• Tidak ada hasil yang ditemukan

PROGRAM PEMBANGUNAN BELIA

Dalam dokumen Kajian Terhadap Tahap Patriotisme di Kal (Halaman 37-45)

16 2.4 PEMBANGUNAN BELIA

2.5 PROGRAM PEMBANGUNAN BELIA

Program pembangunan belia seperti latihan kepemimpinan dan kemahiran serta kemahiran

keusahawanan telah dilaksanakan oleh pelbagai kementerian bersama persatuan belia dengan

kerjasama sektor swasta dan badan bukan kerajaan (NGO). Bagi memperkukuh pengurusan dan

keupayaan pelaksanaan agensi sektor awam yang bertanggungjawab kepada pembangunan belia,

Pelan Tindakan Pembangunan Belia Nasional telah dilancarkan dalam tahun 2004. Pelan

Tindakan ini memberi penekanan kepada 11 unsur teras dalam pembangunan belia yang

merangkumi kesejahteraan sosioekonomi, bina upaya, kualiti kepemimpinan, penyertaan dalam

Program Rakan Muda, integrasi sosial dan kesedaran politik dalam kalangan belia (Rancangan

Malaysia Kesembilan 2006-2010). Semua dilakukan dalam usaha memperkukuhkan beberapa

program yang telah dilakukan sebelum ini.

Cabaran utama pembangunan belia adalah untuk memastikan keberkesanan setiap

program yang dianjurkan. Kita perlu akui bahawa keberkesanan program pembangunan belia

bukan bersandar kepada kuantiti tetapi kualiti program. Oleh itu, banyak perubahan telah berlaku

dalam usaha pembangunan belia. Psikologi peribadi dan persekitaran kehidupan belia telah

banyak mengalami perubahan. Gaya hidup dan citarasa mereka juga telah berubah. Begitu juga

dengan pengisian masa lapang mereka. Selaras dengan itu, pembangunan belia Malaysia mesti

melalui perubahan paradigma jika ia ingin membawa kesan dan perubahan yang signifikan

20

Hakikatnya program pembangunan belia perlu dilihat dalam konteks penawaran dan

permintaan. Sesuatu program mesti dilakukan berdasarkan kepada permintaan iaitu mempunyai

kaitan dengan permasalahan belia setempat sama ada mengatasi salah laku ataupun

merealisasikan potensi belia itu sendiri. Kesan yang optimum dari segi pulangan pelaburan akan

berlaku jika pelancaran program sesuai dengan permintaan program.

Pembangunan belia akan menjadi lebih kompleks dan memerlukan suntikan

profesionalisme dalam usaha menguruskannya (Nur Fatihah Abdullah Bandar, 2009). Isu-isu

pembangunan belia semakin kompleks kerana ia perlu menangani pelbagai isu daripada isu

pembangunan kendiri individu belia, pengangguran dan pengisian masa lapang, sehinggalah

kepada isu alam sekitar dan globalisasi yang akan melibatkan golongan belia. Peningkatan

profesionalisme dalam kalangan penggerak pembangunan belia mestilah berlaku. Setiap

penggerak terbabit harus mempunyai pengetahuan dan kemahiran tertentu yang khusus untuk

memastikan mereka berkesan untuk merancang, melaksana dan menilai program yang disasarkan

kepada golongan belia.

Tindakan ini harus dilakukan kerana dahulu pelaburan modal insan belia tertumpu kepada

usaha untuk meningkatkan kemahiran asas untuk membolehkan belia mendapat pekerjaan dan

beroleh pendapatan (Baharom Mohamad dan Mohamad Johdi Salleh, 2009). Kini cabaran

pembangunan modal insan belia bukan sahaja mengenai latihan dan pekerjaan dan pendapatan

bahkan negara memerlukan modal insan yang berintegriti, memiliki identiti diri, berdaya saing

dalam persaingan global dan juga setia kepada negara.

Pembangunan belia adalah satu isu yang amat penting dalam pembangunan negara.

Namun begitu, pembangunan belia ini masih dianggap sebagai satu isu yang mudah dan kurang

mendapat perhatian. Bagaimanapun melihat belia merupakan pewaris negara dan masa depan

21

pelbagai usaha dan memberikan perhatian besar kepada golongan belia. Banyak usaha dan

kewangan telah dicurahkan untuk memberi peluang kepada generasi muda sebagai persediaan

mewarisi untuk negara ini.

Usaha pembangunan belia bukanlah satu perkara yang mudah. Ini kerana hanya program

belia yang berjaya sahaja berjaya menarik ramai golongan remaja untuk menceburi pelbagai

aktiviti yang disediakan. Pelbagai program kini harus dirancang dan dilaksanakan bagi

membolehkan golongan belia di kawasan pentadbiran dapat mengisi masa terluang mereka. Setiap

program harus dirancang dengan teliti supaya ia benar-benar dapat memberi manfaat kepada para

belia dan mencapai matlamat seperti yang diharapkan. Melalui aktiviti-aktiviti tersebut, para belia

khususnya golongan pelajar atau pekerja kilang boleh meningkatkan pengetahuan dan

pengalaman dengan menyertai program yang disediakan. Golongan remaja biasanya mempunyai

banyak masa terluang dan keadaan tersebut boleh merugikan mereka sekiranya tidak diisi dengan

kegiatan-kegiatan yang berfaedah. Sehubungan itu, kerajaan perlu mengambil inisiatif dengan

mengadakan program-program terbabit supaya para remaja dan orang ramai dapat menceburkan

diri mereka dan mendapat faedah daripadanya.

Pengurusan pembangunan belia di Malaysia sebenarnya telah memasuki satu fasa baru

dengan berkuat-kuasanya Akta Pertubuhan dan Pembangunan Belia 2007. Kementrian

mempunyai pilihan sama ada untuk meneruskan apa yang sedang lakukan atau membawa

perubahan dalam cara pengurusan pembangunan belia. Akta ini tidak boleh dilihat sebagai satu

urusan perpindahan pengurusan dan pendaftaran pertubuhan belia sahaja dari sebuah agensi ke

sebuah agensi yang lain. Akta tersebut perlu dilihat sebagai satu garis pemisah untuk perubahan

yang dinamik dan pragmatik dari segi pengurusan pembangunan belia ke arah mencapai misi

22

Satu lagi cabaran yang penting negara ialah untuk menjadikan Malaysia sebuah negara terbilang.

Melalui apa yang disebut misi nasional yang merupakan kesinambungan daripada misi wawasan

2020. Semua matlamat adalah untuk menjadikan negara ini sebuah negara maju yang dibentuk

dengan acuannya yang tersendiri. Justeru, pembentukan generasi belia Malaysia terbilang

semestinya bermula daripada generasi sekarang dan memerlukan usaha daripada pelbagai agensi.

Bagi agensi kerajaan dan pertubuhan belia yang bertanggungjawab terhadap pembangunan belia,

ini memberikan satu cabaran besar sejauh mana kerajaan berupaya untuk merealisasikan matlamat

tersebut. Setiap matlamat memerlukan strategi yang sesuai untuk perlaksanaannya. Cabaran

semakin hebat dan matlamat negara yang hendak dicapai ketika ini lebih hebat. SemenjakYAB

Perdana Menteri,YAB Dato‟Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, mengambil alih pimpinan negara ini pada 2009, pelbagai perubahan dan transformasi telah dilakukan. Program Transformasi

Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) selanjutnyaProgram Transformasi

Politik (PTP) dan Program Transformasi Sosial (PTS) yang semua ini telah membentuk Dasar

Transformasi Nasional telah dilakukannya (Malaysia Merdeka, 2014). Ini bagi memacu Malaysia

ke arah pencapaian wawasan kebangsaan, menjadi sebuah negara maju berpendapatan tinggi,

menjelang 2020. Keadaan ini memerlukan kesungguhan terutama daripada generasi belia yang

menjadi pewaris negara.

Bagi mewujudkan satu generasi belia yang hebat, bukanlah satu usaha yang mudah,

walau bagaimanapun ia perlu ada permulaannya. Permulaan itu adalah perubahan dari segi

matlamat dan cara kerja untuk mencapai misi berkenaan. Perubahan sememangnya sukar kerana

ia akan mengubah kelaziman kita. Namun begitu perubahan adalah perlu kerana tanpa perubahan

hidup kita akan menjadi statik dan tiada cabaran. Oleh yang demikian, untuk mengurus

perubahan, kita perlu memberikan perhatian kepada enam perkara ini (Azimi Hamzah dan

Turiman Suandi, 1998):

23

ii. kemahiran untuk melakukan perubahan

iii. insentif untuk membawa perubahan

iv. sumber-sumber untuk membantu perubahan

v. Pelan tindakan untuk perubahan

vi. Penilaian untuk memantau proses perubahan

Justeru, dalam konteks menangani perubahan ini, latihan dan pendidikan adalah penting.

Pembangunan modal insan adalah berkaitan dengan dua perkara tersebut iaitu latihan dan

pendidikan. Maka untuk membolehkan kita menangani perubahan bagi mencapai wawasan ini

pelaburan dalam modal insan dalam kalangan mereka yang berkerja dengan generasi muda perlu

diberikan perhatian sepenuhnya.

Menurut Azimi Hamzah & Turiman Suandi (1998), antara peranan-peranan agensi

kerajaan dalam pembangunan dan kerja-kerja belia bertujuan:

1. Mewujudkan forum kerjasama yang berterusan dengan badan bukan kerajaan dalam apa

jua perkara yang berkaitan dengan polisi

2. Menyediakan saluran bagi belia menyampaikan fikiran atau idea, keperluan dan masalah-

masalah mereka ke peringkat pembuat keputusan yang paling tinggi

3. Mengesan pelaksanaan Dasar Pembangunan Belia Negara bagi tujuan mempertingkatkan

usaha badan-badan yang terlibat dalam merealisasikan dasar tersebut.

4. Menyelaraskan aktiviti-aktiviti belia

5. Mengendalikan penyelidikan dan penilaian mengenai apa jua yang berkaitan dengan

pembangunan dan kerja-kerja belia serta menyampaikan penemuan dan cadangan kepada

badan-badan yang terlibat

24

7. Menyediakan jurulatih dan juga kemudahan bagi pembentukan sukarelawan dan pekerja

belia yang profesional

8. Menyediakan khidmat sokongan kepada semua badan yang terlibat dalam kerja- kerja

belia.

9. Mewujudkan pusat sumber mengenai apa jua perkara yang berkaitan dengan belia.

10. Menyediakan bantuan kewangan dan kepakaran bagi:

10.1 aktiviti-aktiviti belia dalam negeri

10.2 program-program belia di peringkat antarabangsa

10.3 sambutan hari-hari yang berkaitan dengan kepentingan belia

10.4 sokongan media massa dan komunikasi

Pertubuhan-pertubuhan tersebut berperanan sebagai:

i. Menyusun matlamat pertubuhan selaras dengan Dasar Belia Negara

ii. Mengendalikan kerja-kerja belia secara profesional

iii. Memberi pandangan serta membantu agensi kerajaan dalam perancangan dan

pelaksanaan program untuk belia

iv. Menentukan anggota aktif dan sentiasa dilengkapi dengan maklumat mutakhir

mengenai perkembangan sendiri dan juga badan-badan yang lain

v. Memberi kerjasama dengan agensi kerajaan dalam bidang latihan

vi. Menjaga hak asasi anggota dan belia secara am

Menurut Mustafa Kamil Ayub (1996), pertubuhan belia adalah terlibat secara langsung

dengan pembangunan sumber manusia tetapi, potensi sumber ini tidak diserlahkan. Antara

25

1. Mempelbagaikan bentuk gerakan belia atau aktiviti gerakan belia bagi menampung

kepelbagaian minat kelompok-kelompok generasi belia walaupun dalam masa yang sama

tetapi berkongsi aspirasi yang sama ke arah mengangkat martabat negara dan ummah. Hal

ini ada kaitannya dengan pendedahan yang kian meningkat apatah lagi dalam dunia

komunikasi dan 'Cyberspace'. Oleh itu, ia memerlukan gerakan belia dan program belia

yang relevan serta dapat menarik minat golongan muda.

2. Memantapkan jentera Kementerian Belia dan Sukan, agensi-agensinya serta agensi-agensi

kerajaan yang terbabit dalam program pembangunan belia bagi memastikan satu sinergi

yang berkesan. Apatah lagi dengan pertama kalinya diperkenalkan bab khusus mengenai

pembangunan belia dalam Rancangan Malaysia ke-7 seperti yang dibentangkan oleh

Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia Dato‟ Abdullah Ahmad Badawi sesungguhnya

mengimbau kepada langkah ini agar penyelarasan, perancangan, pelaksanaan dan

penilaian dapat dilakukan dengan cukup berkesan.

3. Proses peningkatan kualiti kepimpinan belia yang bersepadu mestilah dipertingkatkan. Ini

ada kaitan dengan harapan dan tanggapan yang sesungguhnya meminta pimpinan belia

bertindak sebagai pendidik, pemikir, kaunselor, ibu bapa, rakan sebaya dan

seumpamanya. Hanya dengan berbuat demikian yang memungkinkan peningkatan

keberkesanan pergerakan belia sebagai agen sosialisasi.

4. Memastikan setiap perancangan dan polisi membabitkan pembangunan belia. Sudah tentu

dalam konteks ini pengenalan bab khusus pembangunan belia adalah suatu indikator jelas

yang menunjukkan kepentingan generasi muda. Oleh yang demikian, di setiap peringkat,

penggubalan dan perlaksanaan polisi-polisi utama ini perlu membabitkan gerakan belia

26

5. Pergerakan belia mestilah memberikan fokus khas dalam perancangannya dalam usaha

menangani gejala sosial remaja semasa. Pendekatan-pendekatan terkini dengan

penekanan kepada nilai moral dan akhlak bagi menarik kelompok belia yang memerlukan

perhatian khusus ini adalah amat diperlukan.

6. Pergerakan belia seluruhnya perlu terus meningkatkan kemampuan bagi menyediakan

program-program alternatif terutamanya dalam menangani budaya dan dunia hiburan

yang sebahagiannya tidak serasi dengan nilai-nilai agama dan budaya tempatan. Suatu

usaha yang serius amat diperlukan dalam memperkasa perkembangan budaya yang sihat

sebagai alat sosialisasi yang ampuh.

7. Penyediaan prasarana dan kemudahan fizikal sebagai tempat untuk berinteraksi bagi

golongan remaja dengan pengawasan yang teratur perlu diwujudkan. Pusat rakan Muda

seperti yang dicadangkan adalah sebahagian dari usaha yang amat dialu-alukan.

8. Satu permuafakatan yang akhirnya mewujudkan satu 'kesatuan pandangan' dalam

menangani persoalan generasi muda perlu diwujudkan. Hal ini amat penting agar

akhirnya setiap pihak yang terbabit dalam proses ini mempunyai pandangan serta teori

perkembangan remaja yang serasi dengan budaya tempatan.

Sejarah gerakan belia di Malaysia sebenarnya telah melalui sejarah yang panjang, dan

pertubuhan belia di Malaysia terbahagi kepada beberapa kategori. Majlis Belia Malaysia (MBM),

27

Dalam dokumen Kajian Terhadap Tahap Patriotisme di Kal (Halaman 37-45)