• Tidak ada hasil yang ditemukan

Kajian Terhadap Tahap Patriotisme di Kal

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Kajian Terhadap Tahap Patriotisme di Kal"

Copied!
192
0
0

Teks penuh

(1)

i

LAPORAN AKHIR

KAJIAN BERTERASKAN BIDANG KEBERHASILAN

UTAMA (KRA) PERAK AMANJAYA

KAJIAN TERHADAP TAHAP PATRIOTISME DI KALANGAN

BELIA PERAK

DISEDIAKAN OLEH:

AHMAD ZAHARUDDIN SANI AHMAD SABRI

ABDUL RAHMAN ABDUL AZIZ

SHAHIDAN SHAFIE

MUHAMED NOR AZMAN NORDIN

INSTITUT PEMIKIRAN TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

UNTUK:

INSTITUT DARUL RIDZUAN

(2)

ii

© Hak Cipta Institut Pemikiran Tun Dr. Mahathir Mohamad,

Universiti Utara Malaysia, 2014

(3)

iii

2.2 LATAR BELAKANG PENGURUSAN BELIA DI MALAYSIA 14

2.3 DASAR PEMBANGUNAN BELIA NEGARA 14

(4)

iv

2.5 PROGRAM PEMBANGUNAN BELIA 19

2.6 PERANAN PERTUBUHAN BELIA 29

2.7 PERANAN MEDIA 31

2.8 SEMANGAT PATRIOTISME 33

2.9 SENARIO PATRIOTISME DI MALAYSIA 38

2.10 MEMUPUK PATRIOTISME 39

2.11 SEMANGAT PATRIOTISME DALAM

MEMPERTAHANKAN NEGARA 40

2.12 PENDIDIKAN PATRIOTISME 43

2.13 GENERASI MUDA DAN PATRIOTISME 45

2.14 KESIMPULAN 55

BAB EMPAT: ANALISIS KAJIAN DAN PERBINCANGAN

4.1 PENGENALAN 62

(5)

v

4.3 ANALISIS TABURAN RESPONDEN 62

4.3.1 Jantina Responden 63

4.3.2 Umur Responden 64

4.3.3 Bangsa Responden 65

4.3.4 Pendidikan Responden 66

4.3.5 Pekerjaan Responden 68

4.3.6 Daerah Responden 69

4.4 PENGUJIAN HIPOTESIS 71

4.5 UJIAN CROSSTAB DAN ANALISIS 72

4.5.1 Hubungkait Faktor Demografi dengan Soalan Berkaitan

Pengetahuan Politik 72

4.5.2 Hubungkait Faktor Demografi dengan Soalan Berkaitan

Semangat Patriotisme 112

BAB LIMA: KESIMPULAN

5.1 PENGENALAN 163

5.2 CADANGAN 163

5.2.1 Membina Semangat Patriotik Melalui Nilai-Nilai Positif 163

5.2.2 Memahami Kehendak Belia 164

5.2.3 Peranan Media 164

5.2.4 Cadangan untuk Kajian akan Datang 165

5.3 KESIMPULAN 166

Rujukan 168

(6)

vi

SENARAI RAJAH

Rajah 1 .0: Kerangka Kajian 5

Rajah 4.1: Carta Pai Taburan Responden Mengikut Jantina 63

Rajah 4.2: Carta Pai Taburan Responden Mengikut Umur 65

Rajah 4.3: Carta Pai Taburan Responden Mengikut Bangsa 66

Rajah 4.4: Carta Pai Taburan Responden Mengikut Tahap Pendidikan 68

Rajah 4.5: Carta Pai Taburan Responden Mengikut Pekerjaan 69

Rajah 4.6: Carta Pai Taburan Responden Mengikut Daerah 70

Rajah 4.7: Carta Pai Keseluruhan Responden Berdasarkan Soalan B1 (Yang

di-Pertuan Agong akan memerintah negara selama 10 tahun) 73

Rajah 4.8: Hubungan Faktor Jantina Terhadap Soalan B1 (Yang di-Pertuan

Agong akan memerintah negara selama 10 tahun) 74

Rajah 4.9: Hubungan Faktor Bangsa Terhadap Soalan B1 (Yang di-Pertuan

Agong akan memerintah negara selama 10 tahun) 74

Rajah 4.10: Hubungan Faktor Tahap Pendidikan Terhadap Soalan B1 (Yang

di-Pertuan Agong akan memerintah negara selama 10 tahun) 75

Rajah 4.11: Hubungan Faktor Kawasan Kediaman Terhadap Soalan B1 (Yang

di-Pertuan Agong akan memerintah negara selama 10 tahun) 75

Rajah 4.12: Carta Pai Keseluruhan Responden Bagi Soalan B3 (Binatang

yang menjadi lambang negara Malaysia ialah harimau dan

bunga kebangsaan Malaysia ialah bunga raya) 78

Rajah 4.13: Hubungan Faktor Jantina Terhadap Soalan B3 (Binatang

yang menjadi lambang negara Malaysia ialah harimau dan

bunga kebangsaan Malaysia ialah bunga raya) 79

(7)

vii

menjadi lambang negara Malaysia ialah harimau dan

bunga kebangsaan Malaysia ialah bunga raya) 79

Rajah 4.15: Hubungan Faktor Tahap Pendidikan Terhadap Soalan B3 (Binatang

yang menjadi lambang negara Malaysia ialah harimau dan

bunga kebangsaan Malaysia ialah bunga raya) 80

Rajah 4.16: Hubungan Faktor Kawasan Kediaman Terhadap Soalan B3

(Binatang yang menjadiLambang negara Malaysia ialah

harimau dan bunga kebangsaan Malaysia ialah bunga raya) 80

Rajah 4.17: Carta Pai Keseluruhan Responden bagiSoalan B6 (Agama rasmi

bagi Malaysia ialah agama Islam) 83

Rajah 4.18: Hubungan Faktor Jantina Terhadap Soalan B6 (Agama rasmi

bagi Malaysia ialah agama Islam) 84

Rajah 4.19: Hubungan Faktor Bangsa Terhadap Soalan B6 (Agama rasmi

bagi Malaysia ialah agama Islam) 84

Rajah 4.20: Hubungan Faktor Tahap Pendidikan Terhadap Soalan B6

(Agama rasmi bagi Malaysia ialah agama Islam) 85

Rajah 4.21: Hubungan Faktor Kawasan Kediaman Terhadap Soalan B6

(Agama rasmi bagi Malaysia ialah agama Islam) 85

Rajah 4.22: Carta Pai Keseluruhan Responden Bagi Soalan B7

(Malaysia dibentuk pada 31 Ogos 1957) 87

Rajah 4.23: Hubungan Faktor Jantina Terhadap Soalan B7

(Malaysia dibentuk pada 31 Ogos 1957) 88

Rajah 4.24: Hubungan Faktor Bangsa Terhadap Soalan B7

(Malaysia dibentuk pada 31 Ogos 1957) 89

Rajah 4.25: Hubungan Faktor Tahap Pendidikan Terhadap Soalan B7

(Malaysia dibentuk pada 31 Ogos 1957) 89

(8)

viii

(Malaysia dibentuk pada 31 Ogos 1957) 90

Rajah 4.27: Carta Pai Keseluruhan Responden Bagi Soalan B8

(Ibu negara Malaysia ialah Kuala Lumpur) 92

Rajah 4.28: Hubungan Faktor Jantina Terhadap Soalan B8

(Ibu negara Malaysia ialah Kuala Lumpur) 93

Rajah 4.29: Hubungan Faktor Bangsa Terhadap Soalan B8

(Ibu negara Malaysia ialah Kuala Lumpur) 94

Rajah 4.30: Hubungan Faktor Tahap Pendidikan Terhadap Soalan B8

(Ibu negara Malaysia ialah Kuala Lumpur) 94

Rajah 4.31: Hubungan Faktor Kawasan Kediaman Terhadap Soalan B8

(Ibu negara Malaysia ialah Kuala Lumpur) 95

Rajah 4.32: Carta Pai Keseluruhan Responden Bagi Soalan B13

(Jalur Gemilang merupakan nama kepada bendera Malaysia) 97

Rajah 4.33: Hubungan Faktor Jantina Terhadap Soalan B13

(Jalur Gemilang merupakan nama kepada bendera Malaysia) 98

Rajah 4.34: Hubungan Faktor Bangsa Terhadap Soalan B13

(Jalur Gemilang merupakan nama kepada bendera Malaysia) 99

Rajah 4.35: Hubungan Faktor Tahap Pendidikan Terhadap Soalan B13

(Jalur Gemilang merupakan nama kepada bendera Malaysia) 99

Rajah 4.36: Hubungan Faktor Kawasan Kediaman Terhadap Soalan B13

(Jalur Gemilang merupakan nama kepada bendera Malaysia) 100

Rajah 4.37: Carta Pai Keseluruhan Responden Bagi Soalan B15

(Lagu Kebangsaan Negara Malaysia ialah Satu Malaysia) 102

Rajah 4.38: Hubungan Faktor Jantina Terhadap Soalan B15

(Lagu Kebangsaan Negara Malaysia ialah Satu Malaysia) 103

Rajah 4.39: Hubungan Faktor Bangsa Terhadap Soalan B15

(9)

ix

Rajah 4.40: Hubungan Faktor Tahap Pendidikan Terhadap Soalan B15

(Lagu Kebangsaan Negara Malaysia ialah Satu Malaysia) 104

Rajah 4.41: Hubungan Faktor Kawasan Kediaman Terhadap Soalan B15

(Lagu Kebangsaan Negara Malaysia ialah Satu Malaysia) 105

Rajah 4.42: Carta Pai Keseluruhan Responden Bagi Soalan B17 (Terdapat

3 komponen dalam parlimen iaitu Yang di-Pertuan Agong,

Dewan Negara dan Dewan Rakyat) 108

Rajah 4.43: Hubungan Faktor Jantina Terhadap Soalan B17 (Terdapat

3 komponen Dalam parlimen iaitu Yang di-Pertuan Agong,

Dewan Negara dan Dewan Rakyat) 109

Rajah 4.44: Hubungan Faktor Bangsa Terhadap Soalan B17 (Terdapat

3 komponen Dalam parlimen iaitu Yang di-Pertuan Agong,

Dewan Negara dan Dewan Rakyat) 109

Rajah 4.45: Hubungan Faktor Tahap Pendidikan Terhadap Soalan B17

(Terdapat 3 komponen Dalam parlimen iaitu

Yang di-Pertuan Agong, Dewan Negara dan Dewan Rakyat) 110

Rajah 4.46: Hubungan Faktor Kawasan Kediaman Terhadap Soalan B17

(Terdapat 3 komponen Dalam parlimen iaitu

Yang di-Pertuan Agong, Dewan Negara dan Dewan Rakyat) 111

Rajah 4.47: Carta Pai Keseluruhan Responden Bagi Soalan C1

(Saya lebih mementingkan tugas berkaitan dengan diri saya

berbanding tugas terhadap negara) 113

Rajah 4.48: Hubungan Faktor Jantina Terhadap Soalan C1

(Saya lebih mementingkan tugas berkaitan dengan diri saya

berbanding tugas terhadap negara) 114

Rajah 4.49: Hubungan Faktor Bangsa Terhadap Soalan C1

(10)

x

berbanding tugas terhadap negara) 115

Rajah 4.50: Hubungan Faktor Tahap Pendidikan Terhadap Soalan C1

(Saya lebih mementingkan tugas berkaitan dengan diri

saya berbanding tugas terhadap negara) 115

Rajah 4.51: Hubungan Faktor Kawasan Kediaman Terhadap Soalan C1

(Saya lebih mementingkan tugas berkaitan dengan diri

saya berbanding tugas terhadap negara) 116

Rajah 4.52: Carta Pai Keseluruhan Responden Bagi Soalan C2

(Saya berasa gembira jika dipilih untuk menyertai PLKN) 120

Rajah 4.53: Hubungan Faktor Jantina Terhadap Soalan C2

(Saya berasa gembira jika dipilih untuk menyertai PLKN) 121

Rajah 4.54: Hubungan Faktor Bangsa Terhadap Soalan C2

(Saya berasa gembira jika dipilih untuk menyertai PLKN) 121

Rajah 4.55: Hubungan Faktor Tahap Pendidikan Terhadap Soalan C2

(Saya berasa gembira jika dipilih untuk menyertai PLKN) 122

Rajah 4.56: Hubungan Faktor Kawasan Kediaman Terhadap Soalan C2

(Saya berasa gembira jika dipilih untuk menyertai PLKN) 122

Rajah 4.57: Carta Pai Keseluruhan Responden Bagi Soalan C3

(Jika diberi peluang saya mahu bekerja dengan agensi kerajaan) 126

Rajah 4.58: Hubungan Faktor Jantina Terhadap Soalan C3

(Jika diberi peluang saya mahu bekerja dengan agensi kerajaan) 127

Rajah 4.59: Hubungan Faktor Bangsa Terhadap Soalan C3

(Jika diberi peluang saya mahu bekerja dengan agensi kerajaan) 127

Rajah 4.60: Hubungan Faktor Tahap Pendidikan Terhadap Soalan C3

(Jika diberi peluang saya mahu bekerja dengan agensi kerajaan) 128

Rajah 4.61: Hubungan Faktor Kawasan Kediaman Terhadap Soalan C3

(11)

xi

Rajah 4.62: Carta Pai Keseluruhan Responden Bagi Soalan C6

(Saya sangat menghormati pahlawan yang telah berkorban

untuk mempertahankan negara Malaysia) 132

Rajah 4.63: Hubungan Faktor Jantina Terhadap Soalan C6

(Saya sangat menghormati pahlawan yang telah berkorban

untuk mempertahankan negara Malaysia) 133

Rajah 4.64: Hubungan Faktor Bangsa Terhadap Soalan C6

(Saya sangat menghormati pahlawan yang telah berkorban

untuk mempertahankan negara Malaysia) 134

Rajah 4.65: Hubungan Faktor Tahap Pendidikan Terhadap Soalan C6

(Saya sangat menghormati pahlawan yang telah berkorban

untuk mempertahankan negara Malaysia) 134

Rajah 4.66: Hubungan Faktor Kawasan Kediaman Terhadap Soalan C6

(Saya sangat menghormati pahlawan yang telah berkorban

untuk mempertahankan negara Malaysia) 135

Rajah 4.67: Carta Pai Keseluruhan Responden Bagi Soalan C11 (Saya merasa

penuh bersemangat semasa menyanyikan Lagu Kebangsaan) 138

Rajah 4.68: Hubungan Faktor Jantina Terhadap Soalan C11 (Saya merasa

penuh bersemangat semasa menyanyikan Lagu Kebangsaan) 139

Rajah 4.69: Hubungan Faktor Bangsa Terhadap Soalan C11 (Saya merasa

penuh bersemangat semasa menyanyikan Lagu Kebangsaan) 139

Rajah 4.70: Hubungan Faktor Tahap Pendidikan Terhadap Soalan C11

(Saya merasa penuh bersemangat semasa menyanyikan

Lagu Kebangsaan) 140

Rajah 4.71: Hubungan Faktor Kawasan Kediaman Terhadap Soalan C11

(Saya merasa penuh bersemangat semasa menyanyikan

(12)

xii

Rajah 4.72: Carta Pai Keseluruhan Responden Bagi Soalan C16 (Saya bangga

menjadi warganegara Malaysia) 144

Rajah 4.73: Hubungan Faktor Jantina Terhadap Soalan C16 (Saya bangga

menjadi warganegara Malaysia) 145

Rajah 4.74: Hubungan Faktor Bangsa Terhadap Soalan C16 (Saya bangga

menjadi warganegara Malaysia) 145

Rajah 4.75: Hubungan Faktor Tahap Pendidikan Terhadap Soalan C16 (Saya bangga

menjadi warganegara Malaysia) 146

Rajah 4.76: Hubungan Faktor Kawasan Kediaman Terhadap Soalan C16

(Saya bangga menjadi warganegara Malaysia) 147

Rajah 4.77: Carta Pai Keseluruhan Responden Bagi Soalan C18

(Saya bersedia berbakti untuk negara) 150

Rajah 4.78: Hubungan Faktor Jantina Terhadap Soalan C18

(Saya bersedia berbakti untuk negara) 151

Rajah 4.79: Hubungan Faktor Bangsa Terhadap Soalan C18

(Saya bersedia berbakti untuk negara) 152

Rajah 4.80: Hubungan Faktor Tahap Pendidikan Terhadap Soalan C18

(Saya bersedia berbakti untuk negara) 152

Rajah 4.81: Hubungan Faktor Kawasan Kediaman Terhadap Soalan C18

(Saya bersedia berbakti untuk negara) 153

Rajah 4.82: Carta Pai Keseluruhan Responden Bagi Soalan C20

(Saya tidak rela nama Malaysia diburukkan) 156

Rajah 4.83: Hubungan Faktor Jantina Terhadap Soalan C20

(Saya tidak rela nama Malaysia diburukkan) 157

Rajah 4.84: Hubungan Faktor Bangsa Terhadap Soalan C20

(Saya tidak rela nama Malaysia diburukkan) 158

(13)

xiii

(Saya tidak rela nama Malaysia diburukkan) 158

Rajah 4.86: Hubungan Faktor Kawasan Kediaman Terhadap Soalan C20

(14)

xiv

SENARAI JADUAL

Jadual 1.0: Takrifan Umur Belia Mengikut Negara 7

Jadual 3.1: Nilai Kebolehpercayaan Pemboleh ubah-pemboleh ubah 60

Jadual 4.1: Taburan Responden Mengikut Jantina 63

Jadual 4.2: Taburan Responden Mengikut Umur 64

Jadual 4.3: Taburan Responden Mengikut Bangsa 65

Jadual 4.4: Taburan Responden Mengikut Pendidikan 67

Jadual 4.5: Taburan Responden Mengikut Pekerjaan 68

Jadual 4.6: Taburan Responden Mengikut Daerah 70

Jadual 4.7: Analisis Korelasi Pearson antara Pengetahuan Politik

dengan Semangat Patriotisme 71

Jadual 4.8: Frekuensi Responden Bagi Soalan B1 (Yang di-Pertuan Agong

Akan memerintah Negara selama 10 tahun) 72

Jadual 4.9: Ujian Crosstab Terhadap Soalan B1 (Yang di-Pertuan Agong

Akan memerintah Negara selama 10 tahun) Berdasarkan Jantina 73

Jadual 4.10: Frekuensi Responden Bagi Soalan B3 (Binatang yang menjadi

Lambang negara Malaysia ialah harimau dan bunga kebangsaan

Malaysia ialah bunga raya) 77

Jadual 4.11: Ujian Crosstab Terhadap Soalan B3 (Binatang yang menjadi

Lambang negara Malaysia ialah harimau dan bunga kebangsaan

Malaysia ialah bunga raya) Berdasarkan Jantina 78

Jadual 4.12: Frekuensi Responden Bagi Soalan B6 (Agama rasmi bagi Malaysia

ialah agama Islam) 82

(15)

xv

ialah agama Islam) Mengikut Jantina 83

Jadual 4.14: Frekuensi Responden Bagi Soalan B7

(Malaysia dibentuk pada 31 Ogos 1957) 87

Jadual 4.15: Ujian Crosstab Terhadap Soalan B7

(Malaysia dibentuk pada 31 Ogos 1957) Mengikut Jantina 88

Jadual 4.16: Frekuensi Responden Bagi Soalan B8

(Ibu negara Malaysia ialah Kuala Lumpur) 92

Jadual 4.17: Ujian Crosstab Terhadap Soalan B8 (Ibu negara Malaysia ialah

Kuala Lumpur) Mengikut Jantina 93

Jadual 4.18: Frekuensi Keseluruhan Responden Bagi Soalan B13

(Jalur Gemilang merupakan nama kepada bendera Malaysia) 97

Jadual 4.19: Ujian Crosstab Terhadap Soalan B13 (Jalur Gemilang merupakan

nama kepada bendera Malaysia) Mengikut Jantina 98

Jadual 4.20: Frekuensi Keseluruhan Responden Bagi Soalan B15

(Lagu Kebangsaan Negara Malaysia ialah Satu Malaysia 102

Jadual 4.21: Ujian Crosstab Terhadap Soalan B15 (Lagu Kebangsaan

Negara Malaysia ialah Satu Malaysia) Mengikut Jantina 103

Jadual 4.22: Frekuensi Keseluruhan Responden Bagi Soalan B17

(Terdapat 3 komponen dalam parlimen iaitu

Yang di-PertuanAgong, Dewan Negara dan Dewan Rakyat) 107

Jadual 4.23: Ujian Crosstab Terhadap Soalan B17 (Terdapat 3 komponen

dalam parlimen iaitu Yang di-Pertuan Agong, Dewan Negara

dan Dewan Rakyat) Mengikut Jantina 108

Jadual 4.24: Frekuensi Keseluruhan Responden Bagi Soalan C1 (Saya lebih

Mementingkan tugas berkaitan dengan diri saya berbanding

tugas terhadap negara) 113

(16)

xvi

Tugas berkaitan dengan diri saya berbanding tugas terhadap negara)

Mengikut Jantina 114

Jadual 4.26: Frekuensi Keseluruhan Responden Bagi Soalan C2

(Saya berasa gembira jika dipilih untuk menyertai PLKN) 119

Jadual 4.27: Ujian Crosstab Terhadap Soalan C2 (Saya berasa gembira jika

dipilih untuk menyertai PLKN) Mengikut Jantina 120

Jadual 4.28: Frekuensi Keseluruhan Responden Bagi Soalan C3

(Jika diberi peluang saya mahu bekerja dengan agensi kerajaan) 125

Jadual 4.29: Ujian Crosstab Terhadap Soalan C3 (Jika diberi peluang

saya mahu bekerja dengan agensi kerajaan) Mengikut Jantina 126

Jadual 4.30: Frekuensi Keseluruhan Responden Bagi Soalan C6 (Saya sangat

menghormati pahlawan yang telah berkorban untuk

mempertahankan negara Malaysia) 132

Jadual 4.31: Ujian Crosstab Terhadap Ujian Crosstab Terhadap Soalan C6

(Saya sangat menghormati pahlawan yang telah berkorban

untuk mempertahankan negara Malaysia) Mengikut Jantina 133

Jadual 4.32: Frekuensi Keseluruhan Responden Bagi Soalan C11

(Saya merasa penuh bersemangat semasa

menyanyikan Lagu Kebangsaan) 137

Jadual 4.33: Ujian Crosstab Terhadap Soalan C11 (Saya merasa penuh

bersemangat semasa menyanyikan Lagu Kebangsaan)

MengikutJantina 138

Jadual 4.34: Frekuensi Keseluruhan Responden Bagi Soalan C16

(Saya bangga menjadi warganegara Malaysia) 143

Jadual 4.35: Ujian Crosstab Terhadap Soalan C16 (Saya bangga menjadi

warganegara Malaysia) Mengikut Jantina 144

(17)

xvii

(Saya bersedia berbakti untuk negara) 150

Jadual 4.37: Ujian Crosstab Terhadap Soalan C18

(Saya bersedia berbakti untuk negara) Mengikut Jantina 151

Jadual 4.38: Frekuensi Keseluruhan Responden Bagi Soalan C20

(Saya tidak rela nama Malaysia diburukkan) 156

Jadual 4.39: Ujian Crosstab Terhadap Soalan C20 (Saya tidak rela

(18)

xviii

SENARAI SINGKATAN

DBN - Dasar Belia Negara

IPPBM - Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia

KBS - Kementerian Belia dan Sukan

PLKN - Program Latihan Khidmat Negara

PKSN - Program Khidmat Sosial Negara

(19)

1

BAB SATU PENDAHULUAN

1.1 PENGENALAN

Patriotisme seringkali dikaitkan dengan cintakan watan merupakan satu semangat atau nilai yang

perlu dihayati oleh segenap lapisan masyarakat khususnya generasi muda. Maka, nilai-nilai

patriotisme yang merupakan sebahagian daripada nilai-nilai murni, sekiranya dapat dijiwai dan

diamalkan sebaik mungkin, akan dapat menyumbang ke arah pembentukan generasi yang

berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Oleh itu, adalah sangat wajar bagi generasi muda

khususnya menjadikan nilai-nilai patriotisme sebagai amalan atau pegangan serta disemai dalam

jiwa segenap lapisan masyarakat Malaysia demi kelangsungan negara dalam menghadapi era

pasca modenisme dan dikenali sebagai masyarakat majmuk.

Belia adalah kekuatan utama kepada pembangunan negara. Ia juga amat penting bagi

belia untuk mempunyai perasaan persaingan dan semangat yang tinggi untuk mencintai negara

mereka supaya generasi negara akan datang terdiri daripada generasi yang mempunyai semangat

untuk memajukan negara. Malangnya, pada masa ini ramai generasi muda mempunyai semangat

patriotik yang sangat rendah dalam dirinya. Ini merupakan satu perkara biasa dalam kalangan

generasi muda yang dilahirkan selepas kemerdekaan. Kesedaran patriotik mereka semakin

berkurangan dari masa ke masa dan ia telah menjadi satu keperluan untuk menjalankan

penyelidikan untuk mengetahui tahap patriotisme. Mereka sekadar mengetahui takrif patriotik

kerana mudah ditemui dan difahami dari akhbar dan iklan di media elektronik. Punca kekurangan

semangat nasionalisme dalam kalangan generasi muda ini adalah kerana mereka mempunyai

(20)

2

cengkaman penjajah seperti pahlawan-pahlawan yang terkenal dalam sejarah perjuangan seperti

Tok Janggut, Datuk Bahaman, Datuk Maharaja Lela dan lain-lain lagi yang terpaksa melaluinya.

Menurut Saifuddin (2002), generasi muda hari ini hendaklah sentiasa memupuk semangat

setia dan patriotisme dan tidak melakukan sesuatu yang boleh merugikan bangsa dan negara.

Sikap berpuak-puak dan bermusuhan sesama sendiri akan menghancurkan semangat patriotisme.

Oleh itu, mereka perlu mengamalkan falsafah hidup yang tidak mengutamakan kepentingan diri

semata-mata, kepentingan negara hendaklah diambil kira bersama kerana kepentingan negara

akan membawa kebaikan yang lebih baik kepada diri sendiri. Sewajarnya nilai-nilai patriotisme

perlu ditanam dalam jiwa remaja kerana pada peringkat ini remaja masih dalam proses menuju

dewasa. Patriotisme dapat mengajar remaja mendisiplinkan diri mereka. Disiplin yang utuh akan

membantu mereka mencapai kejayaan dalam bidang yang diceburi. Negara memerlukan generasi

yang berdisiplin dan produktif kerana ia menjadi kemudi pembangunan dan kepimpinan negara

pada masa akan datang. Kesimpulannya, kerajaan perlu memupuk semangat cintakan negara

dalam setiap orang rakyat, khususnya dalam kalangan remaja supaya dapat melahirkan modal

insan yang cinta akan negara dan pemimpin yang berwibawa untuk masa yang akan datang.

1.2 PERMASALAHAN KAJIAN

Terdapat beberapa faktor yang menghalang usaha menyemai dan menyubur semangat patriotisme

dalam kalangan masyarakat, lebih-lebih lagi apabila rakyat Malaysia terdiri dari pelbagai kaum

atau masyarakat majmuk. Pertama ialah nilai-nilai individualisme. Sikap ini merujuk kepada

mementingkan diri tanpa menghiraukan kepentingan negara dan masyarakat. Mereka yang

mengamalkan sikap ini akan berusaha agar diri mereka didahulukan dari kepentingan negara jika

berlaku sesuatu hal seperti negara mengalami kegawatan ekonomi atau berada dalam peperangan,

maka mereka akan melarikan diri ke negara lain. Sikap ini semakin merebak dalam masyarakat

(21)

3

Kedua ialah, era globalisasi dan liberalisme. Era globaliasi dan liberalisme merujuk

kepada negara tanpa sempadan, perdagangan bebas, kemasukan budaya asing dengan mudah dan

sebagainya. Situasi ini akan melahirkan masyarakat yang bebas, mudah terpengaruh dengan

budaya asing yang negatif, ekonomi negara dikuasai oleh syarikat multinasional dan sektor

pelaburan dimonopoli oleh negara maju. Akibatnya, kedaulatan negara akan tergugat dan

masyarakat akan terikut dengan budaya asing dan seterusnya, semangat cintakan negara akan

terkubur. Inilah yang dibimbangi oleh Perdana Menteri iaitu globalisasi menyebabkan negara

menjadi hanya sebuah daerah dunia, dan pada ketika itu sukar untuk memupuk semangat

patriotisme pada sebuah negara yang tidak wujud lagi.

Ketiga ialah sikap prasangka. Ia merupakan tindakan menyangka dahulu berasaskan

generalisasi-generalisasi umum (stereotaip) tanpa bukti yang kukuh dan biasanya merupakan

sangkaan buruk. Jika ini telah menjadi stereotaip, ia akan sukar diubah walaupun ada bukti untuk

menafikannya. Sebagai contoh, jika masyarakat bukan Melayu menganggap Malaysia sebagai

tanah air bagi masyarakat Melayu dan bukan Melayu sebagai pendatang, maka ia akan

menyebabkan semangat patriotisme itu sukar untuk disemai dalam diri masyarakat bukan Melayu.

Ini ditambah lagi dengan masyarakat berbilang kaum di mana sifat prasangka antara kaum masih

lagi dijiwai oleh rakyat.

Keempat ialah sentimen perkauman, ia merupakan sikap mementingkan kumpulan etnik

sendiri. Fenomena ini wujud dalam aspek ekonomi, politik dan sosial di mana setiap kumpulan

etnik akan mementingkan kumpulannya sahaja. Ini ditambah lagi dengan pemisahan fizikal

tempat kediaman, perbezaan sosioekonomi dalam kalangan kaum dan perbezaan budaya pula

ditonjolkan dalam setiap kehidupan. Keadaan ini akan membawa kepada perjuangan kepentingan

kaum dari kepentingan negara. Dalam masyarakat berbilang kaum, agama dan keturunan, isu

(22)

4

idealisme seseorang. Ini kerana mereka akan menjaga survival diri dan kelompoknya sahaja tanpa

mengutamakan kepentingan bangsa dan negara.

Masih juga terdapat rakyat yang tidak lagi menghayati erti kemerdekaan yang telah

dikecap mereka. Ini berkemungkinan semangat patriotisme semakin luput dalam jiwa segelintir

penduduk Malaysia ataupun mereka tidak menyedari akan kepentingan semangat patriotisme

dalam kehidupan mereka. Ini tidak dapat dinafikan tanpa semangat patriotisme, jati diri

masyarakat Malaysia akan lenyap ditelan arus globalisasi apatah lagi terdapat kekurangan usaha

dalam menerapkan nilai patriotisme dalam kalangan remaja yang menimbulkan masalah-masalah

sosial yang semakin kronik kini berpunca dari ketiadaan nilai patriotisme dalam kalangan remaja.

Begitu juga, sikap individu dan materialistik yang menjadi aliran hidup masa kini

seolah-olah menyekat perkembangan sikap dan semangat patriotisme. Era kepesatan ekonomi masa kini

seolah-olah menarik seluruh tenaga dan fikiran umum ke arah yang bercorak materialistik.

Berdasarkan tinjauan rambang ke atas remaja di Kuala Lumpur, kebanyakan mereka mengaku

semangat patriotisme tidak wujud lagi. Jika ada pun, peratusnya dalam jumlah yang sedikit sekali

(Fahda Nur Akma, 1995).

Kenyataan tersebut selari dengan pendapat Tajul Ariffin Nordin (1985) yang mengatakan

antara sebab patriotisme luntur dalam kalangan pelajar ialah kemewahan hidup. Matlamat utama

pembangunan adalah dalam sektor pembangunan berasaskan sains dan teknologi, nilai-nilai

kebendaan, kekayaan dan kemewahan diletakkan terlalu tinggi dari nilai-nilai agama, moral,

akhlak, sejarah dan negara. Oleh itu, tidak menghairankan apabila mereka telah memperoleh

kekayaan dan kemewahan, sikap dan tanggungjawab terhadap negara dilupakan. Fenomena ini

(23)

5

1.3 OBJEKTIF KAJIAN

Terdapat dua objektif khusus dalam kajian ini iaitu:

1. Mengenalpasti sejauh mana tahap pengetahuan politik dalam kalangan belia di Perak.

2. Mengenalpasti sejauh mana tahap semangat patriotisme dalam kalangan belia di

Perak.

1.4 HIPOTESIS KAJIAN

Penyelidik telah membentuk hipotesis alternatif yang terdapat hubungan dengan kesedaran

patriotisme. Antara andaian yang dibuat oleh penyelidik ialah:

Ha1 - Terdapat hubungan antara pengetahuan politik dengan semangat patriotisme dalam

kalangan belia di Perak.

1.5 KERANGKA KAJIAN

Pemboleh ubah terikat Pembolehubah tidak terikat

Rajah 1: Kerangka Kajian

(24)

6

1.6 SIGNIFIKAN KAJIAN

Belia merupakan aset terpenting negara dan merupakan pewaris kepimpinan pada masa depan

yang akan meneruskan kesinambungan pembangunan negara. Justeru, pembangunan golongan

belia yang mapan harus dititikberatkan dan langkah yang wajar perlu diambil bagi menjamin

golongan belia dapat menyumbang secara positif ke arah itu. Golongan belia ini haruslah

diperlengkap dengan segala asas contohnya dalam bidang keusahawanan, kepimpinan, ICT dan

berkeperibadian tinggi supaya mereka dapat mengatasi halangan dalam arus globalisasi

seterusnya dapat menjawat segala tanggungjawab mereka di masa hadapan.Kajian ini penting

dijalankan kerana dapat mengkaji tahap kesedaran patriotisme dalam kalangan belia di Perak.

1.7 SKOP KAJIAN

Kajian ini juga memberi tumpuan untuk mengkaji pengetahuan politik dalam meningkatkan

kesedaran patriotisme dalam kalangan belia. Populasi kajian terdiri daripada golongan belia di

negeri Perak.

1.8 DEFINISI KONSEP

1.8.1 Belia

Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (2010), mentakrifkan bahawa belia adalah

individu daripada kelompok umur 15 hingga 40 tahun. Definisi ini adalah selaras dengan Dasar

Pembangunan Belia Negara yang telah digubal pada 1985. Secara umumnya, Pertubuhan

Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), mentafsir belia terdiri daripada mereka yang berumur 15 hingga 24 tahun.

Commonwealth Youth Programme mengiktiraf individu yang berumur 15 sehingga 29 tahun

(25)

7

Sumber: YouthPolicyFormulation Manual, United Nation 1999

Azizan Bahari (1995), menyatakan lingkungan umur antara 15 hingga 40 tahun sebagai

belia itu adalah luas dan barangkali yang sesuai adalah antara 13 hingga 30 tahun. Ia adalah satu

lingkungan umur yang sesuai dipanggil belia, walaupun masih terdapat beberapa hal yang berbeza

daripada aspek tahap bersekolah, mencari kerja, memulakan kerjaya, berkenalan, mencari

pasangan hidup, berumah tangga dan sebagainya. Biasanya, individu yang berusia lebih daripada

30 tahun sudah berkeluarga manakala mereka yang berusia lebih daripada 35 tahun, meletakkan

kerjaya di samping masa depan keluarga sebagai fokus hidup.

Menurut Azizan Bahari (1995), sebagaimana yang dinyatakan di atas adalah luas dan

tidak sesuai lagi bagi masyarakat kita yang cepat berkembang. Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu

(khasnya ESCAP) menggunakan lingkungan umur antara 15 hingga 25 tahun manakala,

Commonwealth Youth Programme (CYP) pula menganggap kumpulan umur 18 hingga 35 tahun

sebagai belia. Walaupun pelbagai interpretasi dikemukakan apabila membincangkan isu belia,

(26)

8

dalam kajian ini bagi mengikut ketetapan masyarakat yang selari dengan Kementerian Belia dan

Sukan. Hal ini memudahkan kita memahami dan menyusun strategi selari dengan matlamat

membangunkan belia negara.

Merujuk Siri Pembangunan Belia: Belia dan Pembangunan Modal Insan (2009), istilah

belia itu sendiri memberikan gambaran kepada kita sebagai seorang insan yang mempunyai

ciri-ciri positif termasuk bertenaga, tangkas, kreatif dan inovasi. Jika kita teliti fakta sejarah, Nabi

Muhammad SAW telah menerima wahyu menjadi rasul pada usia 40 tahun. Begitu juga dengan

sahabat lain yang ketika itu juga dalam kelompok muda seperti Saidina Abu Bakar 37 tahun,

Umar Al-Khatab 27 tahun, Usman bin Affan 34 tahun dan Ali bin Abu Talib 13 tahun. Dalam

konteks kepimpinan pula, golongan muda diberikan kepercayaan penuh termasuk: Ali bin Abu

Talib untuk menggantikan tempat tidur baginda sewaktu orang kafir Quraisy mengepung rumah

baginda dengan tujuan membunuh baginda di dalam peristiwa hijrah; dan Abdullah bin Masud,

Abdul Rahman bin Auf, Usamah bin Zaid, Musab bin Umair, Bilal bin Rabah serta Amar bin

Yasir dalam mengerak, memperjuang dan mengembangkan agama Islam. Ini membuktikan

bahawa golongan muda jika diberikan kepercayaan dan bimbingan akan memberikan impak yang

besar kepada sesebuah bangsa dan negara. Justeru, kerajaan telah merancang pelbagai program

bagi memastikan golongan belia dapat menyertai program dan aktiviti persatuan, dan memastikan

matlamat kerajaan untuk membangunkan belia tercapai.

Menurut Fareza Othman (2007), belia bermaksud mereka yang berumur antara 20 hingga

40 tahun. Golongan belia di Malaysia mewakili 40 peratus penduduknya. Belia dikatakan sebagai

stakeholder kepada pemacu dan pemangkin kemajuan negara. Dalam perkembangan

pembangunan belia, mereka sebenarnya mengikut pola perkembangan yang boleh diramal; setiap

individu berkembang mengikut cara gaya yang tersendiri. Ini bermakna setiap belia adalah

berbeza semenjak dilahirkan dan perbezaan ini adalah wujud sepanjang masa. Ini bermakna,

(27)

9

persekitaran. Oleh yang demikian, perkembangan pembangunan sahsiah belia harus dipandang

serius dan tidak menjadikannya suatu yang bersifat anomie.

1.8.2 Patriotisme

Menurut Ahmad Shah Pakeer etal. (2011), patriotisme adalah untuk membina sebuah negara,ia

memerlukan banyak perjuangan dan pengorbanan untuk mencapai matlamat secara

keseluruhannya.Oleh itu, kemerdekaan adalah puncak untuk mencapai semangat patriotik dalam

kalanganrakyat. Ia adalah satu tugas yang sukar untuk mendidik semangat patriotisme dalam

kalangan rakyat kerana ia bermula daripada pendidikan awal kanak-kanak. Bagi mengekalkan

kemerdekaan yang dimiliki, semangat patriotik telah wujud. Perkataan patriotisme berasal

daripada bahasa Greek, iaitu 'patriotes' yang membawa makna rakan-rakan dari negara yang sama

dan 'patrice' yang bermaksud tanah air atau negara. Ia bermakna hubungan antara sekumpulan

rakan-rakan di negara yang sama dengan tanah yang asli. Dalam bahasa Arab, ia diwakili oleh

perkataan 'wataniah' atau dalam erti kata lain, perkara-perkara yang berkaitan dengan tanah air.

Walaupun patriotisme sering disamakan dengan nasionalisme tetapi kedua-duanya mempunyai

perbezaan masing-masing. Ini kerana semangat patriotik dapat disimpulkan sebagai roh atau

kumpulan orang-orang yang mempunyai pendapat yang sama dalam mengekalkan dan

melindungi negara tercinta. Nasionalisme wujud selepas patriotisme dibina di dalam jiwa setiap

individu dalam masyarakat tersebut. Ia wujud selepas beransur-ansur penjanaan nilai-nilai positif

patriotik dalam individu untuk mempertahankan semangat nasionalisme.

Seorang patriot dikatakan sebagai seorang yang cintakan negaranya dan akan membuat

apa sahaja untuk mempertahankannya. Patriot bermaksud orang yang mempertahankan

(memperjuangkan) kebebasan atau hak tanah air atau pembela negara. Patriot juga bererti orang

(28)

10

Bill Totten (1998) menjelaskan patriotisme bermaksud semangat cintakan negara.

Menurut beliau, tidak ada bangsa, keluarga, pasukan dan kumpulan dalam apa bentuk pun boleh

berfungsi dengan baik melainkan semua ahli cintakan negara. Bagi Doob (1964), beliau

menjelaskan patriotisme itu ialah as the more or less conscious conviction of a person that his

own welfare and that of the significant groups to which he belongs are dependent upon the

preservation or expansion (or both) of the power and culture of his society”.

Nordin Kardi (2003) menerangkan bahawa patriotisme membawa erti fahaman atau

pegangan serta kepercayaan yang menggabungkan individu, kelompok dan wilayah di mana

kelompok tersebut menghuni. Ia juga melibatkan slogan dan simbol yang mencetuskan pengaruh

yang kuat terhadap tingkahlaku manusia. Ia sering kali dikaitkan dengan kesetiaan dan kecintaan

seseorang terhadap negaranya sendiri. Seseorang itu dianggap patriot apabila tindakan dan

amalannya menepati ciri-ciri patriotisme yang berteraskan kecintaan dan kesetiaan kepada negara.

Selain itu, patriotisme juga didefinisikan sebagai sikap-sikap positif dan menolong terhadap

„tanah air‟ oleh individu-individu dan kumpulan-kumpulan. „Tanah air‟ atau „ibu pertiwi‟ itu

mungkin suatu bandar atau rantau, namun patriotisme ini memaksudkan bangsa dan negara.

Patriotisme meliputi sikap-sikap seperti bangga akan pencapaian dan budaya bangsa, kehendak

memelihara ciri-ciri bangsa dan dasar budayanya dan identifikasi dengan ahli-ahli lain dalam

bangsa. Patriotisme berkait rapat dengan nasionalisme dan istilah-istilah ini digunakan

seolah-olah sinonim dengan satu sama lain. Patriotisme mengandungi konotasi etika. Contohnya 'tanah

air' ini sendirinya adalah satu taraf moral atau nilai moral. Patriotisme juga membayangkan

bahawa seseorang wajar mengutamakan kepentingan negara berbanding kepentingan diri dan

kelompoknya. Ketika peperangan, mungkin nyawa diri yang perlu dikorbankan. Gugur dalam

pertempuran demi tanah air merupakan contoh tipikal bagi patriotisme ekstrem. Patriotisme boleh

(29)

11

i. Patriotisme peribadi

ii. Patriotisme rasmi

Patriotisme peribadi adalah berperasaan dan sukarela. Patriot mematuhi nilai-nilai

patriotik tertentu, seperti menghormati bendera. Kerajaan memupuk patriotisme rasmi yang penuh

isi simbolik dan istiadatnya. Patriotisme ini adalah kepentingan logik negeri itu sendiri, yang

memperoleh kesahan dari menjadi penyataan kebaikan bersama komuniti politik. Tugu negara

dan Hari Bekas Perajurit dan upacara peringatan merupakan contoh-contoh bagi jenis patriotisme

ini. Selalunya patriotisme rasmi diatur oleh protokol, dengan kaedah-kaedah tertentu untuk

mengendali bendera, atau jaminan atau penunjukan kesetiaan tertentu.

Patriotisme banyak bergantung kepada tindakan simbolik, seperti mempamerkan bendera,

menyanyi lagu kebangsaan, menyertai perhimpunan beramai-ramai, meletakkan pelekat bampar

patriotik pada kenderaan, atau apa-apa cara sekalipun untuk menyatakan kesetiaan kepada negara

di peringkat umum. Patriotisme simbolik ketika perang dijangka menaikkan semangat yang pula

menyumbang kepada usaha perang. Patriotisme masa aman tidak boleh dikaitkan begitu mudah

kepada faedah yang boleh diukur untuk negeri, namun patriot tidak merendah-rendahkannya

(Amanda Libbie Kelebit etal., 2009).

Bagi Zulhilmi Paidi etal. (2011), patriotisme adalah perasaan, sikap, world-view serta

nilai terhadap negara atau negeri sendiri. Maksud perasaan di sini ialah seperti cinta, menghormati

atau kasih terhadap objek yang ditujukan.

Berns (1997), menegaskan bahawa semangat patriotisme bukanlah wujud secara semula

jadi dalam diri individu tetapi semangat tersebut perlu disemai, dipupuk dan diajar. Justeru,

pendidikan merupakan mekanisme yang efisien untuk mengukuhkan semangat patriotisme dalam

(30)

12

1.8.3 Perak

Negeri Perak sebenarnya telah wujud pada zaman pra sejarah lagi. Kota Tampan di Lenggong

merupakan satu-satunya kawasan yang terbukti wujudnya Zaman Batu Lama di Tanah Melayu.

Bertolak dari tarikh antara 400,000 hingga 8,000 tahun sebelum masihi, Negeri Perak telah

mengalami evolusi dari masa ke masa. Kesan peninggalan sejarah zaman batu ini terbukti dengan

jumpaan alat-alat batu dan fosif-fosil manusia dikenali dengan nama Perak Man. Negeri Perak

lebih dikenali setelah kekayaan buminya diketahui iaitu ekoran dari penemuan bijih timah di

Larut pada tahun l848 oleh Cik Long Jaafar. Dengan kejumpaan ini ekonomi Negeri Perak

berkembang dengan pesat dan lebih banyak kawasan perlombongan dibuka. Selain bijih timah,

getah juga memainkan peranan yang penting dan ditanam setelah 34 orang Sultan memerintah

turun temurun (Portal Rasmi Kerajaan Negeri Perak, 2014).

Terdapat perlbagai pendapat mengenai asal usul nama “Perak”. Setengah pendapat

mengatakan bahawa nama itu diambil bersempena dengan Bendahara Tun Perak dari Melaka dan

setengahnya pula mengatakan ia diambil dari „kilatan ikan dalam air‟ yang berkilau seperti perak.

Justeru, pengenalan nama negeri ini sendiri telah membayangkan tentang khazanah yang

terkandung di buminya. Perak mempunyai keluasan kira-kira 21,005 km2 (6.4% daripada jumlah keluasan Malaysia) dan merupakan negeri yang kedua terbesar di Semenanjung Malaysia.Ibu

negeri Perak ialah Ipoh dan Kuala Kangsar merupakan Bandar Diraja. Perak mempunyai 24

kawasan Parlimen, 59 kawasan Dewan Undangan Negeri dan 10 daerah iaitu Batang Padang,

Kinta, Kuala Kangsar, Larut, Matang dan Selama, Kerian, Manjung, Hilir Perak, Perak Tengah

dan Hulu Perak. Sungai Perak pula merupakan sungai yang terpanjang di negeri Perak serta yang

kedua terpanjang di Semenanjung selepas Sungai Pahang. Bandar-bandar lain adalah seperti

Bidor, Tapah, Teluk Intan, Sungkai, Lumut dan Taiping. Perak menawarkan destinasi

pelancongan menarik seperti Lumut, Pulau Pangkor, Teluk Batik, Bukit Larut (Maxwell Hill),

(31)

13

Air Terjun Lata Iskandar, Lata Kinjang, Kompleks Sejarah Pasir Salak, Muzium Perak, Perak

Tong, Projek Sungai Terrapin Bota Kanan, Muzium Diraja, Ladang Rusa Sungkai, Air Panas

Tambun, Taman Tasik Taiping, Zoo Taiping, Menara Condong Teluk Intan, Tasik Temenggor

dan Gua Tempurung (Portal Pusat Maklumat Rakyat, 2014).

Unjuran penduduk di Perak pada tahun 2010 adalah seramai 2,460,800 orang.Secara

keseluruhannya, golongan belia di Perak adalah seramai 973,000 orang yang terdiri daripada

501,000 orang belia dan 472,000 orang beliawanis (Jabatan Perangkaan Malaysia, 2013).

1.9 KESIMPULAN

Kesimpulannya, program atau aktiviti yang berkaitan dengan belia perlu dipertingkatkan supaya

(32)

14

BAB DUA ULASAN KARYA

2.1 PENGENALAN

Dalam bab ini, penyelidik akan membincangkan dan mengulas beberapa karya yang memfokus

kepada skop kajian yang dilakukan ini. Ia memberikan gambaran awal untuk merekabentuk

penyelidikan ini. Menerusi tinjauan kajian-kajian atau jurnal yang lepas, penyelidik dapat

mengenalpasti objektif-objektif yang digunakan sebagai panduan asas kepada kajian ini.

2.2 LATAR BELAKANG PENGURUSAN BELIA DI MALAYSIA

Proses pengurusan belia di negara ini telah berlangsung iaitu semenjak sebelum negara mencapai

kemerdekaan lagi, namun pada masa itu usaha-usaha penyelarasan setiap fungsi dan pelan

pembangunan belia berlangsung secara tidak jelas tanpa koordinasi yang jitu daripada pihak

kerajaan. Menyedari kegiatan belia secara berpersatuan yang semakin berkembang dan bagi

tujuan memupuk serta membantu perkembangan tersebut, Bahagian Belia telah ditubuhkan di

bawah Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) pada tahun 1964 dan pada tahun 2000

proses gerakan belia di negara ini terus mengalami transformasi apabila Bahagian Belia telah

diletakkan pentadbirannya di bawah Jabatan Belia dan Sukan Negara yang baru ditubuhkan dan ia

dikenali sebagai Bahagian Pembangunan Belia.

2.3 DASAR PEMBANGUNAN BELIA NEGARA

Memperakui peranan besar golongan belia dalam mengisi wawasan negara dan menyedari hakikat

(33)

15

kepada keperluan dan permasalahan yang wujud mengikut lapangan pembangunan belia secara

khusus, kerajaan menerusi KBS telah memperkenalkan Dasar Pembangunan Belia Negara pada

tahun 1985 sebelum dikemaskinikan pada tahun 1997.

Dasar ini adalah sangat penting kerana menjadi dokumen pertama secara rasminya

memberi takrifan belia di Malaysia adalah mereka yang berumur antara 15 hingga 40 tahun dan

telah menggariskan matlamat pembangunan belia yang lebih berfokus dan jelas. Menurut

kenyataan Dasar Pembangunan Belia, matlamat utama pembangunan belia ialah untuk:

“Mewujudkan belia Malaysia yang memiliki peribadi yang bersepadu dari segi rohaniah, akhliah dan jasmaniah, bertanggungjawab, berdikari bersemangat sukarela dan patriotik, serta menjadi penggerak kepada kemajuan dan

kemakmuran bangsa, agama dan negara selaras dengan wawasan 2020”.

Bagi mencapai matlamat tersebut Dasar Pembangunan Belia Negara 1997 telah

menggariskan tujuh (7) strategi yang perlu dilaksanakan iaitu:

i. Pembangunan Ilmu

ii. Pembentukan Sikap

iii. Pembangunan Kemahiran dan Keusahawanan

iv. Pemupukan Gaya Hidup Sihat

v. Kemudahan lnteraksi Sosial

vi. Perkongsian dan Pembangunan

(34)

16

2.4 PEMBANGUNAN BELIA

Berdasarkan ucapan Y.B. Dato‟ Ismail Sabri Yaakob Menteri Belia Dan Sukan Malaysia

Sempena Majlis Pelancaran Hari Dan Minggu Belia Negara 2008 menyatakan bahawa

pembangunan belia adalah satu isu yang penting dalam pembangunan negara. Kalau dahulu,

pembangunan belia ini dianggap sebagai satu isu yang mudah dan kurang mendapat perhatian,

namun sejak kerajaan diambilalih oleh YAB Dato‟ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, sebagai

Perdana Menteri, perhatian besar diberikan kepada golongan muda. Sehingga kini, pembuat dasar,

pelaksana, penyelidik dan pemimpin belia terus berusaha melakukan sesuatu untuk memastikan

mereka mendapat hasil yang sesuai daripada usaha pembangunan yang mereka usahakan. Usaha

pembangunan belia tidak boleh dijalankan secara „tangkap muat‟. Pembangunan belia mesti

mengikut selera dan minat individu atau kelompok tertentu serta ia juga tidak boleh dijalankan

dalam konteks yang terasing daripada ekologi belia, rakan sebaya dan keluarga yang di mana ia

merupakan tempat mereka tinggal serta berinteraksi. Masyarakat dan institusi perlu memberikan

peluang untuk golongan belia membangun dalam perkara-perkara penting seperti kemahiran,

keyakinan, keperibadian dan sebagainya sebagai memperkasakan modal sumber manusianya.

Pembangunan belia berbentuk positif merupakan satu pelaburan ke atas pembangunan

setiap individu. Ia merangkumi satu bentuk kepimpinan diri sama ada dari sudut pemikiran, emosi

dan fizikal melalui sumber dan pendekatan yang betul. Kualiti kepimpinan generasi belia

seringkali mencuri tumpuan bual bicara yang meresahkan pelbagai pihak dalam masyarakat.

Mereka yang terbabit dengan pembangunan belia di Malaysia perlu melihat realiti semasa dan

akan datang. Perubahan yang berlaku di sekeliling kita memerlukan kita mengambil

langkah-langkah yang sesuai untuk menilai kembali usaha kita dalam pembangunan belia.

Pendekatan-pendekatan baru perlu digubal dan diambilkira seperti menggunakan penyelidikan-penyelidikan

(35)

17

Era globalisasi bukan sahaja membawa banyak cabaran dalam bidang ekonomi, politik

dan sosial, malahan tidak terkecuali golongan belia. Golongan belia adalah satu kelompok

penduduk yang berpotensi mempengaruhi trend masa depan sesebuah masyarakat dan negara.

Hampir separuh daripada penduduk dunia hari ini terdiri daripada mereka yang berumur 25 tahun

ke bawah (Youth Data Sheet, 2013). Apabila kita membicarakan mengenai globalisasi, kita tidak

lagi membicarakan mengenai budaya barat. Sebaliknya, kita berhadapan dengan satu budaya baru

yang tidak mengenali batasan sempadan negara iaitu budaya belia.

Apa yang ingin dinyatakan ialah golongan belia dalam era globalisasi ini sudah

menunjukkan petanda perubahan dari segi budaya hidupnya. Selaras dengan itu, kita tidak

seharusnya hanya menumpu untuk melihat kesan negatif globalisasi terhadap pembangunan belia,

sebaliknya kita perlu melihat perubahan dalam era globalisasi ini sebagai satu kekuatan yang ada

pada diri dan persekitaran belia untuk dimanfaatkan demi masa depan mereka.

Unsur-unsur penting dalam pembangunan belia adalah (Azimi Hamzah & Zanariah Mohd Nor,

2007):

i. Menyediakan belia dengan persekitaran yang selamat dan penuh sokongan

ii. Merapatkan hubungan antara belia dan orang dewasa yang prihatin dengan menjadi

mentor kepada mereka

iii. Memberi peluang kepada belia untuk merealisasikan minat mereka dengan memberi

tumpuan kepada kekuatan yang ada pada mereka

iv. Membantu belia dalam pembangunan pengetahuan dan kemahiran melalui pelbagai

cara

v. Melibatkan belia sebagai rakan kongsi dan pemimpin yang aktif untuk memajukan

(36)

18

vi. Menyediakan belia dengan kemudahan untuk menunjukkan rasa keprihatinan mereka

terhadap orang lain dan ahli masyarakatnya

vii. Menggalakkan gaya hidup sihat dan pola interaksi sosial yang positif

viii. Menyediakan jaringan keselamatan untuk digunakan apabila perlu

Dalam suatu Persidangan Majlis Perundingan Belia Negara, ia telah meluluskan Pelan

Tindakan Pembangunan Belia yang antara lainnya mencadangkan penubuhan sebuah institut

penyelidikan untuk mengkaji isu-isu yang berkaitan dengan belia. Sehubungan dengan itu, Institut

Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IPPBM) telah ditubuh dan dirasmikan pada 15 Mei

2005. Menurut Zeldin (1995), penyelidikan adalah penting dalam anjakan paradigma dan

membawa maklumat baru dalam perbincangan awam.

Bagi perancang dasar pembangunan belia dan pekerja di peringkat akar umbi yang

melaksanakan program, hasil penyelidikan adalah amat penting untuk dijadikan input dalam

perancangan dan pelaksanaan program. Tanpa penyelidikan dan penilaian, sesuatu dasar dan

program akan terus dilaksanakan setiap tahun tanpa diketahui sejauh mana keberkesanannya.

Keberkesanan itu boleh melibatkan maklumat tentang golongan sasaran yang semakin berubah

dengan perubahan persekitaran mereka.

Pembangunan belia menghadapi banyak cabaran dalam alaf ke-21 ini. Kita mesti melihat

realiti yang berlaku kepada golongan belia pada hari ini dan merancang untuk meningkatkan lagi

kesejahteraan hidup mereka untuk masa depan. Anjakan paradigma mesti dilakukan dalam

perancangan program pembangunan belia. Ia bukan sahaja melibatkan pemikiran semula, tetapi

juga perlu lebih inovatif dan kreatif dalam mengilham dan melaksanakan program. Penyelidikan

dan penilaian adalah komponen-komponen penting yang perlu diberikan perhatian. Perkara ini

bukan sesuatu yang baru di negara barat kerana institut penyelidikan belia diberikan keutamaan

(37)

19

sampai masanya usaha pembangunan belia di negara ini memasuki perspektif baru yang lebih

saintifik dan sistematik dengan memberikan penekanan kepada penyelidikan sebagai satu teras

untuk menuju ke hadapan (Samsudin A. Rahim, 2007).

2.5 PROGRAM PEMBANGUNAN BELIA

Program pembangunan belia seperti latihan kepemimpinan dan kemahiran serta kemahiran

keusahawanan telah dilaksanakan oleh pelbagai kementerian bersama persatuan belia dengan

kerjasama sektor swasta dan badan bukan kerajaan (NGO). Bagi memperkukuh pengurusan dan

keupayaan pelaksanaan agensi sektor awam yang bertanggungjawab kepada pembangunan belia,

Pelan Tindakan Pembangunan Belia Nasional telah dilancarkan dalam tahun 2004. Pelan

Tindakan ini memberi penekanan kepada 11 unsur teras dalam pembangunan belia yang

merangkumi kesejahteraan sosioekonomi, bina upaya, kualiti kepemimpinan, penyertaan dalam

Program Rakan Muda, integrasi sosial dan kesedaran politik dalam kalangan belia (Rancangan

Malaysia Kesembilan 2006-2010). Semua dilakukan dalam usaha memperkukuhkan beberapa

program yang telah dilakukan sebelum ini.

Cabaran utama pembangunan belia adalah untuk memastikan keberkesanan setiap

program yang dianjurkan. Kita perlu akui bahawa keberkesanan program pembangunan belia

bukan bersandar kepada kuantiti tetapi kualiti program. Oleh itu, banyak perubahan telah berlaku

dalam usaha pembangunan belia. Psikologi peribadi dan persekitaran kehidupan belia telah

banyak mengalami perubahan. Gaya hidup dan citarasa mereka juga telah berubah. Begitu juga

dengan pengisian masa lapang mereka. Selaras dengan itu, pembangunan belia Malaysia mesti

melalui perubahan paradigma jika ia ingin membawa kesan dan perubahan yang signifikan

(38)

20

Hakikatnya program pembangunan belia perlu dilihat dalam konteks penawaran dan

permintaan. Sesuatu program mesti dilakukan berdasarkan kepada permintaan iaitu mempunyai

kaitan dengan permasalahan belia setempat sama ada mengatasi salah laku ataupun

merealisasikan potensi belia itu sendiri. Kesan yang optimum dari segi pulangan pelaburan akan

berlaku jika pelancaran program sesuai dengan permintaan program.

Pembangunan belia akan menjadi lebih kompleks dan memerlukan suntikan

profesionalisme dalam usaha menguruskannya (Nur Fatihah Abdullah Bandar, 2009). Isu-isu

pembangunan belia semakin kompleks kerana ia perlu menangani pelbagai isu daripada isu

pembangunan kendiri individu belia, pengangguran dan pengisian masa lapang, sehinggalah

kepada isu alam sekitar dan globalisasi yang akan melibatkan golongan belia. Peningkatan

profesionalisme dalam kalangan penggerak pembangunan belia mestilah berlaku. Setiap

penggerak terbabit harus mempunyai pengetahuan dan kemahiran tertentu yang khusus untuk

memastikan mereka berkesan untuk merancang, melaksana dan menilai program yang disasarkan

kepada golongan belia.

Tindakan ini harus dilakukan kerana dahulu pelaburan modal insan belia tertumpu kepada

usaha untuk meningkatkan kemahiran asas untuk membolehkan belia mendapat pekerjaan dan

beroleh pendapatan (Baharom Mohamad dan Mohamad Johdi Salleh, 2009). Kini cabaran

pembangunan modal insan belia bukan sahaja mengenai latihan dan pekerjaan dan pendapatan

bahkan negara memerlukan modal insan yang berintegriti, memiliki identiti diri, berdaya saing

dalam persaingan global dan juga setia kepada negara.

Pembangunan belia adalah satu isu yang amat penting dalam pembangunan negara.

Namun begitu, pembangunan belia ini masih dianggap sebagai satu isu yang mudah dan kurang

mendapat perhatian. Bagaimanapun melihat belia merupakan pewaris negara dan masa depan

(39)

21

pelbagai usaha dan memberikan perhatian besar kepada golongan belia. Banyak usaha dan

kewangan telah dicurahkan untuk memberi peluang kepada generasi muda sebagai persediaan

mewarisi untuk negara ini.

Usaha pembangunan belia bukanlah satu perkara yang mudah. Ini kerana hanya program

belia yang berjaya sahaja berjaya menarik ramai golongan remaja untuk menceburi pelbagai

aktiviti yang disediakan. Pelbagai program kini harus dirancang dan dilaksanakan bagi

membolehkan golongan belia di kawasan pentadbiran dapat mengisi masa terluang mereka. Setiap

program harus dirancang dengan teliti supaya ia benar-benar dapat memberi manfaat kepada para

belia dan mencapai matlamat seperti yang diharapkan. Melalui aktiviti-aktiviti tersebut, para belia

khususnya golongan pelajar atau pekerja kilang boleh meningkatkan pengetahuan dan

pengalaman dengan menyertai program yang disediakan. Golongan remaja biasanya mempunyai

banyak masa terluang dan keadaan tersebut boleh merugikan mereka sekiranya tidak diisi dengan

kegiatan-kegiatan yang berfaedah. Sehubungan itu, kerajaan perlu mengambil inisiatif dengan

mengadakan program-program terbabit supaya para remaja dan orang ramai dapat menceburkan

diri mereka dan mendapat faedah daripadanya.

Pengurusan pembangunan belia di Malaysia sebenarnya telah memasuki satu fasa baru

dengan berkuat-kuasanya Akta Pertubuhan dan Pembangunan Belia 2007. Kementrian

mempunyai pilihan sama ada untuk meneruskan apa yang sedang lakukan atau membawa

perubahan dalam cara pengurusan pembangunan belia. Akta ini tidak boleh dilihat sebagai satu

urusan perpindahan pengurusan dan pendaftaran pertubuhan belia sahaja dari sebuah agensi ke

sebuah agensi yang lain. Akta tersebut perlu dilihat sebagai satu garis pemisah untuk perubahan

yang dinamik dan pragmatik dari segi pengurusan pembangunan belia ke arah mencapai misi

(40)

22

Satu lagi cabaran yang penting negara ialah untuk menjadikan Malaysia sebuah negara terbilang.

Melalui apa yang disebut misi nasional yang merupakan kesinambungan daripada misi wawasan

2020. Semua matlamat adalah untuk menjadikan negara ini sebuah negara maju yang dibentuk

dengan acuannya yang tersendiri. Justeru, pembentukan generasi belia Malaysia terbilang

semestinya bermula daripada generasi sekarang dan memerlukan usaha daripada pelbagai agensi.

Bagi agensi kerajaan dan pertubuhan belia yang bertanggungjawab terhadap pembangunan belia,

ini memberikan satu cabaran besar sejauh mana kerajaan berupaya untuk merealisasikan matlamat

tersebut. Setiap matlamat memerlukan strategi yang sesuai untuk perlaksanaannya. Cabaran

semakin hebat dan matlamat negara yang hendak dicapai ketika ini lebih hebat. SemenjakYAB

Perdana Menteri,YAB Dato‟Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, mengambil alih pimpinan negara

ini pada 2009, pelbagai perubahan dan transformasi telah dilakukan. Program Transformasi

Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) selanjutnyaProgram Transformasi

Politik (PTP) dan Program Transformasi Sosial (PTS) yang semua ini telah membentuk Dasar

Transformasi Nasional telah dilakukannya (Malaysia Merdeka, 2014). Ini bagi memacu Malaysia

ke arah pencapaian wawasan kebangsaan, menjadi sebuah negara maju berpendapatan tinggi,

menjelang 2020. Keadaan ini memerlukan kesungguhan terutama daripada generasi belia yang

menjadi pewaris negara.

Bagi mewujudkan satu generasi belia yang hebat, bukanlah satu usaha yang mudah,

walau bagaimanapun ia perlu ada permulaannya. Permulaan itu adalah perubahan dari segi

matlamat dan cara kerja untuk mencapai misi berkenaan. Perubahan sememangnya sukar kerana

ia akan mengubah kelaziman kita. Namun begitu perubahan adalah perlu kerana tanpa perubahan

hidup kita akan menjadi statik dan tiada cabaran. Oleh yang demikian, untuk mengurus

perubahan, kita perlu memberikan perhatian kepada enam perkara ini (Azimi Hamzah dan

Turiman Suandi, 1998):

(41)

23

ii. kemahiran untuk melakukan perubahan

iii. insentif untuk membawa perubahan

iv. sumber-sumber untuk membantu perubahan

v. Pelan tindakan untuk perubahan

vi. Penilaian untuk memantau proses perubahan

Justeru, dalam konteks menangani perubahan ini, latihan dan pendidikan adalah penting.

Pembangunan modal insan adalah berkaitan dengan dua perkara tersebut iaitu latihan dan

pendidikan. Maka untuk membolehkan kita menangani perubahan bagi mencapai wawasan ini

pelaburan dalam modal insan dalam kalangan mereka yang berkerja dengan generasi muda perlu

diberikan perhatian sepenuhnya.

Menurut Azimi Hamzah & Turiman Suandi (1998), antara peranan-peranan agensi

kerajaan dalam pembangunan dan kerja-kerja belia bertujuan:

1. Mewujudkan forum kerjasama yang berterusan dengan badan bukan kerajaan dalam apa

jua perkara yang berkaitan dengan polisi

2. Menyediakan saluran bagi belia menyampaikan fikiran atau idea, keperluan dan

masalah-masalah mereka ke peringkat pembuat keputusan yang paling tinggi

3. Mengesan pelaksanaan Dasar Pembangunan Belia Negara bagi tujuan mempertingkatkan

usaha badan-badan yang terlibat dalam merealisasikan dasar tersebut.

4. Menyelaraskan aktiviti-aktiviti belia

5. Mengendalikan penyelidikan dan penilaian mengenai apa jua yang berkaitan dengan

pembangunan dan kerja-kerja belia serta menyampaikan penemuan dan cadangan kepada

badan-badan yang terlibat

(42)

24

7. Menyediakan jurulatih dan juga kemudahan bagi pembentukan sukarelawan dan pekerja

belia yang profesional

8. Menyediakan khidmat sokongan kepada semua badan yang terlibat dalam kerja- kerja

belia.

9. Mewujudkan pusat sumber mengenai apa jua perkara yang berkaitan dengan belia.

10. Menyediakan bantuan kewangan dan kepakaran bagi:

10.1 aktiviti-aktiviti belia dalam negeri

10.2 program-program belia di peringkat antarabangsa

10.3 sambutan hari-hari yang berkaitan dengan kepentingan belia

10.4 sokongan media massa dan komunikasi

Pertubuhan-pertubuhan tersebut berperanan sebagai:

i. Menyusun matlamat pertubuhan selaras dengan Dasar Belia Negara

ii. Mengendalikan kerja-kerja belia secara profesional

iii. Memberi pandangan serta membantu agensi kerajaan dalam perancangan dan

pelaksanaan program untuk belia

iv. Menentukan anggota aktif dan sentiasa dilengkapi dengan maklumat mutakhir

mengenai perkembangan sendiri dan juga badan-badan yang lain

v. Memberi kerjasama dengan agensi kerajaan dalam bidang latihan

vi. Menjaga hak asasi anggota dan belia secara am

Menurut Mustafa Kamil Ayub (1996), pertubuhan belia adalah terlibat secara langsung

dengan pembangunan sumber manusia tetapi, potensi sumber ini tidak diserlahkan. Antara

(43)

25

1. Mempelbagaikan bentuk gerakan belia atau aktiviti gerakan belia bagi menampung

kepelbagaian minat kelompok-kelompok generasi belia walaupun dalam masa yang sama

tetapi berkongsi aspirasi yang sama ke arah mengangkat martabat negara dan ummah. Hal

ini ada kaitannya dengan pendedahan yang kian meningkat apatah lagi dalam dunia

komunikasi dan 'Cyberspace'. Oleh itu, ia memerlukan gerakan belia dan program belia

yang relevan serta dapat menarik minat golongan muda.

2. Memantapkan jentera Kementerian Belia dan Sukan, agensi-agensinya serta agensi-agensi

kerajaan yang terbabit dalam program pembangunan belia bagi memastikan satu sinergi

yang berkesan. Apatah lagi dengan pertama kalinya diperkenalkan bab khusus mengenai

pembangunan belia dalam Rancangan Malaysia ke-7 seperti yang dibentangkan oleh

Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia Dato‟ Abdullah Ahmad Badawi sesungguhnya

mengimbau kepada langkah ini agar penyelarasan, perancangan, pelaksanaan dan

penilaian dapat dilakukan dengan cukup berkesan.

3. Proses peningkatan kualiti kepimpinan belia yang bersepadu mestilah dipertingkatkan. Ini

ada kaitan dengan harapan dan tanggapan yang sesungguhnya meminta pimpinan belia

bertindak sebagai pendidik, pemikir, kaunselor, ibu bapa, rakan sebaya dan

seumpamanya. Hanya dengan berbuat demikian yang memungkinkan peningkatan

keberkesanan pergerakan belia sebagai agen sosialisasi.

4. Memastikan setiap perancangan dan polisi membabitkan pembangunan belia. Sudah tentu

dalam konteks ini pengenalan bab khusus pembangunan belia adalah suatu indikator jelas

yang menunjukkan kepentingan generasi muda. Oleh yang demikian, di setiap peringkat,

penggubalan dan perlaksanaan polisi-polisi utama ini perlu membabitkan gerakan belia

(44)

26

5. Pergerakan belia mestilah memberikan fokus khas dalam perancangannya dalam usaha

menangani gejala sosial remaja semasa. Pendekatan-pendekatan terkini dengan

penekanan kepada nilai moral dan akhlak bagi menarik kelompok belia yang memerlukan

perhatian khusus ini adalah amat diperlukan.

6. Pergerakan belia seluruhnya perlu terus meningkatkan kemampuan bagi menyediakan

program-program alternatif terutamanya dalam menangani budaya dan dunia hiburan

yang sebahagiannya tidak serasi dengan nilai-nilai agama dan budaya tempatan. Suatu

usaha yang serius amat diperlukan dalam memperkasa perkembangan budaya yang sihat

sebagai alat sosialisasi yang ampuh.

7. Penyediaan prasarana dan kemudahan fizikal sebagai tempat untuk berinteraksi bagi

golongan remaja dengan pengawasan yang teratur perlu diwujudkan. Pusat rakan Muda

seperti yang dicadangkan adalah sebahagian dari usaha yang amat dialu-alukan.

8. Satu permuafakatan yang akhirnya mewujudkan satu 'kesatuan pandangan' dalam

menangani persoalan generasi muda perlu diwujudkan. Hal ini amat penting agar

akhirnya setiap pihak yang terbabit dalam proses ini mempunyai pandangan serta teori

perkembangan remaja yang serasi dengan budaya tempatan.

Sejarah gerakan belia di Malaysia sebenarnya telah melalui sejarah yang panjang, dan

pertubuhan belia di Malaysia terbahagi kepada beberapa kategori. Majlis Belia Malaysia (MBM),

(45)

27

i. Organisasi Belia Biasa

Organisasi Belia Biasa ini merupakan pertubuhan belia yang memberi tumpuan kepada aktiviti

sosioekonomi. Mereka merupakan kumpulan yang terbesar dan mempunyai rangkaian di

peringkat kebangsaan, negeri, daerah dan kampung (akar umbi). Antara persatuan yang terlibat

dalam kategori ini ialah (Indeks Belia Malaysia, 2011):

1. Gerakan Belia 4B Malaysia

2. Gerakan Belia Bersatu Malaysia

3. Majlis Belia FeldaMalaysia

4. Majlis Kelab Bell Belia Tamil Malaysia

5. Pergerakan Pemuda Malaysia

6. Persatuan Asrama Belia Malaysia

7. Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS)

8. Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC)

9. Pergerakan Belia India Muslim Malaysia (GEPIMA)

10. Persatuan Belia Sikh Malaysia

11. Persatuan Belia Thai Malaysia

12. Junior Chamber Malaysia

13. Majlis Belia India Malaysia

14. Persatuan Belia XiangLian Malaysia

ii. Organisasi Belia Beruniform

Aktiviti organisasi ini lebih tertumpu kepada gerakan perkhidmatan dan sosial. Kebanyakan

organisasi pertubuhan dalam kategori ini terdapat di sekolah-sekolah dan institusi-institusi

(46)

28

1. Briged Putera Malaysia

2. Briged Puteri Malaysia

3. Persatuan Pandu Puteri Malaysia

4. Persekutuan Pengakap Malaysia

5. St. John Ambulans Malaysia

iii. Organisasi Belia Agama

Aktiviti-aktiviti yang dijalankan bertujuan untuk meningkatkan kefahaman dan mengamalkan

hidup beragama dalam kalangan ahli-ahli. Persatuan-persatuan yang tergolong dalam kategori ini

ialah:

1. Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)

2. Persaudaraan Belia Methodist Malaysia

3. Persatuan Pemuda Kristian (YMCA)

4. Majlis Belia Hindu Malaysia

5. Persatuan Belia Buddhist Malaysia

iv. Organisasi Belia Pelajar

Matlamat mereka ialah bagi memperkembangkan kemajuan pendidikan belia pelajar yang sedang

melalui alam persekolahan atau yang tercicir dalam bidang pendidikan. Persatuan belia yang

termasuk dalam kategori ini ialah:

1. Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS)

Referensi

Dokumen terkait

Hasil penelitian yang telah dilakukan dapat diketahui bahwa pemberian pupuk tauge kacang hijau berpengaruh terhadap kepadatan dan kandungan karotenoid D..

‫التجريد‬ ‫هذا البحث بعنوان القصة القصْية " البوم والغرابن" يف كليلة ودمنة لبيداب‬ ‫درسة حتليلية داخلية لروبرت ستانتون‪

Sejalan dengan pertumbuhan populasi, kota Semarang sekarang sudah berkembang meluas sampai ke jalur-jalur linier atau wilayah sekitarnya, tidak hanya di pusat kota saja. Hal

(5) Apabila dalam jangka waktu yang telah ditetapkan Walikota atau pejabat yang ditunjuk untuk membongkar bangunan yang menyimpang dengan dokumen perencanaan kota

Berdasarkan hasil pengamatan terhadap parameter uji yang ada, dapat disimpulkan bahwa bahwa kombinasi gelling agent gom xanthan dan gom guar (1:1 %w/w) pada formula

Sehubungan dengan adanya dua jenis korelasi yang dapat digunakan untuk mengetahui validitas kriteria, yaitu korelasi biasa dan korelasi kanonis, maka pada tulisan ini akan

Sedangkan pemberitaaan mengenai flu burung, korupsi anggota DPR Papua Barat, Korupsi dana haji, Pembebasan Schapelle Corby dan pemilu 2014 bertendensi

Namun lebih dari separuh responden sudah berperilaku merokok yang positif setelah adanya gambar penyakit akibat merokok, selain dipengaruhi oleh gambar