• Tidak ada hasil yang ditemukan

Budaya asing terhadap budaya in (2)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Budaya asing terhadap budaya in (2)"

Copied!
49
0
0

Teks penuh

(1)

1.0 PENGENALAN KEBUDAYAAN MELAYU

Kebudayaan Melayu boleh ditakrifkan sebagai cara hidup kumpulan manusia atau masyarakat orang Melayu. Cara hidup sukar untuk difahami kecuali melalui kebudayaan masyarakat tertentu. Budaya dapat membezakan masyarakat Melayu dengan masyarakat yang lain. Budaya Melayu bermaksud cara hidup yang menjadi kepunyaan bersama kalangan orang Melayu. Budaya Melayu yang ditonjolkan oleh masyarakat Melayu di Malaysia dapat menentukan keperibadiaan kebangsaan. Budaya Melayu meliputi hal-hal tentang bahasa, agama, kesenian, adat, peraturan dan sebagainya. Budaya Melayu kini telah dipersetujui dijadikan teras kebudayaan kebangsaan dan mampu menerima unsur-unsur budaya lain juga seperti budaya Cina dan budaya India.

Kamus Dewan edisi keempat (2007:212) pula mendefinisikan kebudayaan sebagai keseluruhan cara hidup yang merangkumi cara bertindak, berkelakuan, dan berfikir serta segala hasil kegiatan dan penciptaan yang berupa kebendaan atau kerohanian sesuatu masyarakat, tamadun, peradaban dan kemajuan (akal budi).

(2)

2.0 KONSEP BUDAYA

Konsep yang berkaitan dengan istilah budaya ialah tamadun atau peradaban, kemajuan fikiran atau akal budi, iaitu cara berfikir, berkelakuan, bertingkah laku dan sebagainya. Oleh itu, budaya merupakan keseluruhan sistem hidup manusia manusia yang kompleks yang terkandung di dalamnya unsur-unsur moral, pengetahuan, kepercayaan dan peraturan

Budaya dalam bahasa Inggeris disebut culture bermaksud cara hidup manusia. Budaya merupakan satu proses perkembangan sahsiah, akal, semangat dan usaha manusia dalam sesuatu kelompok. Budaya berasal dari dua perkataan iaitu budi dan daya kemudian menjadi budaya. Bu membawa maksud asli, pertama, sejati dan yang dipandang sempurna, menyenangkan, bahkan dimuliakan. Daya mengandungi erti akal, jalan fikiran, ciptaan atau bikinan. Budi sebenarnya merujuk kepada aspek dalaman manusia yang meliputi usaha dan hasilan. Oleh itu, budaya boleh difahamkan sebagai segala penghasilan masyarakat manusia dalam pelbagai bentuk, sama ada yang tidak dlihat atau tidak. Konsep budaya merupakan satu konsep yang penting untuk membandingkan perbezaan antara satu masyarakat dengan masyarakat yang lain.

(3)

Berikut ialah beberapa definisi yang dikemukakan oleh ahli antropologi:

a) Kroeber dan Kluckhohn, 1952; Geertz, 1973 (Ahli Sosiologi)

The total lifestyle of a people, including all of the ideas, values, knowledge, behaviors, and material objects that they share.

b) Edward B. Tylor (1871)

Budaya ialah suatu keseluruhan sistem yang kompleks, yang dalamnya terkandung unsur-unsur ilmu pengetahuan, kepercayaan, seni, moral, undang-undang, adat istiadat dan kemahiran-kemahiran lain yang diperoleh oleh manusia sebagai anggota masyarakat.

That complex whole which includes knowledge, belief, art, morals, law, custom and any other capabilities and habits acquired by man as a member of society.

c) Thomas J. Sullivan (1993)

Budaya merujuk kepada tradisi, adat dan perlakuan seseorang.

Culture refers to that people’s traditions, customs, and behaviors.

d) Lucy Mair:

“Milik bersama sesuatu masyarakat yang mempunyai tradisi yang sama”.

e) Taib Osman (1988)

Kebudayaan adalah cara hidup: Cara mengatur hidup satu-satu kelompok manusia. Lebih penting daripada perbuatan hari-hari (seperti cara makan, cara beribadah, cara menegur seseorang dan ciri-ciri lain), iaitu tanggapan alam sekitar atau world-view, dan nilai-nilai sosial atau etos kerana kedua-dua ciri inilah yang mewarnakan sesuatu budaya dan menjadi pendorong bagi tindakan manusia.

f) Prof. Koetjaraningrat

(4)

g) Ralph L. Beats dan Harry Hoijer

“Mengenal pasti kelakuan yang biasa dipraktikkan, diperoleh melalui pembelajaran oleh sekumpulan masyarakat.

Pendapat Ibnu Khaldun pula menyatakan bahawa budaya merujuk kepada kebiasaan cara hidup. Budaya membezakan manusia dengan haiwan iaitu manusia mempunyai kemampuan intelek dan daya berfikir - melalui intelek, manusia dapat berhubung/memahami satu sama lain. Selain itu, manusia dapat menyesuaikan cara hidup dengan alam sekeliling – proses penyesuaian melahirkan budaya yang berbeza-beza antara kawasan. Budaya merujuk kepada gaya atau cara hidup manusia secara keseluruhan, termasuklah pemikiran, nilai, pengetahuan, perlakuan dan bahan material (material objects) yang dikongsi oleh mereka.

2.1 Fungsi Kebudayaan Melayu

Kebudayaan Melayu yang dipersetujui sebagai teras kebudayaan kebangsaan dapat dikatakan sebagai suatu bentuk kebudayaan yang agak liberal. Perubahan dalam kebudayaan ini dibuat untuk membuka ruang kepada unsur-unsur kebudayaan sukuan dan kaum yang lain. Antara fungsi kebudayaan melayu ialah:

a. Merapatkan jurang perbezaan antara kaum agar rakyat dapat bersatu padu di bawah satu payung kebudayaan yang menjadi hak milik bersama dan menghormati lambang kebangsaan.

b. Mewujudkan satu kesatuan kebudayaan dan keselarasan dalam menghasilkan satu kebudayaan yang melambangkan identiti bagi negara Malaysia.

c. Menjadi landasan bagi menanamkan nilai kebangsaan dan menolak nilai-nilai yang hanya mementingkan sesuatu kaum sahaja.

d. Menjadi amalan pada peringkat rasmi dan tertinggi seperti sistem protokol, adat istiadat pengurniaan, pelantikan, pertabalan dan sebagainya.

(5)

Ciri-ciri kebudayaan Melayu meliputi sebahagian besar daripada kebudayaan negara Malaysia. Oleh itu, ciri-ciri kebudayaan Malaysia boleh dianggap sebagai ciri-ciri kebudayaan Melayu itu sendiri antara lain adalah seperti yang berikut:

i. Bersifat dinamik

Kebudayaan bersifat dinamik bermaksud kebudayaan yang mengalami perubahan yang pesat selaras dengan perkembangan masyarakat yang mendukungnya. Ada kebudayaan yang bersifat statik, iaitu kebudayaan yang tidak mengalami sebarang perubahan ataupun mengalami perubahan yang amat perlahan. Sebagai contoh, semasa kedatangan Islam dahulu, orang Melayu menerimanya dengan senang hati tanpa ada sikap penolakan.

ii. Menerima dan menolak unsur tertentu

(6)

kebudayaan itu akan diterima, sebaliknya juka perubahan itu tidak sesuai, maka akan ditolak.

iii. Kebudayaan diwarisi

Ciri ini bermaksud kebudayaan diwarisi daripada satu generasi ke genarasi yang lain. Kebudayaan itu hidup bersama masyarakat, jika terdapat perubahan yang telah melalui fasa menerima dan menolak. Kebudayaan itu persefahaman yang dikongsi bersama. Jadi, apabila kebudayaan itu dikongsi bersama maknanya kebudayaan itu akan diwarisi. Sebagai contoh, adat perkahwinan yang diwarisi daripada nenek moyang dahulu masih dikekalkan seperti berandam, malah berinai, khatam qur’an dan bersanding.

iv. Proses kesinambungan

Setiap kebudayaan mengalami perubahan dan proses kesinambungan, sama ada dalam bentuk seni bina, peralatan dan budaya bukan kebendaan seperti kepercayaan, adat resam, pantang larang dan sebagainya. Sebagai contoh, seni bina rumah yang dahulunya dalam bentuk sederhana telah mengalami proses kesinambungan yang berterusan, maka muncullah rumah yang ada berbagai-bagai bentuk seni bina pada hari ini.

Kebudayaan melalui tiga aspek iaitu akulturasi, akomodasi dan asimilasi :

i. Akulturasi:

(7)

Kebudayaan asing itu lambat laun diterima dan diolah dalam kebudayaannya sendiri tanpa menyebabkan hilangnya unsur kebudayaan kelompok itu sendiri. Contohnya ialah orang India memakai baju Melayu dan bersongkok pada suatu majlis rasmi.

Dalam sejarah tamadun manusia, sering berlaku pertemuan atau pertembungan antara dua atau lebih kebudayaan. Proses ini menyebabkan berlakunya proses pinjam-meminjam. Pada peringkat awal, unsur pinjaman digunakan secara langsung dan kemudian diolah serta dijadikan unsur kebudayaan sendiri. Tetapi, jika unsur budaya yang diambil itu tidak diolah dengan baik, pastinya tindakan ini akan memberi kesan yang tidak baik kepada sesuatu masyarakat. Tidak mudah untuk membentuk suatu masyarakat yang mencapai tahap akulturasi. Akulturasi lebih mudah dicapai apabila melibatkan budaya bersifat kebendaan yang mendatangkan manfaat. Unsur-unsur budaya yang tidak berbentuk kebendaan seperti ideologi dan pemikiran adalah lebih sukar diterima.

ii. Asimilasi:

Asimilasi merupakan satu proses percantuman dan penyatuan antara kumpulan etnik berlainan budaya sehingga membentuk satu kelompok dengan kebudayaan dan identiti yang sama. Asimilasi mutlak menyebabkan berlakunya penghapusan penuh perbezaan dari segi kebudayaan dan identiti. Konsep ini diwakili dengan formula A+B+C=A. A dalam hal ini mewakili golongan dominan sementara B dan C mewakili kumpulan etnik minoriti. Contohnya, orang Melayu di Thailand telah mengalami proses asimilasi yang menyebabkan nama, bahasa dan hampir semua aspek cara hidup mereka (kecuali agama) telah disatukan dengan amalan dan cara hidup orang Thai. Di Malaysia, masyarakat Cina Kelantan, Baba dan Nyonya merupakan contoh berlakunya proses asimilasi. Namun, bagi etnik cina di Kelantan serta Baba dan Nyonya, asimilasi berlaku dalam konteks budaya tanpa melibatkan anutan, kepercayaan atau agama.

(8)

iii. Akomodasi:

Akomodasi merupakan proses yang menyebabkan setiap kumpulan etnik menyedari serta menghormati norma dan nilai kumpulan etnik lain dan tetap mempertahankan budaya hidup masing-masing. Konsep ini diwakili oleh formula A + B + C = A + B + C. A, B dan C merujuk kepada budaya.

Pelbagai kumpulan etnik hidup secara harmonis dan menghormati antara satu sama lain. Pada peringkat pemerintahan pusat, setiap kumpulan etnik mempunyai wakil dalam bidang ekonomi dan pendidikan dan mereka saling bergantung. Konsep ini begitu meluas diamalkan di Malaysia kerana setiap kumpulan etnik bebas mengamalkan budaya mereka dalam keadaan harmoni. Jika dilihat di luar Malaysia, Switzerland ialah negara yang mempunyai hubungan etnik bersifat akomodasi kerana etnik Jerman, Perancis dan Itali saling membuat penyesuaian antara mereka.

3.0 MASYARAKAT MELAYU

(9)

Sebelum mengkaji Kebudayaan Melayu, kita perlu mengetahui takrif Melayu terlebih dahulu. Menurut sarjana, perkataan Melayu mungkin berasal daripada nama sebuah anak sungai yang bernama Sungai Melayu di hulu Sungai Batang Hari, Sumatera. Di sana letaknya "Kerajaan Melayu" sekitar 1500 tahun dahulu sebelum atau semasa adanya Kerajaan Srivijaya. Dari segi etimologi, perkataan "Melayu" itu dikatakan berasal daripada perkataan Sanskrit "Malaya" yang bermaksud "bukit" ataupun tanah tinggi. Ada juga sumber sejarah yang mengatakan bahawa perkataan "Melayu" berasal daripada "Sungai Melayu" di Jambi.

Dalam pengertian yang khusus, istilah Melayu merujuk kepada bangsa Austronesia yang terdapat di Semenanjung Tanah Melayu dan juga disebut gugusan pulau Melayu. Gugusan pulau Melayu meliputi Semenanjung Tanah Melayu dan juga Indonesia. Oleh sebab itu, sesudah Perang Dunia Kedua, timbul hasrat dalam kalangan pejuang Melayu untuk menubuhkan sebuah negara yang mencantumkan Tanah Melayu dengan Indonesia untuk menjadi sebuah negara yang bernama Melayu Raya. Walau bagaimanapun, percantuman dua buah negara tersebut tidak berlaku sehingga ke hari ini.

Dalam pengertian yang khusus, istilah Melayu merujuk kepada bangsa Austronesia yang terdapat di Semenanjung Tanah Melayu dan juga disebut gugusan pulau Melayu. Gugusan pulau Melayu meliputi Semenanjung Tanah Melayu dan juga Indonesia. Oleh sebab itu, sesudah Perang Dunia Kedua, timbul hasrat dalam kalangan pejuang Melayu untuk menubuhkan sebuah negara yang mencantumkan Tanah Melayu dengan Indonesia untuk menjadi sebuah negara yang bernama Melayu Raya. Walau bagaimanapun, percantuman dua buah negara tersebut tidak berlaku sehingga ke hari ini.

(10)

Berkaitan dengan taburan penduduk Melayu, UNESCO menandai Melayu meliputi kawasan-kawasan Austronesia lain, termasuklah kawasan di sebelah timur yang meliputi keluarga Melanesia, Mikronesia dan Polinesia. UNESCO membahagikan kawasan Austonesia kepada kawasan Kepulauan Melayu (Austronesia Barat) dan kawasan Oceania (Austronesia Timur)

3.2 Takrif Melayu Berdasarkan Undang-undang

Di negara Malaysia, orang Melayu didefinisikan menurut perlembagaan dalam perkara 160(2). Menurut perkara ini, orang Melayu ditakrifkan sebagai:

1. Seorang yang beragama Islam 2. Bertutur bahasa Melayu

3. Mengamalkan adat istiadat Melayu

4. Lahir sebelum hari merdeka sama ada di Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) atau di Singapura atau pada hari merdeka, dia bermastautin di Persekutuan atau di Singapura.

Menurut Syed Husin Ali yang merupakan ahli antropologi di Malaysia, orang Melayu itu dari segi zahirnya, lazimnya berkulit sawo matang, berbadan sederhana besar serta tegap dan selalu berlemah lembut serta berbudi bahasa.

3.3 Latar Belakang Bangsa Melayu

Secara amnya terdapat dua teori mengenai asal usul bangsa Melayu, iaitu:

 Bangsa Melayu berasal dari Yunan (Teori Yunan)

 Bangsa Melayu berasal dari Nusantara (Teori Nusantara)

(11)

Teori ini disokong oleh beberapa orang sarjana seperti R.H Geldern, J.H.C Kern, J.R Foster, J.R Logen, Slametmuljana dan juga Asmah Haji Omar. Secara keseluruhannya, alasan-alasan yang menyokong teori ini adalah seperti yang berikut:

1. Kapak Tua yang mirip kepada Kapak Tua di Asia Tengah ditemukan di Kepulauan Melayu. Perkara ini menunjukkan bahawa adanya migrasi penduduk dari Asia Tengah ke Kepulauan Melayu.

2. Adat resam bangsa Melayu mirip kepada suku Naga di daerah Assam (berhampiran dengan sempadan India dengan Myanmar).

3. Bahasa Melayu adalah serumpun dengan bahasa di Kemboja. Dengan lebih lanjut lagi, penduduk di Kemboja mungkin berasal dari dataran Yunan dengan menyusuri Sungai Mekong. Perhubungan bangsa Melayu dengan bangsa Kemboja sekali gus menandakan pertaliannya dengan dataran Yunan.

3.5 Teori Nusantara

Teori ini didukung oleh sarjana seperti J.Crawford, K.Himly, Sutan Takdir Alisjahbana dan juga Gorys Keraf. Teori ini disokong dengan alasan seperti yang di bawah:

1. Bangsa Melayu dan bangsa Jawa mempunyai tamadun yang tinggi pada abad ke-19. Taraf ini hanya dapat dicapai setelah perkembangan budaya yang lama. Perkara ini menunjukkan bahawa orang Melayu tidak berasal dari mana-mana, tetapi berasal dan berkembang di Nusantara.

2. K.Himly tidak bersetuju dengan pendapat yang mengatakan bahawa Bahasa Melayu serumpun dengan Bahasa Champa. Baginya, persamaan yang berlaku dalam kedua-dua bahasa adalah satu fenomena "ambilan".

(12)

4. Bahasa di Nusantara (Bahasa Austronesia) mempunyai perbezaan yang ketara dengan bahasa di Asia Tengah (Bahasa Indo-Eropah).

Teori ini merupakan teori yang kurang popular khususnya di negara Malaysia

Dari segi sejarah, apakah keistimewaan orang Melayu? Menurut Asmah Hj. Omar (2003), terdapat perdebatan dalam kalangan budayawan Malaysia sama ada orang Melayu pada asasnya petani atau pelayar. Menurut beliau lagi, orang Melayu biasanya digolongkan sebagai petani. Hal ini bermakna bahawa dari awal sejarah mereka dalam alam Melayu, mereka dikatakan menempati kawasan tanah yang subur, yang dipugar untuk menanam tanaman yang menjadi sara hidup mereka.

Pengembara China, antaranya I-Tsing dalam abad ketujuh Masihi telah mencatatkan bahawa orang-orang Kedah sudah pun mempunyai cara bercucuk tanam yang canggih, yakni dalam pertanian padi. Keadaan alam di Kedah dengan sawah bendang yang terbentang luas serta kaedah orang-orang Kedah menanam dan menuai padi menyokong pendapat ini, dan juga merupakan bukti bahawa tradisi yang seperti itu adalah tradisi yang sudah wujud berabad-abad lamanya. Pertanian yang seperti ini menggambarkan bahawa teknologi dan pengetahuan tentang keadaan alam (termasuk kualiti dan jenis tanah) yang telah ada merupakan ciri budaya tinggi.

Kemudiannya, muncul pula pemikiran pakar sejarah dan budaya Melayu bahawa orang-orang Melayu lebih merupakan pelayar yang merantau ke merata-rata tempat, dan bukan petani yang memugar tanah. Jika diterima teori bahawa orang Melayu berasal dari Yunnan di Selatan China, maka sudah tentulah cara mereka bermigrasi ke tempat mereka sekarang adalah dengan melayari selat dan juga lautan terbuka. Jika inilah caranya, maka pastilah mereka mempunyai pengetahuan tentang selok-belok pelayaran. Hal ini memperlihatkan bahawa orang Melayu ialah pelaut atau pelayar yang hebat.

(13)

4.1 Takrif kebudayaan

• Menurut kamus à kebudayaan didefinisikan sebagai satu cara kehidupan.

• Dalam pertuturan seharian, kebudayaan bermaksud pengertian kebudayaan yang ‘tinggi’ seperti tarian, muzik, pakaian, atau pakaian.

4.2 Berdasarkan Ahli sosiologi

a. Cara hidup yan dipelajari, diubahsuaikan, dan diturun-temurunkan daripada satu generasi ke generasi yang lain.

b. Hasil dan idea – kepercayaan, nilai, politik, adat resam, undang-undang, dan peraturan, moral, institusi sosial, seni lukis, bahasa dan bahan material – yang dikongsi oleh ahli dalam sebuah masyarakat.

c. Menurut Edward B. Taylor dalam bukunya Primitive culture, Kebudayaan ialah satu keseluruhan sistem yang kompleks,di dalamnya terkandung unsur-unsur kepercayaan, seni,moral,undang-undang,adat istiadat dan sehubungan dengannya.

d. Menurut Lucy Mair dalam bukunya An Introduction to Social Antropology menyatakan bahawa kebudayaan ialah milik bersama sesuatu masyarakat yang mempunyai tradisi yang sama.

e. Prof. Koentjaraningrat merumuskan bahawa kebudayaan itu keseluruhan dari kelakuan dan hasil kelakuan manusia yang teratur oleh tatakelakuan yang harus diperolehi dengan cara belajar.

(14)

g. Clyde Kluckohn ( 1949 ) menafsirkan kebudayaan sebagai satu cara hidup yang tersendiri.

4.3 Kebudayaan Kognitif

Keseluruhan pemikiran yang ada pada sebuah masyarakat yang merangkumi bahasa, simbol-simbol lain, pengetahuan, kepercayaan dan nilai.

Pengetahuan – melibatkan segala idea yang boleh disokong secara empirikal (berdasrkan permerhatian atau eksperimen, bukan teori) seperti persekitaran alam semula jadi ciptaan tuhan atau yang telah dicipta oleh manusia.

Kepercayaan – segala idea mengenai apa yang baik dan apa yang buruk ; benar dan palsu. Kebanyakkan ahli masyarakat menganggap kepercayaan mereka adalah rasional, musabah dan benar.

Nilai – tanggapan mengenai apa yang baik dan buruk dalam kebudayaan. Bersifat luas dan abstrak. Kadangkala nilai tersebut bertentangan dengan nilai orang lain

4.4 Kebudayaan Normatif

 Mores – norma yang menetukan tingkah laku yang penting dan ahli-ahli masyarakat yang mahukan omformiti dalam tingkah laku. Sekiranya ada yang langgar mores ini, maka dia adalah ancaman kepada kumpulan tersebut.

 Folkways – peraturan yang berkaitan dengan tingkah laku seharian yang diterima oleh masyarakat

(15)

mengukuhkan norma, sama ada secara normal mahupun secara tidak formal yang merupak kawalan sosial.

 Isbat negatif – tidak menggalakkan tingkah laku dimana melibatkan kecederaan, penjara atau dipulauka oleh masyarakat.

 Isbat positif – seseorang yang mematuhi norma dan menerima ganjaran dalam bentuk pembayaran wang, pemberian kuasa, dan presij dalam kedudukannya.

 Kebudayaan biasanya merujuk kepada tamadun sesuatu masyarakat yang diwarisi dan bersifat dinamik dan sebagai panduan untuk ahli masyarakat menghadapai masalah yang datang.

 Disamping itu,ada unsur menerima dan menolak yang dipraktiskan oleh sesuatu masyarakat dalam satu keseluruhan sistem kehidupan.

 Di dalamnya terkandung unsur teknologi,ekonomi organisasi sosial, kepercayaan dan sistem simbol yang menjadi milik bersama suatu masyarakat ini.

4.5 Kebudayaan Kebangsaan

Kebudayaan kebangsaan melambangkan identiti kebudayaan kebangsaan sesuatu bangsa dan negara. Kebudayaan kebangsaan hendaklah berteraskan kebudayaan rakyat asal rantau ini,iaitu kebudayaan orang melayu kerana orang melayu merupakan rakyat asal yang menduduki rantau ini. Unsur-unsur kebudayaan luar yang sesuai dan wajar boleh diterima menjadi unsur-unsur dalam pembentukan kebudayaan itu.

(16)

5.0 BIDANG POLITIK

Sistem pemerintahan dan pentadbiran yang diamalkan oleh kerajaan awal di Tanah Melayu telah mempengaruhi kepada pembentukan susun lapis masyarakat. setiap lapisan masyarakat ini mempunyai peranannya yang masing-masing. Secara amnya, susun lapis masyarakat Melayu lama ini dapat dikategorikan kepada 2 kumpulan, iaitu golongan pemerintah dan golongan diperintah.

i. Golongan pemerintah menduduki bahagian teratas susun lapis masyarakat. raja atau Sultan merupakan orang yang menduduki tempat yang tertinggi dalam kategori ini.

ii. Baginda di pandang mulia. Baginda mempunyai kuasa mutlak bagi melakukan apa-apa sahaja. Sebagai contoh, baginda berkuasa menggubal undang-undang untuk memperkukuhkan kedudukannya.

iii. Baginda merupakan tunggak menyatupadukan rakyat. Mengikut konsep dewa raja, segala perintah haruslah diikuti oleh rakyat jelata tanpa dipersoalkan.

iv. Baginda juga berhak memiliki hak-hak keistimewaan seperti penggunaan bahasa dalaman, penggunaan warna kuning dan sebagainya.

v. Baginda juga dianggap sebagai seorang yang daulat dan apabila baginda mangkat, tempatnya akan diwarisi oleh puteranya melalui adat pertabalan.

vi. Kerabat diraja pula menduduki tempat selepas raja. Mereka merupakan ahli daripada keluarga di raja yang mempunyai pertalian darah dengan raja yang sedang memerintah. Golongan kerabat diraja ini dibenarkan menggunakan bahasa dalaman, warna kuning dan sebagainya.

(17)

viii. Golongan bangsawan, pembesar dan ulama menduduki tempat selepas golongan kerabat diraja. Golongan ini dikenali sebagai anak baik-baik. mereka boleh terdiri daripada kerabat diraja dan juga kerabat raja. Taraf mereka adalah sentiasa kekal. Mereka mempunyai pengaruh yang kuat di kalangan pembesar dan rakyat. Mereka juga memainkan peranan yang penting dalam bidang pemerintahan dan pentadbiran. Bagi mengekalkan identiti mereka, golongan bangsawan dibenarkan menggunakan bahasa dalaman.

ix. Pembesar pula merupakan orang yang memainkan peranan yang penting dalam sektor pemerintahan dan pentadbiran kerajaan.

x. Mereka merupakan golongan yang paling menghampiri raja atau Sultan yang memerintah. Jawatan pembesar ini biasanya diwarisi secara turun-temurun.

xi. Sebagai contoh, Bendahara Melaka di negeri Melaka diwarisi oleh keluarga Tun Perak secara turun-temurun.

xii. Golongan ulama pula merupakan orang yang menjadi pemimpin agama. Mereka merupakan orang mahir atau pakar dalam bidang keagamaan, kesenian, kesusasteraan dan sebagainya. Mereka juga menjadi penasihat atau perujuk kepada Sultan khasnya dalam soal keagamaan.

xiii. Biasanya, golongan ulama ini menjadi penulis atau perawi diraja juga. Mereka dikenali sebagai khatib, mufti dan kadi dan memakai gelaran yang dianugerahkan oleh Sultan seperti Maharaja Kadi dan sebagainya.

xiv. Golongan diperintah pula terdiri daripada 2 golongan utama manusia.

xv. Salah satunya ialah rakyat. Golongan rakyat ini pula dapat dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu rakyat biasa dan orang asing.

(18)

xvii. Mereka yang terlibat ini dikenali sebagai orang kiwi. Selain itu, terdapat juga orang yang mahir dalam sesuatu bidang seperti tukang kayu, tukang jahit dan mereka dikenali sebagai orang menderhaka.

xviii. Golongan rakyat biasa ini juga menjadi pengikut atau penyokong kepada seseorang pembesar yang memegang kawasan mereka menetap.

xix. Orang asing pula merupakan sebahagian daripada golongan rakyat. Mereka ini lebih dikenali sebagai orang dagang. Selain itu, penerokawan juga merupakan orang asing.

xx. Biasanya, orang asing datang ke sini untuk menuntut, berniaga dan sebagainya. Selain itu, terdapat juga mereka yang menjadi tentera upahan di kerajaan-kerajaan Melayu awal.

xxi. Orang asing ini dapat dibahagikan kepada 2 golongan, iaitu mereka yang mengunjungi sekali-sekala dan mereka yang menetap terus di kawasan kerajaan tersebut.

xxii. Dari golongan yang menetap terus, ada kalangan mereka telah menukarkan identiti mereka supaya sama dengan masyarakat tempatan; ada juga dikalangan mereka yang masih mengekalkan identiti asal isteri dan anak-anaknya tinggal dengan si pemiutang dan bekerja sehingga hutangnya dibayar.

(19)

xxvi. Hamba biasa pula menjadi hamba seumur hidup kepada pemiliknya secara turun-temurun. Mereka ini dapat digolongkan kepada 3 jenis iaitu hamba abdi yang membuat kerja-kerja berat dan kasar, dengan yang merupakan hamba yang dibeli dan biduanda yang merupakan orang suruhan yang selalunya dimiliki oleh raja.

xxvii. Setelah British hadir ke Tanah Melayu, struktur/organisasi sosial telah mengalami perubahan yang mendadak. Kini, golongan raja tidak lagi berkuasa seperti dahulu, kuasa mereka telah diambilalih oleh Residen.

xxviii. Sistem perhambaan juga mengalami kemerosotan dan akhirnya pupus. Akhirnya, satu struktur organisasi sosial yang lebih unik telah diwujudkan dan hak-hak setiap orang telah diperakui dan dilindungi.

xxix. Sistem politik Melayu adalah bersifat musyawarah, musyawarah dijalankan oleh ketua atau pemangku adat setempat.

xxx. Musyawarah yang dijalankan biasanya membahas mengenai pengelolaan sistem tanah adat berdasarkan budaya dan adat setempat. Sehingga sistem musyawarah yang dijalankan akan memiliki corak yang berbeza antara daerah yang satu dengan yang lainnya.

xxxi. Di sini dapat dilihat bahwa masyarakat Melayu telah mengenal sistem politik menjurus kepada budayanya. Maka tidak hairan bahawa masyarakat Melayu mempunyai ikatan persaudaraan yang kuat, sebab musyawarah memaknakan adanya tolong-menolong dan kesetiakawanan sosial sebagai suatu permufakatan.

(20)

Sebagai individu setiap orang mempunyai identiti sendiri yang membezakan dirinya daripada individu-individu lain dalam masyarakatnya. Seorang itu dapat membina image atau identiti diri dengan berbagai cara berasaskan kemampuan masing-masing. Pengenalan diri yang berasaskan identiti boleh diteliti kepada pakaian, gaya perlakuan, suaranya, cara berjalan, dan berbagai perkara.

Seseorang individu itu boleh membina image atau identiti, yang menunjukkan ciri-ciri pengenalannya dengan berbagai cara. Image atau identiti seseorang yang popular dan dikenali ramai dalam masyarakat itu selalunya ditiru atau cuba diikuti orang lain pula. Misalnya, identiti seorang penyanyi popular dengan mudah pula dapat mempengaruhi peminat-peminatnya.

Identiti di peringkat individu itu merupakan pengenalan image yang dibina secara sedar atau tidak sedar, sebagai menyatakan kedudukannya sebagai individu dan anggota masyarakat.

6.2 Individu dan Budaya

(21)

Identiti individu dan masyarakat itu turut menyatakan nilai-nilai sosial. Pengenalan diri yang melibatkan perasaan atau nilai-nilai individu dan nilai-nilai sosial dibina demikian sehingga terbina image atau identiti masyarakat dan budaya.

6.3 Identiti dan Perubahan Budaya

Anggota-anggota masyarakat dipupuk nilai dan norma sosial melalui proses sosial atau proses sosialisasi. Melaluinya identiti masyarakat dan budaya dapat dipertahankan. Individu sebagai anggota masyarakat menyedari identiti masyarakat dan budayanya yang berbeza daripada masyarakat dan budaya lain.

Dalam masyarakat itu terdapat pula kelompok-kelompok sosial yang membina gambar dan identiti tersendiri. Sebagai anggota kepada kelompok sosial itu, dalam membina kesedaran rasa kekitaan, maka ia berusaha mempertahankan image atau identiti kelompoknya. Berbagai kelompok sosial dalam sesuatu masyarakat itu membina sub budaya yang membina kesatuan di peringkat masyarakat dan budaya yang lebih luas. Sub budaya yang berbagai dalam masyarakat Melayu itu merupakan khazanah yang menyatakan kekayaan budaya Melayu itu.

Masyarakat berusaha mempertahankan identitinya yang menyatakan dengan jelas kekuatan masyarakat itu. Identiti itu mahu dipertahankan selama-lamanya. Di samping itu, anggota-anggota masyarakat mahukan perubahan. Perubahan yang berlaku itu menyatakan dengan jelas tentang budaya itu dinamis. Tetapi perubahan yang berlaku itu tidak pula menghilangkan identiti yang diwarisi sejak sekian lama. Dalam perubahan yang berlaku masih boleh diteliti identiti yang dipertahankan. Budaya Melayu yang dinamiks, berkemampuan menerima dan menyesuaikan dengan perubahan, tetapi mempertahankan identiti Melayu sejak sekian lama. Dengan tu dapat dikatakan, tidak Melayu hilang di dunia.

6.4 Identiti dan Prasangka

(22)

dan mereka bina sekian lama. Malahan mereka berusaha menonjolnya, untuk dikenali sehingga ke peringkat global. Tradisi yang diwarisi itu mempunyai nilai-nilai yang tinggi yang ingin dipertahankan.

Dalam membina identiti seperti di atas itu bermakna anggota-anggota masyarakat melihat dan menilai ke dalam masyarakat dan budaya sendiri yang sentiasa dipandang tinggi. Sebaliknya mereka juga melihat keluar, iaitu melihat masyarakat dan budaya lain. Dalam melihat keluar atau orang luar melihat budaya Melayu, kerapkali melibatkan prasangka, iaitu melihat identiti budaya lain berasaskan sentiman, misalnya memandang rendah masyarakat dan budaya lain dalam konteks mengagongkan budaya sendiri. Adakala prasangka itu tidak berasaskan realiti, tetapi semata-mata timbul dari sentiman yang terbina dalam masyarakat. Adakala prasangka itu dibina berasaskan kepentingan tertentu.

Malaysia yang terdiri daripada berbagai kumpulan etnik, boleh menimbulkan prasangka antara satu dengan yang lain dan seterusnya boleh membawa kesan dalam hubungan antara kumpulan etnik itu. Oleh itu usaha dilakukan oleh kerajaan bagi mengurangkan prasangka buruk antara satu dengan yang lain.

Orang luar yang melihat orang Melayu secara luaran, sebagaimana yang pernah ditulis oleh orang-orang barat masa lalu, adakala menggambarkan orang Melayu sangat buruk. Mereka tidak memahami masyarakat dan budaya Melayu.

6.5 Kelompok majoriti dan kelompok minoriti

(23)

Kelompok Melayu minoriti, terutama di luar alam Melayu ini didapati tidak mampu untuk mempertahankan identiti Melayu seperti kelompok majoriti itu. Kelompok minoriti itu selalunya dipengaruhi masyarakat dan budaya majoriti sehingga kelompok itu tidak mampu untuk mengekalkan identiti. Apabila generasi baru mengambil tempat dalam kelompok minoriti itu, maka kaitan dengan identiti itu didapati semakin lemah dan dalam jangka masa yang lama identiti Melayu yang asal itu boleh hilang. Bandingkan dengan kelompok Melayu di Afrika Selatan, Sri Lanka dan lain-lain.

6.6 Krisis Identiti

Dalam masyarakat Melayu yang pesat mengalami proses perubahan, terutama tekanan daripada peradaban asing dan proses globalisasi, anggota-anggota masyarakat menghadapi masalah dalam mempertahankan tradisi. Mereka menghadapi krisis dalam mempertahankan tradisi sebagai menyatakan lambang identiti masyarakat dan budaya Melayu. Dalam menghadapi perubahan itu, selalunya unsur-unsur budaya tradisi diketepikan, dan gaya hidup moden menjadi pilihan. Dalam keadaan menghadapi krisis identiti itu, terdapat pula gerakan oleh kumpulan-kumpulan tertentu yang mempertahankan identiti, terutama unsur-unsur budaya tradisi yang diwarisi sekian lama.

Krisis identiti juga turut dialami di peringkat individu. Dalam pesatnya perubahan yang melanda orang-orang Melayu, turut membawa kesan kepada individu, dalam menentukan bahawa perubahan yang berlaku itu tidak ketinggalan, maka ia juga menghadapi krisis dalam mengekalkan tradisi.

(24)

6.7 Mencari dan Mengenali Identiti

Dalam membina identiti sebagaimana yang telah dinyatakan sebelum ini dapat dilakukan secara luaran, melalui rupa bentuk fisikal dan sesuatu yang dihasilkan dalam melambangkan identiti itu berasaskan kepada struktur luaran. Selain itu, identiti itu juga melibatkan secara dalaman, iaitu jiwa Melayu itu. Oleh itu dalam mengenali identiti itu perlu juga difahami aspek dalamannya, iaitu struktur dalaman sebagaimana yang dinyatakan oleh anggota-anggota masyarakat.

Kelompok-kelompok sosial dalam masyarakat itu adakala berusaha membina identiti sendiri sebagai melambangkan kekuatan kelompok sosial itu. Dalam membina identiti itu berbagai cara pernah dilakukan, misalnya melalui agama kelompok sosial itu menyatakan lambang-lambang tersendiri, di samping memupuk nilai-nilai sosial yang berkaitan. Ada kelompok pula amat terpengaruh dengan kemodenan barat dan menyatakan identiti berasaskan nilai-nilai itu. Walau bagaimanapun kelompok-kelompok sosial itu tidak terpisah daripada masyarakat dan budaya Melayu yang dianggap domina.

7.0 KONSEP KESENIAN MELAYU

Kesenian diertikan sebagai bentuk-bentuk yang menyenangkan, indah dan ada kesan kepuasan keindahan dalam proses penghayatan seni itu. Seni hanya hiburan iaitu yang boleh dinikmati melalui penghayatan pengalaman indera semata-mata seperti telinga dan mata. Seni sebenarnya turut meliputi aspek-aspek gerak-geri, warna dalam catan dan karya seni lukis, bunyi dan muzik, liuk-lampai gerak dalam tarian dan kombinasi cahaya dan sebagainya.

Seni diertikan sebagai cantuman kesepaduan antara dua unsur pokok, iaitu keindahan dan kemanfaatan. Dalam Islam, kesenian harus dapat menyampaikan keberanan Ilahi, menyerapkan nilai-nilai akhlak mulia dan terjalin secara indah, barulah dapat disebut sebagai karya seni yang baik dan berguna kepada manusia.

(25)

perasaan yang mengalami keindahan. Kesenian sebagai satu aspek kehidupan tertakluk kepada syariat Allah. Seni yang tidak membawa kemudaratan dan kerosakan diharuskan, manakala seni yang mungkin memberikan kemudaratan atau kesusahan dimakruhkan,sebaliknya seni yang merosakkan dan keimanan diharamkan sama sekali.

7.1 Fungsi kesenian melayu

Antara fungsi kesenian melayu adalah seperti yang berikut:

i. Medium hiburan

ii. Media untuk pendidikan

iii. Kesenian diperlukan dalam upacara ritual dan agama

iv. Lambang identiti bangsa

7.1 Jenis-jenis kesenian

(26)

c. Seni Rupa

d. Permainan Tradisional

a. Seni suara

Kesenian mengikut definisi Herberth Read adalah suatu usaha untuk mencipta bentuk-bentuk yang menyenangkan dan seni itu dijalankan pula daripada estetika. Dalam seni suara kesenian Melayu dapat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu :

 Seni Vokal

Seni Vokal lahir daripada pita suara yang boleh memberi kepuasan kepada pendengar. Setiap seni vokal itu berbeza mengikut masyarakat. Dalam masyarakat Melayu terdapat seni vokal tanpa muzik dan seni vokal yang bergabung dengan muzik.

Seni Vokal tanpa muzik yang sering dinyanyikan dalam masyarakat Melayu ialah :

a. Endoi atau dendang Siti Fatimah dan ulit anak

Endoi atau dendang Siti Fatimah terkenal di negeri Perak, Selangor dan Negeri Sembilan manakala ulit anak dinegeri Terengganu. Biasanya dilagukan dalam upacara berbentuk keislaman seperti menyambut kelahiran anak atau upacara bercukur kepala.

b. Nazam atau naban

(27)

c. Marhaban, nasyid dan qasidah

Merupakan nyanyian keagamaan. Marhaban ialah pujian kepada Nabi Muhamad dan dinyanyikan dalam Bahasa Arab. Nasyid ialah nyanyian dan berbentuk dakwah Islam iaitu terdapat dalam senikata Arab dan Melayu. Qasidah biasanya dinyanyikan dalam bahasa Arab yang mengandungi puisi memuji Nabi Muhamad dan para sahabat.

 Lagu yang digabungkan dengan muzik

a. Dikir

Dikir dikenali dengan pelbagai nama seperti dikir maulud, dikir Pahang, dikir Rebana dan dikir berarak. Dikir-dikir ini dilagukan dengan iringan pukulan rebana atau kompang.

b. Hadrah

Sejenis nyanyian yang berasal daripada dikir. Dinyanyikan dengan iringan sejenis alat bercorak rebana yang hampir sama dengan kompang.

c. Beduan

Sejenis naynyian rakyat negeri Perlis dan diringi dengan bunyi-bunyian gendang. Beduan mempunyai persamaan dengan bentuk zikir dan burdah yang diringi dengan pukulan rebana.

d. Dikir barat

Sejenis nyayian yang terkenal dinegeri Kelantan. Nyanyiannya diringan dengan pukulan rebana.

(28)

Sejenis puisi Arab yang berbentuk percintaan. Ghazal dinyanyiakan dengan iringan alat seperti syeringgi, sitar, harmonium dan tabla.

f. Seni Muzik

Menurut Kamus Dewan Muzik didefinisikan sebagai gubahan bunyi yang menghasilkan bentuk dan irama yang indah dan menyenangkan, bunyi-bunyian.

Muzik adalah satu daya tarikan kepada manusia. Ahli-ahli falsafah berpendapat bahawa setiap manusia mempunyai minat terhadap muzik. Keadaan ini jelas dilihat kepada reaksi manusia terhadap bunyi-bunyian yang sudah menjadi kegemaran sejak manusia dilahirkan. Muzik sebenarnya tidak dapat dilihat dan dinikmati dengan pancaindera penglihatan, tetapi dirasai dengan hati atau perasaan.

 Muzik Tradisi Warisan Istana

Dalam masyarakat terdapat dua kelompok masyarakat iaitu :

 Tradisi tinggi (great tradition)  Tradisi rendah (little tardition)

Kumpulan masyarakat tradisi tinggi terdiri daripada golongan bangsawan yang merupakan golongan kelas pemerintah yang menjadikan istana sebagai pusat kebudayaan.

(29)

yang digunakan dalam gamelan termasuklah saron, bonang, kerompong, gendang dan gong.

 Tradisi Muzik Rakyat

Disamping tradisi tinggi yang berpusat diistana, terdapat pula tradisi rendah dalam kalangan rakyat biasa yang terdir daripada kaum petani dan nelayan. Perkembangan seni muzik diperingkat masyarakat tradisi rendah lahir daripada minat anggota masyarakat itu sendiri. Sebahagian daripada mereka mewarisi keahlian bermain alat-alat muzik itu daripada keluarganya. Alat-alat muzik ini diperbuat daripada bahan-bahan yang diperolehi disekeliling mereka seperti buluh, kayu, kulit binatang dan lain-lain. Muzik rebana merupakan sejenis alat muzik yang berkembang dalam masyarakat Melayu tradisional. Rebana dimainkan dalam persembahan yang berunsur keislaman seperti dikir, ratib, nazam, hadrah, rodat, maulut dan lain-lain.

 Tradisi Muzik Melayu yang lain

(30)

b. Seni gerak

Seni gerak mengandungi segala gerakan tubuh badan yang mempunyai unsur – unsur keindahan . Seni ini dapat dilihat pada gerakan tangan , kaki , badan , mata dan anggota badan yang lain. seni gerak orang melayu dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu seni tari dan seni drama.

 Seni tari

Seorang ahli sejarah tarian dan muzik Jerman bernama C. Sachs telah memberikan definisi seni tari sebagai gerakan yang berirama. Seni tari adalah pengucapan jiwa manusia melalui gerak – geri berirama yang indah. Dalam kebudayaan melayu terdapat berbagai – bagai jenis tarian , sama ada tarian asli ataupun tarian yang telah dipengaruhi oleh unsur – unsur moden. Menurut Jaafar Mampak, tarian melayu asli terbahagi kepada dua jenis. Pertama , tarian yang bercorak lemah lembut seperti tarian mak inang dan siti payung. Kedua , tarian rancak yang merupakan hasil daripada pengaruh tarian Portugis seperti tarian Ronggeng , Serampang Laut dan Singapura Dua.

Seni tari boleh dikategorikan dalam berbagai – bagai jenis. Antara pembahagian yang boleh dibuat terhadap seni tari melayu adalah seperti berikut :

1. Tarian – tarian yang bercorak seni tari istana yang dipersembahkan pada waktu perkahwinan , pertabalan , istiadat menyembah dan sebagainya. Tarian – tarian ini termasuklah tarian siti payung , mak inang , asyik , gamelan dan sebagainya.

2. Tarian – tarian yang memperlihatkan wujudnya pengaruh Arab dan Parsi seperti tarian rodat , hadrah dan sebagainya.

3. Tarian rakyat seperti dondang sayang , ronggeng , joget dan sebagainya.

4. Tarian yang khusus ditarikan oleh kaum lelaki sahaja seperti tarian kuda kepang , tarian labi – labi , tarian berdayung dan sebagainya.

(31)

Tarian ini dicipta berdasarkan lagu – lagu melayu asli dengan mengikuti irama lagu – lagu melayu asli yang tertentu. Seni tari jenis ini ialah tarian yang dicipta daripada lagu Makan Sirih , Gunung Banang , Sapu Tangan , Asli Selendang , Bentan , Telani, Asli Abadi dan sebagainya.

 Tarian asyik

Tarian ini adalah sejenis tarian klasik dari daerah – daerah di Kelantan yang ditarikan di istana raja – raja Kelantan dan Patani. Asyik bererti kekasih , oleh itu tarian ini bersesuaian dengan gerak – geri bersifat lemah lembut dan penuh dengan ketertiban. Tarian ini dimulai dengan sepuluh orang penari masuk ke dewan tarian terlebih dahulu , lalu duduk bersimpuh dengan tertibnya. Kemudian tampillah Puteri Asyik dan mereka pun mula menari.Tarian asyik ini ditarikan dalam upacara perkahwinan dan pada malam berinai. Tiga alat muzik penting yang digunakan ialah rebab , gambang dan gedombak.

 Tarian ayam didik

Tarian ini dikatakan berasal daripada gerakan berlaga ayam, iaitu sejenis sukan yang diminati oleh orang Melayu pada masa lampau. Tarian ini dicipta oleh ahli tarian dinegeri Perlis. Tarian ini diringi dengan nyanyian lagu ayam didik.

 Tarian balai

Tarian ini berasal dari daerah-daerah dinegeri Terengganu. Tarian ini ditarikan oleh gadis-gadis kampung dalam bentuk simbolik seperti melakukan pekerjaan sawah. Penari-penari akan menari mengelilingi balai, iaitu sejenis payung panjang berwarna-warni yang diletakan dibawah gelanggang.

(32)

Kata tanggung berasal dari bahasa Thai yang bererti menari. Tarian Canggung berasal dari negeri Perlis dan menjadi popular di negeri Kedah, Perlis dan Pulau Pinang. Tarian ini dicipta oleh seorang ahli tarian dari Kangar selepas perang dunia kedua.

 Tarian Siti wau Bulan

Tarian ini berasal dari negeri Kelantan, ditarikan pada musim menuai sempena dengan temasya dan permainan wau.

 Tarian cinta sayang

Tarian ini berasal dari yang menggambarkan keluarga nelayan. Tarian ini menunjukan bagaimana keluarga nelayan mengucapkan selamat jalan kepada para nelayan sebelum turun ke laut.

 Tarian dabus

Tarian ini berasal dari negeri Perak dan mengandungi unsur keagamaan yang berkait dengan kepahlawanan Sayidina Ali.

 Tarian gambus

Tarian ini berasal dari daerah Kuala Kangsar Perak. Tarian ini dikatakan terkenal didaerah ini sejak 50 tahun yang lalu dan dipercayai berasal dari negara Arab.

 Tarian inai

Tarian ini adalah tarian istana yang ditarikan semasa majlis berkhatan anak pembesar-pembesar istana. Ianya dipersembahkan kepada kanak-kanak ini semasa mereka hendak dikhatankan dan duduk diatas pelamin.

 Tarian joget

(33)

 Tarian kuda kepang

Tarian ini ialah tarian warisan budaya Jawa yang terpengaruh dengan Islam. Ciri kejawaan itu jelas pada pakaian penari-penari dan unsur Islam jelas semasa cerita itu ditarikan iaitu mengisahkan peperangan nabi dan para sahabat.

 Tarian mak inang

Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, tarian mak inang sangat popular ditarikan pada hari-hari kerja kahwin tetapi kini ditarikan majlis-majlis sosial.

 Tarian zapin

Tarian ini dikatakan berasal dari negara Parsi . Ianya diringi dengan alat-alat muzik seperti dabus dan marwas. Pakaian yang digunakan ialah baju melayu.

 Drama tradisional

Drama tradisional mengikut pendapat Amin Sweeney ialah karya drama yang dianggap oleh masyarakat yang mewarisinya sebagi hasil yang diwarisi secara turun temurun dari generasi yang lampau. Antara seni drama tradisinal yang popular dalam masyarakat melayu adalah seperti berikut :

Main puteri

Drama tradisinal ini berkembang dengan popular sekali didesa-desa dinegeri Kelantan. Drama ini digunakan untuk mengubati orang sakit. Tok Puteri memainkan peranan sebagai pawang atau bomoh untuk mengawal penyakit yang dibawa oleh roh-roh atau semangat jahat.

Makyung

(34)

Menora

Menora ialah sejenis drama tradisioanal Melayu yang dikatakan dipengaruhi oleh seni darama Siam. Menora telah menjadi popular dinegeri Perlis, Kedah dan Kelantan.

Wayang kulit

Wayang kulit merupakan sejenis drama tradisoanl melayu yang terbahagi kepada beberapa jenis seperti wayang golek, wayang wang, wayang topeng dan wayang beber. Kini hanya wayang kulit yang masih kekal.

c. Seni rupa

Seni rupa dalam masyarakat melayu meruapakan ciptaan yang megandungi unsur-unsur seni yang dihasilkan oleh orang melayu melalui ukiran, anyaman, tenunan, seni bina dan sebagainya.

 Seni ukir

Seni Ukir dalam masyarakat melayu mempunyai hubungan rapat dengan hasil-hasil kerja tangan yang dicipta melalui kepandaian mengukir. Ciri-ciri ukiran itu dihasilkan melalui ukiran timbul, ukiran terbenam, ukiran tebuk dan ukiran timbus.

 Seni kraftangan

(35)

memerlukan daya estetika demi untuk memberikan rekabentuk yang indah dan menarik.

 Seni tembikar

Seni tembikar merupakan sejenis hasil kraftangan orang melayu yang menggunakan tanah liat yang dibakar dan digilap. Reka bentuknya dicipta berdasarkan fungsi sesuatu barang itu seperti periuk nasi, bekas air, bekas mennyimpan makanan seperti jeruk, pekasam dan lain-lain. Perusahaan membuat tembikar secara tradisonal ini masih dilakukan oleh orang Melayu khususnya di Sayung, Perak.

 Seni anyaman

Menganyam meruapakn proses menjalin jaluran daun, lidi, rotan, akar, buluh dan beberapa jenis tumbuhan yang lain. Beberapa jenis reka bentuk kraftangan dihasilkan melalui anyaman demi untuk mencipta sesuatu alat keperluan harian contohnya mengahsilkan topi, tudung saji, bakul dan mengayam tikar untuk mengalas tempat duduk.

 Tekatan

Tekatan dikenali juga dengan nama suji dan merupakan sejenis seni kraftangan yang popular dalam masyarakat Melayu. Tekatan menggunakan kain baldu sebagai kain dasar dan bentuk hiasannya mengambarkan reka bentuk bunga dan pohon – pohon. Tekatan digunakan untuk membuat kasut, kipas, muka bantal dan balutan tepak sirih. Hasil tekatan ini dibuat bagi tujuan upacara tertentu seperti dijadikan hiasan pada upacara perkahwinan, upacara berkhatan, pertabalan raja dan upacara – upacara kebesaran yang lain.

 Seni tenunan

(36)

Penciptaannya lebih rumit terutama dalam proses menyongket solek atau menyolek. Jenis kain tenunan ini dikenali juga dengan panggilan kain benang emas.

 Seni batik

Batik merupakan seni tekstil yang dihasilkan melalui proses menerapkan lilin dan mencelup kain. Pada permulaannya kain putih yang hendak diproses menjadi kain batik itu direbus dan dikeringkan. Kemudian kain batik itu diterapkan dengan blok tembaga yang dicelupkan ke dalam lilin cair yang dipanaskan. Selepas diterapkan kain itu akan diwarnakan dengan cara celupan yang berperingkat – peringkat. Selanjutnya kain itu direbus dan divasuh sehingga bersih lalu dijemur hingga kering.

 Seni tembaga

Seni tembaga merupakan satu lagi kraftangan orang Melayu. Seni ini diperkenalkan dengan tujuan untuk mencipta alat-alat daripada tembaga yang cantik dan indah bentuknya. Alat-alat yang dicipta dalam proses seni tembaga ini digunakan dalam upacara-upacara adat khususnya diistana raja-raja Melayu seperti alat-alat pertabalan raja, upacara perlkahwinan atau upacara diraja yang lain. Alat-alat tembaga ini digunakan sebagi hiasan atau perkakasan kegunaan dirumah seperti dulang, tempat letak sireh, sudu, tempat bara, bekas perenjis air mawar dan sebagainya.

 Seni bina

(37)

d. Permainan rakyat

Dalam tradisi lisan, permainan ini yang dikenali juga sebagai pemainan masa lapang atau sukan rakyat termasuk dalam kategori "folk games". Permainan ini bukan sahaja berfungsi sebagai alat hiburan tetapi juga berperanan dalam aktiviti sosial untuk menyerikan majlis-majlis keramaian, perkahwinan dan sebagainya.

Permainan masa lapang dan sukan rakyat yang lahir di dalam kebudayaan Melayu, malah dalam kebudayaan semua dikatakan sebagai satu cara untuk pelepasan emosi manusia itu sendiri. Di samping itu, permainan tradisional dalam masyarakat Melayu memainkan peranan yang lain juga seperti bertindak sebagai alat komunikasi dalam kalangan anggota masyarakat. Permainan masa lapang bagi orang Melayu boleh dibahagikan kepada permainan untuk orang dewasa dan permainan untuk kanak-kanak.

Permainan untuk orang dewasa termasuklah permainan wau, sepak raga, gasing, menyabung ayam, laga buah keras, congkak, berlaga kerbau dan lain-lain. Permainan untuk kanak-kanak pula termasuklah main telaga buruk, guli-guli, main galah, main kapal terbang, cina buta, ketup atau sembunyi dan lain-lain.

o Permainan gasing

Gasing ialah permainan rakyat yang popular dikalangan orang Melayu. Di negeri-negeri Pantai Barat gasing diperbuat daripada kayu, sementara di negeri-negeri-negeri-negeri Pantai Timur khususnya dinegeri Kelantan gasing diperbuat daripada timah. Permainan gasing dapat dibahagikan kepada tiga jenis iaitu :

(38)

3. Permainan untuk pertunjukkan.

o Permainan layang-layang atau wau

Permainan layang-layang atau wau mempunyai hubungan dengan kepercayaan kepada semangat padi. Permainan wau dipercayai telah dilakukan sebagai satu cara untuk memohon maaf kepada semangat padi yang telag menjelma menjadi seorang anak gadis.

Permainan wau diadakan sebagai hiburan untuk pelbagai peringkat umur. Permainan wau juga diadakan untuk pertandingan. Pertandingan yang melihat bentuk kecantikannya diukur dari segi keindahannya kepada bentuk, corak ciptaan, warna, keaslian ciptaan dan ukranya.

o Permainan congkak

Permainan congkak ialah sejenis permianan Melayu tradisional yang digemari oleh kaum wanita dan kanak-kanak. Permainan ini dipercayai mula berkembang di istana iaitu dalam kalangan wanita-wanita istana dan para pembesar. Mereka memainkan permainan ini untuk menghiburkan hati pada waktu lapang dan juga bagi mengisi masa.

Permainan congkak menggunakan dua bahan, iaitu papan congkak dan buah congkak. Kadang-kadang sebagai ganti papan congkak, lubang-lubangnya dibuat diatas tanah. Sementara biji-biji congkak pula ialah guli-guli kaca, buah getah, biji saga, batu-batu kecil dan sebagainya. Setiap papan congka hanya boleh dimainkan oleh dua orang sahaja.

o Menyabung ayam

(39)

Permainan menyabung ayam melibatkan pertaruhan wang atau sejenis perjudian. Tetapi pemilik ayam boleh mendapat bayaran tanpa turut serta dalam pertaruhan menyabung dengan cara menyewakan ayamnya jika ayamnya itu telah terkenal sering beroleh kemenangan.

o Sepak raga

(40)

9.0 Analisiis bab 4 Slalatus Salatin (Sejarah Melayu) oleh Mohamad Hairulamri bin Nordin.

Bab ini menceritakan tentang hubungan kerajaan Melayu Melaka dengan Kerajaan sekitarnya. Dalam bab ini juga ada menceritakan perihal raja-raja Melayu Melaka, tentang hubungan raja-raja Melaka dengan raja negeri lain, hubungan raja dengan rakyat dan sebagainya kisah raja. Bab ini juga ada menceritakantentang kehidupan rakyat jelata Melaka. Juga terdapat pengkisahan tentang kehidupan seharian budak Melaka. Selain itu kisah laksamana terunggul alam Melayu iaitu laksamana Hang Tuah, kisah pembunuhan beliau dan penderhakaan oleh sahabat karib beliau, Hang Jebat ada dalam bab ini.

Terdapat beberapa aspek yang dapat dikaitkan dengan unsur-unsur kebudayaan Melayu. Antara aspek yang dapat dilihat ialah perkaitan dari segi politik, ekonomi dan juga sosial. Aspek-aspek budaya ini masih lagi diamalkan dan menebal dalam jiwa masyarakat Melau kini walaupun telah lama dibawa arus pemodenan. Akan tetapi, mungkin terdapat sedikit perubahan yang berlaku dalam sesuatu aspek budaya tersebut bersesuaian mengikut ciri-ciri kebudayaan itu sendiri iaitu mengalami perubahan mengikut masa dan keadaan.

Aspek Politik

(41)

diguna pakai di mana seorang sultan akan memerintah negaranya. Sultan ini akan juga akan dibantu oleh pembesar-pembesar istana seperti bendahara, temenggung dan laksamana.

Ini dapat dibuktikan dalam ayat ‘Maka Sultan Mansur Syah pun berkira-kira akan pergi ke Majapahit, berani rasanya baginda akan galuh Majapahit itu. Baginda memberi titah kepada Bendahara Paduka Raja menyuruh berlengkap;’. Ayat di atas menunjukkan sultan merupakan pemerintah pada masa tersebut kerana beliau menitahkan akan Bendahara supaya bersiap-siap untuk ke Majapahit.

Jika pada zaman itu raja merupakan ketua kerajaan dan mempunyai kuasa mutlak, sistem beraja masih lagi diamalkan di negara ini pada masa kini, tetapi raja tidak lagi mempunyai kuasa mutlak. Perkara ini terjadi berikutan berlakunya proses perubahan dan juga dasar campur tangan daripada penjajah.

Kuasa pemerintahan negara telah diserahkan kepada Perdana Menteri. Perubahan ini berlaku hasil daripada Suruhanjaya Reid (1956) di mana pemerintahan negara hendaklah berlandaskan demokrasi. Oleh itu, tertubuhnya Kerajaan Pusat dan Raja Berpelembagaan.

Segala urusan pemerintahan negara akan dilakukan oleh Perdana Menteri dan akan dibantu oleh barisan Menteri yang akan membantu Perdana Menteri dalam mentadbir negara. Manakala, Yang di-Pertuan Agong mengetuai institusi Raja-Raja Melayu. Yang di-Pertuan Agong akan menganggotai tiga badan kerajaan iaitu badan Perundangan (Legislatif), Badan Pemerintah (Eksekutif) dan Badan Kehakiman (Judisiari).

(42)

Jika dibandingkan dengan zaman sekarang, sultan masih mempunyai kuasa seperti boleh mengampunkan dan menangguhkan sesuatu hukuman, boleh membuat pengisytiharan darurat dan sebagainya. Namun jika sultan menggunakan kuasanya untuk melakukan sesuatu perkara yang melanggar undang-undang sultan tersebut boleh didakwa kerana kerajaan telah meminda Perlembagaan Persekutuan berhubung kekebalan (immunity) Raja-Raja kerana pengecualian Raja-Raja daripada tindakan undang-undang tidak lagi dilihat selari dengan perubahan zaman.

Selain itu, aspek kebudayaan Melayu dalam sistem pemerintahan pada zaman dahulu juga dapat dilihat kepada kebergantungan kepada aspek ketenteraan. Contohnya dapat dilihat dalam ayat ‘Maka Sultan Mansur Syah pun memilih Anak Tuan-tuan yang baik-baik empat puluh orang, dan “Perawangan” yang asal empat buluh orang’.

Selain itu, ia juga dapat dilihat dalam ayat ‘Adapun segala “Hanghang” yang bernama Sembilan orang, iaitu Hang Jebat, dan Hang Kasturi dan Hang Lekir, dan Hang Lekiu dan Hang Ali dan Hang Sekandar dan Hang Hassan Dan Hang Hussin dan Hang Tuah anak raja Bajung, orang Sembilan itulah yang tiada bertara barang kelakuannya; barang yang tiada terbuat oleh orang lain, dialah membuatnya’.

Kedua-dua ayat di atas menunjukkan sultan amat mengharapkan kepada tenteranya yang diketuai oleh Sembilan Laksamana iaitu Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir, Hang Lekiu, Hang Ali, Hang Sekandar, Hang Hassan, dan Hang Hussin. Semua laksamana dan panglima ini membantu lagi dalam melancarkan sistem pemerintahan dan keselamatan negara.

Sistem pemerintahan pada masa sekarang juga dibantu dengan aspek ketenteraan bagi membantu keselamatan negara. Antara pasukan yang membantu keselamatan negara adalah penubuhan Pasukan Askar Melayu Diraja, Angkatan Tentera Malaysia, dan Polis Diraja Malaysia. Pasukan-pasukan ini diketuai oleh Yang di-Pertuan Agong.

(43)

Aspek berikutnya yang akan dikaji dalam bab ini ialah aspek sosial. Aspek sosial merangkumi beberapa perkara seperti agama, adat dan kepercayaan, bahasa, kesenian, nilai dan falsafah. Perkara-perkara ini dapat dilihat dalam pelbagai bentuk yang menunjukkan kebudayaan Melayu itu sendiri. Contohnya, di dalam bab ini juga terdapat pelbagai perkara yang menunjukkan aspek sosial masyarakat Melayu itu sendiri khususnya pada zaman Kesultanan Melayu Melaka.

Menurut Perlembagaan Persekutuan dalam perkara 160 (2), orang Melayu ditakrifkan sebagai seorang yang beragama islam. Justeru dari sudut agama, terdapat beberapa petunjuk yang menyatakan bahawa agama yang diamalkan pada ketika itu ialah agama Islam. Sebagai contoh, Sultan Muzaffar Syah yang merupakan sultan negeri Melaka merupakan seorang yang beragama Islam. Hal ini dapat dibuktikan kerana beliau telah mengislamkan Puteri Hang Liu sebelum bernikah dengannya.

Hal ini dapat dilihat dalam ayat yang berikut, ‘Maka Puteri Hang Liu dengan segala anak menteri China lelaki dan permpuan sekalipun, semuanya diislamkan bagindalah.’ Pada zaman dahulu, jika seorang pemimpin atau sultan menganut sesuatu agama, rakyatnya akan mengikut agama yang dianut oleh sultan itu. Hal ini menunjukkan agama yang dianuti pada zaman tersebut ialah agama Islam.

(44)

‘Termasyhurlah pada segala negeri peri baik paras Puteri Ratu Majapahit itu, maka beberapa raja-raja datang meminang, tetapi tiada diterima oleh Betara Majapahit.’

Ayat di atas menyatakan bahawa raja-raja dari negeri-negeri yang lain telah datang meminang akan Puteri Ratu Majapahit. Dalam adat melayu juga, proses peminangan pihak lelaki belum tentu akan diterima oleh pihak wanita seperti yang telah terjadi kepada raja-raja tersebut yang telah ditolak peminangannya oleh Betara Majapahit. Hal ini kerana, di sinilah berlaku perbincangan di antara kedua-dua belah pihak.

Pada masa ini, adat meminang masih lagi diamalkan oleh orang-orang Melayu. Sewaktu rombongan pihak lelaki hadir ke rumah pihak wanita, lelaki tersebut tidak dibenarkan untuk turut sama hadir ke rumah wanita tersebut dan akan diwakili oleh ahli keluarganya sahaja. Jika pinangan tersebut diterima, ibu lelaki tersebut akan menyarungkan cincin pertunangan kepada jari manis wanita tersebut sebagai tanda wanita tersebut tunangan orang.

Dalam bab ini, Raja China telah menerima tulah dari Sultan Melaka. Contohnya dapat dilihat dalam ayat “Tuanku ini tulah, kerana raja Melaka berkirim sembah itu, Jikalau tiada air basuh kaki raja Melaka, tuanku santap dan dibasuhkan muka tuanku yang telah kedal anjing itu, tiadalah akan sembuh penyakit tuanku ini.” Ayat berikut menghuraikan dua kepercayaan orang Melayu.

Pertama, mereka beranggapan bahawa raja China telah terkena tulah dari Sultan Melaka. Kedua, mereka juga percaya bahawa hanya air basuh kaki raja Melaka sahaja yang mampu menyembuhkan tulah yang menimpa raja China. Perkara ini menunjukkan kepercayaan orang bahawa seorang sultan itu mempunyai kuasa dan keajaiaban.

Aspek Ekonomi

(45)

banyak menceritakan mengenai kekayaan yang dimiliki oleh golongan pemerintah. Mereka banyak memiliki persalinan daripada emas, rantai emas dan hidup dalam keadaan yang mewah. Contohnya dapat dilihat dalam ayat ‘Baginda dipersalin Betara Majapahit dengan pakaian yang keemasan, bertatahkan ratna mutu manikam dan didudukan betara di atas segala raja-raja yang banyak dan dikurniai sebilah keris ganja kerawang;’.

Ini menunjukkan tanah Melayu pada masa dahulu mempunyai hasil kekayaan yang begitu banyak. Melaka juga pada masa dahulu pernah menjadi pusat perdagangan yang cukup popular. Justeru tidak hairanlah golongan pemerintah pada masa itu mempunyai hasil kekayaan yang cukup banyak. Di samping itu, golongan pemerintah pada itu juga sering mengirimkan hadiah-hadiah yang mahal seperti emas dan perak kepada negeri-negeri lain bagi mengukuhkan hubungan mereka.

Sebagai contoh, Raja China telah mengutuskan hadiah-hadiah yang mahal kepada Sultan Melaka. Ianya dapat dilihat dalam ayat ‘Alkisah maka tersebutilah perkataan raja benua China, setelah kedengaranlah khabar kebesaran raja Melaka ke benua China, maka raja benua China pun mengutus ke Melaka bingkisan jarum sarat sebuah pilau, lain daripada sutera benang emas kimka denwangga serta beberapa benda yang gharib-gharib’.

Aspek ekonomi terhadap golongan yang diperintah atau rakyat jelata pula lebih kepada pertanian dan penternakan. Mereka ini banyak menyumbangkan hasil kepada negeri masing-masing. Bukti mereka ini suka menternak dapat dilihat dalam ayat ‘Maka beratus-ratus kerbau lembu, biri-biri dan ayam, angsa disembeloh orang akan makanan segala yang berjaga-jaga bekerja itu’.

(46)
(47)

Refleksi

Bersyukur ke hadrat Ilahi atas limpah dan kurniaNya, maka dapat saya menyiapkan tugasan projek kali ini. Sepanjang menyiapkan tugasan projek ini, saya telah mendapat pelbagai ilmu baharu. Di samping itu, saya juga dapat mengukuhkan lagi pengetahuan sedia ada saya berkenaan topik yang dibincangkan di dalam tugasan ini. Bukan itu sahaja, saya dapati soalan tugasan projek kali ini banyak membantu saya dalam memahami lagi subjek BMM 3114 Kebudayaan Melayu. Tugasan ini telah diterima pada 03 Februari 2013 dan taklimat penerangan mengenai tugasan telah disampaikan oleh pensyarah pembimbing bagi subjek ini, Dr. Muhamad Fadzil Bin Yusoff dari Jabatan Pengajian Melayu, IPG Kampus Kota Bharu.

Dalam menghasilkan tugasan ini, saya telah mendapat pelbagai ilmu baharu terutamanya melibatkan mengenai kebudayaan Melayu. Antaranya ialah saya dapat mengetahui dengan lebih mendalam budaya masyarakat Melayu hasil daripada pengumpulan data yang telah saya lakukan bersama-sama ahli kumpulan saya. Ada di antara budaya masyarakat Melayu tersebut yang saya tidak pernah ketahui sebelum ini. Selain itu, melalui penghasilan ini juga saya telah menyedari bahawa budaya sesuatu masyrakat tersebut menjadi cermin kepada bangsa tersebut.

(48)

Selain itu, hasil pembacaan dan analisis terhadap Sulalatus Salatin ini banyak membantu saya dalam mengukuhkan kefahaman sedia ada saya. Misalnya, saya dapat memahami dengan lebih lanjut bagaimana sistem pemerintahan beraja yang telah diamalkan pada masa dahulu. Di samping itu, hasil pembacaan Sulalatus Salatin ini juga telah banyak menambahkan ilmu pengetahuan saya terutamanya dari segi penambahan kosa kata bahasa Melayu klasik. Jika terdapat perkataan-perkataan yang tidak difahami oleh saya, saya akan merujuk rakan-rakan, pensyarah atau internet bagi mencari maksdu perkataan tersebut.

(49)

Rujukan

http://www.epetua.com/artikel-adab-bertandang/

http://www.arkib.gov.my/en/c/document_library/get_file?uuid=6842c621-90bd-40be-9d6b-492423b2cdd4&groupId=187507

http://bincang.net/forum/showthread.php?96480-Fungsi-raja2-Melayu

Referensi

Dokumen terkait

dianalisis untuk diambil kesimpulannya, artinya penelitian yang dilakukan adalah penelitian yang menekankan analisisnya pada data-data numeric (angka), dengan menggunakan metode

Pada penelitian ini, dilakukan pengontrolan PID menggunakan PLC pada sebuah miniatur tower crane agar dapat memindahkan benda dari satu titik ke titik yang diinginkan dengan ayunan

Dalam dokumen tersebut ditunjukkan potensi dari bisnis, kelemahan dari bisnis kami, kompetitor kami, pakar-pakar di Kanada yang dapat dihubungi untuk melakukan konsultasi teknologi,

Memahami instruksi dan in- formasi sangat sederhana baik secara tindakan maupun bahasa dalam konteks sekitar peserta

Kegiatan ini dilakukan dalam bentuk Sosialisasi terhadap kebijakan politik pemerintah Aceh terkait pengembangan politik daerah terkini dan pengembangan kondisi

Dalam kodisi inflasi laba atau rugi yang dihasilkan informasi akuntansi atas dasar nilai historis tidak menggambarkan perubahan status ekonomi perusahaan yang sesungguhnya dan

Hasil penelitian yang diperoleh menunjukkan bahwa mayoritas responden yang memiliki hobi baik memiliki pola makan baik sebesar 239 siswa 61,4%, namun data yang diperoleh

Keeratan hubungan yang rendah antara pengetahuan gizi dan kesehatan, persepsi dan sikap terhadap rubrik gizi dan kesehatan di media cetak dengan perilaku sehat contoh