• Tidak ada hasil yang ditemukan

KAJIAN MENGENAI HUBUNGAN ETNIK DAN INTEG

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "KAJIAN MENGENAI HUBUNGAN ETNIK DAN INTEG"

Copied!
12
0
0

Teks penuh

(1)

KAJIAN MENGENAI HUBUNGAN

ETNIK DAN INTEGRASI NASIONAL

Pengenalan

9.1 Hubungan etnik dan integrasi nasional adalah isu yang penting dalam pembinaan negara Malaysia yang berbilang etnik. Selain etnik Melayu, Cina dan India, terdapat etnik-etnik lain seperti Orang Asli, Kadazandusun, Bajau, Iban, Bidayuh dan lain-lain lagi. Kepelbagaian ini menuntut satu pendekatan yang membolehkan ke semua etnik ini dapat hidup bersama dan berusaha memajukan negara tanpa perasaan syak wasangka dan tidak selamat.

9.2 Ekoran daripada Peristiwa 13 Mei 1969, Jabatan Perpaduan Negara (kini dikenali sebagai Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional di bawah Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan) ditubuhkan bagi menggerakkan program-program yang boleh memupuk perpaduan dan muhibah dalam masyarakat. Selanjutnya pelbagai program dari Rukun Tetangga sehingga kepada program Sekolah Wawasan dan Program Khidmat Negara, telah direka dan dilaksanakan sebegitu rupa untuk menangani dan memupuk perpaduan dan integrasi secara lebih menyeluruh. Selain

(2)

itu, perkongsian perayaan di peringkat nasional seperti ‘Kongsi Raya’ yang diwujudkan juga mempunyai tujuan yang sama.

9.3 Dalam satu dekad kebelakangan ini, pengenalan kursus-kursus yang memfokuskan kepada pembelajaran dan pemahaman budaya yang berbeza di institusi pengajian tinggi pula cuba menimbulkan perasaan menghargai dan kefahaman yang lebih di kalangan mahasiswa kepada budaya dan tamadun yang berbeza yang ada di sekeliling mereka. Ini dilakukan dengan pengenalan kursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia dan seterusnya, pengenalan konsep Islam Hadhari tidak lama dulu di peringkat nasional. Kursus Hubungan Etnik yang diperkenalkan sejak tahun 2006 di pusat pengajian tinggi pula adalah satu usaha untuk menangani masalah hubungan etnik yang sering menjadi isu dalam pembangunan negara. Ianya bukan hanya memberikan pendedahan kepada konsep-konsep hubungan etnik, malah pelajar diberikan peluang untuk melakukan aktiviti bersama untuk membolehkan kefahaman yang lebih mendalam bagaimana masyarakat pelbagai etnik dapat bekerjasama dan berinteraksi.

(3)

kekeluargaan memainkan peranan yang penting dalam membentuk generasi yang harmoni dan bertoleransi.

Bilangan Kajian dan Dana

9.5 Memandangkan hubungan etnik dan integrasi nasional adalah penting dalam pembangunan negara dan pembentukan masyarakat, maka ianya menjadi satu bidang kajian yang amat penting dalam sains sosial termasuk bidang pembangunan sosial. Kajian-kajian mengenai pelbagai dimensi persoalan hubungan etnik dan integrasi nasional dilakukan kebanyakannya oleh pensyarah dan juga pelajar Sarjana dan PhD dari Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Selain itu terdapat penyelidik dari universiti-universiti lain yang menjalankan penyelidikan dalam tema yang sama termasuk universiti-universiti baru.

(4)

9.7 Dari segi dana pula, kajian asas/gunaan mencatatkan pembiayaan sebanyak RM718,392, dengan kadar purata yang kecil iaitu RM5,526 bagi satu penyelidikan asas/gunaan. Mengikut pecahan pembiayaan, sebanyak 53 buah kajian menerima pembiayaan RM25,000 ke bawah, tujuh buah kajian pula menerima pembiayaan diantara RM25,000 – RM50,000, empat buah kajian menerima pembiayaan diantara RM50,001 – RM100,000. Manakala sebanyak sembilan buah kajian sahaja menerima pembiayaan sebanyak RM100,001 hingga RM500,000. Ini jelas menunjukkan bahawa pembiayaan yang diterima dalam kajian hubungan etnik dan integrasi nasional adalah kecil seperti juga bidang-bidang lain.

Kategori dan Tema Kajian

9.8 Secara umum, kajian-kajian bidang hubungan etnik dan integrasi nasional boleh dianalisis menurut dua kategori iaitu: (1) Hubungan antara etnik yang merupakan satu komponen penting pembangunan sosial dalam pembinaan negara; dan (2) Kajian yang bersifat dalaman etnik itu sendiri, misalnya kajian tentang ritual, budaya atau kelakuan etnik itu secara khusus, tetapi isinya mempunyai pengajaran untuk pembangunan sosial.

9.9 Kajian-kajian mengenai hubungan etnik dan integrasi nasional menunjukkan kepelbagaian tema yang agak menarik dan penting. Antaranya, termasuk:

 Integrasi di kalangan pelajar

(5)

 Pendidikan

 Bahasa, kebudayaan dan cara hidup

 Sosioekonomi

 Peranan media dalam menjaga dan memupuk hubungan etnik dan integrasi nasional

Tahap Hubungan Etnik dan Integrasi Nasional di Kalangan Pelajar Pelbagai Etnik

9.10 Pelajar dan belia merupakan pelapis kepada pembinaan dan pembangunan negara. Golongan ini yang akan menentukan tahap hubungan etnik dan integrasi nasional pada masa hadapan. Oleh itu, kajian mengenai tahap hubungan dan integrasi dilakukan dari peringkat sekolah hinggalah ke peringkat pengajian tinggi untuk menilai statusnya. Kajian Hazri Jamil et.al (2004), USM berjudul “Hostiliti atau Harmoni dalam Interaksi Sosial Pelajar Budaya Majmuk di Sekolah-sekolah Menengah Pulau Pinang” (asas/gunaan) menilai keharmonian dalam interaksi sosial pelajar majmuk di sekolah.

9.11 Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) pula cuba membangun para remaja agar lebih patriotik dan cinta kepada negara dengan pengisian pelbagai aktiviti yang melibatkan fizikal, mental, pembinaan karektor, kenegaraan dan kemasyarakatan. Walaupun pada awal tahun pelaksanaannya ia menerima pelbagai reaksi dan kritikan lebih-lebih lagi dari segi pengurusan, namun kini diakui oleh pelbagai pihak bahawa program ini dapat membentuk sikap yang lebih positif di kalangan generasi muda pelbagai kaum terhadap diri, keluarga,

(6)

masyarakat dan negara. Di samping itu, pergaulan di antara etnik juga dapat diperbaiki dengan penglibatan semua peserta dalam aktiviti kerjasama dan berkumpulan. Penemuan seperti ini terdapat dalam kajian Zaliha Hussin (2005), UiTM berjudul “Kajian Tinjauan Mengenai Kaedah Pengurusan dan Pengendalian Program Khidmat Negara” (asas/gunaan).

9.12 Kajian tentang tahap hubungan etnik dan integrasi di kalangan pelajar diteruskan lagi di peringkat pengajian tinggi. Kajian Nga Lay Hui @ Janice Nga (2005), UMS berjudul “Integrasi Antara Kaum di Kalangan Penuntut-Penuntut di Institut Pengajian Tinggi” (asas/gunaan) mengkaji corak pergaulan dan integrasi di kalangan golongan pelajar supaya fahaman etnosentrik dan kelemahan yang dikesan dapat diminimumkan manakala perpaduan sebenar dapat dipergiat dan diteruskan. Kajian ini cuba meneliti bagaimana perbezaan ras dan kekurangan akibatnya dapat dikurangkan bagi mengelak kejadian yang tidak di ingini yang mungkin mengancam kestabilan sosial, ekonomi dan politik untuk mendorong pembinaan bangsa Malaysia. Ini adalah kerana golongan pelajar inilah merupakan bakal pemimpin negara dan akan memasuki golongan kelas menengah pada masa hadapan. Sekiranya tahap hubungan dan integrasi memuaskan, maka akan wujud satu masyarakat Malaysia yang harmoni dan berperibadi tinggi, begitu juga sebaliknya.

9.13 Kajian yang dilakukan oleh Fatimah Daud (2002), UM berjudul “Polarasi Kaum di Kalangan Pelajar-Pelajar Universiti” (asas/gunaan) pula memberi tumpuan kepada hubungan etnik dan polarisasi kaum di

Comment [ P2 ] : J0209

Comment [ P3 ] : M0070

(7)

kalangan pelajar-pelajar di universiti dengan persoalan adakah ethnic

maintenance masih kuat atau berkurangan di kalangan generasi muda

sekarang. Kajian dilakukan untuk melihat sejauh mana golongan pelajar ini bergaul dan berinteraksi dalam sebuah komuniti kampus dan adakah akan mempengaruhi cara pergaulan dan interaksi mereka dengan struktur masyarakat luar yang lebih kompleks. Kajian ini mendapati program yang melibatkan aktiviti bersama, pertukaran program budaya, meningkatkan tahap kefasihan bahasa, dan pemahaman antara agama dapat meningkatkan persefahaman dan perpaduan antara pelajar pelbagai kaum.

Toleransi Agama

9.14 Aspek asimilasi sosial dan toleransi agama menjadi aspek penting dalam kajian pembangunan sosial. Kajian-kajian yang dilakukan menunjukkan bahawa di bawah sistem pemerintahan yang mendukung agama Islam sebagai agama rasmi, agama-agama lain tetap boleh dipraktikkan tanpa gangguan. Ini dijamin dalam Perlembagaan di bawah kebebasan beragama yang telah lama dipegang dan diamalkan.

9.15 Ketegangan agama kerap berlaku di mana sahaja, namun di Malaysia ianya masih di tahap yang dapat dikawal. Kajian oleh Abdul Salam Muhammad Shukri (2005), UIAM berjudul “Does Religious Tension Exist in Malaysia? A Survey of Malaysian Newspaper Report on Religious Tension Incidents From 1997-2003” (asas/gunaan) membuat analisis terhadap suratkhabar-suratkhabar arus perdana.

(8)

Kajian ini mendapati ketegangan agama memang wujud di Malaysia, namun ia dapat dikawal sehingga tidak merebak dan merosakkan masyarakat. Sebarang tragedi dan peristiwa dapat ditangani dan dikawal oleh pihak kerajaan khasnya dan masyarakat secara umumnya yang tidak mahu melihat keamanan negara yang telah dikecapi sekian lama musnah begitu sahaja.

9.16 Imej Islam yang sering dikaitkan dengan keganasan oleh media barat lebih-lebih lagi selepas peristiwa 11 September 2001 sedikit sebanyak mengundang persepsi negatif dari masyarakat bukan Islam di Malaysia. Ketegangan juga boleh wujud akibat dari ketidakfahaman di antara penganut-penganut agama yang ada di Malaysia, juga persepsi yang timbul sejak awal terhadap penganut agama yang berlainan. Masalah ini dikaji oleh Thameem Ushama (2006), UIAM melalui penyelidikan berjudul “The Image of Islam and Muslims Among Non-Muslims in Malaysia” (asas/gunaan). Kajian ini meneliti imej Islam dari pandangan bukan Islam di Malaysia, khususnya mengenai sikap dan penerimaan mereka terhadap Islam dan orang Muslim di Malaysia. Kajian ini mengkaji tahap keyakinan mereka untuk hidup di bawah pemerintahan Islam dan kesediaan mereka untuk menerima undang-undang Islam

Bahasa, Kebudayaan dan Cara Hidup

9.17 Menarik diketahui bahawa untuk meningkatkan integrasi antara kaum dan etnik, faktor penguasaan bahasa memainkan peranan yang memang penting. Bahasa sudah lama memainkan peranan sebagai satu wadah yang dapat mengeratkan integrasi dan hubungan.

(9)

Kefahaman dan kefasihan bahasa yang tinggi akan memudahkan komunikasi dan seterusnya dapat memupuk perpaduan dan integrasi. Kedudukan Bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan mendorong ke arah ini. Pada masa yang sama, penguasaan bahasa kaum lain memang membantu perpaduan.

9.18 Pembelajaran bahasa Mandarin diperhatikan menjadi satu pelajaran pilihan yang meningkat popular. Kajian Heng Buai Chin et.al (2005), UiTM berjudul “Pendidikan Bahasa Cina di Kalangan Pelajar Melayu, Satu Kajian Kes di Negeri Kelantan” (asas/gunaan) meneliti dan mengenalpasti apakah faktor-faktor pendorong yang menyumbang kepada penghantaran anak-anak Melayu ke SJKC di Kelantan. Kajian itu menunjukkan ibu bapa Melayu mahukan anak mereka menguasai tiga bahasa. Di samping Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, mereka juga berharap anak mereka boleh menguasai Bahasa Cina yang nilai ekonominya semakin tinggi. Ia disebabkan juga oleh faktor ekonomi yang mendorong ramai ibu bapa menghantar anak-anak mereka bersekolah di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina. Kebanyakan dari pelajar tidak menghadapi kesukaran belajar di sekolah jenis kebangsaan Cina, hanya segelintir dari pelajar miskin menghadapi masalah dalam pembelian buku latihan yang banyak dan mahal.

9.19 Kajian Cheun Heng Huat et.al (2002), UiTM berjudul “Attitude Towards the Learning of Chinese Characters among Students in Universiti Teknologi MARA” pula meneliti sikap pelajar di institut pengajian tinggi khasnya di UiTM dalam proses pembelajaran tulisan

Comment [ P7 ] : J0464

(10)

Cina. Hasil kajian mendapati bahawa proses pembelajaran adalah agak sukar akibat kekangan masa pembelajaran serta sifat tulisan bahasa Cina yang agak sukar. Namun, ramai yang beranggapan bahawa bahasa Cina akan menjadi salah satu bahasa yang penting pada masa hadapan.

9.20 Juga terdapat kajian-kajian yang mengkaji etnik minoriti peribumi seperti kajian terhadap cara hidup, amalan seharian, bahasa dan budaya mereka. Kebanyakan etnik yang dikaji adalah di kalangan peribumi masyarakat Borneo yang jauh dari arus pembangunan.

9.21 Sebagai contoh kajian Hanafi Hussin (2001) UM, berjudul “Ritual Moginom di Kalangan Masyarakat Dusun Tatana, Kuala Penyu Sabah” (asas/gunaan) yang mengkaji dan mendokumentasikan ritual Moginom oleh komuniti Tatana untuk beberapa tujuan seperti jamuan tahunan kepada roh nenek moyang, pengubatan dan pembayaran niat. Sehingga kini, ramai pengamalnya, sedikit demi sedikit mula meninggalkan amalan ritual Moginom sehingga ianya jarang dan hampir tidak dilakukan lagi kerana menganggap amalan tersebut ketinggalan zaman. Ianya satu kehilangan sekiranya kajian dan dokumentasi ritual Moginom ini lewat dilakukan.

Peranan Media dalam Menjaga dan Memupuk Hubungan Etnik dan Integrasi Nasional

(11)

berbilang kaum, media mempunyai tanggungjawab yang lebih besar untuk memastikan penerbitan mereka boleh mendorong perpaduan dan harmoni. Kajian Baharuddin Aziz (2003), UiTM berjudul “Media, Patriotisme dan Pembangunan Nasional, Satu Analisa Mengenai Peranan Media dan Penghayatan Hari Kemerdekaan (31 Ogos) Di Kalangan Rakyat Malaysia” (asas/gunaan) hendak mengenalpasti bagaimana media dapat memupuk semangat patriotik di kalangan masyarakat dengan menganalisis peranan media dan penghayatan Hari Kemerdekaan di kalangan rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum. Secara tidak langsung, hubungan antara etnik dan kaum dapat dipererat dan lebih mesra melalui kempen kesedaran dalam menyambut sambutan perayaan Hari Kebangsaan.

Kesimpulan

9.23 Secara keseluruhannya, daripada 133 buah kajian yang dijalankan tentang hubungan etnik dan integrasi nasional, hanya satu sahaja kajian rundingan/kontrak yang dilakukan. Manakala 60% adalah kajian asas/gunaan dan selebihnya penyelidikan tesis Sarjana dan PhD.

9.24 Persoalan hubungan etnik dan integrasi nasional sememangnya diakui merupakan perkara yang penting, lebih-lebih lagi dengan keadaan masyarakat Malaysia yang berbilang. Namun, sedikit sekali penyelidikan mengenai hubungan etnik dan integrasi nasional dalam bidang rundingan/kontrak dari tahun 2001-2005. Kekurangan kajian dalam kategori penyelidikan rundingan/kontrak memang tidak seiring

(12)

dengan situasi sekarang di mana hubungan etnik dan integrasi nasional menjadi satu isu penting.

Referensi

Dokumen terkait

Diharapkan hasil penelitian dapat memberikan informasi tentang karakteristik dan kepatuhan pasien minum obat yang berhubungan dengan keberhasilan pengobatan pasien

Salah satu tolok ukm keberhasilull prosts pembelajatan palla petgwuan tiuggi adalah nilai Indeks Pre stasi Kumulatif Untuk mempertahankan nilai IPK yang balli.,

Tujuan dari penelitian ini adalah untuk mengetahui gambaran tingkat kepatuhan penggunaan obat antidiabetes oral pada pasien diabetes melitus di Puskesmas Koh-Libong Thailand..

Perseroan mencatat laba periode berjalan yang dapat diatribusikan ke pemilik entitas induk hingga kuartal 3/2019 menjadi sebesar Rp14,9 juta, atau turun tajam -98,33% dari

2. Guru dan Siswa terlebih dahulu mempersiapkan perangkat Pembelajaran Onlie, seperti HP/Laptop/PC/Print/Scan/Dll, Guru dan Siswa memiliki akses

kitab baik bahasa jawa maupun indonesia juga menulis hal-hal yang penting.3 Hasil penelitian dan kajian teori yang sudah dipaparkan adanya kesamaan teori dan hasil penelitian,

Deteksi dini besarnya faktor resiko pada masing-masing kelompok umur dan gravid terkait dengan kejadian preeklamsia dan dengan diketahuinya besar resiko pada masing-masing kelompok

Visi mata pelajaran Teknologi Informasi dan Komunikasi yaitu agar siswa dapat dan terbiasa menggunakan perangkat Teknologi Informasi dan Komunikasi scara tepat dan