• Tidak ada hasil yang ditemukan

International Conference on Global Education V Global Education, Common Wealth, and Cultural Diversity

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "International Conference on Global Education V Global Education, Common Wealth, and Cultural Diversity"

Copied!
21
0
0

Teks penuh

(1)

PENGARUH KEPIMPINAN DALAM PENDIDIKAN: KESAN TERHADAP KEMENJADIAN PELAJAR

Siti Fatma Mohd Asri Muhammad Hussin

Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia Abstrak

Gaya kepimpinan pengetua atau guru besar berkait rapat dengan kejayaan sesebuah sekolah yang ditadbirnya. Dalam organisasi sekolah, pengetua dan guru dilihat sebagai personaliti yang bertanggungjawab untuk mewujudkan kemajuan dan diharapkan mampu untuk membawa pelbagai perubahan dan kecemerlangan sekolah seterusnya dapat menghasilkan pelajar yang cemerlang dan berakhlak. Kepimpinan guru juga sangat penting dalam menghasilkan pelajar yang berakhlak di mana guru adalah contoh yang terbaik dalam membentuk peribadi pelajar ini. Kepimpinan pengetua dan guru yang berkualiti menjadi fokus utama dalam membangunkan profesion perguruan. Profesion perguruan memerlukan guru-guru yang berkaliber dan berkeupayaan menjunjung aspirasi dan hasrat kerajaan bagi merealisasikan Falsafah Pendidikan Negara. Usaha membentuk kesantunan dalam kalangan murid adalah bermula dengan kesantunan yang dipamerkan oleh seseorang guru itu terlebih dahulu. Proses pemilihan pengetua atau guru besar yang rapi, jelas dan telus adalah penting bagi memastikan setiap sekolah dipimpin oleh pengetua atau guru besar yang berprestasi tinggi seterusnya dapat mempengaruhi organisasi pendidikan.

Kata Kunci : Kepimpinan, keberhasilan pelajar, profesion perguruan

1.0 PENGENALAN

Dewasa ini negara sering digemparkan dengan masalah salah laku moral dan etika yang menjejaskan kredibiliti seseorang. Kehakisan nilai dalam masyarakat dicerminkan oleh kakitangan awam dengan wujudnya jenayah kolar putih, gejala sosial, rasuah, diskriminasi, penindasan dan penyalahgunaan kuasa (Mohd. Kamal & Mustafar, 2004). Kepincangan ini berlaku akibat manusia kini dipengaruhi oleh unsur materialistik dan mengabaikan nilai agama.

Pemimpin sekolah atau institusi merupakan orang yang sangat penting selain dari guru-guru atau pensyarah dalam memajukan institusi pelajaran di Malaysia. Pemimpin sekolah dan guru ialah pemacu yang amat penting untuk menghasilkan pelajar yang mempunyai sahsiah dan akhlak yang terpuji dan seterusnya dapat melahirkan modal insan bertaraf global yang mempunyai daya saing tinggi dan berkemahiran (Mohd Kamal & Mustafar, 2004). Oleh hal yang demikian, pemilihan pengetua yang berkaliber harus mendapat keutamaan demi pencapaian pendidikan. Ini

(2)

di mana ternyata institusi pendidikan yang terserlah kehebatannya dipimpin oleh pengetua yang hebat juga. Walau bagaimanapun, kecemerlangan sesebuah organisasi tidak akan tercapai jika pengetua hanya menitikberatkan gaya kepimpinan tanpa melibatkan komitmen dari organisasi. Hal ini di mana sesebuah sekolah yang berkesan mempunyai guru-guru yang komited dan bertanggungjawab ke atas kerja mereka. Kepimpinan daripada perspektif Islam dikaitkan dengan tanggungjawab untuk menjalankan amanah Allah s.w.t bagi memimpin umat manusia dan memakmurkan alam ini dengan adil bagi mendapatkan keredaan Allah s.w.t (Ali Mohd Jubran, 2004); Haron Din, 1998; Ibn Taymiya (661-728); Al-Mawardi (957-1058). Selain itu, pengetua memainkan peranan penting bagi membangunkan kepimpinan guru di sekolah seterusnya dapat melahirkan pelajar yang cemerlang sama ada dari segi akademik atau sahsiah. Hal ini di mana keadaan ini berkaitan dengan faktor kepimpinan guru yang boleh mempengaruhi kewujudan sekolah berkesan (Alma Harris, 2003; Katzenmeyer dan Moller, 2001; Frost dan Durrant, 2002; Leithwood, Jantaz dan Steinbach, 1992). Tambahan pula, ada kajian yang membuktikan bahawa permasalahan akhlak yang wujud dalam kalangan pelajar dikaitkan dengan keberkesanan pengajaran guru-guru di sekolah (Ab. Halim Tamuri & Khadijah Abdul Razak, 2003, Zaharah Hussin, 2005).

Namun, kini masyarakat seolah-olah tidak memberikan penghormatan yang sepenuhnya kepada guru-guru tidak seperti masa dulu. Hal ini di mana integriti guru semakin diragui dan masyarakat tidak lagi mempercayai guru seratus peratus. Perkara ini berlaku disebabkan mungkin kita dikejutkan dengan perkara yang negatif dan mengejutkan sesetengah masyarakat seperti penderaan murid oleh guru. Hal ini mungkin menyebabkan penghormatan yang diberikan kepada guru tergugat. Masalah penderaan guru kepada pelajar juga sering menjadi tumpuan media dan oleh sebab itulah terdapat segelintir masyarakat menuding jari kepada guru atas kesalahan yang dibuat.

2.0 KONSEP KEPIMPINAN PENGETUA

Kepimpinan dan pengurusan guru besar atau pengetua mahupun institusi yang baik akan meningkatkan standard pendidikan (Bush & Jackson, 2002). Pengetua dan guru besar sebagai pemimpin sekolah perlu memainkan peranan sebagai pemimpin profesional di mana kecemerlangan dan kelestarian kepemimpinan bermula dengan peranan pengetua. Pengetua dan guru besar yang mempunyai kualiti dan ciri peribadi yang baik, beretika dalam menjalankan tugas, mempunyai peribadi yang berakhlak di mana memenuhi

(3)

ciri-ciri pemimpin menurut perspektif Islam akan dapat mempamerkan gaya kepimpinan yang baik, cemerlang, berkesan dan lestari. Oleh itu, pengetua akan mendapat kepercayaan, kebergantungan, keyakinan, sokongan, kesepakatan bekerja dan dapat meningkatkan kesetiaan serta komitmen daripada guru-guru dan anggota organisasi. Selain itu, kepimpinan sekolah melalui tiga peringkat di mana bermula dengan kepimpinan pengetua yang merupakan ketua di sekolah dan seterusnya guru-guru yang akan menggalas tanggungjawab dan peranan yang telah dirancang oleh pihak organisasi sekolah untuk meningkatkan keberhasilan pelajar serta keberkesanan sekolah.

Selain itu, dalam PPPM 2013-2025 menyatakan bahawa kepimpinan di sekolah akan diperluas kepada guru-guru khususnya guru-guru yang memegang jawatan di sekolah. Usaha untuk meningkatkan keberhasilan pelajar memerlukan keupayaan kepimpinan pengajaran bukan sahaja dalam kalangan pengetua tetapi juga kepimpinan dalam kalangan guru-guru sekolah itu sendiri. Sebagai pemimpin yang cemerlang dan berpengalaman, pengetua seharusnya dapat mempengaruhi dan meningkatkan komitmen guru sebagai pemimpin dan pengurus pembelajaran di bilik darjah yang menyumbang terhadap usaha-usaha penambahbaikan kualiti pengajaran dan pembelajaran di sesebuah sekolah mengikut nilai-nilai yang ditetapkan. Di samping itu, menurut Abdul Ghani (2009), kepimpinan guru adalah proses pemimpin dalam usaha mempengaruhi pelajarnya bergerak ke arah pencapaian matlamat yang ditetapkan secara bersama.

3.0 CIRI-CIRI KEPIMPINAN PENGETUA YANG BERKESAN

Sebenarnya adalah sukar untuk menentukan ciri-ciri pengetua atau guru besar kerana seseorang pengetua yang berjaya menjadi pemimpin yang baik di sesebuah sekolah pada hari ini belum tentu akan berjaya menjadi pemimpin yang baik di sekolah lain pada masa akan hadapan. Seterusnya, pengetua yang berkesan perlu mempunyai pelbagai kemahiran dan keterampilan supaya dapat menjalankan tugas sebagai pemimpin sekolah yang berkesan (Mohd Najib & Tamyis Arbak, 2008). Keterampilan ini boleh membantu pengetua menangani cabaran-cabaran dan harapan-harapan yang di minta oleh majikan, guru-guru, ibu bapa dan pelajar itu sendiri. Seseorang pengetua atau guru besar yang berkesan mempunyai kemahiran-kemahiran seperti kemahiran teknikal. Kemahiran teknikal bermaksud pengetua memainkan peranan sebagai jurutera pengurusan di mana seorang pengetua atau guru besar perlu cekap dan mahir dalam memanipulasi strategi dan keadaan untuk menjamin keberkesanan yang maksimum dan

(4)

optimum dalam menyelesaikan masalah seperti pengajaran dan pembelajaran, disiplin pelajar, kekurangan komitmen guru dan sebagainya. Selain itu, kemahiran yang paling utama ialah kemahiran merancang di mana pengetua mesti mempunyai strategi-strategi tersendiri bagi meningkatkan kemenjadian pelajar melalui perancangan yang ditetapkan dan ditugaskan kepada guru-guru dalam membantu pelajar ini (Baharom Mohamad, Mohamad Johdi Salleh & Che Noraini Hashim, 2009).

Selain itu, seorang pengetua yang berkesan mestilah mempunyai wawasan dan sanggup mengambil risiko terhadap tindakannya. Salah satu kesan sekolah kurang berkesan dan timbulnya pelbagai masalah dalam kalangan guru dan pelajar-pelajarnya adalah kerana pengetua tidak mempunyai wawasan dan jika adapun, wawasan itu tidak disampai dan dijelaskan dengan jelas kepada guru dan pelajarnya (Noordin Yahaya & Sharifudin Ismail, 2003). Oleh itu, untuk membolehkan seseorang pengetua itu merealisasikan wawasannya, pengetua atau guru besar itu perlu sentiasa dinamik, kreatif dan inovatif, bertanggungjawab serta ingin perubahan yang dapat memberi kesan kepada pelajar, sekolah dan seterusnya kepada negara. Pengetua yang berkesan juga perlu menjelaskan kepada guru dan staf lain serta pelajar, ibu bapa dan masyarakat tentang matlamat dan wawasan sekolahnya. Oleh itu, dengan cara ini, masalah kurangnya hubungan, sokongan dan komitmen daripada guru, pelajar dan masyarakat terhadap sekolah dapat ditangani dengan mudah dan berkesan (Noordin Yahaya & Sharifudin, 2003).

4.0 KOMPETEN KEPEMIMPINAN GURU DALAM MENINGKATKAN KEBERHASILAN PELAJAR

Kepimpinan adalah komponen penting dalam menentukan keberkesanan sistem di sekolah. Hal ini di mana untuk menghasilkan pelajar yang berkesan, anjakan kepimpinan daripada pengetua kepada guru adalah antara strategi yang berkesan. Pengetua berfungsi sebagai peneraju utama dan guru-guru merupakan penggerak utama dalam menjayakan objektif utama sekolah. Konsep kepimpinan ini menghadapi cabaran membentuk identiti guru dengan kualiti kepimpinan yang diperlukan bagi menambah baik organisasi sekolah. Oleh itu, dalam hal ini tugas kepemimpinan di sesebuah sekolah dapat dimainkan oleh guru yang berdedikasi, berinovatif dan kreatif. Selain itu, kepemimpinan guru dapat memupuk semangat bekerjasama sesama rakan sekerja dan juga dengan pelajar (Baharom Mohamad, Mohamad Johdi Salleh & Che Noraini

(5)

Hashim, 2009).

Umum mengetahui guru adalah pendidik dan pengasuh murid-murid yang akan menjadi warisan kebudayaan dan ilmu pengetahuan untuk kemajuan negara pada masa depan. Profesion perguruan merupakan satu profesion yang sangat mulia dan dipandang tinggi oleh masyarakat. Peranan yang dimainkan oleh guru dalam bidang pendidikan tidak kurang pentingnya di mana selain menyebar ilmu, guru juga memainkan peranan dalam usaha mencapai matlamat yang disusun oleh pihak sekolah. Guru yang berkepemimpinan memainkan peranannya sebagai seorang guru yang bukan hanya membimbing dan memperoleh pencapaian yang terbaik tetapi berupaya memimpin dan membimbing teman sekerjanya ke arah matlamat yang hendak dituju. Menurut Katzenmeyer dan Moller (2009), kepimpinan guru dilihat sebagai pemimpin di dalam dan di luar bilik darjah, mengenal pasti dan menyumbang kepada komuniti guru dan pemimpin, mempengaruhi orang lain untuk meningkatkan amalan pendidikan, dan menerima tanggungjawab sebagai pemimpin untuk mencapai kejayaan. Guru yang berkepimpinan ini bersedia menjalankan tanggungjawab dan tugas tanpa menunggu arahan dari pengetua sebaliknya beliau tahu akan apa yang harus dilakukan dan bertindak mengikut matlamat yang hendak dicapai dengan sendirinya. Pemahaman yang jelas tentang kerja sebagai ibadah akan meningkatkan komitmen guru terhadap tugas mendidik pelajar (Hailan Salaman et. Al, 2013)

Namun kini dapat dilihat di media sosial memaparkan pelbagai kes yang dilaporkan mengenai penderaan guru kepada pelajarnya. Paparan isu dan masalah tingkah laku yang dilakukan oleh guru sering kali mendapat liputan menyeluruh dan senantiasa dilaporkan melalui media cetak. Antara beberapa kes yang pernah mendapat perhatian media dan masyarakat ialah termasuklah kejadian 22 murid ditampar oleh guru besar Sekolah Tuaran, Sabah serta tujuh pelajar lelaki Sekolah Menengah Kebangsaan Long di Baram di dakwa telah dipukul oleh warden dengan rotan sebanyak 10 hingga 20 kali kerana mengotorkan asrama. Pada November 2011 yang lepas, masyarakat dikejutkan lagi dengan berita yang berlaku di Pasir Mas, Kelantan di mana 11 pelajar di dapati melecur akibat tindakan melampau seorang guru menggunakan seterika panas bagi mengejutkan pelajar untuk menunaikan solat subuh. Kejadian ini menyebabkan segelintir masyarakat marah atas kejadian yang berlaku. Tindakan ini adalah tidak wajar di lakukan oleh guru yang mempunyai etika dan mempunyai latihan ikhtisas serta melanggar kod etika perguruan yang telah ditetapkan. Dalam kes sebegini

(6)

masyarakat mempersoalkan di manakah sifat kepimpinan seorang guru dan di manakah hilangnya etika yang harus diamalkan oleh guru (Rahmat Mahmod, 2012).

Namun, seperti yang kita ketahui tidak semua guru bersikap sedemikian dan mungkin apabila dikaji guru tersebut mengalami masalah atau gangguan mental dalam kepimpinannya sebagai seorang guru. Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia hanya 235 orang guru atau 0.05% didapati bermasalah dan ini mungkin termasuk dalam kategori guru yang memerlukan rawatan kaunseling (Sinar Harian, 2012). Tidak mustahil guru yang terlibat dalam menghukum pelajarnya itu mungkin mengalami masalah tekanan mental. Guru yang baik dan beretika tidak akan sesekali mendenda pelajarnya melampaui batas sehingga mendatangkan kecederaan kepada pelajarnya.

5.0 CABARAN KEPIMPINAN

Pelbagai cabaran dan rintangan yang terpaksa di harungi oleh pengetua dan guru besar serta guru-guru itu sendiri dalam usaha untuk meningkatkan keberkesanan sekolah dan kemenjadian pelajar. Pelbagai usaha dan aktiviti serta program yang dilakukan demi mencapai matlamat sekolah. Walau bagaimanapun, pengetua atau guru besar sekolah masih lagi menghadapi pelbagai rintangan dalam usaha memajukan sekolah dan dalam meningkatkan kemenjadian pelajar. Di antara rintangan yang sering dihadapi oleh guru besar ialah terdapat guru-guru yang telah lama berkhidmat tetapi tidak mahu menerima perubahan, guru tidak boleh menerima nasihat dan kritikan. Guru malas, tiada semangat kekeluargaan ketika bekerja, tidak bertolak ansur, bersikap negatif, melanggar etika perguruan dan sebagainya.

Guru juga merupakan komponen teras dalam usaha meningkatkan prestasi pelajar dan kejayaan sekolah. Oleh hal yang demikian, guru berkualiti menjadi fokus utama dalam membangunkan profesion perguruan (Amin Senin, 2005, Fullan, 2007). Maka, adalah menjadi tanggungjawab pemimpin sekolah membangunkan staf mereka berasakan sekolah. Profesional pembangunan guru mempunyai korelasi dengan pencapaian pelajar. Justeru itu, pembangunan profesional guru-guru harus diberi perhatian oleh pemimpin sekolah dalam melahirkan guru-guru yang kompeten dan dedikasi (Rusmini, 2003).

Kepimpinan pengetua yang kurang berkesan akan mempengaruhi guru-guru dalam menjalankan sesuatu kerja. Hal ini di mana guru juga kadangkala mengalami masalah

(7)

dalam melaksanakan tugas mereka dengan betul lantaran kurangnya bimbingan dan tunjuk ajar daripada pengetua atau guru besar. Justeru, dapat dilihat bahawa keberkesanan kepimpinan pengetua juga merupakan hasil daripada ciri-ciri mereka yang gemar bertindak sebagai pembimbing kepada guru-guru di bawah pentadbiran mereka. Tugas dan tanggungjawab yang dilaksanakan oleh guru-guru kadangkala tidak menepati syarat yang diperlukan. Oleh hal yang demikian, pengetua seharusnya mengambil langkah membimbing guru untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka dengan lebih efektif demi mencapai matlamat yang diharapkan.

Selain itu, cabaran lain yang ditempuhi guru-guru ini adalah di mana tanggungjawab seorang guru yang semakin bertambah kerana guru bukan sahaja sebagai pendidik tetapi turut menjaga murid di sekolah. Ini menyebabkan bebanan guru semakin banyak yang turut menuntut kesabaran serta pertanggungjawaban yang amat hebat. Kalau dulu guru sering diagung-agungkan dan disanjung sebagai insan yang terhormat oleh para pelajar, ibu bapa dan masyarakat seluruhnya, namun hari ini kita sering mendengar sebahagian pelajar sekolah tidak menghormati guru mereka. Hal ini di mana guru-guru diperlekehkan oleh ibu bapa pelajar yang mempunyai taraf hidup yang lebih baik. Selain itu, guru-guru juga di saman atas kesalahan yang tidak setimpal dengan pengorbanan yang diberi. Rasa hormat murid semakin pudar bersama keangkuhan ibu bapa yang tidak menitikberatkan pelajaran dan menuding jari kepada guru di atas kesalahan dan ketidakprihatinan mereka sendiri dalam mendidik anak-anak. Hal-hal sebegini juga boleh menyebabkan sesetengah guru mengalami masalah mental dan emosi. Di sebabkan bebanan tugas ini menyebabkan guru tidak dapat mengawal tekanan dan berlakunya tindakan di luar kawalan seperti guru mendera pelajar dan sebagainya.

Namun, kini dapat di lihat masalah kepimpinan pelajar kini dicemari dengan masalah sosial dalam kalangan pelajar sekolah. Antara masalah sosial yang semakin menjadi perhatian masyarakat kini ialah masalah ponteng sekolah, buli, dadah, kegiatan yang tidak bermoral dan sebagainya. Ini amat membimbangkan di mana masalah sosial yang dilakukan membawa kepada siasatan polis dan menjejaskan serta mengganggu pembelajaran mereka di samping memberi kesan kepada akhlak mereka. Pelajar adalah murid pada hari ini dan pembesar atau pemimpin pada masa hadapan dan sekurang-kurangnya mereka adalah pemimpin kepada diri sendiri, keluarga atau kelompok masyarakat sendiri. Oleh hal yang demikian, pendidikan merupakan antara agenda utama negara dalam mewujudkan kemenjadian pelajar. Namun, ada kajian yang

(8)

membuktikan bahawa permasalahan akhlak yang wujud dalam kalangan pelajar dikaitkan dengan keberkesanan pengajaran guru-guru di sekolah (Ab Halim Tamuri & Khadijah Abdul Razak, (2003), & Zaharah Hussin, 2005). Menurut Kementerian Pendidikan sehingga tahun 2014, Kementerian merekodkan sebanyak 13,359 pelajar sekolah rendah dan menengah di seluruh negara terlibat dalam salah laku disiplin berat atau berunsur jenayah (Utusan Online, 2014). Angka itu juga dijangka meningkat jika masalah tidak dibendung dan tindakan yang wajar patut dilakukan untuk memulihkan kembali akhlak pelajar-pelajar ini.

6.0 ISU-ISU KEPIMPINAN SEKOLAH

Organisasi pendidikan khasnya di sekolah mempunyai beberapa isu yang timbul berdasarkan persekitaran, suasana dan budaya sesebuah sekolah. Salah satu isu ialah kepimpinan guru besar yang kurang mantap, tidak proaktif dan kreatif. Hal ini di mana isu ini timbul kerana beberapa sebab tertentu di antaranya ialah cara perlantikan mereka ke jawatan tersebut seperti mana yang diamalkan oleh Kementerian Pelajaran. Perlantikan seseorang pengetua atau guru besar biasanya berdasarkan “seniority” dan tidak mengambil kira prestasi kerja mereka atau pengetahuan mereka dalam pengurusan atau pengalaman mereka dalam pengurusan. Kebanyakan pengetua atau guru besar sebegini biasanya sudah berada di penghujung karier mereka dan sebahagian besar daripada mereka dilantik apabila umur sudah mencapai 54 atau 55 tahun dan bagi mereka hanya menunggu masa untuk bersara dan tidak proaktif dan kreatif. Jika hal ini berlaku maka pengurusan dan kepimpinannya tidak membawa apa-apa perubahan atau pencapaian yang baik kepada sekolah tersebut (Anjakan Mac 2014).

Antara isu-isu lain yang timbul terhadap kepimpinan pengetua atau guru besar ini di mana ada guru biasa yang menjadi guru besar. Berdasarkan keratan akbar bertarikh 1 Februari 2015 yang bertajuk “Siasat Guru Biasa yang Menjadi Guru Besar” di mana telah menjadi perhatian pihak Kementerian Pendidikan (Norutul Ilham, 2015). Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Kebangsaan Malaysia (NUTP), Lok Yim Pheng berkata, berdasarkan aduan yang diterima perkara itu telah berlaku di beberapa buah sekolah rendah dan dipercayai banyak lagi kes seumpama itu berlaku dan tidak didedahkan. Dalam hal ini, isu seperti itu sepatutnya tidak berlaku kerana untuk menjadi guru besar atau pengetua mesti melalui prosedur kenaikan pangkat yang betul. Jika hal ini berlaku, ini akan mendatangkan masalah kepada sekolah itu sendiri kerana guru

(9)

biasa yang tidak pernah menjadi guru besar atau pengetua ini tidak mempunyai pengalaman sebagai pemimpin terutama pengalaman dalam mentadbir sekolah serta banyak perkara yang mereka tidak tahu seperti cara bagaimana menyelesaikan masalah apabila melibatkan masalah dengan ibu bapa pelajar dan banyak lagi. Kesannya pemimpin yang berkualiti tidak ada di sekolah tersebut menyebabkan pentadbiran sekolah tidak teratur dan memberi tempias terhadap meningkatkan kemenjadian pelajar.

Selain itu, timbul isu di mana pengetua atau guru besar ini menyalahgunakan kuasa kepimpinan yang diberikan ke atas mereka. Hal ini terbukti apabila ada sesetengah pengetua sekolah yang menyalahgunakan kuasa memindahkan guru yang bermasalah sesuka hati. Masalah penyalahgunaan kuasa dari pengetua ini masih berlaku sehingga kini. Isu ini juga jelas terbukti apabila Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mendakwa ada segelintir guru besar yang ‘tidak sebulu’ atau bermasalah dari sekolah dalam melaksanakan program penempatan semula guru. Dalam situasi ini, guru besar dan pengetua terbabit mengambil kesempatan mengeluarkan guru tertentu yang sudah disasarkan dengan memberi alasan sekadar memenuhi arahan penempatan semula. Perkara ini adalah tidak beretika dan pengetua yang mempunyai sifat terpuji mestilah sentiasa adil dalam menjalankan tanggungjawab. Di samping itu, timbul isi di mana guru yang sudah bertugas lama sehingga 20 tahun di sesebuah sekolah tetapi menerima arahan berpindah ke lokasi jauh dan menyebabkan timbul tekanan dari kalangan guru tersebut. Ini menunjukkan sifat kepimpinan guru besar atau pengetua tersebut tidak profesional dalam mengurus pentadbiran sekolah yang dapat memberi kesan kepada guru-guru malahan kepada pelajar-pelajar itu sendiri.

Kesan daripada kepimpinan pengetua yang tidak proaktif, sejak akhir-akhir ini kita dihidangkan tentang berita mengenai kesalahan etika guru. Profesion perguruan hari ini di lihat semakin goyah kerana ada segelintir golongan guru yang melanggar kod etika guru yang telah termaktub. Ini jelas apabila semakin banyak isu salah laku tersiar di kaca televisyen menjadi topik perbincangan tertentu dan menghiasi dada-dada akhbar. Antaranya ialah mendenda pelajarnya yang boleh dikatakan agak keterlaluan dengan alasan yang tidak munasabah seperti tidak menyiapkan kerja sekolah, tidak membawa buku latihan, tidak dapat menjawab soalan yang di tanya, minum air ketika di dalam kelas, dan beberapa kesalahan kecil. Kita sedar bahawa guru bertindak sedemikian kerana ingin mendidik pelajar supaya tidak mengulangi kesalahan yang sama tetapi perbuatan guru yang mendenda pelajar dengan keterlaluan sehingga

(10)

mendatangkan kecederaan yang menimbulkan kemarahan ibu bapa pelajar tersebut. Sebagai contoh baru-baru ini digemparkan dengan cara seorang guru lelaki yang mendenda pelajarnya dengan mengalungkan loceng di leher dan diberi makan rumput serta di panggil “lembu” gara-gara tidak menyiapkan kerja sekolah. Adakah ini hukuman yang wajar atas kesalahan yang diberikan ke atas pelajar disebabkan hanya tidak menyiapkan kerja sekolah dan adakah ini sifat kepimpinan seorang guru yang baik?

Isu ini telah menjadi tumpuan ibu bapa, masyarakat dan guru-guru di luar sana dan siapa yang perlu dipersalahkan dalam hal ini. Kesannya, bukan sahaja imej guru tersebut yang tercalar malahan imej profesion keguruan turut menerima tempiasnya dan turut memberi kesan kepada pelajar. Kita ketahui juga dalam hal ini ramai masyarakat tidak berpuas hati terhadap guru tersebut terhadap hukuman yang diberikan kepada pelajar yang dikatakan “lembu” itu tadi. Tindakan ini menimbulkan persoalan di manakah peranan seorang pengetua yang betul dalam menangani isu guru tersebut. Tindakan ini adalah tidak wajar bagi seorang guru yang waras dan mempunyai etika Islam serta beradab yang diamalkan dalam perguruan. Seorang guru yang mempunyai nilai Islam dalam diri ataupun mempunyai nilai peribadi yang baik tidak akan sesekali menghukum pelajarnya sedemikian rupa walaupun dengan niat mendidik. (Siti Nordiana Rifai & A’dawiyah Ismail, 2016).

Selain itu, isu yang menjadi perhatian ramai masa kini adalah hukuman seperti mengetuk atau menyekel kepala pelajar, menampar, mencubit sehingga lebam, memulas telinga, membuat hanyutan sambil memegang telinga, mencela, mendera seperti berlari keliling padang, menjemur atau menghukum pelajar secara berkumpulan adalah tidak dibenarkan. Seperti yang kita dapat lihat, ada sesetengah ibu bapa bersetuju jika anak mereka dihukum sama ada menggunakan rotan atau cara yang lain bagi tujuan mendidik namun ada juga ibu bapa yang sanggup memarahi guru kerana hukuman rotan ini dijalankan. Namun tindakan seperti menghukum dan mendenda pelajar yang tidak menyiapkan kerja rumah berlaku di mana sahaja. Hal ini di mana tindakan memberi hukuman yang dikatakan bertepatan adalah perlu dalam menangani permasalahan yang sering berlaku di dalam kelas di samping tujuan utama hukuman diberi kepada pelajar ini adakah untuk menyedarkan mereka atas kesalahan yang telah di buat. Oleh itu, dalam hal ini tugas sebagai pemimpin sekolah iaitu pengetua atau guru besar memainkan peranan penting dalam memulihkan imej guru seterusnya dapat meyakinkan

(11)

pelajar dan ibu bapa tersebut.

Di samping itu, ada juga beberapa isu kepimpinan guru yang tidak beretika dan menjadi tumpuan masyarakat dan media sosial. Hal ini di mana seorang guru wanita sebuah sekolah menengah di Kuala Klawang, Jelebu yang didakwa merotan pelajarnya sehingga menyebabkan pelajar tersebut mendapat rawatan di hospital kerana tidak dapat bergerak. Hal ini hanya berlaku di sebabkan pelajar tersebut kerana gagal menjawab soalan Matematik yang dikemukakan guru wanita terbabit. Sebetulnya isu merotan pelajar tidak menjadi isu pada sebelum ini namun disebabkan segelintir guru yang menghukum pelajar dengan merotan secara keterlaluan sehingga menyebabkan kecederaan kepada pelajar dan disebabkan hal sebegini segelintir masyarakat tidak berpuas hati terhadap hukuman rotan ini dijalankan. Isu rotan ini menyebabkan Kementerian Pendidikan Malaysia menyemak semula hukuman rotan kepada pelajar. Namun berdasarkan kajian yang di jalankan oleh Zainudin (2010), ibu bapa bersetuju dengan pelaksanaan hukuman merotan yang dijalankan di sekolah yang berkaitan dengan disiplin dan salah laku berat tetapi pelaksanaannya perlulah berdasarkan garis panduan khusus, peraturan dan prosedur yang dibenarkan undang-undang.

Namun, di Amerika, merotan dan cara dendaan fizikal yang lain adalah perkara biasa (Maswan, 2004). Menurut beliau lagi, Amerika melaporkan bahawa pada awal abad ke 20 di sebuah sekolah yang mempunyai 250 guru, terdapat 328 kes merotan pada suatu minggu atau purata 65 kes merotan setiap hari. Di sekolah lain pula, lapan belas orang murid lelaki dirotan selama dua jam di hadapan orang yang tidak dikenali. Ini menunjukkan hukuman rotan di negara barat boleh adalah perkara biasa dan menjadi amalan kepada guru-guru di sana atas kesahan yang dilakukan oleh pelajar mereka. Namun, mengikut pekeliling dan peraturan sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia salah laku pelajar boleh dikategorikan kepada tiga jenis iaitu kesalahan berat, kesalahan sederhana dan kesalahan ringan. Antara kesalahan berat ialah menyimpan, menghisap dadah, biadab terhadap guru, membuli, mencuri dan sebagainya dan jika didapati bersalah pelajar berkenaan akan di rotan di punggung menggunakan rotan ringan maksimum tiga kali.

7.0 CADANGAN DAN PENYELESAIAN ISU KEPIMPINAN

Pemimpin sekolah adalah penggerak utama yang paling penting di peringkat sekolah untuk keberhasilan murid. Proses pemilihan pengetua dan guru besar yang rapi, jelas, dan telus adalah penting bagi memastikan setiap sekolah dipimpin oleh

(12)

pengetua dan guru besar yang berprestasi tinggi. Berdasarkan isu perlantikan guru besar dan pengetua yang sebelum ini dikatakan tidak sesuai dan tidak berprestasi tinggi, menurut bekas Timbalan Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yasin (2013), mulai tahun 2014 proses perlantikan pengetua dan guru besar akan dimantapkan lagi dengan memastikan kepimpinan berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah (Julai 2013). Perlantikan ini akan dibuat berdasarkan latihan dan penilaian yang dilaksanakan untuk bakal pengetua dan guru besar melalui Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan (NPQEL) yang dijalankan oleh Institut Aminuddin Baki (IAB). Selain itu, penilaian akan dibuat berdasarkan kemampuan bakal guru besar dan pengetua melaksanakan tanggungjawab mereka, sifat kreativiti dan inovasi mereka di samping mempunyai rekod cemerlang dalam kerjaya mereka sebagai guru. Oleh hal yang demikian, pelantikan guru besar atau pengetua adalah berdasarkan penilaian dan bila ada kekosongan jawatan tersebut, jawatannya akan diisi oleh guru yang terbaik di mana mengambil kira soal ujian dan pencapaian yang dicapai oleh guru berkenaan berdasarkan kursus yang mereka jalani. Menurut beliau lagi, jika sebelum ini jawatan pengetua dan guru besar disandang secara automatik, tetapi kini perlu melalui proses penapisan yang teliti dan melalui program latihan dan bimbingan yang komprehensif. Ini dapat meningkatkan kualiti pendidikan negara selaras dengan matlamat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia di mana antara anjakan paling penting dalam anjakan itu ialah keupayaan guru dan kepimpinan di sekolah.

Di samping itu, Program Residency dan Immersion (PRIme) merupakan program transisi bakal pengetua atau guru besar dalam menyedia dan memantapkan pelbagai kompetensi kepimpinan dan pengurusan yang diperlukan sejajar dengan peranan mereka sebagai pemimpin sekolah. Melalui program ini, bakal pengetua dan guru besar perlu menjalani kursus dan bengkel sebagai persediaan untuk program

residency iaitu selama sebulan bersama pengetua atau guru besar yang akan bersara atau

bertukar dan tujuannya adalah untuk membiasakan diri dengan persekitaran sekolah. Selepas pengetua atau guru besar bersara atau berpindah dan pengetua baru ini akan mengambil alih tugas tersebut. Tujuan program ini diadakan untuk memastikan pemimpin berprestasi tinggi dapat ditempatkan di setiap sekolah (Anjakan Mac, 2014).

Sebagai seorang pemimpin, perkara yang perlu dititikberatkan ialah memastikan segala program berjalan dengan apa yang diharapkan. Pemimpin dapat melaksanakan tugasannya dengan sempurna sekiranya dapat memahami objektif utama dan membuat

(13)

perancangan awal dalam mencapai tujuan serta mempunyai orang bawahan yang komited untuk mengharungi cabaran bersama dan saling bantu-membantu dalam menangani masalah yang timbul. Menurut Azamri Husin (2007) dalam menghadapi isu kepimpinan pendekatan yang boleh digunakan melalui penaklukan, bekerjasama, mencapai kepentingan diri dan kepentingan orang lain melalui penyelesaian bersama, bertolak ansur dan juga komunikasi. Pemimpin haruslah jujur dalam berkomunikasi dan berterus terang terhadap sesuatu percakapan.

Dalam mengendalikan sesuatu isu, pemimpin haruslah mempunyai kebolehan dalam mempengaruhi orang lain di persekitarannya. Pelbagai cara boleh digunakan untuk mempengaruhi orang lain, terpulang kepada jenis individu yang perlu dihadapi pada satu masa (Sajoli MD, 2007). Antaranya ialah taktik pujukan rasional di mana ia merupakan satu taktik cara menaikkan semangat dan emosi. Taktik ini akan berkesan sekiranya pemimpin mempunyai sifat yang jujur dan mempunyai kemahiran komunikasi yang tinggi. Seorang pemimpin perlu memberi peluang atau mengajak orang bawahan memberi idea, pendapat, pandangan, kaedah dan cara pelaksanaan dalam mencapai sesuatu objektif. Di samping itu, pengetua hendaklah memberi maklumat yang membina terhadap pencapaian kerja guru, memberi penghargaan atau teguran kepada guru-guru serta menyelesaikan masalah guru dan murid dengan adil.

Selain itu, pemimpin perlu menggunakan tahap hubungan setia kawan yang baik dengan orang bawahan. Melalui hubungan peribadi dapat mewujudkan keselesaan dalam melaksanakan tugas. Tindakan untuk membangkitkan semangat orang untuk melaksanakan tugas dengan berkesan ialah mendalami jiwa orang bawahan. Perbincangan dua hala merupakan salah satu cara menjana pemikiran orang bawahan dalam menyelesaikan masalah yang timbul serta berupaya untuk meyakinkan orang bawahan dalam bekerja satu kumpulan dan bukan secara individu untuk mencapai matlamat organisasi. Selain itu, dalam anjakan ke lima Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM 2013-2025), kriteria pemilihan pentadbir sekolah, pengetua atau guru besar bukan lagi berasaskan tempoh perkhidmatan tetapi berfokus kan kepada kecekapan kepimpinan. Hal ini di mana beberapa kajian antarabangsa tentang kepimpinan sekolah menunjukkan bahawa pengetua atau guru besar yang cemerlang adalah yang memberi tumpuan kepada kepimpinan instruksional dan bukannya kepimpinan pentadbiran.

(14)

manusia biasa yang mempunyai pelbagai kerenah dan karakter. Hal ini di mana ada guru yang bersifat positif dan negatif. Setiap perwatakan dan karenah guru memberi kesan terhadap perkembangan dan pencapaian pelajar. Sebagai contoh, guru yang baik akan disenangi oleh pelajar dan menjadi role model kepada pelajar yang membuatkan pelajar lebih minat untuk belajar. Bagi guru yang tidak baik, nescaya ini akan menjejaskan keberhasilan pelajar dan menjadikan disiplin pelajar. Hal ini di mana sebelum membentuk sahsiah pelajar, guru terlebih dahulu perlu mempunyai sahsiah yang baik dan peribadi yang mulia (Shahril & Yahya 2007). Ini di mana contoh teladan guru inilah yang banyak membantu pembentukan akhlak pelajar. Jika guru itu sendiri mempunyai masalah dan gagal memberi contoh yang baik ini akan memberi kesan terhadap pencapaian pelajar.

Namun dewasa ini kita sering dikejutkan dengan masalah sahsiah guru antaranya guru rogol pelajar, guru mendera pelajar yang tidak menyiapkan kerja sekolah dan sebagainya. Walaupun guru tersebut mempunyai objektif dan niat untuk mendidik pelajar, guru mestilah melaksanakan tindakan yang rasional dan berfokus sahsiah dan selaras dengan konsep JERIS iaitu jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Selain itu, mengenai isu kewajaran guru merotan wajar, cadangan yang dilakukan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia adalah menimbangkan balik hukuman rotan ini. Antara cadangan yang dilakukan ialah pengetua dan guru diberi kuasa penuh untuk melaksanakan hukuman rotan terhadap pelajar yang melakukan kesalahan disiplin di sekolah. Hal ini telah dimaklumkan oleh Menteri Pendidikan, Chong Sin Woon (2016) berkata hukuman tersebut boleh dilakukan di sekolah tetapi tidak dibenarkan dilakukan di depan khalayak ramai terutamanya semasa perhimpunan sekolah dan sebaliknya di lakukan di bilik khas atau bilik disiplin. Tambahan pula, usaha penambahbaikan ini bertujuan menjadikan peraturan disiplin di sekolah lebih komprehensif supaya pihak sekolah dapat mengawal tingkah laku pelajar dan murid dengan teratur.

Kerajaan hendaklah melantik guru-guru yang berkelayakan untuk menjawat jawatan dalam profesion perguruan. Hal ini di mana guru yang berkelayakan telah diberi latihan yang secukupnya. Program-program serta kursus-kursus yang dijalani boleh membantu mereka lebih memahami etika keguruan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Selain itu, penguatkuasaan undang-undang adalah merupakan langkah yang patut diambil oleh kerajaan bagi mengatasi isu berkaitan dengan penderaan ini. Sebagai contoh, mana-mana guru yang terlibat dengan tindakan

(15)

undang-undang boleh dilucutkan jawatannya sebagai guru agar dapat memberi pengajaran kepada guru lain supaya tidak berlaku hal yang sama. Di samping itu, mewujudkan khidmat kaunseling khas untuk guru di setiap sekolah adalah langkah yang baik dan bertujuan untuk membolehkan guru mendapatkan bantuan dan nasihat daripada pakar kaunseling jika mereka terlibat atau mengalami gangguan emosi yang mengakibatkan guru ini bertindak di laur kawalan.

Di samping itu, peranan ibu bapa juga penting untuk keberhasilan pelajar di mana apa yang kita tahu ibu bapa adalah individu yang paling rapat dengan anak-anak mereka. Sebagai ibu bapa mereka mestilah memantau keadaan anak-anak mereka supaya tidak terlibat dalam kegiatan yang tidak bermoral dan memastikan mereka sentiasa fokus dalam pelajaran. Selain itu, ibu bapa juga tidak boleh mengharapkan sepenuhnya didikan daripada guru di mana ibu bapa juga adalah tonggak sebenar kepada kejayaan anak. Apa yang kita tahu, sesetengah ibu bapa sentiasa menuding jari kepada guru jika prestasi anak-anak mereka tidak cemerlang dalam akademik. Ibu bapa juga merupakan contoh terbaik dalam menghasilkan pelajar yang berkepemimpinan di mana ibu bapa yang baik akan menunjukkan contoh tingkah laku yang baik untuk anak- anak mereka.

Pada pandangan penulis, untuk memilih pemimpin dalam sesuatu organisasi atau sekolah mestilah melalui pemilihan yang betul dan berdasarkan kriteria yang selayaknya. Perlantikan pengetua mengikut seniority adalah tidak patut walaupun mengambil kira faktor umur dan pengalaman seseorang. Namun, proses pemilihan pengetua yang telus, berprestasi tinggi dan berdasarkan penilaian yang adil perlu bagi memastikan setiap sekolah dipimpin oleh pengetua yang betul-betul layak memegang jawatan tersebut. Hal ini demikian kerana tidak adil jika seorang pengetua itu dilantik oleh sebab beliau seorang yang aktif dalam politik atau sebagainya. Perlantikan pengetua dengan cara yang betul di mana melalui latihan yang diberikan serta melihat pencapaian sama ada dari segi tingkah laku, akhlak serta pencapaian semasa memegang jawatan sebagai guru adalah penting di mana pemimpin adalah tunjang dalam membentuk keberhasilan sesebuah sekolah.

Seterusnya, mengenai hukuman oleh guru yang diberikan ke atas pelajar yang melakukan kesalahan, sesebuah sekolah berhak menentukan hukuman yang setimpal berdasarkan kesalahan yang dilakukan mengikut ciri-ciri yang ditetapkan oleh kementerian. Hukuman dan disiplin di sekolah bermaksud hukuman yang dilakukan di sekolah dalam mengadili pelajar yang melakukan kesalahan dan penyelewengan

(16)

(Ahmad Kilani Mohamed, 2003). Umum mengetahui kesalahan yang dilakukan adalah dalam berbagai-bagai bentuk kesalahan antaranya melanggar disiplin sekolah, melanggar arahan yang ditentukan oleh pihak sekolah, merokok, buli, masalah sosial dan sebagainya.

Dalam kes guru yang menghukum pelajar seperti ‘melembukan pelajar’ gara-gara tidak menyiapkan kerja adalah tidak wajar. Hal ini di mana banyak cara lagi yang boleh digunakan oleh guru tersebut yang boleh dibuat sebagai hukuman atas kesalahan yang dibuat oleh pelajar tersebut. Dalam kes ini penulis melihat tindakan guru tersebut adalah tidak profesional, bersifat emosi, tidak berakhlak dan juga mengenakan hukuman yang tidak bersifat mendidik. Hukuman sedemikian hanya akan memberikan sedikit sahaja nilai positif kepada murid tersebut malah dapat dilihat banyak nilai negatifnya dan memberi kesan kepada pelajar. Sebagai contoh, tidak mustahil selepas ini rakan-rakan pelajar yang lain mula menggelar mereka ‘lembu’ dan menyebabkan pelajar tersebut trauma dan tidak ada semangat untuk ke sekolah. Selain itu, tidak mustahil pelajar tersebut akan mengalami gangguan emosi dan psikologi dan boleh mewujudkan rasa rendah diri dan pelbagai lagi perasaan negatif.

Selain itu, sebenarnya guru-guru ada banyak lagi cara yang kreatif dan juga berbentuk pendidikan dalam memberi hukuman kepada pelajar yang melakukan kesalahan ini. Hal ini di mana pelajar sekolah ini sebenarnya mempunyai emosi yang mudah tersentuh dan kita sebagai guru perlulah bijak dalam mendidik mereka. Sebagai contoh menyuruh pelajar mengulang dan salin semula kerja rumah secara berganda namun dalam kadar yang rasional dan difikirkan sesuai. Secara jelasnya memang pelajar tersebut wajar dihukum atas kesalahan yang dibuat namun adakah wajar pula bentuk hukuman yang dikenakan oleh guru tersebut kepada pelajarnya?

Dalam isu hukuman rotan pula, pada pandangan penulis isu melaksanakan hukuman rotan kepada pelajar yang membuat kesalahan dan juga masalah disiplin di sekolah patut diteruskan. Hukuman rotan ini tidak menjadi masalah asalkan guru tersebut tidak menggunakan kuasa merotan secara berlebihan sehingga menyebabkan kecederaan. Ini di sokong oleh Zainudin & Jani (2010), bahawa merotan adalah salah satu hukuman berkenaan kesalahan disiplin dan hukuman merotan perlu dilaksanakan si sekolah untuk mengawal disiplin pelajar. Hal ini di mana bagi penulis, hukuman merupakan satu cara untuk mendisiplinkan pelajar dan bukannya mendera seperti yang dikatakan oleh ibu bapa masa kini. Kenyataan ini di sokong lagi oleh Wan Yusoff

(17)

(2002), bahawa hukuman merotan adalah satu cara untuk membentuk disiplin pelajar dan perlu di laksanakan di sekolah. Sebagai ibu bapa juga mereka mesti faham mengapa hukuman ini dilakukan di mana untuk kebaikan anak mereka juga. Tambahan pula penulis merasa hairan kenapa ada sesetengah ibu bapa yang tidak boleh menerima hukuman rotan dilakukan kepada pelajar yang bermasalah disiplin walhal hukuman seperti itu adalah untuk mendidik mereka supaya tidak melakukan kesalahan yang sama akan datang.

Penulis juga bersetuju hukuman rotan ini dilaksanakan di mana hukuman disiplin seperti rotan merupakan satu cara untuk mendisiplinkan pelajar sekolah. Hal ini di mana jika pelajar yang melakukan kesalahan tidak di hukum, mereka akan menganggap perbuatan dan kesalahan yang mereka lakukan itu bukan perkara besar dan jika berterusan kesalahan tersebut boleh menjejaskan pelajaran mereka dan juga nama baik sekolah. Seperti yang kita ketahui, seorang guru tidak akan menghukum pelajarnya jika kesalahan yang dilakukan itu tidak memberi kesan sama ada kepada sekolah atau pelajar itu sendiri. Dalam hal hukuman rotan ini juga, guru tidak akan sewenang-wenangnya merotan pelajar jika pelajar tersebut tidak melakukan kesalahan yang besar dan hukuman rotan itu juga sebenarnya adalah dengan niat mendidik dan memberi pengajaran kepada pelajar itu sendiri.

Namun, penulis tidak bersetuju jika seorang guru mendenda pelajarnya dengan secara berlebihan walhal pelajar tersebut hanya melakukan kesalahan yang kecil seperti tidak menyiapkan kerja sekolah atau tidak dapat menjawab soalan yang di tanya. Seorang guru yang ikhlas dalam mendidik pelajarnya sehingga menjadi seorang yang berguna akan sentiasa membantu pelajar-pelajarnya. Pada pandangan penulis lagi, hukuman rotan tidak patut dimansuhkan kerana ia masih relevan bagi tujuan mendidik dan mendisiplinkan pelajar. Selain itu sebab utama hukuman rotan ini masih relevan kerana apabila seseorang pelajar menerima hukuman seperti rotan, pelajar tersebut akan merasa sakit dan serik untuk melanggar peraturan sekolah lagi. Manakala pelajar-pelajar lain yang melihat atau mengetahui kawan mereka dikenakan hukuman rotan itu akan merasa ngeri dan takut untuk melakukan kesalahan tersebut. Oleh itu masalah disiplin juga dapat di atasi.

Dalam hal ini penulis bersetuju dengan cadangan semula Kementerian Pendidikan Malaysia bahawa hukuman rotan pelajar di laksana 2017. Menurut Timbalan Menteri Pendidikan, Chong Sin Woon, (Utusan Online, 2016) di mana

(18)

pengetua atau guru akan diberi kuasa penuh untuk melaksanakan hukuman rotan terhadap pelajar yang melakukan kesalahan disiplin di sekolah. Menurut Chong Sin Woo lagi, cadangan tersebut merupakan antara penambahbaikan peraturan disiplin pelajar yang bakal dilaksanakan bermula sesi persekolahan 2017. Peranan guru amat disanjung oleh agama Islam. Di antara hadis Rasulullah s.a.w yang menceritakan tentang guru adalah “Bukan umatku jika tidak memuliakan orang yang lebih tua, tidak kasihan kepada orang yang lebih muda dan tidak menunaikan hak guru-guru. (Riwayat Ahmad, At-Thabrani dan Al-Hakim). Secara keseluruhannya, pemimpin yang berkesan ialah pemimpin yang dihormati yang mementingkan tanggungjawab dan amanah serta mempunyai perwatakan dan keperibadian yang berakhlak dan cemerlang agar dapat menjadi model terbaik dalam kalangan pengetua dan guru. (Lokman Mohd Tahir, 2002).

8.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, kepimpinan pengetua atau guru besar dapat membantu guru-guru meningkatkan profesional mereka. Pengetua atau guru-guru besar boleh menggunakan pelbagai cara sebagai sokongan kepada guru-guru dalam usaha memajukan pengajaran dan seterusnya dapat meningkatkan keberhasilan atau kemenjadian pelajar. Sememangnya sekolah memerlukan seorang pengetua atau guru besar yang dapat memimpin dan mengurus program pengajaran dan sentiasa memastikan kualiti pengajaran di sekolah dapat dipertingkatkan dan keberhasilan pelajar dapat di capai. Proses penganjuran dan pembelajaran merupakan tugas utama yang dijalankan di sekolah. Kejayaan dan kecemerlangan sekolah dalam pengajaran dan pembelajaran bergantung pada kepemimpinan yang ditunjukkan oleh pengetua. Selain itu, pengetua juga merupakan tonggak kepada kejayaan dan sokongan kepimpinan guru di sekolah kerana kejayaan atau kegagalan kepimpinan guru di sekolah di corak kan oleh pengetua (Angelle, Nixon, Norton & Niles, 2011; Moller, Childs-Bowen & Scrivener, 2001).

Bagi kepimpinan guru pula, nilai etika dan amalan profesional ini haruslah dipupuk sejak dari program pendidikan guru lagi supaya guru-guru ini dapat mengetahui dengan lebih mendalam tentang akauntabiliti seorang guru dalam pelbagai aspek. Selain itu, nilai etika dan amalan profesional keguruan perlu dalam pengajaran dan pembelajaran agar dimanfaatkan kepada pelajar kelak. Hal ini di mana apabila seseorang guru mengetahui etika yang perlu dipatuhi maka tiak berlakulah masalah

(19)

guru-guru yang tidak berdisplin serta melanggar Etika Kerja Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Seterusnya, kemelut disiplin dalam kalangan pelajar yang sudah lama diperkatakan masyarakat hari ini dan saban hari sering kita dengar akan cadangan untuk membanteras masalah ini. Oleh hal yang demikian tindakan menghukum pelajar-pelajar ini dengan menggunakan rotan patut diteruskan untuk membimbing dan pemberi pengajaran kepada mereka. Oleh itu, kepimpinan yang bermula dari pengetua dan seterusnya guru amat penting dalam menghasilkan kemenjadiaan pelajar yang mempunyai modal insan cemerlang dan pelaksanaan disiplin di sekolah-sekolah juga perlu tegas. Oleh itu, ini menyokong kajian yang dijalankan oleh Abdullah Sani (2008) iaitu dalam mengawal masalah disiplin pelajar yang semakin meningkat, semua pihak perlu bekerjasama dan mengambil langkah yang bijak untuk mewujudkan kesejahteraan pelajar.

9.0 RUJUKAN

Ahmad Bin Esa & Sarvinder Singh (2008). Kepimpinan dalam Menghadapi Isu-isu

Semasa Pendidikan, Jabatan Ikhtisas Pendidikan, Fakulti Pendidikan

Teknikal, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Abdul Ghani Kanesan Abdullah (2009). Pengaruh Kepimpinan Pentadbir Sekolah

Terhadap Pembelajaran : Peranan Efikasi Kolektif Guru Sebagai Mediator,

Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia.

Ab. Halim Tamuri, & Khadijah Abdul Razak (2003). Pengajaran akhlak di sekolah menengah: Persepsi pelajar-pelajar. Prosiding Wacana Pendidikan Islam (Siri

3): Antara tradisi dan inovasi. Bangi, Selangor: Fakulti Pendidikan,

Universiti Kebangsaan Malaysia

Alma Haris, Katzenmeyer, M., & Moller, G (2001). Awakening the sleeping giant:

Helping teachers develop as leaders. Thousand Oaks, CA: Corwin Press.

Abdullah Sani Yahaya, Abdul Rashid Mohamed, & Abdul Ghani Abdullah (2007).

Guru Sebagai Pemimpin, Kuala Lumpur: PTS Professional.

Abdul Ghani Kanesan Abdullah (2009). Pengaruh Kepimpinan Pentadbir Sekolah

Terhadap Pembelajaran : Peranan Efikasi Kolektif Guru Sebagai Mediator,

Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia

Anjakan (Mac 2014). Buletin Bulanan Transformasi Kementerian Pendidikan

Malaysia.

Baharom Mohamad, Che Noraini Hashim & Mohamad Johdi Salleh, (2009).

Kepimpinan Pendidikan Berkesan. Prosiding “Seminar Kepengetuaan Kebangsaan Ke-V1” – Halatuju Kepemimpinan Sekolah Untuk Penambahbaikan Yang Mapan – 10-12 Mac 2009, Institut Kepengetuaan,

Kampus Kota, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

(20)

http://www.malaysiakini.com/news/147069

Hailan Salaman, Rahimah Ahmad, Zuraidah Abdullah 7 Rofishah Rashid, (2013).

Pengupayaan Kepimpinan Guru Di Sekolah. Universiti Malaya.

Juani Abu Bakar (2016). Hukuman Rotan Pelajar di Laksana 2017. Di ambil dari https://www.utusan.com.my/berita/nasional/hukuman-rotan-pelajar-dilaksana-2017

Kementerian Pendidikan Malaysia (2013), Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

2013 – 2025- Putrajaya: KPM.

Leithwood, K & Day, C, Dalam Day, C & Leithwood (2007). Starting wish what we

know Successful Principal Leadership in Times of Change. Netherlands.

Lokman Mohd Tahir & Hamidon Abdul Rahman (2002). Peranan Etika Dalam

Kepimpinan Pendidikan. Universiti Teknologi Malaysia dan Institusi

Aminudin Baki.

Mohd Kamal & Mustafar (2004). Kepimpinan dan Hubungan Interpersonal dalam

Organisasi. Skudai. Universiti Teknologi Malaysia.

M. Khata Jabor & Zaipah Ismail (2015). Kepimpinan Berkesan dalam Kalangan

Pengetua di Sekolah Adalah Penentu Pendidikan Abad Ke 21, Fakulti

Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.

Mohd Najib A Ghafar & Tanyis Arbak (2008). Gaya Kepimpinan Pengetua dan

Ciri-ciri Yang Efektif, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.

Mok Soon Sang (2009). Falsafah dan Pendidikan di Malaysia, Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Puchong, Selangor.

Noordin Yahaya & Sharifudin Ismail (2003). Tingkah Laku Kepimpinan dan

Hubungannya Dengan Tekanan Kerja dan Keberkesanan Organisasi di beberapa buah sekolah terpilih di Negeri Sembilan. Universiti Teknologi

Mara, Segamat, Johor.

Norashikin Abu Bakar, Ramli Sasri & Nurnazahiah Abas (2013). Kepimpinan

PengajaranPengetua dan Kepimpinan Guru, Fakulti Pengajian Pendidikan,

Universiti Putra Malaysia.

Norutul Ilham (Sinar Harian, 1 Feb 2015). Siasat Guru Biasa Jadi Guru Besar, di ambil dari http://www.sinarharian.com.my/nasional/nutp-siasat-guru-biasa-jadi-guru-besar- 1.356095

Raziah Mansor & Ahmad Esa (2009). Hubungan Gaya Kepimpinan Guru Besar

Dengan Kepuasan Kerja Guru di Tiga Buah Sekolah Rendah di Seremban.

Fakulti Pendidikan Teknikal, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Rahman Mahmod (2012). Guru guna Seterika Kejut Solat Subuh Disiasat. Di ambil dari http://www.malaysiakini.com/news/147069

Syuhada Choo Abdullah (Berita Harian, 19 Jan, 2010). Pengetua Salah Guna Kuasa

Pindah Guru Bermasalah, Di ambil dari

http://perkhidmatanpelajaran.blogspot.my/2010/01/pengetua-salah-

guna-kuasa-pindah-guru.html

Sharil @ Charil Marzuki & Yahya Don (2007). Kecerdasan Emosi dan Kepemimpinan

(21)

Perancangan & Dasar Pendidikan, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya. Syuhada Choo Abdullah (Berita Harian, 19 Jan, 2010). Pengetua Salah Guna Kuasa

Pindah Guru Bermasalah, Di ambil dari

http://perkhidmatanpelajaran.blogspot.my/2010/01/pengetua-salah-

guna-kuasa-pindah-guru.html

Wan Yusoff Wan Othman (2002). “Jejak-jejak Kecemerlangan Dalam Pengurusan

Sekolah”. Institut Aminuddin Baki. Kementerian Pendidikan Malaysia.

Utusan Online (2014). 13,359 Pelajar Terlibat Salah Laku Disiplin Berat. Di ambil dari http://m.utusan.com.my/berita/nasional/13-359-pelajar terlibat salah laku disiplin berat.

Zainudin & Jani (2010). Persepsi Ibu Bapa Terhadap Hukuman Merotan ke Atas

Pelajar Yang Melakukan Kesalahan Disiplin di SMK Ulu Tiram, Johor Bahru. Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malasyia.

Referensi

Dokumen terkait

Metodologi yang digunakan menerapkan teknik terbaru dalam pembuatan program sehingga diharapkan dapat lebih baik dalam menganalisis kebijaksanaan, mengkaji dampak lingkungan dan

Prota disusun oleh guru kelas dengan menjabarkan alokasi waktu untuk merancang dan memanajemen waktu berdasarkan kalender pendidikan yang telah disesuaikan oleh sekolah sehingga

Diantaranya dari rancangan tahap compress file zip untuk prototyping sistem operasi sama halnya dengan compress file system , lau tahap persiapan dan memasuki

memberi pelayanan kesehatan yang aman, bermutu, antidiskriminasi, dan efektif dengan mengutamakan kepentingan pasien sesuai dengan standar pelayanan Puskesmas;.. memberikan

Dengan membuat short movie yang mengangkat fenomena orang tua yang selalu marah kepada anaknya yang mendapat nilai ulangan yang tidak bagus, diharapkan orang tua

Dengan menggunakan metode FMEA maka dapat diperoleh dan dipilih 3 faktor penyebab cacat yang memiliki nilai RPN terbesar dari setiap cacat dominan, sehingga dapat

Perbedaan antara penelitian kedua dengan penelitian yang akan dilakukan adalah pada penelitian kedua lebih di fokuskan pada tindakan monopoli yang mengganggu

MAKMAL NO. AMALI PENYELARAS/ PENGAJAR BIL. KOD PROGRAM/ MAJOR/ KLASIFIKASI/ KUOTA BIL. ) JURIDAH BINTI MD RASHID ( PUAN ) JURIDAH BINTI MD RASHID ( PUAN ) JURIDAH BINTI MD RASHID (