• Tidak ada hasil yang ditemukan

57 3.3 LOKASI KAJIAN

Dalam dokumen Kajian Terhadap Tahap Patriotisme di Kal (Halaman 75-80)

Kajian ini telah dijalankan di negeri Perak yang melibatkan 10 daerah iaitu daerah Kampar, Kinta,

Hilir Perak, Perak Tengah, Batang Padang, Kuala Kangsar, Larut Matang dan Selama, Kerian,

Manjung dan Hulu Perak. Responden dalam kalangan belia di sekitar daerah negeri Perak yang

terdiri daripada pelbagai latar belakang.

3.4 POPULASI DAN SAMPEL KAJIAN

Populasi kajian ialah yang terdiri daripada golongan belia di 10 daerah negeri Perak. Sampel

kajian yang diambil ialah seramai 1,500 orang yang dipilih oleh penyelidik untuk menjawab

borang soal selidik. Sampel kajian yang diambil adalah mewakili jantina, umur, bangsa, agama,

kawasan kediaman, sekolah rendah, sekolah menengah, pekerjaan, tahap pendidikan, pendapatan

dan daerah yang diwakili oleh responden. Sampel dipilih mengikut pensampelan secara rawak

berstratifikasi.

3.5 INSTRUMEN KAJIAN

Instrumen atau alat kajian yang digunakan adalah dengan mengedarkan borang soal selidik

kepada responden. Penyelidik telah mengambil dan mengubahsuai dari jurnal-jurnal yang berkait

rapat dengan soalan-soalan yang diolah oleh penyelidik sendiri.

Soal selidik ini telah dibahagikan kepada tiga bahagian utama. Bahagian A mengandungi

soalan berkaitan dengan maklumat diri responden (ciri demografi). Bahagian ini mengandungi 11

soalan yang terdiri daripada kategori jantina, umur, bangsa, agama, kawasan kediaman, sekolah

58

Bahagian B ialah soalan untuk mengukur sejauh mana pengetahuan politik dalam

memupuk semangat patriotisme terhadap negara dalam kalangan belia. Bahagian ini juga

mempunyai 20 soalan namun hanya 8 soalan terpilih telah dianalisa. Antara contoh soalannya

ialah “agama rasmi bagi Malaysia ialah agama Islam”. Bahagian ini dibahagikan dengan cara pemarkatan dengan menggunakan dua skala iaitu:

1. Ya

2. Tidak

Bahagian C pula berkaitan dengan soalan-soalan yang dikemukakan untuk mengukur

sejauh mana semangat patriotisme terhadap negara. Bahagian ini juga mempunyai 20 soalan

namun hanya 8 soalan terpilih telah dianalisa. Contoh soalan yang berkaitan ialah “saya bersedia berbakti kepada negara”. Bahagian ini dibahagikan dengan cara pemarkatan yang berbeza iaitu menggunakan empat skala Likert yang mewakili:

1. Sangat Tidak Setuju

2. Tidak Setuju

3. Setuju

4. Sangat Setuju

3.6 KAEDAH PENGUMPULAN DATA

Penyelidik telah mengedar borang soal selidik kepada golongan belia di semua daerah negeri

Perak. Masa yang diambil oleh penyelidik adalah selama sebulan untuk mendapatkan semula

pulangan borang soal selidik tersebut yang telah lengkap diisi oleh responden. Penyelidik juga

telah mengedar sebanyak 1,500 borang soal selidik dan telah mendapat pulangan sebanyak 911

59

soal selidik tidak boleh digunapakai kerana rosak dan ditambah dengan sebilangan responden

yang tidak memulangkan semula borang soal selidik yang telah diedarkan kepada mereka. Jenis-

jenis soalan yang ditanya dalam borang soal selidik ini terdiri daripada soalan-soalan terbuka di

mana responden boleh menjawab mengikut pilihan jawapan mereka yang disediakan.

3.7 KAJIAN RINTIS

Penyelidik telah menjalankan kajian rintis terlebih dahulu untuk menentukan kebolehpercayaan

bagi borang soal selidik yang digunakan dalam kajian. Lokasi yang dipilih oleh penyelidik bagi

melakukan kajian rintis ini ialah di Universiti Utara Malaysia. Penyelidik telah mengedar

sebanyak 50 borang soal selidik kepada pelajar di Universiti Utara Malaysia. Walau

bagaimanapun, penyelidik telah mendapat pulangan borang soal selidik tersebut sebanyak 42

borang yang mengambil masa selama seminggu.

Selepas borang soal selidik dikutip, penyelidik perlu menguji kebolehpercayaan dengan

menganalisis data dan maklumat yang diperoleh daripada responden melalui borang soal selidik

yang diedar. Analisis boleh diuji dengan menggunakan pakej perisian SPSS (Statistical Package

for Social Sciences) versi 20.0. Ujian Cronbach‟s Alpha akan digunakan bagi mengukur kebolehpercayaan (reliabiliti) dan kesahan (validiti) instrumen dalam soal selidik. Item yang

diukur iaitu pembolehubah bersandar dan semua pembolehubah tidak bersandar supaya

kebolehpercayaan terhadap soal selidik dapat diperoleh. Secara ringkasnya, nilai

kebolehpercayaan (Cronbach‟s Alpha) bagi semua pembolehubah dalam kajian rintis yang dilakukan oleh penyelidik adalah seperti yang ditunjukkan pada Jadual 3.1 di bawah.

60

Jadual 3.1

Nilai Kebolehpercayaan Pembolehubah-pembolehubah

Pembolehubah Nilai CronbachAlpha

Pengetahuan politik 0.681

Semangat patriotisme terhadap negara 0.774

Sumber : Mohd Majid Konting(1990)

3.8 HIPOTESIS

Berdasarkan kepada sorotan karya dan rangka kerja konseptual yang dibentuk, hipotesis bagi

kajian ini dibentuk bagi 10 buah daerah (Batang Padang, Kinta, Kuala Kangsar, Larut, Matang

dan Selama, Kerian, Manjung, Hilir Perak, Perak Tengah dan Hulu Perak) yang dikaji dan

hipotesisnya adalah seperti berikut:

3.8.1 Ho1: Tidak terdapat hubungan antara pengetahuan politik dengan semangat

patriotisme.

Ha1: Terdapat hubungan antara pengetahuan politik dengan semangat patriotisme

3.9 PENGANALISISAN DATA

Penyelidik menggunakan aplikasi komputer dengan menggunakan pakej perisian IBM Statistical

Package for Social Sciences (SPSS) versi 20.0 untuk menganalisis data. Data dianalisis dengan

61

Kaedah statistik deskriptif merupakan analisis yang digunakan bagi memerihalkan

sesuatu keadaan. Ia digunakan kerana dapat memberikan perihalan secara ringkas bagi

keseluruhan data. Penganalisisan yang dilakukan terhadap ciri-ciri demografi responden iaitu

mewakili jantina, umur, bangsa, agama, kawasan kediaman, sekolah rendah, sekolah menengah,

pekerjaan, tahap pendidikan, pendapatan dan daerah. Data yang diperoleh dipersembahkan dalam

bentuk deskriptif frekuensi atau kekerapan.

Kaedah statistik inferensi pula digunakan bagi menguji hipotesis kajian dengan

menggunakan ujian korelasi Pearson. Kaedah ini digunakan untuk mengenalpasti hubungan yang

signifikan antara pengetahuan politik dengan tahap semangat patriotisme terhadap negara dalam

kalangan belia di negeri Perak. Data yang diperoleh daripada soal selidik dimasukkan ke dalam

perisian SPSS mengikut kod-kod angka yang telah ditetapkan. Data yang diperoleh daripada soal

selidik dimasukkan ke dalam perisian SPSS mengikut kod-kod angka yang telah ditetapkan.

3.10 KESIMPULAN

Kesimpulannya, secara keseluruhan kajian ini penyelidik ingin melihat objektifnya tercapai

ataupun tidak untuk melihat sejauhmanakah tahap pengetahuan politik dan persepsi terhadap

semangat patriotik dalam kalangan belia dan beliawanis di Perak. Oleh itu, penyelidik juga

mencadangkan kajian seterusnya dijalankan ke atas pembolehubah-pembolehubah yang

mempunyai hubungan yang signifikan dan mengkaji ke atas pembolehubah lain yang berpotensi

untuk menghasilkan maklumat yang lebih mendalam bagi mengetahui hubungkait tahap semangat

62

Dalam dokumen Kajian Terhadap Tahap Patriotisme di Kal (Halaman 75-80)