjnet.my/Kelebihan-Sarang-Burung-Walit-Halal-Terkini-dan-laris-Dipasaran-dengan-harga-Murah , (13 september 2014)

8PJNet Malaysia Forum, Ibid, available at: http://www.pjnet.my/Kelebihan-Sarang-Burung-Walit-Halal-Terkini-dan-laris-Dipasaran-dengan-harga-Murah

(7)

3)

Pengambilan sarang burung walit semasa kehamilan dapat mengurangi rasa sakit pada punggung, memperkuat paru-paru bayi yang dikandung. Juga dapat mempercepat proses penyembuhan setelah melahirkan.

4)

Untuk wanita, pemakanan secara teratur dapat meningkatkan daya metabolisme, memperbaiki kulit serta melambatkan proses penuaan.

5)

Untuk orang tua, pemakanan secara teratur dapat menguatkan urat dan tulang, serta meningkatkan daya tahan tubuh terhadap penyakit.

6)

Untuk kanak-kanak, sarang burung walit dapat membesarkan daya serap nutrisi yang ada pada setiap makanan, dan memperkuatkan paru-paru.

7)

Merupakan makanan yang baik kepada para perokok, serta mengurangkan kesan yang ditimbulkan daripada nikotin.

4.0 HUKUM

4.1 MEMAKAN SARANG BURUNG WALET

Jika diteliti persoalan ini dari sudut fiqah, tiada sebab yang mengharamkan makan sarang burung Walet. Ini kerana, sarang itu terhasil dan diperbuat daripada air liur burung Walet dan air liurnya adalah suci.

Hukum air liur juga halal ataupun boleh, kerana air liur walet bukan najis, dan tidak ada dalil yang menajiskannya, bahkan terdapat dalil yang menunjukkan kesuciannya.

َىططلوع

و ووططهطوو َىططنومتبت ِي

ي ططبتنتلَا ًاوططنبوط

و خو : ل

و ًاقو ةوج

و رتًاخو ن

ت بر ور

ت م

ر ع

و ن

ر ع

و

ِي

ر ف

ت تتك

و َىلوع

و ل

ط يرس

ت يو ًاهوبطًاعولطوو هتتتلوحتَارو

Dari Amr bin Kharijah berkata: Nabi berkhutbah kepada kami di Mina dan beliau berada di atas kendaraannya dan air liur kendaraannya mengalir di bahuku."10

(8)

Ash-Shan’ani berkata:

“Hadits ini menunjukkan bahawa air liur haiwan yang boleh dimakan dagingnya adalah suci, bahkan diceritakan bahawa hal itu merupakan kesepakatan ulama,."11

Kesimpulannya memelihara burung walet hukumnya boleh dan air liurnya hukumnya adalah halal.

Maka kembali kepada kaedah asal syarak iaitu asal kepada sesuatu perkara adalah halal kecuali ada dalil yang mengharamkannya dan kaedah yang lebih teliti adalah asal kepada benda-benda yang bermanfaat adalah halal dan asal kepada benda yang memudaratkan adalah haram. Berdasarkan kaedah ini juga, sarang burung Walet dihukum halal, kerana ia adalah makanan yang terbukti tidak membawa mudarat, malahan membawa manfaat kepada tubuh badan.

Firman Allah Taala:

ةةتو مو ن

مي

و وك

ه يو نأو ليإإ ههمهعو يو عإاط

ۥۥ

مط مم

و ى

ن لوع

و امةريحومه ي

ي لوإإ ي

و حإوأ

ه امو يفإ دهجإأو لي لقه

يزإنخإ مو لو أو احةوفه مي اممدو أو

رم

مح مو

مس

مو

"Katakan: Tiada aku dapati dalam wahyu yang diwahyukan kepadaku sesuatu yang diharamkan keatas orang yang mahu memakannya, kecuali makanan itu ialah bangkai, darah yg mengalir, atau daging babi"12

11Kitab Subulus Salam 1/77 karya Imam Muhammad bin Ismail bin Shalah Al Amir Al Kahlani Ash Shan’ani

(9)

Oleh itu, sarang burung bukan najis. Sarang burung tidak dipandang jijik atau kotor oleh segelintir masyarakat yang mengamalkannya, berbeza seperti ulat, serangga dan lain-lain. Maka atas sebab itu, ia diharuskan makan.

Ayat-ayat al-Quran telah banyak menyentuh mengenai tuntutan memakan makanan yang halal. Islam sama sekali tidak mengizinkan penganutnya memakan sesuatu yang boleh membawa mudarat kepada fizikal badan mahupun spiritual. Ini kerana ada makanan yang halal tetapi ia belum tentu baik untuk tubuh badan kita, seperti gula,MSG(Monosodium Glutamate), lemak yang berlebihan yang boleh mengundang pelbagai jenis penyakit. Oleh itu, Islam mengajak umatnya mengekalkan kesihatan badan melalui pematuhan kepada makanan yang berkhasiat dan diet yang betul.

Perkara ini termasuklah persoalan memakan makanan yang belum pernah dimakan sebelum ini. Contohnya memakan sarang burung Walet bukan suatu kebiasaan masyarakat Malaysia, tetapi selepas mendapati sarang burung ini dimakan oleh segelintir kecil masyarakat yang tinggal di kawasan berhampiran dengan gua, mulalah dikaji kelebihan dan khasiatnya sehinggalah hari ini sarang burung walet ini berjaya menembusi pasaran global.

Sarang burung walet ini menjadi tersohor apabila kajian dijalan ke atasnya dilakukan dan mendapati ia sangat bermanfaat kepada tubuh badan manusia.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

إتنتًاط

و يرش

ت لًاتتَاووط

ط خطَاوعطبتتتتوَلووًاببييط

و َلَلحوض

ت ررلًايفتًامتمتَاولطك

ط س

ط ًانتلَاًاهوييأ

و ًايو

ن

ن يبتمطوودطعومرك

ط لوهطنت

(10)

Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu13.

Dalam ayat yang lain Allah SWT berfirman yang bermaksud:

ههاييييإإ ييتهنكه نإإ هإييليلإ ااورهكه وو ييكهنون زورو امو ت

مممممم

مش ٱ

مم

مم مق

إ بونييط

و نمإ ااولهكه ااونهمواءو نويذإلي اهوييأوينوي

ٱ

ن

و ودهبه تو

مع

Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadanya.14

4.2 HUKUM MEMELIHARA DAN JUALAN BURUNG

Hukum memelihara burung dan jualan burung boleh dengan syarat keperluan makanannya dipenuhi dan burung tersebut bukanlah tergolong burung yang akan mati jika dikurung. Terdapat beberapa burung yang jika dikurung akan mati. Burung seperti ini tidak boleh dipelihara. Namun, ada juga burung yang boleh hidup walaupun dikurung dengan syarat burung tersebut diberi makan. Dalilnya adalah sebuah hadis yang diriwayatkan oleh

13

Surah Al-Baqarah, ayat 168 14

(11)

Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah mengenai perempuan yang masuk neraka gara-gara seekor kucing. Beliau bersabda,

شًاططشخ نططم لططكأت ًاططهتكرت َلو ،ًاططهتمعطأف ًاهتسبح ِيه َلف

ضرلَا

"Dia tidak memberi makanan untuk kucing tersebut dia ingin mengurungnya. Tidak pula dia biarkan kucing tersebut sehingga dia mampu mencari makan sendiri."

Sejumlah ulama mengatakan bahawa hadith di atas menunjukkan bolehnya mengurung haiwan asalkan keperluan makanannya dipenuhi. Sehingga jika ada yang memelihara dan mengurung kambing, kucing, atau burung dan keperluan makanannya dipenuhi dan diperhatikan maka hukumnya adalah diperbolehkan.

Dalil yang lain adalah hadith yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Anas yang menceritakan bahawa Nabi menemui seorang anak kecil yang bermain-main dengan seekor burung kecil. Setelah itu Nabi kembali menemuinya lagi, tetapi beliau menjumpai anak kecil tersebut menangis. Nabi berkata kepadanya,15

؟ريغنلا لعف ام ؛ريمع ابأ اي

"Wahai Abu Umair, apa yang dilakukan oleh burungmu?"

Dalam hadith di atas Nabi membiarkan anak tersebut memelihara dan bermain dengan burung yang dia pelihara.Nabi pun tidak memerintahkan keluarganya agar melepas burung tersebut. Hadith ini mengandungi banyak pelajaran.Ibnu Hajar dalam Fathul Bari mengatakan bolehnya mengurung burung.

15

(12)

Jika boleh memelihara burung, bermakna burung adalah sesuatu yang bernilai sehingga dibolehkan juga menjual atau membelinya secara banyak untuk digunakan. Kesimpulannya,

memperdagangkan burung hukumnya boleh16

5.0 KESIMPULAN

Budaya masyarakat yang mengamalkan sarang burung walet sebagai amalan pemakanan atau ubat-ubatan kerana mendapati sarang burung ini mengandungi banyak khasiat yang bermanfaat untuk tubuh badan dan sebagainya.

16

(13)

Sebagaimana Allah pernah berfirman:

"wahai sekalian manusia! Makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan; karena sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu”17

Sarang burung walet yang dibuat daripada air liur adalah halal dan bukan najis. Hal ini kerana, air liur bukanlah salah satu kategori daripada najis yang kotor dan jijik dan tidak ada dalil yang mengatakan bahawa air liur haiwan adalah najis. Malah, dalil yang membicarakan soal air liur menunjukkan kesuciannya.

Maka, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia telah bersidang pada 6 hingga 8 september 2007 bagi membincangkan tentang permasalahan masyarakat berkenaan Hukum Memakan Sarang Burung Layang-Layang kali ke-79. Jawatankuasa akhirnya dengan sebulat suara memutuskan bahawa hukum memakan sarang burung laying-layang adalah harus dan dibolehkan.

6.0 LAMPIRAN

17

(14)
(15)
(16)

1.

Manusia Dan Sumber Alam, e-TERNAK:Burung Walit, 9 Ogos 2012, available at: http://muammarrabbitry.blogspot.com/2012/08.e-ternah-burung-walit.html,

2.

Jutawan Kini, Menjadi Jutawan Melalui Penternakan Burung Walet, 15 oktober 2011, available at: http://jutawan-kini.blogspot.com/2011/10/menjadi-jutawan-melalui-penternakan.html

3.

Azmir Affendi, MECTTENMEDIA, Ciri-Ciri Burung Walet, 6 September 2010, available at: http://bisneswalit.blogspot.com/2010/09/ciri-ciri-burung-walit.html

4.

1 KLIK, Khasiat Sarang BurungWalet, 14 November 2008, available at: http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/isu-nasional/312-pertanian-komersial/7795-khasiat-sarang-burung-walit.html

5.

PJNet Malaysia Forum, Kelebihan Sarang Burung WalitTerkini Dan Laris DiPasaran Dengan Harga Murah, 2 ogos 2012, available at:

http://www.pjnet.my/Kelebihan-Sarang-Burung-Walit-Halal-Terkini-dan-laris-Dipasaran-dengan-harga-Murah

6.

En. Mahadi, Bird’s Nest, Kebaikan Sarang Burung, November 2009, available at: http://budibirds.blogspot.com/2009/11/kebaikan-sarang-burung.html

Referensi

Dokumen terkait

Ekonomi perdagangan merupakan kegiatan utama imigran Arab tidak hanya yang tinggal di Asia Tenggara, tetapi juga di

Tabel 3.5 Tabel Aktivitas Santri Pondok Pesantren Modern Sumber : Analisa Pribadi.. No Aktivitas Santri

Target luaran yang diharapkan dari usaha ini, yaitu dapat menghasilkan inovasi kedelai menjadi sosis yang disukai dan bermanfaat bagi kesehatan. Memanfaatkan kedelai agar

Grafik 4.1 Rata-Rata Kamampuh Nepikeun Laporan Lalampahan Siswa Kelas VIII-B SMP Negeri 10 Bandung Taun Ajaran 2016/2017 Unggal Aspék Saméméh Ngagunakeun Métodeu.

Gambar 4.20 Saran Ahli Guru Matematika.. Berdasarkan data dalam tabel 4.12 dapat diketaui bahwa kualitas modul pembelajaran berdasarkan penilaian oleh dosen ahli

Anda dapat mengubah rentang warna secara manual agar sesuai rentang warna yang benar jika warna tidak ditampilkan dengan benar.

>ra9ik (?-x) dari dua pegas A dan pegas # yang seperti terlihat pada gambar, maka dapat disimpulkan... 7iga buah pegas identik disusun seperti pada gambar. #ola yang massanya 0

• Penyelenggaraan penyusunan dan penyempurnaan standar pelaksanaan pemantauan, pembinaan, pengawasan dan evaluasi atas penyelenggaraan Otonomi Daerah bidang lingkungan,