• Tidak ada hasil yang ditemukan

BAB 8 PEMINJAMAN DALAM BAHASA MELAYU

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "BAB 8 PEMINJAMAN DALAM BAHASA MELAYU"

Copied!
18
0
0

Teks penuh

(1)

1

BAB 8: PEMINJAMAN DALAM BAHASA MELAYU

Pada akhir bab ini, pelajar-pelajar akan dapat:

 Mengenalpasti sebab-sebab peminjaman dalam bahasa Melayu  Menerangkan kesan-kesan peminjaman bahasa

 Menjelaskan unsur-unsur bahasa luar dalam bahasa Melayu  Mengenalpasti kosa kata tertentu bagi setiap unsur peminjaman.

8.1 Pengenalan 8.2 Jenis Peminjaman 8.3 Kesan Peminjaman 8.4 Unsur Sanskrit 8.5 Unsur bahasa Arab 8.6 Unsur bahasa Cina 8.7 Unsur bahasa Jawa

8.8 Unsur bahasa Tamil, Hindustan dan Parsi

8.9 Unsur bahasa Portugis dan Belanda

8.10 Unsur bahasa Inggeris 8.11 Unsur bahasa-bahasa lain

(2)

2

Peminjaman bahasa merupakan satu proses meminjam kata-kata atau istilah daripada satu bahasa oleh bahasa yang lain untuk kepentingan tertentu kepada masyarakat yang meminjam bahasa tersebut.

Peminjaman bahasa berlaku apabila suatu bahasa bertembung dengan bahasa yang lain. Pertembungan ini menyebabkan penutur sesuatu bahasa akan berinteraksi dengan penutur bahasa yang lain. Peminjaman yang berlaku tidak akan menyebabkan bahasa tersebut kekurangan perkataan yang telah dipinjam oleh bahasa lain. Peminjam bahasa tidak semestinya memulangkan perkataan yang dipinjam kepada bahasa asalnya.

Bahasa yang berpengaruh atau berbudaya tinggi apabila bertembung dengan bahasa yang kurang berpengaruh atau berbudaya rendah akan saling lengkap-melengkapi. Misalnya apabila bahasa Melayu bertembung dengan bahasa Sanskrit pada kurun ke-7, bahasa Melayu telah meminjam sebilangan perkataan daripada bahasa Sanskrit.

Kedatangan beberapa kebudayaan yang berlainan dengan idea-idea dan teknologi moden ke negara kita telah menimbulkan masalah kekurangan kata-kata atau istilah untuk mengembangkan ilmu pengetahuan kepada masyarakat. Sesetengah perkataan di dalam bidang-bidang tertentu hampir sukar untuk dicari kata atau maksudnya. Justeru itu, masyarakat mengalami kesukaran untuk berkembang ke arah kemajuan. Kekurangan kata atau istilah ini menyebabkan berlakunya pengaliran masuk atau peminjaman kata-kata daripada bahasa asing.

Peminjaman kata daripada bahasa asing juga berlaku disebabkan oleh kemegahan atau keperluan terhadap bahasa asing yang membawa kepada sesuatu teknologi ke dalam sesebuah masyarakat. Faktor kemegahan dikaitkan dengan kebajikan sosial, keuntungan besar atau kemenangan tinggi sekiranya ahli-ahli dalam sesebuah masyarakat menunjukkan mereka mengetahui beberapa patah perkataan asing semasa bertutur dengan rakan-rakan. Perasaan megah ini lahir ketika mereka bertutur dengan rakan-rakan yang tidak mengetahui tentang bahasa tersebut. Misalnya di Malaysia, sebelum merdeka, seseorang itu dianggap mempunyai kedudukan tinggi apabila mereka dapat menggunakan kata-kata daripada bahasa Inggeris dan Arab.

Faktor keperluan juga merupakan faktor penting kerana ilmu yang ada dalam sesuatu bahasa yang dipinjam amat tinggi nilainya. Walaupun sesebuah negara itu tidak pernah dijajah namun keperluan untuk menggunakan kata-kata daripada bahasa lain tidak dapat diketepikan. Bahasa Jepun dan bahasa Thai juga banyak meminjam istilah daripada bahasa asing khususnya bahasa Inggeris untuk memenuhi keperluan mereka di dalam bidang pendidikan tinggi.

Usaha pemerkasaan bahasa Melayu amat mencabar di Malaysia. Untuk memenuhi fungsi-fungsi yang dihuraikan di atas, bahasa Melayu telah meminjam kata-kata daripada bahasa Inggeris, terutamanya dalam bidang teknikal dan khusus. Peminjaman bahasa ini telah menjadi satu keperluan dalam usaha untuk merancakkan perkembangan bahasa Melayu.

(3)

3

Bentuk peminjaman yang dilakukan secara penuh daripada sesuatu bahasa asing berlaku disebabkan oleh bahasa Melayu tidak

mempunyai kata-kata yang khusus untuk merujuk kepada sesuatu perkara itu. Kata-kata dalam peminjaman tulen disesuaikan dengan bentuk dan sistem bunyi dalam bahasa Melayu agar selaras dengan sebutan bahasa Melayu

Bahasa Inggeris

Kata-kata yang berasal daripada bahasa asing diberi maksud baru dalam bahasa Melayu

Bahasa Melayu ke bahasa

Budaya bahasa pendatang mempunyai ciri-ciri yang sama dengan budaya yang sedia ada dalam bahasa Melayu. Hal ini mengakibatkan berlakunya proses kacukan dan gabungan kedua-dua unsur tadi, iaitu bahasa Melayu dan bahasa asing yang membentuk satu kata majmuk. Kata-kata yang terbit ini menyalahi tatabahasa bahasa Melayu tetapi digunakan sebagai perbualan harian.

Kata-kata daripada budaya asing sukar digantikan dengan kata-kata dalam bahasa Melayu kerana sifat pemeriannya yang panjang. Hal ini mengakibatkan kata-kata bahasa Melayu yang sedia ada digunakan untuk mengisi

kekosongan yang ada.

Kata-kata yang telah mengalami perubahan makna secara mutlak disebabkan oleh terdapat kata lain yang hampir sama dengan kata-kata tersebut. Hal ini menyebabkan maksud kata pertama tadi berpindah kepada maksud kata kedua. Peminjaman jenis ini berlaku di kalangan masyarakat satu bahasa (ekabahasa).

Peminjaman ini berlaku disebabkan oleh kehampiran bunyi-bunyi kata yang dipinjam.

kata vowel ke kata vokal dalam bahasa Melayu

Peminjaman dibuat sama ada daripada dialek Kedah, Perak, Kelantan atau dialek lain.

kelmarin, semalam, dening, beria, ekau, jenuh, pi

Peminjaman kuno

Bentuk peminjaman daripada bahasa kuno yang tidak lagi digunakan. Proses ini juga dianggap sebagai menghidupkan semula kata-kata lama/kuno untuk memenuhi kekosongan atau keperluan pada zaman moden.

(4)

4

Terdapat beberapa jenis peminjaman bahasa iaitu peminjaman tulen, peminjaman maksud, peminjaman kacukan, peminjaman pemerian, peminjaman berpindah, peminjaman dialek dan peminjaman kuno. Secara perbandingan, mari kita lihat tentang jenis-jenis peminjaman bahasa tersebut.

Apabila perminjaman bahasa berlaku, maka berlaku penyesuaian dan perubahan pada bahasa tersebut sehinggalah kata-kata yang dipinjam itu diterima dan diserap ke dalam koleksi perbendaharaan kata bahasa tersebut. Peminjaman bahasa yang berlebihan akan mendatangkan kemudaratan kerana bahasa tersebut akan hilang identitinya sehingga menjadi bahasa pasar. Struktur ayat juga boleh terganggu akibat daripada peminjaman bahasa.

Di samping itu, proses peminjaman juga boleh menyebabkan berlakunya perubahan bunyi atau fonologi, bentuk kata atau morfologi serta bentuk ayat atau sintaksis pada bahasa tersebut. Perubahan fonologi bahasa Melayu berlaku akibat kemasukan kata pinjaman daripada bahasa Arab dan bahasa Inggeris. Walau bagaimanapun pengaruh bahasa Sankrit tidak membawa perubahan fonologi dalam bahasa Melayu walaupun bahasa Sanskrit terlebih dahulu meresap dalam bahasa Inggeris berbanding bahasa Arab dan bahasa Inggeris.

Jika dibandingkan dengan kedua-dua bahasa yakni bahasa Arab dan bahasa Inggeris, bahasa Arab lebih banyak mempengaruhi fonologi bahasa Melayu disebabkan oleh pengaruh Arab yang memperkenalkan agama Islam yang menuntut penggunanya membaca al-Quran. Secara tidak lansung penggunanya turut mempelajari bunyi-bunyi bahasa Arab. Pengaruh Arab telah pun bermula di Kepulauan Melayu sejak abad ke-14, maka tidak hairanlah bahasa Arab menguasai masyarakat di Kepulauan Melayu. Bahasa Arab telah memperkenalkan 13 bunyi konsonan baru atau pinjaman ke dalam bahasa Melayu. Banyak bunyi tersebut digunakan dalam kata-kata pinjaman bahasa Arab. Bunyi-bunyi tersebut ialah:

8.2 JENIS PEMINJAMAN

(5)

5

Konsonan bahasa Inggeris yang dipinjam oleh bahasa Melayu hanyalah /v/- vokal dan hal ini menjadikan bunyi-bunyi pinjaman bahasa Melayu sebanyak 14 konsonan kesemuanya. Pengaruh Arab juga dan Inggeris juga telah membawa masuk bunyi plosif atau letupan bersuara /b, d, g/ pada akhir suku kata tertutup dalam bahasa Melayu. Contohnya :/jawab/, /had/, /beg/.

Bagaimanakah bahasa Sanskrit meresap masuk dalam bahasa Melayu? Apakah sumbangan bahasa Sanskrit terhadap Bahasa Melayu? Sebenarnya, bahasa Sanskrit telah banyak memperkayakan bahasa-bahasa di Asia Tenggara, terutamanya dari segi perbendaharaan kata, akar kata, imbuhan dan prinsip-prinsip pembentukan kata. Negara-negara yang mempunyai hubungan dengan India sudah tentu tidak akan terlepas daripada menerima pengaruh bahasa Sanskrit. Bahasa Melayu juga tidak terkecuali. Hal ini memandangkan hubungan perdagangan yang telah lama wujud antara Tanah Melayu dengan India.

Sekiranya kita melihat zaman prasejarah, kira-kira tahun 2000 SM, masyarakat di Kepulauan Tanah Melayu menerima pengaruh dari India kerana aktiviti perdagangan dan kebudayaan yang wujud antara dua pihak. Justeru itu, penutur bahasa Melayu juga turut menerima pemikiran, kepercayaan, adat istiadat dan bahasa dari India yang merupakan salah satu daripada kerajaan maritim pada masa dahulu.

Pedagang-pedagang India juga telah mengembangkan dan menyebarkan unsur-unsur Sanskrit kepada masyarakat di Kepulauan Melayu. Kedudukan bahasa Sanskrit yang mempunyai kebudayaan yang tinggi menyebabkan bahasa Melayu terpaksa menerima kemasukannya. Pengaruh Sanskrit yang pertama yang dapat dikesan dalam bahasa Melayu ialah catatan batu bersuratpada abad ke-7. Penggunaan bahasa Sanskrit ini masih kekal ke hari ini.

/q/ qalam

/z/ zaman

/t/ batal

/s/ sabar

/f/ fikir

/h/ hakim

/’/ ilmu

/kh/ khabar

/gh/ ghaib

/dh/ hadhir

/sy/ syarat

/th/ mithal

/dz/ dzalim

(6)

6

Walaupun berdepan dengan kemasukan bahasa Arab dan bahasa Inggeris, namun masyarakat tidak lupa dengan kata-kata bahasa Sanskrit yang telah dipinjam. Sebaliknya, kata-kata bahasa Sanskrit yang telah dipinjam dikekalkan, manakala pengaruh bahasa-bahasa lain mengisi kekosongan yang masih ada dalam bahasa Melayu.

Dalam bahasa Melayu, terdapat 677 patah perkataan yang berasal daripada bahasa Sanskrit. Perkataan-perkataan tersebut terangkum dalam bidang-bidang seperti agama dan falsafah, istilah abstrak, alam semulajadi, negara dan hubungan kekerabatan, haiwan dan mergastua, bunga dan tumbuhan, hubungan dan kekeluargaan, bahagian tubuh badan manusia dan sebagainya.

Berikut merupakan contoh-contoh kata Sanskrit dalam bahasa Melayu.

Bidang Bahasa Melayu Bahasa Sanskrit

Agama dan Falsafah agama agama

bidadari vidyadhari

budi buddh

dewa deva

dewi devi

puasa upavasa

Istilah abstrak asmara asmara

bencana vancana

cedera cidra

gembira gambhira

(7)

7

Di samping itu juga terdapat beberapa proses penyerapan bahasa Sanskrit yang berlaku di dalam bahasa Melayu. Di antaranya termasuklah:

Proses anaptiksis/suara bakti

Proses penambahan vokal antara dua bunyi konsonan yang tidak silabik. Contohnya:

Indra menjadi indera, sutra menjadi sutera, bhasa menjadi bahasa.  Proses degeminasi/peleburan

Proses pengguguran atau peleburan satu konsonan dalam perkataan-perkataan yang mengandungi dua konsonan yang sama dan berurutan. Contohnya;

uttara utara

sammuka semuka

buddhiman budiman

Proses perubahan konsonan tak bersuara kepada bersuara

Proses ini melibatkan perubahan konsonan letupan lelangit lembut tak bersuara /k/ menjadi konsonan lelangit lembut bersuara /g/.

Bidang Bahasa Melayu Bahasa Sanskrit

Alam semulajadi bumi bhumi

tanah athana

suria surya

cahaya chaya

nyala juala

Negara dan hubungan kekerabatan

pengawal pungala

raja rajah

maharaja maharajah

permaisuri paramesuara

(8)

8 Contohnya;

kamsa gangsa

kandala gendala

Proses perubahan vokal /e/ menjadi /i/

Proses ini menglibatkan perubahan vokal depan separuh sempit /e/ menjadi vokal depan sempit /i/. Contohnya:

vesma wisma

sesa sisa

vela bila

Proses disimilasi

Proses disimilasi ialah proses perubahan dua bunyi yang sama menjadi tidak sama. Contohnya

vanantara belantara

lalita jelita

sarira selera

Proses perubahan vokal /i/ menjadi /e/

Proses ini melibatkan perubahan vokal depan sempit /i/ menjadi vokal depan separuh sempit /e/. Contohnya

lima lena

divasa dewasa

cidra cedera

Proses protesis

(9)

9  Proses sinkop

Proses ini memendekkan kata dengan cara menggugurkan bunyi tengah atau suku kata. Contohnya:

niyata nyata

parusa prosa

Proses haplologi

Proses pengguguran satu suku kata dalam perkataan yang mengandungi dua suku kata yang sama dan berurutan. Contohnya

samanantara sementara

budidaya budaya

Proses epentesis

Proses penambahan bunyi vokal atau konsonan di tengah kata selain bunyi nasal. Contohnya

Proses yang dihuraikan di atas telah diasimilasikan di dalam pertuturan bahasa Melayu dan terus digunakan sehingga sekarang.

smara asmara

stri isteri

makuta mahkota

manusya manusia

(10)

10

a) Huraikan punca-punca berlakunya peminjaman di dalam bahasa Melayu. b) Nyatakan 5 jenis peminjaman dan contoh-contoh yang sesuai.

c) Mengapakah peminjaman daripada bahasa Sanskrit tidak dapat dielakkan?. d) Kenalpasti beberapa perkataan daripada bahasa Sanskrit yang telah dipinjam di

dalam bahasa Melayu. Kaji fonem perkataan-perkataan tersebut.

Pinjaman daripada bahasa Arab lebih banyak jumlahnya berbanding dengan pinjaman daripada bahasa Sanskrit. Kebanyakannya disesuaikan mengikut sebutan Melayu, dan sesetengahnya sudah sebati sehingga tidak disangka berasal daripada bahasa Arab. Pinjaman tersebut melibatkan pelbagai bidang.

(i) Agama

ajal , akaid , akil , Allah Taala , amal , anbia , arasy , aulia , baligh , batal , bilal , dajal , doa , fardu , fikah , fitrah , haid , haji , hakikat , halal , haram , hidayat , ibadat , iktikad , imam , iman , jin , junub , kadi , kiblat , kufur , Loh Mahfuz , makmum , makrifat , makruh , maksiat , malaikat , masjid , mikraj , murtad , mustakmal , nabi , najis , nifas , qada , Quran , rahmat , rasul , rukuk , rukun , sah , sujud , syahadat , syaitan , syarat , syariah , syariat , taat , tahlil , takdir , umrah , wali , wuduk , zakat , zikir

(ii) Ilmu

ahad , ahli , ahmak , alim , arif , ayat , bab , baki , dakwat , darab , falak , falsafah , fasal , fatwa , hadis , hafaz , hakim , hikayat , hikmat , hisab , hukum , huruf , ibarat , iklim , ilmu , Isnin , jahil , jawab , jumlah , kaedah , kalam , kamus , kasidah , kertas , khabar , khasiat , khat , khatam , kisah , kitab , loghat , madrasah , majalah , maklum , maktab , maktub , misal , mufti , nahu , nujum , petua , Ramadan , riwayat , saat , saraf , sejarah , siasat , sihir , soal , surat , Syaaban , syair , syarah , syeikh , tabib , tafsir , takbir , takwim , tamsil , tarikh , tawarikh , ulama , usul , waktu , zaman.

(11)

11 (iii) Fikiran dan perasaan

aib , ajaib , akal , akhir , am , aman , asyik , awal , bahas , dahsyat , faham , fikir , hairan , hajat , hawa , hebat , ijtihad , ikhlas , ikhtilaf , iktibar , ilham , insaf , izin , kabul , kalbu , khas , khuatir , khusus , khutbah , laknat , makna , maksud , masyghul , muhibah , mustahil , musykil , nafsu , nasib , nasihat , niat , syak , syok , tadbir , takjub , umum , waham , yakin , yakni

(iv) Hukuman dan peraturan

adil , amir , baitulmal , daerah , daftar , dakwa , had , hakim , hukum , kadi , khalifah , mahkamah , makam , mansuh , mukim , rakyat , sultan , tabal , takluk , tertib , uzur , wajib , wakaf , wakil , wali , wazir , wilayah , zalim

(v) Benda-benda kejadian dan perbuatan

akhirat , alam , dunia , haiwan , halwa , insan , jati , jubah , kawat , kopiah , kuat , kubah , layak , lazat , loh , nahas , nur , roh , sahur , salji , sifat , syarbat , taun , wabak , wajah , wujud

(vi) Adat dan pergaulan manusia

adat , afiat , akad , awam , azimat , bahlul , batin , darjat . darurat , faedah , fitnah , ghaib , ghalib , hadir , hadiah , hormat , ijazah , istiadat , jahil , jenazah , jimak , kafilah , karib , kaum , kerabat , khadam , khalwat , khilaf , khunsa , kubur , lazim , majnun , makmur , manfaat , marhum , martabat , maruah , masyhur , maulud , maut , mastautin , mesyuarat , mudarat , muhrim , musafir , musibat , nafkah , nasab , nazar , nazir , nikah , nisbah , redha , rezeki , sanduk , sedekah , sihat , siti , syahwat , syarifah , syarikat , syukur , tahniah , taksir , takziah , takzim , umat , waris , watan , ziarah , ziarah

Jika diteliti kata-kata bahasa Arab juga telah mengalami beberapa proses perubahan sebelum menjadi kata-kata pinjaman dalam bahasa Melayu. Di antara proses yang berlaku ialah:

Gugusan rangkap konsonan yang serupa sama ada di tengah atau akhir kata bahasa Arab digugurkan salah satu daripada konsonan tersebut. Contohnya:

dajjal dajal

dallal dalal

(12)

12

Huruf qaf (q) dlaam bahasa Arab berubah menjadi huruf /k/ dalam bahasa Melayu. Contohnya:

Konsonan /f/ dalam bahasa Arab digantikan dengan /p/ dalam bahasa Melayu tetapi kadang-kadang konsonan /f/ juga digunakan. Ini tidak mendatangkan sebarang perubahan makna. Contohnya:

faham paham/faham

fikir pikir/fikir

wakaf wakap/wakaf

Vokal /u/ ditambah pada kata-kata bahasa Arab yang diterima masuk, khususnya pada akhir kata tertutup. Contohnya:

ilm ilmu

qalb kalbu

nafs nafsu

Vokal /i/ ditambah pada akhir kata bahasa Arab yang diterima masuk ke dalam bahasa Melayu. Contohnya:

abd abdi

rizq rezeki

Vokal /i/ atau /a/ pada awal suku kata bahasa Arab digantikan dengan vokal /e/ pepet atau taling dalam bahasa Melayu

qamus kamus

qubbah kubah

(13)

13

Konsonan /s/ dalam bahasa Melayu mempunyai keselarasan bunyi dengan konsonan /th/ dalam bahasa Arab. Contohnya:

bahath bahas

warith waris

thalj salju/salji

Pengaruh bahasa Cina juga terdapat di dalam bahasa Melayu. Hampir sebahagian besar perkataan yang dipinjam dalam bahasa Cina berasal daripada bahasa Hokkien. Hal ini berdasarkan faktor sejarah di mana orang-orang Hokkienlah yang mula-mula sekali datang ke Tanah Melayu dan menetap di sini. Hasil interaksi mereka dengan orang-orang Melayu di kampung-kampung tempat tinggal mereka dan kawasan sekitar telah menyebabkan berlakunya peminjaman bahasa. Antara kata yang dipinjam dalam bahasa Hokkien adalah berkaitan dengan makanan, pakaian, alat-alat yang digunakan untuk berjudi dan kata-kata lain yang tidak terdapat di dalam bahasa Melayu. Cuba kaji kata-kata daripada bahasa Hokkien yang digunakan di dalam bahasa Melayu seperti berikut:

Makanan dan buah-buah

angki (pisang kaki) , bakmi , bepang , bihun (mihun) , cincau , kuaci , kucai , kuih , lai , laici , mi , samsu , tauhu , tauge , teh , tokyu

Pakaian dan barang-barang dagangan

bak (dakwat) , candu , cat , ci (1/10 tahil) , cukin , gincu , hun (1 inci Cina) , kekwa , (bunga) , koyan , koyok (ubat) , tahil , tocang

Rumah dan perkakasnya

bangsal , beca , boh (batu) , cawan , dacing , jong , kincir , lanca , langkan , loceng , loteng , pangkin , pungkis , sampan , sia (bakul bertingkat) , sipua (alat mengira) , tanglung , tangsi (tali halus) , teko , tongkang , toya (kayu panjang)

sabab sebab

sadaqah sedekah

tartib tertib

(14)

14  Manusia dan hal ehwalnya

ampau , apek , banci (hitung) , cempiang , centeng , cuak , gua (saya) , kampuh (tutup dengan kain) , kongsi , kuntau , lancau , lancong , lu (engkau) , nyonya , ponteng , samseng , sue (malang) , tauke , tekong , toa pekong , tokong , tongsan

Permainan

capjiki , ceki , congkak , pakau , pakbu , poh toa , cukai

Terdapat kira-kira 1,977 patah perkataan yang dipinjam daripada bahasa Jawa. Kata-kata ini dapat dikategorikan kepada beberapa jenis seperti Kata-kata am, Kata-kata konsep, Kata-kata makanan, kata panggilan dan kata kebudayaan.

Pengaruh Jawa telah meresap ke dalam bahasa Melayu melalui cara-cara berikut:  kesusasteraan, terutama menerusi cerita-cerita Panji

pengaruh kerajaan Jawa di Majapahit dan Mataram di Kepulauan Melayu pada zaman silam

kehadiran orang Malaysia berketurunan Jawa  pengaruh kesusasteraan Indonesia di Malaysia  perkembangan media massa yang pesat

Pada zaman pemerintahan Belanda, bahasa Jawa berkembang dengan pesat di Kepulauan Melayu. Semangat kejawaan yang pesat telah membantu mempercepatkan perkembangan bahasa Jawa di Kepulauan Melayu. Faktor penterjemahan sastera panji Jawa ke dalam bahasa Melayu telah menjadikan bahasa Melayu menggantikan bahasa Jawa sebagai bahasa utama di Asia Tenggara.

Migrasi di kalangan orang Jawa ke Semenanjung Tanah Melayu dan Singapura juga mempercepatkan penyebaran bahasa Jawa ke dalam bahasa Melayu. Mereka datang ke Tanah Melayu disebabkan oleh kehendak pemerintah ataupun untuk memenuhi permintaan buruh. Mereka mendirikan penempatan di tempat-tempat tertentu seperti di ladang-ladang kelapa di Pontian, Batu Pahat, Tanjung Karang, Banting, Sungai Manik, Teluk Intan dan beberapa tempat di Kedah dan Pulau Pinang.

Di antara beberapa perkataan Jawa yang telah dipinjam ialah:

agus , aji , alun-alun , ancam , andai , anggap , ayu , babad , bagus , bajik , batik , beres , bibit , buntu , cerdas , dingin , dokoh , embok , enak , enteng , galuh , gamelan , gerobok , gusti , intip , inu , jaguh , jelik , jeragan , kejam , keraton , kesal , ketara , kodok , kuping , lahar , lakon , lamun , lanang , leluasa, lucu , luntur , lurah , mendung , menginap , mesti ,

(15)

15

nona , nyaman , obor , oleh-oleh , omong, pamer , pecal , penting , ratu , rogol , ronggeng , saban , saringan , senohong , sepi , sering , sore , sumsum , sumur , tamu , tindak , tulen , urus , walang , waras , warung , wayang.

Terdapat beberapa perkataan bahasa Tamil yang diserap masuk ke dalam bahasa Melayu. Banyak perkataan bahasa Tamil yang diserap ke dalam bahasa Melayu turut diserap daripada bahasa lain. Inilah yang disebut sebagai pinjaman atas pinjaman. Peminjaman ini adalah berkait rapat dengan hubungan terus masyarakat Melayu dengan orang-orang India dan Hindi yang datang berniaga di Semenanjung Tanah Melayu sejak beberapa abad dahulu.

Kebanyakkan kosa kata yang diserab daripada bahasa Tamil berkaitan dengan perdagangan dan perniagaan, makanan, peralatan, dan hubungan kekeluargaan.

Antara bahasa Tamil yang di serap ke dalam bahasa Melayu:

Apam, bagaimana, bapa, bedil, canai, cerut, coli, cuci, cukai, emak, gerudi, gudang, guni, gurindam, jodoh, kari, katil, keldai, kendi, ketumbar, kuil, kuli, ladam, lebai, logam, macam, mahligai, mempelai, negeri, nelayan, nilam, nira, percuma, peti, pili, pinggan, pondan, putu, ragam, ranggi, sami, seloka, tali, tandil, tembikai, dan tirai.

Bahasa Hindustan pula merangkumi perkataan seperti:

Boria, basi, baldi, barua, bangsat, boya, banglo, capal, curi, lucah, dal, dian, dunia, gari, ganja, ganda, guni, gusar, seterika, kanji, ajus, kurna, kubis, marmar, neraca, pateri, rebana, sundal, serang, dobi, gudang, roti, jenaka, topi dan kerani

Ketika pedagang Parsi berkunjung ke dunia Melayu lebih 800 tahun lalu, mereka membawa pelbagai pengaruh yang kesannya masih wujud sehingga kini. Pedagang Parsi juga membawa kesusasteraan mereka dan memperkenalkan penggunaan tulisan jawi kepada orang Melayu. Kesannya terdapat dalam bahasa Melayu di mana perkataan yang mempunyai asal-usul dari bahasa Parsi digunakan dalam percakapan seharian. Pengaruh bahasa Parsi pula dapat dilihat daripada perkataan-perkataan seperti berikut:

(16)

16

andam, badam, bahari, baju, bandar, bedebah, beriani, biaperi, bina, bius, cogan, cokmar, darwis, destar, dumba, firdaus, firman gandum, geram, gusti, honar, istana, jam, johan, juadah, kahwin, kapur , kesmis , laksa , lasykar , lawak , lazuardi , medan , nafiri , nakhoda, nesan, nobat, pasar, pelana perca, peri, Peringgi, pesona, piala, pinggan, reja, rubah, sal, saudagar, serban, seluar sudah, syah, takhta, taman, teraju, zadah.

Dengan kedatangan kuasa-kuasa Barat ke Asia Tenggara telah menyebabkan bahasa Melayu terdedah kepada budaya baru yang tidak pernah diterima sebelum ini. Pengaruh Barat yang pertama tiba ke Tanah Melayu ialah Portugis. Kedatangan Belanda ke Tanah Melayu juga telah memperkayakan kata-kata pinjaman dalam bahasa Melayu., Pengaruh Barat yang terakhir ialah pengaruh Inggeris dan masih berkekalan malah semakin banyak dipinjam oleh bahasa Melayu.

Contoh bahasa Portugis dalam bahasa Melayu ialah:

baldi , bangku , meja , baulu , baldu , beranda (kota) , bola , bomba , dadu , garpu , gereja , istinggar , jendela , kapitan , kara , kebaya , keju , kemeja , lampu , lancang , lelong , mandur , mentega , merinyu , meski , minggu , paderi , palsu , peluru , peniti , peon , perada , pipa , pita , renda , rial , roda , sekolah , selada , sepatu , sinyor , tempoh , terangkera , terongkoh , tinta , tuala , wizurai

Contoh bahasa Belanda dalam bahasa Melayu ialah:

bor , dam , dansa , duit , engsel , geladak , kamar , kantor , koran , laci , ongkos , pelekat , pelesir , peluit , permisi , rokok , sekoci , sekopong , senapang

Bahasa Inggeris merupakan bahasa dari benua Eropah yang paling banyak mempengaruhi bahasa Malaysia dari segi peminjaman perkataan. Peminjaman perkataan daripada bahasa Inggeris bersifat rencam. Ada-kalanya peminjaman tersebut merupakan sesuatu yang benar-benar perlu. Namun terdapat juga peminjaman yang bersifat membazir terutama dalam bidang penggunaan umum. Terdapat sesetengah kata yang dipinjam itu terdapat dalam bahasa Melayu. Cuba lihat perkataan-perkataan seperti aktiviti (kegiatan), servis (khidmat), dialek (loghat), dan sebagainya. Terdapat juga perkataan-perkataan lain yang tidak digalakkan penggunaannya di dalam bahasa Melayu

8.9 UNSUR BAHASA PORTUGIS DAN BELANDA

(17)

17

memandangkan terdapat kosa kata bahasa Melayu yang boleh digunakan. Cuba tafsirkan perkataan bahasa Inggeris berikut yang telah diMelayukan!

aktor aktress apartmen apoinmen artikel artis audiens

band bisnes definisi demonstrasi dialog diskaun efektif

ejen eksperimen flet formal formula graduan interviu

hos insiden intelektual jel jurnal karier kolum

komen komersial komitmen komposer konferens konsumer lirik

Bahasa Siam:

kop (mata wang Siam) , makyung , menora , wat , perai (sj. kain sutera hitam) , samsam , senarai

Bahasa Jepun:

Terdapat sedikit perkataan yang berasal dari bahasa Jepun berada dalam Kamus Dewan. Kebanyakannya ialah perkataan yang diguna pada zaman pendudukan Jepun dan juga kata yang membawa erti benda-benda tradisi dan moden dari Jepun yang terkenal di dunia. Tetapi sesetengah dari perkataan ini jarang digunakan.

Contohnya:

ginko, harakiri, heiho, jibaku, judo, kanji, kimono, kokang, romusya, sake, samurai, syogun, taiso, takeyari.

(18)

18

a. Huraikan sejarah peminjaman bahasa Arab di dalam bahasa Melayu.

b. Kenalpasti 10 patah perkataan bahasa Arab yang digunakan secara berleluasa di dalam pertuturan seharian kita.

c. Kenalpasti 10 patah perkataan bahasa Tamil, Hindustan, Jawa, Portugis yang digunakan secara berleluasa di dalam pertuturan seharian kita.

d. Pada pendapat anda, adakah bentuk kerencaman bahasa akibat peminjaman bahasa memberi faedah kepada perkembangan bahasa? Justifikasikan jawapan anda.

 Proses peminjaman bahasa berlaku disebabkan oleh faktor kekurangan istilah dan kosa kata, kemegahan dan keperluan untuk beradaptasi dengan bahasa asing.

 Proses peminjaman boleh menyebabkan beberapa kesan. Antaranya ialah struktur ayat terganggu, perubahan bunyi atau fonologi, bentuk kata atau morfologi serta bentuk ayat atau sintaksisnya.

 Faktor hubungan dengan India menyebabkan bahasa Sanskrit meresap masuk ke dalam bahasa Melayu.

 Proses penyerapan bahasa Sanskrit melibatkan perubahan pada huruf-huruf vokal dan konsonan.

 Pengaruh Arab juga meresap masuk ke dalam bahasa Melayu dalam bidang agama, ilmu, fikiran dan perasaan dan hukum serta peraturan.

 Unsur Bahasa Cina, Jawa, Bahasa Tamil, Hindustan, Parsi, Portugis dan Belanda telah meresap masuk secara meluas dalam bahasa Melayu

Referensi

Dokumen terkait

Adapun yang menjadi permasalahan dalam skripsi ini, (1) Bagaimanakah jenis-jenis makna dalam bahasa Melayu dialek Tanjung Balai, (2) Bagaimanakah hubungan bentuk dan makna

Adapun yang menjadi permasalahan dalam skripsi ini, (1) Bagaimanakah jenis-jenis makna dalam bahasa Melayu dialek Tanjung Balai, (2) Bagaimanakah hubungan bentuk dan makna

Adapun yang menjadi permasalahan dalam skripsi ini, (1) Bagaimanakah jenis-jenis makna dalam bahasa Melayu dialek Tanjung Balai, (2) Bagaimanakah hubungan bentuk dan makna

Berdasarkan dari hasil pembahasan dapat disimpulkan bahwa pada bahasa Melayu dialek Serawai terdapat relasi semantik kata sebagai berikut: ada 39 pasang sinonim

Peneliti melihat bahwa dalam bahasa Sumbawa dialek Semawa terdapat beberapa kosa kata yang diserap dari bahasa asal etnik penuturnya yaitu salah satunya bahasa Arab, dari

Peminjaman unsur asing tersebut terjadi disebabkan oleh hal-hal: (1) Peperangan dan penjajahan politik – membawa masuk bahasa Portugis dan Inggeris; (2) Perniagaan dan

Sejauh ini, kata-kata yang diamati tidak dipengaruhi oleh peminjaman dari bahasa Belanda juga tidak mempunyai sufiks yang sudah tersedia padanannya untuk sufiks bermakna sama

Berdasarkan hal tersebut, maka dapat dinyatakan bahwa novelty dari penelitian ini mengungkapkan bahwa terdapat tujuh jenis kosakata dari data informan pengguna bahasa Melayu Papua