• Tidak ada hasil yang ditemukan

GENERASI MUDA DAN PATRIOTISME

Dalam dokumen Kajian Terhadap Tahap Patriotisme di Kal (Halaman 63-74)

38 2.9 SENARIO PATRIOTISME DI MALAYSIA

2.13 GENERASI MUDA DAN PATRIOTISME

Menurut Abd. Rahim (2004), patriotisme pada umumnya boleh dikaitkan dengan semangat,

perasaan, sikap, kesedaran, idealisme yang menyentuh soal-soal kebangsaan, perasaan,

kenegaraan, tanggungjawab, perjuangan, pengorbanan, kecintaan, kesetiaan, ketahanan diri dan

sumbangan warganegara terhadap negara, bangsa dan agama. Patriotisme merupakan unsur

46

terhadap bangsa dan negara. Unsur-unsur patriotisme diterapkan untuk melahirkan rakyat

Malaysia yang bertanggungjawab, bersemangat kekitaan, berdisiplin, berusaha dan produktif ke

arah mencapai matlamat dan aspirasi negara.

Masyarakat Malaysia terdiri daripada masyarakat majmuk yang mempunyai kebudayaan

yang berbeza. Menurut Pye dan Verba (1965), identiti kebangsaan ialah kepercayaan individu dan

dikaitkan dengan bagaimana mereka memikirkan diri sendiri sebagai ahli dalam negara mereka.

Wujudnya identiti kebangsaan antara ahli-ahli dalam sesebuah negara ialah satu budaya di mana

berdasarkan sempadan antara negara. Justeru, kita tidak harus membiarkan keadaan perbezaan

yang tidak sesuai dan mungkin dapat menghalangkan perpaduan antara kaum.

Menurut Azizan Bahari (2009), patriotisme bukan sekadar mengibar bendera semasa

menyambut ulang tahun kemerdekaan. Ia juga tidak sekadar beruniform kemas serta aksi

berkawat yang tersusun rapi dengan gaya segak dan wajah yang serius. Ia suatu komitmen, suatu

perasaan mendalam, suatu semangat yang dihayati, menyerlah serta berkobar-kobar apabila

dituntut keadaan.

Dalam konteks masa kini, patriotisme boleh kita tafsirkan sebagai sikap, semangat dan

tindak-tanduk yang menjurus kepada gagasan dan usaha mengawal kepentingan, maruah dan

kedaulatan bangsa dan negara dalam pelbagai bidang kehidupan seperti ekonomi, politik, sosial,

hubungan antarabangsa, kedaulatan, kebudayaan, agama, keselamatan, undang-undang, dan

sebagainya. Seseorang yang patriotik sangat prihatin terhadap untung nasib negaranya. Dia akan

mudah tercuit dengan sebarang bentuk ancaman atau tindakan yang seakan memperlekehkan

negaranya dan mudah terpanggil untuk bertindak balas, atau melakukan sesuatu.

Patriotisme atau sifat patriotik juga harus merangkumi usaha-usaha yang dapat

47

seperti penerokaan dan perkembangan ilmu pengetahuan, sains dan teknologi, model dan kaedah-

kaedah pembangunan, kerukunan hidup (seperti perhubungan etnik dan ras), keadilan sosial,

keamanan dan kesejahteraan sejagat (Azimi Hamzah & Zanariah Mohd Nor, 2007).

Patriotisme digalakkan kerana ia menjamin ketahanan nasional. Ia juga dilihat sebagai

satu-satunya tenaga yang mampu mempertahankan negara daripada sebarang bentuk ancaman

(dari dalam dan luar negeri) dan dengan itu memastikan kestabilan, keutuhan dan kelangsungan

sesebuah negara-bangsa (Yahaya Ibrahim dan Abd. Hair Awang, 2008).

Hakikatnya, menerusi pengumpulan kajian literatur, patriotisme juga penting dalam

kalangan generasi muda pada masa kini disebabkan beberapa faktor berikut:

i. Kehidupan affluent

Kehidupan yang serba senang dan mudah dalam kalangan generasi muda

masa kini adalah satu faktor yang dikhuatiri mengurangkan semangat

patriotisme dalam kalangan mereka. Pelbagai kemudahan sosial, kemajuan

ekonomi, kehadiran berbagai-bagai barangan dan perkhidmatan di pasaran,

aneka bentuk hiburan, semua ini boleh melekakan/mengalpakan generasi

muda daripada hal-hal yang lebih serius seperti soal kedudukan dan kemajuan

bangsanya atau peranan dan tanggungjawabnya terhadap masyarakat dan

negara. Mereka mungkin asyik atau mudah dibuai oleh segala kesenangan

dan kemewahan hidup demikian sehingga tidak terpanggil untuk memberikan

sumbangan kepada pembangunan bangsanya, atau beranggapan bahawa soal

pembangunan, kemajuan dan masa depan bangsa dan negaranya bukan

48

ii. Kekurangan pengetahuan sejarah

Generasi muda juga didapati cetek pengetahuan tentang latar belakang dan

sejarah bangsanya. Keadaan ini terjadi disebabkan sejarah tidak lagi

menduduki tempat yang istimewa seperti sebelum ini. Pengetahuan sejarah

tidak dianggap suatu perkara penting di pasaran kerja dan tidak mendapat

galakan yang sepatutnya daripada kalangan dewasa. Kegiatan-kegiatan yang

dapat mendidik atau mendedahkan generasi muda kepada akar dan sejarah

bangsanya seperti melalui pelbagai kegiatan seni dan budaya ternyata amat

terhad dan ini tidak membantu memupuk kesedaran dan keinsafan terhadap

nasib masa depan bangsa dan negara dalam kalangan mereka. Kekurangan

kesedaran dan kefahaman sejarah tentu tidak membantu memupuk

patriotisme dalam kalangan generasi muda.

iii. Pengaruh budaya global

Sehubungan di atas, kini kita juga menyaksikan pelbagai alat elektronik,

hiburan, kegiatan seni, makanan dan minuman, bahan bacaan dari luar

membanjiri pasaran tempatan. Remaja belia jelas merupakan kumpulan sasar

utama bagi segala alat, barangan dan bahan tersebut. Globalisasi tambah

memudahkan nilai dan budaya luar (tidak kira baik atau buruk bagi

masyarakat kita) mempengaruhi generasi muda, menjadikan mereka lebih

global. Dengan globalisasi yang semakin memecahkan segala tembok

sempadan, perasaan sepunya (senseofbelonging) turut terhakis. Patriotisme

dengan nilai-nilai, semangat dan tindak-tanduk yang bertunjangkan

kepentingan nasional sudah tentu terpaksa bersaing hebat dengan pengaruh

49

iv. Nilai-nilai kolektif berkurangan

Begitu juga patriotisme yang menganjurkan nilai dan semangat kolektif

seperti keprihatinan sosial, kejiranan, perpaduan/solidariti, kerjasama,

perkongsian dan permuafakatan dalam kalangan anggota-anggota masyarakat

terus ditekan oleh individualisme yang semakin membudayai masyarakat,

khususnya generasi muda. Kemajuan kebendaan, budaya wang dan

keghairahan kepada gaya hidup mewah menguatkan nilai dan sikap

individualistik dalam kalangan remaja belia dan ini memberi kesan langsung

terhadap nilai-nilai kolektif dan patriotisme mereka.

Menurut Wong (2005), isu kelunturan semangat patriotisme dalam kalangan generasi

muda pada hari ini adalah kerana kurangnya kesedaran dalam kalangan mereka mengenai

cabaran-cabaran yang perlu dihadapi oleh mereka bagi menjalankan tanggungjawab sebagai

warganegara. Ini kerana mereka adalah generasi yang lahir selepas merdeka dan menikmati segala

peluang yang tersedia tanpa menyedari pahit jerih yang terpaksa diharungi oleh generasi terdahulu

dalam perjuangan mereka bagi memastikan kesenangan ini dapat dinikmati oleh anak cucu

mereka. Hal ini telah mencetuskan kewujudan „budaya selesa‟ (complacent culture) dalam kalangan generasi muda pada hari ini. Segala kemewahan dan kemudahan yang diperuntukkan

oleh keluarga dan negara menyebabkan mereka tidak rasa terancam oleh kemajuan dan

pencapaian negara atau bangsa lain. Budaya ini menjerumuskan sebahagian daripada generasi

muda hari ini dalam masalah sosial yang serius.

Bagi melahirkan satu bangsa yang tulen yang digelar bangsa Malaysia yang mampu

menunjukkan identiti tersendiri untuk bertanding dengan bangsa atau negara lain, rakyat yang

berkongsi satu ciri semangat patriotik amat penting untuk menonjolkan identiti bangsa negara.

50

tersendiri dan sekaligus memungkinkannya berdiri dan berkembang sebagai sebuah bangsa

moden yang mampu menuntut tempatnya dalam kalangan bangsa-bangsa lain di dunia kini dan

masa depan.

Berdasarkan Taksonomi Bloom (1984), domain afektif yang memberi tumpuan kepada

unsur-unsur kesedaran, sensitiviti, sikap, pertimbangan, emosi, pendirian dan sebagainya

bertujuan mengembangkan pemikiran moral dan aspek-aspek kemanusiaan kepada pelajar.

Justeru, peranan guru sebagai pemupuk nilai dalam pengajarannya adalah cukup penting.

Melalui pemupukan semangat patriotisme ini, ianya sangat penting untuk memantapkan

diri pelajar dari segi ketahanan mental, fizikal dan emosi yang akan membolehkan seseorang itu

mampu dan berupaya menghadapi segala bentuk cabaran. Kekurangan nilai patriotisme dalam diri

pelajar akan memberikan kesan kepada rendahnya semangat juang dan semangat jati diri dalam

diri mereka yang menyebabkan ada sesetengah daripada mereka mudah untuk menyerah kalah

dan tunduk kepada sesuatu tekanan (Abd. Rahim, 2004).

Menurut MaharoomMahmood (2000), dalam memperkatakan tentang patriotisme ini ia

merupakan satu perkara yang abstrak dan sukar untuk diukur serta dinilai tetapi sekiranya

seseorang individu tersebut mempunyai ciri-ciri yang dinyatakan maka ia bolehlah dikatakan

mempunyai semangat patriotisme. Walaupun semangat patriotisme tidak dapat diukur secara

metrik namun melalui perbuatan serta tingkahlaku ia telah mencerminkan semangat patriotisme

yang ada di dalam diri setiap individu. Antaranya ialah seperti berikut:

i. Berbangga sebagai rakyat Malaysia

Patriotisme bukan sahaja dapat dipupuk dan ditanam dalam kalangan

generasi muda hari ini tetapi kita dapat menzahirkan semangat itu dengan

51

dikatakan patriotisme merupakan sesuatu yang abstrak dan hanya dapat

dilihat melalui perlakuan, tingkahlaku atau perbuatan seseorang. Sebagai

contoh kita boleh menunjukkan perlakuan menghormati raja dan pemimpin

negara. Selain itu, bagi menzahirkan rasa bangga sebagai rakyat Malaysia

boleh ditunjukkan melalui cara menghormati lambang-lambang atau simbol-

simbol negara seperti bendera negara atau negeri, jata negara, dan lagu

kebangsaan atau negeri.

Bagi memupuk semangat patriotisme dan cintakan negara ia hendaklah

dengan cara memberi kesedaran kepada seluruh lapisan masyarakat di negara

ini tentang pentingnya pencapaian kemerdekaan. Mereka perlu didedahkan

dengan sejarah, iaitu bagaimana sukarnya pemimpin-pemimpin ketika itu

berusaha untuk mendapatkan kemerdekaan negara. Melalui pembacaan

penulisan sejarah tanah air kita dapat mengenal dan memahami perjuangan

tokoh-tokoh negara ketika memperjuangkan kemerdekaan dan jasa serta

pengorbanan tokoh-tokoh tersebut perlulah dihargai. Ini kerana tanpa

kesedaran serta perjuangan tokoh-tokoh yang terlibat sudah tentulah generasi

hari ini tidak dapat mengecap erti nikmat kemerdekaan.

Semangat patriotisme secara tidak langsung dapat disemai dan dipupuk

melalui pengisahan sejarah tokoh-tokoh patriot dan dapat dijadikan iktibar

kepada generasi hari ini. Seharusnya, kita berbangga dengan sumbangan para

sejarawan dan sarjana tempatan yang telah banyak menulis perjuangan tokoh-

tokoh tempatan walaupun pada awalnya dianggap oleh para orientalis Barat

mereka ini diklasifikasikan sebagai penderhaka. Perkembangan penulisan

sejarah bercorak tempatan telah membela nasib dan meletakkan jasa para

52

para penulis tempatan ini amat besar ertinya kerana telah berani

memperbetulkan fakta bias yang dihasilkan oleh sejarawan atau penulis

Barat.

ii. Bersemangat Setia Negara

Kesetiaan terhadap negara merupakan satu ciri penting dalam memastikan

kelahiran masyarakat Malaysia yang berjiwa patriotik. Setiap rakyat Malaysia

harus memiliki sifat setia atau taat kepada raja dan negara. Selepas mencapai

kemerdekaan, institusi pemerintahan beraja telah diteruskan tetapi beberapa

pindaan telah dibuat supaya dapat disesuaikan dengan konsep demokrasi

berparlimen dan kemerdekaan. Raja berperlembagaan tidak seperti raja

berkuasa mutlak iaitu memerintah dengan kuasa terbatas. Peranan dan

fungsinya, sama ada sebagai ketua negara atau ketua negeri ditetapkan secara

bertulis oleh perlembagaan. Meskipun kedudukan institusi raja pada hari ini

berbeza daripada zaman kegemilangannya, namun langkah menjaga dan

memelihara daripada lenyapnya institusi yang agung ini harus dipuji. Yang

Dipertuan Agung masih kekal kedudukannya sebagai ketua negara dan perlu

dihormati sebagai simbol perpaduan rakyat Malaysia. Tidak dapat dinafikan

bahawa institusi raja amatlah penting terutamanya untuk maksud perpaduan

negara, darjat negara sebagai sebuah negara merdeka dengan mempunyai

sistem raja berperlembagaan. Demi kepentingan institusi raja, adalah menjadi

tanggungjawab rakyat untuk mendukung Perlembagaan Negara dan

mendukung institusi raja mengikut lunas undang-undang. Sekalipun raja-raja

Melayu selepas merdeka tidak lagi mempunyai kuasa mutlak dan mereka

hanya menjadi raja berperlembagaan tetapi mereka tetap diberi kedudukan

53

Dipertuan Agong tidak boleh didakwa dalam apa-apa juga perbicaraan di

mana-mana mahkamah. Imuniti di sisi undang-undang ini juga diberikan

kepada sultan. Namun ini tidak bermakna bahawa raja bebas melakukan

sesuka hati.

Bersemangat setia kepada negara bukanlah hanya mentaati sultan, raja atau

pemimpin sebaliknya setiap warganegara Malaysia haruslah mempunyai satu

semangat sedia mempertahankan negara daripada musuh atau anasir-anasir

yang boleh menggugat kestabilan politik dan perpaduan masyarakatnya.

Saranan Tun Dr. Mahathir agar rakyat bukan bumiputera turut serta dalam

pasukan keselamatan adalah satu langkah bijak bagi meningkatkan semangat

patriotisme dalam kalangan rakyat di negara ini kerana sanggup berjuang

mempertahankan negara daripada ancaman musuh. Ini dapat menjelaskan

lagi tugas dan peranan sebagai rakyat Malaysia seperti slogan “Negara Kita

adalah Tanggungjawab Kita”.

iii. Bersemangat Kekitaan

Semangat kekitaan bererti setiap warganegara Malaysia seharusnya memiliki

semangat bekerjasama, semangat bantu-membantu dalam masyarakat tanpa

mengira bangsa, agama mahupun keturunan atau semangat persaudaraan.

Semangat kekitaan merupakan satu ciri yang ada pada dasarnya nampak

mudah untuk dibentuk tetapi pada hakikatnya ciri inilah yang paling sukar

dibentuk. Ini kerana ia melibatkan hubungan pelbagai hala di antara

masyarakat. Jika sebelum ini ciri-ciri patriotisme digambarkan melalui

hubungan individu dengan negara dan juga pemimpin tetapi semangat

54

sesebuah negara keamanan dan kemajuan negara merupakan perkara yang

penting. Lantaran itu, kehidupan masyarakat yang bersatu padu, harmoni,

bertolak ansur, bekerjasama, bersefahaman dan bermuafakat merupakan asas

kepada semangat kekitaan. Dasar kebudayaan Kebangsaan, Kempen

Kejiranan dan Masyarakat Penyayang merupakan usaha-usaha murni yang

perlu diberi perhatian dalam membentuk sebuah masyarakat yang unggul.

iv. Berdisiplin

Rakyat yang mempunyai semangat patriotisme mestilah seorang yang

berdisiplin. Ini membawa maksud setiap warganegara Malaysia perlu patuh

dan taat kepada peraturan, undang-undang mahupun perlembagaan negara.

Seseorang warganegara yang bertanggungjawab sudah pastinya akan sentiasa

patuh dan mengikut undang-undang dan perlembagaan negara. Kesediaan

rakyat Malaysia mematuhi undang-undang adalah amat penting kerana tanpa

undang-undang negara akan berada dalam keadaan kacau-bilau. Keadaan

negara yang tidak stabil akan menyukarkan proses pembentukan perpaduan

dalam kalangan rakyat, dan ini boleh menjejaskan perancangan kerajaan

untuk mencapai tahap negara maju menjelang tahun 2020. Lantas semangat

patriotisme yang diimpikan tidak akan tercapai kerana perpaduan rakyat

tunjang lahirnya semangat cintakannegara. Dalam konteks membentuk

perpaduan dalam kalangan rakyat perlu ada sifat-sifat seperti berkelakuan

sopan, bertatasusila dan berhemah tinggi. Kepelbagaian kaum di Malaysia

menuntut kesemua rakyatnya memahami tuntutan setiap kaum dari aspek

agama, budaya dan bahasa yang berbeza melalui perlakuan tingkahlaku dan

juga pertuturan. Menyedari kepada wujudnya perbezaan ini maka setiap

55

setiap warganegara tidak akan menerima keistimewaan dari segi perundangan

sekiranya melakukan kesalahan.

v. Berusaha dan Produktif

Wawasan 2020 berhasrat untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara

perindustrian yang setanding dengan negara maju di dunia. Bagi mencapai ke

tahap negara maju menjelang tahun 2020 rakyat Malaysia perlulah rajin

berusaha, mengamalkan sikap suka berdikari, berdaya saing, tabah, proaktif

dan produktif. Justeru, bagi mempercepatkan proses ini, Malaysia

memerlukan warganegara yang berilmu pengetahuan, mempunyai kemahiran,

bermaruah, sanggup berkorban, melakukan anjakan paradigma terhadap sikap

dan nilai daripada hanya mengharapkan bantuan atau sokongan daripada

pihak kerajaan. Sebaliknya warganegara Malaysia perlu mengamalkan sikap-

sikap positif dan inovatif dalam melahirkan sesuatu yang baru melalui proses

R&D dan penggunaan kemudahan ICT yang canggih. Oleh itu, sekiranya

wujud perasaan patriotisme yang jitu dalam kalangan rakyat Malaysia ianya

akan memudahkan pihak kerajaan mengatur rancangan ke arah pembangunan

dan memajukan negara seiring dengan pencapaian negara-negara maju.

2.14 KESIMPULAN

Patriotisme diperlukan untuk ketahanan nasional dan menjamin kestabilan, keutuhan dan

kelangsungan negara-bangsa. Akibat pelbagai faktor membantut percambahan dan perkembangan

patriotisme khususnya dalam kalangan generasi muda, maka patriotisme semakin mendapat

perhatian luas masyarakat. Ia malahan suatu tuntutan nasional yang mendesak. Pelbagai idea dan

56

Dalam dokumen Kajian Terhadap Tahap Patriotisme di Kal (Halaman 63-74)