• Tidak ada hasil yang ditemukan

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA /3 PENDIDIKAN SENI VISUAL KAJIAN REKAAN SENI VISUAL KERJA KURSUS Kertas 3 Februari Julai

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "SIJIL PELAJARAN MALAYSIA /3 PENDIDIKAN SENI VISUAL KAJIAN REKAAN SENI VISUAL KERJA KURSUS Kertas 3 Februari Julai"

Copied!
22
0
0

Teks penuh

(1)

LEMBAGA PEPERIKSAAN

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2014

2611/3

PENDIDIKAN SENI VISUAL KAJIAN REKAAN SENI VISUAL KERJA KURSUS

Kertas 3

Februari – Julai

1. Kertas ini mengandungi sembilan tugasan: Tugasan 1 hingga Tugasan 9.

2. Calon diwajibkan melaksanakan satu tugasan sahaja.

3. Calon dikehendaki melaksanakan tugasan tersebut dan memenuhi semua aspek yang ditetapkan.

(2)

melaksanakan kerja kursus ini. Calon yang tidak melaksanakan kerja kursus ini akan dianggap tidak hadir bagi mata pelajaran Pendidikan Seni Visual.

2. Kajian Rekaan Seni Visual hendaklah dilaksanakan secara individu dari bulan Februari hingga bulan Julai 2014.

3. Dokumentasi serta catatan bukti kajian hendaklah ditulis tangan atau menggunakan cetakan komputer.

4. Semua bukti kajian, lakaran proses dan hasil rekaan hendaklah asli, dihasilkan sendiri oleh calon dan tidak ditiru daripada mana-mana sumber.

5. Bukti kajian dan lakaran kajian hendaklah dihasilkan menggunakan kertas berukuran lebih kurang 28 cm × 38 cm.

6. Calon hendaklah mendapatkan bimbingan guru mata pelajaran dalam pemilihan tugasan dan sepanjang pelaksanaan kerja kursus tersebut.

7. Calon hendaklah mendapatkan pengesahan daripada guru pembimbing setiap kali sesi perbincangan dengan mendapatkan tandatangan guru dan tarikh.

8. Calon mestilah memenuhi semua aspek dalam kriteria penskoran untuk mendapatkan gred Cemerlang dan Baik. Gred cemerlang dan baik akan dicatat dalam sijil pencapaian calon yang akan dikeluarkan oleh pihak sekolah. Pencapaian Memuaskan, Sederhana dan Tidak Mencapai Tahap Minimum tidak akan dicatat di dalam sijil.

9. Lakaran yang menggunakan komputer sepenuhnya dihadkan kepada tiga helai sahaja.

10. Calon boleh menggunakan warna dan media lain untuk lakaran kajian.

11. Hasil kerja calon hendaklah dilakukan secara manual dan calon tidak dibenarkan menghasilkan kerja dalam bentuk kolaj sepenuhnya.

12. Semua bukti hasil kajian hendaklah dimasukkan ke dalam satu sampul portfolio. Calon digalakkan menjilid hasil kajian.

(3)

TUGASAN 1

BIDANG : REKA BENTUK

TAJUK : LANSKAP PERSEKITARAN

PRODUK : LANSKAP KEDIAMAN

SITUASI

Sumber di bawah menunjukkan rumah pangsa.

Akibat daripada harga hartanah yang semakin tinggi, banyak rumah pangsa dibina bagi menampung keperluan perumahan penduduk. Rumah pangsa tidak mempunyai laman yang boleh dibuat lanskap kediaman untuk tujuan meredakan tekanan selepas pulang dari kerja. Rumah pangsa hanya mempunyai balkoni yang kecil. Balkoni inilah yang digunakan oleh penghuni untuk berehat dan mengambil angin bagi meringankan ketegangan dan kepenatan sambil melihat pemandangan luar.

(4)

yang menarik di kawasan balkoni rumah pangsa. Anda haruslah mengambil kira saiz balkoni yang kecil dan terhad.

Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi perkara berikut:

1. Koleksi gambar lanskap yang berkaitan dengan tajuk sebagai sumber ilham. 2. Koleksi gambar pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan dan hiasan yang sesuai. 3. Lakaran pelan konsep mengikut skala.

4. Lakaran tumbuh-tumbuhan dan hiasan yang sesuai untuk lanskap. 5. Lukisan atau catan realistik beberapa tumbuhan yang dipilih. 6. Lakaran reka letak tumbuhan dan hiasan.

7. Lakaran pelan tapak yang sebenar mengikut skala. 8. Lukisan dari tiga sudut pandangan yang menarik. 9. Lukisan persembahan pada situasi sebenar.

10. Lukisan alat dan bahan yang digunakan serta catatan.

(5)

Berdasarkan kajian tersebut, model rekaan lanskap kediaman tersebut mestilah mengikut spesifikasi berikut: Bahan : Bebas Teknik : Bebas Ukuran : Panjang Lebar

Tema : Mengikut kajian

Contoh:

Nota:

1. Hasil kerja anda hendaklah kukuh dan stabil.

2. Model tumbuh-tumbuhan dan hiasan hendaklah dihasilkan oleh pelajar sendiri. - 45 cm

- 25 cm

(6)

BIDANG : REKA BENTUK

TAJUK : REKA BENTUK INDUSTRI

PRODUK : MOTOSIKAL ORANG KELAINAN UPAYA (OKU)

SITUASI

Anda mempunyai seorang sahabat Orang Kelainan Upaya (OKU) yang mengalami kecacatan di bahagian kakinya. Kecacatan ini menyukarkannya bergerak kerana motosikal yang sedia ada tidak mesra OKU.

TUGASAN

Anda sebagai seorang sahabat yang prihatin dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan satu reka bentuk motosikal OKU bagi memudahkan sahabat anda bergerak dan menjalankan aktiviti harian dengan mudah.

Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi perkara berikut: 1. Koleksi gambar pelbagai jenis motosikal yang bersesuaian. 2. Lukisan atau catan realistik motosikal OKU sedia ada.

3. Lakaran olahan dan perkembangan idea reka bentuk motosikal OKU serta catatan. 4. Lukisan reka bentuk motosikal OKU yang dipilih.

5. Kajian warna motosikal OKU yang dipilih dengan catatan dan skema warna. 6. Lukisan tiga dimensi dari tiga sudut pandangan berbeza.

7. Ilustrasi persembahan yang menggambarkan fungsi dalam situasi sebenar. 8. Lukisan alat dan bahan yang digunakan serta catatan.

(7)

Berdasarkan kajian tersebut, model reka bentuk motosikal OKU anda hendaklah mengikut spesifikasi berikut:

Bahan : Bebas dan bersesuaian Ukuran : Panjang

Lebar Tinggi Bilangan warna : Bebas

Contoh:

Nota:

1. Hasil kerja anda hendaklah kukuh dan stabil.

- 30 cm

- mengikut kesesuaian - 15 cm

(8)

BIDANG : KOMUNIKASI VISUAL

TAJUK : ILUSTRASI DAN PEMBUNGKUSAN

PRODUK : SARUNG BUKU

SITUASI

Sebuah syarikat penerbitan buku akan menerbitkan sebuah buku cerita kanak-kanak bertemakan fiksyen sains.

TUGASAN

Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan sarung buku bagi buku cerita kanak-kanak tersebut supaya kelihatan eksklusif.

Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi perkara berikut: 1. Koleksi gambar pelbagai jenis sarung buku.

2. Lakaran reka bentuk sarung buku dengan catatan.

3. Lakaran olahan dan perkembangan idea ilustrasi pada sarung buku dengan catatan. 4. Lakaran tipografi untuk kapsyen dan pelbagai teks yang berkaitan dengan catatan. 5. Lakaran reka letak gabungan ilustrasi dan tipografi dengan catatan.

6. Kajian warna berserta catatan dan skema warna.

7. Ilustrasi sebenar sarung buku dari pandangan depan, tepi dan belakang. 8. Ilustrasi persembahan yang menggambarkan fungsi dalam situasi sebenar. 9. Lukisan alat dan bahan yang digunakan serta catatan.

(9)

Berdasarkan kajian tersebut, sarung buku anda hendaklah mengikut spesifikasi berikut: Bahan : Kertas yang bersesuaian

Ukuran : Panjang Lebar Tinggi Bilangan warna : Bebas

Teknik : Catan

Kapsyen : Bebas mengikut kajian

Contoh:

Nota:

1. Hasil kerja hendaklah kemas. 2. Teknik kolaj tidak dibenarkan.

- 21 cm - 2 cm - 30 cm

(10)

BIDANG : SENI HALUS

TAJUK : ARCA

PRODUK : ARCA BINAAN

SITUASI

Maklumat di bawah menerangkan tentang bahaya plastik.

Berdasarkan maklumat tersebut, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar ingin mengadakan satu pertandingan menghasilkan arca dari botol-botol plastik supaya orang ramai sedar bahawa botol-botol plastik ini selain dibuang begitu sahaja dan merosakkan alam sekitar boleh juga menghasilkan satu hasil seni yang menarik.

BAHAYA PLASTIK KEPADA KEHIDUPAN

SEMPORNA 18 Nov - Plastik merupakan sampah yang paling banyak terkumpul di tapak-tapak pelupusan sampah di negeri ini dengan kadar 70 peratus berbanding bahan buangan lain. Bahan itu turut mencemarkan keindahan laut yang menjadi nadi utama masyarakat nelayan di negeri ini. Kesan daripada pembuangan plastik ke laut bukan sahaja mengancam pendapatan nelayan malahan hidupan marin seperti penyu dan terumbu karang turut terjejas. Plastik mengambil masa lebih 20 tahun untuk reput berbanding dengan sisa pepejal lain yang hanya mengambil masa beberapa minggu sahaja untuk terurai.

Sumber dipetik dan diubahsuai : utusan.com.my

(11)

TUGASAN

Anda dikehendaki menghasilkan satu arca seni yang bertemakan dunia maritim. Arca seni tersebut hendaklah bersifat artistik dan mempunyai nilai estetik.

Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi perkara berikut: 1. Koleksi gambar pelbagai jenis arca binaan.

2. Koleksi gambar pelbagai jenis subjek dunia maritim sebagai sumber ilham. 3. Lukisan atau catan realistik subjek dunia maritim yang dipilih.

4. Lakaran dan perkembangan idea dengan catatan. 5. Lukisan rekaan arca binaan yang dipilih.

6. Kajian warna pada reka bentuk arca yang dipilih dengan catatan dan skema warna (jika berkenaan).

7. Lukisan perspektif hasil arca sebenar dari tiga sudut pandangan yang berbeza. 8. Lukisan atau catan persembahan dalam situasi sebenar.

9. Lukisan alat dan bahan yang digunakan serta catatan.

(12)

Bahan : Pelbagai jenis botol plastik Ukuran minimum : Lebar

Tinggi Bilangan warna : Bebas

Contoh:

Nota:

1. Hasil karya hendaklah kukuh.

2. Rangka arca boleh menggunakan bahan lain yang bersesuaian. - 45 cm - 25 cm

(13)

TUGASAN 5

BIDANG : KRAF TRADISIONAL DIMENSI BAHARU

TAJUK : TENUNAN

PRODUK : HIASAN DINDING

SITUASI

Sebuah resort ingin menghiasi dinding bilik mesyuarat mereka menggunakan hiasan dinding jenis tenunan dengan tema pemandangan lanskap.

TUGASAN

Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan hiasan dinding yang bertemakan pemandangan lanskap.

Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi perkara berikut:

1. Koleksi gambar pelbagai jenis tenunan benang (Tapestry weaving).

2. Koleksi gambar pelbagai jenis pemandangan lanskap sebagai sumber ilham. 3. Lukisan realistik pemandangan lanskap yang dipilih.

4. Lakaran olahan dan perkembangan idea lanskap dengan catatan. 5. Lakaran reka corak tenunan berdasarkan olahan lanskap yang dipilih.

6. Kajian warna pada reka corak tenunan lanskap yang dipilih dengan catatan dan skema warna.

7. Lukisan atau catan tenunan lanskap yang dipilih. 8. Lukisan persembahan dalam situasi sebenar.

9. Lukisan alat dan bahan yang digunakan serta catatan.

(14)

Bahan : Benang tenun, kain perca, tali dan bahan-bahan lain yang bersesuaian Ukuran : Panjang

Lebar Bilangan warna : Bebas

Teknik : Tenunan (kolaj tidak dibenarkan)

Tema : Lanskap

Contoh:

- 45 cm - 30 cm

(15)

TUGASAN 6

BIDANG : SENI HALUS

TAJUK : CETAKAN

PRODUK : REKA CORAK BAJU T

SITUASI

Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar akan mengadakan satu kempen anti-plastik bagi mengurangkan pembuangan bahan-bahan plastik yang menyebabkan berlakunya pencemaran alam.

TUGASAN

Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan reka corak baju T dengan menggunakan teknik cetakan stensil bertemakan dunia maritim.

Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi perkara berikut: 1. Koleksi pelbagai reka corak baju T.

2. Koleksi gambar pelbagai jenis subjek dunia maritim sebagai sumber ilham. 3. Lukisan atau catan realistik subjek dunia maritim yang dipilih.

4. Lakaran dan perkembangan idea dengan catatan. 5. Lakaran olahan tipografi dengan catatan.

6. Lakaran reka letak ilustrasi dan tipografi pada baju T dengan catatan.

7. Kajian warna pada ilustrasi dan baju T yang dipilih dengan catatan dan skema warna. 8. Ilustrasi baju dan reka corak baju T (depan dan belakang).

9. Lukisan atau catan persembahan dalam situasi sebenar. 10. Lukisan alat dan bahan yang digunakan serta catatan.

(16)

Bahan : Baju T

Ukuran : Bebas

Bilangan warna minimum : Tiga

Teknik : Cetakan stensil

Tema : Dunia maritim

Kapsyen : Anti Plastik

(kapsyen tambahan boleh digunakan jika bersesuaian)

Contoh:

(17)

TUGASAN 7

BIDANG : KOMUNIKASI VISUAL

TAJUK : REKA BENTUK IKLAN

PRODUK : RISALAH

SITUASI

Sebuah syarikat pelancongan memerlukan satu reka bentuk risalah untuk mempromosikan pelbagai jenis makanan tempatan.

TUGASAN

Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan satu reka bentuk risalah yang menerangkan tentang keenakan pelbagai jenis makanan tempatan di tempat anda.

Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi perkara berikut: 1. Koleksi pelbagai jenis risalah.

2. Koleksi pelbagai gambar makanan tempatan.

3. Lukisan atau catan realistik makanan tempatan yang dipilih. 4. Lakaran reka bentuk risalah.

5. Lakaran tipografi untuk digunakan dalam risalah dengan catatan. 6. Lakaran olahan dan perkembangan idea risalah dan catatan. 7. Lakaran gabungan reka letak tipografi dan ilustrasi serta catatan.

8. Kajian warna pada risalah yang dipilih dengan catatan dan skema warna. 9. Ilustrasi persembahan yang menggambarkan fungsi dalam situasi sebenar. 10. Lukisan alat dan bahan yang digunakan serta catatan.

(18)

Ukuran : Panjang Lebar

Teknik : Secara manual dan kolaj tidak dibenarkan Kapsyen : Mengikut kreativiti sendiri

Contoh:

- 40 cm - 30 cm

(19)

TUGASAN 8

BIDANG : REKA BENTUK INDUSTRI

TAJUK : PERABOT

PRODUK : RAK BUKU KANAK-KANAK

SITUASI

Taman Asuhan Kanak-Kanak Seri Cahaya memerlukan reka bentuk rak buku. Rak buku tersebut mestilah ceria untuk menarik perhatian kanak-kanak.

TUGASAN

Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan satu model reka bentuk rak buku kanak-kanak.

Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi perkara berikut: 1. Koleksi gambar pelbagai reka bentuk rak buku.

2. Koleksi gambar pelbagai jenis buah-buahan dan haiwan sebagai sumber ilham. 3. Lukisan atau catan realistik buah-buahan dan haiwan yang dipilih.

4. Lakaran olahan dan perkembangan idea reka bentuk rak buku kanak-kanak berdasarkan tema dengan catatan.

5. Kajian warna rak buku kanak-kanak yang dipilih dengan skema warna dan catatan. 6. Lukisan tiga dimensi (3D) dari tiga sudut pandangan yang berbeza.

7. Ilustrasi persembahan yang menggambarkan fungsi dalam situasi yang sebenar. 8. Lukisan alat dan bahan yang digunakan serta catatan.

(20)

Bahan : Bahan yang bersesuaian Ukuran : Panjang

Lebar Tinggi Bilangan warna : Bebas

Tema : Buah-buahan dan haiwan

Contoh: - 45 cm - 15 cm - 30 cm 15 cm 30 cm 45 cm

(21)

TUGASAN 9

BIDANG : KRAF TRADISIONAL

TAJUK : UKIRAN KAYU

PRODUK : TABUNG DUIT

SITUASI

Sebuah institusi bank terkenal ingin menghadiahkan tabung duit sempena Hari Menabung yang mereka anjurkan. Tabung duit tersebut mestilah mempunyai ukiran kayu tradisional. TUGASAN

Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan satu tabung duit yang mempunyai ukiran tradisional yang bercorak moden dengan bertemakan flora.

Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi perkara berikut: 1. Koleksi gambar pelbagai jenis tabung duit.

2. Koleksi gambar flora sebagai sumber ilham. 3. Lukisan atau catan realistik flora yang dipilih.

4. Lakaran olahan dan perkembangan idea dengan catatan. 5. Reka letak olahan idea serta catatan.

6. Lukisan olahan idea yang dipilih.

7. Ilustrasi persembahan dalam situasi sebenar.

8. Lukisan alat dan bahan yang digunakan serta catatan.

(22)

Bahan : Kayu Ukuran : Lebar Tinggi Teknik : Ukiran Contoh: Nota:

1. Hasil karya hendaklah kemas dan disyelek.

- 10 cm - 15 cm

15 cm

Referensi

Dokumen terkait

Jadi dengan kata lain perolehan skor posttest hasil belajar IPS siswa kelas eksperimen yang menggunakan model pembelajaran think talk write (TTW) lebih baik dari

Sistem sertifikasi personil yang dikembangkan oleh Badan Nasional Sertifikasi Profesi (BNSP) berdasarkan tiga pilar utama, yaitu Pembentukan Standar Kompetensi Kerja

Berdasarkan Tabel 4.9 menujukan bahwa terdapat beberapa faktor yang berhubungan dengan kejadian pneumonia pada anak Balita, antara lain disebabkan karena faktor

[r]

Pengaruh Current ratio terhadap modal kerja Current ratio digunakan untuk menghitung kemampuan perusahaan dalam membayar utang lancar dengan aktiva lancar yang

Penelitian ini berusaha memperluas Teori Faktor Penyebab Konflik yang dikemukakan oleh Fisher dengan menambahkan sebuah poin bahwa terdapat faktor eksternal yang

podlaktica i lakat desne ruke odmaknuti su od tijela svirača, nastavljaju se na tijelo tambure poput ravne ploče, a dodirna točka podlaktice s tijelom bisernice je na prvoj trećini

Penelitian ini menggunakan metode Kuantitatif dengan lokasi pengambilan data gelombang disebelah timur Jetty Cargo.Hasil perhitungan run-up gelombang diperoleh tiap