• Tidak ada hasil yang ditemukan

STAG2022 Stratigrafi Malaysia

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "STAG2022 Stratigrafi Malaysia"

Copied!
19
0
0

Teks penuh

(1)

Kamal Roslan Mohamed, Geologi UKM

STAG2022

Stratigrafi Malaysia

Stratigrafi Semenanjung Malaysia

Geologi Terengganu

GEOLOGI TERENGGANU

Keseluruhan negeri Terengganu terletak dalam Jalur Timur.

Batuan yang paling dominan ialah batuan sedimen (termasuk metasedimen) berusia Karbon (paling banyak) dan Perm serta batuan granit.

(2)

Kamal Roslan Mohamed, Geologi UKM GEOLOGI TERENGGANU

Pengkaji dahulu memetakan kesemua batuan metasedimen Palaeozoik (terutamanya Karbon) sebagai Kumpulan Kuantan.

Sebahagian besarnya dipanggil Lapisan Sungai Perlis.

GEOLOGI TERENGGANU A– Hulu Paka B– Hulu Terengganu C– Terengganu Selatan D– Bukit Keluang E– Pulau Redang F– Pulau Kapas F E D B A

(3)

Kamal Roslan Mohamed, Geologi UKM KAWASAN ULU PAKA

Chand (1978) memperkenalkan nama Lapisan Sungai Perlis untuk jujukan batuan sedimen yang terdapat di kawasan Hulu Paka.

Nama formasi batuan ini diambil sempena dengan Sungai Perlis yang mana jujukan batuan ini

banyak tersingkap di sepanjang sungai. Lapisan Sungai Perlisdidefinisikan sebagai jujukan batuan yang dominan dengan batuan argilit, terutamanya syal, sabak, filit, serta syis bersama-sama dengan sedikit kuarzit, meta-konglomerat dan hornfels.

Rohimi (1983) dan Mohd. Zukeri et al. (1985) telah dibahagikan Lapisan Sungai Perlis kepada unit unit batuan, iaitu fasies pelitit dan fasies psamitit. Di singkapan jalan ke Kampong Pasir Raja, jujukan sedimen terdiri daripada selang lapis batu pasir, syal dan batu lodak. Dalam lapisan syal boleh ditemui serpihan halus tumbuhan. KAWASAN HULU PAKA

(4)

Kamal Roslan Mohamed, Geologi UKM KAWASAN HULU PAKA

KAWASAN ULU PAKA

Di bahagian selatan Terengganu dan utara Pahang, lapisan yang serupa dikenali dengan nama Formasi Charu. Formasi Charu (dan Lapisan Sungai Perlis) berusia Karbon Bawahberdasarkan penemuan fosil.

(5)

Kamal Roslan Mohamed, Geologi UKM

KAWASAN HULU TERENGGANU Kawasan Hulu Terengganu dipetakan sebagai batuan sedimen berusia Karbon, Perm dan Jura/Kapur, serta batuan

igneus, termasuk batuan volkanik . Batuan sedimen (kebanyakannya telah termetamorf) yang dominan ialah batuan klastik berusia Karbon-Perm dan juga Jura-Kapur, manakala batuan karbonat (batu kapur) pula berusia Perm (Jabatan Penyiasatan Kajibumi Malaysia, 1985). Tiada penamaan khas yang diberikan kepada jujukan batuan Karbon-Perm ini, tetapi jujukan sedimen Jura-Kapur yang terdapat di bahagian barat dikenali dengan nama Kumpulan Gagauoleh Rishworth (1974).

Dua bukit batu kapur (Bukit Biwah & Bukit Taat) terdiri daripada batu kapur dan umumnya dipanggilBatu Kapur Biwah.

Batu kapur Biwahyang membentuk Bukit Biwah dan Bukit Taat terdiri daripada mineral kalsit dan juga dolomit. Batuan ini terdiri daripada beberapa fasies, antara yang dominan ialah fasies biomikrit dan biosparit serta mikrit.

Batuan klastik yang terdapat di sekeliling batu kapur terdiri daripada batu pasir, batu lodak dan syal serta rijang.

Kesemua unit batuan klastik ini berselang lapis antara satu sama lain, dan secara umumnya, batu kapur yang ada juga terletak di dalam unit klastik.

KAWASAN HULU TERENGGANU

Batu kapur Bukit Biwah dan Bukit Taat merupakan kekanta dalam unit klastik. Terdapat daik igneus dalam batu kapur.

(6)

Kamal Roslan Mohamed, Geologi UKM

Banyak fosil di laporkan dalam Batu Kapur Biwah. Jones (1966) dan Gobbett (1973) ada melaporkan penemuan fosilParafusulina yang berusia Perm Awal. Foraminifera jenisPseudofusulina, Pseudodoliolina,

Parafusulina, Globivalvulinadan karangYatsengia

mencadangkan Bukit Biwah berusia pertengahan Perm Tengah (Fontaine & Khoo, 1990).

Di Bukit Taat pula, pernah dilaporkan penemuan fosil karang jenisLithostrotian sp. danAmygdalophyllum? yang dikatakan lebih tua daripada usia batu kapur Bukit Biwah, iaitu berusia Karbon Awal (Jones et.al. 1966).

Kajian lanjut oleh Fontaine & Khoo (1990) menemui fosil foraminifera dan juga karang jenisYatsengiadi Bukit Taat, serupa dengan yang terdapat di Bukit Biwah.

Jadi keseluruhan batu kapur di Bukit Biwah dan Bukit Taat adalah berusia pertengahanPerm Tengah(sekitar 270 juta tahun dahulu).

KAWASAN HULU TERENGGANU

KAWASAN TERENGGANU SELATAN Kawasan Terengganu selatan bersempadan dengan Pahang utara dan batuan di kedua tempat ini bersambungan.

Batuan yang terdapat di sini terdiri daripada jujukan batuan klastik yang dibahagikan kepada dua formasi;

- Formasi Charu (Formasi Cherol) - Formasi Taweh

(7)

Kamal Roslan Mohamed, Geologi UKM

KAWASAN TERENGGANU SELATAN Formasi Charu

Formasi Charu diperkenalkan di sebelah Pahang, tetapi berterusan ke Terengganu.

Di kawasan Cherul dan Cheneh, jujukan batuan formasi ini terdiri daripada selang lapis syal, batu lodak dan batu pasir. Batu pasir tuf juga dilaporkan ada dalam jujukan.

Juga diguna pakai nama Formasi Cherul.

Berbagai struktur sedimen ditemui termasuk lapisan silang dan ‘rip-up clast’ dalam lapisan batu pasir, laminasi selari dalm syal serta lapisan nendatan. Dalam syal (warna hitam) terdapat fosil tumbuhan dan brakiopod. Usia formasi ini ialahKarbon Awal – Tengah.

Formasi Charu terendap disekitaran laut cetak.

KAWASAN TERENGGANU SELATAN Formasi Taweh

Formasi Taweh secara relatifnya terletak di atas Formasi Charu secara selaras.

Jujukan formasi ini terdiri daripada selang lapis konglomerat, batu pasir (setengahnya berpebel), dan juga syal. Secara umumnya, Formasi Taweh berbutir lebih kasar daripada Formasi Charu.

Fosil tumbuhan ada ditemui.

Berdasarkan kedudukannya di atas Formasi Charu, maka usia Formasi Taweh ialahKarbon Tengah – Akhir, dan terendp di sekitaran delta hingga laut cetek.

(8)

Kamal Roslan Mohamed, Geologi UKM

KAWASAN TERENGGANU SELATAN Perubahan daripada Formasi Charu kepada Formasi Taweh adalah disebabkan berlaku anjakan atau proses maraan sekitaran endapan.

KAWASAN BUKIT KELUANG

Di kawasan Bukit Keluang terdapat tiga buah bukit, iaitu Bukit Keluang di bahagian paling utara, Bukit Bubus dan Bukit

Dengong di selatan.

Bukit Keluang dan Bukit Bubus memanjang hampir utara-baratlaut (330o), manakala

Bukit Dendong pula hampir timur-barat (90o).

Secara umumnya, bahagian yang mengadap lautan mempunyai tebing yang curam, berbanding dengan yang satu lagi.

Jujukan batu ini dikenali sebagaiFormasi Bukit Keluang.

(9)

Kamal Roslan Mohamed, Geologi UKM

Formasi Bukit Keluang -Litologi Terdiri daripada konglomerat masif dan

berlapisan tebal, batu pasir, batu lodak dan juga syal atau batu lumpur, dan kesemua litologi yang ada ini boleh ditemui berselang lapis antara satu sama lain. Konglomerat banyak di bahagian utara dan batu pasir di bahagian selatan.

Jurus lapisan hampir selari dengan permatang Bukit Keluang dab Bukit Bubus (NNW-SSE) dan miring ke SSW, manakala untuk Bukit Dendong miring ke selatan.

Terdapat banyak sesar dan beberapa lipatan.

Terletak di atas satah ketakselarasan

KAWASAN BUKIT KELUANG

Konglomerat dominan

Konglomerat & batu pasir dominan

Batu pasir & lodak Batu pasir dominan Batu pasir & argilit Lodak-syal Konglomerat banyak di

utara Bukti Keluang. Makin ke selatan,

konglomerat berkurangan dan batu pasir makin bertambah.

(10)

Kamal Roslan Mohamed, Geologi UKM

Formasi Bukit Keluang -Jujukan menegat Kesimpulan umum yang boleh dibuat berkenaan dengan taburan fasies-fasies yang ada dalam

Formasi Bukit Keluang ialah jujukan menegak untuk keseluruhan formasi ialah jujukan menghalus ke atas, dan secara mendatar pula, fasies sedimennya makin halus ke arah selatan.

KAWASAN BUKIT KELUANG

Formasi Bukit Keluang -Usia

MacDonald (1968) - batuan berusia Karbon.

Koopmans (1968) - sebahagian daripada Formasi Tembeling.

Gobbett (1973) - jujukan endapan daratan Mesozoik.

Peta Geologi Semenanjung Malaysia 1973 - Trias-Jura.

Peta Geologi Semenanjung Malaysia 1985 - Karbon.

Kamal Roslan Mohamed & Ibrahim Abdullah (1994) - Jura-Kapur.

Mohd Shafeea Leman et.al (1999) - telah dipastikan sebagai

Perm Akhir

.

Lobatannulariasp., Pecopterissp., ?Calamitessp., ?Tingiasp., ?Cordaitedsp. serta

Taeniopterissp. mencadangkan usiaPerm Akhir. Sebahagian daripada fosil ini serupa dengan fosil tumbuhan yang ditemui di Pulau Redang.

(11)

Kamal Roslan Mohamed, Geologi UKM

Formasi Bukit Keluang -Sekitaran endapan

Model pengendapan yang dicadangkan di sini ialah sebuah kipas alluviumyang mengadap ke arah timur.

Sesar normal mungkin penyebab utama terbentuknya kipas alluvium ini. Di bahagian hujung kipas terdapat sistem sungai berliku dan sungai ini berterusan hingga ke kawasan yang sekarang ini terletaknya Pulau Redang.

Apabila pengendapan berlaku untuk jangka masa yang lama, lembangan makin dipenuhi oleh sedimen dan kecerunan kipas alluvium makin berkurangan

menyebabkan sistem sungai berburai berubah menjadi sistem sungai berliku.

Keadaan ini berlaku disebabkan sesar normal penyebab terbentuknya kipas alluvium bukanlah satu sesar yang aktif.

KAWASAN BUKIT KELUANG

KAWASAN PULAU REDANG

Kepulauan Redang terletak di luar pantai Terengganu, dan terdiri daripada beberapa pulau-pulau kecil.

Pulau utama berpenghuni dikenali sebagai Pulau Redang dan Pulau Pinang, manakala pulau kecil lain yang tidak berpenghuni ialah Pulau Ling, Pulau Ekor Tebu, Pulau Lima, Pulau Kerengga, dan Pulau Kerengga Kecil.

(12)

Kamal Roslan Mohamed, Geologi UKM KAWASAN PULAU REDANG

Dari segi geologi, Kepulauan Redang ini terdiri daripada beberapa jenis batuan.

Batuan yang paling banyak terdapat di sini ialah granit yang merangkumi hampir 75% keluasan kawasan, dan diikuti oleh batuan sedimen yang kebanyakannya telah termetamorf Batuan sedimen (metasedimen) yang terdapat di Kepulauan Redang boleh dibahagikan kepada 3 unit;

- Formasi Pinang - Formasi Redang

- Konglomerat Tumbu Kili

(13)

Kamal Roslan Mohamed, Geologi UKM Formasi Pinang

Formasi Pinang tersingkap di Pulau Pinang, dan sebelum ini dikenali sebagai Lapisan Pinang oleh Yaw (1977) dan Zaidi Daud (1992).

Formasi Pinang terdiri daripada selang lapis batu pasir dan syal hitam. Jujukan ini telah mengalami canggaan yang hebat menyebabkan terbentuknya lipatan ketat dan juga sesar.

KAWASAN PULAU REDANG

Formasi Pinang

Kajian geologi struktur yang lakukan menunjukan formasi ini telah

mengalami tiga kali canggaan.

Formasi ini telah dipotong oleh telerang granit, dan telah termetamorf akibat rejahan igneus.

Formasi Pinang ini dipercayai terbentuk lebih dahulu berbanding dengan

rejahan granit, berdasarkan granit yang merejahnya.

(14)

Kamal Roslan Mohamed, Geologi UKM Formasi Redang

Formasi Redang tersingkap di bahagian barat daya Pulau Redang. Formasi ini terdiri daripada selang lapis konglomerat, syal, lodak dan batu pasir.

Terdapat struktur laminasi silang, struktur palung dan kekanta. Fosil tumbuhan yang dikenali sebagai Flora Redang yang ditafsirkan berusia Karbon-Perm ditemui dalam unit syal dan lodak (Khoo et.al (1988).

KAWASAN PULAU REDANG

Formasi Redang

Berdasarkan kepada canggaan tektonik yang dialami oleh Formasi Redang, dipercayai Formasi Redang ini lebih muda daripada Formasi Pinang.

Ini kerana Formasi Redang cuma mengalami dua fasa canggaan yang membentuk lipatan terbuka dengan paksi yang mengarah hampir utara-selatan.

Formasi Redang ini dipercayai

menindih Formasi Pinang secara tidak selaras. Formasi Redang ini juga lebih muda daripada rejahan granit kerana jujukan Formasi redang telah mengalami metamorfisme haba KAWASAN PULAU REDANG

(15)

Kamal Roslan Mohamed, Geologi UKM KAWASAN PULAU REDANG Usia Formasi Redang

Fosil tumbuhan yang terdiri daripada spesisPecopteris, Calamites, Taenopterisdan

Cordaitesyang dikenali sebagai Flora Redang berusia Karbon-Perm ditemui oleh Khooet.al

(1988) dalam Lapisan Redang. Kajian selanjutnya menunjukkan Formasi Redang berusiaPerm Awal hingga Akhir?.

Konglomerat Tumbu Kili

Unit ini tersingkap di bahagian selatan Pulau Pinang iaitu di Tanjung Tumbu Kili. lapisan ini terdiri daripada konglomerat yang masif atau berpelapisan tebal iaitu kira-kira 5 meter untuk setiap lapisan.

Unit konglomerat ini mempunyai klas yang bersegi dan berbagai saiz daripada pebel hingga bolder.

(16)

Kamal Roslan Mohamed, Geologi UKM KAWASAN PULAU KAPAS

Pulau Kapas terletak di timur pekan

Marang. Pulau ini terdiri daripada dua buah pulau, iaitu Pulau Kapas yang besar dan Pulau Gemia yang lebih kecil di hujung utara Pulau Kapas.

KAWASAN PULAU KAPAS

Dari segi geologi, batuan yang ada di Pulau Kapas boleh dibahagikan kepada beberapa unit batuan, iaitu;

- Batuan Perm-Karbon - Konglomerat Kapas - Batuan Intrusif

(17)

Kamal Roslan Mohamed, Geologi UKM KAWASAN PULAU KAPAS

KAWASAN PULAU KAPAS Batuan Karbon-Perm

Jujukan ini merupakan unit batuan tertua dan tersebar dengan meluas di Pulau Kapas. Unit ini terdapat di Pulau Gemia, dan bahagian tengan dan utara Pulau Kapas. Secara umumnya, batuan ini telah termetamorf, dan telah mengalami canggaan yang hebat. Perlapisannya

mempunyai jurus sekitar 70 hingga 180o, dan miring ke arah barat atau timur.

Jujukannya mempunyai perlipatan yang rencam.

Terdapat lipatan yang ketat, dan juga lipatan kerdut dalan syal yang berlaminasi selari.

(18)

Kamal Roslan Mohamed, Geologi UKM KAWASAN PULAU KAPAS Konglomerat Kapas

Konglomerat Kapas terdapat di bahagian selatan pulau, dan boleh ditemui di beberapa lokaliti. Secara umumnya, jujukan konglomerat ini mempunyai warna kemerahan, tetapi batuan yang segar memunjukkan warna kelabu.

Jujukan konglomerat ini terdiri daripada lapisan konglomerat yang dominan, disamping lapisan syal, dan juga batu pasir.

Syal dan batu pasir cuma ditemui dalam jumlah yang kecil, terutama di bahagian bawah jujukan.

Kebanyakkan syal yang ada mencirikan batuan tuf.

KAWASAN PULAU KAPAS Konglomerat Kapas

Sekitaran Pengendapan

Konglomerat yang dominan, dan lapisan batuan yang secara umumnya berwarna kemerahan

mencadangkan jujukan Konglomerat Kapas ini terbentuk dalam suatu sekitaran daratan. Kehadiran klas yang menunjukkan adanya

penyusunan yang agak baik, dan struktur imbrikasi mencadangkan pengendapan berlaku oleh air yang mengalir. Pengendapan mungkin berlaku di

sekitaran tasik atau sungai.

Jujukan yang terdapat di sini ada kesamaan dengan yang terdapat di Formasi Konglomerat Murau.

(19)

Kamal Roslan Mohamed, Geologi UKM

Referensi

Dokumen terkait

Hasil analisa petrografi terhadap conto batuan dari daerah penyelidikan, umumnya batuan sedimen yang mengandung bitumen merupakan batuan sedimen klastik halus yang terdiri

Formasi ini mempunyai batuan penyusun yang berupa tufa, napal, breksi, batu lempung dengan sisipan lignit didalamnya, sedangkan pada bagian atasnya terdiri dari

Skarn adalah batuan metamorf hasil kontak antara batuan sedimen karbonatan dengan intrusi magma, dengan terjadi perubahan kandungan batuan sedimen yang kaya

Batu gamping juga dapat menjadi batuan sedimen kimia yang terbentuk oleh pengendapan kalsium karbonat dari air danau ataupun air laut.. Berdasarkan lokasi pembentukannya,

Terumbu adalah batuan sedimen kapur di laut, yang juga meliputi karang hidup dan karang mati yang menempel pada batuan kapur tersebut.Sedimentasi kapur di terumbu dapat berasal

4. Batu ini memiliki tekstur yang unik, dan biasa dipakai sebagai lantai atau perabotan rumah tangga. Batu kapur, dari golongan batuan sedimen, memiliki keunggulan

Unit di atas batu kapur dikenali sebagai Formasi Bukit Kenny, dan unit di bahagian bawah pula yang terdiri daripada batuan syis dikenali sebagai Formasi Syis.. Hawthornden dan

Formasi Aring terdiri daripada jujukan batuan piroklastik (batuan bertuf) yang paling dominan, bersama dengan lapisan nipis batuan argilit dan juga marmar dolomit di bahagian bawah