• Tidak ada hasil yang ditemukan

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA /3 PENDIDIKAN SENI VISUAL KAJIAN REKAAN SENI VISUAL KERJA KURSUS Kertas 3 Februari Julai

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "SIJIL PELAJARAN MALAYSIA /3 PENDIDIKAN SENI VISUAL KAJIAN REKAAN SENI VISUAL KERJA KURSUS Kertas 3 Februari Julai"

Copied!
20
0
0

Teks penuh

(1)

LEMBAGA PEPERIKSAAN

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2015

2611/3

PENDIDIKAN SENI VISUAL KAJIAN REKAAN SENI VISUAL KERJA KURSUS

Kertas 3

Februari – Julai

1. Kertas ini mengandungi sembilan tugasan: Tugasan 1 hingga Tugasan 9. 2. Calon diwajibkan melaksanakan satu tugasan sahaja.

3. Calon dikehendaki melaksanakan tugasan tersebut dan memenuhi semua aspek yang ditetapkan.

(2)

ARAHAN KEPADA CALON

1. Calon SPM yang mengambil mata pelajaran Pendidikan Seni Visual wajib melaksanakan kerja kursus ini. Calon yang tidak melaksanakan kerja kursus ini akan dianggap tidak hadir bagi mata pelajaran Pendidikan Seni Visual.

2. Kajian Rekaan Seni Visual hendaklah dilaksanakan secara individu dari bulan Februari hingga bulan Julai 2015.

3. Dokumentasi serta catatan bukti kajian hendaklah ditulis tangan atau menggunakan cetakan komputer.

4. Semua bukti kajian, lakaran proses dan hasil rekaan hendaklah asli, dihasilkan sendiri oleh calon dan tidak ditiru daripada mana-mana sumber.

5. Bukti kajian dan lakaran kajian hendaklah dihasilkan menggunakan kertas berukuran lebih kurang 28 cm × 38 cm.

6. Calon hendaklah mendapatkan bimbingan guru mata pelajaran dalam pemilihan tugasan dan sepanjang pelaksanaan kerja kursus tersebut.

7. Calon hendaklah mendapatkan pengesahan daripada guru pembimbing setiap kali sesi perbincangan dengan mendapatkan tandatangan guru dan tarikh.

8. Calon mestilah memenuhi semua aspek dalam kriteria penskoran untuk mendapatkan gred Cemerlang dan Baik. Gred Cemerlang dan Baik akan dicatat dalam sijil pencapaian calon yang akan dikeluarkan oleh pihak sekolah. Pencapaian Memuaskan, Sederhana dan Tidak Mencapai Tahap Minimum tidak akan dicatat di dalam sijil.

9. Lakaran yang menggunakan komputer sepenuhnya dihadkan kepada tiga helai sahaja.

10. Calon boleh menggunakan warna dan media lain untuk lakaran kajian.

11. Hasil kerja calon hendaklah dilakukan secara manual dan calon tidak dibenarkan menghasilkan kerja dalam bentuk kolaj sepenuhnya.

12. Semua bukti hasil kajian hendaklah dimasukkan ke dalam satu sampul portfolio. Calon digalakkan menjilid hasil kajian.

13. Penilaian proses kerja dan pemberian markah calon akan dilakukan sepanjang masa kerja kursus dilaksanakan berdasarkan aspek dan kriteria.

(3)

BIDANG : KRAF TRADISIONAL

TAJUK : BATIK

PRODUK : PENGHADANG RUANG

SITUASI

Sebuah klinik kesihatan mahu membuat penghadang ruang di antara ruang menunggu dengan ruang mengambil ubat.

TUGASAN

Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan satu reka bentuk penghadang ruang yang menggunakan kraf batik dan bertemakan lanskap. Penghadang ruang tersebut mestilah hasilan batik dan ilustrasinya boleh melegakan ketegangan pesakit sementara menunggu masa untuk rawatan.

Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi perkara berikut:

1. Koleksi pelbagai gambar penghadang ruang sebagai sumber ilham. 2. Lakaran reka bentuk penghadang ruang.

3. Koleksi pelbagai gambar lanskap sebagai sumber ilham. 4. Lukisan atau catan realistik lanskap yang dipilih.

5. Lakaran olahan dan perkembangan idea lanskap dengan catatan. 6. Kajian gubahan reka letak lanskap dengan catatan.

7. Kajian warna pada gubahan reka letak yang dipilih dengan skema warna dan catatan. 8. Ilustrasi persembahan yang menggambarkan fungsi dalam situasi sebenar.

9. Lukisan alat dan bahan yang digunakan dengan catatan.

(4)

Berdasarkan kajian tersebut, model penghadang ruang anda hendaklah mengikut spesifikasi berikut:

Bahan : Kayu atau bahan yang bersesuaian (Bingkai) Kain yang bersesuaian

Saiz minimum : 150 cm × 60 cm Teknik : Batik lukis

Contoh:

Nota:

1. Hasil kerja anda hendaklah kukuh dan stabil. 2. Batik hendaklah dimatikan warna.

(5)

BIDANG : REKA BENTUK

TAJUK : REKA BENTUK INDUSTRI

PRODUK : MODEL KIOS

SITUASI

Sebuah gedung membeli belah ingin menyediakan kios perniagaan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di ruang legar pusat perniagaan mereka. Kios tersebut digunakan untuk memberi kemudahan kepada peniaga PKS berniaga dan memperkenalkan barangan mereka.

TUGASAN

Anda dikehendaki menghasilkan model kios perniagaan PKS. Kios tersebut mestilah bersifat mesra pengguna, mudah diurus, menjimatkan ruang dan menampakkan imej antarabangsa terhadap produk PKS.

Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi perkara berikut:

1. Koleksi gambar pelbagai jenis kios perniagaan sebagai sumber ilham. 2. Lukisan atau catan realistik kios perniagaan sedia ada.

3. Lakaran olahan dan perkembangan idea reka bentuk kios perniagaan dengan catatan. 4. Lukisan reka bentuk kios yang dipilih mengikut skala.

5. Kajian warna kios yang dipilih dengan skema warna dan catatan. 6. Lukisan tiga dimensi kios dari tiga sudut pandangan berbeza.

7. Ilustrasi persembahan yang menggambarkan fungsi dalam situasi sebenar. 8. Lukisan atau catan alat dan bahan yang digunakan dengan catatan.

(6)

Berdasarkan kajian tersebut, model kios anda hendaklah mengikut spesifikasi berikut: Bahan : Bahan yang bersesuaian

Saiz minimum : 30 cm × 25 cm × 10 cm Tema : Mengikut kajian

Contoh:

Nota:

1. Hasil kerja anda hendaklah kukuh dan stabil.

(7)

BIDANG : KRAF TRADISIONAL

TAJUK : TEKAT

PRODUK : BEG SISI (SLING BEG)

SITUASI

Seni tekat merupakan satu kraftangan tradisional yang indah dan mewah kian dilupakan dalam masyarakat. Satu usaha perlu dilakukan untuk mempromosikan penggunaannya dalam kalangan masyarakat tempatan terutamanya golongan remaja dan pelancong luar. TUGASAN

Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan sebuah beg sisi dengan mengaplikasikan seni tekat tradisional sebagai hiasan.

Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi perkara berikut:

1. Koleksi gambar pelbagai produk seni tekat sebagai sumber ilham. 2. Koleksi gambar pelbagai jenis flora sebagai sumber ilham.

3. Koleksi gambar pelbagai jenis beg sisi sebagai sumber ilham. 4. Lukisan atau catan realistik flora yang dipilih.

5. Lakaran reka bentuk beg sisi dengan catatan.

6. Lakaran olahan dan perkembangan idea motif flora yang dipilih serta catatan. 7. Lakaran reka letak motif flora yang dipilih pada beg sisi.

8. Kajian warna dengan catatan dan skema warna.

9. Ilustrasi persembahan yang menggambarkan fungsi dalam situasi sebenar. 10. Lukisan alat dan bahan yang digunakan dengan catatan.

(8)

Berdasarkan kajian tersebut, reka bentuk beg sisi anda hendaklah mengikut spesifikasi berikut:

Bahan : Kain yang bersesuaian

Benang emas/benang perak/benang yang bersesuaian

Saiz minimum : Saiz beg – 25 cm × 20 cm

Kedua-dua permukaan beg mestilah ditekat Saiz kawasan bertekat mestilah tidak kurang daripada 50% daripada permukaan beg Bilangan Warna : Bebas

Tema : Flora

Teknik : Tekat

Contoh:

Nota:

1. Beg sisi hendaklah dibuat sendiri.

(9)

BIDANG : REKA BENTUK

TAJUK : HIASAN DALAMAN

PRODUK : RUANG MAKAN RESTORAN

SITUASI

Sebuah restoran mahu membuat hiasan dalaman bagi menaik taraf restorannya supaya dapat menarik ramai pelanggan untuk makan di situ.

TUGASAN

Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan hiasan dalaman restoran yang beridentitikan Malaysia, bersifat ceria dan eksklusif.

Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi perkara berikut:

1. Koleksi gambar pelbagai jenis ruang makan restoran sebagai sumber ilham. 2. Koleksi gambar pelbagai jenis perabot dan peralatan yang sesuai sebagai

sumber ilham.

3. Lukisan pelan lantai ruang makan restoran mengikut skala.

4. Lakaran olahan dan perkembangan idea perabot serta peralatan dengan catatan. 5. Lakaran susun atur reka letak perabot dan kelengkapan pada pelan lantai

dengan catatan.

6. Kajian warna pada reka bentuk ruang makan restoran dengan skema dan catatan. 7. Lukisan dari tiga sudut pandangan berbeza mengikut skala.

8. Lukisan perspektif model dari sudut yang menarik.

9. Ilustrasi persembahan yang menggambarkan fungsi dalam situasi sebenar. 10. Lukisan alat dan bahan yang digunakan dengan catatan.

(10)

Sumber: totalimagegraphics.com

Berdasarkan kajian tersebut, ruang makan restoran anda hendaklah mengikut spesifikasi berikut:

Bahan : Bebas dan bersesuaian Ukuran minimum : 40 cm × 30 cm × 20 cm

Teknik : Bebas

Kolaj hanya dibenarkan sebanyak 30% sahaja Contoh:

Nota:

1. Hasil kerja anda hendaklah kukuh.

2. Hiasan dan perabot hendaklah dihasilkan sendiri oleh calon.

(11)

BIDANG : REKA BENTUK

TAJUK : LANSKAP PERSEKITARAN

PRODUK : TAMAN PERMAINAN KANAK-KANAK

SITUASI

QT Land Sdn. Bhd. adalah sebuah pemaju perumahan yang sedang membina kawasan perumahan baharu. Pemaju perumahan ini mahu membina sebuah taman permainan kanak-kanak untuk beriadah. Selain beriadah, kanak-kanak juga dapat mempelajari dan mengenal abjad serta nombor.

TUGASAN

Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan model taman permainan kanak-kanak yang bertemakan abjad dan nombor.

Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi perkara berikut:

1. Koleksi gambar lanskap yang berkaitan dengan tajuk sebagai sumber ilham. 2. Koleksi gambar pelbagai jenis alatan permainan kanak-kanak sebagai sumber ilham. 3. Lakaran pelan konsep mengikut skala.

4. Lakaran olahan dan perkembangan idea lanskap berdasarkan tema dengan catatan. 5. Lakaran reka letak alatan permainan kanak-kanak dengan catatan.

6. Kajian warna pada alatan permainan kanak-kanak yang dipilih dengan skema warna dan catatan.

7. Lakaran pelan tapak yang sebenar mengikut skala. 8. Lukisan dari tiga sudut pandangan yang menarik.

9. Ilustrasi persembahan yang menggambarkan fungsi dalam situasi sebenar. 10. Lukisan alat dan bahan yang digunakan dengan catatan.

(12)

Berdasarkan kajian tersebut, model taman permainan kanak-kanak anda hendaklah mengikut spesifikasi berikut:

Bahan : Bebas

Ukuran minimum : 40 cm × 30 cm × 25 cm

Teknik : Bebas

Tema : Abjad dan nombor

Contoh:

Nota:

1. Hasil kerja anda hendaklah kemas dan kukuh. 2. Semua alat permainan hendaklah dibina sendiri.

(13)

BIDANG : KOMUNIKASI VISUAL

TAJUK : ILUSTRASI

PRODUK : POSKAD

SITUASI

Anda adalah seorang pengumpul poskad. Hobi ini menyebabkan anda mempunyai ramai rakan dari pelbagai negara. Rakan-rakan anda dari luar negara begitu tertarik melihat keindahan Malaysia melalui poskad.

TUGASAN

Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan sekeping poskad yang dapat memperlihatkan keindahan Malaysia untuk diberikan kepada rakan-rakan anda.

Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi perkara berikut:

1. Koleksi gambar pelbagai tempat pelancongan menarik di Malaysia sebagai sumber ilham.

2. Koleksi gambar pelbagai jenis poskad sebagai sumber ilham.

3. Lukisan atau catan realistik tempat pelancongan yang menarik dipilih sebagai sumber ilham.

4. Lakaran reka bentuk poskad.

5. Lakaran dan perkembangan idea ilustrasi pada poskad dengan catatan. 6. Lakaran olahan tipografi dengan catatan.

7. Lakaran reka letak ilustrasi dan tipografi dengan catatan. 8. Kajian warna dengan skema warna dan catatan.

9. Ilustrasi persembahan yang menggambarkan fungsi dalam situasi sebenar. 10. Lukisan alat dan bahan yang digunakan dengan catatan.

(14)

Berdasarkan kajian tersebut, model poskad anda hendaklah mengikut spesifikasi berikut: Bahan : Kertas yang bersesuaian

Ukuran : 75 cm × 54 cm Bilangan warna : Bebas

Teknik : Catan

Tema : Keindahan Malaysia Kapsyen : Mengikut kajian anda

Contoh:

Sumber: www.visit-terengganu.net Hadapan

(15)

BIDANG : KOMUNIKASI VISUAL

TAJUK : KRAF BUKU

PRODUK : BUKU CERITA KANAK-KANAK POP-UP

SITUASI

Syarikat penerbitan QOLBI PRINTING SDN. BHD., mahu menghasilkan buku cerita kanak-kanak yang menarik. Buku cerita kanak-kanak ini berbentuk pop-up dan boleh menggalakkan kanak-kanak yang berumur antara 3 tahun hingga 6 tahun minat dan seronok membaca.

TUGASAN

Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan kraf buku cerita kanak-kanak pop-up bertemakan alam haiwan.

Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi perkara berikut:

1. Koleksi pelbagai jenis buku cerita kanak-kanak pop-up sebagai sumber ilham. 2. Koleksi pelbagai jenis haiwan sebagai sumber ilham.

3. Lukisan atau catan realistik haiwan yang dipilih untuk dijadikan watak.

4. Lakaran tipografi untuk digunakan dalam buku cerita kanak-kanak dengan catatan. 5. Lakaran olahan dan perkembangan idea watak-watak haiwan dengan catatan. 6. Lakaran tiga idea papan cerita kanak-kanak dengan catatan.

7. Kajian warna dengan skema warna dan catatan.

8. Ilustrasi persembahan yang menggambarkan fungsi dalam situasi sebenar. 9. Lukisan alat dan bahan yang digunakan dengan catatan.

(16)

Berdasarkan kajian tersebut, buku cerita kanak-kanak pop-up anda hendaklah mengikut spesifikasi berikut:

Bahan : Kertas

Ukuran minimum : 40 cm × 30 cm

Kapsyen : Mengikut kreativiti sendiri Bilangan muka surat : 7 termasuk muka hadapan

dan belakang (minimum)

Contoh:

Nota:

1. Hasil kerja anda hendaklah dikemaskan.

2. Proses penghasilan buku cerita pop-up hendaklah dibuktikan menggunakan foto bergambar.

(17)

BIDANG : SENI HALUS

TAJUK : CETAKAN TIMBULAN

PRODUK : HIASAN DINDING

SITUASI

Galeri seni Artlife Gallery mahu mengadakan satu pameran cetakan. 10% dari hasil jualan ini akan didermakan kepada badan kebajikan di Malaysia. Ramai artis ternama akan terlibat dalam pameran yang bertemakan “Berkarya Sambil Menderma”.

TUGASAN

Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan cetakan timbulan untuk dipamerkan dalam pameran tersebut.

Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi perkara berikut:

1. Koleksi gambar pelbagai cetakan timbulan sebagai sumber ilham. 2. Koleksi gambar yang bertemakan kasih sayang sebagai sumber ilham. 3. Lukisan atau catan realistik berdasarkan sumber ilham.

4. Lakaran dan perkembangan idea dengan catatan. 5. Lakaran reka letak motif dengan catatan.

6. Kajian warna dengan skema warna dan catatan.

7. Ilustrasi persembahan yang menggambarkan fungsi dalam situasi yang sebenar. 8. Lukisan alat dan bahan yang digunakan dengan catatan.

9. Lukisan atau gambar foto proses dan teknik penghasilan dengan catatan. 10. Lampiran minimum tiga edisi cetakan mengikut urutan.

(18)

Berdasarkan kajian tersebut, hiasan dinding anda hendaklah mengikut spesifikasi berikut: Bahan : Kayu atau lino

Ukuran minimum : 30 cm × 20 cm Bilangan warna : Bebas

Teknik : Cetakan timbul Tema : Kasih sayang

Contoh:

Nota:

1. Hasil kerja hendaklah mengikut disiplin cetakan.

2. Anda boleh menukar media alternatif jika bersesuaian dalam proses penghasilan cetakan.

(19)

BIDANG : SENI HALUS

TAJUK : ARCA

PRODUK : ARCA TIMBULAN

SITUASI

Sempena pameran permotoran peringkat antarabangsa yang akan diadakan di Malaysia, penganjur memerlukan satu arca timbulan yang akan diletakkan di pintu masuk sebagai daya penarik.

TUGASAN

Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan arca timbulan yang bertemakan dunia permotoran.

Portfolio kajian anda hendaklah mengandungi perkara berikut: 1. Koleksi gambar arca timbulan sebagai sumber ilham.

2. Koleksi gambar pelbagai jenis kenderaan bermotor sebagai sumber ilham. 3. Lukisan atau catan realistik kenderaan bermotor yang dipilih.

4. Lakaran olahan dan perkembangan idea motif pilihan dengan catatan. 5. Reka letak olahan idea dengan catatan.

6. Kajian warna dengan skema dan catatan. 7. Lukisan dari dua sudut pandangan menarik.

8. Ilustrasi persembahan yang menggambarkan fungsi dalam situasi sebenar. 9. Lukisan alat dan bahan yang digunakan dengan catatan.

(20)

Berdasarkan kajian tersebut, arca timbulan anda hendaklah mengikut spesifikasi berikut: Bahan : Kayu/plaster of paris/bahan yang bersesuaian Ukuran minimum : 30 cm × 30 cm

Teknik : Bersesuaian Tema : Dunia permotoran

Contoh:

Nota:

1. Hasil kerja hendaklah dikemaskan.

Referensi

Dokumen terkait