SJK(C) PU SZE
BAHASA MELAYU (PEMAHAMAN) TAHUN 4 PBS PENGGAL 2
(KERTAS 1) Masa: 1 jam 15 minit
Nama : ______________________( )
Markah : _________%
Kelas : 4( )
Tarikh : ____/___/2017
1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B. 2. Kamu dikehendaki menjawab semua soalan dalam kedua-dua bahagian ini.
3. Tiap-tiap soalan dalam Bahagian A diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A,B, C dan D. Bagi setiap soalan , pilih satu jawapan saja. Hitamkan jawapan kamu pada kertas jawapan objektif yang disediakan. Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat. Kemudian hitamkan jawapan yang baharu.
BAHAGIAN A [20 markah]
Soalan 1 hingga 16
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
1 ________________ menjual hasil tanamannya di pasar untuk mengaut keuntungan.
A Petani
B Pelawat
C Nelayan
D Pensyarah
Soalan 2 berdasarkan gambar di bawah.
2 Sultan Abu Bakar ialah seorang sultan yang prihatin. ________ selalu mengambil berat tentang keadaan rakyat jelata.
A Beta
3 Tong sampah yang moden itu sangat istimewa kerana_________ bahan kimia.
A kalis
B reput
C kalah
D hapus
4 Semua murid memenuhi gelanggang badminton ____________menyaksikan perlawanan akhir__________pasukan SJK(C) Sri Uda dengan SJK(C) Sin Hua.
A untuk... pada
B bagi... dari
C dengan... ke
D untuk... antara
5 Datuk terlalu rindu________ keluarganya yang telah terpisah jauh.
A akan
B agar
C demi
D untuk
6 Mei Mei segera bersembunyi di______langsir apabila mendengar namanya dipanggil oleh ibu .
A atas
B sebelah
C sebalik
D hadapan
Soalan 7 berdasarkan gambar di bawah.
7 ___________________ menangis lagi, Siti. Saya pasti dompet kamu itu akan dijumpai.
A Usah
B Harap
C Minta
8 Biki telah menjadi johan dalam pertandingan __________yang dianjurkan oleh SJK(C) Xin Min.
A reka baru
B daya cipta
C reka cipta
D reka bentuk
9 “Penggunaan tenaga suria dapat __________ kos elektrik,” kata Ramu kepada adiknya. A menguraikan
B mengurangkan
C menambahkan
D mengurungkan
10 Ibu ___________Ali supaya menyiapkan kerja rumah sebelum bermain bola di padang.
A ingatan
B beringat
C mengingati
D mengingatkan
11 Wei Wei tidak sempat menjawab beberapa soalan ujian akhir tahun kerana soalan itu terlalu________.
A ketat
B padat
C sukar
D senang
12 Hobi membaca membawa banyak manfaat kepada kita. Pilih perkataan seerti bagi manfaat.
A kebaikan
B kesusahan
C keburukan
D kemudahan
13 Ampaian inovatif itu dapat mengelakkan pakaian di ampaian daripada basah. Pilih perkataan berlawan bagi basah.
14 Sebelum ke sekolah, Ying Xing makan sekeping roti sebagai___________.
A ikat perut
B alas perut
C buah mulut
D banyak mulut
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
15 I Kakak tidak dapat memakai baju yang penuh itu.
II Ella menyanyikan lagu itu dengan penuh perasaan di atas pentas.
III Sampah sarap di dalam tong sampah yang besar itu sudah penuh.
IV Ayah tidak dapat penuh permintaan abang yang tidak munasabah itu.
A I dan II
B II dan III
C III dan IV D I dan IV
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
16 "Xing, tolong saya edarkan borang ini kepada rakan-rakan kelas kamu" kata Cikgu Toh.
A Cikgu Toh mengedarkan borang kepada rakan-rakan sekelasnya dengan bantuan Xing.
B Cikgu Toh menolong Xing mengedarkan borang kepada rakan-rakan sekelas.
C Cikgu Toh meminta pertolongan Xing untuk mengedarkan borang kepada rakan-rakan
sekelasnya.
D Cikgu Toh memberitahu Xing bahawa borang itu akan diedarkan kepada rakan-rakan
sekelasnya.
Soalan 17 hingga 20
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Menonton televisyen merupakan salah satu cara untuk memperoleh ilmu dan maklumat.Televisyen mampu dimiliki oleh setiap keluarga. Oleh itu, terdapat kebaikan dan keburukan yang akan diperoleh dengan menonton televisyen.
Dengan menonton televisyen, kita akan dapat menimba ilmu pengetahuan. Sebagai contoh, kita akan dapat memperoleh ilmu pengetahuan dengan menonton rancangan pendidikan yang semakin banyak ditayangkan di televisyen.
Selain itu, kita juga dapat memperolehi maklumat dengan menonton televisyen. Misalnya dengan menonton rancangan dokumentari mengenai haiwan serta keunikan sesebuah negara.
Kita juga dapat mengetahui isu-isu semasa dengan menonton televisyen. Sebagai contoh, kita akan dapat mengetahui isu-isu semasa yang berlaku di dalam dan di luar negara dengan menonton berita.
Namun demikian, menonton televisyen juga mempunyai banyak kesan negatif. Hal ini dapat dilihat melalui rancangan televisyen yang memaparkan rancangan berunsur keganasan ,tahayul dan sebagainya.
17 Menonton televisyen merupakan ...
A antara cara untuk mendapat kejayaan.
B salah satu alat yang bercorak pendidikan.
C antara cara untuk menambahkan ilmu pengetahuan.
D salah satu alat yang mampu dimiliki oleh setiap keluarga.
18 Apakah rancangan yang perlu ditonton untuk menimba ilmu pengetahuan?
A Racangan hiburan
B Rancangan komedi
C Racangan masakan
D Rancangan pendidikan
19 Selain menonton berita, apakah cara lain yang boleh digunakan untuk mengetahui isu-isu semasa ?
A Dengan membaca komik
B Dengan membaca buku cerita
C Dengan membaca surat khabar
D Dengan menonton rancangan kartun
20 Pilih pernyataan yang benar tentang petikan.
A Kita perlu bijak membuat pilihan semasa menonton televisyen.
B Rancangan yang berunsur keganasan sesuai ditonton oleh kanak-kanak.
C Rancangan yang berbentuk dokumentari tidak pernah ditayangkan di televisyen.
D Rancangan berunsur tahayul akan memberikan kesan yang baik kepada para penonton.
BAHAGIAN B
[30 markah]
Soalan 21
a. Padankan kata tanya yang betul bagi melengkapkan ayat.
i. ________kah yang mencuri duit orang tua itu? Bagaimana ii. ______kah keadaan Rosli yang berada di hospital
sekarang? Siapa
iii. ______kah yang sedang dilakukan oleh askar itu? Apa iv. ______ kah pertandingan mewarna akan diadakan? Bila
[4 markah]
b. Tulis betul atau salah bagi ayat yang betul.
(i) Doktor Viktor merawat pesakit itu dengan hati-hati.
(ii) Rendang ayam yang dimasak oleh ibu itu amat sedap sekali.
[2 markah]
Soalan 22
a. Tulis penjodoh bilangan yang betul berdasarkan gambar.
(i) (iii)
_______________________________ ______________________________________ (ii)
b.Garisi kata ganda yang paling sesuai bagi ayat-ayat di bawah.
(i) Puan Lam memasukkan ubat ( lelabah , pepatung , jejentik ) ke dalam kolah di rumahnya. (ii) Encik Raju menggergaji ( dahan-dahan , batang-batang , daun-daun ) pokok rambutan yang
menghala ke arah bumbung rumahnya itu.
[2 markah]
c. Tulis dialog yang sesuai bagi watak di bawah.
___________________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________________ [2 markah]
Soalan 23 Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Kepada sahabatku yang berada di Pulau Pinang, semoga berada dalam keadaan yang sihat di samping keluarga yang tercinta. Bersama-sama ini saya sertakan maklumat tentang cara-cara membendung masalah pencemaran seperti yang dikehendaki oleh Cikgu Lok.
Saudari,
Antara cara untuk membendung masalah pencemaran ialah dengan mengetatkan undang-undang alam sekitar. Pihak berkuasa perlulah memainkan peranan untuk membendung masalah pencemaran dengan mengenakan denda dan hukuman yang berat kepada sesiapa yang mencemarkan alam sekitar.
Selain itu, kita mestilah mengamalkan kitar semula. Kitar semula adalah salah satu yang cara yang baik untuk membendung pencemaran dengan mengitar semula bahan buangan seperti kaca,tin aluminium dan kertas. Bahan yang telah dikitar semula juga boleh memberikan pulangan apabila bahan-bahan tersebut dijual.
Penggunaan pengangkutan awam juga menjadi salah satu cara untuk membendung masalah Zaki, tolong ibu kemaskan
bilik tamu sekarang.
Daripada Kepada Perkara
Mei Mei
Sabrina Cheong
a. Perkataan punca dalam petikan mambawa maksud __________________.
[1 markah] b. Nyatakan cara-cara membendung masalah pencemaran.
i) ___________________________________________________________________________ ii) ___________________________________________________________________________ [2 markah] c. Apakah bahan buangan yang boleh dikitar semula?
_____________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________ [2 markah]
Soalan 24
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Sungai merupakan alat perhubungan yang amat penting pada masa dahulu. Banyak rumah didirikan di tepi-tepi sungai kerana sungai merupakan satu-satunya alat perhubungan yang ada ketika itu. Hal ini kerana alat-alat perhubungan yang lain masih belum dicipta.
Kini,peranan sungai tetap seperti dahulu walaupun telah banyak alat perhubungan lain dicipta. Kepentingan sungai meliputi bidang pelancongan, sukan, rekreasi dan pengangkutan. Sungai masih digunakan sebagai alat perhubungan utama di kawasan pedalaman. Kayu balak yang ditebang akan dihanyutkan ke kilang melalui sungai dari kawasan-kawasan pembalakan.
Sungai-sungai yang ada dipelihara dan diindahkan bagi tujuan pelancongan. Tujuannya adalah untuk menarik minat pelancong berkunjung ke situ. Sungai-sungai yang terpilih pula akan dimajukan untuk tujuan sukan dan rekreasi. Antara aktiviti yang boleh dijalankan di sungai ialah seperti berkayak, berenang dan berakit.
Ternyata sungai banyak kepentingannya. Oleh itu, marilah kita bersama-sama memeliharanya.
a. Petikan di atas menceritakan tentang ___________________________________.
[1 markah] b. Tulis (√) atau (X) pada pernyataan di bawah ini berdasarkan petikan.
i. Sungai tidak lagi memainkan peranan sebagai alat perhubungan pada masa kini.
ii. Sungai-sungai dipelihara dan diindahkan untuk tujuan pelancongan.
[1 markah] c. Nyatakan aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan semasa di sungai.
i) ___________________________________________________________________________ ii) ___________________________________________________________________________ [2 markah] d. Pada pendapat kamu, bagaimanakah cara-cara untuk menjaga kebersihan sungai?
[3 markah]
Soalan 25
Baca puisi di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
a. Sebagai seorang murid, apakah yang perlu kamu lakukan mengikut rangkap pertama puisi di atas? _____________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________ [2 markah] b. Apakah peranan murid terhadap gurunya?
___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________
[2 markah] c. Tulis betul atau salah pada pernyataan di bawah ini berdasarkan puisi tersebut.
i. Guru ibarat lilin kerana sanggup berkorban demi negara.
ii. Guru ibarat ibu bapa kerana mendidik kita.
[1 markah] Sebagai seorang murid, Sebagai seorang murid,
datang ke sekolah, wajarlah menghormati setiap guru, dengan penuh harapan dan impian, yang memberi dorongan tanpa jemu, untuk mencapai kejayaan dalam pelajaran. dan bimbingan yang bermutu, agar muridnya dipenuhi ilmu. Sebagai seorang murid, Sebagai seorang murid, sayangilah guru kita, janganlah kita abaikan, merekalah ibu, merekalah bapa, jasa guru-guru kita, menjadikan kita insan berguna, kerana mereka ibarat lilin, kepada bangsa dan negara. yang sanggup membakar diri, demi menerangi hidup kita.