• Tidak ada hasil yang ditemukan

PEMIKIRAN PENDIDIKAN ISLAM DALAM SEJARAH

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "PEMIKIRAN PENDIDIKAN ISLAM DALAM SEJARAH"

Copied!
12
0
0

Teks penuh

(1)

PEMIKIRAN PENDIDIKAN ISLAM DALAM SEJARAH TRADISI ALAM MELAYU: ANALISIS KRITIKAL

Oleh,

Prof. Madya Dr. Rahimin Affandi Abd. Rahim, Prof. Madya Dr. Ruzman Md Nor &

Nor Adina Abdul Kadir

Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Lembah Pantai 50603, Kuala Lumpur. Telepon : 03-79676080/ 012-3192177. Email : faqir_ila_rabbih@um.edu.my

1) Pengenalan

Mengikut Mahmud Syahrur, setiap manusia dalam menanggani kehidupannya terpaksa bergantung dan mengambilkira tiga dimensi (telah lalu, sekarang dan akan datang). Ketiga-tiga dimensi ini perlu ditanggani secara seimbang. Asas telah lalu (turath) tidak boleh ditinggalkan kerana ia merupakan pedoman berguna bagi kita menghadapi zaman sekarang dan akan datang. Warisan turath ini dihasilkan melalui pengalaman pemikiran sarjana lalu bakal menjadi akar kekuatan diri setiap manusia, agar ia tidak melupai akar umbi sejarahnya, tanpa akar umbi sejarah ini, manusia akan hilang identitinya (seperti kiambang di atas air yang tiada bumi untuk ia menyalurkan akar yang menyebabkan ia tidak tahan lama).1 Warisan turath sumbangan

mubaligh awal Islam di Alam melayu ini boleh dianggap sebagai kearifan tempatan (seumpama urf dan sunnah dalam erti kata pemahaman ajaran Islam)2 yang sangat berharga. Atas dasar ini

artikela ini bakal mengkaji asas warisan perjuangan ulamak Melayu silam dalam pendidikan Islam. Sedikit sebanyak asas precedent silam ini boleh digunakan untuk menghadapi cabaran hidup dunia global.

2) Tren Dalam Menilai Warisan Tradisi Ulamak Melayu-Islam Silam

Dalam perkembangan semasa, terdapat pelbagai tren dalam menanggani isu sumbangan Islam dalam melahirkan pemodenan kepada masyarakat Melayu. Mengikut pengamatan penulis, terdapat beberapa pendekatan yang biasa diambil oleh sarjana apabila menyentuh isu Islam di zaman tradisi Melayu. Pertama, pendekatan negatif yang dipegang oleh sarjana Islam sendiri. Mereka tidak prihatin dengan warisan tradisi Melayu Islam klasik kerana menganggap boleh dikatakan semua elemen Melayu tradisi berasal dari warisan pra Islam (warisan Hindu, Budhha dan Animisme) yang secara pastinya bertentangan dengan nilai-nilai Islam. Lebih buruk lagi, mereka menganggap masyarakat Melayu terkenal sebagai golongan yang fanatik terhadap adat warisan, bersesuaian dengan perpatah yang menyebut biar mati anak jangan mati adat. Mengikut pemahaman golongan ini, nisbah Islam yang paling murni hanya boleh didapati di kawasan Mekah dan Madinah, manakala ajaran Islam yang dipegang oleh penganut Islam di luar kawasan ini (Islam pinggiran) penuh dengan pelbagai unsur khurafat dan bid’ah.3

1 Zainal kling, 2000, “ Keranamu Malaysia : Negara Itu Adalah Akar Umbi Kehidupan Dan Essensi Kewujudan Manusia “, Dalam Perpaduan, Bil. 3, h. 4-11

(2)

Kedua, pendekatan liberalism yang memandang remeh terhadap warisan Melayu silam yang dikatakan sebagai ketinggalan zaman dan patut ditinggalkan begitu sahaja. Golongan ini terpengaruh secara langsung dengan paradigma kajian orientalism. Dalam menanggani isu pengaruh Islam di Tanah Melayu, memang terdapat sesetengah sarjana tempatan yang terpukau dengan kupasan yang diberikan oleh sarjana orientalis. Hal ini agak malang sekali kerana golongan ini dihidapi dengan penyakit jiwa hamba4 dan watak tertawan5 dengan kesemua

pandangan yang diberikan oleh genre orientalism. Bagi golongan ini, selain menerima sepenuhnya kerangka epistemologi sekular barat,6 mereka mengambil sikap sinis terhadap

pencapaian ulamak silam di alam Melayu dan menganggap bahawa kajian terhadap persejarahan tamadun Melayu Islam sebagai bersifat nostalgia yang terlalu mengagungkan pencapaian warisan silam tanpa ada relevansinya dengan suasana moden. Oleh sebab itu, demi untuk mencapai kemajuan masa depan peradaban bangsa yang lebih tinggi hal ini harus ditinggalkan dan dibiarkan ianya menjadi rakaman sejarah lampau semata-mata7.

Bagi pandangan penulis, kedua-dua pandangan ini perlu ditolak sepenuhnya. Sebagai gantinya, kita perlu belajar daripada precedent silam yang dilakukan oleh mubaligh awal di Alam Melayu- bagi menanggani pelbagai isu pemodenan yang sedang berkembang di dalam masyarakat sebagai akibat daripada kedatangan era globalisasi. Dalam perkembangan selepas merdeka, khususnya di dalam era 1970an, terdapat sekumpulan generasi muda Melayu yang boleh dikatakan sebagai nucleus utama kepada kebangkitan Islam yang mengkaji akar umbi kebanggaan masyarakat Melayu yang berpunca daripada faktur agama Islam.8 Hal ini boleh

dilihat sebagai contohnya daripada usaha S.M.Naquid al-Attas yang menolak status bapa sastera Melayu moden yang sebelumnya dinisbahkan kepada Abdullah Munsyi, yang dikatakan terlalu mengagung kewibawaan pihak British, sehingga melupakan sumbangan yang pernah dimainkan oleh sarjana Melayu-Islam silam. Sebaliknya, beliau telah menegaskan peranan Hamzah Fansuri yang mengikutnya telah bertanggungjawab melakukan pemodenan intelektual Islam di kalangan masyarakat Alam Melayu.9

Tindakan ini secara langsung telah berjaya menghakis tren yang melupakan sumbangan Islam kepada rantau Alam Melayu dan menganggap kuasa British sebagai penyelamat masyarakat Melayu, yang rata-rata secara kuat dipegang oleh serangkaian pemimpin masyarakat Melayu.10 Seperti ditegaskan oleh Ahmad Hussain, golongan yang mewakili Dominant tradition

ini telah mula tercabar dengan usaha golongan penentang ini.11 Tren ini kemudiannya telah

4 Abdul Rahman Aziz (2000), Pekerjaan Dalam Kehidupan Manusia, Petaling Jaya, h. 90-92

5 Syed Hussein al-Attas (2005), “ Watak Tertawan Di Negara Membangun “, dalam edit oleh Mohamad Daud Mohamad Pascakolonialisme Dalam Pemikiran Melayu, Kuala lumpur : DBP, h. 2-7

6 Idris Zakaria (1999), “ Intelek Eropah Dan Penentangan Terhadap Agama “, Dalam Al-Maw’izah, Bil. 7, h. 15-21 7Louay Safi (1998), Asas-Asas Ilmu Pengetahuan : Satu Kajian Perbandingan Kaedah-Kaedah Penyelidikan Islam Dan Barat, Terj. Nur Hadi Ihsan, Kuala Lumpur, h. 190-199

8 Mohamad Abu Bakar, (2001)“ Pengaruh luar Dan Pengislaman Dalam Negeri : United Kingdom Dan Era Dalam Kebangkitan Semula Islam Di Malaysia “, dalam ed. Mohammad Redzuan Othman, Jendela Masa : Kumpulan Esei Sempena Persaraan Dato’ Khoo Kay Kim, Kuala Lumpur : Penerbit Universiti Malaya, h. 407-410.

9 Zahir Ahmad, (2000) “ Kesusasteraan Melayu : Moden, Tradisional atau Klasik “, dalam (ed. Zahir Ahmad) Pengajian Kesusasteraan Melayu di Alaf baru, Siri Monograf Jabatan Kesusasteraan Melayu, Kuala Lumpur: APMUM, h. 7-14.

10 Banyak kajian tentang budaya yang dilakukan oleh pengkaji tempatan telah terpengaruh dengan menggunakan kaedah dan rujukan yang disusun oleh penulis barat. Sebagai contohnya lihat kupasan yang diberi oleh Sulayman S. Nyang dan Samir Abed-Rabbo,(1984) “ Bernard Lewis And Islamic Studies : An Assesment “, dalam (ed.) Asaf Hussain, Orientalism, Islam and Islamist, Vermont:Amana BooksInc., h. 259-260.

(3)

sedikit sebanyak mempengaruhi kalangan sarjana Melayu dalam pelbagai disiplin ilmu. Hal ini boleh dilihat daripada tren yang cuba menilai keberkesanan kebanyakan program dan disiplin pengajian keilmuan, yang didorong dengan semangat dan jiwa merdeka, dengan harapan ianya dapat berusaha menilai semula, menolak paradigma warisan penjajah dan menokok tambahnya dengan nilai-nilai baru yang lebih sesuai dengan realiti Malaysia.12

Proses penemuan asas identity dan jati diri Melayu Islam ini kemudiannya telah diperkukuhkan lagi keutuhannya dengan pelbagai teori yang dikemukakan oleh sarjana Melayu selepas merdeka, seperti teori WAGASI Islam, teori peranan Islam di dalam membentuk ketuanan Melayu13, teori

pembentukan tamadun Melayu-Islam alaf baru14 dan teori kemajuan (progressif) yang

terkandung di dalam ajaran Islam.15 Apa yang lebih penting lagi, kesemua teori-teori ini cuba

menonjol asas kepercayaan world-view Tauhid masyarakat Melayu dan sekali gus menjadikannya sebagai asas perpaduan dan kebanggaan masyarakat Melayu moden.

Dalam perkembangan di tahun-tahun 1990an, telah muncul beberapa cubaan bagi mengugat asas jati diri ini dalam bentuk penyebaran idea yang anti Islam seperti penolakan hadis Rasulullah,16 penghinaan terhadap Rasulullah17 dan krisis murtad di kalangan anak gadis

Melayu.18 Apa yang boleh dibanggakan adalah kebanyakan masyarakat Melayu moden telah

menunjukkan respon yang cukup sensitive terhadap semua perkembangan ini, yang dijelmakan dalam pelbagai bentuk tindakan, seperti tindakan Persatuan Ulamak Malaysia yang mengadu keburukan tren ini kepada Majlis Raja-Raja Melayu.19 Pendek kata, tidak seperti dilakukan oleh

masyarakat barat yang mengamalkan sikap tidak kesah terhadap tindakan yang menghina intipati asas agama Kristian, masyarakat Melayu moden telah melakukan hal yang sebaliknya, didorong dengan rasa tanggungjawab keimanan untuk membela keutuhan agama Islam yang menjadi asas identiti kemelayuan masyarakat Melayu.

3) Pemikiran Pendidikan Islam Di Alam Melayu : Satu Analisis.

Sejak awal diperkenalkan di Alam Melayu, Islam memang difahami oleh manusia Melayu sebagai agama yang menitikberatkan pendidikan ilmu di kalangan penganutnya. Hal ini press, h. 84-85.

12 Sikap ini timbul antara lainnya disebabkan oleh semangat nasionalisme Melayu yang mendedahkan banyak kelemahan yang dibuat oleh penjajah British. Lihat Muhammad Abu Bakar,(1993) “ Pandangan Dunia, Ideologi Dan Kesarjanaan : Islam, Proses Sejarah Dan Rekonstruksi Realiti Sosial “, dalam Tinta Kenangan, Sumbangan Sempena Persaraan Dan Perlantikan Naib Canselor, Profesor Datuk Mohd Taib Osman, Kuala Lumpur : DBP, h. 312-314.

13 Wan Mohd Nor Wan Daud,(2001) Pembangunan Di Malaysia : Ke Arah Suatu Kefahaman Baru Yang Lebih Sempurna, Kuala Lumpur : ISTAC, h. 112-114.

14 Hashim Musa,(2001) Merekonstruksi Tamadun Melayu Islam : Ke Arah Pembinaan Sebuah Tamadun Dunia Alaf Baru, Kuala Lumpur : APMUM, h. 48-49.

15 Lihat sebagai contohnya, Muhammad Abu Bakar,(1982) Penghayatan Sebuah Ideal, Kuala Lumpur : DBP, h. 27-53.

16 Mohd. Napiah Abdullah,(1998) “ Penolakan Hadith Oleh Orientalis Dan Penulis Islam “, dalam Islam Dalam Persepsi orientalisme, Terbitan Tak berkala no. 3, Jabatan Usuluddin dan Falsafah, Fakulti Pengajian Islam, UKM, Bangi, h. 41-44.

17 Farish A. Noor,(2000) “ Let Islam Lead The Way With Its Progressive View On Sexuality “, dalam NST, 4 November, 2000.

18 Lihat Mohd Farid Mohd Shahran, (2001) ABIM 30 Tahun, Beberapa Isu Penting Sepanjang Tiga Dekad, Kuala Lumpur : ABIM, h. 28-30.

(4)

agak normal kerana di mana sahaja wujudnya tamadun Islam, di situ pasti wujud institusi pendidikan Islam yang membawa perubahan bermakna kepada masyarakat. Mubaligh awal dalam proses Islamisasi masyarakat Melayu telah meletakkan asas dan pasarana pendidikan yang jitu kepada masyarakat Melayu. Asas-asas inilah kemudiannya menjadi nucleus dan elemen terpenting untuk pemikiran pendidikan Islam di Alam Melayu.

3.1. Ontologi dan World-View Tauhid.

Mengikut analisa Prof. Hashim Musa terhadap tipologi sejarah tamadun alam Melayu, mendapati pembinaan tamadun Melayu ini telah diasaskan dengan enam pandangan world-view yang bersumberkan wahyu Allah. Keenam-enam pandangan ini telah menjadi pegangan utama masyarakat Melayu sehingga sekarang yang terdiri antara lainnya;20

1) Alam ini hasil ciptaan dan tabdiran Allah yang mencakupi alam primordial (arwah), alam dunia dan alam akhirat. Alam akhirat adalah destinasi dan natijah muktamad dari kehidupan di alam dunia. Kejayaan hakiki di alam akhirat adalah dapat memasuki syurga dan kejayaan di alam dunia adalah ketaatan kepada Allah.

2) Islam adalah panduan dari Allah sebagai al-Din yang mengandungi segala peraturan bagi segala gelagat hidup di dunia untuk individu dan masyarakat demi untuk kejayaan hakiki mereka.

3) Keyakinan kepada pembalasan yang baik bagi amalan yang baik dan sebaliknya pembalasan yang buruk untuk amalan yang buruk.

4) Wawasan, misi, objektif, niat, strategi dan operasi segala bidang kerja hendaklah salih, benar dan mematuhi segala aspek hukum Islam tanpa kompromi, manipulasi dan tolak ansur. 5) Nilai tertinggi dikaitkan dengan segala perkara yang membantu pembentukan insan yang

beriman, beramal salih dan berakhlak mulia yang manafaatnya dapat dinikmati sama oleh orang lain.

6) Kehidupan pertengahan dan seimbang antara jasmani, akali dan rohani berasaskan kepada ilmu pengetahuan dalam bentuk fardhu Ain dan fardhu kifayah.

Mubaligh awal amat menekankan penerapan prinsip Tauhid yang merupakan asas terpenting ajaran Islam yang tidak ada tolak ansur di dalamnya. Dalam prinsip Tauhid ini, seseorang insan perlu memaklumi hakikat tauhid di dalam setiap perbuatannya samada dalam berhubungan dengan Allah ataupun makhluk. Ianya bukan terhad kepada pemahaman keesaan Allah semata-mata, tetapi turut merangkumi beberaapa intipati yang lain;

1) Perbezaan yang jelas di antara tuhan dengan makhluk. Tuhan adalah tuhan dan ianya berbeza daripada makhluk dimana makhluk dalam apa bentuk sekalipun bukannya jelmaan daripada tuhan yang harus ditakuti.

2) Alam dan makhluk adalah ciptaan Allah yang maha berkuasa secara mutlak, di mana kedua-duanya hanya tunduk dan mentaati Allah semata-mata.

3) Perbuatan syirik kepada Allah tidak dibenarkan sama sekali, kerana ianya mengakibatkan kezaliman yang amat besar, yang tidak akan diampunkan oleh Allah. Perbuatan syirik ini boleh berlaku dalam dua bentuk, samada menyegutukan Allah kepada kuasa ketuhanan yang lain ataupun menjadikan manusia ataupun nafsu manusia sebagai kuasa penentu yang bertaraf seolah-olah seperti tuhan. Pendek kata, kedua bentuk syirik ini; Jali dan Khafi perlu disedari sepenuhnya oleh penganut Islam. Matlamat utama daripada pendekatan anti-syirik

(5)

ini adalah bagi menjuruskan pengabdian insan hanya kepada Allah, yang bakal melahirkan manusia yang berjiwa bebas, merdeka dan tidak tunduk kepada manusia dan lainnya yang mengantikan posisi tuhan.

4) Berbanding dengan makhluk lain, manusia adalah ciptaan Allah yang terbaik yang dipertanggungjawabkan dengan tugas sebagai khalifah di atas muka bumi ini bagi pihak Allah. Tugas ini perlu dilaksanakan dengan mengambilkira garis panduan yang ditetapkan oleh Allah.

5) Ketaatan yang mutlak tanpa kritis kepada mana-mana kuasa ataupun manusia ditolak di dalam Islam. Neraca tertinggi untuk sesuatu kebenaran bukan terletak kepada individu, parti dan puak (pendekatan non-partisan), tetapi perlu dinilai mengikut garis panduan wahyu Allah. Hal ini bakal menghilangkan benih awal untuk sesuatu pendekatan fanatik di dalam betindak.

6) Hakikat Tauhid ini perlu dijadikan sebagai matlamat utama kehidupan manusia ataupun dianggap sebagai mikro kosmik (teras asas perjuangan hidup).

3.2.) Epistemologi ; Sumber Wahyu Dan Akal.

Dalam banyak hal, manusia Melayu amat terhutang budi dengan ajaran Islam yang memperkenalkan secara langsung elemen epistemology ilmu ini. Ia menyebabkan proses pencarian dan pengembangan pelbagai keilmuan Melayu-Islam menjadi semakin pesat. Hal ini dijelaskan oleh S.M. Naquibb al-Attas dengan : “ di situ ditegaskan sebagai prinsip utama akidah Islamiah adalah : 1. Hakikat segala perkara itu sabit adanya dan pengetahuan mengenainya dapat dicapai sebenarnya, bersalahan dengan kaum Sufastaiyah; 2. Segala perkara yang menghasilkan ilmu bagi makhlukat itu tiga perkara; (i) pancaindera yang lima, (ii) khabar sadiq, yakni berita yang benar yang terbahagi kepada dua ; (a) khabar mutawatir, dan (b) khabar yang datang daripada Rasulullah, dan (iii) akal. Adapun ilmu yang dicapai melalui akal ini terbahagi pula kepada dua; (a) ilmu badihi atau daruri yang tidak memerlukan bukti atau hujah, dan (b) ilmu Istidlali yang memerlukan bukti atau hujah.”21

Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa epistemology manusia Melayu terdiri daripada beberapa perkara yang utama;

1) Bentuk Bayani (bergantung kepada teks wahyu), Burhani (bergantung kepada akal) dan

Irfani (bergantung pada intuisi dan ilham). Ketiga-tiga bentuk ini telah diintegrasikan pemakaiannya oleh manusia Melayu.22

2) Rasionalism dan emperiscisme sekaligus. Hal ini jelas terbukti apabila manusia Melayu menekankan kepada menumpukan pembelajaran dengan alam semesta (Ayat Kawniyyah) sehingga terhasil teori/hukum alam (konsep adat) yang bersifat kekal ( seperti perpatah biar mati anak jangan mati adat ) dan bersifat flexible yang perlu berubah mengikut keperluan semasa ( seperti perpatah sekali air bah sekali pasir pantai berubah)23

3) Bentuk penggunaan akal melalui metafora, alegorikal dan rasional. Ia terdiri daripada Aktual

(potensi dan fitrah yang dimiliki sejak manusia lahir- bersifat tidak berkembang) dan

21 S.M. Naquid al-Attas (1988) The Oldest Known Malay Manuscript : A 16th Century Malay Translation Of The Aqa’id Of Al-Nasafi, kuala lumpur : Penerbit Universiti Malaya, h. 53-54

22 Rahimin Affandi Abd Rahim (2009) “ Pembangunan Sains Dan Teknologi Di IPTA Islam Di Malaysia : Satu Analisis Sejarah “, Jurnal ESTEEM, v. 5, no 2.

(6)

Muktasab (diperolihi dengan cara belajar, membaca dan mengkaji -bersifat sentiasa berkembang).24

4) Bentuk penelitian sesuatu fenomena kehidupan dan alam secara mendalam. Banyak perpatah Melayu tentang konsep sains lahir hasil interaksi akal dengan pengalaman hidup dan alam semesta.25 Ia dikaji oleh pemikir Melayu secara mendalam dan berulang kali, yang

kemudiannya dinukilkan dalam bentuk perpatah untuk dimanafaatkan oleh anggota masyarakat.26

3.3.) Aksiologi; Tujuan Dan Manafaat Daripada Ilmu.

Mengikut perspektif manusia Melayu sebarang bentuk penguasaan ilmu pengetahuan perlu didasarkan kepada beberapa matlamat yang utama;

1) Terarah dan bersesuaian dengan matlamat Islam. Ianya merangkumi;

a) Soal Iman dan niat yang betul bagi mencapai keredaan Allah mengatasi kepentingan yang lain, bersesuaian dengan keterangan Quran dan Hadis Rasulullah;

“ Dan kami sekali-kali tidak akan memberi pertunjuk kepada orang-orang yang buta mata hatinya kerana kesesatannya.Kami tidak akan memperdengarkan kepadanya pertunjuk Allah kecuali kepada orang-orang yang beriman pada ayat-ayat kami, mereka itulah orang-orang yang berserah diri.” (Quran, 30:53)

“ Sesungguhnya setiap amalan dengan niat dan setiap amalan individu itu dikira berdasarkan apa yang diniatkan.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

b) Dalam perspektif Melayu-Islam, terdapat kaitan yang erat antara iman dengan ilmu, yang memberikan perbezaan yang jelas antara ilmu dan pengetahuan;

 Pengetahuan diperolehi melalui akal dan pengalaman- ilmu hanya dapat dicapai melalui iman. Namun begitu, gabungan antara ilmu dan pengetahuan boleh menguatkan iman dan seseorang sedar tentang keterbatasan akal serta pengalamannya.

 Walaupun pengetahuan dan ilmu memerlukan maklumat, namun cirinya berbeza;

o pengetahuan adalah sesuatu yang dapat dicari dengan usaha gigih – ilmu dianugerahkan Allah kepada manusia melalui perantaraan para nabi dan Rasul Allah. (Quran, 18:29.)

o Ilmu memberi manusia hikmah (kebijaksanaan) – pengetahuan melahirkan kepandaian atau kemahiran tertentu.

o Ilmu mendorong manusia mengerjakan amal salih- pengetahuan sering membawa manusia melakukan fasad (kerosakan).

2) Perlu mematuhi prinsip asas ajaran Islam khususnya soal-soal yang membabitkan persoalan Akidah, Syariah dan Tasawuf. Hal ini bersesuaian dengan hadis;

“ Barangsiapa mempelajari ilmu untuk bermegah-megah dengannya akan para ulamak atau untuk bertengkar dengan orang-orang bodoh atau untuk menarik

24 Hassan Ahmad (2004) “ Bahasa Dan Pemikiran Melayu : Tradisi Dan Kesinambungan “, Dalam (Edit) Worawit Baru @ Haji Ahmad Idris Pemikiran Melayu : Tradisi Dan Kesinambungan, Kuala Lumpur : DBP, h. 1-12 25 Ithnin Abdul Jalil (2001), “ Pemikiran Saintifik Orang Melayu Melalui Peribahasa “, dalam Yaacob Haron Kosmologi Melayu(ed.), Kuala lumpur : APMUM, h. 452-460.

(7)

perhatian manusia kepadanya, nescaya Allah memasukkannya ke Neraka Jahanam. “ (Riwayat Ibn Majah)

3) Melahirkan insan yang mulia. Neraca dan sifat manusia terbaik (idola) yang berasaskan kepada konsep budi bahasa Melayu-Islam dan bukannya seperti mana difahami oleh masyarakat moden semasa. Mengikut kaca mata masyarakat Melayu-Islam, orang yang dianggap mempunyai nilai etika dan moral yang tinggi dan dipandang mulia dalam masyarakat dinamakan sebagai orang yang BUDIMAN; merujuk kepada orang yang mempunyai budi pekerti, budi bahasa, budi bicara, akal budi dan adab sopan yang tinggi dan mulia.27 Secara lebih mendalam lagi, cirri-ciri budiman ini dapat diperjelaskan;

a) Budi pekerti dan adab sopan yang mulia – tingkah laku, keperibadian, fiil perangai dan tindak tanduk yang baik, sopan santun, sesuai, wajar, pemurah, penyayang dan penuh menyumbang dan bermanafaat kepada masyarakatnya.

b)Budi bahasa dan budi bicara – pertuturan yang manis, sopan, positif, bijaksana, bernas dan penuh pengajaran serta sumbangan kepada khalayak dan pendengarnya.

c) Akal budi dan hati budi – akal fikiran dan hati kalbu yang sarat dengan ilmu, kebijaksanaan, ketenangan, kewarasan, kemuliaan dan kebaikan.

Sistem nilai (cakupan bidang aksiologi) manusia Melayu juga boleh dikatakan sebagai bersifat unggul dan kondusif untuk perkembangan ilmu yang bercirikan mementingkan penjagaan elemen kemanusiaan dan mesra alam. Hal ini terbukti dengan beberapa perkara; 1) Masyarakat Melayu ditakdirkan mendiami kawasan iklim sederhana yang kemudiannya telah

melahirkan manusia yang berjiwa lembut, berbanding dengan penduduk kawasan iklim yang panas seperti Timur tengah.28 Hal ini terbukti apabila Islam secara mudah telah diterima oleh

manusia Alam Melayu tanpa menumpahkan darah seperti mana yang berlaku di Timur Tengah, Afrika dan Eropah.29

2) masyarakat yang mengamalkan paradigma mesra alam dan mementingkan prinsip penjagaan keseimbangan alam semesta.

3) masyarakat yang menghormati dan melayani semua makhluk yang wujud di alam semesta ini dengan cara yang baik30

4) masyarakat yang mementingkan elemen kesederhanaan di dalam proses berfikir dan bertindak31

5) Masyarakat yang mementingkan soal menjaga kerukunan hidup bermasyarakat dan menentang keras sebarang elemen yang bersifat individualism.32 Ianya juga dapat dirujuk

sebagai manusia yang memiliki semangat yang mementingkan kerukunan hidup

27 Hashim Musa (2001), Falsafah, Logic, Teeori Nilai Dan Etika Melayu : Suatu Pengenalan,Kuala Lumpur : Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya, h. 79-81.

28 Ibn Khaldun, Muqaddimah Al-‘Allamah Ibn Khaldun, Dar Al-Fikr, T.T., h. 82-95.

29 Lihat Rahimin Affandi Abdul Rahim (2003) “ Analisis Sejarah Dakwah Dan Jalinan Intelektuaal Rantau Malaysia-Indonesia “, Dalam (Edit Oleh Zulkiple Abd. Ghani) Jaringan Dakwah Malaysia-Indonesia, Terbitan Jabatan Pengajian Dakwah Dan Kepimpinan, UKM Dan Universitas Muhammadiyah Sumatera Utara (UMSU), Bangi, h. 47-74.

30 Zainal Kling (2000) “ Manusia Melayu, Alam Dan Tamadunnya “, Dalam Ed. Oleh Abdul Latiff Abu Bakar Globalisme Dan Patriotisme Dalam Sastera Melayu : Kumpulan Kertas Kerja Hari Sastera 1995, Kuala Lumpur : DBP, h. 294-304.

31 Abdul Halim Othman Dan Md. Shuaib Che Din (1993) “ Sifat Kesederhanaan “, Dalam Psikologi Melayu, Kuala Lumpur : DBP, h. 102-109.

(8)

bermasyarakat (Egalitarian) yang cukup tinggi.33 Pendekatan ini bukan terhad kepada

anggota masyarakat Melayu semata-mata, bahkan juga kepada masyarakat asing.34

6) Masyarakat yang kuat berpegang kepada falsafah yang mementingkan pertimbangan agama dan nilai (perennial and ultimate perspective), berbanding dengan masyarakat barat yang lebih mementingkan persoalan kebendaan dan individualism mengatasi persoalan agama.35

7) Mengamalkan sikap terbuka, sanggup belajar dan selektif dengan pengaruh budaya dan agama asing.36

4) Aplikasi Pendidikan Pondok Dalam Menjana Modal Insan Yang Berkualiti.

Kita dapat mengenalpasti beberapa sumbangan pondok dalam penjanaan modal insan yang berkualiti. Antaranya;

4.1.) Penjanaan Intelektualism dan Budaya Ilmu Islam Sejati.

Pengamalan budaya ilmu yang diasaskan oleh mubaligh yang awal dan kemudiannya diteruskan pula oleh sarjana tempatan alam Melayu boleh dilihat dalam institusi pengajian pondok.

Sistem pengajian pondok yang boleh dikatakan sebagai cukup advance untuk zaman dan keadaan masyarakat tradisi dengan merujuk khusus kepada usaha pembudayaan ilmu. Dewasa ini, kedapatan beberapa orang sarjana yang mengkritik dan bersikap sinikal terhadap sistem pengajian pondok yang dikatakan out of date dan tidak mampu berhadapan dengan pemodenan.37

Pendapat ini walaupun boleh dikatakan sebagai separuh betul, tetapi ianya dibuat dalam bentuk yang tidak memenuhi adab ikhtilaf di dalam Islam. Ini kerana, sistem pengajian pondok telah difikir dan dirangka dengan teliti oleh ulama silam untuk era zamannya, dan ternyata ianya telah berjaya berfungsi seperti yang diharapkan. Oleh sebab itu tindakan mengkritik secara sewenang-wenangnya tanpa mengambilkira faktor masa ini adalah amat salah.38 Dalam konteks penerapan

budaya ilmu, keistimewaan yang dimiliki oleh sistem pondok ini adalah;

1) Sistem pengajian yang dibuat secara swasta tanpa kongkongan dan kekangan polisi dari pihak pemerintah. Keadaan ini menyebabkan seseorang ulama itu dapat bertindak secara bebas tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak yang mempunyai agenda dan kepentingan tertentu.39 Lebih tepat lagi, ulama pondok dalam era tradisi telah bertindak selaku agen

perubahan dan intelektual ummah yang bersikap sensitif dan proaktif dengan isu semasa yang timbul di dalam masyarakat.

2) Sistem pengajian yang berorientasikan perkaitan antara teori dan praktikal, yang menekankan pemupukan budaya ilmu bagi menjadikan seseorang pelajar;

33 Wan Abdul Halim Othman, (1993) “ Hubungan Kekeluargaan Dalam Masyarakat Melayu “, Dalam Psikologi Melayu, Kuala Lumpur : DBP, h. 61-101.

34 Idris Zakaria (2003) ” Islam Dan Amalan Tolenrasi Di Nusantara “, Dalam (Edit) Zulkiple Abd Ghani, Jaringan Dakwah Malaysia Indonesia, Bangi : Jabatan Dakwah Dan Kepimpinan, UKM, h. 150-165

35 Abdul Rahman Abdullah (2001), Falsafah Dan Kaedah Pemikiran, Kuala Lumpur : Utusan Publication, 2001, h. 134-140.

36 Abdul Rahman Abdullah,(1982) Pemikiran Umat Islam Di Nusantara, Kuala Lumpur : DBP, 1982, h. 54-56. 37 Rahimin Affandi Abd. Rahim, (1995), “ Budaya Taqlid Di Dalam Masyarakat Melayu : Suatu Tinjauan Ringkas “, Dalam Jurnal Syariah, V. 3, Bil. 1 h. 30-31

38 Shafie Abu Bakar, (1994), “ Keilmuan Islam Dan Tradisi Pengajian Pondok “, Dalam Budi Kencana, Kuala Lumpur : DBP, h. 93-94

(9)

a) mendapat sebanyak mungkin ilmu untuk mencapai keredaan Allah.

b)bertindak mengikut perkiraan ilmunya, menyebarkannya ke dalam masyarakat dan berfungsi sebagai pemimpin masyarakat.

c) Menjadikan matlamat pencarian ilmu bukan untuk tujuan kebendaan (makan gaji) tetapi untuk mencapai keredaan Allah dan nikmat pengetahuan.

d)Menjadikan pelajar sebagai seorang yang mampu berdikari tanpa bergantong kepada orang lain. Untuk tujuan ini, mereka akan dibekalkan dengan segala bentuk keilmuan Islam dan kemahiran hidup yang amat diperlukan.

e) Menekankan persoalan akhlak dan disiplin Islam melebihi segala-galanya.

3) Sistem pengajian yang bersifat terbuka yang memberi peluang kepada sesiapa sahaja untuk mengikutinya tanpa mengira latar belakang keturunan dan faktor umur. Apa yang boleh dibanggakan adalah melalui pendekatan ini secara tidak langsung ianya telah pun mengamalkan konsep pendemokrasian pendidikan berasaskan penekanan kepada kepentingan ilmu dalam kehidupan seseorang Islam, ilmu adalah milik bersama dan setiap individu berhak diberi peluang untuk mendapatkan ilmu.

Dalam banyak hal, mubaligh yang awal berjaya menerapkan pendekatan world affirmative (alam sebagai tempat yang berguna) kepada masyarakat Melayu. Ianya telah menjadi asas kepada pembangunan hidup masyarakat yang lebih dinamik. Di dalam pendekatan ini, umat Islam perlu menolak semua bentuk ajaran yang menafikan kepentingan hidup dunia seperti mana dipegang oleh ajaran Neo-Platonism, Hindu, Buddha dan Kristian yang menganggap kehidupan dunia ini sebagai kotor dan perlu dijauhkan demi untuk mencapai kejayaan di dalam hidup selepas mati. Sebaliknya, umat Islam perlu menghidupkan pendekatan world affirmative ini dengan memberikan penekanan kepada empat intipati yang utama;40

1) Kehidupan dunia ini perlu dilangsungkan dalam bentuk yang seimbang di antara kehidupan akhirat. Apa yang lebih penting lagi, kehidupan dunia ini perlu dijadikan medan utama untuk mendapatkan sebanyak mungkin bekal untuk kegunaan hari akhirat. Dalam soal ini, secara halus kita dapat menyingkap bahawa di antara kedua-dua alam ini, perkiraan alam akhirat perlu diutamakan memandangkan ianya lebih bersifat kekal abadi.

2) Alam dunia ini dengan segala prasana yang wujud di dalamnya adalah untuk manafaat manusia dan bukannya untuk dipuja dan ditakuti seperti diamalkan oleh masyarakat primitif. 3) Selain mengetahui hukum Allah dalam bentuk ketetapan agama daripada sumber wahyu,

penganut Islam dituntut mengkaji hukum Alam (sunnah Alam) yang juga diatur perjalanannya oleh Allah agar ianya boleh dimanafaatkan untuk tujuan pembangunan dunia. 4) Umat Islam di bawah pengaruh dan status khalifah amat digalakkan untuk meneroka,

menggunakan dan meneliti alam semesta ini secara berhemah demi untuk tujuan memakmurkannya sebagai tempat yang selesa didiami di samping menghayati keunggulan kekuasaan Allah.

Asas utama untuk seseorang intelektual Muslim berkhidmat dengan lebih gigih di dalam masyarakat berjaya diterapkan melalui penerapan pendekatan societal ( mementingkan kehidupan bermasyarakat). Pendekatan ini antara lainnya menekankan peri pentingnya

(10)

diamalkan sifat yang mementingkan kehidupan bermasyarakat. Hal ini boleh dilihat dari beberapa intipati yang terkandung di dalam hukum Islam;41

1) Semua nilai terkutuk dan sifat terpuji yang dikehendaki oleh mana-mana system masyarakat sekalipun, seperti buruknya sifat mementingkan diri dan baiknya sifat kebersamaan, tolak ansur dan sebagainya; turut menjadi agenda utama ajaran Islam.

2) Kandungan terbesar Quran dan sunnah adalah menyentuh persoalan hubungan kemasyarakatan (system muamalah) berbanding dengan persoalan ibadah.

3) Terdapat ketetapan hukum Islam yang menegaskan seandainya urusan ibadah bersamaan dengan urusan muamalah yang penting, maka urusan ibadah perlu dipendekkan ataupun ditangguhkan.

4) Terdapat ketetapan yang menegaskan bahawa ibadah yang mengandungi segi kemasyarakatan diberi ganjaran lebih besar berbanding ibadah yang bersifat perseorangan. Contohnya, salat yang dikerjakan secara berjamaah dinilai lebih tinggi pahalanya berbanding salat yang dikerjakan secara bersendirian.

5) Terdapat ketetapan bahawa apabila urusan ibadah dilakukan secara tidak sempurna ataupun batal, maka kifaratnya (tebusannya) adalah melakukan sesuatu yang berhubungan dengan masalah kemasyarakatan.

6) Terdapat ketetapan bahawa perbuatan amal saleh dalam bidang kemasyarakatan mendapat ganjaran yang lebih besar daripada ibadah perseorangan.

4.2.) Asas Kemahiran Insaniah.

Institusi pondok tradisi mampu menerapkan beberapa bentuk kemahiran insaniah (suatu bentuk kemahiran yang cukup ketara dibincangkan dalam sistem pendidikan semasa) dengan cukup sempurna kepada graduannya. Sebagai contohnya, institusi pondok silam telah mampu menerapkan elemen Kemahiran Berkomunikasi, Pemikiran Kritis dan Menyelesaikan Masalah dan Etika dan Moral Professionalisme kepada lulusannya. Dalam sistem pengajian pondok, soal ilmu, amal (akhlak) dan disiplin amat dititikberatkan mengatasi soal lain. Untuk jangka masa panjang, ia terbukti mampu melahirkan ulama dan individu Melayu yang celek akgama dan mampu menyelesaikan masalah yang timbul dalam kehidupan peribadi dan bermayarakat mengikut persepktif Islam.42

Kita dapat menyaksikan bagaimana usaha mulia ini akan mengambil masa yang panjang dan ianya tidak dianggap sebagai masalah oleh pelajar pondok. Mereka menyedari tentang kepentigan konsep Rehlah Ilmiah43 (termasuk beberapa ciri budaya ilmu : sentiasa ingin belajar,

bertindak mengikut perkiraan ilmu dan menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi) Konsep ini menuntut pelajar sentiasa berusaha keras di dalam menuntut ilmu di pelbagai tempat tempat yang berbeza, bukan setakat untuk menimba ilmu bahkan pengalaman (seperti menyaksikan sosiologi masyarakat yang berbeza). Hasilnya, pengamalan konsep ini akan melahirkan ulama Islam yang mantap dari segi ilmu, akhlak dan pengalaman hidup yang kemudiannya mengikut epistemologi Islam bakal melahirkan hikmah (kebijaksanaan).

Bagi tujuan penyebaran ilmu Islam tidak dapat tidak seseorang pelajar pondok perlu menguasai pelbagai bahasa seperti bahasa Melayu dan Arab yang memang menjadi bahasa

41 Abuddin Nata (2001), Metodologi Studi Islam, Jakarta : PT RajaGrafindo Persada, h. 40-41.

(11)

pengantar keilmuan Islam dan lingua franca pada masa tersebut. Hal ini terbukti dengan timbulnya konsep Serambi Mekah di kawasan Alam Melayu yang menjadi tempat persinggahan (pusat yang menyediakan Kursus Persediaan Pelajar) bagi mana-mana pelajar Alam Melayu yang melanjutkan pengajian mereka ke Mekah. Antara beberapa tempat yang dimaksudkan, Kelantan, Terengganu, Pattani, Kedah dan Acheh.44

4.3.) Pondok Sebagai Penyumbang Kepada Factor Ekonomi Dan Asas Keusahawanan.

Dalam konteks latihan keusahawanan, apa yang menariknya, pelajar pondok telah mempelajarinya secara langsung daripada pengamalan budaya hidup berdikari yang diamalkan oleh guru pondok. Guru pondok rata-ratanya boleh dikatakan sebagai usahawan yang berjaya sehingga dapat menarik minat masyarakat Melayu pada masa itu, seperti mana halnya mubaligh awal yang mengembangkan ajaran Islam di Alam Melayu yang terdiri daripada saudagar besar. Hasilnya, mereka sangat disanjung tinggi oleh masyarakat Melayu yang mendorong proses penyebaran Islam dapat berjalan dengan lancar dan tanpa menumpahkan darah. Guru pondok terlibat dalam pelbagai aktiviti keusahawanan seperti penternakan (lembu, kambing dan ikan), pertanian (padi, tanaman kontang, getah, buah-buahan dan sayuran), pengilangan padi dan balak, kedai runcit, orang tengah untuk penjualan tanah dan getah serta agen haji.

Apa yang diusahakan oleh guru pondok ini telah ditiru oleh pelajar mereka secara langsung sehingga ianya mampu melahirkan beberapa orang usahawan lulusan pondok yang berjaya. Sikap berdikari ini kemudiannya telah mula berubah apabila pihak British memperkenalkan sistem pendidikan barat di Tanah Melayu yang mewujudkan sindrom makan gaji di kalangan masyarakat Melayu.45 Apa yang diperkenalkan oleh pihak British ini bertentangan sama sekali

dengan budaya keusahawan dan hidup berdikari yang diterapkan dalam sistem pondok, berpaksikan kepada prinsip Tauhid (hanya Allah yang menentukan hidup dan rezeki mahkluk tanpa perlu bergantung harap kepada mahkluk) dan hadis Rasulullah tentang 90 peratus daripada sumber rezeki bersumberkan kepada perniagaan. Atas dasar inilah kita dapat melihat bagaimana institusi pondok berbentuk swasta (bebas) tanpa kongkongan dan kekangan polisi dari pihak pemerintah. Keadaan ini menyebabkan seseorang ulama itu dapat bertindak secara bebas tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak yang mempunyai agenda dan kepentingan tertentu. Lebih tepat lagi, ulama pondok dalam era tradisi telah bertindak selaku agen perubahan dan intelektual ummah yang bersikap sensitif dan proaktif dengan isu semasa yang timbul di dalam masyarakat.46

Aura kehebatan dan pengaruh pengembangan ekonomi yang dijana oleh institusi pondok boleh dilihat daripada fakta sejarah pengembangan ekonomi masyarakat Melayu silam. Mengikut analisa Muhammad Abu Bakar, sesuatu penempatan pondok yang biasanya berpusat di kawasan pendalaman dengan sebab hubungan yang rapat di antara masyarakat awam sekitar

44Rahimin Affandi Abd. Rahim (2003), “ Analisis sejarah Dakwah dan jalinan intelektuaal rantau Malaysia-Indonesia “, dalam (edit oleh Zulkiple Abd. Ghani) Jaringan Dakwah Malaysia-Indonesia, Terbitan Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, UKM dan Universitas Muhammadiyah Sumatera Utara (UMSU), Bangi, h. 47-74

45 Abdul Rahman Aziz (1996), “ Nilai Pekerjaan Orang Melayu “, dalam (ed. Oleh Ahmad Fawzi Basri) Nilai Orang Melayu, Sintok : UUM, h. 213-218

(12)

dengan warga pondok kemudiannya telah menambah aktifkan kegiatan sosial dan ekonomi serta melahirkan beberapa penempatan kampung yang baru.47Fenomena ini boleh dilihat contohnya

dengan fakta kelahiran dan kemasyuran kawasan baru di Kelantan yang dikaitkan dengan ulama tempatan yang ada di tempat tersebut. Antaranya kawasan pekan Melor, Pasir Mas, Kubang Kerian (Tuk Kenali), Kota Bharu, Machang (Tuk Kemuning), Bachok (Tuk Bachok) dan sebagainya. Jalinan hubungan kemasyarakatan ini telah menjadikan pondok tersebut sebagai tempat rujukan utama kepada anggota masyarakat. Dengan cara ini secara tidak langsung institusi pondok telah menjadi pembimbing utama kegiatan masyarakat ke arah nilai-nilai Islam dan menjadi penapis dan kubu untuk menangkis serangan idea pemodenan berteraskan sekularisme yang dibawa oleh penjajah barat.48

Kesimpulan.

Sebagai rumusan akhirnya, dapat kita katakan bahawa para mubaligh yang awal di Tanah Melayu telah Berjaya menerapkan asas terpenting bagi mewujudkan world-view Islam sejati kepada masyarakat Melayu-Islam. Asas-asas ini kemudiannya telah menjadi nucleus terpenting untuk pemikiran pendidikan Islam yang difahami dan diamalkan oleh institusi pendidikan pondok silam. Seperti mana diterangkan dengan panjang lebar di dalam kajian ini, ternyata sekali semua asas pemikiran pendidikan Islam telah mampu menjana kelahiran golongan intelektual Melayu-Islam yang kompeten untuk berfungsi sebagai pendakwah, pendidik dan agen pembangunan masyarakat. Kesemua asas-asas ini yang dapat dianggap sebagai warisan berharga sarjana Melayu-Islam telah dilestarikan oleh institusi pendidikan Islam selepas merdeka. Atas dasar ini, sebarang usaha yang cuba meremeh dan mencabar sumbangan yang diberikan oleh mubaligh yang awal patut ditolak sepenuhnya, demi untuk menjamin pemikiran pendidikan Islam sejati dapat terus hidup di dalam masyarakat Malaysia.

47 Muhammad Abu Bakar (1990), “ Dari Pusat Ke Penggiran : Masa Kini Dan Masa Depan Pondok Di Malaysia “, Dalam Jurnal Pendidikan Islam, v. 3, bil 1, h. 1-4

Referensi

Dokumen terkait

Laporan Nasional Riser Kesehatan Dasar Tahun 2010, Badan Peneliti.an dan Pengembangan Kesehatan Departemen Kesehatan RI.. DAJrrAR REFERENSI AJ­Irynni, B., Basaleem,

Justeru kajian ini bertujuan mengenal pasti kebimbangan bahasa yang dialami oleh guru pelatih dalam kelas pembelajaran kemahiran bertutur bahasa Arab, menganalisis SPB yang

Jika anda tidak mengenali diri sendiri, anda mungkin akan melakukan kesilapan semasa membuat pemilihan kerjaya.. Jika ini berlaku, anda tidak

Tujuan penelitian ini ialah untuk meningkatkan keaktifan belajar matematika siswa kelas VIII SMP Muhammadiyah 6 Surakarta pada materi teorema Pythagoras dengan

(2) Permohonan pembetulan, pembatalan, pengurangan ketetapan dan penghapusan atau pengurangan sanksi administratif atas SKPDKB BPHTB, SKPDKBT BPHTB dan STPD BPHTB

Penelitian yang bertujuan untuk mengetahui pengaruh invigorasi benih nangka dengan pemberian ZPT pada berbagai lama simpan serta konsentrasi ZPT terbaik pada

Pembelajaran competency based training yang diimplementasikan pada mata kuliah kewirausahaan diharapkan mampu menjawab permasalahan pengangguran, paling tidak

bahwa berdasarkan hal tersebut di atas, PARA PIHAK sepakat untuk mengikatkan diri dalam Kesepakatan Bersama tentang Kerja Sama Pengawasan Obat dan Makanan, dengan ketentuan