• Tidak ada hasil yang ditemukan

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA /3 PENDIDIKAN SENI VISUAL KAJIAN REKAAN SENI VISUAL KERJA KURSUS Kertas 3 Februari Julai

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "SIJIL PELAJARAN MALAYSIA /3 PENDIDIKAN SENI VISUAL KAJIAN REKAAN SENI VISUAL KERJA KURSUS Kertas 3 Februari Julai"

Copied!
20
0
0

Teks penuh

(1)

LEMBAGA PEPERIKSAAN

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2012

2611/3

PENDIDIKAN SENI VISUAL KAJIAN REKAAN SENI VISUAL KERJA KURSUS

Kertas 3

Februari – Julai

1. Kertas ini mengandungi sembilan tugasan: Tugasan 1 hingga Tugasan 9.

2. Calon diwajibkan melaksanakan satu tugasan sahaja.

3. Calon dikehendaki melaksanakan tugasan tersebut dan memenuhi semua aspek yang ditetapkan.

(2)

ARAHAN KEPADA CALON

1. Calon SPM yang mengambil mata pelajaran Pendidikan Seni Visual wajib melaksanakan kerja kursus ini. Calon yang tidak melaksanakan kerja kursus ini akan dianggap tidak hadir bagi mata pelajaran Pendidikan Seni Visual.

2. Kajian Rekaan Seni Visual hendaklah dilaksanakan secara individu dari bulan Februari hingga bulan Julai.

3. Dokumentasi serta catatan bukti kajian hendaklah ditulis tangan atau menggunakan cetakan komputer.

4. Semua bukti kajian, lakaran proses dan hasil rekaan hendaklah asli dan tidak ditiru daripada mana-mana sumber.

5. Bukti kajian dan lakaran kajian hendaklah dihasilkan menggunakan kertas berukuran lebih kurang 28 cm × 38 cm.

6. Calon hendaklah mendapat bimbingan guru mata pelajaran dalam pemilihan tugasan dan sepanjang pelaksanaan kerja kursus tersebut.

7. Calon hendaklah mendapatkan pengesahan daripada guru pembimbing setiap kali sesi perbincangan dengan mendapatkan tandatangan guru dan tarikh.

8. Calon mestilah memenuhi semua aspek dalam kriteria penskoran untuk mendapat gred Cemerlang dan Baik. Gred cemerlang dan baik akan dicatatkan dalam sijil pencapaian calon yang akan dikeluarkan oleh pihak sekolah. Pencapaian Memuaskan, Sederhana dan Tidak Mencapai Tahap Minimum tidak akan dicatat di dalam sijil.

9. Lakaran yang menggunakan komputer sepenuhnya dihadkan kepada tiga helai sahaja.

10. Calon boleh menggunakan warna dan media lain untuk lakaran kajian.

11. Hasil kerja calon hendaklah dilakukan secara manual dan calon tidak dibenarkan menghasilkan kerja dalam bentuk kolaj sepenuhnya.

12. Semua bukti hasil kajian hendaklah dimasukkan ke dalam satu sampul portfolio. Calon digalakkan menjilid hasil kajian.

13. Penilaian proses kerja dan pemberian markah calon akan dilakukan sepanjang masa kerja kursus dilaksanakan berdasarkan aspek dan kriteria.

(3)

BIDANG : KOMUNIKASI VISUAL

TAJUK : REKA CORAK

PRODUK : REKA CORAK KASUT KANVAS

SITUASI

Sebuah syarikat kasut memerlukan reka corak kasut kanvas bagi keluarannya untuk pasaran tempatan.

TUGASAN

Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan satu reka corak sepasang kasut kanvas yang bertemakan hidupan marin.

Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi: 1. Koleksi gambar pelbagai jenis kasut kanvas.

2. Koleksi gambar hidupan laut sebagai sumber ilham. 3. Lakaran reka bentuk kasut kanvas.

4. Lukisan realistik hidupan marin yang dipilih.

5. Lakaran olahan idea untuk menghasilkan reka corak hidupan marin. 6. Lakaran reka letak reka corak yang dipilih.

7. Kajian warna pada reka letak.

8. Lukisan dari tiga sudut pandangan berbeza.

9. Lukisan persembahan yang menggambarkan fungsi dalam situasi sebenar. 10. Lukisan alat dan bahan yang digunakan serta catatan.

(4)

Berdasarkan kajian tersebut, reka corak kasut kanvas anda hendaklah mengikut spesifikasi berikut:

Bahan : Sepasang kasut kanvas Ukuran : Saiz kasut remaja Bilangan warna : Bebas

Tema : Hidupan marin

Teknik : Catan

(5)

BIDANG : REKA BENTUK

TAJUK : HIASAN DALAMAN

PRODUK : RUANG BILIK BAYI

SITUASI

Sebuah syarikat hiasan dalaman akan melancarkan satu pakej promosi untuk ruang bilik bayi.

TUGASAN

Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan sebuah model ruang bilik bayi yang dilengkapi dengan peralatan bayi yang sesuai. Ruang tersebut perlu menekankan aspek keselamatan dan keselesaan kepada bayi.

Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi: 1. Koleksi gambar pelbagai jenis ruang bilik bayi.

2. Koleksi gambar pelbagai jenis perabot dan peralatan bayi yang sesuai. 3. Koleksi gambar pelbagai alat permainan bayi.

4. Lakaran pelan lantai ruang bilik bayi yang sesuai mengikut skala. 5. Kajian warna ruang bilik.

6. Lakaran dan olahan perabot serta kelengkapan peralatan bayi yang dipilih. 7. Lakaran susun atur reka letak perabot dan kelengkapan bayi yang dipilih. 8. Lukisan perspektif model dari tiga sudut pandangan yang menarik.

9. Lukisan persembahan yang menggambarkan fungsi dalam situasi sebenar. 10. Lukisan alat dan bahan yang digunakan serta catatan.

(6)

Berdasarkan kajian tersebut, ruang bilik bayi anda hendaklah mengikut spesifikasi berikut:

Bahan : Bebas

Ukuran : Panjang Lebar Tinggi Bilangan warna : Bebas

Teknik : Bebas kecuali kolaj

Contoh:

Nota:

1. Hasil kerja anda hendaklah kukuh dan stabil.

2. Hiasan dan perabot hendaklah dihasilkan sendiri oleh calon. - 40 cm - 30 cm - 25 cm 40 cm 30 cm 25 cm

(7)

BIDANG : REKA BENTUK

TAJUK : INDUSTRI

PRODUK : BEKAS ALATAN MELUKIS MUDAH ALIH

SITUASI

Sebuah syarikat pengeluar alatan seni memerlukan reka bentuk bekas alatan melukis yang mudah dibawa.

TUGASAN

Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan satu model bekas alatan melukis yang memudahkan pelajar untuk menggunakannya ketika di dalam atau di luar kelas. Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi:

1. Koleksi gambar pelbagai jenis bekas alatan melukis. 2. Lakaran dan olahan reka bentuk bekas alatan melukis. 3. Lakaran susun atur alatan lukisan di dalam bekas cadangan. 4. Kajian warna pada reka bentuk yang dipilih.

5. Lukisan dari tiga sudut pandangan berbeza. 6. Lukisan perspektif dari sudut yang menarik.

7. Lukisan persembahan yang menggambarkan fungsi dalam situasi sebenar. 8. Lukisan perincian reka bentuk yang dihasilkan.

9. Lukisan alat dan bahan yang digunakan serta catatan.

(8)

Berdasarkan kajian tersebut, reka bentuk model bekas alatan melukis hendaklah mengikut spesifikasi berikut: Bahan : Bebas Ukuran : Panjang Lebar Tinggi Contoh: Nota:

1. Hasil produk anda hendaklah dibuat kemasan.

- 30 cm - 20 cm

- mengikut kesesuaian

30 cm

(9)

BIDANG : KRAF TRADISIONAL

TAJUK : BATIK

PRODUK : BEG MEMBELI BELAH

SITUASI

Seorang pengusaha kraf tradisional ingin menghasilkan beg membeli belah untuk mengurangkan penggunaan plastik dan menyelamatkan alam sekitar.

TUGASAN

Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan satu beg membeli belah yang bercorak batik dan menggunakan teknik ikat celup.

Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi: 1. Koleksi pelbagai jenis beg membeli belah.

2. Koleksi pelbagai jenis produk yang menggunakan kaedah ikat dan celup. 3. Lakaran reka bentuk beg membeli belah.

4. Kajian teknik ikat dan celup. 5. Kajian warna ikat dan celup.

6. Lakaran reka letak ikat celup yang bersesuaian dengan reka bentuk.

7. Lukisan tiga dimensi reka bentuk yang dipilih dalam dua sudut pandangan yang berbeza.

8. Lukisan persembahan yang menggambarkan fungsi dalam situasi sebenar. 9. Lukisan alat dan bahan yang digunakan serta catatan.

(10)

Berdasarkan kajian tersebut, reka bentuk beg membeli belah hendaklah mengikut spesifikasi berikut:

Bahan : Kain

Ukuran minimum : Panjang Tinggi Bilangan warna : Bebas

Teknik : Batik - Ikat dan celup

Contoh:

Nota:

1. Hasil rekaan anda hendaklah dijahit dan dikemaskan.

- 40 cm - 30 cm

30 cm

(11)

BIDANG : SENI HALUS

TAJUK : ARCA

PRODUK : ARCA BINAAN

SITUASI

Persatuan Alam Sekitar mengadakan satu pertandingan membuat arca bagi diletakkan di taman arca persatuan tersebut.

TUGASAN

Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan arca binaan yang bertemakan pertumbuhan.

Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi: 1. Koleksi gambar pelbagai arca binaan.

2. Koleksi gambar pelbagai alam semula jadi sebagai sumber ilham. 3. Lukisan realistik beberapa motif yang dipilih.

4. Lakaran dan olahan motif yang dipilih. 5. Lakaran reka bentuk binaan.

6. Kajian warna pada reka bentuk arca yang dipilih. 7. Lukisan tiga dimensi arca yang dipilih.

8. Lukisan perspektif hasil arca sebenar dari tiga sudut pandangan berbeza. 9. Lukisan persembahan dalam situasi sebenar.

10. Lukisan alat dan bahan yang digunakan serta catatan.

(12)

Berdasarkan kajian tersebut, reka bentuk arca hendaklah mengikut spesifikasi berikut:

Bahan : Bebas

Ukuran : Panjang Lebar Tinggi Bilangan warna : Bebas Teknik : Arca binaan

Tema : Alam sekitar - pertumbuhan

Contoh: Nota: - mengikut kesesuaian - mengikut kesesuaian - 40 cm 40 cm mengikut kesesuaian

(13)

BIDANG : REKA BENTUK

TAJUK : INDUSTRI

PRODUK : KERUSI KANAK-KANAK

SITUASI

Sebuah syarikat pengeluar perabot moden bercadang untuk menghasilkan kerusi rekaan terbaru untuk kanak-kanak.

TUGASAN

Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan satu model kerusi kanak-kanak yang bertemakan fauna.

Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi:

1. Koleksi gambar pelbagai jenis kerusi kanak-kanak.

2. Koleksi gambar pelbagai jenis fauna sebagai sumber ilham. 3. Lukisan realistik fauna yang dipilih.

4. Lakaran olahan motif berdasarkan sumber ilham. 5. Lakaran reka bentuk kerusi kanak-kanak.

6. Lakaran gabungan reka bentuk kerusi kanak-kanak dan olahan motif yang dipilih. 7. Kajian warna pada reka bentuk yang dipilih.

8. Lukisan tiga dimensi dari dua sudut pandangan yang berbeza.

9. Lukisan persembahan yang menggambarkan fungsi dalam situasi sebenar. 10. Lukisan alat dan bahan yang digunakan serta catatan.

(14)

Berdasarkan kajian tersebut, reka bentuk model kerusi kanak-kanak hendaklah mengikut spesifikasi berikut:

Bahan : Bebas

Ukuran minimum : Panjang Lebar Tinggi Bilangan warna : Bebas

Teknik : Bebas Tema : Fauna Contoh: Nota: - 25 cm - 25 cm - 45 cm 25 cm 25 cm 45 cm

(15)

BIDANG : KOMUNIKASI VISUAL

TAJUK : IKLAN

PRODUK : IKLAN TRANSIT

SITUASI

Syarikat Seri Rawa Kraf adalah sebuah syarikat yang mengusahakan kraf batik. Syarikat ini ingin mempromosikan produk batik keluarannya.

TUGASAN

Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan iklan transit bagi mempromosikan kraf batik keluaran syarikat tersebut.

Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi:

1. Koleksi pelbagai iklan transit sebagai sumber ilham.

2. Koleksi pelbagai jenis barangan kraf batik sebagai sumber ilham. 3. Koleksi muka taip sebagai sumber ilham.

4. Lakaran olahan idea muka taip. 5. Lakaran olahan idea kraf batik.

6. Reka letak muka taip dan kraf batik pada badan kenderaan. 7. Kajian warna pada reka letak pilihan.

8. Lukisan perspektif iklan transit pada badan kenderaan yang dipilih. 9. Lukisan persembahan yang menggambarkan fungsi dalam situasi sebenar. 10. Lukisan alat dan bahan yang digunakan serta catatan.

(16)

Berdasarkan kajian tersebut, iklan transit hendaklah mengikut spesifikasi berikut:

Bahan : Bebas

Ukuran minimum : Panjang Lebar

Teknik : Bebas

Kapsyen : Seri Rawa Kraf: Eksklusif dan bergaya

Contoh:

Nota:

1. Hasil kerja anda perlu dikemaskan.

2. Hasil kerja anda hendaklah dibuat pada kenderaan permainan yang bersesuaian. - mengikut kesesuaian - mengikut kesesuaian

EKSKLUSIF

(17)

BIDANG : SENI HALUS

TAJUK : CETAKAN

PRODUK : HIASAN DINDING

SITUASI

Sebuah resort baru di Taman Negara Pahang ingin menghias dinding setiap biliknya dengan karya cetakan yang bersesuaian.

TUGASAN

Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan cetakan timbulan yang bertemakan flora dan fauna di Malaysia yang hampir pupus.

Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi: 1. Koleksi gambar pelbagai cetakan timbulan.

2. Koleksi gambar flora dan fauna Malaysia yang hampir pupus. 3. Lukisan realistik flora dan fauna yang dipilih.

4. Lakaran olahan berdasarkan sumber ilham. 5. Lakaran reka letak motif atau ilustrasi. 6. Kajian warna.

7. Lukisan sebenar cetakan.

8. Lukisan persembahan yang menggambarkan fungsi dalam situasi yang sebenar. 9. Lukisan alat dan bahan yang digunakan serta catatan.

10. Lakaran proses dan teknik penghasilan serta catatan mengikut urutan. 11. Lampiran minimum tiga edisi cetakan mengikut urutan.

(18)

Berdasarkan kajian tersebut, cetakan timbulan hendaklah mengikut spesifikasi berikut: Bahan : Kayu, lino atau bahan lain yang bersesuaian Ukuran : Panjang

Lebar

Teknik : Cetakan timbulan Bilangan warna : Bebas

Contoh:

Nota:

1. Hasil kerja anda hendaklah dibingkaikan.

- 30 cm - 30 cm

30 cm

2/5 Raja Rimba Abu 30 cm

(19)

BIDANG : KRAF TRADISIONAL

TAJUK : UKIRAN KAYU

PRODUK : KOTAK SERBA GUNA

SITUASI

Nenek anda seorang pengumpul barang perhiasan antik. Beliau memerlukan sebuah bekas untuk menyimpan barang perhiasan tersebut supaya tidak rosak.

TUGASAN

Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan sebuah kotak serba guna yang mempunyai hiasan ukiran yang bertemakan flora yang menjalar.

Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi: 1. Koleksi gambar pelbagai jenis ukiran kayu.

2. Koleksi gambar pelbagai reka bentuk kotak serba guna. 3. Lakaran reka bentuk kotak serba guna.

4. Koleksi gambar flora menjalar sebagai sumber ilham. 5. Lukisan realistik flora menjalar yang dipilih. 6. Lakaran olahan idea motif flora.

7. Reka letak motif pada kotak serba guna.

8. Lukisan tiga dimensi kotak serba guna dalam dua sudut pandangan berbeza. 9. Lukisan persembahan yang menggambarkan fungsi dalam situasi sebenar. 10. Lukisan alat dan bahan yang digunakan serta catatan.

(20)

Berdasarkan kajian tersebut, reka bentuk kotak serba guna hendaklah mengikut spesifikasi berikut: Bahan : Kayu Ukuran : Panjang Lebar Tinggi

Teknik : Ukiran tebuk tembus dan bunga timbul bersilat

Contoh:

Nota:

1. Hasil karya anda hendaklah dikemaskan dan disyelek.

- 15 cm - 15 cm - 10 cm

10 cm

Referensi

Dokumen terkait

Dengan memiliki website (toko online), akan dapat menekan biaya promosi yang biasanya menggunakan media promosi cetak, seperti: brosur, katalog, iklan majalah dan

Bagi guru yaitu, guru hendaknya memotivasi siswa agar mau berkelompok dengan siswa lain karena tidak mungkin siswa akan melakukan pembelajaran secara individual

2) Menggunakan kata-kata penghubung yang argumentatif. Misalnya, jika, sebab, karena, dengan demikian, akibatnya, oleh karena itu. Dalam teks persuasi lainnya, banyak juga yang

Penelitian ini berusaha memperluas Teori Faktor Penyebab Konflik yang dikemukakan oleh Fisher dengan menambahkan sebuah poin bahwa terdapat faktor eksternal yang

podlaktica i lakat desne ruke odmaknuti su od tijela svirača, nastavljaju se na tijelo tambure poput ravne ploče, a dodirna točka podlaktice s tijelom bisernice je na prvoj trećini

Penelitian ini menggunakan metode Kuantitatif dengan lokasi pengambilan data gelombang disebelah timur Jetty Cargo.Hasil perhitungan run-up gelombang diperoleh tiap

Pengaruh Current ratio terhadap modal kerja Current ratio digunakan untuk menghitung kemampuan perusahaan dalam membayar utang lancar dengan aktiva lancar yang

Penilaian kinerja yang akan diusulkan akan dibandingkan dengan Daftar Penilaian Pelaksaan Pekerjaan (DP3) dari segi skala, kriteria dan manfaat sehingga penelitian