• Tidak ada hasil yang ditemukan

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN"

Copied!
6
0
0

Teks penuh

(1)

DESKRIPSI PANDUAN KURSUS

Anda perlu membaca Panduan Kursus dengan berhati-hati daripada awal sehingga akhir. Ia menyatakan kandungan kursus dengan ringkas dan bertujuan membantu anda memahami kandungan kursus. Ia juga mencadangkan jumlah tempoh masa untuk anda habiskan bagi melengkapkan kursus ini dengan sepenuhnya. Sentiasalah rujuk Panduan Kursus secara berterusan semasa anda membaca kandungan kursus kerana ia dapat membantu di dalam menjelaskan komponen-komponen pembelajaran penting yang mungkin anda terlepas pandang.

PENGENALAN

ADSQ2103 Kemahiran Al-Quran adalah salah satu kursus yang ditawarkan oleh Fakulti Sains Sosial Gunaan (FASS) di Open University Malaysia (OUM). Kursus ini melibatkan 3 jam kredit dan harus dijalankan dalam tempoh masa 8 hingga 15 minggu.

KEPADA SIAPA KURSUS INI DITAWARKAN

Kursus ini ditujukan kepada pelajar yang mengambil program Diploma Pengajian Islam.

Sebagai pelajar jarak jauh, anda seharusnya fasih dengan keperluan pembelajaran kendiri dan mampu mengoptimakan kaedah pembelajaran dan persekitaran yang sedia ada. Sebelum anda memulakan kursus ini, sila pastikan anda maklum dengan bahan kursus, kelayakan kursus dan bagaimana kursus tersebut dikendalikan.

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN

Berdasarkan piawaian OUM yang memerlukan pelajar memperuntukkan 40 jam pembelajaran bagi setiap jam kredit, maka kursus ini memerlukan peruntukan masa selama 120 jam pembelajaran. Anggaran penggunaan masa adalah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1.

(2)

Jadual 1: Anggaran Masa Pembelajaran

Aktiviti Pembelajaran Jam

Pembelajaran Membaca kandungan kursus dan mengambil bahagian dalam

perbincangan awal 3

Membaca modul 60

Menghadiri 3 hingga 5 sesi tutorial 10

Perbincangan atas talian 12

Ulang kaji 15

Menyiapkan tugasan, Ujian dan Peperiksaan 20

JUMLAH MASA PEMBELAJARAN 120

OBJEKTIF KURSUS

Setelah mengikuti kursus ini, anda seharusnya dapat:

1. Menerangkan secara terperinci topik-topik yang berkaitan dengan bidang kemahiran al-Quran;

2. Menerangkan hukum-hukum tajwid dengan lebih baik;

3. Menjelaskan hukum-hukum tajwid dengan lebih yakin dan berkesan;

4. Mempraktikkan hukum-hukum tajwid dengan lebih baik mengikut sebagaimana ia diturunkan iaitu secara bertajwid; dan

5. Melaksanakan pengajaran dan penilaian terhadap pelajar dengan lebih berkesan.

SINOPSIS KURSUS

Kursus ini terbahagi kepada 10 topik. Sinopsis untuk setiap topik adalah seperti yang disenaraikan berikut:

Topik 1 membincangkan mengenai beberapa perkara asas yang perlu diketahui oleh seseorang pembaca al-Quran sebelum mendalami ilmu-ilmu lain yang berkaitan dengan tajwid. Perbahasannya adalah merangkumi pendahuluan ilmu tajwid, jenis kesalahan dalam bacaan Quran, rukun dan tingkatan bacaan al-Quran, IstiÊazah dan permasalahannya serta Basmalah dan permasalahannya.

(3)

Topik 2 membincangkan tentang tempat-tempat keluar huruf (makhraj) bagi semua huruf HijaÊiyyah bermula dari huruf Alif sehinggalah huruf YaÊ, yang merupakan asas kepada pengajian Kemahiran Al-Quran.

Topik 3 membincangkan tentang sifat-sifat huruf bagi semua huruf HijaÊiyyah

bermula dari huruf Alif sehinggalah huruf YaÊ, yang merupakan asas kepada pengajian Kemahiran Al-Quran.

Topik 4 membincangkan tentang empat hukum Nun mati dan tanwin yang bertemu dengan huruf-huruf Hija'iyyah iaitu Izhar, Idgham, Iqlab dan Ikhfa'. Perbincangan utamanya ialah pecahan huruf-huruf tersebut dan bagaimana cara menyebut hukum-hukum tersebut dengan betul.

Topik 5 membincangkan tentang tiga hukum Mim mati yang bertemu dengan huruf-huruf Hija'iyyah iaitu Izhar, Idgham dan Ikhfa'. Juga dibincangkan tentang bahagian Idgham yang berkaitan dengan makhraj dua huruf yang bertemu, sama ada huruf tersebut bersamaan makhraj dan sifatnya, atau bersamaan

makhrajnya sahaja, ataupun berhampiran makhraj dan sifatnya.

Topik 6 membincangkan mengenai kaedah bacaan Lam TaÊrif iaitu sama ada dibaca dengan bacaan izhar ataupun dengan idgham. Selain itu, ia juga akan membicarakan tentang Lam pada lafaz al-Jalalah dan bahagian huruf Hamzah dan tumpuan akan terarah kepada Hamzah Wasal dan cara memulakan bacaan padanya.

Topik 7 membincangkan mengenai pembahagian mad iaitu Mad Asli dan Mad Far'ie serta beberapa jenis mad dalam bahagian Mad Far'ie yang merangkumi

Mad Muttasil, Mad Munfasil, Mad Aridh Lis Sukun, Mad Lazim dan Mad Badal. Selain itu, ia juga akan membincangkan tentang harakat bacaan ke semua hukum mad tersebut, topik ini juga akan menghuraikan mengenai sebab penamaannya serta kaitan dengan contoh-contoh kalimah yang diberikan.

Topik 8 membincangkan mengenai beberapa cabang hukum mad, sama ada ia termasuk dalam bahagian Mad Asli atau Mad Far'ie yang merangkumi Mad Silah Tawilah, Mad Silah Qasirah, Mad Lin, Mad Faraq, Mad Iwadh, Mad Tamkin, Mad Ta'zim dan Mad Tabriah. Ia juga akan membincangkan tentang harakat bacaan kesemua hukum mad tersebut, topik ini juga akan menghuraikan mengenai sebab penamaannya serta kaitan dengan contoh-contoh kalimah yang diberikan.

Topik 9 membincangkan tentang pengertian wakaf serta perbezaannya dengan saktah dan qata', bahagian-bahagiannya, tanda-tandanya, cara-cara melaksanakannya serta beberapa ciri kesalahan-kesalahan yang sering dilakukan

(4)

oleh pembaca al-Quran pada kalimah-kalimah tertentu. Di samping itu, perbincangan juga akan menjurus kepada maksud sebenar ibtida', bahagian-bahagiannya serta beberapa faedah yang akan diperolehi sekiranya mengetahui ilmu yang berkaitan dengan wakaf dan ibtida' ini.

Topik 10 membahaskan tentang beberapa istilah bacaan al-Quran yang terdapat dalam bacaan riwayat Hafs. Istilah-istilah yang yang dimaksudkan ialah al-Imalah, al-Isymam, al-Raum, al-Sakt, Silah Ha' al-Dhamir, al-Tashil dan al-Naql.

PANDUAN SUSUN ATUR TEKS

Sebelum anda membaca modul ini, adalah penting sekiranya anda ambil tahu akan susun atur teks modul. Memahami susun atur teks akan membantu anda untuk merencana pembelajaran kursus supaya lebih objektif dan berkesan. Amnya, susun atur teks bagi setiap topik adalah seperti berikut:

Hasil Pembelajaran: Ia merupakan apa yang anda harus dapat lakukan atau capai setelah selesai membaca sesuatu topik. Setelah selesai membaca setiap topik anda digalakkan merujuk kepada senarai hasil pembelajaran berkenaan untuk memastikan sama ada anda dapat atau tidak mencapainya. Amalan seperti ini akan dapat mengukur dan mempertingkatkan penguasaan kandungan sesuatu topik.

Semak Kendiri: Soalan-soalan diselitkan pada bahagian-bahagian tertentu dalam sesuatu topik. Soalan-soalan ini menguji kefahaman tentang maklumat yang anda telah baca. Jawapan untuk soalan-soalan ini biasanya terdapat dalam perenggan-perenggan yang sebelumnya. Anda digalakkan menjawab soalan-soalan semak kendiri ini untuk menguji dan memastikan sama ada anda telah memahami kandungan sesuatu topik dan seterusnya menyediakan anda menghadapi ujian dan peperiksaan kelak. Kebanyakan jawapan kepada soalan-soalan yang ditanya terdapat di dalam modul itu sendiri.

Aktiviti: Aktiviti-aktiviti juga diselitkan pada bahagian-bahagian tertentu dalam sesuatu topik dengan tujuan menggalakkan anda mengaplikasi konsep dan prinsip yang anda telah pelajari kepada situasi sebenar. Aktiviti-aktiviti ini juga memperluaskan kefahaman kandungan yang dipelajari dengan menggalakkan anda melakukan sesuatu seperti berfikir secara mendalam, memberi pendapat, berbincang bersama rakan dalam kelas, merujuk kepada laman web, membaca artikel jurnal dan seumpamanya.

Rumusan: Di akhir sesuatu topik, isi-isi penting topik tersebut disenaraikan. Komponen ini membantu anda untuk mengingat dan mengimbas semula

(5)

keseluruhan topik. Anda haruslah memastikan bahawa anda memahami setiap pernyataan yang disenaraikan. Jika tidak, sila kembali membaca topik berkenaan.

Kata Kunci: Di akhir topik disenaraikan beberapa perkataan dan frasa penting yang digunakan di dalam topik berkenaan. Anda mesti dapat menjelaskan setiap perkataan dan frasa ini. Jika tidak, sila kembali membaca topik berkenaan. Rujukan: Rujukan adalah bahagian di mana senarai buku teks, jurnal, artikel, kandungan elektronik atau sumber-sumber yang boleh ditemui yang berkaitan dan berguna dalam melalui modul atau kursus. Senarai ini boleh dilihat di dalam beberapa bahagian seperti di dalam Panduan Kursus (di bahagian Rujukan), di akhir setiap topik atau di akhir modul. Anda digalakkan membaca bahagian-bahagian yang berkaitan dalam senarai rujukan tersebut untuk mendapatkan maklumat lanjut dan memperkukuhkan kefahaman anda.

PENGETAHUAN ASAS

Tiada pengetahuan asas diperlukan.

KAEDAH PENILAIAN

Sila rujuk myINSPIRE.

RUJUKAN

Abdullah Basmeih (1995). Datuk Haji Muhammad Noor bin Haji Ibrahim (ed).

Tafsir pimpinan Al-Rahman. Kuala Lumpur : Bah. Hal Ehwal Islam Jab.

Perdana Menteri.

Abdullah al-Qari bin Hj. Saleh (1988). Kursus qari dan qariah. Kota Bharu: Pustaka Aman Press.

Abd al-Fattah al-Qadhi (2003). Al-Wafi fi Syarh al-Syatibi. Kaherah : Dar al-Salam.

Abi Asim Abd al-Aziz bin Abd al-Fattah al-Qari (1404 H). Qawaid al-Tajwid ala

Riwayah Hafs an Asim bin Abi al-Najud. Madinah al-Munawwarah :

Maktabah al-Dar.

Al-Dabbagh, Ali Muhammad (1954). Al-Ida'ah fi Bayan Usul al-Qiraah. Kaherah: Mustafa al-Babi al-Halabi.

(6)

Al-Syeikh Sulaiman al-Jamzuri (1994). Matan Tuhfah al-Atfal. Kaherah: Al-Matabi' al-Aniriyyah.

Azahari Ibrahim (1998). Kitab pelajaran tajwid. Kuala Lumpur: Dar al-Nu'man Mahmud al-Husari (1970). Ahkam Qiraah al-Quran al-Karim. Kaherah: Matabi'

Syirkah al-Syimarli.

Muhammad al-Habsy (Dr.) (1998). Kayf Taqra' al-Quran. Syiria : Dar al-Asama'.

PERPUSTAKAAN DIGITAL TAN SRI DR

ABDULLAH SANUSI (TSDAS)

Perpustakaan Digital TSDAS mempunyai pelbagai sumber bercetak dan atas talian untuk kegunaan pelajar. Perpustakaan digital komprehensif ini, yang boleh dicapai melalui portal OUM, menyediakan akses kepada lebih daripada 30 pangkalan data yang meliputi jurnal, tesis dan buku dalam format elektronik serta banyak lagi. Contoh pangkalan data yang ada ialah EBSCOhost, ProQuest, SpringerLink, Books24x7, InfoSci Books, Emerald Management Plus dan Ebrary Electronic Books. Sebagai pelajar OUM, anda digalakkan untuk menggunakan sepenuhnya sumber-sumber yang terdapat di perpustakaan ini.

Referensi

Dokumen terkait

Batas normal urin yang dikeluarkan selama 24 jam pada orang dewasa berkisar 1500 ml sampai 1600 ml, akan tetapi pada saat seorang wanita mengalami masa kehamilan

 Walaupun di desa tersebut tidak ada gedung sekolah, data anak yang sekolah akan tertampung walaupun anak yang bersangkutan sekolah di daerah yang lain..  Informasi Guru

Pengaruh gaya kepemimpinan ini yang dilakukan pimpinan KPP Pratama Bogor terlihat pada adanya saling kepercayaan antara para pegawai dalam pelaksanaan tugas yang

Memudahkan aksesibilitas bagi anak cacat fisik yakni, memanfaatkan sepenuhnya tapak dengan perletakan masa yang mengikuti dimensi tapak, hal ini dilakukan untuk efisiensi

Peningkatan secara absolut ini hampir terjadi di semua status pekerjaan yang tergolong kedalam kegiatan informal kecuali penduduk yang bekerja sebagai pekerja

Dalam penelitian ini, Penulis akan m eneliti seni bonsai yang ada di Jepang dengan m enghubungkan konsep ajaran Buddha te nta ng ke hidupan dan kem atian yang ditinja u

Jika gambar 3.1 menggambar konfigurasi untuk layanan voice, gambar 3.6 menggambarkan konfigurasi PT Grand Asia Brilliant China untuk layanan Data dengan bandwidth yang

Jenis penelitian yang digunakan adalah penelitian survei analitik dengan pendekatan cross sectional study dengan tujuan untuk mengetahui Hubungan Faktor Enabling Dengan